PEMBANGUNAN DAN PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI Bidang: Komunikasi Dan Kekemasan Diri Tajuk: Si Pungguk Dan Si Murai Tujuan

: 1. Keinginan menyampaikan mesej kepada orang lain tanpa memberi ruang kepada pasangannya menyebabkan wujudnya halangan komunikasi. 2. Suasana bising boleh menggangu keberkesanan komunikasi. 3. Komunikasi yang bercelaru dan membosankan. 4. Meningkatkan imej kendiri. Langkah-langkah: Secara Berkumpulan 1. Murid di bahagi kepada dua kumpulan. Setiap ahli kumpulan dikehendaki berpakaian kemas. 2. Peraturan permainan dan pemarkahan diambil kira dari aspek kekemasan diri, disiplin, sikap dan keyakinan diri. 3. Setiap kumpulan diberkan sebuah lagu yang berlainan. (Lagu kanak-kanak) 4. Guru memberi arahan kepada murid menyanyikan lagu secara serentak. 5. Guru meminta murid menyanyi mengikut kumpulan secara giliran. Contohnya: kumpulan A menyanyi dan kumpulan B mendengar. 6. Guru memilih murid secara rawak dan meminta murid menerangkan perbezaan yang berlaku semasa aktiviti di langkah 4 dan 5. Secara Individu 1. Guru memilih dua orang murid dan meminta murid duduk secara berhadapan. 2. Guru mengedarkan satu petikan ayat kepada setiap orang murid. 3. Murid diminta membaca secara serentak. 4. Guru meminta seorang murid membaca dan seorang murid mendengar. 5. Guru meminta murid-murid membezakan antara dua situasi dalam langkah 3 dan 4. Penutup: 1. Guru membuat rumusan. (Sikap penyayang, Budi Bahasa, Konsep Kendiri, Komunikasi)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful