Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG TUALANG

KOD SEKOLAH ABA 2034 ALAMAT : BATU 7, 31000 BATU GAJAH, PERAK

: 05 370 2155 aba2034@ppdks.gov.my / sktgtualang@mail.com http://sktgtualang.weebly.com


1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami Ruj. Tuan Bertarikh : : SKTT.BG.06/03/220 Jld II. Bil 1(2013) : 07 Disember 2012

SEMUA GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG TUALANG

Tuan / Puan, PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2013 Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana butiran berikut; Tarikh Masa Tempat 4. : 26.12.2012 : 09.30 pagi : Makmal Sains

Agenda mesyuarat adalah sebagaimana berikut ; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Dasar-dasar KPM semasa dan pekeliling-pekeliling terkini. Dasar Kurikulum Sekolah. Dasar PBS Sekolah. Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran. Persediaan Mengajar. Penggunaan Bahan Bantu Belajar dan Mengajar. Pemulihan, pengayaan dan LINUS. Penilaian dan peperiksaan. Analisa UPSR, PKSR dan tindakan susulan. Pemantauan. Analisis SWOT dan Program Peningkatan Akademik, TOV dan penetapan sasaran. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menjaga masa instruksional. Mukasurat 1/2

14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Edaran dan semakan Takwim Sekolah. Agihan dan arahan jadual waktu. Lantikan Pentaksir dan tugas-tugas khas kurikulum. Pengurusan hal ehwal Panitia Matapelajaran. Anggaran Belanja Mengurus Panitia Matapelajaran dan LINUS. Hal-hal lain. Penangguhan.

5. Kerjasama tuan / puan dipohon untuk menyediakan data, maklumat dan draf perancangan bagi item 4.11 agar mesyuarat dapat berjalan dengan lancar. 6. Kehadiran tuan / puan diwajibkan, sebarang keuzuran harap dapat dielakkan.

Sekian, harap maklum.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

-t.tangan (cetakan komputer) YUSRI BIN ZAINOL ABIDIN Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tanjung Tualang.

Mukasurat 2/2

Anda mungkin juga menyukai