Anda di halaman 1dari 19

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

PENGHARGAAN


Al-Hamdulillah, dengan izin dan bantuan Allah (s.w.t.) tugasan yang membincangkan 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab bagi subjek Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 ini dapat dilaksanakan dengan baikdan mendapat sokongan serta bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan penyelia tugasan ini yang tidak jemu-jemu membimbing dan menunjuk ajar dengan penuh kesabaran atas segala dorongan dan motivasi yang diberikan sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Semoga beliau dikurniakan rahmat dan berkat serta memperoleh ganjaran daripada Allah (s.w.t) akhirat. Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Akhir kata, kepada Allah ( s.w.t. ) dipohonkan keredaan dan keberkatan atas segala usaha yang kerdil ini, beriring harapan semoga tugasan ini dapat menyumbang dalam dunia ilmu yang tiada sempadan. Sesungguhnya Allah Maha Luas ilmu-Nya. di dunia dan di

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

1. PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah bermula dengan guru yang memiliki kemampuan untuk menyampaikan isi pelajaran, lantas untuk memenuhi tuntutan tersebut seorang guru seharusnya mewujudkan pembelajaran yang mampu merangsang minat para pelajar mengikut tahap pemikiran dan kebolehan mereka masing-masing. Guru mestilah memiliki kepakaran dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti yang berkesan untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dalam tugasan ini perkara utama yang dibincangkan adalah kaedah dan teknik yang berkesan bagi pengajaran nahu Bahasa Arab. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai membolehkan isi pelajaran dapat difahami dengan baik, jelas dan mampu mempengaruhi intelek, emosi serta minat pelajar secara berkesan. Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat beberapa kaedah yang sering diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pengajaran nahu Bahasa Arab iaitu kaedah tematik, kaedah ajuk hafaz, kaedah semulajadi/terus, kaedah latih tubi, kaedah induktif, kaedah syarahan dan kaedah kuiz. Selain itu, tugasan ini turut membincangkan teknik pengajaran berserta contoh-contoh yang relevan bagi setiap kaedah yang digunakan dalam pengajaran nahu Bahasa Arab. Teknik tersebut merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan murid terlibat secara aktif dan mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa merasa jemu dan bosan .

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

1.1 PENGERTIAN KAEDAH PENGAJARAN Kaedah mengikut Kamus Dewan (1992) bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Menurut Hasan Langgulung (1981) kaedah itu bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Menurut Abu Saleh (1988) kaedah ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkahlangkah yang tersusun kemudian dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Beliau beranggapan kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran tetapi ia merupakan wasilah atau satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran. Seterusnya menurut Mok Soon Sang (1992) pula kaedah ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Mengikut Ahmad Mohd Salleh (2008) pula, kaedah merupakan satu perancangan yang bersistematik secara keseluruhan untuk meyampaikan bahan pengajaran. Ianya merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan. Sesuatu pendekatan memungkinkan beberapa kaedah . Manakala Ee Ah Meng (1991) mentakrifkan kaedah ialah suatu tindakan guru yang bersistematik serta berturutan untuk mencapai objektif spesifik (objektif jangka pendek sesuatu pelajaran). Berdasarkan pengertian-pengertian kaedah tersebut, jelaslah bahawa kaedah adalah sesuatu siri tindakan yang bersistematik dan tersusun. Manakala kaedah pengajaran adalah langkah-langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran pula merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Mok Soon Sang (2006) mentakrifkan pengajaran merupakan sesuatu aktiviti yang meliputi pengajaran guru disertai dengan aktiviti pelajar.

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

1.2 PENGERTIAN TEKNIK Mengikut Ee Ah Meng (1991), teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. . .

Manakala Azman Wan Chik (1987) pula berpendapat teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah. Oleh itu, teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Teknik turut merujuk kepada tingkah laku guru semasa menggunakan sesuatu kaedah pengajaran. Jika guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan tercapai. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan.

Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti, memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan.

Oleh itu, teknik sememangnya satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Lazimnya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan. Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan peranan mereka serta merancang isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan.

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

2. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN NAHU BAHASA ARAB

Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang wajar diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pengajaran nahu Bahasa Arab iaitu : Kaedah tematik & teknik bersoal jawab. Kaedah ajuk hafaz & teknik menghafaz dan latih tubi. Kaedah / Teknik Permainan Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) & teknik penerangan Kaedah Membaca & teknik pengulangan dan latih tubi Kaedah Terus & teknik pengulangan dan latih tubi Kaedah Kod Kognitif & Teknik Penerangan ,, kaedah semulajadi/terus, kaedah latih tubi,, kaedah syarahan, kaedah lakonan dan perbualan, kaedah nasyid, kaedah teka-teki dan kaedah kuiz. 2.1 Kaedah Tematik (Tariqah Al-Mauduiyah) Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil. Kaedah ini dapat membantu guru memahamkan para pelajar tentang salah satu tajuk yang terkandung dalam nahu Bahasa Arab sebagai contoh perbezaan kata nama lelaki dengan kata nama perempuan. Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah ' .'Dalam slot pengajaran itu, guru boleh pelbagaikan lagi kepada pengajaran nahu iaitu ajar adalah : '' (Kata Nama). Kata Nama pula dipecahkan kepada '( ' kata nama perempuan) dan '( ' kata nama lelaki). Antara isi pelajaran yang di

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

Kata nama lelaki ( ) contohnya ( / tilmizun) yang bermaksud murid lelaki; dan kata nama perempuan ( ) contohnya ( / tilmizatun) yang bermaksud murid perempuan. Melalui kaedah ini, pelajar mudah mengecam perbezaan yang wujud antara kata nama lelaki dan kata nama perempuan. Perbezaan tersebut ialah di akhir kata nama perempuan wujud huruf ta marbutoh ( .)Para pelajar berjaya memahami bahawa huruf ta marbutoh ( )pada akhir kata nama tersebut menandakan ia adalah kata nama untuk perempuan ( .) Guru boleh menggunakan gambar yang menarik, kad imbasan dan juga memaparkan Power Point untuk setiap isi pelajaran tersebut. Teknik mengajar : Bersoal jawab Teknik yang sesuai bagi kaedah tematik di atas ialah teknik bersoal jawab iaitu teknik paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah. Guru-guru memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi berkesan di dalam bilik darjah. Di samping itu, ia menjadi medium yang efektif untuk mengesan pemahaman pelajar tentang isi pelajaran yang disampaikan. Sebagai contoh, untuk tema Tak Kenal Maka Tak Cinta tanda yang tekandung dalam kata nama lelaki dan kata nama perempuan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Sebagai contoh : Sambil menunjuk ke arah seorang pelajar lelaki guru mengatakan "." . Kemudian guru menunjuk ke arah pelajar perempuan lalu berkata . . Guru mengulangi kata-kata tersebut kepada pelajar yang bernama Andy Erec, Chin Vui Fung, Muhammad Zaqwan & Nur Cahaya. Selepas itu, barulah guru mengajukan soalan seterusnya kepada pelajar-pelajar secara kelas, kumpulan dan diikuti dengan individu. Selepas pelajar-pelajar menjawab soalan itu, guru boleh beralih kepada soalan seterusnya iaitu " ." .

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

Setelah pelajar-pelajar menjawabnya, guru beralih lagi kepada soalan seterusnya. Teknik ini dijalankan secara berulang-ulang. Antara soalan seterusnya:

Teknik soal jawab ini bertujuan untuk merangsang minda murid dan membantu mereka untuk membezakan antara kata nama untuk lelaki dengan kata nama untuk perempuan. Demikianlah kaedah tematik yang digunakan oleh seperti contoh di atas guru menggunakan tema Kata Nama ( ,)kemudian dipelbagaikan kepada kata nama lelaki ( ) serta kata nama perempuan (.)

2.2 Kaedah Ajuk Hafaz (Tariqah Al-Mulazamah) Kaedah ajuk hafaz ialah memberi peluang kepada pelajar untuk mendengar, memerhati dan mempraktikkan sesuatu sebutan bahasa. Kaedah ini sekaligus menghimpunkan teori dan praktik. Kaedah ini secara ringkas mempunyai beberapa ciri antaranya : * Memberi ruang kepada para pelajar untuk melihat dan dalam masa yang sama dapat mendengar sebutan contoh yang dilakukan oleh guru. * Penglibatan pelajar untuk mengikuti dan mengajuk bacaan guru setelah mendengar dengan teliti. * Pelajar berpeluang untuk mendengar, menyebut kemudian menghafal ungkapan tersebut. Sebelum pembelajaran bermula, guru terlebih dahulu telah menyusun ungkapan-ungkapan 7

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

tersebut untuk diperdengarkan kepada pelajar dengan mengikut pengkelasan yang sesuai supaya kaedah nahu yang terkandung dalam ungkapan-ungkapan tersebut mudah dikenali pelajar. Sebagai contoh, Ismu Al-Isyaroh ( ) yang digunakan untuk menunjuk setiap anggotan badan yang akan di ajar.. Guru memulakan dengan anggota badan yang jumlahnya hanya satu sahaja sambil memperlihatkan kepada murid-murid gambar setiap anggota tersebut menggunakan tayangan Power Point. Guru menyebut dengan jelas setiap anggota tersebut satu persatu kemudian meminta murid mengulangi atau mengajuknya.sambil tunjuk anggota masing-masing sebagai contoh : Anggota badan yang jumlahnya satu sahaja : Guru Pelajar Guru Pelajar Guru Pelajar = = = = = = Haza anfun () Haza anfun () Haza famun () Haza famun () Haza sodrun () Haza sodrun ()

Kemudian guru teruskan lagi dengan anggota badan yang berpasangan iaitu jumlahnya ada dua: Guru Pelajar Guru Pelajar Guru Pelajar = = = = = = Hazihi ai'nun () Hazihi ai'un () Hazihi uzunun () Hazihi uzunun () Hazihi yadun () Hazihi yadun ()

Dengan itu mudahlah guru memberi penerangan kepada para pelajar tentang penggunaan 'haza' (' & ) hazihi' ( )apabila digunakan untuk menunjuk ke arah anggota badan kita. Kesimpulannua kaedah ajuk hafaz ini sebenarnya telah menggabungkan beberapa jenis kemahiran berbahasa saperti berikut: Kemahiran mendengar 8

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

Kemahiran bertutur Kemahiran menulis Pelajar menghafaz Guru menyebut pelajar mendengar Pelajar mengajuk bacaan guru Pelajar menulis ungkapan tersebut Pelajar dapat menghafaz setelah dengar, sebut dan tulis.

Teknik mengajar : Teknik Menghafaz & Latih Tubi Teknik yang digunakan dalam kaedah ajuk hafaz ini adalah teknik menghafaz dan latih tubi. Ini dapat membantu guru mengajar nahu Bahasa Arab sebagai contoh mengajar tentang penggunaan Ismu Al-Isyaroh ( ) ketika ingin menunjuk ke arah anggota badan kita. Teknik menghafaz ini terbahagi kepada empat langkah seperti berikut : Pelajar diminta menumpukan perhatian kepada isi pelajaran yang dipelajari. Contohnya : Anggota badan yang jumlahnya satu sahaja = Haza anfun ( ;) Haza famun (;) Haza sodrun (.) : Anggota badan yang berpasangan/jumlahnya ada dua = Hazihi ai'nun ( ;) Hazihi uzunun (;) Hazihi yadun (.)

Pelajar dilatih untuk menyebut isi pelajaran berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya sebagai contoh meminta pelajar untuk menyebut setiap anggota badan yang dipelajari masing-masing sebanyak 3 kali. Meminta pelajar mengucapkan isi pelajaran di hadapan guru supaya pelajar lain dapat menyemak atau membetulkan kesalahan yang mungkin berlaku. 9

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

Sebagai contoh, guru meminta pelajar datang ke depan untuk menyebut anggota badan yang dipelajari sambil tunjuk ke arah anggota masing-masing menggunakan kata tunjuk ( ) sama ada 'haza' ( )atau 'hazihi' (.) Mengingatkan isi pelajaran yang dipelajari. Ini merupakan peringkat terakhir dalam proses menghafaz supaya pelajar-pelajar dapat mengecam sama ada menggunakan 'haza' atau hazihi ketika tunjuk ke arah anggota badan yang dipelajari.

Selain itu, teknik latih tubi juga sesuai diaplikasi dalam kaedah ajuk hafaz untuk mengajar nahu Bahasa Arab. Teknik ini merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut serta menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi seperti menyebut perkataan secara berulang kali bagi pelajar aras satu, menyebut ayat secara berulang kali bagi pelajar aras dua dan membaca ayat berulang kali bagi pelajar aras tiga. supaya pelajar-pelajar mudah mengingati perbezaan antara kata nama lelaki dengan kata nama perempuan di atas. Justeru, kaedah ini sesuai digunakan untuk pengajaran nahu mengikut kesesuaian tajuk yang ingin di ajar dan melihat kepada aras kemampuan pelajar.

2.3 Kaedah atau Teknik Permainan (Tariqah Al-La'bi) Kaedah permainan juga boleh diaplikasi dalam pengajaran nahu Bahasa Arab. Kaedah ini merupakan kaedah yang menarik dan menyeronokkan pelajar. Lazimnya kaedah ini bertujuan memenuhi masa yang terluang pada akhir masa pembelajaran. Kaedah ini juga sebagai pengukuhan dan ulangkaji sebelum pelajar menempuh peperiksaan. Terdapat beberapa panduan bagi guru untuk melancarkan proses perlaksanaan kaedah ini iaitu : Mudah diterangkan Permainan itu hendaklah mudah difahami pelajar. Guru tidak memakan masa yang lama untuk menerangkannya kepada pelajar. Guru perlu menetapkan tempoh atau jangka masa yang jelas. Mudah dilakukan Permainan tersebut hendaklah sesuai dengan struktur bilik darjah dan sebaiknya tidak mengubah banyak kedudukan seperti meja, kerusi dan lain-lain. 10

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

Boleh diubahsuai Permainan tersebut boleh diubahsuai berdasarkan tahap pencapaian pelajar. Ini bertujuan semua pelajar dapat melibatkan diri. Peralatan yang mudah Sebaiknya pilih permainan yang mudah dari segi penyediaan bahan, kos yang rendah dan mudah diperolehi. Adalah lebih baik menggunakan peralatan yang sedia ada di sekolah. Memilih waktu yang sesuai Permainan boleh dijalankan pada permulaan waktu atau penghujung waktu P&P. Permainan pada permulaan waktu adalah bertujuan sebagai set induksi atau menarik minat pelajar. Permainan pada penghujung waktu bertujuan sebagai pengukuhan dan ulang kaji. Sebagai contoh, guru memilih permainan memancing kad kalimah untuk mengukuh lagi kemahiran pelajar menggunakan 'Ismu Al-Isyaroh' ( ) bagi 'zalika' ( )dan 'tilka' ( .)Keduaduanya untuk tunjuk ke arah objek yang jauh dari kita. Maksud ' 'dan ' 'ialah itu. Permainan ini dijalankan pada penghujung waktu P&P.

Permainan yang sesuai untuk mengajar ' 'dan ' 'ialah permainan memancing kad-kad kalimah. Pelajar diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing yang telah ditentukan oleh guru sebelum permainan bermula. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang pelajar. Guru menyediakan kad-kad kalimah di dalam lima buah kotak untuk setiap kumpulan. Guru meminta pelajar memancing kad kalimah sehingga terbentuk ayat pendek yang betul. Ayat tersebut mestilah terdiri daripada ' ' sama ada ' 'atau ' 'diikuti dengan peralatan dalam bilik darjah. Daripada permainan ini, guru boleh menilai sama ada pelajar faham atau tidak tentang penggunaan ' ' bagi ' 'dan ' . 'Kumpulan yang berjaya memadankan kad kalimah dengan betul iaitu ' 'untuk perkataan yang di akhirnya tiada Ta Marbutoh ( )seperti ' .'' ; Manakala ' 'pula digunakan untuk perkataan yang di hujungnya terdapat Ta Marbutoh ( )seperti '' ; Berikut adalah beberapa ayat pendek tersebut yang mengandungi ' ' bagi ' 'dan ':'

11

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

Selepas tamat permainan tersebut, guru dengan sukacitanya boleh memberikan hadiah kepada pemenang sebagai galakan dan penghargaan kepada semua pelajar. Selain permainan memancing kad-kad kalimah, permainan seperti menjawab teka silang kata juga boleh menjadi pilihan guru. Kumpulan yang terawal menyiapkannya dianggap sebagai pemenang. Selalunya peringkat rendah guru menggunakan gambar-gambar yang menarik manakala di peringkat menengah guru menggunakan ayat pembayang. Dalam permainan-permainan seperti yang disebutkan tadi, guru berupaya mendedahkan kepada pelajar kemahiran membaca dan melatih pelajar mengecam kalimah atau ayat sama ada betul atau salah. 2.4 Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) Kaedah Nahu atau juga dikenali dengan Kaedah Nahu Terjemahan ini membolehkan pelajarpelajar memahami nahu Bahasa Arab dan juga melatih pelajar penulisan dengan menggunakan bahasa 12

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

yang betul. Kaedah ini juga membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya seterusnya melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas untuk digunakan dalam penulisan. Selain itu, ia turut membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar pelajarpelajar di peringkat yang tinggi. Berikut adalah beberapa ciri kaedah nahu : Kaedah ini bersifat deduktif . Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan. Merupakan kaedah bacaan iaitu jalan mudah untuk penguasaan bahasa.

Teknik Mengajar : Penerangan Terlebih dahulu pelajar pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu. Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi contoh. Para pelajar hendaklah menghafal undang-undang nahu tersebut. Sebagai contoh undangundang nahu Bahasa Arab seperti Tanda-Tanda Fleksi bagi Kata Kerja Fleksi (.) Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran nahu senarai perbendaharaan ini disertakan dengan makna dalam bahasa ibunda. Sebagai contoh pembelajaran nahu Bahasa Arab, perbendaharaan kata yang dipelajari disertakan dengan makna dalam Bahasa Malaysia. Pelajar-pelajar kemudianya disuruh membina ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang nahu contohnya nahu Bahasa Arab yang dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibunda atau sebaliknya. Sebagai contoh Bahasa Arab diterjemah kepada Bahasa Malaysia. 13

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

2.5 Kaedah Membaca (Tariqah Al- Qiraah) Kaedah ini sama ada menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan atau akan mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca. Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti. Pelajar-pelajar mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca. Kaedah ini juga melahirkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain ataupun menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh membaca serta dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Tujuan kaedah ini adalah untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca dan membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/asing tanpa terjemahan. Teknik Mengajar : Pengulangan dan latih tubi Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir P&P itu pelajar dapat membaca bersendirian. Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-pola pertuturan yang mudah. Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami teks yang dibaca. Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks. Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar mengenali beberapa bentuk kata kerja, kata nama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur 14

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

ayat secara aktif tidak diutamakan. Sebagai contoh dalam nahu Bahasa Arab pelajar dapat mengenal kata nama (Al-Ismu) dan kata kerja (Al-Fi'lu). Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari. Guru akan memperdengarkannya kepada pelajar-pelajar. Bila ini sudah tercapai, pelajar-pelajar dikehendaki cuba membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan. 2.6 Kaedah Terus Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis. Ia dapat membantu pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan. Contohnya Bahasa Arab jika dapat dikuasai mudah bagi pelajar bukan berbangsa Arab untuk berhadapan dengan masyarakat arab. Teknik Mengajar : Latih tubi dan Pengulangan Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur naratif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar. Terjemahan tidak digunakan langsung. Ia mementingkan pengulangan atau latih-tubi. Seperti yang disebutkan di atas, method ini cuba mendekati proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak di mana pengulangan adalah satu daripada elemen yang sangat penting. Begitulah hendaknya seseorang yang belajar BA mesti mendengar dan berlatih bertutur sekerap yang mungkin. Selama mana pengulangan berlangsung, sebanyak itulah kemantapan yang dicapai oleh pelajar. Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain. Ia tidak mengajar kaedah-kaedah nahu dan saraf secara langsung, sebaliknya, melatih pelajar memahami ciri-ciri bahasa melalui pemerhatiannya ketika menggunakannya. Kadang-kadang 15

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

kaedah-kaedah nahu yang asas diterangkan secara ringkas, tetapi bukan dalam bentuk suatu teori yang mendalam. Tujuannya ialah supaya minda pelajar tidak dikongkong oleh kaedahkaedah nahu/saraf, dimana ini akan melambatkan proses pembelajaran kerana penekanan kepada kaedah nahu/saraf secara lansung pada peringkat permulaan biasanya boleh menyebabkan pelajar beranggapan bahawa bahasa kedua adalah sukar. Ia juga menimbulkan perasaan takut melakukan kesalahan. Belajar melalui kesalahan adalah suatu proses yang tabi'i dan bersahaja, tetapi akan meninggalkan kesan yang mendalam. Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif, pola-pola ayat yang hendak diajar atau dilatihtubi dahulu sehingga pelajarpelajar dapat menguasainya. Undang-undang nahu hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat. Sebagai contoh, pengajaran nahu Bahasa Arab akan diajar atau diterangkan oleh guru selepas pelajar menguasai pola- ayat yang mengandungi undang- undang nahu terebut. Proses ini dimulai dengan teknik latih tubi menguasai ayat tersebut barulah disusuli dengan penerangan undang-undang nahu tersebut. Contohnya Tanda Fleksi bagi Kata Kerja Infleksi ( ) yang terkandung dalam ayat-ayat yang dipelajari. Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat.

Dengan itu, jelas kepada kita bahawa pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibunda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur. Pelajar-pelajar pula dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar dan terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistic dengan pengajaran bahasa.

2.7 Kaedah Kod Kognitif J. B. Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian 16

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumusrumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejagat. Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumusrumus bahasa ibundanya dalam jangka masa yang singkat. Kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran bahasa kedua : Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar. Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan . Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatik. Ciri-ciri Kaedah Kod Kognitif ini adalah sama dengan ciri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa.

Teknik mengajar : Teknik penerangan Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayatayat pecahan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya membandingkan strukturstruktur ayat yang mengandungi Frasa Kerja ( ) dengan struktur ayat yang mengandungi Prediket Frasa Kerja ( .)

Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka 17

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

diberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsepkonsep yang diajar. Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa.

RUMUSAN

Setelah mengakhiri tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan murid terlibat secara aktif dengan mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa merasa jemu atau bosan . Bagi menarik minat dan penyertaan para pelajar, saya telah memilih enam kaedah iaitu Kaedah tematik & teknik bersoal jawab; Kaedah ajuk hafaz & teknik menghafaz dan latih tubi; Kaedah / Teknik Permainan; Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) & teknik penerangan; Kaedah Membaca & teknik pengulangan dan latih tubi; Kaedah Terus & teknik pengulangan dan latih tubi seterusnya Kaedah Kod Kognitif & teknik penerangan. Pemilihan kaedah dan teknik perlu dilakukan secara berhati-hati supaya guru dapat melaksanakan preses pembentukan pengajaran dan pembelajaran secara mudah dan berkesan. Cara pembelajaran yang berlainan menghasilkan kaedah yang berlainan. Kaedah yang berlainan menghasilkan teknik yang berlainan . Gabungan semua kaedah dan teknik pula akan membentuk strategi pengajaran-pembelajaran yang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif dalam setiap pendekatan mereka sama ada pendekatan berpusatkan guru, pelajar atau pendekatan berpusatkan bahan Justeru, dalam satu sesi 18

Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'

pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa tersebut.

BIBILIOGRAFI Ahmad Mohd Salleh (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Methodologi. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II : Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, Lee Shok Mee (1991). Pedagogi 3 : Pengajaran dan Persediaan Mengajar, Bahagian A. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang (1996). Pedagogi 2 : Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Zawawi Bin Ismail, Mohd Abdul Nasir Bin Abdul Latif, Wan Nordin Bin Wan Abdullah, Rosni Samah (2012). HBAL 1103 : Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. Malaysia : Open University Malaysia.

19