Anda di halaman 1dari 26

SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATOH FOLIO PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012 TAJUK : PERTOLONGAN CEMAS

NAMA : KELAS : NO. I/C : 9 NAMA GURU : TARIKH HANTAR :

1|Folio PJK Tingkatan 5 2012

ISI KANDUNGAN
PERKARA PENGHARGAAN BIODATA OBJEKTIF PENGENALAN HASIL KAJIAN KESIMPULAN LAMPIRAN RUJUKAN MUKA SURAT 3 4 5 6 7-23 24 25 26

2|Folio PJK Tingkatan 5 2012

PENGHARGAAN
Assalamualaikum. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio pendidikan jasmani dan kesihatan yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Pertolongan Cemas. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Tuan Haji Mohd Ardani bin Yunos kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Cik Nor Khalila Aqila binti Abd Ghani kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang samasama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

3|Folio PJK Tingkatan 5 2012

BIODATA

NAMA : NO. IC : TARIKH LAHIR : TEMPAT LAHIR : ALAMAT :

BIL. ADIK BERADIK : ANAK KE : NAMA IBU : PEKERJAAN IBU : NAMA AYAH : PEKERJAAN AYAH : CITA-CITA : HOBI :

4|Folio PJK Tingkatan 5 2012

Objektif Kajian
1. Mengetahui cara-cara untuk melakukan pertolongan cemas terhadap mangsa. 2. Membantu untuk meringankan beban kesakitan yang dialami oleh mangsa. 3. Menghindarkan keadaan mangsa daripada bertambah teruk. 4. Membolehkan kita melakukan rawatan sampingan sebelum dibawa ke doktor. 5. Sebagai persediaan awal untuk pelajar memberi pertolongan cemas kepada mangsa.

5|Folio PJK Tingkatan 5 2012

Pengenalan
Pertolongan cemas dapat didefinisikan sebagai pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Antara tujuan memberikan pertolongan cemas kepada mangsa ialah membantu menyelamatkan nyawa mangsa, mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk dan membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Semasa mengandalikan mangsa, kita mestilah memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan. Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang. Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera. Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.

6|Folio PJK Tingkatan 5 2012

Hasil Kajian
Resusitasi Kardio Pulmonari (CPR) Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan permulihan pernafasan dengan permulihan pergerakan jantung yang terhenti. Di dalam kaedah ini permulihan pernafasan yang dilakukan adalah secara mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulut ke lubang pernafasan di tengkuk. Manakala permulihan pergerakan jantung adalah secara mengenakan tekanan (kompresi) di bahagian tertentu dada. Resusitasi Kardio Pulmonary perlu dilakukan dengan segera dan tepat apabila terjadinya kejadian pernafasan dan pergerakan jantung terhenti kepada mangsa.

Ini disebabkan faktor-faktor berikut: Bantuan diberi antara 0 hingga 5 minit selepas kejadian, peluang memulihkan mangsa adalah pada kadar 12%. Bantuan selepas 5 hingga 10 minit kejadian, peluang mangsa pulih adalah pada kadar 2% sahaja. Selepas 10 minit kejadian, tiada sebarang peluang memulihkan mangsa Terdapat peringkat-peringkat tertentu yang perlu diikuti dalam resusitasi Kardio Pulmonary. Antaranya ialah: a. Saluran pernafasan (airway) b. Pernafasan (breathing) c. Edaran darah (circulation) a) Saluran pernafasan. Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan teknik menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau. Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan bahagian dagu mangsa (head tilt and chin lift). Bagi menetukan saluran pernafasan mangsa terbuka. Ini penting kerana semasa mangsa pengsan, otot-otot lidah dan epiglotis menjadi lemah dan menyempitkan saluran pernafasan mangsa.

7|Folio PJK Tingkatan 5 2012

b) Pernafasan

Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan rasa secara mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa sambil mata memerhatikan pergerakan dada mangsa.

Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulu ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa.

c) Edaran darah

Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik) atau lengan (nadi brachial) bagi bayi.

Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest comression) setelah dipastikan pergerakan nadi terhenti.

8|Folio PJK Tingkatan 5 2012

PATAH

Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

Punca-punca patah: Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung a) Secara Langsung Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan. b) Secara Tidak Langsung Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah. Jenis-jenis patah a) Patah tebu/tertutup (simple fracture) Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah. b) Patah riok (Compound fracture) Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit. c) Patah melarat (Complicated fracture) Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.

d) Patah Remok (Comminuted fracture) Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

e) Patah Terenyok (Impacted fracture) Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.

f) Patah Rebung (Green Stick fracture) Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.

9|Folio PJK Tingkatan 5 2012

g) Pecah Remok (Depressed fracture) Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan gejala patah : a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran. b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera. d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek. e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah. f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Patah : a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ. b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar. c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian. e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah. g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

10 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

Terkehel (Dislocation)

Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang tanpa melibatkan kecederaan tulang.

Tanda-tanda dan gejala terkehel : a) Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian. b) Bengkak dan lebam bahagian sendi. c) Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera. d) Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera. e) Terdapat tanda-tanda am renjatan.

Rawatan : a) Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa. b) Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau anduh bagi mengurangkan pergerakan. c) Jangan cuba memasuk kembali sendi yang cedera atau mengurut-urut bahagian tersebut. d) Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak. e) Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

11 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

LUKA DAN PENDARAHAN

Luka: Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Pendarahan: Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena atau kapilari yang menyebabkan keluarnya darah.

Jenis-jenis luka.

a) Luka terhiris (incised wound) -luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

b) Luka terkoyak (lacerated wound) luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya.

c) Luka lebam (contusion) luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.

d) Luka tembus (punctured wound) luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.

12 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

e) Luka tembakan (gun shot wound) luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol

JENIS-JENIS PENDARAHAN a) Pendarahan dari saluran arteri - Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi. b) Pendarahan dari saluran vena - Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi. c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti. Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.

TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. Pucat. Pening kepala. Meloya dan kemungkinan muntah. Gelisah dan berpeluh dengan banyak. Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. Kulit badan berpeluh dan sejuk. Hilang kekuatan atau keupayaan. Berlaku renjatan dan pengsan.

RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran

13 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu: a) Hentikan pendarahan secara langsung mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit. b) Secara tidak langsung -menekan urat-urat darah. -menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit. Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

14 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

TERBAKAR DAN MELECUR

Terbakar Kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api, kilat, besi panas, cahaya matahari, asid , alkali dan sebagainya.

Melecur Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

Tanda-tanda dan gejala. a) Sakit yang kuat. b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas. c) Terjadi gelembung air pada kulit. d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali. e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair. f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali. Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan kepada mangsa. Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule of nine). Pengiraannya adalah seperti berkut:a) Bahagian kepala dan leher - 9% b) Sebelah anggota atas - 9% c) Bahagian depan badan -18% d) Bahagian belakang badan -18% e) Sebelah anggota bawah -18%
15 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

f) Bahagian kemaluan - 1%

Rawatan Am Terbakar dan Melecur a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berudara. b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena. c) Tenangkan mangsa. d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut. e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu. f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat. g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang. k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

16 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

RENJATAN

Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan bekalan darah beroksigen ke bahagian otak dan seluruh badan yang menyebabkan fungsi-fungsi badan menjadi lemah dan aktiviti-aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna. Keadaan ini berpunca dari kecederaaan, kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan, alahan kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain

Sebab-sebab renjatan a) Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan ini adalah pendarahan luaran dan dalaman. b) Kehilangan plasma. Contohnya kecederaan terbakar atau melecur. c) Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya perpeluhan yang melampau, muntahmuntah berterusan atau cirit-birit yang kuat seperti kes taun dan cirit-birit. d) Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar yang menyebabkan darah keluar dengan banyak. e) Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kencing manis, angin ahmar dan sebagainya. f) Gangguan saraf. Contohnya terkena kejutan elektrik, kilat, terminum atau tersedut bahan beracun, alahan kepada ubatan dan lain-lain.

Jenis-jenis renjatan. Terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a) Renjatan terbina- akibat dari kecederaaan atau kehilangan cecair dan darah dalam badan. b) Renjatan saraf- berpunca dari gangguan pada sistem saraf yang menyebabkan aktiviti dalam badan terganggu. Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan cecair dalam badan. c) Renjatan gabungan- melibatkan gangguan pada sistem saraf dan kehilangan cecair dalam badan.

17 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

Tanda-tanda dan gejala renjatan. a) Mangsa berada di dalam gelisah. b) Kulit badan menjadi pucat. c) Merasa pening, mual dan muntah-muntah. d) Perpeluhan dengan banyak. e) Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam keadaan lemah. f) Mangsa lemah dan tidak bertenaga. g) Badan menjadi sejuk dan basah. h) Pandangan menjadi kabur. i) Mengadu dahaga j) Mangsa tidak sedar diri.

Rawatan am renjatan a) Bawa maangsa ke tempat yang selamat dan berudara. b) Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala. c) Tenangkan mangsa. d) Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa pernafasan dan gerak nadi.Beri bantuan CPR jika perlu. e) Longgarkan pakaian mangsa. f) Selimutkan mangsa jika mangsa dalam kesejukan. g) Rawat sebarang kecederaan jika berlaku kecederaan. h) Jangan beri sebarangan makanan atau minuman sekiranya mangsa dalam keadaan ranjatan. Apabila pulih basahkan bibirnya bagi menghilangkan dahaga. i) Dapatkan rawatan perubatan.

18 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

Racun

Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan yang sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan.

Cara- cara racun masuk ke tubuh a) Sistem pemakanan Secara memakan atau meminum bahan-bahan yang berbentuk pepejal atau cecair. Contohnya terminum racun, ubat-ubatan, makanan tercemar dan sebagainya. b) Sistem pernafasan Melaui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di udara. Contohnya gas karbon dioksida, Karbon monoksida, kotoran, debu-debu racun serangga dan lain-lain. c) Melalui suntikan urat darah atau otot Biasanya ia berbentuk cecair. Contohnya menyuntik ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah, sengatan binatang bisa dan patukan atau gigitan ular berbisa. d) Serapan kulit Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga yang terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem badan. Contohnya racun malation dan paraquat.

Tanda-tanda dan Gejala a) Pening kepala dan tidak sedap badan. b) Loya dan muntah-muntah. c) Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum. d) Mengalami sesak nafas. e) Mangsa di dalam keadaan gelisah. f) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk. g) Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah. h) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan. i) Berpeluh dengan banyak. j) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan atau terminum racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang dimakan. k) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil secara suntikan
19 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

atau kerana gigitan. l) Berlaku renjatan.

Rawatan Am Keracunan a) Tenangkan mangsa. b) Longgarkan pakaian mangsa. c) Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan penafasan. Beri bantuan CPR jika perlu. d) Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas-bekas yang terdapat di sekeliling mangsa. e) Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan. f) Dapatkan rawatan perubatan.

20 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

SENGATAN ATAU GIGITAN BINATANG BISA

1) Sengatan Kala Jengking, Lipan, Tebuan, dan Lebah Tanda-tanda dan gejala a) Sakit di tempat sengatan atau gigitan. b) Bengkak, lebam dan keluar darah. c) Tempat gigitan menjadi panas. d) Mangsa gelisah. e) Mangsa mengalami sesak nafas. f) Berlaku renjatan.

Rawatan a) Bawa mangsa ke tempat yang selamat. b) Tenangkan mangsa. c) Sekiranya mangsa renjat periksa gerak nadi dan pernafasan. Berikan rawatan CPR jika perlu. d) Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan sakit dan bengkak. e) Cuci tempat sengatan. f) Dapatkan rawatan perubatan.

2) Digigit Lintah atau Pacat Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan pembekuan darah lambat.

Rawatan a) Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau secara membakar badan binatang tersebut. Jangan mencabut lintah yang melekat kerana ianya boleh menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka. b) Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia bagi mengurangkan kegatalan. c) Balut luka dengan kemas. d) Dapatkan rawatan perubatan.

21 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

3) Patukan Ular Berbisa Ular berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf atau pun sistem darah yang menyebabkan berlakunya pendarahan di seluruh badan. Contohnya ular senduk atau king cobra.Ular laut menyebabkan berlakunya gangguan pada sistem saraf dan sistem pernafasan. Manakala ular jenis ular kapak menyebabkan sistem pendarahan terganggu di mana darah tidak mudah membeku dan keluar melalui semua sistem badan. Tanda- tanda. a) Sakit di tempat patukan. b) Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak. c) Darah keluar di tempat patukan. d) Terdapat tanda patukan di tempat patukan. e) Sesak nafas. f) Gelisah, keletihan dan berasa anggota sejuk. g) Gerak nadi berdenyut pantas dan lemah. h) Berlaku renjatan.

Rawatan a) Tenangkaan mangsa. b) Longgarkan pakaian magsa. c) Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak. d) Awasi mangsa dari renjatan. e) Cuci tempat cedera dan buat pembebatan. f) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

22 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

Lemas. 1. Jika seseorang berhenti bernafas dan degup jantung berhenti selama 3-4 minit, sel otak akan mati jika tidak diberikan resusitasi kardiopulmonari (CPR). 2. Peredaran darah boleh dikesan dengan meletakkan jari di leher (arteri karotid) 3. Heimlich manoeuvre ialah kaedah rawatan tekanan pada abdomen di bawah diafragma untuk mengeluarkan benda asing yang menghalang saluran pernafasan.

RUMUSAN. 1. Pertolongan cemas dapat menyelamatkan nyawa dan membantu mangsa daripada mengalami kecederaan lebih teruk sebelum dirawat oleh doktor. 2. Mangsa fraktur perlu diberi rawatan segera bagi mengurangkan pergerakan anggota untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius. 3. Racun boleh memasuki tubuh manusia melalui pengingesan, pernafasan, resapan dan suntikan. 4. ABC dilakukan ke atas mangsa lemas untuk menentukan sama ada CPR boleh dilakukan atau tidak. 5. Salah satu kaedah bantu mula boleh digunakan untuk membantu mangsa tercekik ialah Heimlich manouver.

23 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

KESIMPULAN
Alhamdullilah, akhirnya saya dapat menyiapkan projek pendidikan jasmani dan kesihatan ini dengan berjayanya. Semua berkat dan doa daripada kedua ibu bapa saya, saya bersemangat untuk menyiapkan projek ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi maklumat tentang projek ini. Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada guru yang telah mengajar saya selama ini untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa guru siapalah saya di muka bumi ini. Diharapakan guru dapat menerima hasil titik peluh saya menyiapkan kerja atau projek pendidikan jasmani dan kesihatan ini dengan hati yang terbuka. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.

24 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

LAMPIRAN

25 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

RUJUKAN
INTERNET: -www.wikipedia.com

BUKU: -buku teks pendidikan jasmani dan kesihatan tingkatan 5

RUJUKAN: -nota ringkas (powerpoint microsoft word)

26 | F o l i o P J K T i n g k a t a n 5 2 0 1 2

Anda mungkin juga menyukai