Anda di halaman 1dari 23

BAB 4 RANGKAIAN SOSIAL

4.1 PENGENALAN

Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Selain dari itu, ianya juga ditakrifkan sebagai sebagai sebuah kumpulan individu bersama kumpulan tertentu, sepertimana masyarakat kecil dan ataupun kejiranan. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Di antara perkhidmatan rangkaian sosial yang popular pada masa kini adalah Facebook, Twitter, MySpace, Bebo, Facebook dan Friendster. Walaupun rangkaian sosial terdapat di mana-mana terutama sekali di sekolah-sekolah atau di tempat kerja, rangkaian secara online adalah yang paling popular. Ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan yang sangat aktif bersosial secara online untuk mengembangkan persahabatan. Bartlett-Bragg (2006) mendefinisikan rangkaian sosial sebagai ruang lingkup applikasi yang meluaskan kumpulan interaksi dan berkongsi ruang untuk berkolaborasi, hubungan sosial dan mengumpul pertukaran maklumat dalam persekitaran berasaskan web. Definisi ini memberi kefahaman tentang reka bentuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai alatan dan aktiviti yang tersedia melalui rangkaian sosial. Boyd dan Ellison (2007) pula mendefinasikan rangkaian sosial sebagai perkhidmatan berasaskan web yang membenarkan individu-individu untuk membina profil umum atau separa-umum dalam sistem terbatas di samping menyatakan senarai pengguna lain dengan orang yang mereka berkongsi suatu hubungan, dan melihat dan menjelajah senarai hubungan mereka dan yang dibuat oleh orang lain dalam sistem.

Terdapat banyak produk yang diklasifikasikan sebagai alatan rangkaian sosial. Jenis produk yang digunakan oleh pendidik dapat dikategorikan mengikut aktiviti produk berkaitan. Alatan rangkaian sosial adalah bersifat baca/tulis, yang memberikan perkhidmatan interaktif kepada pengguna dalam talian. Oleh itu, pengguna boleh mengawal data dan maklumat sendiri (Maloney, 2007). Teknologi ini menjadikan perkongsian isi kandungan dalam kalangan pengguna dan peserta menjadi lebih mudah berbanding masa dulu dan mengubah cara dokumen dicipta, digunakan, dikongsi dan disebarkan. Alatan rangkaian sosial juga dilihat mempunyai peranan penting untuk mengubah proses pengajaran dan pembelajaran (Alexander & Levine, 2008). Alatan rangkaian sosial yang memberi perkhidmatan khusus dalam pendidikan termasuklah blog, mikroblog, wiki, social bookmarking, perkongsian media dan laman rangkaian sosial. Penggunaan alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan kolektif. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil daripada pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Pengetahuan yang dikongsi secara kolektif ini terus berkembang dan berubah hasil pertanyaan dan

penambahbaikan berterusan bersama-sama para penyumbangnya. Kreativiti, pemikiran aras tinggi dan pembinaan pengetahuan boleh digalakkan menerusi aplikasi, produksi dan penerbitan yang direka bentuk dengan baik (Nelson et. al, 2009). Penggunaan Media sosial dalam pembelajaran adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan Information and Communication Technologies (ICT) yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Dalam konteks dunia hari ini teknologi maklumat konvensional seperti akhbar, televisyen dan radio telah menjadi agen utama kepada perhubungan dan penyebaran berita masayarakat. Namun dengan perkembangan arus globalisasi dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) sekitar tahun 1960an, jaringan internet mula menjadi media alternatif menggantikan yang arus perdana seperti televisyen dan radio. Internet atau lebih spesifik dikenali sebagai World Wide Web (www) yang ditawarkan melalui komputer telah membawa implikasi yang besar dalam perkembangan dunia komunikasi malah diklasifikasi sebagai media sosial yang pantas berkembang (Nur Azween Zakaria & Nidzam Sulaiman, 2008).

31

Penggunaan komputer dan internet mula bertapak di arena pendidikan dengan memperkenalkan alat pandang dengar, radio pendidikan dan TV pendidikan. Alat pandang dengar mula diperkenalkan pada tahun 1949. Tujuannya ialah untuk pembinaan dan penerbitan bahan bantuan mengajar, membekalkan maklumat dan lain-lain. Namun begitu radio pendidikan lebih awal mempeloporinya iaitu pada tahun 1946 di bawah Jabatan Penyiaran, Kementerian Penerangan. Pada tahun 1972 Kementerian Pendidikan telah mengadakan stesyen atau siaran televisyen pendidikan bagi tujuan memodenkan pengajaran sehinggalah

penggunaan komputer dan internet diperluaskan pada tahun awal 1990-an (V. Pang, 1992 ). Teknologi komunikasi dan maklumat dianggap sebagai media sosial yang menyalurkan serta menyediakan pelbagai maklumat kepada massa. Menurut Shaikh Mohd Saifudden (2002), teknologi yang dikenali sebagai ICT ini sebenarnya adalah rangkuman dua kompenen teknologi iaitu teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat merujuk kepada kaedah untuk menyimpan, memproses dan menganalisis data sehingga menjadi maklumat yang berguna. Manakala teknologi komunikasi pula ialah sebagai kaedah untuk menyampaikan data dan maklumat dari seseorang kepada seseorang yang lain dan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu, jelaslah kepada berdasarkan pengguna huraian untuk ini ICT adalah dan teknologi yang memperolehi

memberi kemudahan

berkomunikasi

maklumat.Teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang dengan adanya pelbagai aplikasi berasaskan Internet. Media sosial ini bukan hanya perpustakaan maklumat untuk memudahkan pengedaran maklumat kepada khalayak global, malah lebih daripada itu. Media ini juga merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. Tambahan pula, dengan teknologi Web 2.0, bentuk penggunaan Internet telah berubah dan banyak yang boleh dilakukan dengan media sosial ini (Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, 2010). Ini secara tidak langsung menunjukkan media sosial sekarang lebih bersikap mudah untuk menggunakannya atau mesra pelanggan. Secara tidak langsung, perkembangan ini berjaya menarik lebih ramai pengguna mengaplikasikannya. Oleh sebab itu Levinson (2009) menyebutnya sebagai new new media lebih sosial daripada media sosial yang menunjukkan perbezaan berbanding media sosial klasik seperti e-mel dan laman web. Media ini bukan hanya alat bagi kemudahan pengedaran, pengarkiban dan berasaskan teks, tetapi kini menjadi alat bagi media sosial yang berkeupayaan untuk menyampaikan kandungan media dan menyediakan kemudahan interaksi antara pembaca dengan penulis.

32

Data daripada Internet World Statatistic (www.internetworldstats.com) menunjukkan jumlah pengguna media sosial ini meningkat saban tahun. Antara tahun 2000 hingga 2009, statistik menunjukkan peningkatan pengguna Internet di seluruh dunia 339.3% dan 42.4% pengguna Internet adalah dari Asia. Malaysia tergolong dalam Top 10 di Asia dengan 16.9 juta pengguna pada tahun 2009. Mengikut data yang diberikan oleh Alexa.com (syarikat pemerhati laman web yang berpengkalan di U.S), terdapat senarai 100 laman web yang sering dilawati oleh pengguna-pengguna Internet di Malaysia. Untuk pemerhatian ini, penulis hanya paparkan 10 laman web teratas sahaja :

Ranking 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Senarai Laman Web

facebook.com google.com.my yahoo.com google.com youtube.com blogger.com live.com wikipedia.org msn.com myspace.com

Jadual 1 : Paparan 10 laman web teratas yang sering dilawati oleh pengguna-pengguna Internet di Malaysia

Berdasarkan kepada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa pengguna-pengguna internet di Malaysia lebih cenderung melayari laman-laman web yang berunsurkan media sosial. Perkara ini lebih jelas lagi apabila statistik dari laman web

socialbakers.com melaporkan, jumlah pengguna laman sosial facebook di Malaysia kini


melebihi 12 juta orang. Jumlah ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Menurut Kajian Norizan et al (2010) penggunaan laman sosial facebook menjadi semakin popular di Malaysia sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Ini kerana, kewujudan alat mudah alih tanpa wayar seperti broadband, Streamyx, P1 Wimax dan Unifi 33

semakin meluas dikalangan masyarakat telah berkembang kepada peningkatan pengguna di negara ini. Jesteru pihak sekolah melalui para pendidik harus memanfaatkan peluang ini dengan mempelbagaikan bahan-bahan ilmiah dalam media sosial agar dapat dimanfaatkan oleh pengguna bagi tujuan pembelajaran. Para pendidik juga harus memanfaatkan ruang-ruang perbincangan dalam media sosial supaya dapat digunakan sebagai kaedah P&P bersama dengan pelajar. Perkara ini disokong oleh Wan Zah Wan Ali (2009) dengan menyatakan bahawa dalam perkembangan ICT masa kini, tidak dapat dinafikan komputer dan internet mempunyai kesan yang besar kepada sesebuah negara. Perkembangan yang berlaku ini tidak harus disiasiakan oleh guru dan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka seterusnya mempelbagaikan bahan bantu mengajar bagi menarik minat pelajar terhadap Pendidikan.

Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara manusia bekerja. Ia juga dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Becker (1991) menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Menurut Ab. Halim et al. (2006), sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diintergrasi dengan penggunaan komputer membolehkan pelajar

menggunakan pengkalan atau hamparan elektronik untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah. Data dapat di manipulasi dengan mudah, diuji daripada beberapa perspektif, membuat tekaan serta mengujinya. Keupayaan multimedia membolehkan pelajar menerokai idea mereka dengan menggabungkan grafik, animasi, video dan bunyi dalam dokumen mereka. Menurut Ab. Halim et al. (2006) lagi, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan jika guru menggunakan media Melalui teknologi terkini, pelbagai laman web tempatan yang dibangunkan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran.

34

4.2

CARA BERKESAN PENGGUNAAN RANGAKAIAN SOSIAL DI SEKOLAH

Cara yang paling berkesan adalah untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikannya alat untuk membantu kerja-kerja pendidik supaya menjadi lebih mudah dan berkesan. Secara tidak langsung, produktiviti dapat dipertingkatkan serta pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Komputer juga mampu melakukan banyak perkara di luar kemampuan manusia (Musa Muhamad. 2001). Kehadiran teknologi multimedia dan internet adalah anugerah istimewa kepada dunia Pendidikan. Aktiviti pendidikan menjadi lebih berkembang, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi seumpama ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajarnya sahaja, malah boleh dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik kelas bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya boleh dilakukan menerusi alam maya. Hal ini kerana, masyarakat sekarang banyak bergantung kepada alat-alat elektronik dalam kehidupan mereka. Penggunaan komputer dan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran juga

memberi satu suasana yang fleksibel. Pelajar boleh berhubung dengan guru dan rakan dalam bentuk serentak (synchronous) dan tertangguh (asynchronous) melalui ruangan perbualan

(chat) atau surat eletronik (e-mail). Ini bermakna pelajar mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan mudah. Perbincangan secara maya membantu pelajar bertukar-tukar pendapat dengan selesa tanpa kekangan masa dan ruang. Pangkalan data di dalam komputer boleh menyimpan pelbagai maklumat yang mudah untuk dicapai oleh para pelajar pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada sama ada di dalam atau di luar bilik darjah (Jamaludin, 2005). Terdapat beberapa kelebihan penggunaan media sosial dalam pembelajaran antaranya menjadikan pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja. Pelajar masih boleh berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forum-forum perbincangan, email, facebook dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga mudah menghubungi rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online terutamanya melalui forum perbincangan dalam facebook dan email group. Selain itu, pelajar juga boleh berhubung atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dari sekolahsekolah lain serta berkongsi pendapat dan idea dengan mereka dengan menggunakan kemudahan web. Menurut Muhammad Haron Husaini et al. (2010) penggunaan teknologi 35

menjana minat pelajar terhadap apa jua yang disampaikan dalam kelas, lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai kelemahan dalam aspek pelajaran yang tertentu. Pembelajaran dan pengajaran menggunakan media sosial adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan Information and Communication Technologies (ICT) yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Perkara Ini disokong oleh (Abdul Razak Abdul Mutalib & Ezry Fahmy Eddy Yusuf, 2009) yang menyatakan bahawa Media massa bentuk baru ini telah diiktiraf sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat pada masa terkini. Gambaran maklumat dan informasi yang dipaparkan berupaya mempengaruhi minda, pemikiran dan seterusnya kepada tindakan tertentu. Dalam dunia pendidikan semua ahli akademik mesti menguasai teknologi maklumat terkini dan para guru digalakkan untuk mengintegrasikan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Robiah & Nor Sakinah (2007) berpendapat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Hal ini memberikan pendedahan kepada guru tentang proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi masa kini khususnya media sosial yang seringkali menjadi media yang popular generasi masa kini. Sidek Ab Aziz (2009) menjelaskan e-pembelajaran juga didefinasikan sebagai penggunaan teknologi berinovasi dan model pembelajaran yang dapat menukar cara seseorang memperolehi kemahiran dan menambahkan pengetahuan yang baru dan ia juga dapat dikatakan sebagai integrasi teknologi maklumat kedalam sistem pembelajaran yang dapat digunakan tanpa terhad kepada faktor tempat dan masa. Pengajaran berasaskan laman web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna.Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman web mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional dan penggunaannya melalui laman web yang berkaitan dengan maklumat topik akan memudahkan sesiapa sahaja untuk membuat rujukan tanpa mengira masa dan waktu. Lambakan maklumat yang terdapat didalam internet boleh dimanafaatkan oleh guru dan pelajar dalam kebijaksanaan memilih bahan-bahan yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (Md Yusuff Daud et al,2006). Kaedah pembelajaran dengan mengaplikasikan media sosial membolehkan pelajar mencari maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat dan

36

mudah. Nota atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh disebarkan dan diperoleh melalui Web dan media sosial di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalam satu masa serta dapat meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dlam ingatan. Ini kerana pengunaan media sosial dan pelbagai media yang dinamik membolehkan sesorang memahami sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan informasi yang diterima ke ingatan untuk jangka masa yang panjang. Kajian saintifik membuktikan proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dengan mengunakan pelbagai jenis media seperti audio,grafik terutamanya laman web sebagaimana dinyatakan oleh Latifah Sidek et al.(2010). Penggunaan aplikasi Internet memberikan wadah baru atau inovasi baru kepada guru untuk menarik minat pelajar membaca dan mengumpulkan maklumat. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Descy (1998), terdapat empat kelebihan penggunaan laman web dalam

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran: i. Penghantaran maklumat menjadi mudah dan membolehkan pelajar yang

memerlukan maklumat menyalin dan menyimpannya. ii. Bahan yang ditawarkan melalui laman web mudah untuk dikemaskini berdasarkan perkembangan semasa. iii. Bahan yang diberi kepada para pelajar mudah untuk dikawal melalui kata laluan tertentu. iv. Perisian yang menggunakan laman web tidak memerlukan platform yang khusus. Pengguna boleh menggunakan komputer biasa berdasarkan aplikasi windows.

Antara kelebihan penggunaan media sosial untuk pembelajaran kepada pelajar adalah seperti berikut : i. Menggalakkan pembelajaran secara bebas dan aktif serta meningkatkan

tanggungjawab kendiri di kalangan pelajar. ii. Pelajar dapat mengakses internet atau media sosial tanpa mengira masa dan tempat. iii. Dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menggetahui maklumat secara lebih mendalam dan tidak hanya terikat kepada kurikulum sahaja. iv. Dapat memperkembangkan gaya pembelajaran aras tinggi.

37

v.

Pelajar dapat mencari

pelbagai sumber maklumat tanpa batasan dengan

tempoh waktu yang singkat. vi. Dapat mempertingkatkan keyakinan, kefahaman serta kemahiran analitikal dikalangan pelajar. vii. Dapat mewujudkan persaingan sihat dikalangan pelajar supaya berlumba-lumba mencari maklumat sebanyak mungkin. viii. Pelajar dapat menghubungi guru atau rakan sekelas mereka serta

membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online terutamanya melalui forum perbincangan.

Bagi menjayakan penggunaan ICT dan aplikasi media sosial dalam bidang pendidikan, penglibatan semua pihak dari pihak pentadbiran atasan hinggalah peringkat bawahan perlu memainkan peranan serta haruslah bekerjasama dan berusaha dengan gigih untuk mengatasi halangan-halangan yang timbul dalam usaha-usaha untuk menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan. Sekarang sudah tiba masanya guru menggunakan kemudahan internet yang ada di sekolah atau di rumah, untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Janganlah kita membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata. Pembelajaran di sekolah menggunakan media sosial amat sesuai dengan paradigma

konstruktif. Kita seharusnya sudah bersedia untuk merubah fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Maka tidak boleh disangkal lagi penggunaan media sosial adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim digunakan.

4.3

GARIS PANDUAN BAGI MEWUJUDKAN RANGAKAIAN SOSIAL DI SEKOLAH.

Media sosial adalah suatu medium komunikasi yang sangat pantas untuk masyarakat masa kini. Ia menjadi sebati dengan kehidupan kita seperti udara yang kita sedut atau dengan kata lain menjadi suatu keperluan yang penting dalam masyarakat kita. Malah ada sekolah yang telah mengambil langkah mewujudkan panduan penggunaan laman sosial di sekolah mereka untuk pelajar dan kakitangan.

38

Terdapat beberapa langkah yang telah dicadangkan oleh Steven Anderson dalan artikelnya yang akan dibincangkan seterusnya.

1.

Memeriksa Kebudayaan Sekolah

Langkah yang pertama adalah memeriksa kebudayaan sekolah anda. Ini adalah penting untuk memahami kepercayaan ataupun pandangan masyarakat tempatan terhadap laman sosial. Ini boleh dilakukan dengan mengkaji produk laman sosial yang sedang digunakan oleh pelajar,guru-guru, ibubapa dan pentadbir serta mengkaji bagaimanakah laman sosial tersebut boleh dimanfaatkan untuk komunikasi yang lebih baik. Kita juga boleh mengkaji apakah perkara yang membimbangkan pihak sekolah terhadap penggunaan laman sosial.

2.

Menubuhkan Jawatankuasa PenggeraK

Langkah yang kedua adalah mewujudkan jawatankuasa penggerak. Jawatankuasa ini haruslah terdiri daripada guru-guru yang menggunakan laman sosial sebagai pendekatan di sekolah dan juga guru yang tidak mengunakan teknik ini. Jawatankuasa penggerak haruslah menjadikan pentadbir tertinggi sekolah sebagai penasihat, terdiri daripada seorang guru wakil setiap bilik darjah serta beberapa orang wakil pelajar. Kumpulan ini haruslah sentiasa telus dan terbuka dalam perbincangan yang bakal diadakan walau apapun pandangan yang dinyatakan dan keputusan yang dibuat. Selain itu ahli- ahli jawatankuasa juga perlu memahami dengan jelas matlamat jawatankuasa yang ditubuhkan. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan realistik, web untuk jawatankuasa penggerak boleh diwujudkan untuk memuatnaikkan nota-nota yang diperlukan, hasil perbincangan semasa mesyuarat dan ahli juga boleh berkongsi maklumat yang didapatkan dari sumber yang berlainan di laman ini.

3.

Membuat Kaji Selidik

Langkah seterusnya adalah membuat kaji selidik mengenai dasar- dasar semasa kerajaan atau kementerian yang sedia ada berkaitan dengan penggunaan laman sosial

39

di sekolah. Jika ada dasar-dasar yang telah ditetapkan dan harus diikuti, jawatankuasa penggerak boleh mewujudkan garis panduan penggunaan laman sosial di sekolah agar ia membantu dengan berkesan dalam pembelajaran selaras dengan dasar-dasar kementerian. Ini adalah satu langkah yang agak sesuai kerana teknologi yang agak pesat berkembang berpotensi akan mengubah dasar-dasar semasa kerajaan berhubung dengan penggunaan laman sosial di kalangan pelajar terutamanya penggunaannya sebagai alat penyebaran maklumat dalam proses pembelajaran Seterusnya ahlijawatankuasa yang ditubuhkan juga boleh mengkaji selidik dasar-dasar dan garis panduan yang sedang digunakan oleh institusi pendidikan yang lain seperti institut pengajian tinggi awam dan swasta, kolej-kolej komuniti, politeknik, maktab rendah sains mara dan sebagainya.. Dengan ini, kita boleh mengesan sejauh manakah kita mengikuti dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Selain itu ini juga boleh dijadikan rujukan ketika kita mencipta garis panduan sendiri untuk sekolah sendiri.

4.

Rangka Kerja dan Dokumentasi

Seterusnya adalah membuat rangka kerja dan membuat dokumentasi untuk semua maklumat yang telah dikumpul dan digabungkan. Ini adalah proses yang sangat sukar dan memerlukan kerjasama daripada ahlijawatankuasa. Rangka yang dibuat

berkemungkinan akan terdiri daripada yang banyak dan memerlukan pemerhatian yang sangat teliti dan berterusan untuk menghasilkan dokumen yang berkualiti. Selain itu, rangka kerja tersebut haruslah boleh difahami dan sentiasa tersedia untuk dilihat oleh ahli masyarakat. Selepas rangka dan dokumentasi telah dibuat, ahlijawatankuasa haruslah membuat jadual untuk mengadakan mesyuarat dengan kakitangan sekolah, pentadbir, ibubapa dan ahli masyarakat untuk membincangkan rangka kerja yang telah dibuat dan perlaksanaannya di masa akan datang.

5.

Merujuk Pihak Sekolah dan Pihak Berkuasa

Rangka kerja yang telah dibuat haruslah ditunjukkan kepada pihak sekolah. Ini adalah untuk memastikkan kita tidak melanggar dasar-dasar semasa, undang-undang kerajaan dan ordinan. Pihak sekolah juga mungkin akan mengkaji dokumen yang sedia ada. Jika

40

terdapat pertukaran, perbincangan semula haruslah dilakukan untuk memastikan kesahihan maklumat. Setelah semua pihak bersetuju dengan rangka kerja dan dokumen yang telah dikemukakan, ia haruslah ditandatangani oleh pihak berkuasa mengikut dasar atau garis panduan yang ditetapkan.

6.

Pengenalan Kepada Komuniti dan Pihak Sekolah

Setelah ditandatangani, ahlijawatankuasa boleh menlancarkannya dan mendedahkannya di kalangan masyarakat yang lebih besar. Setiap ahlijawatankuasa haruslah

menyebarkan penggunaannya kepada kumpulan-kumpulan tertentu atau pihak sekolah. Masa haruslah diluangkan untuk mendidik pelajar, kakitangan, ibu bapa, dan

masyarakat tentang betapa pentingnya panduan itu kepada mereka.

7.

Kajian Berkala

Akhir sekali, apabila garis panduan yang terlah dilancarkan kajian yang berkala haruslah dilakukan. Garis panduan yang telah didokumentasikan haruslah menjadi dokumen yang aktif dan sentiasa diselia dengan baik. Ini kerana, apabila produk laman sosial berubah, garis panduan haruslah berubah selaras dengannya. Oleh itu dukumen yang sedia ada haruslah dikaji balik sekurang-kurungnya setahun sekali untuk memastikan ianya berkembang mengikut peredaran teknologi dan pelarasan dasar-dasar semasa.

4.4

RANGAKAIAN SOSIAL DI SEKOLAH; INSENTIF BAGI PENYERTAAN

Kini, pelbagai laman web rangkaian sosial telah wujud hasil perkembangan pesat dunia internet.Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan seterusnya mula mengubah cara hidup mereka.Kini,terdapat pelbagai kemudahan perkhidmatan rangkaian jalur lebar bagi memudahkan akses kepada internet seperti yang rancak dipromosikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan Penyelia Perkhidmatan Internet (ISP). Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research,pengguna internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak ke 20.4 juta orang pada tahun 2012.Penyertaan dalam pelbagai rangkaian sosial di internet telah menular sehingga

41

menjadi satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna internet di seluruh dunia.Laman web aplikasi sosial bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya. Sehingga kini,terdapat 170 rangkaian sosial interaktif dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook,Twitter,Friendster,Myspace,Tagged,dan sebagainya.Kewujudan pelbagai

laman web rangkaian sosial ini membawa banyak kebaikan terutamanya dari segi interaksi sosial kita dengan orang lain. Di antara insentif bagi penyertaan rangkaian sosial di sekolah ialah pelajar boleh mendapat keyakinan sosial dari berinteraksi dengan orang lain dalam talian, yang boleh membantu mereka berasa lebih selamat dalam situasi yang baru, seperti pergi ke kolej, menyertai pasukan sukan, dan bertemu rakan-rakan baru. Pelajar juga boleh menjadi lebih biasa dengan teknologi baru dan baru muncul, serta meningkatkan literasi media mereka melalui pendedahan kepada pelbagai jenis media dalam talian yang dikongsi bersama oleh rakan-rakan mereka. Ramai pelajar mendapati sokongan dalam komuniti dalam talian, ini adalah benar terutamanya untuk pelajar yang mempunyai kepentingan yang unik atau berasa terasing. Galakkan pelajar anda untuk mencari rakan- rakan lain yang berminat dalam perkara yang sama atau boleh berurusan dengan isu-isu yang sama. Pelajar cenderung untuk menggunakan rangkaian sosial untuk menambah bukan menggantikan hubungan mereka dengan dunia sebenar dan membantu mereka belajar untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara. Rangkaian sosial juga menjadi satu kaedah yang semakin penting untuk berkomunikasi di sekolah-sekolah dan tempat kerja, oleh itu ianya adalah baik untuk pelajar bersedia untuk berkomunikasi melalui laman web seperti Facebook dan LinkedIn. Selain itu, mengekalkan perhubungan dengan ahli keluarga yang tinggal jauh melalui penggunaan rangkaian sosial dalam talian. Dengan berkongsi kemas kini, foto, video, dan mesej, ahli keluarga boleh terus berhubung walaupun hidup di seluruh negara atau dunia. Rangkaian sosial menjadi semakin penting di sekolah-sekolah. Contohnya, Facebook, Moodle, SecondLife, Digg, dan laman web lain yang sering digunakan oleh guru untuk berkomunikasi dengan pelajar atau untuk out-of-kelas perbincangan. Pelajar boleh terus meneroka topik yang mereka minati melalui rangkaian sosial dalam talian. Dengan membuat hubungan dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama, pelajar boleh belajar dan bertukar pengetahuan dengan orang lain mereka mungkin tidak mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan rakan

42

lain. Selain itu, guru sering mengambil kesempatan daripada kebolehan rangkaian sosial pelajar untuk mewujudkan blog kelas, forum perbincangan, video, dan banyak lagi. Dengan kerjasama yang wujud di antara pelajar dan guru lain melalui rangkaian sosial dalam talian, pelajar dapat membina komuniti sekolah yang lebih kukuh.

4.5

MEDIA

RANGKAIAN

SOSIAL

SEBAGAI

PENDEKATAN

BARU

DALAM

PENDIDIKAN

Laman rangkaian sosial merupakan salah satu aplikasi Web 2.0 yang menjadi kegilaan remaja pada masa kini. Seperti yang diketahui, majoriti golongan remaja merupakan pelajar. Oleh itu, para guru dan pensyarah seharusnya menggunakan medium rangkaian sosial ini untuk mendekati para pelajar. Alat rangkaian sosial adalah seperti Facebook, MySpace, Twitter, Blog, CyWorld dan sebagainya. Rangkaian sosial dan kemahiran untuk individu Facebook merupakan salah satu rangkaian sosial yang sering digunakan pelajar. Pelbagai aplikasi yang terdapat di Facebook terutamnya di samping lain-lain laman sosial seharusnya digunakan oleh pendidik di dalam proses P&P. Walaupun demikian, terdapat aplikasi pembelajaran rangkaian sosial yang boleh digunakan selain daripada laman social yang lebih terbuka adalah seperti berikut :-

1. Google Drive (https://drive.google.com) 2. Frog VLE (http://frogasia.com) 3. Edmodo (www.edmodo.com) 4. Nicenet (www.nicenet.org) 5. I Think (http://www.ithinkinc.com) 6. Google Groups (http://groups.google.com) 7. Einztein (http://einztein.com/) 8. Busuu (http://www.busuu.com/)

Teknologi web 2.0 adalah sebahagian daripada alatan yang mana guru dapat memanfaatkannya untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar. Memandangkan pengguna alatan rangkaian sosial terdiri daripada golongan muda, mereka pastinya telah

mempunyai kepelbagaian pengalaman, kebiasaan, sikap dan pengharapan terhadap teknologi

43

atas talian. Kebanyakan mereka menggunakan alatan tersebut di luar konteks bilik darjah dan bukan untuk tujuan pendidikan (Pempek, et. al, 2010). Oleh itu, para guru perlu menyesuaikan model pedagogi jika hendak menggunakan alatan rangkaian sosial untuk pengajaran dan pembelajaran supaya dapat disesuaikan dengan generasi pelajar baru ini. Melalui rangkaian sosial pendidik sebenarnya boleh mendekati pelajar dengan membina komuniti pembelajaran (kumpulan) dalam rangkaian yang mana para pelajar dan guru boleh berbincang dan berkomunikasi mengenai topik pembelajaran di dalam kumpulan tersebut. Komuniti pembelajaran yang dibina dapat meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar (Mohamed Amin Embi, 2011). Di samping itu, keistimewaan aplikasi ini yang membolehkan teks, audio dan video dimuat naik menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Tips-tips belajar, nota, modul dan kerja kumpulan dapat dilakukan melalui interaksi sosial yang akhirnya dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pembelajaran dan boleh meningkatkan kemahiran belajar mereka. Daripada apa yang dibincangkan di atas kita dapat melihat bahawa betapa pentingnya membentuk suasana pengajaran yang berkesan. Dengan perkataan mudah, pengajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan pendidik terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan akan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula perlu mempunyai strategi dan kaedah yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi laman sosial sebagai satu inovasi dalam pengajaran mempunyai pelbagai keistimewaan. Populariti rangkaian sosial perlu diambil peluang oleh pendidik dalam proses perkongsian maklumat dan menggalakkan kolaboratif antara pelajar dalam proses

pembelajaran. Apa yang menariknya ialah konsep interaksi dua hala yang berlaku di antara pendidik dan pelajar. Interaksi boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa walaupun di luar bilik darjah. Dengan menggunakan kemudahan ini, kemungkinan seorang pelajar yang malu dan pendiam di dalam kelas akan menggunakan medium ini untuk berinteraksi dengan guru tentang masalah pembelajarannya. Kemungkinan ini timbul kerana pelajar akan merasa lebih selesa dan yakin untuk berinteraksi secara personal dengan guru berbanding di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar.

44

Untuk mengaplikasikan rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menyesuaikannya dengan ilmu pedagogi kerana generasi pelajar pada hari ini pastinya telah mempunyai pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari melalui pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan kebiasaan harian. Hal ini sangat penting kerana guru perlu bertindak secara bijak dan profesional dalam menangani isu-isu yang mungkin wujud sewaktu

menggunakan rangkaian sosial sebagai media pengajaran. Umpamanya pemilihan bahan seperti video yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasi teknologi sebagai alat bantu mengajar dan penerapan ilmu pedagogi yang betul akan dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif, meningkatkan motivasi pelajar dan iklim pembelajaran yang selari dengan stail pembelajaran pelajar pada hari ini. Penggunaan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan kolektif. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil daripada pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan antara individuindividu secara bebas bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Pengetahuan yang dikongsi secara kolektif ini terus berkembang dan berubah hasil pertanyaan dan penambahbaikan berterusan bersama-sama para penyumbangnya. Kreativiti, pemikiran aras tinggi dan pembinaan

pengetahuan boleh digalakkan menerusi aplikasi, produksi dan penerbitan yang direka bentuk dengan baik (Nelson et. al, 2009) yang dipetik dari Asniza Musa, Zaidatun Tasir (2010). Pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila pelajar mencipta dan membina pengetahuan mereka sendiri. Menurut Batchelder (2010) yang dipetik dari Asniza Musa, Zaidatun Tasir (2010), aktiviti-aktiviti dalam rangkaian sosial menyediakan pelajar dengan proses aktif yang memberi makna signifikan kepada mereka. Pelajar dimotivasikan secara semulajadi melalui

amalan pedagogi yang berkesan dan penggunaan teknologi. Internet dan alatan rangkaian sosial mampu memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat, mengumpul bahan mereka sendiri, berkomunikasi, membina makna, dan menilai hasil akhir. Pelajar dengan

amalan pembelajaran terarah kendiri akan mewujudkan suasana pembelajaran aktif. Integrasi alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan dapat meningkatkan pembelajaran pelajar dan memudahkan pembangunan kemahiran sepanjang hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Ini bukan membawa maksud kemahiran penting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun kerjasama antara pelajar daripada pelbagai latar belakang akan menambahkan dan mendalamkan lagi pengalaman pelajar. Menurut Batchelder (2010) yang dipetik dari Asniza Musa, Zaidatun Tasir

45

(2010),

pengalaman dan aktiviti-aktiviti rangkaian sosial turut memberi pengetahuan baru

kepada pelajar tentang sesuatu konsep berdasarkan aktiviti dan keinginan mencari maklumat yang berterusan. Antara saranan supaya penggunaan laman rangkaian pembelajaran sosial ini berkesan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran adalah:

1.

Mencari cara terbaik untuk memanfaatkan nilai pendidikan dalam laman sosial. Ada pendidik telah membuat kajian dimana pelajar lebih suka berada di ruangan sembang (chat room), blog, dan sebagainya untuk membuat tugasan serta ulangkaji. Aktiviti ini menarik minat pelajar, walaupun kepada pelajar yang jarang menghadiri kelas.

2.

Para guru atau pensyarah boleh memuatnaik tugasan/bahan pengajaran untuk pelajar ke dalam laman sosial. Dengan ini, pelajar akan memberikan maklumbalas tentang jawapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah serta merta. Pelajar akan mendapat jawapan dari keraguan yang mereka hadapi dalam subjek tersebut terus menerus dari gurunya tanpa perlu menunggu dalam jangka masa yang lama.

3.

Menggalakkan syarikat laman dan jaringan sosial ini meningkatkan lagi nilai pendidikan. Pemimpin-pemimpin pendidik harus membuat usahasama dengan syarikat laman dan jaringan sosial ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

4.

Mengkaji semula dasar laman jaringan sosial ini. Masih banyak sekolah dan institusi pengajian masih melarang dan menyekat penggunaan Internet kerana bimbang akan pengaruh buruk yang dibawa dari Internet ke dalam pemikiran pelajar. Jadi, untuk menjadikan ia lebih mudah, nilai pendidikan perlu diterapkan dan jelas. Hal yang sama juga perlu diterapkan pada jaringan sosial. Dasar keselamatan masih penting supaya para pelajar tahu tentang keselamatan yang perlu dititkberatkan ketika melayari Internet, tahu apa yang seharusnya mereka layari di Internet agar tidak menyimpang dari tujuan sebenarnya yang untuk mengakses ilmu

pengetahuan. 5. Para pengajar boleh menggunakan laman sosial tersebut untuk membincangkan isuisu dalam pendidikan secara langsung dengan pelajarnya berhubung dengan subjek/kursus yang diajar. Dengan ini, dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran

46

menggunakan ICT dan laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan mereka.

4.6

KAWAN ONLINE GURU DAN PELAJAR

Perunding psikiatri Dr Milan Balakrishnan (2012) mengatakan bahawa internet adalah satu alat komunikasi yang memberikan pelbagai informasi kepada pelajar tetapi beliau merasakan hubungan yang mesra antara guru dan pelajar di laman rangkaian sosial adalah kurang sesuai kerana akan mengurangkan tahap keperibadian maklumat dalam diri seseorang guru tersebut sehingga boleh melampaui batas tugas seseorang guru. Hubungan antara guru dan pelajar akan menjadi lebih berkesan sekiranya timbul dalam diri pelajar tersebut nilai hormat terhadap guru tersebut. Sebaliknya, ahli psikologi klinikal dan psychotherapist Varkha Chulani (2012) merasakan bahawa setiap guru perlu membuat keputusan untuk beliau atau dirinya mengenai jenis persamaan mereka dengan pelajar-pelajar mereka. "Jika guru berkenaan percaya bahawa kedudukan mereka akan terjejas jika mereka berbaik-baik dengan pelajar-pelajar mereka di laman rangkaian sosial, ia adalah baik untuk tidak berbaik-baik dengan mereka. Walau bagaimanapun, jika guru percaya berinteraksi secara rangkaian sosial dengan muridnya memberikan faedah yang betul, maka tidak ada sebab dia tidak boleh berkawan dengan muridnya.

Kelebihan

1. Bertukar maklumat

Sosial media menyokong pembelajaran formal dengan berkhidmat sebagai platform bagi pelajar untuk berkumpul dan berkongsi maklumat dan sumber dan secara tidak lagsung akan mewujudkan kerjasama dan mengeratkan hubungan dari kedua-dua belah pihak. Selain itu, pelajar itu boleh menjana kandungan pembelajaran mereka sendiri dan

mengambil kesempatan daripada pengetahuan kolektif. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar akan lebih tekun dan berusaha dalam mempelajari sesuatu sekiranya mereka memintai mata pelajaran tersebut serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan

47

seharian mereka. Contohnya, dalam Facebook itu sendiri para guru dan para pelajar boleh berbincang dan dan berkomunikasi mengenai sesuatu topic pembelajaran di dalam kumpulan tersebut. Di samping itu, guru dan pelajar boleh memuat naik nota untuk samasama berkongsi maklumat (Nurfadzilah, 2010). pelajar menerokai dan meluaskan Perkongsian yang bijak ini membantu mereka mengenai sesuatu topik

pemahaman

pembelajaran.

2. Komunikasi maklumat yang efektif antara pelajar dan guru

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan sekiranya wujud interaksi antara pelajar dan juga guru. Melalui rangkaian sosial akan menimbulkan suasana yang menarik dan bersaing sesama pelajar. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan pelajar yang pasif kerana mereka boleh berbincang bersama guru mengenai sesuatu topic yang mereka kurang jelas atau kurang faham. Pelajar yang pasif akan merasakan mereka tidak ketinggalan dalam banyak perkara kerana mereka juga turut serta dalam aktiviti perbincangan bersama guru mereka melalui rangkaian sosial ini. Ini diakui oleh Brandon Alconcel, Ernesto Luna, William Wiesse (2012) yang mengatakan bahawa

Social media tools and networking sites encourage students to interact with each other, share ideas and to express their creativity, helps to establish enduring relationships with real people. A few examples are, Facebook can help students overcome isolation that otherwise might lead them to leave school while Twitter can provide shy students with information about events that facilitates face-to-face encounters with other students. Such personal interactions can create and sustain a sense of belonging.
Kekurangan

1. Cyberbullying

Menurut Wikipedia, Cyberbullying ditakrifkan dalam glosari undang-undang sebagai

tindakan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong sengaja, berulang, dan tingkah laku yang bermusuhan oleh individu atau kumpulan, yang bertujuan untuk mencederakan orang lain.

48

menggunakan teknologi komunikasi bagi tujuan untuk merosakkan orang lain penggunaan perkhidmatan internet dan teknologi mudah alih seperti laman web dan kumpulan perbincangan serta mesej segera atau mesej teks SMS dengan niat untuk mencederakan orang lain.

Contoh apa yang membentuk cyberbullying termasuk komunikasi yang bertujuan untuk menakut-nakutkan, mengawal, memanipulasi, meletakkan, palsu kesangsian, atau

memalukan penerima. Tindakan tingkah laku yang sengaja, berulang, dan bermusuhan yang bertujuan untuk mencederakan orang lain. Dr Balakrishnan (2012) mengatakan bahawa berkawan dengan pelajar di laman rangkaian sosial ibarat seperti pedang bermata dua kerana ia melibatkan sebahagian kehidupan peribadi guru dan pelajar. Terdapat insiden di mana laman rangkaian sosial pelajar telah digodam iaitu isi kandungan yang diposkan tidak sesuai dan imej yang tidak baik membawa kepada situasi memalukan. Hassan (2012) juga menyuarakan kebimbangan beliau mengatakan bahawa terlalu banyak keterbukaan boleh membuatkan pelajar mengambil kesempatan dan akhirnya timbul rasa tidak hormat terhadap guru.

Langkah berjaga-jaga

Chulan (2012) menasihatkan para guru agar jelas dan sentiasa mengambil langkah berjaga mengenai perhubungan di antara mereka dengan para pelajar. Ini adalah kerana bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti cyberbullyingsekiranya para guru terlalu baik dengan para pelajar sehingga melampaui batas tanggungjawab sebagai guru. Seseorang guru harus tahu personaliti dan watak pelajar supaya mereka sedar apa yang mungkin berlaku jika mereka berbaik-baik dengan pelajar ini. Hassan (2012) telah menetapkan beberapa garis panduan dalam perhubungan antara guru dan pelajar iaitu: Mengekalkan sejumlah tetapan privasi boleh menjadi satu cara yang penting untuk mengendalikan pelajar-guru hubungan talian. Memastikan bahawa tidak ada interaksi yang keterlaluan bagi pihak pelajar iaitu, berkawan dengan pelajar dalam talian adalah satu cara untuk memberikan sokongan kepada mereka sama ada dari segi emosi atau akademik.

49

4.7

RANGKAIAN SOSIAL DI SEKOLAH : ISU TEKNOLOGI DI DALAM KELAS

Dalam dunia digital ini, peluang pendidikan disediakan seperti tidak pernah sebelumnya. Walaupun guru menggunakan alat dalam talian bagi memperkasakan pelajar mengambil bahagian dalam pendidikan mereka, mereka juga boleh mendedahkan pelajar kepada bahan yang tidak sesuai, pemangsa seksual dan buli dan gangguan oleh rakan-rakan. Guru-guru yang tidak berhati-hati dengan penggunaan laman web menyebabkan mereka boleh jatuh ke dalam hubungan yang tidak sesuai dengan pelajar atau menghebahkan gambar dan maklumat yang mereka percaya dirahsiakan. Kesan positif daripada laman rangkaian sosial dalam pendidikan adalah sangat mendalam. Menurut kajian yang dijalankan oleh pelajar di Universiti Minnesota mengenai penggunaan media sosial, pelajar yang sudah terlibat dalam rangkaian sosial boleh mendapat manfaat daripada menggabungkan ia ke dalam kurikulum. Christine Greenhow, yang merupakan penyelidik utama dalam kajian, menjelaskan mengenai impak sosial rangkaian boleh mempunyai pada pendidikan."Dengan memahami bagaimana pelajar boleh menggunakan teknologi rangkaian dalam kehidupan seharian mereka, kita boleh membantu menjadikan sekolah lebih relevan, bersambung, dan bermakna kepada para pelajar."Dengan menggunakan teknik pengajaran yang menggabungkan media sosial juga, guru mampu untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam pendidikan mereka, meningkatkan kemahiran teknologi,

menyumbang kepada rasa lebih kerjasama di dalam kelas, dan membina kemahiran komunikasi yang lebih baik. Satu artikel bertajuk Mashable, Kes dan Untuk Media Sosial di Sekolah, juga terdapat beberapa sebab untuk menyokong penggunaan rangkaian sosial dalam bilik darjah dan menyediakan contoh sebenar bagaimana ia menjejaskan pendidikan dalam cara yang positif."Setahun selepas guru gred tujuh Elizabeth Delmatoff mula juruterbang media program sosial di Portland, kelas Oregon, 20 peratus daripada pelajar di seluruh sekolah telah melengkapkan tugasan tambahan untuk tiada kredit, gred telah meningkat lebih daripada 50 peratus, dan ketidakhadiran kronik dikurangkan oleh lebih daripada satu pertiga. " Selain itu, Karen Cator, dari Jabatan Pendidikan AS, dalam soalan online dan siri jawapan yang dipaparkan di edutopia.org juga mengulas mengenai potensi rangkaian sosial untuk memperbaiki sistem pendidikan Amerika."Fikirkan tentang bukan sahaja menggabungkan teknologi ke dalam pengajaran anda, tetapi mewujudkan lebih dan lebih menarik tugasan

50

supaya kemahiran abad ke-21, jenis perkara yang pelajar perlu membangunkan dari segi pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kerjasama, penyertaan global - yang ini dimasukkan ke dalam tugasan. Ruang terbaik akan menggabungkan media sosial, dan berinteraksi dengan orang lain. " Satu lagi kajian yang dianalisis bagaimana pelajar lakukan apabila diminta untuk menggunakan twitter untuk melakukan tugasan, mendapati bahawa pelajar yang ditanya untuk menyumbang kepada perbincangan kelas dan tugasan yang lengkap menggunakan Twitter meningkat sepanjang semester lebih daripada dua kali ganda sebagai kumpulan kawalan. " Penggunaan rangkaian sosial bukan sahaja manfaat pelajar, tetapi juga menyediakan peluangpeluang baru untuk komunikasi di kalangan guru dan pentadbir. Menurut laporan yang dipaparkan dalam Jurnal Sistem Teknologi Pendidikan:,"Pentadbir celik Tech menggunakan blog sebagai alat untuk menjaga ibu bapa, guru, dan pelajar yang dimaklumkan mengenai perkara yang berlaku di sekolah-sekolah mereka." Walaupun pemangsa seksual sering dipetik satu kebimbangan utama, Amanda Lenhart dengan Internet dan Pusat Penyelidikan Pew American Life Project, menjelaskan, dalam satu artikel untuk Houston Chronicle, bahawa ini adalah kurang risiko daripada ia dibuat menjadi."Kebanyakannya pelajar berisiko sudah mempunyai sekumpulan masalah sosial dan emosi dalam kehidupan mereka. Pelajar ini adalah orang-orang yang mungkin terlibat dalam tingkah laku yang berisiko, dapatkan bercakap seks dalam talian dan sengaja bertemu dengan orang-orang yang lebih tua."Menurut artikel itu, "Peer-to-peer gangguan dan membuli adalah lebih biasa ancaman kepada anak-anak dan pelajar muda dalam talian," yang merupakan kebimbangan kedua-dua dalam talian dan di luar. Facebook, yang kini mempunyai lebih 900 juta pengguna yang membuat laman rangkaian sosial terbesar, bekerjasama dengan PIBG Nasional "untuk menggalakkan penggunaan Internet bertanggungjawab dan selamat untuk pelajar, ibu bapa dan guruguru."Menurut laporan mengenai kerjasama itu, "PIBG Negara dan Facebook akan menubuhkan satu program menyeluruh yang akan menyediakan maklumat, sokongan dan berita untuk menggalakkan talian kewarganegaraan, mengurangkan cyberbullying dan keselamatan Internet dan keselamatan terlebih dahulu." Facebook pergi untuk mewujudkan kedua-dua keselamatan dan pendidikan yang menyediakan maklumat dan sumber untuk para pendidik dan ibu bapa yang prihatin.

51

Myspace juga menubuhkan perkongsian dengan Peguam Negara, mencipta sebuah pasukan tugas keselamatan, dan mengeluarkan senarai strategi untuk keselamatan dalam talian. Terdapat juga laman beberapa berorientasikan pelajar dan program-program yang diwujudkan untuk menyediakan keselamatan tanpa mengorbankan peluang rangkaian sosial. Menurut laporan yang dikeluarkan Jun 2010 dalam Jurnal Pembelajaran Online dan Pengajaran "Rangkaian Pendidikan" adalah satu trend baru meletus menggunakan "teknologi rangkaian sosial untuk tujuan pendidikan."Laporan itu menekankan bahawa "laman rangkaian sosial bertujuan untuk mengambil kesempatan ke atas populariti besar rangkaian sosial dalam talian pada masa yang sama menyediakan satu platform yang lebih selamat dan terkawal untuk aktiviti rangkaian sosial.

4.8

PENUTUP

Penggunaan alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan kolektif. Pengetahuan dan perkongsian antara individu-individu untuk dapatkan keputusan yang baik menghasilkan pemikiran yang kreatif (Nelson et.al, 2009 dalam ). Pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila pelajar mencipta dan membina pengetahuan mereka sendiri. Menerusi penggunaan rangkaian sosial, pelajar mendapat keyakinan baru dan pengalaman

perkembangan diri yang membolehkan mereka membina pengetahuan secara kreatif, terarah kendiri dan belajar sepanjang hayat. Rangkaian sosial yang pada awal penggunaannya berfungsi sebagai alat perhubungan, kini berubah menjadi satu platform yang efektif untuk menjana sesuatu revolusi. Maklumat berbentuk fitnah, tohmahan, desakan, kutukan dan seruan kini semakin ghairah dipaparkan di ruang siber. Fenomena yang dicetuskan oleh rangkaian sosial sudah pasti memberi cabaran kepada negara. Oleh itu, pendekatan terbaik perlu diambil agar teknologi tersebut boleh digunakan secara seimbang terutamanya oleh pengguna. Mereka seharusnya dididik agar menggunakan rangkaian sosial secara berhemah. Adalah menjadi hasrat semua pihak agar penggunaan teknologi siber sebegini dapat memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat, membantu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara. Kita semua tidak mahu teknologi tersebut digunakan secara tidak terkawal kerana ia bakal mencetuskan suasana yang boleh mengancam keselamatan negara (Lt. Kol. (B) Husin Jazri, 2011).

52