Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan Kajian tindakan secara rasionalnya dijalankan bagi mengukur sejauh mana keberkesanan pelaksanaan Projek Bijak Sifir ke atas pelajar Tahun 6 di Sembilan buah sekolah feeder-school di sekitar SMK. Bongawan yang telah dilaksanakan oleh Cikgu Saiman Morsidi daripada SMK Bongawan, Bongawan Sabah. Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu yang bermula pada 27hbJanuari 2006 dan berakhir pada 28Mac 2006. Kajian ini diperolehi daripada Kompilasi Laporan Kajian Tindakan oleh Pasukan

Kajian Tindakan Sekolah (PKTS) Negeri Sabah- edisi 1.

2.0 Kumpulan Sasaran Didapati penulis menggunakan seramai 278 pelajar Tahun 6 daripada sembilan buah sekolah Feeder School di sekitar SMK. Bongawan yang terlibat sebagai sasaran kumpulan dalam kajian ini. Penulis menggunakan Pelaksanaan Projek Bijak Sifir sebagai

pembolehubah bersandar manakala pencapaian tahap penguasaan pelajar tahun 6 dalam fakta asas darab merupakan pembolehubah tidak bersandar.

3.0 Fokus Kajian Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid-murid tahun 6 dalam fakta asas darab (sifir) supaya murid boleh menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat dan tepat. Selain itu kajian ini dapat meningkatkan ingatan murid-murid terhadap fakta asas darab. Ini kerana penguasaan kemahiran fakta asas darab merupakan salah satu faktor

penting yang menentukan prestasi pelajar dalam matematik. Fakta ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan pada tahun 2003 yang menunjukkan korelasi positif antara penguasaan fakta asas darab dengan prestasi matematik pelajar dalam peperiksaan UPSR.

4.0 Kaedah Pengumpulan dan analisis data untuk mengenalpasti masalah Sebelum pelaksanaan Projek Bijak Sifir dijalankan, terlebih dahulu penulis membuat ujian pra untuk mengetahui tahap sebenar penguasaan murid-murid terhadap fakta asas sifir. Penulis menggunakan modul ujian Pra dimana modul ini dibekalkan dengan dua instrumen iaitu instrumen simulasi pra-ujian dan instrumen pra-ujian. Modul ini dijalakan mengikut tarikh yang ditetapkan. Hasil daripada modul ini merupakan bahan Kajian Tindakan pertama sekolah-sekolah yang terlibat.

5.0 Tujuan dan Objektif Ujian Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran fakta asas darab di kalangan pelajar-pelajar tahun 6. Oleh itu objektif yang ingin dicapai melalui kajian tindakan ini adalah mengukur keberkesanan pelaksanaan Projek Bijak Sifir. Ini kerana melalui analisis perbandingan di antara data Ujian pos dan ujian Pra diharap keberkesanan pelaksanaan Projek Bijak Sifir dapat diukur.

6.0 Nilai Pendidikan Nilai pendidikan yang wujud dalam kajian ini adalah memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang Matematik dimana meningkatkan kemahiran dalam fakta asas darab mengikut teknik formula yang diberikan namun nilai pendidikan ini tidak disokong oleh mana-mana kajian yang telah dibuat sebelum ini.

7.0 Perancangan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan Dalam ulasan ini, saya telah mengaplikasikan model KajianTindakan Kemmis dan Mac Taggart (1988) dimana saya telah mengaitkan model ini dengan kajian yang dibuat oleh penulis ini. Terdapat empat langkah yang akan dihuraikan satu persatu bermula dari langkah pertama iaitu mengenalpasti masalah sehinggalah langkah keempat iaitu Merefleksi.

1. Mengenalpastian isu dan masalah serta situasi

5. Merefleksi dan menilai

2. Merancang

4. memerhati dan menganalisis

3. Bertindak

Langkah 1: Mengenalpasti isu dan masalah serta situasi Dalam mengenalpasti isu dan masalah, penulis telah membuat tinjauan awal dengan membuat ujian pra untuk mengetahui tahap penguasaan sebenar pelajar-pelajar seramai 278 responden dari Sembilan buah sekolah Feeder School di sekitar Bongawan terhadap kemahiran fakta asas darab. Daripada analisis tinjauan masalah, didapati hasil yang

diperolehi adalah kurang memuaskan. Ini dapat dilihat daripada pengiraan min sebanyak 4.439, median sebanyak 4 dan sisihan piawai sebanyak 2.420. Selain itu, didapati peratus pelajar yang dapat menguasai fakta asas darab dari 6 hingga 9 adalah di bawah 50%.

Langkah 2: Merancang Penulis menggunakan dua modul ini untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran fakta asas darab di kalangan pelajar-pelajar tahun 6. Aktivti-aktiviti yang terdapat dalam modul ini ialah: Aktiviti Huraian

Modul pengajaran dan i) Merupakan cadangan set pengajaran dan pembelajaran fakta asas pembelajaran fakta asas darab yang perlu dilaksanakan secara berperingkat selama 9 hari. darab Selain itu guru boleh menggunakan kaedah dan pendekatan yang lain semasa mengajar kemahiran fakta asas darab ini. ii) Perkara yang wajib setiap guru lakukan ialah melaksanakan latihan-latihan yang disediakan bagi mengukur tahap penguasaan pelajar. Bagi pelajaran 2 hingga 9, jika pelajar berjaya menjawab 8 soalan (80%) daripada soalan (a) dan (b); pelajar boleh menjawab latihan (c) sebagai aktiviti pengayaan. Sebaliknya, jika pelajar

gagal melepasi tahap tersebut, maka aktiviti pemulihan perlu dijalankan. Modul Kemahiran Orientasi i. Merupakan set orientasi kemahiran yang telah dibukukan dan dibekallkan oleh pihak PPD. ii. Modul ini hendaklah dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama membuat 7 set latiahan tanpa kekangan masa. Ianya berfungsi sebagai pengesanan dan bimbingan terhadap pelajar. Manakala peringkat kedua membuat latihan dalam had masa 5 minit dalam tempoh 10 hari.

8.0 Kaedah dan teknik pengumpulan data untuk menilai kesan tindakan Langkah ketiga: Bertindak Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan dua modul iaitu modul pengajaran dan pembelajaran fakta asas darab dan modul orientasi kemahiran untuk menjalankan aktivitiaktiviti sewaktu kelas P&P Matematik. Dalam modul yang pertama, terdapat 9 pelajaran yang telah disusun iaitu yang pertama adalah menggunakan konsep asas darab (a X b) dan membezakan A X B dengan b X a. Pelajaran yang kedua adalah fakta asas darab 2 dimana guru memperkenalkan konsep Nombor genap. Bagi pelajaran ketiga pula, guru mengajar fakta asas darab 9 dengan mencongak kurang satudaripada nombor yang diberikan dan kombinasi Sembilan. Seterusnya pelajaran keempat adalah fakta asas darab 5 di mana guru meminta pelajar menyenaraikan nombor 2 hingga 9 secara menegak dari atas ke bawah. Kemudian pelajar diminta menggaris nombor genap dan menulis separuh daripada nombor tersebut di sebelah kanan persamaan. Murid menambah sifar di sebelah kanan setiap nombor tersebut dan bagi setiap nombor ganjil, pelajar diarah tambah 5 kepada nombor sebelumnya. Bagi pelajaran 5, guru mengajar fakta asas darab 3 menggunakan kaedah ombak Tsunami 012 dimana penekanan harus diberikan kepada aktivti mental arithmetic penambahan berulang bagi nombor 3. Bagi pelajaran 6 iaitu fakta asas darab 4, pelajaran 7 iaitu fakta asas darab 8 dan pelajaran 8 iaitu fakta asas darab 6, murid boleh menggunakan kaedah mental arithmetic berpandukan sifir yang telah dipelajari. Manakala pelajaran 9 iaitu fakta asas darab 7 dan axa, pembelajaran sifir axa dilakukan secara latih tubi, kumpulan dan individu. Setiap pelajaran yang dipelajari akan diberi latihan pengukuhan bagi mengukur tahap penguasaan pelajar. Bagi modul kedua iaitu modul orientasi kemahiran, terdapat dua peringkat yang perlu dilaksanakan dimana peringkat pertama, sebanyak 7 set latihan diberikan tanpa sebarang

kekangan masa.

Ianya berfungsi sebagai pengesanan dan bimbingan terhadap pelajar.

Manakala peringkat kedua adalah menjawab latihan dalam had masa selama 5 minit. Aktiviti ini dijalankan dalam tempoh 10 hari (14hb februari hingga 24hb Februari) sewaktu kelas P&P Matematik selama 10 minit.

9.0 Analisis data Langkah keempat: Memerhati dan Menganalisis Penulis menggunakan Modul Pos-Ujian untuk menguji semula tahap penguasaan pelajar tahun 6 selepas menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran fakta asas darab dan modul orientasi kemahiran. Modul ini dibekalkan dengan dua instrumen iaitu instrumen simulasi post-ujian dan instrumen post-ujian. Masa yang diberi untuk menjawab soalan adalah 5 minit untuk setiap instrumen dan dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan. Penilaian dan pelaporan dibuat selepas modul ini dilaksanakan. Merujuk semula Modul Penilaian dan Pelaporan Kajian Tindakan dimana perbandingan data ujian pos dan ujian min dianalisis. Didapati terdapat peningkatan dari segi min skor pelajar iaitu sebanyak 52.42%. Dalam ujian pos, majoriti pelajar berada pada skor 7 dan 8 iaitu seramai 185 orang, manakala dalam ujian Pra, majoriti pelajar berada dalam skor 6 dan 4 median skor ialah 8. Oleh itu terdapat perubahan median skor daripada 4 kepada 8. Berdasarkan analisis perbandingan pencapaian FAD juga jelas menunjukkan kesan yang sangat positif dimana berlaku peningkatan yang menyeluruh pada semua FAD yang diuji. Peningkatan yang besar berlaku pada FAD 4 (54.55%), FAD 6 (59.85%), FAD 7 (67.23%), FAD 8 (149.32%) dan FAD 9 (105.83%). Hal ini tidak menghairankan kerana ramai pelajar telah menguasai FAD 2, FAD 3 dan FAD 5.

10. Kesan tindakan dan refleksi Langkah kelima: Merefleksi dan Menilai Melalui kajian tindakan yang dilakukan oleh cikgu Saiman Morsidi, didapati terdapat peningkatan tahap penguasaan kemahiran fakta asas berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos. Selain itu, modul yang telah digunakan sepanjang kajian ini telah membantu pelajar-pelajar meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep fakta asas darab dan menguatkan ingatan menghafal sifir terutama sifir 6, 7, 8 dan 9. Ini membuktikan objektif kajian telah tercapai. Didapati terdapat juga masalah dari kekangan masa dimana guru dan pelajar terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum yang banyak di luar sekolah. Keadaan ini menganggu kelancaran pelaksanaan modul. Disebabkan faktor ini projek yang pada asalnya dirancangkan selama 4 minggu telah dilanjutkan menjadi 8 minggu. Di samping itu, penulis juga mempunyai beberapa cadangan dalam penambahbaikan projek ini iaitu projek ini hendaklah dilaksanakan bermula pada pelajar tahun 3, 4 dan 5, memanjangkan tempoh pelaksanaan projek daripada 1 bulan kepada 3 bulan, mengadakan program pemulihan bagi pelajar lemah dan menjalankan kajian tindakan bagi mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam matematik.

11.0 KESIMPULAN Berdasarkan kajian ini, didapati pelaksanaan Projek Bijak Sifir ke atas pelajar tahun 6 di Sembilan buah sekolah Feeder- School sekitar SMk Bongawan telah berkesan. Selain itu, hampir 90% pelajar menunjukkan peningkatan yang cemerlang setelah pelaksanaan Projek Bijar Sifir dan ujian dibuat. Selain dari itu, pelaksanaan projek ini membina keyakinan yang tinggi dalam diri pelajar dan menimbulkan minat terhadap subjek Matematik. Selain itu, penulis ini dapat menjadi lebih kritikal dan reflektif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Beliau menjadi lebih peka terhadap suasana persekitaran

pembelajaran dan berpeluang mempelajari kemahiran yang baru yang boleh diaplikasi pada pengajaran seterusnya. Beliau juga telah memberi beberapa cadangan sebagai tindakan

susulan untuk memperbaiki pelaksanaan Projek Bijak Sifir ini. Manakala objektif kajian ini tercapai apabila pelajar-pelajar telah menunjukkan peningkatan prestasi melalui perbandingan antara ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan keberkesanan projek ini, saya menyokong dan mencadangkan agar projek ini diteruskan dan dilaksanakan bukan sahaja kepada pelajar-pelajar tahun 6 tetapi kepada sasaran kumpulan lain di sekolah yang sama dan juga sekolah yang berlainan.

12.0 Rujukan

1. Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

2. Aida Ibrahim (2006). Meningkatkan Kemahiran murid mencongak Fakta Asas Darab melalui Pendekatan permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006. Sekolah Rendah.