Anda di halaman 1dari 20

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

HBMT1203 : TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS


SEMESTER: MAY 2012 TUGASAN ( 40 %)

Name : No. Matrix : No. I/C : No.Phone : E-mail : Learning Centre : KENINGAU LEARNING CENTRE

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Kandungan

Halaman

1) Pengenalan 2) Teori Perkembangan Kognitif 3) Awal Matematik Di Pra Sekolah 4) Pengelasan 5) Padanan Satu Dengan Satu 6) Perbincangan Dan Kesimpulan 7) Bibliografi

3 3-8 8-9 10 13 13 - 16 17 - 19 20

1.0 PENGENALAN

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Bagaimana murid belajar Matematik? Adakah terdapat teori-teori pembelajaran yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik? Teori pembelajaran selalu bertitik tolak dari sudut pandangan psikologi pendidikan tertentu. Dengan wujudnya ilmu pengetahuan tentang pendidikan, maka psikologi dalam pendidikan menjadi berkembang secara pesat. Terdapat beberapa teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan. Sejak beberapa tahun yang lalu, teori behavioris yang dipelopori B.F. Skinner begitu dominan dalam dunia pendidikan. Kini wujud beberapa teori baharu yang telah dibangunkan seiring dengan teori behavioris bagi memenuhi keperluan dan kefahaman pengajaran dan pembelajaran Matematik. Teori yang akan dibincangkan secara mendalam dalam tugasan kali ini ialah Teori Perkembangan Kognitif. 2.0 Teori Perkembangan Kognitif Teori Piaget Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat: i. ii. iii. iv. Peringkat deria motor (02 tahun), Pra-operasi (27 tahun), Operasi konkrit (711 tahun) dan Operasi formal (11 tahun ke dewasa).

Rajah : Jean Piaget Sumber : www.mabfat.blogspot.com

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Walau bagaimanapun, usia tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. menurut Jere Confrey (1999) Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, guru harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini murid-murid hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti murid-murid itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara murid-murid tersebut dengan kawan-kawan sebaya penting untuk perkembangan mental. Di samping itu, murid secara aktif membina pengetahuan dengan cara berinteraksi dengan alam sekitarnya. Berdasarkan hasil interaksinya murid mengembangkan Scheme(skema), bentuk tunggalnya Schema (ada pula yang menyebutnya Schema dan Schemata). Skema merupakan memori atau gambaran anak tentang sesuatu. Misalnya setelah anak bermain kad nombor 1 dan diberi penjelasan bahawa itu ialah satu, ia kini memiliki skema tentang satu di dalam otaknya. Selain skema, Piaget juga menunjukkan pentingnya Adaptasi dalam belajar. Adaptasi merupakan proses di mana anak menyesuaikan skema yang dimilikinya dengan situasi baru di persekitarannya. Setiap kali anak menghadapi situasi atau hal baharu ia akan melakukan adaptasi. Adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu Asimilasi dan Akomodasi. Asimilasi merupakan proses menggabungkan maklumat baru dengan skema yang telah dimiliki. Melalui proses tersebut pengetahuan manusia selalu bertambah. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang pernah melihat lima buah kereta akan juga menyatakan lima ekor anak kucing dan ini menunjukkan konsep atau maksud lima itu telah ditukarkan kepada pengalaman baru melalui proses assimilasi. Akomodasi pula ialah proses pembetulan sama ada menyekat atau

mengembangkan. Sebagai contoh, seorang murid yang telah memahami konsep nombor genap akan menidakkan kewujudan nombor 3 dalam nombor genap. Selain itu, seorang

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

murid yang telah mengetahui konsep nombor lima akan mengembangkan konsep nombor lima kepada angka 58 (Lima Puluh Lapan). Menurut Piaget, murid juga belajar melewati tahap Disequilibrium menuju Equilibrium. Disequilibrium adalah suatu situasi di mana murid menjadi bertanya dan ingin tahu kerana fenomena yang dihadapi tidak sesuai benar dengan skema yang ia miliki. Jika pertanyaan tersebut terjawab maka murid kembali ke situasi equilibrium, suatu keadaan di mana murid akan berasa puas untuk seketika dengan jawapan atas pertanyaan dalam fikirannya.

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Teori Dienes

Rajah : Professor Zolton P. Dienes Sumber : www.english.pte.hu Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes, konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat:

1. Permainan Bebas Kanak-kanak diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan alat bantu mengajar atau nombor-nombor yang berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti yang diberikan dengan secara bebas, tanpa apa-apa hokum atau peraturan. Dalam peringkat ini, kanak-kanak membentuk struktur mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam memahami konsep matematik itu.

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

2. Permainan Berstruktur Permainan berstruktur ialah permainan yang mengikut peraturan atau hukum. Dalam peringkat ini, murid-murid menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan menyediakan diri untuk menjalankan aktiviti permainan mengikut peraturan yang ditemui. 3. Permainan Mencari Ciri-Ciri Guru membimbing kanak-kanak dalam mencari ciri-ciri sama konsep matematik yang dipelajari dengan cara mengemukakan beberapa contoh matematik. Dalam peringkat ini, kanak-kanak harus dapat mencari ciri-ciri yang serupa dan mengasingkan konsep matematik yang abstrak itu daripada aktiviti konkrit. 4. Permainan Dengan Perwakilan Selepas mendapat ciri yang sama dalam setiap contoh matematik, kanak-kanak perlu menyatakan konsep itu dengan menggunakan rajah atau gambar. 5. Permainan Dengan Simbol Perwakilan simbol ialah satu cara yang lebih berkesan untuk menyatakan konsep daripada perwakilan gambar. Kanak-kanak akan dibimbing agar menggunakan simbolsimbol matematik untuk menwakili konsepnya. 6. Permainan Dengan Formalisasi. Dalam peringkat ini, kanak-kanak akan menggunakan simbol-simbol yang difahami untuk menyelesaikan masalah atau membina teorem, hokum dan rumus matematik supaya menjadi satu system formal. Adalah ditegaskan bahawa bukan kesemua enam peringkat tersebut akan digunakan dalam sebarang pelajaran matematik. Peringkat 1 biasanya digunakan untuk kanak-kanak yang mula hendak mempelajari matematik. Apabila mereka sudah memperoleh konsep matematik asas yang cukup, kita bolehlah mulakan aktiviti

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

pengajaran dan pembelajaran matematik daripada Peringkat 2 atau gabungan dengan Peringkat 3. Justeru, untuk mengajar topik Pranombor dengan kanak-kanak pra sekolah, adalah menggunakan peringkat 1 hingga 3. Teori Dienes juga mengariskan beberapa prinsip bagaimana murid-murid mempelajari matematik iaitu: 1. Prinsip Konstruktiviti Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik. 2. Prinsip Perubahan Perspeptual Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik. 3. Prinsip Dinamik Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep 3.0 Awal Matematik Untuk Pra Sekolah Awal matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak ini. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara konkrit, mereka mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan, matematik melalui manipulasi objek konkrit, mereka mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun. Selain itu mereka membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Mereka perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

menyelesaikan masalah harian yang konkrit membantu mambina keyakinan murid dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka apabila mereka dewasa kelak. Konsep awal matematik di peringkat prasekolah terbahagi kepada :

pranombor nombor pengukuran konsep masa konsep ruang

Dalam tugasan kali ini, tumpuan akan diberikan kepada pranombor dan implikasi teori perkembangan kognitif ke atas mana-mana dua topik pranombor akan diperjelaskan secara mendalam.

PRANOMBOR Pranombor pula terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu : pengelasan


perbandingan seriasi padanan satu dengan satu pola keabadian

Topik Pengelasan akan dikaitkan dengan teori Dienes, manakala topik Padanan Satu Dengan Satu akan dikaitkan dengan teori Piaget.

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

4.0Pengelasan Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:

Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz) Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz) Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz) Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu) Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza. Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap; Memilih dan membanding, Mengumpul, Memilih semula, Mengasingkan kumpulan, dan Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.

10

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Impak atau kesan teori Dienes ke atas pengelasan. Mengikut Dienes, konsep matematik boleh dipelajari melalui peringkat demi peringkat serupa dengan peringkat perkembangan kognitif yang dihuraikan oleh Piaget. Dienes mengusulkan enam peringkat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Dalam pranombor, topik pengelasan boleh diaplikasikan pengajarannya dengan menggunakan enam peringkat yang dicadangkan oleh Dienes. Berikut adalah merupakan aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru :

Peringkat 1 : Permainan Bebas. Kanak-kanak diberi peluang untuk mengumpul seberapa banyak kad nombor yang berwarna-warni dan kad gambar dengan mengambilnya secara bergilir-gilir daripada guru. Mereka kemudian meletakkannya di atas meja masing-masing.

2 4 1 3
kanak-kanak.

6 7 9

Rajah : Bilangan kad nombor dan kad gambar yang mungkin akan dapat dikumpul oleh

11

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Peringkat 2 : Permainan Berstruktur Permainan kali ini akan mengikut peraturan yang diberikan oleh guru. Semua kanakkanak akan dikehendaki hanya meletakkan kad nombor berwarna-warni sahaja di atas meja manakala kad gambar perlu dikembalikan kepada kotak yang telah disediakan oleh guru.

2 4 1 3
atas. Peringkat 3 : Permainan Mencari Ciri-Ciri

5 8 6 7 9

Rajah : Setelah kad gambar dikembalikan, hanya kad nombor yang terkumpul seperti di

Kanak-kanak akan menjalankan aktiviti dengan menggunakan kad nombor berwarnawarni yang masih tinggal. Dengan bantuan guru, mereka akan dibimbing untuk menemui ciri yang sama daripada semua kad tersebut. Kemudian kad tersebut akan dikelaskan mengikut ciri yang sama iaitu mengikut warna masing-masing.

1 2 3
Merah

4 5 6
Hijau

7 8 9
Biru 12

Rajah : Pengelasan nombor mengikut warna.

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Oleh kerana pengajaran melibatkan kanak-kanak pra-sekolah, maka ianya hanya melibatkan peringkat 1 sehingga peringkat 3 sahaja. Peringkat seterusnya adalah lebih abstrak dan tidak sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah.

5.0 Padanan Satu dengan Satu Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu. Contoh padanan satu dengan satu; Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu. Memadan bilangan yang sama. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor. Impak atau kesan teori Jean Piaget ke atas padanan satu dengan satu. Semasa berumur 16 bulan , Helen telah mempelajari perkataan mandi dengan menamakan objek tempat dia duduk di air untuk bermain. Untuk suatu ketika, Helen akan menamakan semua bekas air sebagai mandi dan ini menunjukkan bahawa dia telah menerima persamaan ciri benda yang dia namakan sebagai mandi iaitu keupayaan suatu bekas menakung air akan dinamakan sebagai mandi. Kemudian dia akan mula mempelajari bahawa ada nama lain untuk bekas yang boleh menakung air iaitu mangkuk, sinki, cawan dan sebagainya. Ini bererti kanak-kanak mengembangkan konsep mereka secara spontan dengan menerima dan memilih ciri-ciri yang sama sebagai titik permulaan untuk mereka menamakan sesuatu dalam pengalaman hidup mereka. Perkataan yang

13

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

lazimnya digunakan untuk menerangkan ciri-ciri yang sama ialah padanan. Misalnya, jika dikatakan warna seluar anda adalah sama dengan warna baju anda, maka bolehlah dikatakan warnanya adalah sepadan. Membuat padanan ialah salah satu cara membolehkan kanak-kanak mempelajari bahasa dengan betul terutamanya bahasa Matematik. Situasi yang dihadapi oleh Helen merupakan proses asimilasi yang dinyatakan oleh Jean Piaget. Ini kerana Helen telah mengasimilasi pengalamannya dengan perkataan mandi dengan menganggap semua bekas air seperti mangkuk dan cawan sebagai mandi. Akomodasi yang merupakan proses pembetulan pula berlaku semasa pengembangan konsep pemikiran Helen untuk menolak perkataan mandi bagi memanggil sebuah mangkuk atau cawan. Selain itu, seseorang kanak-kanak yang pernah melihat lima ekor kucing akan mengasimilasikan pemikirannya dengan pengalaman baru kepada konsep lima. Dengan itu bila mereka melihat lima buah kereta mereka akan menyatakan lima buah kereta. Kemudian, akomodasi akan berlaku semasa angka 54 diperkenalkan kerana angka 5 bukan hanya bermaksud lima, malah dalam angka 54, digit 5 membawa maksud lima puluh. Dengan itu, simbol 5 telah diperkembangkan tafsirannya menjadi 50. Piaget menganggap proses pembelajaran ini perlu melalui akomodasi selesa atau akomodasi kurang selesa sehingga kanak-kanak tersebut dapat mengadaptasikan diri dengan keadaan itu.

14

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Contoh aktiviti padanan satu dengan satu yang sesuai dibuat dengan menggunakan teori Jean Piaget. Arahan : Padankan.

Latihan padanan seperti ini merupakan salah satu proses akomodasi teori Piaget yang membolehkan kanak-kanak pra sekolah mengenali nombor dengan mengira bola untuk dipadankan dengan rajah yang mempunyai bilangan yang sama. Ianya juga merupakan sebahagian daripada topik Padanan Satu dengan Satu iaitu memadankan dua bilangan objek yang mempunyai bilangan yang sama.

15

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Walaubagaimanapun, aktiviti seperti bawah boleh diberikan kepada kanak pra sekolah bagi membolehkan mereka mempelajari nombor secara konkrit di samping dapat mengenali angka. Aktiviti ini ialah merupakan aktiviti memadan bilangan objek yang sama dengan bilangan objek yang sama dan dengan simbol nombor.

Arahan : Padankan.

5 4 3 2 1

16

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

6.0 Perbincangan Dan Kesimpulan

Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak pra sekolah. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget. Di samping itu, saya menganggap bahan sokongan dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di kelas permulaan seperti tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan bantu mengajar yang terdiri daripada objek-objek besar yang senang dilihat dan dimanipulasikan oleh guru. Kesannya adalah untuk menarik perhatian kanak-kanak mengikuti subjek matapelajaran tersebut. Saya menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.

17

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Untuk menyokong pendirian saya tentang teori Piaget, saya telah menggunakan laporan kajian tindakan yang dijalankan oleh seorang guru yang bernama Christina Agang di Sekolah Kebangsaan Tema, 94700 Serian, Sarawak. Beliau telah menjalankan satu kajian seorang murid bernama Ann yang masih tidak kenal nombor biarpun sudah lima bulan bersekolah. Untuk menghadapi masalah Christina, beliau kembali kepada Teori Perkembangan Kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget dan berusaha mengenali Ann dengan mempertimbangkan kematangan fikiran seseorang yang berbeza. Menurut Christina, tempoh kajiannya selama lima hari menyedarkannya bahawa murid-murid sekolah rendah lebih mudah belajar jika banyak membuat aktiviti-aktiviti hands-on. Ini kerana, aktiviti hands-on menyediakan pengalaman yang konkrit kepada mereka. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting semasa mengajar agar konsep matematik dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Untuk teori Dienes mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan teori pembelajaran Dienes ialah menggalakan pembelajaran melalui permainan. Idea bermain sambil bermain ialah idea kreatif dan menarik yang berupaya memberikan pengalaman baru kepada kanak-kanak. Bagi saya kanak-kanak pra sekolah memang mempunyai sifat semulajadi suka bermain dan melalui permainan yang mereka alamilah, mereka membentuk pengalaman baru yang bermakna dan konkrit dalam ingatan mereka. Cuba kita tanya diri kita, Adakah kita masih mengingati permainan yang kita pernah main semasa kita masih kecil ?. Bagaimana pula dengan peraturannya ?. Saya mengingati hampir semua permainan serta peraturan permainan yang pernah saya main semasa saya masih kanak-kanak. Sebagai contoh, pemainan Seremban memerlukan lima biji batu dan terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum bergelar pemenang. Oleh yang demikian, saya berpendapat konsep bermain sambil belajar yang diperkenalkan oleh Dienes adalah amat sesuai untuk kanak-kanak terutamanya pra sekolah.

18

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

Pada kesimpulannya, perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami oleh setiap individu dan bersifat kualitatif tetapi mengalami perubahan seiring dengan peredaran masa. Perubahan tingkahlaku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematanganyang tertentu. Aspek baka dan persekitaran juga memainkan peranan dalam mempengaruhi perkembangan individu. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai perkembangan yang optimum. Perkembangan adalah satu bahagian yang saling berhubung antara satu sama lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara perkembangan jasmani dan perkembangan kognitif manusia. Corak perkembangan adalah berbeza-beza di mana semua kanak-kanak akan mengalami persamaan pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanakkanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Berdasarkan teori-teori perkembangan kognitif Piaget dan Dienes, saya berpendapat bahawa teori mereka boleh digabungkan dan boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan di Malaysia, terutamanya dalam pengajaran matematik pra sekolah. Ini kerana, setiap individu dilahirkan dengan tahap perkembangan yang berbeza-beza. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah sesuai dengan tahap perkembangan kognitif seseorang pelajar supaya ilmu yang disampaikan dapat diserap oleh mereka. Kemudian dengan memastikan isi pelajaran adalah dari senang ke sukar, konkrit ke abstrak, daripada yang diketahui kepada suatu yang baru serta menggunakan kaedah bermain sambil belajar sebagai prinsip pengajaran matematik untuk pra sekolah akan membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran yang dikehendaki dengan lebih efektif.

(2615 patah perkataan)

19

HBMT1203 TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

7.0 BIBLIOGRAFI

1) Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Pelaksanaan Yang Menyeronok Dan Bermakna, Jilid 1, Pusat Perkembangan Kurikukulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). 2) Mok Soon Sang, A Primary Education Course In Mathematics, Terbitan Kumpulan Budiman Sdn Bhd, (2005). http://www.arvindguptatoys.com/arvindgupta/mathsliebeck.pdf www.ipbl.edu.my/BM/.../2005/1%20christina.pdf http://amirasofea-matematik.blogspot.com/ http://syufaal.blogspot.com/2010_08_01_archive.htmlCached http://www.scribd.com/doc/.../IMPLIKASI-TEORICached http://chenonnlife.blogspot.com/.../implikasi-teori-teorihttp://usm.academia.edu/.../instruksi_P_and_P_bdsrkn_t...Cached http://cikguani.blogspot.com/2010/.../teori-jean-piaget.ht...Cached http://mabjip.blogspot.com/2009/.../teori-pembelajaran.h...Cached http://pgsr1c.blogspot.com/Cached www.kamaludin.net/.../Model%20Konstruktif.pdfSimilar www.masbied.com/.../teori-perkembangan-kogniti...Cached http://ml.scribd.com/doc/97093084/PiagetCached http://mabjip.blogspot.com/.../1-murid-dan-alam-belajar.

20

Anda mungkin juga menyukai