Anda di halaman 1dari 2

SPM CONTOH KARANGAN Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang melibatkan

diri dalam program-program yang dianjurkan.Jelaskanlangkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangatpatriotisme. __________________________________________________________________________________ Pelbagai projek pembangunan negara kita,Malaysia kini berada di landasan yangkukuh sejak kemerdekaan yang dicapai sejak 52 tahun dahulu.Kemerdekaan yangdicapai ini haruslah dijadi sesuatu yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia keranakita telah bebas daripada jajahan kuasa asing.Dewasa ini, negara kita sedang mengorak langkah ke arah menju taraf sebagai negara yang maju seperti negara England dan Jepunyang kian maju.Hal ini selaras dengan hasrat dan visi kudsi negara kita untuk mencapaiWawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir. Kita sayugialah berasa bangga dengan negera kita dalam pembinaan bangunanyang bertaraf antarabangsa seperti Lapangan Terbang Antarabangsa KulaLumpur(KLIA) dan Menra Kula Lumpur. Namun semua ini tidak membawa ertisekiranya kemelut semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang semakinluntur tidak diatasi. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenapempat penjuru dunia ini tentang isu semangat patriotisme dalam kalanganmasyarakat. Statistik yang sahih lagi tepat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemanusiaan pada tahun 2008 jelas menunjukkan kepada kita bahawa semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntar.Hal ini berlaku demikian kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yangdianjurkan.Fenomena ini sering menghiasi dada akhbar-akhbar tempatan.Sekarang, bukanlah masa untuk kita menuding jari dan menyalahkan sesiapa.Agenda kita sekarangialah bertindak.Sebagai Khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insankamil, kita haruslah menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini yang sudahlama bernanah dalam negara kita. Jikalau diri kita tidak berusaha dan hanyamenyalahkan orang lain, diri kita yang akan mendapat malu seperti yang diungkapkan dalam pantun yang berbunyi : Burung merbuk terbang melayang, Hinggap setenggak di dahan mati, Kalau menepuk air di dulang Nanti memercik ke muka sendiri. Persoalannya, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat? Langkah yang paling mujarab adalah bermula daripada diri kita. Marcus Aurelis pernah mengatakan bahawa jangan membuang masa memikirkan cara hendak menjadi orang yang baik, tetapi mulakan daripada diri sendiri. Oleh itu, kita berperanan signnifikan untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam negara kita.Kitaharuslah giat melibatkan diri dalam program-program patriotisme yang dianjurkan oleh pihakpihak tertentu tidak kira sama ada pihak kerajaan ataupun pihak bukankerajaan.Rententan itu,kita juga haruslah menonton lebih banyak filem-filem atau siarantelevisyen yang berunsur patriotisme.Hal ini secara tidak langsungnya dapat menyemaisemagat patriotisme dalam diri kita.Selain filem-filem dan siaran televisyen, kita jugasayugialah acap kali mendengar lagu-lagu yang berunsurkan patriotisme sepertiKeranamu Malaysia. Sementara itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usahamenyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Ibu bapa merupakanorang yang paling rapat dan mesra dengan anak-anak.Anak-anak menghabiskankebanyakan masa bersama-sama dengan mereka.Oleh itu, telah menjadi obligasi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya mempunyai semangat patriotisme.Mereka perlulah sentiasa membeli bahan bacaan seperti Majalah BulanMelayu yang

menerapkan banyak unsur patriotisme untuk anak-anak mereka sebagaihadiah.Anak-anak yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang inimudah diajar dan disuntikan dengan semangat patriotisme.Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Ibu bapa juga patut menjadikan diri mereka teladandengan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Hal ini kerana menurut teori Polvo, usia anak-anak ialah usia meniru.Mereka akan meniru tingkah laku ibu bapamereka. Langkah yang seterusnya ilah pihak masyarakat haruslah sering mengadakankempen-kempen seperti 'Cintailah Negara Kita'. Hal ini adalah untuk menyuburkansemangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Kempen sebegini mampumendedahkan kepada golongan rakyat tentang peri pentingnya mempunyai semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Kempen-kempen tersebut haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya seperti 'hangat-hangat tahi ayam' Mereka juga tidak sepatutnyamenjalankan kempen-kempen tersebut bagai 'melepaskan batuk di tangga'. Selain itu,masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu menyuburkansemangat patriotisme.Contohnya, masyarakat boleh mengadakan aktiviti sepertisambutan Hari Kemerdekaan Negara kita melalui pertubuhan seperti RukunTetangga.Bertitik tolak daripada aktiviti rersebut, semangat patriotisme dalam jiwarakyat Malaysia dapat dipupuk atau disuburkan. Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang amat besar dalamusaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,Pihak kerajaan dapat memainkan peranan mereka melalui media massa seperti televisyen danradio.Mereka harusnya menyarankan agar pihak media senantiasa menyiarkan program- program yang dapat menyuburkan semangat patriotisme.Iklan-iklan dalam televisyenharulah dapat menyemai atau menyuntik semangat patriotisme ke dalam sanubarirakyat.Sehubungan dengan itu,pihak kerajaan juga harus menampalkan posterposter berkaitan dengan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa silam pada dinding premis- premis di sepanjang jalan raya. Dengan ini, rakyat dapat selalu diingatkan agar menghargai sumbangan pejuang silam dan ini secara tidak langsungnya akan melahirkan perasaan cinta akan negara yang membawa kepada kewujudan semangat patriotismeyang tinggi. Pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda bahawa pihak sekolah juga berupayadalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat? Sememangnya pihak sekolah mampu memainkan peranan tersebut. Menurut kata Tun Abdullahb.Ahmad Badawi, sekolah atau alma mater merupakan kilang yang menghasilkan produk modal insan yang cemerlang dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Guru diibarat sebagai lilin yang mebakar dirinya, tidak pernah mengenal rasa jemu dan letih memberi ajaran kepada anak bangsanya.Tanpa guru, siapalah kita. Maka, guru memainkan peranan yang penting dalam memberi didikan sepertimenceritakan sejarah negara kita agar pelajar dapat mengetahui betapa susahnya pejuangmasa dahulu bertungkus lumus untuk mendapat kemerdekaan negara.Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mempunyai semangat untuk mempertahankan negara daripadaancaman atau pencerobohan luar. Pihak sekolah pula harus mengadakan sambutankemerdekaan setiap tahun untuk menyegarkan dan mengelakkan kehilangan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Secara konlusinya, semua pihak haruslah menjangkau sehabis tangan dalammenjalankan usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Prinsip 'bagai aur dengan tebing' dan ' ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni' haruslah dijadikan pegangan dan prinsip mereka.Janganlah meranapkan impiamnegara kita untuk mencapai Wawasan 2020.Marilah kita bersamasamamenyuburkan semula semangat patriotisme untuk menzahirkan iltizam Malaysiauntuk 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dengan negara gergasi di persadaantarabangsa. Ingatlah, semangat patriotisme penting supaya negara kita tidak dijajah sekali lagi. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau danbiarlah Malaysia menjadi sebiji bintang yang terang di dunia!