Anda di halaman 1dari 14

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 3 / SEPTEMBER 2011

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

HBEF 1503

1.0 PENDAHULUAN Seringkali kita berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan dengan kehidupan masyarakat . Situasi ini berlaku kerana masyarakat kita tidak peka dan memahami corak hidup bangsa lain yang hidup di dalam negara kita. Permasalahan ini berkaitan dengan budaya hidup kita. Menurut Kamus Dewan (Edisi Kedua Cetakan Pertama 2003),budaya membawa maksud segala-gala yang sudah menjadi kebiasaan atau cara hidup sesebuah masyarakat. Ia merujuk kepada amalan,sikap,cara berfikir dan juga benda dan barang yang dihasilkan.Istilah budaya juga diertikan sebagai cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai,kepercayaan dan pantang larang yang dperturunkan dalam sesebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi melalui proses pembudayaan.Ia diterapkan ke dalam jiwa seseorang secara sedar atau tidak sedar.. Sesebuah masyarakat diiktiraf berjaya jika ia bertamadun.Perkataan tamadun membawa erti yang pelbagai.Istilah Tamadun berasal daripada perkataan Arab tamaddun yang berakar umbi dari perkataan maddana yang bererti membangunkan atau memajukan. Realitinya tamadun adalah ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan,pemikiran dan penciptaan yang baik ,halus,sopan-santun bagi pembentukan peribadi ,akhlak,tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.

2.0 Perbezaan antara tamadun dengan budaya Budaya yang dikonsepkan oleh orang ramai kebiasaannya meliputi hal-hal kesenian.Sedangkan pengertian budaya dalam penngajian anthtropologi adalah suatu jalinan yang kompleks.Perlakuan manusia yang dipelajari adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya.Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban,tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Konsep tamadun pula berbeza ,ia membawa maksud satu unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma sosial,tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi(Edward L.Farmers).Profesor Wan Hashim Wan Teh berpendapat bahawa perbezaan antara tamadun dengan budaya ialah tahap pencapaiannya.

HBEF 1503

3.0 Fungsi budaya Pemupukan budaya dalam masyarakat adalah sesuatu yang dapat membentuk imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti bangsa yang lebih bertamadun.Ini kerana bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang menjadikan budaya sebagai salah satu alan hidup mereka. Budaya juga berfungsi sebagai salah satu kaedah untuk memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bangsa di dalam sesebuah negara berdasarkan ciri-ciri kerohanian,kemanusiaan,spriritual dan mental di kalangan masyarakat.(Shamsul Amri Baharuddin,2007) Masyarakat yang berbudaya ia mampu melahirkan semangat cintakan negara dan sayang pada adat dan corak kehidupannya. Fenomena ini jelas dibuktikan melalui cara sesebuah masyarakat menjaga dan menghormati perayaan serta adat mereka. Sebagai contoh, masyarakat Melayu,masih mengamalkan kaedah bergotong-royong semasa mengadakan kenduri.Mereka bersama-sama menyediakan juadah dan segala keperluan kenduri.Meskipun cara ini hanya dilakukan di kampung-kampung namun ia telah dapat membuktikan kepada dunia luar bahawa adat dan budaya Melayu tidak hilang di dunia.

4.0 Kepelbagaian budaya Menurut Kamus Dewan (2005) edisi keempat , kepelbagaian bermaksud berbagaibagai jenis .Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperolehi di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar.Melalui budaya sesebuah masyarakat dan bangsa akan dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan.Misalnya.kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.Fakta ini adalah hakikat yang telah membawa kejayaan kaum Cina sejak dari awal penghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke -19 (Sheela Abraham,1986) Malaysia meupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya , adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik ,ekonomi dan sosial. Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat materialistik dan budaya bersifat bukan materialistik.Budaya materialistik merujuk kepada peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain atau lebih 2

HBEF 1503

tepat bersifat konkrit.Manakala budaya bukan materialistik adalah kepercayaan,adatistiadat dan undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007). Masyarakat yang yakin kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut.Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsurunsur yang terdapat di dalam budaya.Pentingnya adat dalam masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan pepatah biar mati anak ,jangan mati adat. Dalam masyarakat Melayu yang mengalami perubahan, berikutan pesatnya Proses modenisasi dan urbanisasi nilai-nilai sosial dan pandangan terhadap dunia luar turut mengalami perubahan.Budaya rakyat yang tidak sesuai cuba disesuaikan dengan arus pemodenan.Unsur-unsur budaya popular memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan masyarakat moden.Contohnya budaya memakai pakaian baju kebaya di kalangan masyarakat . Kini pelbagai bangsa dan peringkat umur memakainya. Ia seolaholah satu trend atau fesyen terkini. Walaupun ia dahulunya dimonopoli oleh kaum baba dan nyonya namun kini ia menjadi fesyen masa kini.

Warisan kebaya kaum baba nyonya

Digayakan oleh golongan muda

Generasi muda kini kerapkali memandang rendah terhadap warisan budaya rakyat berbanding budaya popular moden. Budaya rakyat yang masih terdapat di kampungkampung selalu dianggap bersifat kekampungan. Misalnya barang-barang hasil tangan seperti tikar mengkuang,bakul rotan dan hasil daripada buluh yang dihasilkan oleh orang kampung selalu dianggap kurang bermutu,sedangkan hakikatnya hasilan mereka lebih asli dan kreatif.

HBEF 1503

c)i ) Sosio-Budaya Penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa. Jumlah penduduk anggaran tahun 2003 ialah 25.04 juta, yang terdiri dari kaum Melayu 61%, kaum Cina 30%, kaum India 8% dan yang lain-lain 1%. Terdapat juga orang Asli, Eropah dan Serani.

Keunikan Masjid Putrajaya antara tarikan pengunjungke sini. Malaysia sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu sebagai rakyat asal rantau ini. Kebudayaan Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama Islam. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati. Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Krismas, Gawai dan lain-lain dianggap sebagai perayaan penting. Agama Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.

HBEF 1503

Tarian Singa adalah sebahagian sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Bahasa Rasmi Bahasa rasmi yang digunakan di negara ini ialah Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) namun, bahasa-bahasa berbagai kaum dan suku kaum yang lain adalah bebas digunakan seperti bahasa Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan digunakan dengan meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian. Kerajaan juga telah menggalakkan pekerja hotel dan ahli-ahli perniagaan yang berkaitan dengan sektor pelancongan dan perhotelan supaya mempelajari lain-lain bahasa antarabangsa. Festival Dan Perayaan Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni. Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di negara ini, musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta muhibah antara kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Oleh itu, upacara 'rumah terbuka' adalah satu suasana yang tidak asing lagi di hari-hari perayaan.

HBEF 1503

Islam Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid. Mereka yang berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul pada bulan Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Acara-acara seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan berzanji biasanya diadakan. Cina Rakyat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan kaum keluarga berkumpul untuk makan malam bersama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari Chap Goh Mei yang dirayakan pada malam ke-15. Seperti biasa di perayaan ini, pemberian bungkusan merah "angpow" memeriahkan lagi suasana, terutama kepada kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga perayaan Kuih Bulan yang ada kaitannya dengan legenda bidadari dari bulan lapan kalendar Cina. Kuih-kuih bulan dan tanglungtanglung adalah ciri-ciri utama perayaan tersebut. Hindu Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil (OktoberNovember) merupakan masa untuk kaum keluarga dan sanak-saudara bergembira. la menandakan kemenangan, kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti dengan kunjungan ke rumah sanak saudara. Di waktu malam, pelita-pelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan.

HBEF 1503

Hiasan "kolam" rekaan burung merak merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi. Para penganut agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan tersebutlah, Batu Caves yang terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang membawa persembahanpersembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut. Buddha Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari kemangkatannya. Di perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan. Kristian Pada Bulan Disember para penganut Kristian merayakan Hari Krismas sebagai menandakan kelahiran Nabi Isa a.s., dengan bersembahyang di gereja-gereja dan menziarahi suadara-mara dan rakan-rakan.

HBEF 1503

Perayaan Bagi Kaum-kaum di Sabah dan Sarawak Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula perayaan-perayaan tradisi orang Kadazan dan Dayak yang memperkayakan lagi kebudayaan masyarakat Malaysia. Pada bulan Mei setiap tahun di Sabah, orang-orang Kadazan mengadakan Perayaan Menuai yang merupakan satu acara penting untuk para petani mereka. Kemuncak perayaan ialah persembahan tarian Sumazau. Tamu Besar atau pasar tahunan pula merupakan satu pesta di mana acara-acara sukan tradisional diadakan. Perayaan-perayaan tradisi orang-orang Dayak di Sarawak pula terdiri daripada Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. Tarikh 1 jun adalah Hari Gawai di mana beberapa gawai dirayakan di negeri tersebut.

Tarian Sumazau dari suku kaum Dusun Cuti Am Selain perayaan-perayaan kaum yang dilangsungkan, cuti am juga diisytiharkan bagi beberapa acara penting di negara ini. Di antaranya ialah Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan yang disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun, Perayaan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Sabtu minggu pertama bulan jun, Hari Keputeraan Raja/Sultan di peringkat negeri bagi negeri-negeri yang berkenaan sahaja. Hari Pekerja pada 1 Mei, Maal Hijrah (Awal Muharram) dan perayaanperayaan lain seperti "Good Friday" dan Nuzul Quran yang diraikan di beberapa buah negeri yang tertentu sahaja. 8

HBEF 1503

c)Contoh budaya yang baik i) Budaya budi bahasa

Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. Dapat kita rasakan bahawa ungkapan first class infrastructure, third class mentality itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden. Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur. Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.

HBEF 1503

Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat. (ii) Budaya nasihat Dalam menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup. Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif. Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Sumber disunting dari Akhbar KOSMO, 27 Januari 2010

10

HBEF 1503

(iii) Budaya rakyat dan budaya popular moden Perkembangan budaya popular moden terus berkembang dan merupakan sebahagian daripada keperluan hidup masyarakat untuk meningkatkan pencapaian ekonomi. Pentas bangsawan dijadikan pusat perkembangan muzik dan nyanyian,tarian dan jenaka serta drama. Perkembangan itu mulai menunjukkan pembaharuan yang tidak lagi terikat kepada tradisi.Bangsawan pula muncul sebagai teater popular yang membawa perubahan dalam segi isu, komen dan kritik sosial masyarakat Melayu semasa yang sedang mengalami proses perubahan. Nilai-nilai sosial, world-view dan falsafah yang terdapat disebalik unsur-unsur budaya tradisi tidak dapat dipisahkan daripada kepercayaan warisan. Pembangunan budaya popular telah dapat melahirkan golongan profesional dan peluang pekerjaan kepada ramai orang terutama dalam industri budaya.

iv) Budaya Kebangsaan Pembinaan budaya kebangsaan amat penting diberikan perhatian dan tumpuan. Budaya ini bukan sahaja menyatakan jati diri masyarakat dan negara Malaysia, malahan juga penting dalam mempupuk semangat patriotisme dan integrasi kaum di negara ini. Melalui budaya kebangsaan itu membolehkan anggota masyarakat mengenali sejarah dan membina ikatan emosi kepada masyarakat dan negara. Kesedaran tentang pentingnya budaya kebangsaan itu adalah sebahagian daripada semangat kebangsaan Melayu yang dipupuk sejak zaman pemerintahan kolonial lagi. Kerajaan telah menerima konsep dan prinsip budaya kebangsaan dan usaha perancangan serta pelaksanaan yang dimulakan pada tahun 1970. Kerajaan menyedari pentingnya pembinaan budaya kebangsaan rentetan daripada Peristiwa 13 Mei 1969.Konflik yang mengakibatkan peristiwa berdarah dan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha bagi memastikan peristiwa 13 Mei tidak berlaku lagi. Usaha ini perlu bagi mengekalkan identiti dan imej negara di mata dunia agar pandangan negatif terhadap perpaduan,tolenrasi dan keharmonian kaum di Malaysia tidak berulang.

11

HBEF 1503

5.0 Kesimpulan Masyarakat hari ini sungguh bertuah kerana masih dapat mengenali budaya warisan dan budaya moden yang dibawa oleh dunia luar. Oleh itu selaku ahli msyarakat kita harus menjaga dan menghargainya. Budaya adalah satu khazanah yang kita warisi daripada generasi lalu dan ia penting untuk dikekalkan agar ketamadunan bangsa dan negara terus kekal bersama dan sebati di dalam jiwa setiap warganegara ini. Tanpa budaya kita akan terus dianggap sebagai sebuah negara yang kolot dan ketinggalan arus pemodenan. Bersyukurlah kita kerana generasi dulu tidak leka dan masih menjaganya. Namun begitu ia perlu diubahsuai mengikut predaran zaman agar ia dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.Negara kita beruntung kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.Keharmonian hidup dan semangat 1 Malaysia adalah bukti bahawa budaya kita boleh diamalkan oleh bangsa lain juga.Pemakaian baju kebaya , pemilihan menu roti canai dan upacara persandingan adalah contoh budaya yang telah diterima oleh semua masyarakat di Malaysia. Kini dunia luar telah memilih Malaysia sebagai lokasi utama untuk majlis perkahwinan dan percutian disebabkan oleh keunikan budaya Malaysia tidak ada di negara lain.

2676 patah perkataan

12

HBEF 1503

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI LAMAN WEB http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/art.. http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malay. http://duniabaca.com/definisi-budaya-pengertian-kebudayaan. BUKU RUJUKAN Azhar Hj.Mad.Aros,(2004)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 dan Kertas 2, Oxford Fajar Sdn.Bhd. Prof.Dr.Mohammed Yosuff Ismail,Prof Madya Hazidi Abdul Hamid,Dr.Sarjit Singh,Azahar Ahmad Nizar dan Syeikh Faikis Abu Bakar,(Ogos,2011) ,HBEF Masyarakat dan Tamadun ,Open University Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai