Anda di halaman 1dari 14

2.

0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )

1. Matlamat Pendidikan Persekolahan

Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi


pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.

2. Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi


murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.

3. Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk


membolehkan untuk membolehkan murid:

i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai


Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan


menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan


menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

iv. menguasai kemahiran belajar;

v. menguasai kemahiran berfikir;

vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris


selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;

viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;


ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan
terhadap manusia dan alam sekitar;

x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti


amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;

xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif
terhadap keusahawanan dan produktiviti;

xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami


pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan


mengamalkan akhlak mulia;

xvi. membina semangat patriotisme;

xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang
menjadikannya asas bagi amalan hidup.

4. Prinsip KBSR

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan:-

i. Pendekatan Bersepadu;

ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;

iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan

iv. Pendidikan seumur hidup.

v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran


melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman
hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus
dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan
interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid

vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan


pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara
aktif dalam proses menguasai kemahiran asas

viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel

ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)

x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)

xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran


dalam bilik darjah

Ciri-Ciri KBSR

5. Penekanan

Fokus Tahap I

i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa

(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)

ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira


iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-
ayat Al-Quran;

iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II

i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;

ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian


masalah;

iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain

iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan


Kreatif;

v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-


Quran;

vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

6. Struktur KBSR

Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-

i. Komunikasi;

ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan

iii. Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras
kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-

i. Kemahiran Asas;

ii. Manusia dengan Persekitaran;


iii. Kesenian dan Kesihatan;

iv. Kerohanian, nilai dan sikap

v. Kemahiran Hidup; dan

vi. Kokurikulum

7. Bidang Pelajaran

Matapelajaran
Fasa 1 Fasa 2
Bidang Komponen
Bahasa Melayu Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Cina Bahasa Cina

Bahasa Tamil Bahasa Tamil


Matematik Matematik
Pendidikan Islam Pendidikan Islam

Manusia dan Sikap , Nilai Pendidikan Moral Pendidikan Moral


Persekitaran Sains
dan Spiritual Kajian Tempatan
-
Perkembangan - Kemahiran Hidup
Pendidikan Muzik Pendidikan Muzik
Diri Individu Kemahiran Hidup Pendidikan Seni Pendidikan Seni
Pendidikan Pendidikan Jasmani
Seni dan Riadah
Jasmani dan dan Pendidikan
Kokurikulum Pendidikan Kesihatan
Kesihatan

Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-


i. Bidang Komunikasi

1. Bahasa Melayu;

2. Bahasa Inggeris;

3. Bahasa Cina;

4. Bahasa Tamil; dan

5. Matematik.

ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya

1. Pendidikan Islam;

2. Pendidikan Moral;

3. Sains; dan

4. Kajian Tempatan.

iii. Bidang Perkembangan Diri Individu

1. Kemahiran Hidup;

2. Pendidikan Muzik;

3. Pendidikan Seni;

4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

8. Peruntukan Masa
Mata Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan
Pelajaran Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2
Perkara 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6
Bahasa 450 450 450 300 300 300 270 270 270 150 150 150
Melayu
Bahasa 240 240 240 210 210 210 60 90 90 90
Inggeris
Bahasa 450 450 450 300 300 300
Cina/Tam
il
Sains 150 150 150 150 150 150
Matemati 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210
k
Pend. 180 180 180 180 180 180 150 150 150 150 150 150
Islam/Mo
ral
Pendidika 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60
n Seni
Pendidika 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60
n Muzik
Kemahira 60 60 60 60 60 60
n Hidup
Kajian 120 120 120 120 120 120
Tempata
n
Pend. 90 90 90 60 60 60 90 90 90 60 60 60
Jas. &
Kes.
Perhimpu 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30
nan
Pilihan 30 30 30 30 30 30
Guru
Besar
JUMLAH 1350 1350 1350 1440 1440 1440 1350 1350 1350 1440 1440 1440

9. Teras KBSR

i. Penggabungjalinan;

ii. Penyerapan;

iii. Penilaian;
iv. Pengkayaan; dan

v. Pemulihan.

10. Penekanan Dalam KBSR

Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-

i. Kemahiran asas;

ii. Kemahiran berfikir;

iii. Nilai Merentas Kurikulum;

iv. Bahasa merentas kurikulum;

v. Patriotisme merentas kurikulum;

vi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;

vii. Penilaian berterusan;

viii. Pemulihan dan pengayaan;

ix. Prinsip mudah ubah; dan

x. Sains dan teknologi merentas kurikulum

11. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid,


seseorang guru seharusnya;

i. mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang


pembelajaran;

Kemudahan fizikal kelas

• ruang pembelajaran yang selesa;


• sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang
interaktif;

• ruang pameran hasil kerja;

• bahan rujukan untuk penggunaan murid;

• bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

Aspek emosi sosial

• penggunaan bahasa yang mesra;

• keupayaan guru memahami muridnya;

• penggunaan teknik yang pelbagai.

ii. mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.

• Melibatkan murid secara aktif;

• Menjalankan penilaian yang berterusan;

• Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;

• Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam


menyelesaikan tugasan;

• Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang


berulang kali dalam situasi yang berlainan;

• Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan


murid membuat keputusan secara rasional;

• Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya


dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya
juang;

• Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam


kemahiran berfikir;

• Mengambil tindakan segera terhadap masalah


pembelajaran murid.
iii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna,


berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah
yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara
kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan
berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama
ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;

• Simulasi

• Lakonan

• Permainan

• Tunjuk ajar

• Lawatan

• Bercerita

• Projek

• Sumbangsaran

• Main peranan

• Pidato

12. Penilaian

i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)

• Penilaian Kendalian Sekolah Rendah


ii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

13. Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR

Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan
berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak
semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai
KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf
baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada
Disember 1994.

Antara perubahan besar dalam KBSR ialah

i) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran

ii) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian

iii) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling
kompleks mengikut topik

iv) mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran

v) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik


berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat

vi) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu
Sains dan Kajian Tempatan

vii) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua
matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6
Rendah mulai Januari 2003 serta

viii) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains

14. Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)


Mentafsir adalah

memahami dan menhargai FPK dan Matlamat Pendidikan (sikap positif, beriltizam untuk
mengembangkan kurikulum : membaca , memahami, organisasi pengalaman & menhargai
objektif sukatan)

mentafsir sukatan (mengkaji sukatan, panduan khas oleh PPK, mengubah suai dimana perlu)

memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan keperluan

Merancang adalah

rancangan semester, rancangan pelajaran harian (objektif pengajaran dan pembelajaran,


topic dan kandungan, strategi, penilaian)

mengatur aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan
pembelajaran (Gagne & Briggs, 1979)

pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran untuk
mencapai hasil yang di inginkan

Mengubah suai adalah


berdasarkan keperluan (murid , persekitaran)

sumber yang ada

penggunaan ICT

Melaksanakan adalah

Melaksanakan didalam bilik darjah

Penilaian adalah

untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi

analisis keputusan

mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

15. Rumusan

Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3)
menekankan penguasaan

3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M


serta pembinaan

dan kandungan sains yang kukuh

Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan
objektif Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan
lagi.
Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka
termasuk

menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum.

http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm

Anda mungkin juga menyukai