Anda di halaman 1dari 6

Penulisan Refleksi Kendiri Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah.

Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut temasuklah aktiviti badan beruniform , kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Aktiviti perkhemahan merupakan salah aktiviti yang wajib dilaksanakan dibawa bidang ko-kurikulum oleh setiap sekolah .Sekolah saya juga turut memikul tugas dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan ini yang disertai oleh ahli-ahli badan beruniform iaitu Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Setiap tahun sekolah saya menganjurkan perkhemahan ini di padang sekolah yang begitu indah dan luas. Murid-murid turut memainkan peranan dengan baik. Mereka sentiasa ikut arahanarahan yang diberikan oleh penasihat-penasihat badan beruniform masing-masing. Mereka bukan sahaja mengikuti arahan-arahan tetapi mereka turut melibatkan diri secara bersungguhsungguh dan menimba banyak ilmu. Mereka juga dapat memaham apa yang perlu lakukan sebelum, semasa dan selepas memasang perkhemahan. Sebelum program ini dijalankan, kami terlebih dahulu memberi taklimat dan latihan tentang bagaimana untuk menjalankan sebuah aktiviti perkhemahan kepada para ahli badan beruniform . Maklumlah kami akan berhadapan dengan anak murid yang menyertai dalam aktiviti perkhemahan ini.. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 25-27 Mei 2012 di padang sekolah kami SJK(T) Kuang Selangor. Apabila murid-murid berkhemah di padang, guru-guru penasihat

membantu mereka untuk memasang khemah. Justeru, ahli-ahli dapat mengetahui cara memasang khemah dengan betul , khemah perlu hadap ke mana dan sebagainya. Semasa , memsang perkhemahan cuacanya agak mendung dan kami berasa takut akan hujan. Tetapi , tidak lama kemudian cuaca mula cerah dan ini memberikan kesungguhan kepada kami untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Semua ahli badan beruniform dapat mendisiplinkan diri mereka terutama menerima makanan daripada urusetia. Mereka beratur untuk merima makanan dan mereka mencuci pinggan dengan sendiri.Ini mendorongkan mereka mendisiplin diri serta tidak bergantung kepada orang lain untuk menguruskan diri dalam aktivi harian.

Aktiviti yang diatur dan disusun dapat menjalankan mengikut masa yang ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak perkhemahan yang indah dan luas menyerikan lagi suasana perkhemahan ini. Ini , mendorongkan kami dapat menikmati pemandangan cantik.

Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua ahli badan beruniform terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional bengkel pertolongan cemas serta ikatan anduh dan bengkel permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh penasihat-penasihat dan jurulatih yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang disusun.

Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh para penasihat melancarkan aktiviti yang dirancang. Kesediaan penasihat-penasihat badan beruniform membimbing saya dalam

mengelola sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan.

Aktiviti perkehmahan ini banyak memberi faedah kepada kami. Ia dapat memberi pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Para penasihat telah mendapat gambaran bagaimana untuk menganjur sesebuah program yang melibatkan murid murid dari pelbagai latar

belakang. Ketika di sana, seribu satu faedah telah saya perolehi. Antaranya ialah kerjasama dan perpaduan yang merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kami, para penasihat setiap badan beruniform bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Walaupun aktiviti kokurikulum di sekolah kami telah berjalan dengan lancer serta menembahkan lagi pengetahuan serta pengalaman terdapat juga sedikit masalah yang dapat lihat dengan mata kasar saya sendiri. Masalah yang sering kali saya selaku guru penasihat persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia hadapi adalah penyertaan murid-murid. Ada segelintir ibubapa tidak menyediakan makanan dan perkhimatan transport untuk anak mereka. Keadaan

ini menyebabkan murid yang berminat dalam aktiviti kokurikulum gagal mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan di sekolah.Oleh yang demikian, saya bercadang pihak sekolah wajib memberi pendedahan kepada para ibubapa pada awal sessi persekolahan.

Walaubagaimanapun,persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti, diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Sekian Terima Kasih.

DISEDIAKAN OLEH,

PATHMAWATHY A/P RATNAM

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuang 48050 Rawang,Selangor Berikut dikemukakan Laporan Pergerakan Tahunan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, sekolah pada tahun 2012.

1. Guru Penasihat

1.Pn.Pathmawathy a/p Ratnam 2.Pn.Sri Sakthithevi a/p Balakrishnan 3.Pn.Menatchy a/p Balasundram 4.Pn.Anitha a/p Periannan 5.Pn.Normala bt Yacob

2.

Jawatan kuasa

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari

Kanagavizi a/p Saravanan Thanaruben a/l Veerasamy Darshini a/p Muthukumar Vinothini a/p Munusamy Kumuthini a/p Munusamy Srivithya a/p Kumaran

Ahli Jawatankuasa

1.Sangeetha a/p Saravanan 2.Suresh a/l Sangaran 3.Danush a/l Kannan 4.Hariharan a/l Sivakumar 5.Abineshvaran a/l Ramesh 6.Rishini a/p Kumar 7.Jegan a/l Krishnan

Tahun 3 Tahun 4 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 5 Tahun 6 Tahun 6

Juruaudit

1.Pn.Sri Saktithevi 2.Pn.Menatchy

3.

Hari/Masa Perjumpaan

Hari : Rabu Masa : 1.30 2.30pm

Bil.Perjumpaan : 23 hari Tempat : Bilik Darjah Tahun 6

4.

Kegiatan/ Aktiviti yang telah dilaksanakan Tarikh Aktiviti Mesyuarat Agong Ikatan kain anduh Pertolongan cemas Pekhemahan Bahaya merokok dan dadah Kuiz PBSMM Latihan kawat kaki sepanjang tahun

4.1

08.02.2012 04.04.2012 02.05.2012 25-27.05.2012 20.06.2012 03.10.2012

5.

Kegiatan / Aktiviti yang tidak dapat dijalankan dalam tahun semasa

5.1 Aktiviti memasak PBSMM tidak dapat dijalankan pada tahun ini. Disebabkan Oleh hujan lebat pada setiap perjumpaan kami pada waktu tengahari.Kami hanya dapat menjalankan aktiviti dalam kelas sahaja

Cadangan Kawasan Padang Sekolah harus dipantau dan dibaiki kerana kawasan lapang tersebut selalu dipenuhi dengan takungan air dan pertumbuhan rumput dimerata -rata pada musim tengkujuh.Murid murid mengalami masalah semasa membuat latihan kawat kaki dan pada masa mendirikan khemah. Penambahbaikan : Kesediaan dan kesanggupan guru guru untuk mengorbankan masa dan tenaga harus diberi sanjungan.Suatu hakikat yang wajar diberi perhatian ialah kemahiran kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab kokurikulum secara berkesan dan efektif .Di samping itu,latihan latihan formal ,peluang peluang patutlah diwujudkan bagi membolehkan

pelajar menyertai pelbagai bidang kegiatan untuk mempelbagaikan dan sekaligus memperkayakan pengalaman pengalaman mereka. Saya mengaku dan mengesahkan bahawa laporan dan maklumat yang diberikan adalah benar.

Saya yang menjalankan tugas,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

.. ( R.Pathmawathy ) Penasihat Persatuan BSMM Sekolah