Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Harian Subjek Topik : Matematik : Unit 7 Pecahan

Bidang Pengajaran : konsep satu perdua dan satu perempat. Kelas Bilangan Murid Tarikh Masa :1(T) : 44 : 10 Ogos 2012 : 10.15 11.15 pagi (60 minit)

Standard Pembelajaran : 3.1 Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat. Hasil Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid berupaya: a.) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat dengan mengunakan perkataan setengah, separuh dan suku. b.) Menggunakan gambar dan lipatan kertas untuk mengenal pasti bentuk satu perdua dan satu perempat. Pengetahuan Sedia Ada: (a) Murid pernah melipat dan membahagikan bahan - bahan. (b) Murid dapat menyebut perkataan seperti setengah, separuh dan suku . Nilai Moral : Adil dan saksama, tolong - menolong, kasih sayang, bekerjasama dan murah hati. Kemahiran Berfikir : Membanding dan membeza, menyelesaikan masalah, membuat gambaran mental. Bahan Bantu Mengajar : Kertas lukisan, kertas kecil, kertas putih, kad manila, projektor, laptop, kertas penilaian, dan gambar kek.

Prosedur/ Masa Set Induksi (5 minit)

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru memilih seorang murid keluar untuk melukiskan kedua - dua tapak tangannya di atas sekeping kertas lukisan.

Catatan Bahan bantu mengajar: kertas lukisan,

Ulang kaji tentang konsep separuh secara melukis. 2. Guru bertanya soalan: Guru: Adakah kedua - dua tapak tangan ini sama saiz? Murid: Ya, kedua - duanya sama saiz. 3. Guru meminta seorang murid keluar dan menolong guru melipatkan kertas lukisan ini kepada separuh. 4. Guru bertanya soalan kedua: Guru: Adakah kertas lukisan ini telah menjadi separuh? Murid: Ya, kertas lukisan ini telah menjadi separuh. 6. Guru memperkenalkan perkataan setengah, dan separuh. 7. Guru memaparkan tajuk hari ini Pecahan.

kad manila.

Kemahiran berfikir: membanding dan membeza

Pecahan
Langkah 1 (15 minit) 1. Guru meminta tiga murid masing - masing keluar dan membimbingnya melipat kertas putih yang berpelbagai bentuk kepada bentuk setengah. Melipat bentuk separuh dan mencari bahan dalam bentuk separuh. 2. Guru memperkenalkan perkataan setengah iaitu membuat lipatan separuh sebanyak 1 kali. 3. Guru mengedarkan kertas kecil kepada setiap murid. 4. Guru meminta setiap murid memerhatikan peralatan di dalam Kemahiran kelas dan memberi 3 peralatan yang mempunyai saiz separuh. a.) buku teks; b.) pintu kelas; c.) meja berfikir: membanding dan membeza, Bahan bantu mengajar: persembahan projektor, kertas manila dan kertas kecil.

5. Guru meminta beberapa orang murid untuk menyebut hasil jawapan mereka dan cuba membandingkan jawapan antara yang lain.

membuat gambaran mental

Langkah 2 (15 minit)

1. Guru meminta 3 orang murid masing - masing keluar dan membimbingnya melipat kertas putih yang berpelbagai saiz kepada bentuk suku.

Bahan bantu mengajar: kertas putih, kad manila, dan projektor skrin.

Melipat bentuk suku dan mencari bahan dalam bentuk suku 2. Guru memperkenalkan perkataan suku iaitu membuat lipatan separuh sebanyak 2 kali. 3. Guru menayangkan gambar di atas projektor skrin dan meminta murid mencari gambar dalam bentuk suku.

Kemahiran berfikir: menyelesaika n masalah

4. Guru meminta seorang murid menyebutkan jawapan. a.) kek strawberi. 5. Guru dan murid membincangkan jawapan secara bersama. Langkah 3 (20 minit) 1. Guru membahagikan murid- murid kepada kumpulan masing - masing. Bahan bantu mengajar: persembahan Aktiviti kumpulan: membincangkan soalan dan menyertai permainan Nilai Moral: bekerjasama Latihan 1: Separuh 2. Guru meminta murid - murid meneliti gambar yang ditunjukkan dalam projektor skrin. projektor., latihan 1 dan latihan 2.

dalam kumpulan

Latihan 2: Suku

3.Guru memberi arahan kepada semua murid dan seterusnya membimbing mereka menjawab soalan.

4. Guru meminta setiap wakil menyebut jawapan betul/salah. Seterusnya memperbetulkan jawapan murid.

Penutup (5 minit) Rumusan isi pelajaran

1. Guru meminta seorang murid menyebut balik isi pengajaran yang diajar hari ini. Guru: Apakah 2 perkara yang telah kita pelajari hari ini? Murid: Pecahan secara separuh dan pecahan secara suku. 2. Guru meminta seorang murid mengambil gambar sebiji kek segiempat manakala seorang murid lagi berdiri disebelahnya.

Bahan bantu mengajar: gambar kek dan kertas penilaian.

3. Guru bertanya soalan: Guru: Apakah yang perlu dilakukan oleh Murid A, jika Murid B ingin memakan kek itu?

Nilai Moral: murah hati, keadilan dan

Murid: Murid A haruslah membahagikan separuh daripada keknya kepada kawannya. Guru: Adakah Murid A bertindak adil dengan membahagikan kek kepada separuh secara sama rata? Dan adakahnya seorang yang pemurah hati kepada kawannya? Murid: Ya, Murid A sangat adil dan juga murah hati kepada kawannya. 4. Guru mengaplikasikan nilai moral: Guru: Jika kawan kamu lupa membawa makanan ke sekolah, apa yang harus anda lakukan untuk menolongnya? Murid: Memberi separuh daripada makanan saya kepadanya. 5.Guru mengagihkan kertas aktiviti yang disediakan kepada setiap wakil kumpulan, membimbing murid menjawab soalan dan seterusnya meminta murid untuk menyiapkan tugasan masing - masing di rumah.

tolong menolong.