Anda di halaman 1dari 28
NAMA : SHAMUDANUM A/P SAMUEL NO. MATRIK : M20121000381 NAMA KURSUS : TEORI, REKA BENTUK DAN

NAMA

:

SHAMUDANUM A/P SAMUEL

NO. MATRIK

:

M20121000381

NAMA KURSUS

:

TEORI, REKA BENTUK DAN AMALAN KURIKULUM

KOD KURSUS

:

KPF 6024

NAMA PENSYARAH

:

DR. MOHAMED NOOR BIN MOHAMED TAIB

TAJUK

:

PEMBINAAN KERANGKA KONSEPTUAL KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Latarbelakang Kursus Motivasi dan Keusahawanan

Kursus motivasi dan keusahawanan ini sangat penting kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas kerana mereka kekurangan motivasi dan berasa rendah diri apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar aliran perdana. Di samping itu, mereka juga kurang bergaul dengan warga sekolah dan masyarakat sekeliling kerana sering dipandang rendah oleh warga sekolah dan juga masyarakat. Oleh itu, keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang adalah kurang dan mereka tidak berasa yakin untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan aliran perdana. Selain daripada itu, pelajar-pelajar pendidikan khas juga tidak mempunyai keyakinan dan pengetahuan dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan urusan jual-beli. Jika aktiviti-aktiviti seperti menjual aiskirim dijalankan di sekolah, mereka sering ditipu oleh pelajar aliran perdana kerana mereka tidak mempunyai keyakinan dalam urusan pengiraan wang dan sering keliru.

Berdasarkan kepada masalah diatas, saya telah mengambil insiatif untuk merangka satu kursus untuk pelajar pendidikan khas. Kursus ini akan ditumpukan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah terencat akal ringan di daerah Kinta Selatan yang akan dijalankan SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 50 orang dari seluruh daerah Kinta Selatan. Pada bahagian pengenalan ini, saya akan menjalaskan aliran falsafah pendidikan yang diambil, rekabentuk kurikulum yang dipilih, kerangka konseptual yang dicadangkan dan model kurikulum yang digunakan dalam merangka rekabentuk kurikulum kursus motivasi dan keusahawanan ini.

Pengenalan

Pelajar-pelajar pendidikan khas secara keseluruhannya kekekurangan motivasi dan keyakinan dalam diri mereka. Mereka sering merasakan mereka tidak berupaya untuk melakukan sesuatu perkara yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Ini adalah kerana perasaan rendah diri yang wujud dalam diri mereka. Mereka mereasakan mereka tidak dapat melakukan perkara-perkara sebaik pelajar-pelajar normal. Oleh itu kursus motivasi dan keusahawanan ini merupakan satu aktiviti yang akan memotivasikan diri pelajar pendidikan khas disamping meningkatkan jati diri mereka dan kemahiran mereka dalam bidang keusahawanan. Kursus ini juga akan meningkatkan keyakinan diri para pelajar pendidikan khas disamping membolehkan mereka bergaul dengan masyarakat sekeliling. Kursus ini juga dijalankan untuk membuka jalan kepada pelajar pendidikan khas untuk menceburi bidang

perniagaan secara kecil-kecilan apabila mereka meninggalkan bangku sekolah disamping memberi kesedaran kepada ibubapa mengenai potensi diri anak istimewa mereka.

Aliran Falsafah bagi Kursus Motivasi dan Keusahawanan

Bagi merangka rekabentuk kursus motivasi dan keusahawanan, saya memilih aliran falsafah moden iaitu aliran falsafah Progressivism dan aliran falsafah Reconstructionism. Ini adalah kerana aliran falsafah Progressivism adalah berpusat kepada pelajar. Aliran falsafah Reconstructionism pula menekankan kepada menyelesaikan masalah masyarakat seperti masalah sosial, ekonomi dan politik. Tujuan saya memilih kedua-dua aliran ini adalah kerana aliran rekabentuk berpusatkan pelajar adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar pendidikan khas supaya mereka dapat melalui situasi yang sebenar dan memotivasikan diri mereka untuk melakukan dan memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka dapat perkara-perkara sebaik pelajar-pelajar normal. Guru hanya akan berperanan sebagai penasihat atau fasilitator dalam menyelesaikan masalah. Aliran falsafah Reconstructionism juga mengutamakan guru sebagai agen yang membawa perubahan kepada pelajar berdasarkan kehendak sesuatu masyarakat. Dimana dalam kursus ini pemahaman atau motivasi yang diberikan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas akan membantu mereka berdikarai dan menceburi bidang perniagaan apabila mereka meninggalkan bangku sekolah dan ini akan mengubah pandangan dan pemikiran masyarakat terhadap golongan ini. Melalui pemilihan kedua-dua aliran ini, pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pengalaman dimana mereka dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan juga masyarakat sekeliling dan secara tidak langsung akan mengubah persepsi dan pandangan masyarakat yang salah terhadap pelajar-pelajar istimewa. Disamping itu, pemusatan pelajar akan menjadikan mereka lebih aktif dan seronok untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sebegini pada masa yang akan datang .. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kursus ini sangat sesuai menggunakan aliran kurikulum berpusatkan pelajar dan juga masyarakat kerana melalui kursus ini, pelajar akan dapat pendedahan dan pengalaman mengenai motivasi dan keusahawanan dan secara tidak langsung dapat mengubah tanggapan masyarakat terhadap keupayaan pelajar-pelajar pendidikan khas.

Menurut Ornstein dan Hunkins (2009), guru hanya membantu pelajar menganalisis, menginterprestasi dan mengembangkan idea untuk membuat sesuatu keputusan. Disamping

itu, aliran ini telah menetapkan bahawa pembentukkan sesuatu kurikulum hendaklah berdasarkan kepada kehidupan pelajar. Oleh itu, saya berpendapat bahawa aliran falsafah ini sesuai digunakan dalam merekabentuk kursus ini kerana ianya melibatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan dan membolehkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis untuk mengembangkan potensi diri mereka. Kursus ini juga direka supaya pelajar pendidikan khas dapat melibatkan diri secara sepenuhnya.

Aliran rekabentuk kurikulum berpusatkan penyelesaian masalah masyarakat pula berpendapat pendidikan seharusnya tidak hanya mementingkan individu atau berpusatkan pelajar sahaja, tetapi perlu berpusatkan kepada keperluan masyarakat (Ornstein, 2009). Aliran ini percaya bahawa sekolah dan guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Aliran ini menekankan teknik perbincangan dan penggunaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Secara keseluruhannya aliran reka bentuk rekonstructism ini berusaha untuk menjadikan pelajar berfungsi dan memberi faedah kepada masyarakat.

Membina Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual adalah gambaran keseluruhan rekabentuk kursus yang hendak dihasilkan. Menurut Ishak (1993) teori konseptual merujuk kepada keadah penelitian dalam sains bagi menghasilkan generalisasi yang memungkinkan pendidik meramal dan mengendalikan apa yang berlaku di sekolah. Menurut Ornstein dan Hunkins (2009), kerangka konseptual adalah komponen-komponen kurikulum yang diorganisasi secara menegak dan mendatar. Bagi kerangka kursus motivasi dan keusahawanan bagi pelajar-pelajar pendidikan khas saya telah menyusun elemen-elemen dalam kerangka konseptual seperti gambarajah di bawah :

Kerangka Konseptual
Kerangka Konseptual
Komponen Menegak Komponen Mendatar Keseimbangan Urutan Kesinambunga Skop n
Komponen Menegak
Komponen Mendatar
Keseimbangan
Urutan
Kesinambunga
Skop
n

Rajah 1 : Perkara Asas Dalam Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual sangat penting dalam menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan. Ini kerana kerangka konseptual memberikan panduan kepada seseorang itu untuk menyusun objektif dan menetapkan matlamat sesuatu kurikulum yang hendak dirancang dan dibina. Kerangka konseptual adalah berdasarkan artikulasi dan seimbang. Menurut Ornstein dan Hunkins (2009), artikulasi merujuk kepada menyatakan sesuatu idea atau pendapat dengan teratur melalui ucapan dan sebutan. Ini membawa maksud bahawa semua komponen kurikulum yang berlaku kemudian adalah berhubungkait dengan perkara yang berlaku sebelumnya. Oleh itu, artikulasi merujuk kepada komponen menegak. Keseimbangan pula bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan secara menyeluruh iaitu pelajar dapat mengamalkan ilmu pengetahuan secara seimbang seperti ilmu sains dan sastera. Oleh itu, keseimbangan lebih dikaitkan dengan komponen mendatar.

Menurut Ornstein dan Hunkins (2009), komponen menegak merujuk kepada kemahiran yang meningkat dari satu tahap ke tahap berikutnya. Jika dilihat dari segi turutan, ianya lebih menjurus kepada pemeringkatan isi pelajaran daripasa konsep asas kepada konsep-konsep yang lebih sukar. Dalam komponen mendatar pula, skop merujuk kepada keluasan sesuatu isi pelajaran yang merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Keseimbangan pula

bermaksud perkaitan antara pelbagai jenis pengetahuan dalam pelbagai matapelajaran. Oleh itu, kesemua komponen ini, saya telah gunakan dalam kerangka konseptual bagi kursus motivasi dan keusahawanan.

Dalam kursus ini saya menggunakan komponen menegak dan mendatar mengikut turutan. Pada permulaan kursus ini, pelajar akan mengabungkan pengalaman yang mereka sedia ada dengan pengalaman yang mereka belajar. Kemudian diikuti dengan perkembangan ke bidang keusahawanan dan cara-cara membuat urusan jual beli. Perkembangan ini adalah daripada yang tajuk yang senanag kepada tajuk yang lebih rumuit. Sebagai contohnya dalam slot pertama mereka akan didedahkan kepada motivasi dan cara-cara memotivasikan diri sendiri dan dalam slot yang kedua motivasi akan dikaitkan dengan sikap keusahawanan dikalangan pelajar. Selepas itu dalam slot yang ketiga pengetahuan dan kemahiran urusan jual belia akan diperkenalkan dan tajuk ini mempunyai kesinambungan daripada tajuk-tajuk yang lepas.

Dalam kesinambungan pula, adalah kemahiran yang meningkat dari satu tahap ke satu tahap. Slot-slot yang diadakan adalah berkaitan diantara satu sama lain dimana pelajar akan menggunakan pengalaman dan hasil dapatan mereka pada setiap slot dan akan menghubungkaitkannya pada aktiviti kumpulan yang akan diberikan pada akhir kurus.Dalam aktiviiti kumpulan ini, pelajar-pelajar dikehendaki mengabungjalinkan aspek yang telah didapati daripada kursus ini dan mengaplikasikanya dalam urusan jual beli yang akan dilakukan kelak. Ini akan membantu pelajar berfikir dengan lebih mendalam mengenai sesuatu aspek dan bagaiman untuk berjaya dalam sesuatu bidang dengan ilmu yang mereka perolehi ..

Komponen Menengak

1.

Turutan

Turutan bererti bagaimana isi kandungan dan pengalaman pembelajarna sebelum itu dapat disatukan bagi proses pemahaman pembelajaran ke peringkat berikutnya. Berdasarkan kepada kerangka konseptual motivasi dan keusahawanan pada rajah di bawah, pada komponen menegak saya telah menandakan dengan warna merah untuk turutan. Turutan yang dibuat di dalam kerangka ini akan mengabungkan pengalaman sebelum dengan pengalaman yang baru dipelajari. Sebagai contoh, dalam slot pertama mengenai motivasi mempunyai tiga isi kandungan iaitu definisi motivasi

akan diterangkan kepada pelajar-pelajar. Selepas itu isi kandungan akan pergi ke tahap yang lebih tinggi iaitu kepercayaan tentang kebolehan diri dan kepercayaan diantara motivasi dan efikasi. Dalam slot yang kedua mengenai mengamalkan sikap keusahawanan pula pelajar akan didedahkan dengan keusahawanan yang mengandungi enam isi kandungan iaitu bertanggungjawab terhadap keputusan, peka kepada peluang, berani menghadapi risiko, fleksibiliti , kesanggupan belajar dari kesilapan dan berdaya tahan. Dalam slot ketiga pula mengandungi satu is kandungan iaitu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalamiviti kehidupan seharian.

  • 2. Kesinambungan Pada bahagian kesinambungan pula, pada peringkat awal kursus, pelajar akan didedahkan dengan definisi motivasi dan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan motivasi untuk memotivasikan pelajar dan membina keyakinan dan juga pelajar tidak keliru apabila ke slot yang berikutnya. Selepas itu, pelajar akan didedahkan dengan prinsip keusahawanan dan bagaimana melakukan aktiviti jual beli yang mudah.

Komponen Mendatar

  • 3. Skop Skop boleh dijelaskan sebagai proses pembelajaran yang meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor dari pelbagai cabang subjek. Sebagai contoh, dalam kursus ini, definisi motivasi, kepercayaan tentang kebolehan diri dan kepercayaan diantara motivasi dan efikasi merupakan salah satu daripada aspek kognitif. Bagi aspek afektif pula, mengamalkan sikap keusahawanan dari segi membuat keputusan, peka kepada peluang, berani menghadapi risiko, fleksibiliti, kesanggupan belajar daripada kesilapan dan berdaya tahan. Dari segi psikomotor pula pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli dalam kehidupan seharian.

  • 4. Integrasi Integrasi bermaksud perkaitan diantara pelbagai jenos pengetahuan dan pengalaman yang terkandung dalam pelbagai mata pelajaran. Manakala bagi integrasi

antara kandungan kursus, saya dapati ada perkaitan dengan dengan subjek lain. Subjek motivasi sebagai contohnya boleh dikaitkan dengan subjek kaunselling, agama dan moral. Begitu juga dengan subjek keusahawanan boleh dikaitkan dengan subjek ekonomi, perdagangan, agama dan moral.

MENEGAK 3. Afektif Psikomotor Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti
MENEGAK
3.
Afektif
Psikomotor
Mengamalkan
pengetahuan
dan
kemahiran
pengurusan
asas
jual
beli
yang
mudah
dalam
aktiviti
kehidupan
seharian
1.
Bertanggungjawab
2.Mengamalkan
terhadap
keputusan
Kognitif
Sikap
keusahawanan
2.
Peka kepada
peluang
3.
Berani
mengambil risiko
4.
Amalan nilai
murni
5.
Kesanggupan
belajar dari
kesilapan
6.
Berdaya tahan
1.Motivasi
2.Kepercayaan
Moral
Sivik
dan
diantara
Motivasi
kenegaraan
dan efikasi
1.Kepercayaan
Tentang kebolehan
Diri

PETUNJUK

MENDATAR

  • Kesinambungan

  • Skop

  • Turutan

  • Integrasi

Model Kurikulum Tyler

Setelah mengkaji dengan teliti model untuk kursus motivasi dan keusahawanan pelajar pendidikan khas, saya telah memilih Model Tyler. Berikut adalah model kurikulum yang dicadangkan oleh Tyler.

Model Kurikulum Tyler Setelah mengkaji dengan teliti model untuk kursus motivasi dan keusahawanan pelajar pendidikan khas,
Objektif
Objektif
Model Kurikulum Tyler Setelah mengkaji dengan teliti model untuk kursus motivasi dan keusahawanan pelajar pendidikan khas,
Penilaian
Penilaian
Model Kurikulum Tyler Setelah mengkaji dengan teliti model untuk kursus motivasi dan keusahawanan pelajar pendidikan khas,
Kandungan
Kandungan
Kaedah
Kaedah
Model Kurikulum Tyler Setelah mengkaji dengan teliti model untuk kursus motivasi dan keusahawanan pelajar pendidikan khas,

Rajah 3 : Model Kurikulum Ralph W. Tyler

Peringkat seterusnya ialah memilih model kurikulum yang akan digunakan bagi menerangkan dan menghuraikan kerangka konseptual kursus motivasi dan keusahawanan yang akan saya bina. Terdapat beberapa modelkurikulum yang telah dikenalpasti antaranya model Tyler dan Model Giles. Saya telah memilih model Tyler untuk menghuraikan kerangka konseptula yang telah say acadangkan kerana model ini adalah lebih mudah. Model Tyler menekankan kepada empat bahagian iaitu objektif, kandungan, kaedah dan penilaian. Tujuan saya memilih model ini kerana ianya menekankan perkembangan kurikulum untuk bidang pembelajaran harus berpandukan kepada soalan-soalan seperti di bawah :

  • a. Apakah tujuan yang hendak dicapai pada kursus ini?

  • b. Apakah pengalaman yang perlu diberikan untuk mencapai tujuan itu?

  • c. Bagaimana mengatur pemberian pengalaman secara efektif?

  • d. Bagaimana mengetahui adakah tujuan telah dicapai?

Oleh itu, kursus motivasi dan keusahawanan ini akan dijalankan mengikut proses perkembangan kurikulum model Tyler iaitu berdasarkan objektif, kandungan, kaedah dan

penilaian

Keempat-empat proses ini penting dari peringkat awal perancangan hingga ke

.. peringkat akhir selepas pelaksanaan kursus ini. Selepas mengenal pasti proses-proses tersebut langkah-langkah seperti di bawah telah dijalankan untuk memastikan kursus ini dijalankan secara teratur dan dikendalikan secara professional. Langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti dibawah dan ianya berasaskan kepada objektif Model Tyler.

Menentukan matlamat atau objektif pendidikan yang hendak dicapai

Pembinaan kurikulum atau pemilihan pengalaman pembelajaran Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik

Pembinaan kurikulum atau pemilihan pengalaman pembelajaran

Pembinaan kurikulum atau pemilihan pengalaman pembelajaran Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik

Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik

Pembinaan kurikulum atau pemilihan pengalaman pembelajaran Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik

Pengujian dan penilaian perlu dibuat untuk menentukan pencapaian objektif

Sumber objektif pendidikan didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi :

  • a. Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi dan spiritual.

  • b. Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap dan tabiat pelajar.

  • c. Menentukan apakah minat pelajar.

Sumber objektif pendidikan didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa :

  • a. Menentukan apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam masyarakat semasa.

  • b. Memastikan pendidikan dapat dipindahkan kea lam pekerjaan.

Sumber objektif pendidikan didapati daripada cadangan pakar subjek :

  • a. Melalui penulisan dan cadangan pakar.

  • b. Melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.

Tapisan Objektif Pendidikan

Falsafah boleh digunakan dalam memilih objektif sesuatu pendidikan atau kursus.

  • a. Falsafah pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk memilih objektif pendidikan atau kursus.

  • b. Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan sama ada menerima atau menolak sesuatu objektif.

Falsafah juga boleh menggunakan psikologi dalam memilih objektif:

  • a. Pengetahuan psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau tidak bagi tahap pencapaian umur pelajar.

  • b. Pengetahuan psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar yang diperlukan oleh pelajar.

Objektif Rekabentuk Kursus Motivasi dan Keusahawanan

Mengambil pandangan daripada ramai pengkaji tentang keperluan komponen keusahawan untuk para pelajar khas tidak dapat disangkal lagi. Human (1988) umpamanya menyarankan agar latihan keusahawanan perlu untuk memberi pendedahan kepada para pelajar semasa usia masih muda. Sexton dan Kasarda (1992) berpendapat para pelajar memerlukan kefahaman konsep yang berkaitan dengan keusahawanan serta penerapan ilmu

pengetahuan perniagaan merentasi bidang lain agar dapat mengenal pasti bakat yang ada serta merangsang kemahiran dan perubahan sikap. Meyer (1992) menyarankan adalah sesuatu yang bijak untuk melatih atau menyediakan pelajar khas untuk proses keusahawanan kerana apabila mereka tamat persekolahan nanti, minat untuk memulakan perniagaan akan wujud. Berdasarkan Model Tyler, saya menetapkan dua objektif iaitu objektif umum dan objektif kursus.

Objektif Umum

Objektif utama dalam rekabentuk kursus motivasi dan keusahawanan ialah untuk mendedahkan kepada para pelajar pendidikan khas kepada konsep keusahawanan dan membina keyakinan diri mereka. Sebagai contoh dengan memberi motivasi kepada pelajara pendidikan khas dan pendedahan kepada keusahawanan, mereka dapat membina keyakinan diri dan bergiat dalam urusan jual beli yang mudah. Disamping itu , pelajar pendidikan khas akan mendapat pendedahan dalam urusan jual beli.

Objektif Khusus 1 : Motivasi

Objektif khusus untuk motivasi adalah :

  • a. Pelajar-pelajar pendidikan khas dapat membina dan menanamkan keyakinan diri dalam diri mereka untuk membuat dan mencuba sesuatu yang baru.

  • b. Mereka tidak akan berasa takut atau segan apabila berinteraksi dengan warga sekolah dan juga masyarakat sekeliling mereka dan akan dapat menonjolkan diri mereka dalam sebarang aktiviti sekolah dan tidak merasa rendah diri.

  • c. Meningkatkan motivasi pelajar-pelajar pendidikan khas dalam kerjasama dalam kumpulan.

Objektif Khusus 2

Objektif khusus kedua pula adalah :

  • a. Pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pengalaman dalam bidang keusahawanan.

  • b. Mereka akan dapat meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.

  • c. Memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar khas tentang pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.

  • d. Pelajar-pelajar dapat mempelajari ilmu keusahawanan serta teknik-teknik menarik pelanggan.

Objektif Sampingan 3

Objektif kursus ketiga pula adalah:

  • a. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian mereka disamping pelajar-pelajar akan dapat mengetahui prinsip-prinsip asas dalam pemasaran produk.

  • b. Pelajar-pelajar pendidikan khas dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong- menolong dikalangan meraka.

  • c. Membantu pelajar pendidikan khas menukar corak pemikiran minda mereka dalam bekerja makan gaji dan mengharapkan bantuan kerajaan dan menagih simpati kepada usahawan yang berjaya.

  • d. Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.

  • e. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga.

  • f. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar khas dan melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.

  • g. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan. Melatih pelajar pendidikan khas mengamalkan nilai-nilai etika dalam perniagaan.

Objektif Sampingan

Objektif sampingan kursus ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kebolehan dan keupayaan pelajar-pelajar berkeperluan khas dan masyarakat tidak akan memandang rendah terhadap mereka lagi. Objektif sampingan kursus ini juga untuk memberi kesedaran dikalangan ibubapa tentang potensi diri anak-anak mereka dan jangan memandang rendah terhadap kebolehan anak mereka walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan. Dengan mengikuti kursus ini juga, pelajar-pelajar pendidikan khas akan dapat berdikari apabila

meninggalkan alam persekolahan dan mereka tidak akan mengharapkan bantuan daripada ibubapa mereka atau orang lain untuk menyara mereka.

Kandungan Kursus Motivasi dan Keusahawanan

Berdasarkan Model Tyler, kandungan pelajaran mestilah disusun daripada muah ke susah. Oleh itu untuk kursus ini, saya telah menyusun kandungan kursus ini daripada tajuk yang mudah kepada tajuk yang susah.

Kandungan Kursus Motivasi

1. Kepercayaan tentang Kebolehan Diri

Di antara faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar ialah kepercayaan tentang kebolehan dan keupayaan diri. Pada dasarnya orang dewasa mempunyai dua konsep kebolehan. Pertama, melihat kebolehan sabagai satu entiti yang stabil dan tidak dapat dikawal. Ini bermakna ia merupakan satu traits manusia yang tidak dapat diubah kerana ia adalah satu fitrah. Mengikut pandangan ini, setiap manusia mempunyai kebolehan yang berlainan dan ada yang lebih tinggi kebolehan mereka berbanding dengan yang lain dan keadaan ini sudah tetap dan tidak dapat diubah lagi. Sebaliknya terdapat pandangan lain yang melihat kebolehan atau kecerdasan sebagai suatu keadaan yang sentiasa berubah dan boleh berkembang. Mereka berpendapat bahawa kebolehan seseorang itu adalah dalam bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sentiasa berkembang. Kebolehan atau kecerdasan ini juga tidak stabil dan boleh dikawal melalui peningkatan minat, pembelajaran yang berpanjangan, kegigihan serta usaha yang tidak mengenal jemu. Segala usaha ini akna meningkatkan pencapaian dan kejayaan. Pelajar seperti ini akan sentiasa berusaha bagi mencapai kejayaan yang diharapkan dan tidak akan mudah berputus asa.

1.2 Kaedah Koperatif

Kaedah yang akan digunakan dalam slot ini adalah kaedah koperatif. Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan dikehendaki bekerjasama diantara satu sama lain untuk melakukan aktiviti yang akan dikemukan oleh guru pendidikan khas. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpilan mengandungi enam orang. Mereka akan dibantu oleh seorang fasilitator dalam kalangan guru pendidikan khas. Satu senario yang sama akan diberikan

kepada setiap kumpulan. Senarionya ialah lima orang pelajar akan dipilih untuk menyertai aktiviti lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands selama 3 hari 4 malam. Untuk mengikuti lawatan itu, setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat iklan mengenai ahli kumpulan mereka. Dalam komersial itu, para pelajar dikehendaki menerangkan mengenai kelebihan diri mereka dan setiap ahli dalam kumpulan mereka. Pelajar-pelajar boleh melukis atau menulis untuk mengambarkan diri mereka dan ahli kumpulan mereka. Setiap kumpulan dikehendaki menulis nilai-nilai yang baik dalam diri mereka. Setelah selesai para pelajar dikehendaki membentangkan hasil kerja masing-masing. Pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran untuk menulis atau memahami keadaan akan dibantu oleh fasilitator.

  • 1.3 Penilaian

Penilaian akan dilakukan dengan melihat pembentangan pelajar dari segi cara pembentangan, kreativiti dan kerjasama diantara ahli kumpulan masing-masing. Kumpulan yang paling menonjol dari segi keyakinan diri dan motivasi akan diberikan ganjaran dalam bentuk hadiah. Disamping itu, kumpulan yang lain juga akan diberikan hadiah untuk mengekalkan motivasi diri mereka.

  • 1.4 Objektif

Dalam kandungan kursus ini, objektif pertama iaitu pelajar-pelajar pendidikan khas dapat membina dan menanamkan keyakinan diri dalam diri mereka untuk membuat dan mencuba sesuatu yang baru dapat dicapai. Disamping itu mereka dapat membina keyakinan diri dan memotivasikan bukan sahaja diri mereka tetapi ahli kumpulan yang lain. Oleh itu objektif dari segi kognitif, psikomotor dan efektif dapat dicapai.

2.Kepercayaan tentang Efikasi Diri

Efikasi dapat dijelaskan sebagai kepercayaan ke atas keupayaan diri sendiri dan mengambil tindakan yang sepatutnya dalam situasi yang tertentu. Ciri-ciri efikasi mempengaruhi empat perkara utama iaitu pengalaman penting di masa yang lalu, vikarious, persekitaran sosial dan maklum balas berbentuk fisiologi dan juga emosi. Diantara faktor-faktor ini, yang paling penting ialah pengalaman yang kita sendiri lalui. Dalam slot ini juga pelajar-pelajar akan didedahkan mengenai efikasi diri melalui aktiviti-aktiviti kumpulan dan dibantu oleh fasilitator.

Kaedah

Kaedah Koperatif

Aktiviti Dalam Kumpulan

Dalam kaedah ini, aktiviti untuk meningkatkan motivasi diri pelajar dijalankan. Permainan ‘to be or knot to be’ akan dijalankan. Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar akan kekal dalam kumpulan yang sama. Pelajar-pelajar ini akan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada guru pendidikan khas. Dalam aktiviti permainan ini, pelajar-pelajar akan membentuk satu kumpulan kecil dan mereka akan bersemuka di antara satu sama lain. Pelajar-pelajar dikehendaki menutup mata masing-masing. Mereka dikehendaki memegang tangan kanan pelajar yang berada di depan mereka. Selepas itu pelajar-pelajar akan membuka mata dan akan memegang tangan kiri pelajar yang lain. Selepas itu, pelajar-pelajar dikehendaki melepaskan diri mereka daripada silangan tangan tanpa melepaskan tangan mereka. Jika pelajar-pelajar bekerjasama diantara satu sama lain, mereka akan membentuk bulatan yang besar dan jika tidak bulatan mereka akan kekal dengan silangan tangan.

Penilaian

Penilaian akan dibuat oleh fasilitator dalam bentuk pemerhatian. Bagaimana ahli kumpulan berkerjasama di antara setiap ahli kumpulan akan dinilai. Kumpulan yang berjaya membuka silangan tangan tanpa melepaskan tangan mereka dikira sebagai berjaya mengekalkan kerjasama diantara kumpulan.

Objektif

Dalam kandungan kursus ini objektif kedua dan ketiga akan tercapai dimana pelajar-pelajar pendidikan khas tidak akan berasa takut atau segan apabila berinteraksi dengan warga sekolah dan juga masyarakat sekeliling mereka dan akan dapat menonjolkan diri mereka dalam sebarang aktiviti sekolah dan tidak merasa rendah diri. Meningkatkan motivasi pelajar-pelajar pendidikan khas dalam kerjasama dalam kumpulan. Oleh itu objektif dari segi kognitif, psikomotor dan efektif dapat dicapai.

2.1 Mengamalkan Sikap Keusahawanan

Pelajar akan sentiasa menerima penerapan sikap-sikap keusahawanan melalui aktiviti- aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan terdorong untuk mengamalkan sikap- sikap tersebut dalam kehidupan seharian sehingga menjadai budaya. Budaya yang terbentuk ini akan dapat membantu murid mempunyai tingkah laku yang dapat menentukan kejayaan dalam sebarang usaha kearah keusahawanan di masa akan datang. Sikap keusahawanan yang akan diterapkan dalam kursus ini adalah:

a. Bertanggungjawab terhadap keputusan

Pelajar perlu bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan yang diambil. Pelajar diberi kebebasan untuk mengawal sumber-sumber berkaitan pembelajaran dan menggunakannya untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Kaedah : Permainan Bingo

Setiap kumpulan akan diberikan satu edaran kertas yang ditulis nombor dari satu hingga seratus. Seperti pada rajah di bawah. Selepas itu guru akan membacakan soalan matematik dan pelajar-pelajar dlam kumpulan dikehendaki bersamam-sama mencari jawapan dan menandakan jawapan tersebut pada kertas jawapan yang diedarkan tadi. Kertas nombor yang diberikan pada setiap kumpulan adalah tidak sama. Kumpulan yang mendapat bingo akan dikira sebagai pemenang. Sebagai contoh, guru akan menyatakan 20 + 30 = ?, 44 + 6 = ?, 15 + 30 = ? dan sebagainya.

 
  • 10 33

   
  • 55 60

43

  • 20 52

 
  • 48 23

 
  • 21 46

     
  • 61 16

34

  • 49 28

 
  • 54 32

 
 
  • 17 57

   
  • 67 38

72

  • 11 71

   
  • 64 40

  • 41 25

     
  • 45 68

63

  • 50 19

   
  • 58 27

  • 35 51

     
  • 59 24

30

  • 12 44

   
  • 69 47

Penilaian :

Penilaian akan dilakukan melalui pemantauan. Kumpulan yang dapat menandakan jawapan yang betul pada kertas jawapan dan mendapat bingo akan dikira sebagai pemenang.

Objektif :

Dalam aktiviti ini, objektif pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pengalaman dalam bidang keusahawanan. Oleh itu objektif dari segi kognitif, psikomotor dan efektif dapat dicapai.

b.Peka kepada peluang

Pelajar perlu peka dengan keupayaan sendiri dan boleh melihat serta mengambil peluang yang terdapat di persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud akibat masalah yang ditimbulkan oleh orang lain. Perubahan teknologi, perubahan citarasa pengguna, perubahan cara hidup, perubahan sikap dan sumber-sumber alam.

Kaedah;

Pelajar-pelajar dalam kumpulan masing-masing dikehendaki untuk menyatakan idea apa yang mereka akan lakukan untuk memulakan perniagaan baru. Satu contoh akan diberikan kepada pelajar untuk mempermudahkan mereka mendapat idea seperti menemuramah orang

yang telah berjaya memulakan perniagaan baru. Pelajar-pelajar akan bekerjasama dalam kumpulan untuk mencari idea untuk memulakan perniagaan baru. Selepas itu setiap kumpulan akan membentangkan idea masing-masing.

Penilaian:

Penilaian akan dilakukan berdasarkan kumpulan yang dapat mencari idea yang paling kreatif untuk memulakan perniagaan baru.

Objektif:

Dalam objektif ini, pelajar-pelajar pendidikan khas dapat membina dan menanamkan keyakinan diri dalam diri mereka untuk membuat dan mencuba sesuatu yang baru. Disamping itu, ianya dapat memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar khas tentang pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian mereka disamping pelajar-pelajar akan dapat mengetahui prinsip-prinsip asas dalam pemasaran produk

c.Berani mengambil risiko

Pelajar perlu berani mengambil risiko dan memastikan risiko yang diambil adalah munasabah dan berpatutuan dangan ganjaran yang diterima.

Kaedah :

Kumpulan satu akan diberi satu situasi dimana mereka dalam kumpulan mereka kena bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil. Sebagai contoh pelajar akan diberi aktiviti halangan. Dimana dalam permainan ini, pelajar akan ditutup mata dan mereka akan dipandu oleh rakan mereka yang lain merentasi halangan-halangan yang disediakan. Setiap ahli kumpulan akan bergilir-gilir dalam melakukan aktiviti ini. Aktiviti ini akan mengajar pelajar- pelajar teknik menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar akan belajar untuk menumpukan fikiran dan mematuhi arahan. Disamping itu mereka akan belajar untuk bekerjasama di antara satu sama lain untuk mencapai kejayaan.

Penilaian:

Dalam aktiviti ini penilaian dalam bentuk pemerhatian akan dilakukan oleh guru fasilitator. Pemerhatian akan dilakukan dari segi keyakinan diri pelajar untuk mengikut arahan ahli kumpulannya.

Objektif

Dalam objektif ini pelajar-pelajar pendidikan khas dapat memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab. Disamping itu pelajar-pelajar pendidikan khas dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan mereka.

d. Amalan Nilai Murni

Pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap keputusan yang diambil oleh mereka. Mereka juga dapat menilai perbuatan yang baik dan yang kurang baik dalam sesuatu keadaan tertentu.

Kaedah Perbincangan:

Setiap kumpulan akan diberikan soalan mengenai satu situasi dan pelajar-pelajar dikehendaki membincangkan situasi tersebut dan memikirkan jawapan yang paling berkesan untuk situasi tersebut. Dalam kumpulan yang sama pelajar-pelajar akan diberikan satu situasi. Pelajar-pelajar dikehendaki membaca situasi tersebut dan berbincang dalam kumpulan. Selepas itu pelajar-pelajar dikehendaki membuat keputusan yang beretika. Setiap kumpulan perlu alternatif yang perlu diambil dan memberi sebab mengapa mereka memilih alternatif tersebut.

Kumpulan 1:

Kes 1 :

Salmah adalah pembantu pengurusan di Bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat. Kawan baiknya Lisa memohon jawatan di syarikat tersebut dan Salmah telah bersetuju untuk menjadi perujuk untuk kawannya. Lisa meminta nasihat beliau untuk membuat persediaan untuk

temuduga. Salmah mempunyai soalan-soalan yang akan ditanya semasa ditemuduga dan hendak memberikan Lisa satu salinan supaya beliau boleh bersedia. Adakah tindakan Salmah itu betul?

Kumpulan 2:

Kes 2:

Ali bekerja di bahagian kawalan kualiti. Setiap tahun, penyelianya akan memberi komputer yang diubah suai kepada sekolah yang berdekatan. Tiada rekod disimpan untuk pemberian ini. Ali sangat memerlukan sebuah komputer untuk anaknya yang sedang menuntut di kolej. Penyelianya menyuruhnya untuk menghantar 12 komputer ke sebuah sekolah. Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Ali?

Kumpulan 3

Kes 3:

Ah Meng adalah seorang setiausaha di bahagian Pengurusan Kemudahan. Dia telah menerima sebuah komputer baru dan ingin mencubanya. Walaupun penyelia beliau tidak membenarkan penggunaan komputer untuk urusan persendirian, dia ingin belajar mengenai email dengan lebih mendalam lagi. Salah satu cara untuk belajar adalah dengan menghantar email kepada rakan-rakan dan saudaranya. Beliau telah menghabiskan semua kerjanya dan penyelianya telah balik awal. Apakah tindakan yang patut dilakukan olehnya?

Kumpulan 4 Kes 4 :

Kok Leong dan Rama sedang bercakap mengenai program kebaikan untuk para pekerja. Kok Leong yang mempunyai masalah kewangan menerangkan kepada Rama bahawa program ini mempunyai cara untuk membolehkannya menerima sedikit bantuan kewangan yang membantunya membayar rawatan perubatan emaknya. Hassan, rakan sekerja mereka telah mendengar perbualan tersebut. Keesokannya penyelia Hassan telah datang berjumpa dengannya dan menyatakan beliau telah mendengar khabar angin ada orang yang memgambil kesempatan terhadap program kebaikan tersebut. Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh Hassan?

Kumpulan 5

Kes 5:

Ah Moi telah diambil bekerja sebagai pembantu am. Sebagai seorang pembantu am, beliau bertanggungjawab untuk membuat salinan dokumen-dokumen kepada ketuanya. Anaknya Kok Onn datang berjumpa dengan beliau dan menyatakan bahawa dia perlu membuat salinan untuk projek sekolah. Dia telah membawa kertas sendiri dan memerlukan 300 salinan untuk kelasnya. Jika dia tidak membawa salinan tersebut, dia akan gagal projek tersebut. Mesin photostat syarikat belaiu tidak menyinpan rekod salinan yang dibuat. Apakah tindakan yang patut diambil oleh Ah Moi.

Penilaian:

Penilaian akan dibuat berdasarkan pembentangkan oleh setiap ahli kumpulan dan jawapan yang dikemukan oleh mereka.

Objektif:

Objektif yang dapat dicapai adalah melatih pelajar pendidikan khas mengamalkan nilai- nilai etika dalam kehidupan seharian dan perniagaan.

e.Kesanggupan belajar daripada kesilapan

Pelajar sanggup menerima kegagalan sebagai satu dorongan untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan satu pengajaran supaya kesilapan yang sama tidak diulangi.

Kaedah

Seorang pelajar dari setiap kumpulan akan bertanding dalam permainan catur. Pemenang dalam setiap kumpulan akan bertanding dengan pemenang dari kumpulan yang lain. Dalam pertandingan ini mereka akan mempelajari teknik-teknik untuk melemahkan lawan mereka dan memperolehi kejayaan. Pelajar yang mengatur strategi yang salah akan mendapat kekalahan dan pelajar yang mengatur strategi yang berkesan akan mendapat kemenangan.

Penilaian

Penilaian akan dibuat melalui pemerhatian. Ahli kumpulan yang mendapat tempat pertama akan dikira sebagai pemenang.

Objektif

Dalam objektif ini pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pendedahan peringkat awal tentang pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan. Disamping itu, pelajar- pelajar pendidikan khas dapat membina dan menanamkan keyakinan diri dalam diri mereka untuk membuat dan mencuba sesuatu yang baru.

f.Berdaya tahan

Pelajar berani menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk menjayakan sesuatu projek yang diberikan. Dia perlu mempunyai daya kekuatan mental, fizikal dan emosi yang tinggi untuk terus bertahan di samping terus menangani segala masalah yang dihadapi dengan tabah sehingga berjaya.

Kaedah

Pelajar dalam kumpulan yang sama akan diminta untuk menghasilkan satu barangan yang unik untuk dipasarkan dengan bahan-bahan yang telah dibekalkan kepada mereka seperti kertas manila, kotak, warna, kertas A4, tin kosong dan kayu. Pelajar-pelajar dengan kreativiti masing-masing akan menggunakan bahan-bahan yang mereka perolehi untuk menghasilkan satu barangan untuk dipasarkan.

Penilaian:

Penilaian akan dilakukan oleh fasilitator terhadap barangan yang dihasilkan.

Objektif :

Objektif kandungan kursus adalah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian mereka disamping pelajar-pelajar akan dapat mengetahui prinsip-prinsip asas dalam pemasaran produk. Di samping itu, pelajar-pelajar pendidikan khas juga dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dikalangan meraka. Selaian daripada itu,

dapat membantu pelajar pendidikan khas menukar corak pemikiran minda mereka dalam bekerja makan gaji dan mengharapkan bantuan kerajaan dan menagih simpati kepada usahawan yang berjaya.

Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian

Pelajar boleh menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah. Pelajar boleh mengamalkan pengetahuan dan lemahiran pengurusan asan perniagaan

dalam urusan jual beli yang mudah dalam situasi kehidupan seharian . Pengetahuan dan kemahiran pemgurusan asas jual beli yang mudah melibatkan proses-peoses :

  • a. Merancang sesuatu projek dengan teliti

  • b. Melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan

  • c. Memantau projek

  • d. Menilai projek

Kaedah:

Setiap kumpulan akan diberikan bahan yang diperlukan untuk membuka gerai dan menjual barangan mereka di gerai tersebut. Pelajar dikehendaki menggunakan kreativi mereka untuk menghias dan menyusun barangan di gerai untuk menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke gerai mereka. Barangan yang akan dijual di setiap gerai adalah sama iaitu : kek. muffins, kraftangan, barangan makanan dan miniman.

Penilaian:

Setiap kumpulan dinilai melalui jualan yang paling banyak dan cara mereka menarik pelanggan berkunjung ke gerai.

Objektif :

Objektif yang dapat dicapai daripada aktiviti ini adalah pelajar-pelajar dapat memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab. Disamping itu dapat memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga. Selain daripada itu

dapat memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar khas dan melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.

Objektif sampingannya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kebolehan dan keupayaan pelajar-pelajar berkeperluan khas dan masyarakat tidak akan memandang rendah terhadap mereka lagi. Kursu ini juga untuk memberi kesedaran dikalangan ibubapa tentang potensi diri anak-anak mereka dan jangan memandang rendah terhadap kebolehan anak mereka walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan. Dengan mengikuti kursus ini juga, pelajar-pelajar pendidikan khas akan dapat berdikari apabila meninggalkan alam persekolahan dan mereka tidak akan mengharapkan bantuan daripada ibubapa mereka atau orang lain untuk menyara mereka.

Refleksi Kursus Motivasi Dan Keusahawanan

Selepas kursus motivasi dan keusahawanan ini dilaksanakan, satu sesi validasi akan dibuat bagi menilai sejauhmanakna kursus ynag dilaksanakan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Melalui sesi validasi ini, pendapat pelajar dan guru akan didengar demi memperbaiki kursus ini pada masa yang akan datang. Hasil daripada pandangan pelajar-pelajar dan guru ini akna dijadikan sebagai refleksi kursus motivasi dan keusahawanan . Tujuannya supaya urus setia kursus motivasi dan keusahawanan dapat merangka semula kerangkan konseptual yang lebih berkualiti bagi kursus yang akan dibuat pada masa akan datang.

Kesimpulan Kursus Motivasi Dan Keusahawanan

Secara kesuluruhannya kerangka konseptual kursus motivasi dan keusahawanan ini dihasilkan berdasarkan aliran falsafah Progressivism dan falsafah Reconstructionism. Melalui dua falsafah ini, dua aliran rekabentuk kurikulum pula telah dipilih iaitu aliran rekabentuk berpusatkan pelajar dan aliran rekabentuk kurikulum ynag berpusatkan penyelesaian masalah masyarakat. Ini bermaksud bahawa pembinaan kerangka konseptual kursus motivasi dan keusahawanan ini mementingkan pengalaman pelajar dan kepentingan masyarakat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kerangka konseptual kursus motivasi dan keusahawanan ini telah dibentuk ini akan menggunakan Model Tyler keran amodel ini lebih mudah untuk menghuraikan kerangka konseptual yang dicadangkan. Prinsip asas kurikulum

dan pengajaran yang dicadangkan oleh Tyler merangkumi empat persoalan utama iaitu objektif, kandungan, kaedah dan penilaian.

Aliran rekabentuk berpusatkan pelajar akan membantu pelajar memahami kemahiran- kemahiran (kesinambungan) dan setiap kandungan kursus dengan mudah. Melalaui cara berpusatkan pelajar juga akan membolehkan kognitif yang telah diperolehi akan lebih bersifat dinamik. Gabungan subjek matematik, pendidikan moral dan perdagangan akan dapat membantu pelajar mengikuti kursus ini denganmudah kerana mereka telah mempunyai pengalaman pemgalaman pembelajaran awal. Pendekatan aliran berpusatkan masyarakat melalui kursus mitivasi dan keusahawanan ini pula menumpukan kepada perubahan efektif dan psikomotor pelajar. Melalau perubahan dari segi efektif dan psikomotor ini dapat membantu mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap pelajar-pelajar pendidikan khas. Sebagai contoh dengan melihat pelajar-pelajar pendidikan khas berniaga dandengan terlibat secara langsung dalam aktiviti jual beli mereka, fikiran masyarakat akan terbuka dengan lebih luas lagi dan tanggapan mereka terhadapap pelajar-pelajar pendidikan khas akan berubah. Masyarakat akan mula memandang tinggi terhadap pelajar-pelajar pendidikan khas. Oleh itu dapat disimpuljan bahawa setiap perancangan kursus perlu mempunyai kerangka konseptual yang khusus agar kursus yang dirancang benar-benar dapat membentuk pelajar dan masyarakat seperti yang diharapkan.

Tentatif Kursus

Hari Pertama

  • 9.00 pagi 9.30 pagi

-

Pendaftaran pelajar

  • 9.30 pagi 10.00 pagi

-

Sarapan pagi

  • 10.00 pagi 10.30 pagi

-

Icebreaking dan Pembahagian kumpulan

  • 10.30 pagi 12.00 tghari

-

Slot 1 : Motivasi dan kepercayaan diri

  • 12.00 tghari 12.30 tghari

-

Perbincangan dan pembentangan kumpulan

  • 12.00 tghari 1.00 tghari

-

Makan Tengahari

  • 1.00 tghari 2.00 petang

-

Slot 2 : Sikap dan kemahiran seorang usahawan

  • 2.00 petang 3.00 petang

-

Mempunyai daya kreatif

  • 3.00 petang 3,30 petang

-

Perbincangan dalam kumpulan

  • 3.30 petang 4.00 petang

-

Minum petang

  • 4.00 petang 5.00 petang

-

Pembentangan hasil perbincangan dalam kumpulan

Hari Kedua

  • 9.00 pagi 9.30 pagi

-

Sarapan pagi

  • 9.30 pagi 10.00 pagi

-

Slot 3 : Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian

  • 10.00 pagi 12.00 tghari

-

Aktiviti dalam kumpulan menjual barangan

  • 12.00 tghari 1.00 tghari

-

Makan Tengahari

  • 1.00 tghari 2.00 petang

-

Aktiviti menjual barangan

  • 2.00 petang 3.00 petang

-

Aktiviti menjual barangan

  • 3.00 petang 3,30 petang

-

Mengira hasil jualan

  • 3.30 petang 4.00 petang

-

Minum petang

  • 4.00 petang 5.00 petang

-

Menilai cara-cara penjualan barangan oleh pelajar

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof & Zakaria Yusof. (2004). Prinsip Keusahawanan (2 nd ed.). Petaling Jaya; Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn, Bhd.

Harold F. (2004). Motivation :Theory and Research. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates, Inc.,Publishers.

Hebb, D.O. (1995). Organization of behavior. New York : Wiley.

Heckhausen, H. (1998). Achievement motivation and its constructs: A cognitive model. Motivation and Emotion, 4, 283-329.

Ismail Ab. Wahab & Zarina Salleh. (2008). Budaya Keusahawanan Panduan Memulakan Perniagaan. Shah Alam : Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Ismail Ramli. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2009). Curriculum : Foundations, Principles and issues. Boston:

Pearson Prentice Hall.

Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2007). Menjadi Usahawan. Selangir : PTS Publications & Distributers Sdn. Bhd.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias. (1997). Keusahawanan dan Motivasi Diri. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.