Anda di halaman 1dari 2

Kurikulum Sekolah

Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Kurikulum bolehlah dianggap sebagai nadi kepada sesebuah sekolah. Dalam pengertian yang luas kurikulum adalah segala-galanya bagi sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, pengurusan kurikulum adalah satu bidang yang amat penting. Ia sama penting dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kedua-dua aspek pengajaran dan pembelajaran dan pengurusannya perlu diberi perhatian yang sama. Penyeliaan pengurusan kurikulum sekolah dan panitia-panitia mata pelajaran hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan sekolah supaya semua program kurikulum sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid. Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktivitiaktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahanbahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkara-

perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahanbahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid.