Anda di halaman 1dari 7

Rancangan Harian Pendidikan Moral Tahun 3 KSSR Tema: Saya Dan Sekolah

1. 2. 3. 4. 5. Mata Pelajaran dan Kelas: Pendidikan Moral Tahun 3 Nilai /Tajuk: Berterima kasih/ Menghargai Jasa Guru Masa : 11.50 - 12.50 petang Standard Pembelajaran: 4.1.1, 4.1.2, 4.1.3, 4.1.4 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini murid akan dapat: Penaakulan Moral: i. Menyatakan sumbangan warga sekolah. Perasaan moral : i. Menceritakan perasaan apabila menghargai sumbangan warga sekolah. Pelakuan moral : i. Mengamalkan sikap berterima kasih terhadap sumbangan warga sekolah : ii. Menerangkan cara menghargai sumbangan warga sekolah. 6. Pengetahuan sedia ada:Murid telah mempelajari tentang nilai berterima kasih pada Tahun 2. 7. Teknik: Berlakon/Main Peranan 8. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Set induksi: I. Guru dan murid bersoaljawab tentang tarikh perayaan penting dalam kehidupan mereka. II. Guru mengaitkan tarikh perayaan hari guru dengan tajuk perbincangan Langkah 1: I. II. Murid meneliti gambar yang disediakan. ( Perayaan hari guru peringkat sekolah) Kemudian murid menyatakan peristiwa yang terkandung dalam gambar.

Langkah 2: I. II. III. Guru memilih tiga orang murid untuk melakonkan tiga watak dalam sebuah temu ramah. (Skrip temu ramah berkaitan dengan perayaan hari guru) Guru menyoal murid tentang perkara penting yang terdapat dalam lakonan tadi. Sumbangsaran: Murid menyatakan cara menghargai pengorbanan guru secara individu.

Langkah 3: I. II. Menghasilkan kad ucapan. ( Penerangan tentang cara-cara membuat kad ucapan) Menjana idea murid untuk mencurahkan rasa berterima kasih kepada guru melalui penghasilan kad ucapan atau sajak ringkas dan memberikannya kepada guru-guru mereka.

Penutup: I. II. Guru membuat kesimpulan dari hasil sumbangsaran murid-murid. Murid menyanyikan lagu yang bertajuk: Terima kasih cikgu.

9. EMK: I. II. Kreativiti: menghasilkan kad ucapan dan menulis sajak ringkas. TMK: menghasilkan kad ucapan dengan mengguna komputer

10. Bahan bantu mengajar: skrip lakonan, seni kata lagu serta alatan untuk membuat kad ucapan. 11. Penilaian P&P: i. skrip lakonan dan senikata lagu sebagai bahan dalam pengajaran ii. murid dapat mencurahkan perasaan berterima kasih terhadap guru-guru melalui penghasilan kad ucapan dan sajak ringkas. * 12. Refleksi: i. 23/25 orang murid dapat menghasilkan kad ucapan yang bersesuai dengan tajuk yang telah dipelajari. ii. 2 orang murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan oleh guru dan rakan sebaya.

* dibuat hanya selepas p dan p dijalankan.

Nilai : 4 Berterima kasih Band: B3D8E1

Sila jawab soalan- soalan berikut dengan ringkas.

1. Berikan tiga contoh jasa guru terhadap kita. I. II. III. ___________________ ___________________ ___________________

2. Nyatakan sikap yang ada pada guru. I. II. III. ____________________ ____________________ ____________________

3. Senaraikan tiga cara kamu menunjukkan sikap terima kasih kepada guru. I. II. III. ____________________ ____________________ ____________________

Menguasai

Tidak menguasai

Nilai: 4 Berterima kasih Band : B4D8E1 Lengkap seni kata lagu berikut dengan perkataan yang sesuai.

Hari pertama masuk sekolah, Tak pandai _______________ mengira, Tetapi cikgu begitu tabah, Mengajar kami sungguh-sungguh.

Bermula A B C sampai Z, Hitung 1 sampai 10, Dari ejaan dan __________________, Kami belajar dengan lancar.

Berkat kesabaran guru _______________, Memberi pelbagai petunjuk, Hari demi hari, Kami pun mengerti, Pelajaran nilainya ___________________.

Kami ingat setiap masa,

Jasa guru ________________ bangsa, Sambutlah ini ucapan kami, Terima kasih cikgu, Terima kasih cikgu.

Menguasai Nilai 4: Berterima kasih Band:B5D8E1

Tidak Menguasai

1. Hasilkan sekeping kad yang mengandungi kata-kata penghargaan atau sajak ringkas kepada guru kamu. 2. Kamu boleh menggunakan kad manila jika tidak ada kemudahan komputer. Bagi yang ada kemudahan komputer di rumah anda boleh mengguna perisian yang sesuai untuk menghasilkan kad ucapan tersebut. 3. Kriteria kad anda haruslah kemas, menarik, kreatif, asli serta menekan nilai kitar semula. Contoh kad ucapan murid;

Menguasai

Tidak menguasai

KUMPULAN 2 : 1. PN. ELIZABETH MELA AK NYOKIB (SK SEMATAN) 2. PN. MASTURA BT MUDA (SK SEBAT) 3. PN. SUZZY TIMID (SK BOKAH) 4. PN. NURUL SORFINA LO ABDULLAH (SK STUNGKOR)