Anda di halaman 1dari 10

Bahagian B KEPELBAGAIAN JENIS MAKNA Sebenarnya istilah makna memang sudah biasa kita dengar.

Namun kamus akan mencadangkan beberapa makna yang berbeza mengenai istilah makna itu, atau lebih tepat lagi bagi kata kerja bermakna. Kamus memberi definisi dengan cadangan kata-kata frasafrasa yang telah kita fahami sebagai mempunyai makna yang sama, walaupun kesamaan itu adalah suatu masalah yang tidak dapat kita elakkan. Perkara bahawa makna dikendalikan menurut persamaan istilah itu memang menjadi semkin jelas apabila kita mengendalikan bahasa-bahsa asing. Misalnya, kalau kita bertanya makna untuk cat dalam bahasa Perancis, maka tentukah orang Inggeris akan mengatakannya cat (kucing). Apa yang menarik Sebaliknya,

perhatian ialah bahawa, orang Perancis untuk mengharapkan jawapan cat.

mereka akan bertanya What is the French for cat/ (Apa kata Perancis untuk kucing?) dalam menyatakan makna, kita perlulah memberikan istilah yang lazim daripada istilah yang maknanya sedang ditanyakan itu. Menurut Abu Bakar Hamid (1967:160-165) dan Abdullah Yusof (2009:14) makna memainkan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, sesuatu tutur itu tidak akan dapat difahami dan tidak berguna. Pengkajiaan makna juga memerlukan tinjauan daripada beberapa ilmu lain seperti psikologi dan falsafah. Saodah Abdullah (1990:14) dalam Abdullah Yusof (2009:15) menerangkan bahawa dalam proses penterjemahan, pemindahan makna amat penting selain penganalisaan teks dan penstrukturan semula bahasa kerana makna menjadi wahana dalam komunikasi yang menggunakan bahasa. Awang Had Salleh (1959:633-640) dalam Abdullah Yusof (2009: 15) turut menjelaskan bahawa makna ialah suatu hal yang luas. Makna mempunyai hubungan langsung dengan otak si penutur. Unuk mengetahui makna dengan setepat-tepatnya, individu mestilah dapat mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh otak si penutur pada masa ia membuat satu-satu penuturan. Dalam kata lain, individu mestilah dapat memasukkan dirinya ke dalam diri si penutur supaya dapat berasa dan berfikir sama seperti apa yang dirasakan dan difikirkan penutur. 1.2 KEPELBAGAIAN JENIS MAKNA

Dalam bidang semantik, terdapat beberapa makna yang perlu diketahui oleh pengguna bahasa. Terdapat jenis-jenis makna tertentu yang mendokong makna tertentu dan terdapat juga makna yang dikongsi oleh beberapa makna lain. Selain itu, terdapat juga makna yang merupakan makna teras dan juga makna sampingan. Tegasnya, dengan mempelajari jenis makna, pengguna bahasa akan didedahkan dengan makna-makna tersebut dan dapat menggunakan jenis makna ini dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya.

2.0 JENIS-JENIS MAKNA 2.1 MAKNA KONSEPTUAL Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting dalam bahasa. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna, memahami ujuran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. Pemahaman konsep adalah sangat mustahak. Makna konsep adalah mencakupi komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan atau konsep lainnya (Abdul Chaer,1990). Menurut, Leech (1974) di dalam makna konseptual,

konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Interprestasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oelh Ogden dan Richards (1923), iaitu segitiga semiotik. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Sebab itulah dalam formulasi segitiga semiotik yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan pemikiran itu pada tahap yang atas sekali. Organisasi makna konseptual adalah rumit. Selain itu, prinsip yang diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistic yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Ujuran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi, Sintaksis, dna Semantik. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod makna (ujaran daripada penutur) apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya, maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et.al., 2005). Makna konseptual ialah makna yang dimiliki oleh leksikon yang terlepas daripada apa-apa konteks atau asosiasi. Contoh : Inayat - pertolongan, bantuan, pemberian tuhan Kukuh kuat terpancang pada tempatnya Logika pengetahuan tentang kaedah berfikir Nafsu keinginan hati yang kuat

Gelombang - ombak panjang yang bergulung-gulung Andal dapat dipercayai Andika kehormatan tertinggi yang diberikan atau dimiliki oleh raja atau penguasa yang tidak beragama islam Makna konseptual ini samalah juga dengan makna leksikal, makna denotatif atau makna rujukan.

2.2 MAKNA KONOTATIF Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. Begitu juga perkataan babi dan khinzir. Bagi masyarakat yang beragama Islam, nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat bukan Islam. Umat Islam, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor faktor tertentu. Contohnya perkataan khalwat. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mendekati Allah, duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran, bertafakur (Kamus dewan, 2004). Tetapi pada hari ini, maksud perkataan ini telah berubah, iaitu pengasingan diri berdua-duaan di tempat sunyi, oleh lelaki dan perempuan bukan muhrim dan bukan pula suami atau isteri sehingga dianggap suatu perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan, 2004). Makna konotatif ini dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua ialah, makna konotatif bersifat peripheral. Makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif, yang ada hubungan dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu. Contoh: Babi jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah

Gerombolan kawanan perusuh atau penjahat Perempuan unsur negatif

2.3 MAKNA AFEKTIF Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya fikir (Kamus Linguistik 1997). Makna afektif merupakan istilah yang sering digunakan secara eksplisit diwujudkan dengan kandungan konseptual atau konatatif dariapada kata-kata yang digunakan. Seseorang yang ditegur dengan kata-kata: youre visious tyrant abd villainous reprobate, dan I hate you for itu!. (anda adalah tiran jahat dan brandal kejam kerana itu saya benci kepadamu). Pendengar tertanya-tanya bagaimanakah perasaan penutur terhadapnya. Ada juga cara yang tidak langsung untuk menunjukkan sikap kita. Misalnya dengan memberikan skala peringatan kita sesuai dengan kesopanan. Faktor seperti intonasi dan gema suara yang sering kita istilahkan sebagai tone of voice adalah penting untuk mentafsirkan ungkapan yang diujarkan oleh penutur. Makna afektif termasuk dalam kategori parasit iaitu untuk mengungkapkan makna emosi, kita menggunakan perantaraan kategori makna yang lain seperti konseptual, konotatif atau stilistik. Ungkapan emosi dapat dilihat melalui lontaran suara jika keras menunjukkan Di samping itu unsur-unsur Jika kita

ketidaksengan atau nada santai untuk menunjukkan keramahan.

bahasa kata seru yang fungsi utamanya adalah untuk mengungkapkan emosi.

menggunakan ini, kita dapat mengkomunikasikan perasaan dan sikap tanpa perantaraan fungsi semantik yang lain. Makna afektif adalah makna yang muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa. Makna afektif timbul sebagai akibat raksi pendengar yang dipengaruhi unsur perasaan atau emosional yang terlibat. Oleh sebab hubungan erat dengan reaksi pendengar atau pembaca dalam melibatkan dimensi atau rasa, maka makna afektif juga berhubungan dengan gaya bahasa. Contoh: Tutup mulut kamu! Harap diam sebentar! Bangun, nak! (nada halus) Hey, bangun! (nada kasar)

2.4

MAKNA ASOSIATIF

Menurut Abdullah Yusof (2009:6), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Abdullah Yusof juga mengatakan bahawa makna asosiatif ini sebenarnya sama dengan lambang atau perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat pengguna bahasa untuk menyatakan konsep lain, yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan atau cirri yang ada konsep asal kata tersebut. Menurut Kushartanti pula makna asosiatif

merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang jika mendengar kata tertentu. Menurutnya lagi, asosiasi ini dipengaruhi oleh unsur-unsur psikis, pengetahuan, dan pengalaman seseorang. Beliau juga turut mengatakan bahawa makna asosiatif juga memiliki peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Misalnya kata putih yang berasosiasi dengan sesuatu yang suci atau kesucian. Manakala

warna hitam pula berasosiasi dengan sesuatu yang misteri atau jahat. Begitu juga dengan kata singa yang berasosiasi dengan garang. Kata mawar berasosiasi dengan sesuatu yang harum . kesimpulannya, asosiatif ataupun asosiasi ialah perkaitan dan perlambangan yang

digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai persamaan dengan konsep asal kata tersebut. Makna asosiatif ialah makna yang dimiliki oleh leksikon akibat wujudnya hubungan leksikon itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Contohnya; i) Melati - tumbuhan perdu suku rubiaceace, sering ditanam di halaman rumah, warna berbentuk bintang, terletak pada tanda kecil, berbau sangat harum, sering

bunganya putih

digunakan di pelbagai upacara adat seperti perkahwinan, juga pada waktu kematian. ii) iii) iv) Sesuatu yang suci atau kesucian Putih - warna dasar yang serupa dengan warna kapas bersih, suci dan murni. Merah warna dasar yang serupa dengan warna darah berani atau faham komunis. Buaya - binatang berdarah dingin yang merangkak bertubuh besar dan berkaki keras,

bernafas dengan paru-paru dan hidup di air Jahat atau kejahatan

Makna asosiatif juga merangkumi makna konotatif, makna stilistik, makna afektif dan makna kolokatif.

2.5

MAKNA DENOTATIF

Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa, makna denotatif juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Makna denotatif pada dasarnya sama dengan makna referensial sebab makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan, atau pengalaman lainnya. Menurut Nik Safiah Karim (2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut makna sebenar makna asal,makna mutlak atau makna dasar. [+manusia],[+dewasa],[+gadis],[- lelaki]. berdasarkan pemerhatian kita. Dalam erti kata lainnya makna denotatif ialah makna sebenarnya. Contohnya kedua-dua perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan laki-laki. Begitu juga dengan perkataan gadis dan perawan yang bermaksud wanita yang belum bersuami dan pasangan perkataan isteri dan bini yang bermaksud wanita yang mempunyai suami. Samalah juga bagi perkataan Tetapi melantak,makan,sarapan,atau soru. Kesemuanya dikaitkan dengan makan. Contoh: wanita bermaksud

Ia merupakan makna yang ada pada objek

perkataan melantak itu lebih kasar, tidak manis didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. Makna denotatif ialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Oleh itu, makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contohnya: Babi - satwa menyusui yang bermuncung panjang, berkulit tebal, dan berbulu kasar, serta diharamkan bagi orang Islam memakannya. Perempuan orang yang boleh hamil, melahirkan anak dan menyusuinya. Denotasi adalah hubungan yang digunakan di dalam tingkat pertama pada sebuah kata yang secara bebas memegang peranan penting di dalam ujaran (Lyons, l, 1977:2008). Dalam beberapa buah buku lainnya, makna denotasi juga sering disebut sebagai makna dasar, makna asli, atau makna pusat. Daripada beberapa pengertian di atas dapat disimpulkan bahawa makna denotatif adalah makna sebenarnya yang ada pada pancaindera manusia. Makna

denotatif biasanya difahami kerana tidak mengandungi makna yang sukar dan bersifat umum. Makna yang bersifat umum ini adalah makna yang telah diketahui secara jelas oleh semua orang. Berikut ini beberapa contoh kata yang mengandungi makna denotatif. i) Dia adalah wanita cantik

Kata cantik ini diucapkan oleh seorang lelaki terhadap wanita yang berkulit putih, berhidung mancung, mempunyai mata yang indah dan berambut hitam legam

Bahagian A

1.2

TEORI-TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA Kajian ini dipelopori oleh Katz dan Fodor dan telah diperluaskan lagi oleh Jackson

(1995). Kajian ini merupakan usaha pertama yang menerapkan kaedah analisis komponen makna ke dalam kerangka tatabahasa transformasi. Katz juga merupakan salah seorang penganjur penting yang berjuang untuk meletakkan komponen semantik dalam tatabahasa transformasi, beliau telah memberi satu huraian yang lebih terperinci, tetapi dengan

penerangan yang lebih berasas sedikit, menurutnya; penanda makna ialah gagasan teoritis bertujuan mewakili satu konsep yang menjadi sebahagian erti morfem dan unsur lain dalam bahasa semulajadi. Dalam pengertian ini, konsep yang kami maksudkan itu bukan imej atau buah fikiran atau idea tertentu. Konsep ialah kesatuan mujarad. Konsep tidak dimiliki oleh mana-mana pengalaman sedar seseorang, walaupun konsep itu mungkin difikirkan sebagaimana pemikiran kita terhadap konsep bulatan. Konsep tidak bersifat dipunyai oleh seseorang. Namun begitu kedua-dua pencirian ini menyatakan makna perkataan tidak lebih daripada satu (himpunan) konsep, telah ditolak oleh Ruth M. Kempson atas alasaan tidak bernas (Kempson, 1991:23). Menurut Ruth Kempson (1991:22), makna perkataan bukan sebagai unit konsep yang tersendiri tetapi sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna dan komponen itu sendiri merupakan inti makna. Menurut John Lyons (1981), motivasi secara teori bagi analisis komponen ini cukup jelas dan menyediakan cara yang sistematik, berprinsip dan ekonomik kepada para ahli bahasa untuk memerihalkan hubungan makna yanag didukung oleh leksem dalam sesuatu bahasa serta dengan satu andaian iaitu, komponen ini bersifat universal dan merentasi pelbagai bahasa. Melalui analisis komponen makna ini, perhubungan-pengertian yang mengait-ngaitkannya di antara satu sama lain dapat diformalkan secara mutlak. Mengikut teori komponen makna atau komponen semantik setiap kata atau unsur unsur leksikal terdiri dari satu atau beberapa unsur yang bersama-sama membentuk makna kata atau makna unsur leksikal tersebut. Analisis ini mengandaikan setiap unsur leksikal memiliki atau tidak memiliki suatu cirri yang membezakannya dengan unsur lain (Chaer,

2009:115). Dalam menyatakan makna, fitur-fitur (sifat-sifat) tersebut akan diberikan tanda + atau -. Tanda-tanda ini mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa makna sifat tersebut wujud pada perkataan yang dianalisis maknanya, dan sebaliknya bagi tanda yang bermaksud sifat tidak wujud bagi perkataan tersebut. Sebagai contoh: haiwan [ + bernyawa] , rumah [ -bernyawa]

Selain dari itu wujud juga lambang ( tambah dan tolak sekali) yang bermakna bahawa fitur itu mungkin atau tidak hadir, tetapi tidak terdapat percubaan untuk menyatakan sama ada ketiadaan sesuatu fitur itu adalah relevan dalam konteks tersebut. Menurut Ruth Kempson (1991:22), analisis komponen makna atau fitur semantik merupakan cara untuk menzahirkan sejelas mungkin hubungan sistemis antara perkataan. Berdasarkan pandangan ini, makna perkataan dikaji bukan sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna tetapi komponen-komponen itu sendirinya merupakan inti makna. Berdasarkan penjelasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa setiap perkataan mengandungi komponen makna atau fitur makna yang boleh disenaraikan untuk dihuraikannya. Kempson juga telah mengemukakan perkataan spinter untuk dianalisis fitur semantiknya. Fitur-fitur yang terdapat dalam perkataan ini ialah: spinter : [PEREMPUAN], [TIDAK PERNAH KAHWIN], [DEWASA], DAN

[MANUSIA]. Fitur-fitur ini dengan sendirinya menjelaskan perkataan spinter tersebut. Dalam aspek makna kekeluargaan yang berkaitan dengan generasi, menurut Howard Jackson ia dapat diselesaikan dengan membenarkan penggunaan komponen bukan binary (duaan): iaitu komponen pelbagai nilai. Dalam mengendalikan komponen bukan binary ini. Howard Jackson telah memberikan contoh iaitu komponen nilai o bagi generasi yang sama, komponen +1 bagi satu generasi di atas ego, komponen nilai 1 bagi generasi di bawah ego dan seterusnya komponen nilai ini bokleh ditambah kepada +2 dan _2 masing-masing bagi generasi datuk, nenek dan cucu (Abdullah Yusof et. Al (2009:155). Berkenaan analisis makna kekeluargaan ini, Howard Jackson menyatakan bahawa kita perlu mengingati diri kita sendiri tentang alasan kita memilih komponen semantik, kita memilihnya untuk tujuan mendiskriminasikan makna antara leksem yang berada dalam domain semantik yang sama. Tiada cadangan bahawa kita akan mencirikan setiap makna leksem yang berkenaan. Komponen semantik, apabila ia dapat dikenal pasti maka ia dapat berfungsi pembeza yang dapat menambah pemahaman kita tentang makna sesuatu leksikal yang berkontras dengan leksikal lain secara semantik (Howard Jackson) Menurut John Lyons (1968 :`1472), analisis makna perkataan didasari oleh komponen linguistik, logik dan falsafah. Kaedah ini memang sedia terdapat dalam definisi secara tradisional, iaitu sesuatu genus dibahagikan kepada species dan species pula dibahagikan

kepada subspecies. Kaedah ini digambarkan dalam kebanyakan kamus yang disusun bagi bahasa-bahasa tertentu dan juga dalam penyusunan Rogers Thesaurus. Analisisi komponen makna yang merupakan satu teknik yang distingtif dalam mengkaji perkaitan antara istilahistilah dalam medan kekeluargaan, telah diterapkan dengan lebih luas dalam kajian medanmedan makna yang lain. Kenyataan ini bermaksud bahawa analisis komponen sebagai satu teknik distingtif yang mula-mula timbul dalam bidang antropologi sebagai satu kaedah untuk mengkaji perkaitan antara kata dan istilah dalam bidang kekeluargaan, tetapi kemudian teknik ini diluaskan penggunaannya kepada banyak lapangan makna yang lain. Kaedah analisis komponen makna ini diterapkan ke dalam medan-medan yang lain kerana keupayaannya merumuskan kata-kata dengan tepat dan jelas. Contohnya, kata ayah, abang dan bapa saudara boleh dihuraikan dengan jelas persamaan dan perbezaanya melalui komponen-komponen makna. [+perempuan] Komponen-komponen makna yang menunjukkan perbezaan pula ialah: [hubungan terus] [generasi yang sama] [ayah dan abang] [ayah dan bapa saudara] Komponen makna yang menunjukkan persamaan ialah :

[generasi yang berbeza] [ayah dan abang, serta bapa saudara dan abang] Dalam erti kata lain, kata-kata yang bertugas sebagai komponen makna ini tidak boleh disamakan dengan senarai dengan senarai makna yang mungkin dimilikinya dalam konteks perbualan biasa. Kata yang bertaraf komponen makna ini hanyalah merupakan label atau symbol kepada komponen yang terselindung dalam item leksikal yang dihuraikan. Contohnya, perkaitan hospital boleh dihuraikan sebagai mempunyai komponen-komponen makna berikut: [+doctor][+pesakit] [+jururawat] [+bangunan] [+ubat-ubatan]

2.5

Komponen

kata

wafat

terdapat

cirri-ciri

berikut:

[+mati],[+meninggal

dunia],[+mampus],[+tidak bernyawa],[ _ hidup] kata ciri

2.5

komponen kata wafat terdapat cirri-ciri berikut: [+mati],[+meninggal dunia],[+mampus],[+tidak

bernyawa],[ _ hidup] kata ciri

+ mati

+meninggal dunia wafat +mampus

+tidak bernyawa

_ hidup