Anda di halaman 1dari 13

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 3 / 2012

HBAL 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB


NAMA TUTOR : EN KHAIRUL ASHRAF BIN ISMAIL

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

840401125608001 840401125608 0199848196 harni840401@yahoo.com SANDAKAN LEARNING CENTER

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

ISI KANDUNGAN

BIL 01 02 03 Penghargaan 1.0 Pengenalan

PERKARA

MUKA SURAT 2 3-4

2.0 Objektif dan kelebihan permainan bahasa 2.1 Merangsang interaksi verbal 2.2 Memberi peluang menambah kosa kata 2.3 Mewujudkan satu situasi pembelajaran yang rileks 2.4 Mempelbgaikan teknik pengajaran 4-5 5-6 6 6-7

04

3.0 bentuk pengelolaan aktiviti permainan 3.1 Secara berkumpulan 3.2 Secara berpasangan 3.3 Secara individu 7 8 8 8-9 9-10 10-11 12

05

4.0 Contoh permainan bahasa 4.1 Manfaat daripada permainan bahasa

06 07

5.0 Penutup Bibliografi

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat serta kesihatan yang diberi dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus HBAL 1103 iaitu Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab dalam jangka masa yang ditetapkan. Tiada lukisan secantik madah tiada kata secantik bahasa untuk saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Khairul Ashraf bin Ismail selaku tutor dalam kursus Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab untuk semester ini. Hasil nasihat dan tunjuk ajar beliau dapatlah membantu saya sedikit sebanyak dalam menyiapkan tugasan kerja kursus HBAL 1103. Tidak lupa juga kepada jasa suami saya yang selama ini menjadi tulang belakang bertungkus lumus membantu saya dalam menyiapkan tugasan serta penat lelah beliau menguruskan rumah tangga ketika saya sedang berjihad menyiapkan kerja kursus ini. Segala usaha itu diucapkan jutaan terima kasih semoga Allah akan sentiasa merahmati mu. Kepada rakan-rakan seperjuagan di dalam kelas HBAL 1103 ribuan terima kasih diucapkan kerana hasil daripada perkongsian ilmu dan bahan kursus daripada kalian semua sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan saya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Jasa baik rakan sekalian amatlah saya hargai. Kepada anak-anak mama dirumah maafkan mama sekiranya selama menyiapkan tugasan ini, kadangkala makan minum anak-anak mama terbiar dan seolah-olah tidak dipedulikan. Insya Allah selesai sahaja tugasan ini dihantar mama akan kembali seperti sediakala bermain bersama anak-anak mama dan mengganti semua kesibukan mama sebelum ini. Semoga segala penat lelah, tunjuk ajar dan kerjasama daripada semua pihak mendapat rahmat dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga juga hasil kerja yang tidak seberapa ini akan dapat member manfaat kepada semua guru-guru umumnya dan guru-guru pendidikan Islam khususnya. Wassalam

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

1.0 PENGENALAN Pada hari ini kita dapat lihat di sekolah mana pun, aktiviti permainan bahasa semakin kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Tanpa disedari oleh guru-guru umumnya dan guru bahasa khasnya bahawa penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukanlah merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia sebenarnya merupakan salah satu teknik yang berkesan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, termasuklah dalam pengajaran bahasa arab. Seperti yang kita tahu, bemain ataupun permainan ialah fitrah bagi kanak-kanak. Sesiapa sahaja yang bergelar kanak-kanak pasti akan melalui satu zaman yang dikenali sebagai zaman permainan. Justeru kesempatan ini iaitu situasi bermain boleh kita gunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah bagi mencapai objektif-objektif pendidikan bahasa terutamanya untuk pendidikan awal kanak-kanak seperti prasekolah dan sekolah rendah. Berkata tentang pendidikan kanak-kanak ini, teringat saya kepada kata-kata Imam alGhazali yang amat cenderung dengan pemikiran dan pendidikan peringkat kanak-kanak antara ungkapan beliau yang amat bermakna jika difikirkan jika engkau mendidik anak-anak dengan kasih sayang, engkau akan dihormati dan dicintai. Sebaliknya jika engkau mendidik anak-anak dengan kekasaran, engkau akan dibenci dan ditakuti. Pilihlah antara kedua-duanya tujuan didikan engkau sama ada ingin dikasihi atau ditakuti Mengupas tentang kata-kata Imam al-Ghazali diatas kasih sayang yang dimaksudkan ialah memberi pendidikan dengan tidak terlalu serius sehingga memberi tekanan kepada kanakkanak. Dalam erti kata yang lain memberi pendidikan sambil bermain untuk peringkat kanakkanak terutamanya dalam bidang bahasa. Sesuai dengan kenyataan Vygotsky dalam Roopnarine dan Johnson (2005) yang menyatakan bahawa bermain adalah medium perkembangan bahasa dan literasi yang mana proses mental yang lebih tinggi berkembang ketika kanak-kanak membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti permainan. Harus kita fahami, ketika kanak-kanak sedang bermain, mereka menggunakan bahasa untuk bertutur. Tingkah laku mereka berubah melalui penggunaan bahasa dalam aktiviti bermain tersebut. Hal ini bermaksud melalui bermain, kanak-kank belajar berkomunikasi, menyesuaikan diri dengan persekitaran, berinteraksi dengan rakan dan mengenali benda-benda disekeliling mereka. sesuai dengan kenyataan Moyles (2005) iaitu melalui aktiviti bermain sesuatu 3

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

permainan kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku disekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan. Justeru apabila kanak-kanak seronok belajar sesuatu perkara, mereka akan terus berminat untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara menjadi semakin baik.

2.0 OBJEKTF DAN KELEBIHAN PERMAINAN BAHASA 2.1 Merangsang interaksi verbal Antara objektif permainan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merangsang interaksi verbal sesama pelajar. Hal ini bermaksud ketika sesi permainan dijalankan secara tidak langsung pelajar akan berinteraksi sesama mereka untuk menyelesaikan tugasan permainan mereka. ini akan memberi peluang kepada pelajar menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan bertutur semasa bermain. Sebagai contoh dalam permainan Takhmin al-Aswat iaitu permainan teka suara, dalam permaianan ini pelajar diminta mendengar bunyi-bunyi tertentu seperti bunyi haiwan atau kenderaan seterusnya mereka diminta untuk menyebut perkataan tersebut di dalam bahasa arab. Justeru melalui sesi permainan ini, pelajar berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial dan emosi. Banyak kelebihan sekiranya pembelajaran bahasa arab dalam konteks permainan di dalam kelas digunakan, menurut Smidt (2010) apabila pelajar berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain, kanak-kanak ini secara tidak langsung belajar kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerjasama dan berkongsi sesuatu. semasa kana-kanak bermain mereka sebenarnya sedang bersosial dengan rakan sebaya. Teknik pembelajaran secara permainan ini boleh dijalankan secara berkumpulan atau individu. Sebagai contoh apabila kanak-kanak berinteraksi dengan rakannya dan bertanya ataupun meminjam peralatan permainan dalam masa yang sama akan berlaku juga interaksi verbal sesama mereka walaupun sesetengah pelajar ada yang tidak terlibat dalam permainan.

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

Melalui bermain, kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Kanak-kanak juga mempelajari tentang diri sendiri dan individu lain. Pakar dalam bidang perkembangan kanakkanak percaya bahawa bermain adalah cara terbaik bagi kanak-kanak mempelajari konsep dan kemahiran yang kemudiannya akan digunakan untuk mempelajari perkara-perkara baharu pada masa akan datang. Wardle(2008) menyatakan bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan domain pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi. Hal ini tidak berlaku semasa pengajaran secara langsung yang dilakukan guru. Kajian Sharifah Nor et al. (2009) yang melihat pendekatan aktiviti permainan dari segi perkembangan kognitif mendapati kanak-kanak teruja dengan aktiviti permainan, terlibat secara aktif, berasa seronok dan kreatif. Terdapat pelbagai jenis permainan yang dilakukan kanak-kanak semasa bermain. Jenis-jenis permainan itu boleh diklasifikasi seperti berikut:

2.2 Memberi peluang kepada pelajar menambah kosa kata Antara objektif utama permainan bahasa lebih-lebih permainan bahasa arab adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menambah kosa kata. Sebagai contoh salah satu cara yang paling berkesan untuk kanak-kanak menambah kosa kata mereka dan mempraktikkan kemahiran imaginasi mereka ialah melalui permainan fantasi. Permaianan fantasi ini amat sesuai terhadap pendidikan awal kanak-kanak seperti pra sekolah dan sekolah rendah kerana pada masa ini pemikiran pelajar dipenuhi dengan fantasi. Oleh itu permainan ini boleh dilakukan secara spontan dengan menggunakan peralatan contohnya permainan pondok-pondok. Segala peralatan boleh dilabelkan dengan perkataan bahasa arab, papan tanda-papan tanda juga dilabelkan dengan perkataan bahasa arab. Menurut Christie dan Roskos (2009) terdapat hubungan antara aktiviti bermain dengan persekitaran permainan dalam pemupukan kemahiran literasi. Bahan bacaan bertulis dalam ruangan permainan contohnya gerai pizza yang diletakkan papan tanda, menu dan nama pekerja yang dilabelkan dengan perkataan bahasa arab dapat meningkatkan kemahiran literasi dengan berkesan. Bukti juga menunjukkan persekitaran bermain yang diperkayakan dengan kemahiran literasi dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak tentang fungsi perkataan bertulis. Secara tidak langsung kosa kata dapat diperbanyakkan dan diperbaiki. 5

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

Kelebihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang mempunyai unsur permainan ini ialah disamping pelajar ini belajar, mereka juga dapat berseronok kerana aktiviti ini mempunyai unsur-unsur yang menghiburkan. Pengajaran seperti ini sudah pasti mampu menarik minat pelajar dan dapat mengelak rasa bosan pelajar terhadap pelajaran bahasa.

2.3 Mewujudkan satu situasi pembelajaran yang rileks Mewujudkan satu pembelajaran yang rileks juga merupakan salah satu objektif pengajaran dan pembelajaran dalam permainan bahasa. Pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan serta tidak membosankan adalah punca daripada kaedah atau cara penyampaian yang digunakan oleh guru-guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif akan dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran tanpa sebarang tekanan. Kaedah permainan bahasa ini bukan sahaja dapat membantu kefahaman pelajar malah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Cristie dan Roskos (2009) berpendapat kebanyakan kanak-kanak mampu mengenal pasti perkataan bertulis semasa aktiviti bermain. Pembelajaran bahasa arab melalui aktiviti bermain jelas dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan literasi kanak-kanak. Persekitaran yang telah dimanipulasikan oleh guru, permainan bertema, permainan bebas adalah antara permainan bahasa yang dapat mempertingkat dan memperkembangkan kemahiran bahasa kanak-kanak. Antara kelebihan permainan bahasa ini, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan. Apabila kanakkanak seronok belajar sesuatu perkara, mereka terus berminat untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara menjadi semakin baik. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara berkaitan aktiviti permainan yang dilakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik.

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

2.4 Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Seterusnya objektif permainan bahasa ini adalah untuk mempelbgaikan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik dan berkesan.seperti yang kita ketahui penggunaan satu teknik pengajaran dan pembelajaran sahaja tidak cukup untuk mencapai objektif pengajaran. Justeru teknik permainan bahasa boleh digunakan bagi mempelbagaikan lagi teknik pengajaran lebih-lebih lagi dalam pengajaran bahasa arab.

Sebagai contoh dalam program al-lubah al-lughawiyah menggunakan ICT, kaedah ini melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang mempunyai unsur-unsur yang menghiburkan. Melalui kaedah ini pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran bahasa arab dengan cara yang lebih menarik, kaedah ini penting untuk menarik minat pelajar mempelajari bahasa arab.

3.0 BENTUK PENGELOLAAN AKTIVITI PERMAINAN Berikut adalah beberapa bentuk pengelolaan dalam aktiviti permainan bahasa. Guru-guru bahasa arab khasnya boleh menjayakan aktiviti permainan ini dalam bentuk berkumpulan, berpasangan ataupun secara individu. 3.1 Secara berkumpulan Pengelolaan dalam bentuk berkumpulan ini boleh dilakukan dalam kumpulan-kumpulan yang kecil. Bilangan antara empat hingga enam orang pelajar dalam satu kumpulan adalah memadai. Dalam membentuk kumpulan, guru perlulah teliti dalam memilih ahli di dalam satusatu kumpulan. Hal ini amat penting bagi menjamin aktiviti permainan yang dirancang dapat berjalan lancar. Harus diingatkan kepada guru bahasa arab, sekiranya jumlah pelajar didalam sebuah kelas adalah terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan pelajar kedalam banyak kumpulan. Sekiranya jumlah pelajar terlalu ramai, kemungkinan keadaan menjadi kurang selesa. Justeru jika keadaan seperti ini tidak dapat dielakkan digalakkan kepada guru-guru bahasa membawa pelajar untuk melakukan aktiviti permainan bahasa diluar kelas sebagai alternatif. 7

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

Apa yang lebih penting ialah sebelum guru memulakan aktiviti permainan secara berkumpulan , pertama sekali guru haruslah menerangkan kepada pelajar apakah jenis permainan yng hendak dimainkan kemudian guru hendaklah memberikan tunjuk cara atau demonstrasi atau pun penerangan untuk melancarkan lagi ketika sesi permainan dijalankan. Dalam hal ini sebahagian pelajar boleh diminta membantu guru untuk menjelaskan lagi cara permainan. Arahan ini boleh diterangkan secara lisan atau boleh juga ditulis dipapan tulis sekiranya pelajar sudah pandai membaca dan memahaminya. 3.2 Secara berpasangan Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Biasanya permainan secara berpasangan tidak banyak mendatangkan masalah berbanding dengan permainan secara bekumpulan. mudah. 3.3 Secara individu Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanyadilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yangdiberikan oleh guru dalam sesuatu masa yan tertentu. Dalam situasi begini, pelajar berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapatmenyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan 4.0 CONTOH PERMAINAN BAHASA Permainan yang saya pilih ialah papet bergambar. Permainan ini sesuai untuk tajuk alistima ila kalimat al-basitoh Guru boleh mengawal pelajar dengan

iaitu dengar perkataan dan ayat

mudah. Tajuk ini terdapat dalam sukatan pelajaran tahun 2. Kemahiran yang diajar ialah kemahiran mendengar dan bertutur. Permainan Objektif Bahan : papet bergambar : membina dan membaca suku kata : kad perkataan, kad bergambar (pastikan kad-kad ini boleh membina perkataan) 8

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

papet bergambar yang boleh dipegang dan seutas tali. Cara bermain : Individu atau berkumpulan

Cara pelaksanaan Gantungkan kad-kad kalimah pada tali yang diikat melintang Berikan murid papet bergambar dan ajak murid namakan gambar pada papet dalam perkataan bahasa arab Ajak murid menepuk perkataan yang tergantung menggunakan papet contohnya jika papet yang dipegang bergambar "baju" murid dikehendaki menepuk perkataan dan kemudian menyebut perkataan komisun Ulang aktiviti dengan papet bergambar yang lain Hasil pembelajaran murid dapat membina dan membaca perkataan dengan betul.

4.1 Manfaat daripada permainan bahasa papet bergambar Permainan ini hanya menggunakan bahan bantu mengajar iaitu papet bergambar, kad perkataan dan seutas tali. Tanpa menggunakan buku teks maka murid akan lebih merasa teruja dan seronok kerana menganggap perkara ini bukan untuk belajar tetapi hanya untuk bermain. Justeru pelajar akan lebih bersedia bagi menyiapkan diri mereka untuk menyertai sesi permainan. Semua murid memberikan perhatian kepada pengajaran guru apabila guru memulakan pengajaran. Melalui aktiviti permainan bahasa ini juga dapat menghilangkan rasa jemu dan bosan pelajar terhadap pembelajaran bahasa arab Ia dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa pembelajaran bahasa selain daripada memperbaiki dan menyelesaikan masalah emosi dan perasaan negatif yang dihadapi oleh segelintir pelajar seperti suka menyendiri, mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada para pelajar yang lain. Oleh itu, permainan bahasa dapat membantu mereka untuk meluahkan buah fikiran dan perasaan mereka dengan lebih jelas.

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

Selain itu guru juga dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran kerana dapat menghasilkan sesuatu permainan bahasa yang kreatif dan inovatif. Hal ini akan sekaligus meningktkan juga motivasi guru untuk mencipta aktiviti permainan bahasa yang lain seterusnya meningkatkan lagi profesionalisme kegurua Dalam permainan bahasa ini, guru dapat mempelbagaikan kaedah, teknik danstrategi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru dapat melihat dan menilai kepelbagaian sikap dan tingkah laku daripada para murid yang terlibat. Seterusnya melalui permainan papet bergambar ini juga, bahasa arab akan lebih mudah dipelajari dan juga lebih cepat untuk diterima oleh murid terutamanya kepada murid-murid tahun dua. Hal ini kerana aktiviti yang dijalankan adalah berpusatkan murid malah isi kandungan pelajaran juga disampaikan dalam bentuk yang kreatif. Seterusnya member peluang kepada pelajar untuk melatih dan menguasai pelbagai kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam pelbagai keadaan dan situasi. Justeru permainan papet bergambar ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa arab

5.0 PENUTUP Secara keseluruhannya dapatlah kita simpulkan bahawa permainan bahasa penting dalam meningkatkan lagi pengetahuan pelajar bertutur dalam bahasa arab. Dengan adanya permainan bahasa ini, pembelajaran bahasa arab akan berlaku dalam keadaan yang menghiburkan dan diharapkan dengan keseronokkan ini dapat menarik minat pelajar untuk terus mempelajari bahasa arab. Hal ini kerana pendidikan anak-anak merupakan satu tanggungjawab yang perlu diberikan perhatian serius serta menuntut kesungguhan dan pengorbanan yang tinggi daripada guru-guru.terutamanya guru-guru bahasa Diharapkan setiap guru-guru bahasa umumnya dan guru bahasa arab khasnya akan sentiasa mencuba dan mencipta aktiviti permainan bahasa yang kreatif dan inovatif agar dapat mengubah persepsi murid bahawa mempelajari bahasa arab bukanlah sesuatu yang sukar dan membebankan. Harus kita ketahui bahawa pengajaran sangat berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran banya bergantung kepada sejauh mana guru berjaya mencapai objektif pengajarannya dalam membantu pelajar 10

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

menguasai sesuatu kemahiran atau bahasa. Justeru bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dan masa yang diperuntukkan digunakan dengan sebaiknya, guru perlulah bijak merancang, mengurus dan mengelola pengajaran. Transformasi pendidikan telah menyeru kepada semua guru memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna kepada kanak-kanak. Justeru belajar melalui bermain terbukti sebagai amalan terbaik dalam pendidikan bahasa terutamanya dalam pendidikan awal kanakkanak. Justeru adalah lebih berfaedah jika masa mengajar bahasa arab dalam seminggu dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya iaitu dengan melakukan aktiviti pendekatan melalui bermain. Masa depan generasi akan datang banyak bergantung kepada cara mereka dibimbing dan dibentuk. Oleh itu guru-guru perlu merasakan tanggungjawab ini dan perlu pula melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran bagi memastikan pelajar dapat mempelajari bahasa arab yang merupakan bahasa alquran.

11

HARNI 840401125608

HBAL1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

OUM 2012

BIBLIOGRAFI

Abdullah (2005), Liguistik: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur PTS professional Publishig Sdn. Bhd.

Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir, Wan Nordin Wan Abdullah (2009) Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. Open universiti Meeor Doc. Sdn. Bhd

Downey, J & Garzoli, E (2007) The Effectiveness of play-based curriculum in early childhood Education , Sanoma State Universiti

Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu ; Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip Dan Amalan Pengajaran Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib (2004) Preferen Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru. Jurnal Pendidikan universiti Malaya Kuala Lumpur.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff (2006) Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru, Selangor Professional Publishing Sdn. Bhd.

12