Anda di halaman 1dari 2

Makanan Segera (Faktor Tarikan dan Kesan Buruk) Pendahuluan Amalan menjamu selera di restoran makanan segera sudah

h menjadi fenomena biasa dalam kalangan anggota masyarakat zaman ini. Makanan segera yang paling digemari mereka adalah yang berasal dari Barat seperti piza, ayam goreng, burger daging atau ayam, nugget, kentang, dan sup. Kesemua jenis makanan ini disediakan oleh kedai-kedai makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonalds, dan Pizza Hut. Makanan segera ini memang mempunyai kelebihannya yang tersendiri, tetapi pada masa yang sama ada keburukannya.

Isi-isi Faktor-faktor orang terpikat pada makanan segera 1. Kesesuaiannya untuk memenuhi keperluan golongan yang sibuk Faktor yang paling utama ialah kesibukan yang melingkari kehidupan kebanyakan anggota masyarakat zaman ini sebagai akibat hambatan tugas. Kebanyakan anggota masyarakat sekarang terdiri daripada orang yang memiliki kerjaya sendiri yang menjadikan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak sendiri. Apatah lagi kerja menyediakan makanan sendiri mengambil masa yang agak lama. Bagi golongan seperti ini, makanan segera lebih praktikal kerana masa yang diperlukan hanya antara 30 minit hingga 45 minit. Malah seisi keluarga dapat menikmati makanan mereka dalam perjalanan balik ke rumah. Harganya juga sederhana dan berpatutan, dan dengan yang demikian tidak begitu membebankan. 2. Makanan segera dikatakan menyediakan zat yang seimbang Hidangan itu dilengkapi daging, sayur, jus, dan buah-buahan. Makanan segera juga dikatakan disediakan mengikut ketetapan pakar pemakanan, yakni dengan menyediakan kalori yang mencukupi untuk seseorang. Hal ini jarang-jarang dititikberatkan oleh kebanyakan keluarga rakyat Malaysia. Orang ramai percaya bahawa penyediaan ini menjamin kesihatan orang ramai sungguhpun hal itu mungkin tidak benar. Budaya makan makanan segera dianggap gaya hidup mewah Faktor yang seterusnya ialah budaya yang menitikberatkan makanan segera telah menjadi lambang kemegahan dan status masyarakat. Sesetengah pihak menganggap bahawa amalan ini mencerminkan kedudukan sosial ekonomi yang tinggi. Hal ini keranan hanya golongan yang mampu dan berstatus sahaja yang mampu menjadikan amalan keluar masuk restoran makanan segera sebagai rutin hidup mereka. Budaya makan makanan segera ini juga memenuhi naluri egoistik manusia yang suka bermegahmegah. Suasana restoran yang selesa dan lengkap dengan kemudahan Restoran makanan segera juga menawarkan suasana yang selesa. Penyediaan penyaman udara serta susun stur meja yang kemas dan luas menjadikan restoran makanan segera menyediakan suasana yang santai dan sesuai untuk melapangkan fikiran. Layanan yang diberikan begitu istimewa dan dengan demikian pelanggan berasa diri mereka dihargai.

3.

4.

Pelbagai tawaran dan kemudahan permainan kanak-kanak juga disediakan. Restoran sedemikian lazimnya terletak dalam kompleks belih-belah, maka para ibu bapa dapat membeli-belah dengan meninggalkan anak mereka di situ. Ada pula restoran makanan segera yang menawarkan kemudahan pandu lalu yang membolehkan para pelanggan tidak perlu turun dari kenderaan masing-masing tetapi boleh berurus niaga dengan pihak restoran.

Kesan buruk yang timbul daripada amalan ini 1. Menjejaskan kemesraan hubungan kekeluargaan Kesan buruk yang paling ketara ialah amalan ini dapat meninggalkan semangat bantu-membantu dan bekerjasama dalam keluarga. Hal ini kerana amalan makan di restoran makanan segera menghalang anak-anak daripada melaksanakan tanggungjawab dalam hal-hal penyediaan makanan, mengemas, dan mencuci pinggan mangkuk. Sebagai akibat daripada keadaan ini, akan lahirlah anak-anak yang individualistik, pemalas, dan terlalu bergantung pada orang lain. 2. Makanan segera dapat menjejaskan kesihatan Kesan seterusnya ialah amalan ini dapat menjejaskan kesihatan. Hal ini berlaku kerana makanan yang disediakan banyak menggunakan bahan kimia seperti bahan pengawet, pewarna, dan perisa yang digunakan dengan leluasa dalam menu makanan tersebut untuk memastikan makanan itu menarik, lazat dan tahan lama. Golongan yang memakan makanan segera ini secara kerap memungkinkan mereka terdedah kepada masalah obesiti dan diabetes. Kesenian masakan tradisional pupus Kemunculan budaya makanan segera menyebabkan kesenian masakan tradisional semakin terpinggir. Masakan tradisional yang terkenal seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, dan ulam-ulaman semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan generasi muda. Hal ini diburukkan lagi oleh nama makanan segera itu sendiri yang berciri kebaratan, seperti pizza, burger, hotdog, dan fillet. Golongan muda lebih kenal akan nama tersebut berbanding dengan lempeng, apam balik, dan lepat. Kecenderungan kebanyakkan keluarga untuk menyediakan makanan Barat itu bukan sahaja menyebabkan makanan tradisional yang terbukti lebih segar dan berzat itu tidak popular malah menghadapi risiko kepupusan.

3.

Kesimpulan Amalan makan di restoran makanan segera sebenarnya tidaklah salah. Kita mungkin perlu berkunjung ke situ sekali-sekala bersama-sama keluarga untuk memberikan pengalaman dan pendedahan kepada anak-anak agar mereka tidaklah umpama katak di bawah tempurung. Walau bagaimanapun, pengamalannya secara berterusan tidaklah digalakkan. Kita harus sedar bahawa dengan memasak di rumah kita dapat memupuk sikap kerjasama antara ahli keluarga. Kita juga dapat memupuk amalan berjimat dan mengambil makanan segar yang sebenarnya amat baik untuk kesihatan.