Anda di halaman 1dari 2

KATA ADVERBA

1 2 3 Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Kata adverba termasuk dalam golongan kata tugas kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat. Kata adverba dapat dibahagikan kepada empat bentuk seperti yang berikut:(a) Kata adverba jati (b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif (c) Kata adverba yang asalnya kata kerja (d) Kata adverba bentuk gandaan

Kata Adverba Jati


1 2 3 Kata adverba jenis ini terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, frasa kerja, kata adjektif, frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh-contohnya: begini, begitu, demikian, diam, tiba-tiba, langsung, semalam, esok, sering kali, dahulu, kemudian Contoh penggunaannya dalam ayat: (a) Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu. (b) Mereka berbuat demikian kerana kesuntukan masa. (c) Perlawanan itu akan berlangsung esok di Stadium Merdeka. (d) Murid itu sering kali poteng sekolah. (e) Dalam pertandingan itu, peserta perempuan bermula dahulu.

Kata Adverba yang Asalnya Kata Adjektif


1 2 3 Kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh-contohnya: mengiring, berkilat, meninggi, menyala, berseri, mengawan, menyendiri, bersendirian Contoh penggunaannya dalam ayat: (a) Sungai itu mengalir deras ke arah laut. (b) Layang-layang itu terbang tinggi di langit. (c) Dia hampir terjatuh ketika menyeberangi titi itu. (d) Ibu Samad diwadkan di hospital kerana sakit kuat. (e) Hamid sering di pejabatnya hingga larut malam.

Kata Adverba yang Asalnya Kata Kerja


1 2 3 Kata adverba jenis ini berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh-contohnya: deras, besar, tinggi, hampir, kurang, kencang, panjang, kuat, lebar, lampai, segera, selalu, sering Contoh penggunaannya dalam ayat: (a) Kapal terbang itu terbang meninggi ke arah awan. (b) Rambut perempuan itu hitam berkilat. (c) Pokok-pokok kelapa itu tinggi mengawan. (d) Dia di rumah bersendirian kerana ibu bapanya telah ke bandar. (e) Pak Hamid pergi ke dusunnya kerana hendak menyendiri.

Kata Adverba Bentuk Gandaan


1 2 Kata adverba jenis ini ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi untuk menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Kata adverba bentuk gandaan terbahagi kepada tiga bentuk seperti yang berikut: (a) kata adverba penggandaan penuh (b) kata adverba penggandaan separa (c) kata adverba penggandaan berentak

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

Kata Adverba Penggandaan Penuh 1 Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya. 2 Contoh-contohnya: betul-betul, jarang-jarang, laju-laju, sama-sama, cepat-cepat, diam-diam, pura-pura, tinggi-tinggi 3 Contoh penggunaannya dalam ayat: (a) Dia betul-betul marah akan perangai buruk anaknya. (b) Mereka mengayuh laju-laju supaya tidak ketinggalan. (c) Hamidah jarang-jarang balik ke kampung untuk menziarahi neneknya. (d) Mereka duduk diam-diam di bahagian belakang bilik darjah. (e) Pekerja itu pura-pura rajin ketika penyelia kilang berada di kilang. Kata Adverba Penggandaan Separa 1 Kata adverba penggandaan separa terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan, tanpa menggandakan imbuhannya. 2 Kata adverba penggandaan separa terbahagi kepada dua jenis: (a) penggandaan separa berawalan (b) penggandaan separa berakhiran 3 Penggandaan separa berawalan (a) Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak imbuhannya. (b) Contoh-contohnya: berderet-deret, berhari-hari, teresak-esak, setinggi-tinggi, sekali-kali, terburu-buru, terngiang-ngiang (c) Contoh penggunaannya dalam ayat: Kerusi-kerusi itu disusun berderet-deret di dalam dewan. Pengakap-pengakap itu sesat berhari-hari di hutan itu. Kanak-kanak itu menangis teresak-esak kerana dipukul emaknya. Kerja yang dilakukan terburu-buru tidak akan sempurna jadinya. Kata adverba penggandaan separa yang menerima awalan se- boleh juga menerima bentuk nya. Contoh-contohnya: selama-lamanya, sekuat-kuatnya, sebaik-baiknya, sebesar-besarnya, secepat-cepatnya 4 Penggandaan separa berakhiran (a) Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak akhirannya. (b) Contoh-contohnya: kecil-kecilan, besar-besaran, habis-habisan, gila-gilaan, mati-matian (c) Contoh penggunaannya dalam ayat: Sambutan Hari Kebangsaan diadakan kecil-kecilan pada tahun ini. Kok Keong bermain habis-habisan untuk mengalahkan lawannya. Pemuda-pemuda yang mabuk itu menari gila-gilaan di tepi jalan raya. Oraang kaya itu berbelanja besar-besaran untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.

Kata Adverba Penggandaan Berentak 1 Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. 2 Contoh-contohnya: kusut-masai, gunung-ganang, gelap-gelita, desas-desus, hiruk-pikuk, mundar-mandir, segar-bugar 3 Contoh penggunaannya dalam ayat: (a) Rambut Ramlah kusut-masai kerana belum bersikat. (b) Bilik itu gelap-gelita apabila lampu dipadamkan. (c) Mereka terdengar desas-desus bahawa pengurus kilang akan meletakkan jawatan. (d) Sayur yang dijual di pasar tani itu segar-bugar.

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

Anda mungkin juga menyukai