Anda di halaman 1dari 57

RAHSIA TAHI LALAT

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan. Bahagian Badan & Firasat Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yg suka Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita Leher kiri Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan Leher di tengah Tercapai cita-cita Biji mata kanan Suka serong dan pembohong Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki Punggung kanan Agak mengalami kesulitan Punggung kiri Malas dan suka duduk Betis kanan Suka berhibur, boros Betis kiri Rajin,tidak suka menganggur Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha Lutut kiri Kurang kuat berusaha Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun Kening kanan Cerdas dan cekap Kening kiri Cerdas, sopan santun Tengah kening Keras hati, berani segala hal Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta Pergelangan kaki kanan Suka berpergian (keluar rumah) Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya Pada hidung Banyak rezeki

Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati Dagu bawah kiri Bijak sana dan berbudi luhur Kemaluan kanan atau kiri Baik, suka senggama Di kepala kemaluan (lelaki) Bakal beristeri 2 Tumit kanan Jujur dan banyak kawan Tumit kiri Baik budi Alis kanan Suka menolong, baik hati Alis kiri Ramai yang suka Pangkal peha kanan Kemahuan kuat Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh Jari kaki kanan Suka menolong Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik Bahu kanan Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab Buah dada kanan Baik hati, pendiam,simpan rahsia Buah dada kiri Ramai kawan, setia pada pasangan Lengan kanan Setia dan taat pada atasan Lengan kiri Menepati janji dan rajin Pipi kanan Ramai teman Tengah-tengah pipi kanan Ramai yg suka Tengah-tengah pipi kiri Ramai teman Ubun-ubun Kurang jujur Pusat Cerdas, tangkas, tekun Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup Pusat bahagian kiri Beroleh kemliaan Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup Pinggang kiri Disayang pasangan hidup Dada kanan Dapat mengatasi masalah Dada kiri Berani, jujur dan sabar Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong Jari tangan kanan\ Serba beroleh keuntungan Jari tangan kiri Serba baik bekerja Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tapi boros Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yg cinta Pelipis kiri Murah rezeki, dpt jadi kaya Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yg suka Kelopak mata kanan bawah Agak malas Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana

RAHSIA BIBIR WANITA


Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

Bibir segar dan kemerahan... Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki

Bibir yang biru (pucat)... Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya. Bibir yang tipis... Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya. Bibir yang mungil... Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya. Bibir yang tebal... Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control! Bibir sentiasa terbuka... Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

Bentuk kuku

kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku

kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...

1. Kuku yang baik, rapi dan indah : Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat. 2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar : Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu. 3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat : Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu. 4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit : Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi. 5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata : Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan. 6. Bentuk kuku langsing : Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa. 7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning : Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya. 8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun : Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja. 9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal : Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing : Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja. 11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan : Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat. 12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) : Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat. 13. Bentuk kuku seperti kikir :Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya. 14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam : Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya

Rahsia Dahi Rahsia tetap rahsia??eh...tidak semestinya ,tidak semua rahsia tetap akan menjadi rahsia selamanya....korang nak kenal lebih rapat dengan si dia yang menjadi pujaan hati korang selama ini?Tenung, kaji & amati si dia betul betul kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!!! DAHI LEBAR........ Ciri2:saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang . Faktor2 Best:Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat. Faktor2 kurang: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara. DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT..... Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja. Faktor2 kurang: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan. DAHI BENTUK HATI....... Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M' Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif keran asuka berfikir dan berimaginasi.

Faktor2 Kurang: Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia DAHI JENDOL........ Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas Faktor2 Best: Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana Faktor2 Kurang: kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau bercinta,tak ingat dunia. DAHI BERSEGI.... Ciri2 :Berbentuk seakan petak Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu. faktor2 kurang: dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu DAHI SEMPIT.... Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut. Faktor 2 Best: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik. faktor2 kurang: yang nie tak banyak kelemahan....sukar mencari pasangan hidup.

RAHSIA KASIH SAYANG BERDASARKAN BULAN


Januari - Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati - Sukar setia pada yang satu. - Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11. - Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini. Febuari - Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan. - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. - Kurang beremosi terhadap pasangannya. - Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. - Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac - Mudah menawan hati pasangannya. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati - Sangat baik dalam menjaga perhubungan -Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. - Persaan cemburu yang minima. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. - Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. - Suka menuduh melulu tanpa usul periksa. - Berprasangka terhadap pasangan. - Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12. - Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini. April - Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan. - Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. - Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. - Sentiasa ingin diberi perhatian. - Amat cemburu dalam perhubungan. - Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. - Emosi cepat terusik dan mudah terluka. - Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. - Romantik dan terlalu romantik - Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. - Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta' seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2 - Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini. Mei - Amat mudah jatuh cinta. - Baik dan jujur dalam perhubungan. - Pandai menarik hati pasangan. - Perasaan cinta yang mendalam. - Mudah untuk dipujuk. - Kurang suka untuk sentiasa bersama. - Mudah menerima cinta seseorang. - Pilihan yang tepat dalam berpasangan. - Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. - Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. - Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Jun - Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. - Sukar melukai dan memahami hati pasangan. - Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. - Cerewet dalam hubungan. - Selalu beremosi. - Mudah merajuk dan mudah di pujuk. - Cepat rasa bosan dalam percintaan. - Kurang yakin dalam perhubungan. - Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang. - Elok untuk menjadi Ibu yang baik. - Dahagakan pujian dari pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8. Julai - Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai, - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7 Ogos - Tidak serius dalam perhubungan - Mengambil mudah dalam perhubungan - Kesetiaan di ragui. - Pandai memujuk pasangan - Suka memimpin pasangan. - Romantik, Pengasih dan Penyayang. - Kelam kabut dalam perhubungan. - Sering bertukar pasangan - Sukar mencari pilihan yang tepat - Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima. - Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12 - Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini. September - Bersopan dalam hubungan

- bertolak ansur terhadap pasangan - Suka mengkritik pasangan - Sangat prihatin terhadap pasangan - Sangat sensitif dan emosi - Pandai memahami pasangan - Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan - Amat memilih pasangan - Sukar melupakan sekiranya hati terluka. - Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11 Oktober - Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. - Suka disayangi dan menyayangi pasangan. - Sopan terhadap pasangan. - Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. - Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Sukar menerima pandangan pasangan. - Emosi yang mudah terusik. - Pengasih, Penyayang terhadap pasangan. - Cemburu dan terlalu cemburu. - Romantik - Memahami pasangan. - Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12. - Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini. November - Banyak helah dalam menghadapi pasangan. - Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. - Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. - Degil dan engkar dengan pasangan. - Tidak suka dikongkong oleh pasangan. - Mudah ambil berat terhadap pasangan. - Tidak menghargai perhubungan. - Sambil lewa dalam perhubungan. - Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung. - Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan. - Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan. - Kurang bersama dengan pasangan. - Pasangan Ideal: 4, 7 Disember - Pemurah terhadap perhubungan - Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. - Tergesa-gesa dalam perhubungan - Suka didampingi oleh pasangan. - Benci dikongkong. - Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)

- Suka mempengaruhi pasangan - Curang dalam percintaan. - Kurang berkerjasama dengan pasangan. - Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru - Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

Rahsia Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga... Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas Wanita berunsur Tanah Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti: * Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. * Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. * Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. * Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami. Wanita berunsurkan Air Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: * Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. * Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. * Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. * Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah. Wanita yang berunsurkan Api Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan

kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: * Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. * Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. * Penasihat yang baik kepada suami. * Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami. * Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan. Wanita berunsur Angin Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: * Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. * Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah. * Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami. * Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

Rahsia Tapak Tangan

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putusputus Dan sebagainya. So selamat menilik.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan

Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putusputus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini curang Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line) Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak

putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selamalamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya

8. Garis bilangan anak Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu

mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat. Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?

Bila jari kamu dirapatkan. Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama kamu boleh lihat Ada sebarang gap di antaranya Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya Bermaksud IA tidak rapat Dan renggang Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya Dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? heheheekalau terkene jangan la mareee..

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita. walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putusputus dan sebagainya. So selamat menilik.. jangan tersalah tilik, sudah la!

RAHSIA (TAJUL MULUK) HARI WANITA DILAHIRKAN


Di blog http://1001rahsiadiri.blogspot.com ini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal

kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri.

Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Rahsia mengenal Kegadisan


Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak ngannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut.

Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal. Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika

terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda hanya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi. Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan. Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidaktidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda

Rahsia Mengenal Lelaki Dari Bulan Kelahiran Islam


Muharram Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya

keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebihlebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.

Rahsia Nombor Peribadi Anda


Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakannya dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya. Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh. Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya: 1212-1969; 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 (3+1 = 4). Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.

Nombor 1

LAMBANG keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

Nombor 2

NOMBOR ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun

atau mandi di bawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zamzam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan yang sesuai. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah... tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

Nombor 3

RAHSIA akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah! Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ni awet muda.

Nombor 4

NOMBOR ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tak mudah diganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insya-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

Nombor 5

SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat

keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

Nombor 6

HATI-HATI dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum berkahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

Nombor 7

INILAH nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulanginya 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

Nombor 8

ORANG Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya... kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8 jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains

oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

Nombor 9

NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang... walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

Nombor 10 atau 0

SIMBOL keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang yang bernaung di bawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insya-Allah... tidak akan wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan

Rahsia Wajah
Di bawah ni adalah sedikit ramalan mengenai diri melalui wajah anda. Tapi..jangan percaya 100%..kalau betul pun, mungkin secara kebetulan je..

DAHI Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata? Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal.. Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda? Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.

TELINGA Telinga anda jabing? Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati. Telinga anda runcing? Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.

CUPING TELINGA Kerut tegak di cuping telinga anda? Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik. Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala? Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.

BULU KENING Bulu kening anda bertemu di tengah? Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih. Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?

Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.

MATA Mata anda berdekatan satu sama lain? Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik. Mata anda berjauhan satu sama lain? Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi. Mata anda ke dalam? Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an. Mata anda tersembul? Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.

HIDUNG Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung? Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan. Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang? Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.

MULUT Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum? Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri. Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi? Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.

GIGI Berada ruangan di antara gigi depan anda? Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran. Anda mempunyai dua gigi depan yang besar? Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan. DAGU Dagu anda runcing? Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh. Dagu anda lemah? Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara. TAHI LALAT Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya. Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya. Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.

Di tepi rambut: Kekayaan. Di antara bulu kening: Kebijaksanaan. Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman. Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur. Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya. Di pipi sebelah kiri: Anda rajin. Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras. Di mulut: Seksualiti anda tinggi dan anda mempunyai keberahian sensual kuat. Di lipat paha di sebelah kanan: Anda boleh menjadi kaya tetapi harus jaga kesihatan anda. Di lipat paha di sebelah kiri: Anda harus jaga kesihatan anda, kerana anda sering sahaja sakit. Di pungggung: Anda perlu bercita-cita tinggi. Hidup anda terumbang-ambing. Jangan selalu bergantung kepada bantuan daripada orang lain. Di puting: Anda tidak tetap hati dan tidak setia pada kekasih!

Rahsia Perwatakan Anak2 Melalui FIzikal,Tarikh Lahir ,Warna dan Urutan dalam Keluarga
mengikut kajian pakar motivasi Dato' dari fadzilah kamsah

dari segi fizikal -bertubuh kurus seorang yang agak gemuruh,kelam kabut tapi sangat kreatif.aktif dan pantas bergerak.agak penakut.suka diberi penghargaan dan belaian orang lain -bertubuh sederhana suka tidur dan kuat makan.kuat semangat tetapi selalu tak fikir panjang sebelum bertindak.sensitif,mudah marah dan inginkan kesempurnaaan -bertubuh gemuk seorang yang tenang.penyayang,mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja,agak lambat berfikir tapi ngatan tajam,cabar dan jarang marah.

tarikh lahir bulan 2,4,6,8,9,11,12 -kelam kabut,mudah tertekan,selalu nak cepat,kurang sabar,inginkan kesempurnaan,sentiasa nak cari kehebatan bulan1,3,5,6,7,10,12 -tenang ,mudah bertolak ansur,mudah diajak berbincang bulan2,3,4,7,8,9 -emosi tinggi,mudah melenting dan mudah tersinggung

dari segi warna hijau-mencintai alam sekitar,pemurah,ambil berat,penyayang,berperikemanusiaan,kritis ,banyak idea hitam-serius,tinggi iltizam,buat sesutu dengan bersungguh2 putih-optimis,sabar,sangka baik,suka kedamaian merah jambu-penyayang,bersungguh2,keinginan tinggi oren-suka kebebasasn,kreatif,aktif ,agak kelam kabut,ramai kawan,semangat tinggi kuning-ceria,tahan lasak,suka berkawan

biru muda-sensitif,beretika,suka menolong,suka bekerjasama,sedia berkorban untuk orang lain

emas/perak-suka kepada kejayaan

urutan dalam keluarga

anak sulung-cakap serupa bikn,cemerlang di rumah dan sek,jadi model kepada adik2 ,pandai pujuk,suka kawal orang lain anak tengah-suka jadi pendamai,pemurah ,mudah berkawan,suka bertolak ansur anak bongsu-berani ambil risiko,bertolak ansur,peramah,kreatif anak tunggal -yakin,tak bergantung pada orang lain,cemrmat,teliti dan terperinci,cita2 tinggi,pemurah

Rahsia Bentuk Wajah


BUJUR SIRIH.... Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong.. Keperibadiannya:Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego...

BULAT.... Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam.. Keperibadiannya:Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati...

BERSEGI... Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi... Keperibadiannya:Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A...

SEGI TIGA... Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain... Keperibadiannya:Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri...

Rahsia dsblik no rumh


Pernah tak korang terfikir mengapa korang memilih rumah yg korang duduki sekarang?Apa nombornya?Apa yang menyebabkan korang tertarik untuk mendiami rumah tersebut? Kiraan: Nombor 11 = 1+1=2 Jadi angka rumah korang ialah 2.Baca keterangan 2 kat bawah....

Nombor 192 = 1+9+2=12 12 = 1+2=3 Jadi angka rumah korang ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah....

Rumah nombor 1 Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2 Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada

penghuninya.Cubalah... .

Rumah nombor 3 Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4 Emmmm... .nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5 Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan

kebendaan.

Rumah nombor 6 Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7 Satu angka 'aneh' .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8 Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami

rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9 Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behatihati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang dicita-citakan selama ini.

Rahsia Tarikh Lahir


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada...

Contoh:

12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) 30 ogos 1981 30+8+1981=2019 2+0+1+9=12

1+2=3( jadi number laHIR ADALAH 3) Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar

untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasiyang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni

musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah

untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpahsumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

Rahsia Keserasian Pasangan Menurut Urutan Kelahiran


Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian?

Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia saat ini? Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:

Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.

Si Sulung dengan si Tengah Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang

Si Tengah dengan si Tengah Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah dengan si Bungsu Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.

Si Sulung dengan si Bungsu Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bungsu dengan si Bungsu Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal dengan anak Tunggal Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktu untuk hidup rukun dan saling mendukung.

Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulukala. Percaya atau tidak, semuanya kembali pada diri anda.

Rahsia Mata Seorang Wanita


Saiz mata kecil Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

BAGAIMANA CARA ANDA TIDUR


Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.

Selubung seluruh badan dengan selimut Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

Tidur meringkuk Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

Tidur mengiring dan meringkuk Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhatihati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap

individu berkenaan.

Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.

Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

Tidur meringkuk di satu arah Cara tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

Tidur meniarap Sekiranya kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratu

Rahsia Keperibadian Perempuan Melalui Tajul Muluk


Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran


Januari - ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja Febuari - boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta Mac - ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian. April -Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut

Mei -Suka merendah diri, penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun - banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali. Julai -Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki Ogos -bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha. Setember -Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak Oktober -murah rezeki, keras hati dan mudah simpati November -rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka Disember - rajin berusaha, lekas naik darah, keras hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

Calculation Keserasian Pasangan


Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-

Depan = Markah 9 Atas = Markah 8 Bawah = Markah 5

Contoh:Nama Lelaki : Ahmad Azhar Sebutan : Ah + mad + Az + har Markah : 8 + 8 + 8 + 8 Jumlah : 32

Nama Perempuan : Arni Nazira

Sebutan : Ar + ni + Na + zi + ra Markah : 8 + 5 + 8 + 5 + 8 Jumlah : 34

So Jumlah Keseluruhan : 32 + 34 = 66

Mencari baki :-

Jumlah 66 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

Iaitu:-

66 bahagi 9... baki ialah 3 66 bahagi 7... baki ialah 3 66 bahagi 5... baki ialah 1 66 bahagi 3... baki ialah 0

** Oleh itu baki ialah 3, 3, 1 dan 0 (baca dari atas ke bawah)

Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)

# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)

# 7 - Di masa memasuki pertengahan

# 5 - Di masa menghadapi masa tua

# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)

Jika baki :-

0 - Bulan Purnama Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak

berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - -sama seperti nombor 0-

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Januari 01-09 ~ Anjing

Januari 10-24 ~ Tikus

Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing

Februari 06-14 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura

Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet

Mac 13-15 ~ Singa

Mac 16-23 ~ Tikus

Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing

April 04-14 ~ Harimau Bintang

April 15-26 ~ Tikus

April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet

Mei 14-21 ~ Merpati

Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus

Jun 04-14 ~ Kura-kura

Jun 15-20 ~ Anjing

Jun 21-24 ~ Monyet

Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus

Julai 10-15 ~ Anjing

Julai 16-26 ~ Merpati

Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet

Ogos 16-25 ~ Tikus

Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati

September 15-27 ~ Kucing

September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet

Oktober 16-27 ~ Kura-kura

Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa

November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing

Disember 17-25 ~ Monyet

Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi temanteman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhatihati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:

Kamu seorang yang misteri.. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. HmmmEURO|kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka car i.

Monyet:

Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan

dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.