Anda di halaman 1dari 557

PENGAJIAN ISLAM (MPW 1143)

BAB 1: DEFINISI DAN KONSEP ASAS ISLAM

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OBJECTIVES Menerang dan memahamkan bahawa Islam adalah agama yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan, bukan sekadar amalan ritual atau ibadat khusus semata-mata. Memahamkan tujuan kehidupan manusia hasil daripada konsep dan gambaran di atas.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES
Memahami dan menjiwai Islam sebagai agama yang menyeluruh dan boleh diamalkan dengan sempurna di manamana sahaja termasuk kehidupan moden hari ini. Memenuhi kehidupan dengan cita-cita untuk berkhidmat dan berbakti terhadap agama Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bab Pertama Definisi dan Konsep Asas Islam

Islam adalah agama yang menyeluruh (Syumul) Definisi Islam Ciri-ciri Islam Sumber-sumber hukum-hukum Islam Tujuan-tujuan Syariat (Maqasid Syariah)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PENDAHULUAN Islam adalah agama samawi terakhir terakhir yang diutuskan kepada rasul terakhir, Muhammad s.a.w.

Dua agama samawi sebelum Islam ialah Yahudi dan Kristian. Kedua-duanya telah diselewengkan.
Islam telah memansuhkan dua agama ini dengan syariat yang lebih baik.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

ISLAM AGAMA YANG MENYELURUH Baginda Rasulullah s.a.w. telah menerima daripada Allah swt; agama Islam sebagai suatu agama yang menyeluruh atau syumul melalui wahyu, iaitu al Quran.

Kemudian, Rasulullah s.a.w. diperintahkan untuk menyampaikannya kepada seluruh umat manusia di samping mempraktikkan ajaran-ajaran Islam yang terkandung di dalam al Quran itu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhirnya, Islam diwarisi secara turun temurun dari satu generasi kepada satu generasi yang lain sebagaimana asalnya tanpa sebarang keraguan dan syak wasangka.

Kesyumulan Islam dapat dilihat dari sudut ia adalah agama yang merangkumi segenap sistem kehidupan seperti sistem pentadbiran, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ini berdasarkan firman Allah: pada hari ini aku telah menyempurnakan kepada kamu nikmatku dan aku redha Islam sebagai agama. (al-Maidah 5 : 3) Sifat menyeluruh (syumul) ini juga dapat dilihat dari sudut ia adalah untuk seluruh umat manusia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ini bermakna, Islam bukanlah suatu agama yang khusus kepada orang Arab sahaja atau agama kepada satu-satu umat tertentu, bukan juga agama kepada kasta-kasta tertentu, sebaliknya Islam adalah agama kemanusiaan sejagat tanpa mengira kaum dan warna kulit pada sepanjang zaman.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ini berdasarkan kepada firmanNya yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutusmu ( wahai Muhammad ) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orangorang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui ( hakikat itu ). (Saba : 28)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesyumulan Islam turut jelas terjelma dari sudut ia sesuai pada setiap generasi dan zaman. Agama nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad hanya sesuai untuk zaman dan umat mereka.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Umat Islam wajib mempercayai dengan yakin Islam agama yang menyeluruh atau syumul khususnya dari sudut ia sebagai sistem dan cara hidup yang merangkumi segenap kehidupan.
Ini kerana, pada zaman penjajahan yang memakan masa selama beratus-ratus tahun, mereka menanam pemikiran bahawa Islam tiada kaitan dengan urusan dunia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perdana Menteri Britain, Gladstone, dalam tahun 1882, sambil mengangkat al-Quran dalam parlimen Britain, beliau mengatakan bahawa untuk melemahkan umat Islam, mereka mesti dijauhkan dari al-Quran. Oleh sebab itu, penjajah telah menjauhkan Al Quran daripada sistem pendidikan negara kita, sekaligus menyemai pemikiran bahawa agama tiada kaitan dengan urusan dunia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam masa yang sama, penjajah mewujudkan generasi yang memerintah dan mentadbir negara; yang memper-cayai bahawa Islam tiada kaitan dengan urusan dunia atau sekurang-kurangnya tidak meyakini hubungkait Islam dengan urusan dunia.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL 1. Sebutkan tiga sudut yang menunjukkan agama Islam itu menyeluruh atau syumul?

2. Nyatakan usaha-usaha penjajah untuk menyemai pemikiran bahawa agama Islam tiada kaitan sama sekali dengan urusan dunia?.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

DEFINISI ISLAM Dari segi bahasa: Perkataan Islam berasal daripada kata akar bahasa Arab: `aslama, `yuslimu , `Islaman yang membawa maksud :

- Penyerahan (surrender) - keakuran (submission), dan - pengabdian (subservient)


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dari segi istilahnya ialah:


`Penyerahan diri (manusia) kepada Allah S.W.T dalam semua urusan kehidupan, sama ada menyentuh hubungan antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam semesta, atas sifatnya sebagai hamba (`abd) dan khalifah di muka bumi
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Untuk melihat keIslaman seseorang itu, mestilah dilihat dari sudut yang berikut:
Islam itu adalah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasul Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadan dan mengerjakan haji jika kamu mampu (Riwayat Muslim)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Berdasarkan kepada dalil-dalil Al Quran dan As Sunnah serta sirah Rasulullah SAW, Islam difahami mempunyai tiga perkara besar :

a. Perkara asas (paksi): merujuk kepada rukun-rukun iman dan rukun-rukun Islam. b. Sistem-sistem: merujuk kepada sistem akhlak, pendidikan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. c. Penyokong/pemangkin: amar makruf, nahi munkar (dakwah) & jihad.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL
1. Terangkan definisi Islam dari segi bahasa dan istilah? 2. Berdasarkan kepada sebuah hadith Nabi, untuk melihat keislaman seseorang, apakah yang perlu dilihat kepada individu tersebut?
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

CIRI-CIRI ISLAM

1. Islam adalah agama wahyu


Berdasarkan Kitab yang diturunkan daripada langit, iaitu al-Quran dan disampaikan oleh seorang Rasul, iaitu Muhammad s.a.w.

2. Islam adalah tata cara hidup


Bersifat sempurna dan menyeluruh.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tata cara hidup Islam merangkumi : a. b. c. Hubungan manusia dengan Allah SWT. Hubungan manusia manusia sesama

Hubungan manusia dengan alam semesta


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hubungan manusia dengan Allah bersifat vertical (menegak). Ini bermaksud manusia sebagai hamba berada di bawah. Manakala Allah sebagai Tuhan berada di atas Hubungan manusia sesama manusia dan manusia dengan alam adalah bersifat horizontal (melintang). Ini bermaksud manusia mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan dalam berinteraksi dengan manusia yang lain dan alam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3.

Keseimbangan antara kepentingan individu dengan masyarakat Islam tidak memberi keutamaan kepada mana-mana kepentingan. Sebaliknya, hendaklah diseimbangkan antara kepentingan-kepentingan tersebut yang saling berkaitan Contoh: Diharuskan individu memiliki harta menurut syarak, namun ada kepentingan masyarakat yang mesti ditunaikan, iaitu zakat dan sedekah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Kesatuan antara rohani dan jasmani Cara hidup Islam mementingkan tuntutan material atau fizikal dan tuntutan rohani atau spiritual sekaligus. Ini disebabkan kejadian manusia menurut Islam adalah cantuman antara tubuh badan (yang bersifat material) dengan roh (yang bersifat spiritual). Islam mementingkan dunia sepertimana ia mementingkan akhirat, Islam mementing-kan akal sepertimana ia mementingkan perasaan dan sebagainya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Sejagat (universal) dan kemanusiaan Cara hidup Islam adalah tatacara yang bersifat universal dan kemanusiaan: a. Sejagat (universal): melewati batasbatas negara, bangsa, keturunan dan kedudukan b. Kemanusiaan: bersifat insani, iaitu bukan `syatani (kesyaitanan) atau `haiwani (kehaiwanan/kebinatangan)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Tetap dan anjal


Tetap : Terikat kepada suruhan dan larangan Allah S.W.T yang mesti dipatuhi. Anjal : Kadangkala, kerana sesuatu sebab yang munasabah, maka tuntutan boleh ditinggalkan sementara apabila wujud kesukaran untuk melaksakannya. Begitu juga sesuatu tegahan boleh dilakukan kerana terpaksa (ad-darurah).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

7.

Mudah dan praktikal

Cara hidup Islam adalah mudah, tidak terlalu ideal dan tidak membebankan serta praktikal untuk dilaksanakan. Contoh :

- Solat hanya 5 waktu sehari semalam.


- Puasa hanya sebulan dalam setahun.

- Zakat hanya bagi orang berharta.


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Sebutkan ciri-ciri Islam dan huraikan ciri Islam yang kelima dan keenam secara ringkas?
2. Huraikan ciri-ciri Islam yang kedua iaitu Islam adalah tatacara hidup?
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SUMBER-SUMBER HUKUM DALAM SYARIAT ISLAM Terbahagi kepada dua kategori : Pertama Kedua : sumber asasi/utama : sumber tambahan

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SUMBER UTAMA/ASASI a) Al-Quran: Kitab yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dengan lafaznya dalam bahasa Arab, dipindahkan se-cara mutawatir, ditulis dalam mushaf, bermula dengan surah al-Fatihah, berakhir dengan surah An-nas, dan membacanya adalah ibadat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

b) As-Sunnah :

Sesuatu yang datang daripada Rasulullah s.a.w, sama ada dari segi / :
- perkataan (sunnah qauliyah), - perbuatan Baginda (sunnah fi`liyah), - perakuan Baginda (sunnah taqririyah).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SUMBER TAMBAHAN a) Al-Ijma: Permuafakatan sebulat suara seluruh para (ulamak) mujtahidin daripada umat nabi Muhammad s.a.w. ke atas sesuatu hukum dalam sesuatu masa selepas wafat Baginda.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

b)

Al-Qiyas : Menetapkan hukum ke atas sesuatu perkara atau perbuatan yang belum ada hukumnya (sama ada dalam alQuran atau as-Sunnah) berdasarkan kepada sesuatu yang sudah ada hukumnya, kerana kedua-duanya mempunyai alasan (illah) yang sama.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Contoh : Menetapkan hukum meminum tuak dan cecair lain yang memabukkan sebagai haram. Tuak tidak disebut dalam Al-Quran atau AsSunnah, tetapi hukumnya ditentukan haram berdasarkan hukum haramnya arak, kerana tuak juga memabukkan sepertimana arak (yang memabukkan).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1.

Sebutkan sumber utama/asasi dan sumber tambahan agama Islam dan takrifkan sumber utama yang kedua?

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

RUMUSAN
1. Tiga sudut kesyumulan Islam iaitu Islam sebagai cara hidup yang merangkumi segenap kehidupan, Islam terbuka kepada seluruh umat manusia dan agama Islam sesuai untuk semua zaman.

2. Penjajah telah melakukan usaha untuk menyemai pemikiran di kalangan umat Islam untuk menyatakan bahawa Islam tiada kena mengena dengan urusan dunia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Antara usaha-usaha tersebut ialah mengenepikan maklumat tentang sistemsistem Islam daripada pendidikan negara dan mewujudkan golongan pe-merintah dan pentadbir yang memper-cayai atau sekurang-kurangnya tidak meyakini Islam sebagai agama yang memmbentuk sistem kehidupan. 4. Kesimpulan daripada definisi Islam ialah menyerah diri kepada Allah dengan mengikuti ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5.

Ciri-ciri Islam ialah agama wahyu, tata cara hidup, seiring antara kepentingan individu dan masyarakat, kesatuan antara rohani dan jasmani, sejagat, mempunyai unsur tetap dan anjal dan mudah atau praktikal. Sumber-sumber rujukan hukum dalam Islam ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6.

Rujukan
1. 2. 3. 4. 5. Nasrudi Yunos, Roziah Sidik dan Zulkarnain Mohamed, Pengajian Islam, Oxford Fajar, 2007. Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam, Pustaka Ilmi, 2002. Al Ustaz H. Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafie, Jilid 1 & 2, Pustaka Antara Sdn. Bhd. 2000. Nazzwardi Abu Bakar Aly, Muqaddimah Pengajian Islam, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2000. Dr. Mustafa Haji Daud, Al Quran Sumber Tamadun Islam, Percetakan Perniagaan Kita, 1997.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

TUJUAN-TUJUAN SYARIAT (MAQASID ASY-SYARIAH)

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OBJECTIVES Menerang dan memahamkan bahawa Islam adalah agama yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan, bukan sekadar amalan ritual atau ibadat khusus semata-mata.

Memahamkan tujuan kehidupan manusia hasil daripada konsep dan gambaran di atas.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES
Memahami dan menjiwai Islam sebagai agama yang menyeluruh dan boleh diamalkan dengan sempurna di manamana sahaja termasuk kehidupan moden hari ini. Memenuhi kehidupan dengan cita-cita untuk berkhidmat dan berbakti terhadap agama Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

TUJUAN-TUJUAN SYARIAT (MAQASID AS SYARIAH)


Islam yang berteraskan wahyu melalui dua sumber utama yang muqaddas (suci) iaitu al-Quran dan al-sunnah men-jadikannya tetap unggul dan bertahan sepanjang zaman. Dengan kedua-dua sumber ini men-jadikan tabiat Islam bersifat dinamik dan mempunyai objektif atau maqasid yang jelas dan bertepatan dengan hidup manusia sejagat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Penelitian terhadap nas-nas dan hukum-hukum syara telah mengesahkan bahawa maqasid utama syariat Islam ialah untuk memberi kebaikan/ maslahah. Samada dengan menarik kebaikan (maslahah) tersebut atau menolak keburukan (mafsadah).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Oleh itu didapati semua hukum syara' adalah bernaung di bawah konsep jaminan maslahah kepada manusia yang meliputi : (a) maslahah di dunia

(a)

maslahah yang menjangkaui alam akhirat.


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

KATEGORI KEBAIKAN/MASLAHAH 1. Al-Dharuriyyat (Asas): Maslahah yang asasi dan paling penting dalam kehidupan manusia samada kehidupan dunia dan agama. Sekiranya maslahah ini tidak ada, kehidupan manusia akan rosak dan tidak tenteram. Maslahah Dharuriyyat adalah perkaraperkara yang memelihara agama, nyawa, akal, nasab (keturunan) dan harta.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perkara-perkara yang menjaga agama dikira sebagai maslahah / kebaikan yang paling utama.
Ini kerana manusia yang mempunyai fitrah yang sejahtera pasti memerlukan agama dan hubungan yang baik dengan Allah S.W.T kerana ia men-dapatkan kekuatan rohani, ketenangan mental dan ketabahan dalam kehidup-an dunia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Manakala di akhirat, manusia akan terlepas daripada neraka dan memasuki syurga selama-lamanya.
Justeru, memelihara agama adalah perkara yang dikategorikan sebagai Maslahah Dharuriyyat.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2.

Maslahah Hajiyyat (Keperluan):

Maslahah yang diperlukan oleh manusia untuk mendapatkan keperluan hidup dan kelapangan.
Tanpa Maslahah Hajiyyat, kehidupan manusia akan menjadi tidak sempurna dan mengalami kesempitan walaupun tidak sampai ke tahap rosak.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Contoh, Islam menetapkan rukhsah bagi orang yang sakit dan orang yang berada dalam perjalanan jauh. Kedua-dua golongan ini tetap boleh bersembahyang dalam perjalanan dan berpuasa pada bulan Ramadhan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mereka mengalami kesukaran. Untuk itu Islam memberi kelonggaran dengan memberikan rukhsah kepada mereka, iaitu : jamak dan qasar bagi sembahyang, dan qada bagi ibadah puasa.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Maslahah Tahsiniyyat (Pembaikan dan Mewah) Maslahah yang tidak sampai ke tahap kedua-dua di atas, ia bertujuan untuk memberi keselesaan dan kecantikan serta menjauhkan diri daripada perkara yang mencacatkan. Contoh : Perkara-perkara baik yang lebih cenderung kepada adat dan etika.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Untuk memudahkan kefahaman tahaptahap maslahah, kita boleh melihat kepada contoh berikut :

Mendirikan sekolah adalah maslahah dhoruriyyat (asas), kerana memberi pendidikan kepada orang ramai adalah wajib.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Melengkapkan sekolah dengan kemudahan-kemudahan asas seperti menyediakan bilik-bilik sebagai kelas, buku teks dan sebagainya adalah maslahah hajiyyat kerana ia adalah kemudahan yang sangat perlu untuk sebuah sekolah. Manakala menyediakan kelas berhawa dingin, projektor dan landskap yang cantik pula adalah maslahah tahsiniyyat kerana ia adalah perkara-perkara penambahbaikan dan mewah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PERTEMBUNGAN ANTARA MASLAHAH


Pengkategorian maslahah sangat penting untuk melihat mana satu yang perlu didahulukan apabila berlaku pertembungan. Sekiranya berlaku pertembungan, pengambilan maslahah mestilah dilakukan mengikut turutan tadi dengan syarat tidak boleh dilakukan serentak.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Masalah Dharuriyyat mestilah diutamakan ke atas Maslahah Hajiyyat dan Maslahah Tahsiniyyat. Keutamaan sesama Maslahah Dharuriyyat berdasarkan lima asas tadi iaitu memelihara agama, nyawa, akal, nasab (keturunan) dan harta.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maslahah Dharuriyyat yang berkaitan memelihara agama mesti diutamakan ke atas Maslahah Dharuriyyat yang berkaitan memelihara nyawa.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL
1. 2. Sebutkan tahap maqasid asy-syariah? Apakah yang anda faham tentang tujuan-tujuan syariat atau maqasid asy- syariah?

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

RUMUSAN

1. Tiga sudut kesyumulan Islam iaitu Islam sebagai cara hidup yang merangkumi segenap kehidupan, Islam terbuka kepada seluruh umat manusia dan agama Islam sesuai untuk semua zaman.
2. Penjajah telah melakukan usaha untuk menyemai pemikiran di kalangan umat Islam untuk menyatakan bahawa Islam tiada kena mengena dengan urusan dunia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Antara usaha-usaha tersebut ialah mengenepikan maklumat tentang sistemsistem Islam daripada pendidikan negara dan mewujudkan golongan pe-merintah dan pentadbir yang memper-cayai atau sekurang-kurangnya tidak meyakini Islam sebagai agama yang memmbentuk sistem kehidupan. 4. Kesimpulan daripada definisi Islam ialah menyerah diri kepada Allah dengan mengikuti ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5.

Ciri-ciri Islam ialah agama wahyu, tata cara hidup, seiring antara kepentingan individu dan masyarakat, kesatuan antara rohani dan jasmani, sejagat, mempunyai unsur tetap dan anjal dan mudah atau praktikal. Sumber-sumber Islam ialah Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Tujuan-tujuan peringkat. syariat mempunyai tiga

6. 7.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5.

Dharuriyyat (perkara-perkara asas): ia merupakan perkara yang wajib ada dan berdasarkan kepada menjaga lima perkara, agama, nyawa, akal, nasab dan harta. Hajiyat (perkara-perkara perlu): ia merupakan perkara yang perlu untuk mendapatkan kelapangan hidup. Contohnya, rukhsah. Tahsiniyyat (perkara-perkara pembaik-an dan mewah): ia tidak mencapai tahap di atas.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6.

7.

MUHASABAH DIRI ! ! ! Bagaimana kita berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah ? Bagaimana kita memenuhi dan melaksanakan segala keperluan dalam kehidupan dunia ? -Daruriyyat

-Hajiyyat
-Tahsiniyyat
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Rujukan
1. Nasrudi Yunos, Roziah Sidik dan Zulkarnain Mohamed, Pengajian Islam, Oxford Fajar, 2007. 2. Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam, Pustaka Ilmi, 2002. 3. Al Ustaz H. Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafie, Jilid 1 & 2, Pustaka Antara Sdn. Bhd. 2000. 4. Nazzwardi Abu Bakar Aly, Muqaddimah Pengajian Islam, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2000. 5. Dr. Mustafa Haji Daud, Al Quran Sumber Tamadun Islam, Percetakan Perniagaan Kita, 1997.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

AKHLAK
Akhlak adalah perkataan yang berasal dari bahasa arab yang bermaksud adab atau pun perlakuan manusia yang baik. Berasal dari bentuk jamak (plural). Bentuk mufrad (singular) adalah Khuluk. Perlakuan yang tetap sifatnya dalam diri seseorang tanpa perlu didahului oleh pemikiran.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dapat memelihara manusia dari melakukan perkara yang salah. Bukannya undang-undang semata-mata.
Apabila manusia tidak mampu mengawal dirinya sendiri barulah undangundang mengambil tempat dan dan ia menjadi pengajaran kepada orang lain. Akhlak dapat dipupuk menerusi didikan yang berterusan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Islam Mengutamakan Akhlak

Al Quran telah menceritakan kepada kita akhlak Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya engkau akhlak yang mulia. mempunyai

(Al Qalam: 4) Rasullullah saw diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. SabdaNya: aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhlak Rasulullah saw adalah berdasarkan Al Quran. Aisyah r.a telah berkata apabila ditanya tentangnya: Sesungguhnya akhlak Rasulullah saw adalah Al Quran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah saw, belum pernah saya diherdik atau ditegur perbuatan saya : mengapa engkau berbuat ini? atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu? (Bukhari dan Muslim).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhlak merupakan kayu ukur kesempurnaan iman. Sabda Rasulullah saw: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya (Riwayat Tirmizi). Sabda lain: Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya. (Bukhari dan Muslim).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ciri-ciri Akhlak Islam


1. Tetap dan tidak berubah Tidak mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh sifat amanah, sejak dahulu hingga sekarang, amanah adalah sifat yang baik. 2. Berlandaskan fitrah manusia Manusia secara fitrahnya cenderung untuk melakukan perkara baik dan benci kepada perkara buruk.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Merupakan Kesan daripada ibadah Lahir daripada mematuhi ajaran Islam dan meninggalkan larangannya. Ibadah yang dilakukan dengan sempurna akan menegah diri daripada berakhlak buruk. 4. Sumber kekuatan Asas keagungan umat. Benarlah katakata seorang penyair arab: Kekalnya sesuatu umat itu dengan kekalnya akhlak mereka. Apabila akhlak mereka runtuh dan lenyap, lenyaplah umat tersebut.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Syumul Meliputi akhlak : Akhlak dengan Allah dan rasul Akhlak sesama manusia Akhlak dengan alam Akhlak dengan pekerjaan Akhlak dengan binatang
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perbezaan Antara Akhlak Dan Etika Akhlak Etika Berdasarkan Al Quran Pandangan manusia dan Sunnah. atau selain dua sumber tersebut.

Matlamat akhlak Islam untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Bertujuan memenuhi kehendak manusia. lebih berorientasikan keuntungan


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mempunyai daya atau nilai kudus dan suci yang memberikan nilai tinggi dan penghormatan kepada akhlak itu sendiri. Tetap dan tidak berubah. Semenjak zaman Rasulullah saw definisi sesuatu akhlak tidak berubah

Tiada nilai kudus dan suci. Ia adalah pandangan manusia semata-mata. Semua orang boleh menyanggah dan menerimanya. Tindakan yang dianggap baik tidak dianggap baik pada masa yang lain. Berdasarkan rasional semasa.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Memberi kesan yang mendalam kepada pengamalnya, sama ada dari sudut rohani dan jasmani

Tidak mampu meninggalkan kesan. Ini kerana kebaikan sesuatu perkara berdasarkan kepada keadaan dan rasional.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kaedah Pembentukan Akhlak 1. Mengawal sesuatu sifat ke arah yang sederhana. 2. Memandu sifat-sifat manusia ke jalan yang disuruh oleh Islam. 3. Menggantikan sifat yang buruk dengan sifat yang baik.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Faktor-faktor Pembentukan Akhlak 1. Pandangan manusia terhadap Penciptanya: Apakah hubungan manusia dengan Tuhannya? Apakah mereka akan dipertanggungkan di hadapanNya? Apakah matlamat kewujudan mereka? Maka, tasawwur manusia yang jelas tentang Tuhannya dan matlamat kejadiannya akan membina neraca yang sebenar mengenai akhlak yang mesti mereka amalkan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Beriman kepada Allah S.W.T dan pembalasan akhirat:


Perkara ini berkait rapat dengan keimanan terhadap hari akhirat. Adakah seseorang menghayati dan menggambarkan diri mereka apabila berhadapan dengan seksa Allah SWT. 3. Persekitaran:

Seperti keluarga, masyarakat, geografi dan sebagainya.


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Teman dan sahabat: Maksud hadis : Perumpamaan seseorang yang mengambil kawan yang baik, adalah seperti seorang yang berkawan dengan penjual minyak wangi. Dia akan terkena bauan minyak wangi itu. Manakala seorang yang mengambil kawan yang jahat seperti orang yang berkawan dengan tukang besi. Bajunya akan koyak atau terkena bauan yang busuk.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Keturunan (Wirathah): Sifat genetik yang diwarisi dari gengerasi ke generasi yang lain mampu membentuk peribadi seseorang.
6. Adat: Adat yang baik di dalam sesebuah masyarakat akan membantu seseorang itu terikat dengan perkara tersebut. Islam tidak melarang adat resam sesuatu bangsa selagi mana ia tidak bertentangan dengan agama.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

7. Undang-undang dan peraturan:


Undang-undang merupakan jalan terakhir atau sokongan untuk membentuk akhlak manusia. Di dalam Islam terdapat dua cara untuk mendidik manusia :

Pertama : menggalakkan (targhib). Kedua : menakutkan (tarhib). Kedua-dua cara ini saling melengkapi di antara satu sama lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

8. Ilmu: Ilmu yang dimaksudkan adalah : (a) ilmu agama secara umumnya dan (b) ilmu akhlak secara khususnya. Ini kerana ilmu mengenalkan manusia perkara baik dan sebaliknya serta balasan-balasan yang akan diperolehi jika melakukannya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

9. Budaya:

Budaya yang dimaksudkan ialah :


Nilai-nilai baik yang sudah menjadi budaya di dalam masyarakat. Untuk menjadikan nilai-nilai baik menjadi budaya memerlukan kepada proses pembudayaan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM (MPW 1143)

BAB 2:
ASPEK-ASPEK UTAMA AJARAN ISLAM

MOHD SAFUAN BIN AHMAD SUBHI

PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

OBJECTIVES LEARNING
Memahamkan dan menghuraikan konsep dan asas-asas Islam seperti Aqidah, Akhlak dan Syariat Memahamkan tujuan kehidupan manusia hasil daripada konsep dan gambaran di atas.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

OUTCOME LEARNING Mengetahui dan memahami konsep dan asas-asas Islam seperti Aqidah, Akhlak dan Syariat dan berusaha mempraktik-kannya di dalam ruang-ruang tersebut.

Memenuhi kehidupan dengan cita-cita untuk berkhidmat dan berbakti terhadap agama Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

ASPEK-ASPEK UTAMA AJARAN ISLAM


ISLAM AKIDAH Kepercayaan/ Keimanan SYARIAH Perundangan /Hukum AKHLAK Nilai-nilai baik/buruk

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

AKIDAH
DEFINISI AKIDAH Dari segi bahasa: Berasal daripada perkataan Arab `aqada bermaksud : `ikatan atau simpulan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dari segi istilah :

Kepercayaan atau keimanan kepada hakikathakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syarak, iaitu beriman kepada Allah S.W.T, rukun-rukun iman, rukun-rukun Islam, dan perkara-perkara ghaibiyyat seperti syurga dan neraka (seperti dijelaskan oleh al-Quran).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud Firman Allah :

Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa di jalan Allah. Mereka itu orang-orang yang benar (al-Hujurat 49:15)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kaitan definisi akidah dari sudut bahasa dan istilah boleh dilihat dari segi: Akidah adalah sesuatu kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai/terurai.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud iman :
Imam al-Ghazali sebagai : menghuraikan iman

(a) Pengakuan dengan lidah. (b) Membenarkan pengakuan itu dengan hati. (c) Membuktikan pengakuan tersebut dengan amalan melalui anggota.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara dalil yang menjadi asas akidah/iman: Maksud sabda Rasulullah s.a.w ketika menjawab pertanyaan Jibril tentang iman: Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah dan para malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan para rasulNya dan hari akhirat, dan kamu beriman dengan qadar ketetapanNya baik dan buruk .
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

MENGAPA PERLU AKIDAH?


Akidah menjadi teras/asas dalam kehidupan. Amalan yang dilakukan oleh seseorang tanpa iman, tidak diterima oleh Allah.

Akidah yang murni akan memberi kesan terhadap jiwa seseorang, di mana akidah akan bertindak sebagai pendorong untuk melakukan amal ibadah dan tidakan yang lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akidah yang murni bertindak sebagai penyuluh untuk seseorang mengenali kebenaran dan menyelamatkannya daripada terjerumus ke kancah kesesatan dan penyelewengan. Seseorang yang mempunyai akidah yang kuat akan mengetahui tujuan kehidupannya. Dia mengetahui permulaan dan pengakhiran kehidupannya. Dia hidup di atas jalan yang lurus.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akidah tauhid akan menjadikan manusia bersatu padu kerana semua manusia diciptakan oleh Allah. Iman menjadikan manusia berkasih dan bersaudara.

Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memimpin hatinya, dan Allah amat mengetahui segala se-suatu (at-Taghabun : 11)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

ASAS AKIDAH DALAM ISLAM (RUKUN IMAN)


1. Beriman kepada Allah sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran : Katakanlah (wahai Muhammad : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak, dan Dia tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perkara-perkara kewujudan Allah.

yang

membuktikan

Melalui logik akal, setiap perkara yang wujud di alam ini ada penciptanya. Maka siapakah yang menciptakan alam ini?. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, tentulah Allah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Melalui dalil wahyu, iaitu hujah di mana Allah memberitahu menerusi RasulNya bahawa Dia adalah Rabbul Alamin (pencipta, penguasa, pemerintah dll). Maksud Firman Allah SWT. : Atau sesiapa yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air Dari langit lalu kami tumbuhkan kebunkebun (al-naml: 60)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Para Ulamak memutuskan bahawa cara untuk mengenal Allah ialah melalui wahyu, iaitu pemberitahuan oleh Allah sendiri tentang diriNya. Antara pengenalan Allah yang paling jelas terdapat dalam Asma al-Husna, iaitu namanama Allah yang 99 sebagai gambaran tentang sifat-sifat Allah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antaranya:
Allah Lafaz yang Maha Mulia ini merupakan nama dari zat Ilahi yang Maha Suci serta berhak memiliki segala pujian serta sanjungan. Manakala nama-nama lain menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh itu ia juga boleh dianggap sebagai sifat-sifat bagi lafaz yang Maha Agung iaitu Allah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara nama lain ialah:


Al Rahman Maha Pengasih, memberi nikmat kepada makhluk semasa di dunia. Al Rahim Maha Penyayang, ada ulamak mentafsirkan dengan maksud memberi nikmat yang banyak di akhirat kursus kepada orangorang mukmin.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seorang muslim wajib beriman kepada Allah pada tiga sudut iaitu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyah dan Al Asma Was Sifat.

Tauhid Uluhiyyah: mempercayai secara putus bahawa hanya Allah SWT Tuhan yang berhak disembah, tiada selainNya.
Tauhid Rububiyah : mempercayai secara putus/tetap bahawa hanya Allah SWT yang mencipta, memiliki dan menyusun alam ini. Segala-galanya tertakluk ketentuan Allah S.W.T.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mempercayai bahawa Allah mempunyai nama-nama dan sifat-sifat yang mulia. Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah juga bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah S.W.T.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Apa maknanya beriman kepada Allah kalau tidak mengatahui dan jahil tentang petunjuk atau ajaran Allah S.W.T. inilah yang dimaksudkan dengan konsep akidah yang kabur dan iman yang keliru. Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah juga ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL 1. Apakah dalil-dalil atau hujah-hujah logik yang menyatakan Allah itu wujud? Mengapa seorang Islam yang beriman dengan Allah mesti mematuhi dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam?
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2.

2. Beriman kepada Malaikat Mereka adalah makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah daripada cahaya, berdasarkan Hadith Rasulullah yang bermaksud: Dijadikan Malaikat dari cahaya, dijadikan jin dari nyalaan api dan manusia seperti yang telah digambarkan kepada kamu. (Riwayat Muslim)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Malaikat boleh meyerupai bermacam rupa dan bentuk dengan izin Allah. Biasanya ia datang kepada Rasulullah dalam bentuk manusia dan ada juga yang datang ke bumi dalam bentuk cahaya. Bentuk asal malaikat mempunyai sayap yang berbeza-beza antara satu malaikat dengan yang lain. Ada yang mempunyai dua sayap, tiga sayap, empat sayap bahkan ada yang lebih dari itu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah S.W.T.


Segala puji-pujian bagi Allah yang mencipta langit dan bumi, menjadikan malaikat sebagai utusan, pada malaikat ada sayap-sayap, ada yang punya dua sayap, tiga sayap, empat sayap. Allah boleh menembahkan pada ciptaanNya apa yang Allah kehendaki, sesungguhNya Allah Maha Berkuasa terhadap segala-galanya. (Fatir: 1)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Rasulullah S.A.W. telah melihat Jibril mempunyai enam ratus buah sayap (Riwayat Muslim)
Mereka melaksanakan segala perintah Allah. Firman Allah SWT: Para Malaikat itu tidak melanggar apa yang di perintah oleh Allah di mana mereka melaksanakan apa yang disuruh. (al-Tahrim: 6).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara tugas mereka ialah membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul. Firman Allah SWT:

Katakanlah wahai Muhammad siapa yang menjadi musuh Jibril maka sebenarnya Jibril itu membawa turun wahyu ke dalam hati kamu dengan izin Allah, membenarkan wahyu yang terdahulu dan sebagai petunjuk serta berita gembira bagi orang mukmin. (al-Baqarah: 97).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bertasbih dan patuh serta sujud pada Allah. Firman Allah S.W.T: Sesungguhnya semua Malaikat yang ada di sisi Tuhanmu (Allah) mereka tidak menyombong diri dan tidak enggan beribadah menyembah Allah, mereka bertasbih dan sujud kepadaNya. (al-Akraf: 206).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Memikul Arsy. Fiman Allah: Mereka (malaikat) yang memikul Arasy. (Ghafir: 7). Berdoa untuk Orang-orang beriman: Dan mereka (malaikat) memohon keampunan untuk orang-orang yang beriman dengan berkata wahai Tuhan kami yang Maha Luas RahmatNya terhadap segalagalanya dan pengetahuanNya. Ampunlah mereka yang bertaubat dan menuruti jalan engkau, dan peliharalah mereka dari azab neraka (Ghafir: 7-8)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Di dalam nas-nas, terdapat nama-nama malaikat dan kerja-kerja mereka:


Jibril Mikail Raqib Atid Ridhwan Malik Munkar Nakir Izrail Israfil : menyampaikan wahyu : menyampaikan rezeki : menulis segala kejahatan : menulis segala kebaikan : menjaga pintu syurga : menjaga pintu neraka : menyoal di dalam kubur : menyoal di dalam kubur : mencabut nyawa : meniup sangkakala
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL 1. Mengapakah kita perlu memahami perkaraperkara berkaitan Malaikat me-lalui nas-nas agama? 2. Bagaimanakah keimanan terhadap malaikat boleh memberi kesan yang baik dalam kehidupan?
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Beriman kepada kitab Percaya bahawa Allah menurunkan kitabkitab kepada nabi-nabi dan rasul-rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Tidak meragui Al-Quran adalah kitab yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. yang merupakan mukjizat. Membenarkan segala ajaran yang terdapat dalam al-Quran dan beramal dengannya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Setiap orang Islam mestilah mengetahui dan yakin bahawa Allah SWT telah menurunkan wahyuNya kepada para Nabi dan Rasul sejak dahulu hingga Rasul terakhir Muhammad S.A.W.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah SWT: Seluruh manusia adalah Ummah yang satu. Kemudian Allah mengutuskan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan menyampaikan peringatan juga diturunkan bersama mereka kebenaran supaya ia dapat memberikan keputusan tentang apa yang menjadi pertikaian di kalangan mereka... (al-Baqarah: 213)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara contoh-contoh kitab yang Allah turunkan ialah Suhuf kepada Ibrahim yang disebut dalam al-Quran.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah SWT: Sesungguhnya berjaya orang-orang yang menyucikan dirinya. Mengingati nama Tuhannya kemudian mendirikan solat. Tetapi kamu semua terpengaruh dengan kehidupan dunia sedang akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya perkara ini terdapat dalam Sahifah-Sahifah yang terdahulu iaitu Sahifah-sahifah yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Musa. (al-Ala: 14-19)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Contoh lain ialah Zabur kepada Daud. Firman Allah SWT: Dan Tuhan lebih mengetahui siapa yang berada di langit-langit dan di bumi. Sesungguhnya kami melebihkan sebahagian Nabi kepada sebahagian yang lain. Dan kami telah berikan kepada Daud kitab Zabur. (al-Isra: 55)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Taurat dan Injil diturunkan kepada Nabi Allah Musa dan Isa :
Dan Kami mengutuskan Isa bin Maryam mengikuti jejak langkah mereka (nabi-nabi Bani Israel yang terdahulu) untuk mem-benarkan apa yang telah ada dihadapan-nya dari kitab Taurat, dan Kami telah mem-erikan kepadanya Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil membenarkan apa yang dahulu daripadanya iaitu Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Maidah: 46)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kitab terakhir ialah al-Quran, diturunkan kepada Muhammad s.a.w. :


Maksud Firman Allah: Allah, tiada Tuhan selainNya, yang hidup kekal mentadbirkan (sekelian makhlukNya). Dia menurunkan kepadamu (Muhammad) al-Quran dengan mengandungi kebenaran, yang membenarkan isi kitab-kitab suci yang terdahulu, dan Dia juga yang menurunkan kitab-kitab Taurat dan Injil. (Ali Imran: 2-4)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tujuan kitab-kitab diturunkan ialah untuk memberi petunjuk kepada manusia ten-tang jalan hidup yang betul. Dengan al-Quran itu, Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-nya, dan (dengannya) Dia megeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepa-da cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya, dan (dengannya juga) Dia menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. ( al-Maidah:16 ).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Persamaan Al-Quran dengan kitab-kitab lain ialah : semua kitab Allah yang diturunkan kepada para Nabi adalah membawa perkara pokok yang sama, iaitu mengajak manusia menyembah Allah S.W.T men-tauhidkanNya dan supaya mereka menjauhi Taghut.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Beberapa perbezaan Al-Quran Dengan kitab-kitab lain: 1. Al-Quran mengandungi isi kandungan yang menyeluruh dan lengkap. Manakala kitab-kitab lain tidak menyeluruh dan belum sempurna kerana kitab yang terakhir iaitu Al Quran belum lagi diturunkan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Al-Quran tetap asli, tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Kami menurunkan Al-Zikir (Al-Quran) dan kami yang menjaganya (Al-Hajr : 9). Kitab-kitab lain pula telah diselewengkan dan tidak asli.

3. Syariat atau hukum-hakam yang terdapat di dalam Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat. Manakala syariat daripada kitabkitab terdahulu sesuai untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Bahasa Al-Quran adalah bahasa yang hidup penggunaanya sepanjang zaman iaitu sentiasa digunakan oleh ramai orang dan banyak negara di seluruh dunia.
Bahasa kitab-kitab lain telah atau hampir pupus, yang tinggal hanyalah penggantipenggantinya iaitu bahasa-bahasa terjemahan. Jika ada bahasa asal sekali pun, kita akan dapati tidak ada atau jarang orang yang boleh memahaminya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hikmah Beriman Dengan Kitab-Kitab.


1. Menunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab terdahulu dan kitab yang terakhir iaitu Al Quran.

2. Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah Tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datang daripada Allah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Perbezaan dari segi syariat adalah perkara ranting sahaja. Manakala perkara asas adalah sama.
4. Mengetahui bahawa sepatutnya orang-orang Yahudi dan Kristian menerima Islam. Ini kerana semua para Nabi membawa mesej yang sama dan Islam adalah agama Allah yang memansuhkan kesemua agama sebelum ini.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL
1. Sebutkan nama-nama kitab yang diturun-kan kepada nabi-nabi. Selain daripada kitab-kitab tersebut, adakah terdapat kitab-kitab lain yang telah diutuskan?. Jika ada sebutkan nama kitab-kitab tersebut berserta dalilnya. 2. Apakah kesinambungan atau hubungkait antara semua kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT?.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Beriman kepada rasul Nabi atau rasul ialah manusia lelaki yang diutuskan oleh Allah kepada umat/kaum-nya bertujuan mengajak manusia me-nyembah Allah dan menjauhi Taghut. Firman Allah S.W.T: Dan kami telah mengutuskan kepada setiap umat seorang Rasul untuk meng-ajak manusia menyembah Allah dan menjauhi Taghut... (Al-Nahl : 36)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ada di antara Rasul-Rasul yang diceritakan oleh Allah kepada kita dan sebilangan yang lain tidak dijelaskan.
Firman Allah S.W.T:

Dan sebilangan dari kalangan para Rasul telah diceritakan kepada kamu manakala sebilangan yang lain tidak diceritakan. (Al-Nisa ; 164)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sebilangan yang diceritakan dalam Al-Quran seperti firman Allah S.W.T : Dan itulah hujah yang Kami berikan kepada Ibrahim dalam menghadapi kaumnya, Kami tinggikan darjat siapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya TuhanMu itu maha bijaksana lagi maha mengetahui (Al-Anam: 83)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan Dan Kami anugerahkan kepada nabi Ibrahim (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah) dan (cucunya) Yaakob. Tiap-tiap seorang (daripada mereka) Kami berikan petunjuk, dan sebelum itu kami berikan kepada Nuh, dan sebelum itu kami berikan kepada Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa dan Harun. Begitulah kami berikan balasan kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. (Al-Anam: 84)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara hujah yang menunjukkan seseorang Rasul itu benar ialah mukjizat. Mukjizat ialah kejadian luar biasa yang diberikan oleh Allah kepada Rasul-rasulNya. Contoh : mukjizat Nabi Ibrahim a.s., tidak hangus dibakar api. Kami telah berfirman: wahai api, dinginlah dan jadilah kamu selamat kepada Ibrahim.

(al Anbiya:69)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kepentingan Beriman Kepada Para Rasul:

1. Menunjukkan kesatuan, kesinambungan dan hubungan antara para Nabi dan Rasul, di mana mereka semua adalah penerus agama Allah yang berasaskan akidah Tauhid.
2. Menunjukkan bahawa agama yang benar hanya satu sahaja, iaitu Islam yang dibawa oleh semua Nabi dan Rasul.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL

1. Apakah bukti kebenaran seseorang Rasul?. Sebutkan contoh perkara yang diberikan oleh Allah kepada para Rasul untuk membuktikan kebenaran mereka?.
2. Apakah hubungan antara Islam dengan agama Yahudi dan Kristian?.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Beriman kepada hari akhirat/kiamat Konsep beriman kepada hari Akhirat bererti percaya dan yakin tentang adanya kehidupan selepas alam dunia ini. Setiap manusia akan berpindah dari alam dunia ke alam akhirat apabila mereka mati. Dengan kata lain akhirat ialah alam selepas mati. Akhirat bagi seseorang ialah bermula dengan kematiannya. Setelah seseorang itu meninggal dunia bermakna dia telah masuk ke alam akhirat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Peringkat-Peringkat di Hari Akhirat 1. Alam Kubur (Barzakh)

Akhirat bagi seseorang bermula dengan kematiannya. Apabila seseorang itu mati beerti telah bermula hari akhiratnya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud:
kubur itu akan menjadi samada satu taman dari pada taman-taman Syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang Neraka.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Hari Kebangkitan Apabila berlakunya Qiamat, manusia akan dibangkitkan. Allah S.W.T berfirman: Pada hari yang mana Allah membangkit-kan mereka semua, kemudian Allah memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka lakukan. Allah telah mem-buat perhitungan sedang mereka telah melupainya, dan Allah maha menyaksikan segala sesuatu. (Al-Mujadalah: 6).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah yang lain: Dan Dia (Allah) yang memulakan penciptaan makhluk, kemudian Dia mengulanginya, dan ia lebih mudah bagiNya. (Al-Rum: 27).

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Apabila manusia dibangkitkan, mereka dihimpun di suatu tempat yang bernama (Mahsyar). Rasulullah bersabda maksudnya: Manusia dikumpul pada hari Qiamat kepada tiga golongan: satu golongan berjalan, satu golongan lain berkenderaan dan golongan yang ketiga berjalan dengan muka-muka mereka. Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah!, Bagaimana mereka dapat berjalan dengan muka?

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan
Baginda menjawab: Allah Maha Berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan kaki, maka sudah tentu Allah berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan muka-muka mereka. Alangkah sukarnya mereka yang berjalan dengan muka kerana terpaksa menjaga muka dari tanah yang berbonggolbonggol dan berduri. (Riwayat Tirmizi)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pada hari Akhirat, amalan manusia akan dipamerkan. Setiap orang akan melihat setiap amalan mereka lakukan sama ada baik atau pun buruk, besar, atau pun kecil. Firman Allah S.W.T: Dan sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarrah ia akan dapat melihatnya dan juga sesiapa melakukan kejahatan sebesar zarrah sekali pun ia akan dapat melihat. (al-Zalzalah:7-8)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara perkara yang akan dilalui oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan. Firman Allah swt:

Tidak berganjak tapak kaki seseorang hamba sehingga dia disoal tentang umurnya untuk apa dihabiskannya, dan ilmunya untuk apa dipergunakannya, dan tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan untuk apa dipergunakan. (Riwayat Tirmizi)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan Firman Allah SWT:

Kami letakkan timbangan yang adil pada hari qiamat, maka tidak dizalimi seseorang itu sedikit pun, dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan. (al-Anbiya: 47)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Setiap orang pasti melalui sirat (jambatan). Firman Allah S.W.T: Tidak seorang pun dari kamu melainkan mendatanginya (sirat). Perkara itu bagi TuhanMu adalah ketentuan yang telah ditetapkan. Kemudian kami menyelamat-kan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim berlutut di dalamnya (api neraka). (Mariam: 71-72)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan Rasulullah bersabda bermaksud: Dibentangkan sirat di antara dua tebing Neraka Jahanam. Aku (Muhammad) dan umatku adalah mereka yang mula-mula menyeberangi. Tidak ada yang berani bercakap ketika itu kecuali para Rasul dengan berdoa: Ya Allah selamatkanlah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akan berlaku balasan syurga dan neraka. Berdasarkan nas-nas yang menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baik yang banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukkan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukkan ke dalam neraka.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan Firman Allah S.W.T: Dan sesiapa yang berat timbangan amalan baiknya ia akan hidup dalam keredhaan Allah di Akhirat dan mereka yang ringan timbangan baiknya akan dikembalikan kepada Hawiah. Apakah Hawiah itu?. Iaitu api yang membakar. (al-Qariah: 7)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL 1. Bagaimanakah Keimanan Kepada Hari Akhirat dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT seterusnya membentuk akhlak yang mulia?. 1. Terangkan peringkat-peringkat Hari Akhirat secara ringkas?.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat.

1.

Membuatkan manusia melakukan ke-baikan dan meninggalkan kejahatan kerana mereka menyedari bahawa setiap perkara akan diberi balasan.
Membuatkan manusia berlaku adil kerana pembalasan Allah swt maha adil.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2.

3. Menimbulkan keimanan dengan merasai keagungan Allah Rabbul Alamin selaku perintah dan penguasa serta pemilik alam dan segala isi kandungannya.

4.

Melembutkan hati manusia mengingati mati dan Hari Akhirat.

dengan

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Beriman kepada Qada dan Qadar.

Qada bermaksud pelaksanaan atau penyempurnaan sesuatu perkara sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Daripada maksud qada, kita mestilah beriman bahawa Allah swt mengetahui apa yang akan terjadi terhadap setiap makhluk.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Qadar bermaksud kadar atau sukatan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Daripada maksud qadar, kita mestilah beriman bahawa setiap makhluk telah ditetapkan oleh Allah swt kadar yang akan diperolehinya.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Terdapat kekeliruan dalam memahami konsep Qada dan Qadar. Antaranya ialah sikap tidak mahu berusaha kerana beranggapan Allah swt telah mengetahui Qada (pelaksanaan dan penyempurna-an) dan telah menetapkan Qadar (kadar dan sukatan).
Pemikiran sebegini adalah salah dan tidak memahami kosep Qada dan Qadar dengan betul.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Allah swt menentukan kadar dan sukatan sesuatu perkara kepada manusia berdasarkan penyempurnaan dan pelaksanaan mereka sendiri. Dalam kata lain, Allah swt menetapkan sesuatu perkara berdasarkan usaha dan kehendak menusia itu sendiri.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Adil di dalam menilai usaha dan kehendak itu. Ini bertepatan dengan firmanNya:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Manusia juga dituntut untuk berdoa kepada Allah swt. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan mem-buat baik kepada ibu bapa.
(Riwayat Ibnu Hibban dan Tirmizi)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah:


1. Menerima dan redha dengan takdir kerana Allah Maha Adil dan tidak zalim terhadap makhluk. Perkara yang ditentukan kepada manusia yang berada di luar kemampuan mereka berdasarkan kepada keadilan Allah swt.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Bersabar di atas takdir buruk yang berlaku kerana Allah swt mengetahui hikmahnya dan bersyukur di atas takdir yang baik. 3. Berusaha dan berwaspada dalam kehidupan seharian. Kemudian mengi-ringinya dengan doa dan selepas itu bertawakkal.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kepentingan Beriman Dengan Qada dan Qadar: 1. Melatih diri untuk banyak bersyukur dan bersabar. Orang yang beriman kepada qada dan qadar, apabila mendapat keberuntungan, dia akan bersyukur kerana menyedari itu adalah nikmat Allah. Sebaliknya, apabila terkena musibah, dia akan sabar kerana menyedari itu adalah ujian.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Menjauhkan diri dari sifat sombong dan putus asa. Ini kerana, apa yang diperolehi adalah milik Allah swt. Apabila mengalami kegagalan, tidak mudah berkeluh kesah dan berputus asa kerana mengetahui bahwa kegagalan itu sebenarnya adalah ketentuan Allah.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Mempunyai sikap optimis dan giat bekerja. Manusia tidak mengetahui takdir yang akan terjadi pada dirinya. Justeru, semua orang tentu menginginkan nasib yang baik. Keberuntungan dan nasib yang baik itu tidak datang begitu saja, tetapi harus diusahakan. Oleh sebab itu, orang yang beriman kepada qada dan qadar sentiasa optimis dan giat bekerja untuk meraih kebaikan yang diingini.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sambungan Firman Allah: Dan carilah kebahagiaan negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada kenikmatan dunia, dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orangorang yang berbuat kerosakan (Al- Qashas ayat 77).

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Orang yang beriman dengan qada dan qadar


mempunyai jiwa yang tenang. Ini kerana mereka merasa senang dengan apa yang ditentukan Allah kepadanya. Jika beruntung atau berhasil, dia ber-syukur. Jika terkena musibah atau gagal, dia bersabar dan berusaha lagi. Firman Allah: wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya. Maka, masuklah ke dalam kumpulan hambahamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurgaKu. (Al-Fajr : 27-30).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SOALAN TUTORIAL 1. Mengapa manusia perlu berusaha sedangkan Allah SWT sudah mengetahui dan menetapkan apa yang akan diperolehi?. 2. Seseorang yang beriman dengan qada dan qadar akan mempunyai jiwa yang tenang?. Huraikan secara ringkas.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Apakah Yang Boleh Merosakkan Akidah?


Syirik: Perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk dengan sesuatu yang lain, sama ada makhluk bernyawa atau tidak. Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (jelas).

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Syirik khafi (tersembunyi) bermaksud: Tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat, terutama dalam ibadah. Antara perbuatan syirik khafi ialah riyak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), ujub (mengagumi diri) dan takabur (membangga diri).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Syirik jali (jelas) berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan: 1. Melalui iktikad iaitu meragui atau menafikan kewujudan Allah swt. 2. Melalui perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah berhala, patung, pokok, matahari, bulan, bintang dan lain-lain. 3. Melalui lidah atau perkataan seperti mengaku keluar daripada Islam dan menghalalkan perkara yang haram.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tindakan-tindakan yang membawa kepada rosak akidah: 1. Sihir dan menenung nasib
2. Bertawakal kepada makhluk 3. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya 4. Yakin pada ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Mencaci nabi dan sunnah

6. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan 7. Menolak sunnah Rasulullah s.a.w. yang dibawa oleh

8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam 9. Menolak sebahagian daripada al-Quran dan menerima sebahagian yang lain
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bagaimana kesan/akibat nyelewengan akidah ? Kesan terhadap individu

daripada

pe-

Dimurkai oleh Allah Melemahkan iman Hati sentiasa gelisah Tidak takut untuk melakukan kejahatan Berakhlak buruk Hidup tanpa arah/tujuan yang betul dan tidak diredai
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesan terhadap masyarakat dan negara


Merosakkan hubungan persaudaraan dalam Islam Timbul pelbagai masalah sosial Mudah dieksploitasikan oleh orang lain untuk kepentingan sendiri seperti yang berlaku di Barat. Umat Islam akan sentiasa ditindas Mewujudkan perpaduan masyarakat yang pincang
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

RUMUSAN
1. Maksud Akidah ialah simpulan yang kuat. 2. Dalam Islam, apabila dibicarakan per-soalan akidah, ia merujuk kepada Iman. 3. Terdapat enam rukun Iman yang wajib dipercayai oleh orang Islam iaitu beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab-kitab, Rasulrasul, Hari Akhirat dan Qada dan Qadar.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Maksud beriman kepada Allah ialah meyakini secara putus (tekad) bahawa tiada sekutu bagi Allah dalam semua perkara, hanya Allah yang berhak disembah sebagai Tuhan dan Allah mempunyai nama-nama dan sifat-sifat yang mulia. 5. Maksud beriman kepada Malaikat ialah mempercayai kewujudan malaikat dan keadaannya sebagaimana yang diterangkan oleh Al Quran dan Hadith.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Maksud beriman kepada Kitab-kitab ialah mempercayai bahawa Allah SWT menurunkan Kitab-kitab kepada Rasulrasulnya, membenarkan ajarannya dan Al Quran adalah kitab terakhir yang memansuhkan kitab-kitab sebelum ini. 7. Maksud beriman kepada Rasul-rasul ialah mempercayai bahawa Allah SWT mengutuskan Rasul-rasul kepada setiap umat dan keadaan mereka sebagaimana yang diceritakan oleh Al Quran dan Hadith.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SYARIAH Syariah difahami sebagai sistem atau peraturan perundangan yang menyusun kehidupan sepertimana yang digariskan oleh Islam yang bersumberkan wahyu dan sunnah nabi untuk diamalkan oleh manusia. Tujuannya ialah untuk memelihara keselamatan 5 perkara asas: (a) Agama (b) Akal (c) Keturunan (d) Harta (e) Nyawa
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Skop atau ruang lingkup syariat ialah hukum-hukum amali/praktikal yang dilaksanakan oleh manusia meliputi aspek-aspek berikut: 1. Ibadat : Meliputi aspek-aspek fardu ain (seperti solat, puasa, zakat dan haji) dan fardu kifayah.

2. Muamalat : seperti perniagaan dan kewangan


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Munakahat seperti nikah, talak, rujuk. 4. Hukuman jenayah seperti qisas dan hudud 5. Hubungan antara negara - perjanjian dan lain-lain 6. Akhlak dan adab - seperti amanah dan benar

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ibadah Dari sudut bahasa, berasal daripada perkataan `abada, bermaksud: merendah diri, tunduk, akur patuh dan taat. Dari segi istilah syarak, ibadah bermaksud: taat, tunduk, patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah, mengakui dan meyakini bahawa Allah sahaja yang layak menjadi tumpuan kepatuhan dan pengharapan dalam aktiviti kehidupan manusia
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tujuan utama penciptaan manusia adalah untuk `mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Maksud Firman Alah :

Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (terhadapKu). ( Surah : )
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pembahagian Ibadah
Ibadah khusus: Ibadah yang dilakukan dalam hubungan antara manusia dengan Allah secara langsung seperti solat, puasa, zakat dan haji. Cara dan peraturan : ditentukan oleh alQuran dan as-Sunnah secara terperinci. Ibadat menjadi sah jika segala rukun dan syarat disempurnakan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ibadah Umum Merujuk kepada segala perkara atau amalan selain daripada ibadah khusus yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Justeru, ia adalah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Contoh :

Makan, minum, tidur dan mandi. Jika diniatkan kerana Allah, dianggap sebagai ibadat dan diberi ganjaran pahala Tidak melakukan sesuatu kejahatan seperti tidak mencuri, tidak menipu dan sebagainya, dikira telah melakukan ibadah dan diberikan pahala.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ciri-ciri khusus ibadah: 1. Bebas daripada sebarang bentuk perantaraan antara hamba (manusia) dengan Penciptanya (Allah). 2. Tidak terbatas kepada ruang masa dan tempat yang tertentu sahaja 3. Boleh dilakukan dengan mudah dan menepati kemampuan manusia 4. Meliputi semua bidang kehidupan
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Muamalat
Meliputi semua hukum syariat yang membicarakan hukum-hukum berkaitan dengan urusan yang melibatkan harta dan kewangan mengikut syariat Islam.

Ia juga hubungan manusia dengan manusia dalam usaha mendapatkan keperluan jasmani dengan cara yang dibenarkan oleh syariat dan tuntutan agama.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Muamalat berlaku dalam pelbagai urusan, antaranya seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Menukar barangan Jual beli Pinjaman Upah Gadaian dan lain-lain
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara dalil-dalil berkaitan muamalat:


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antaraa kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa mengasihi kamu (an-Nisa 29).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pedagang yang jujur lagi amanah adalah bersama-sama para Nabi, orang-orang yang benar dan orang- orang yang mati syahid (Riwayat al-Bukhari).

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dan Kami jadikan di bumi ini kebunkebun kurma dan anggur, dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, supaya mereka makan daripada buahbuahannya (pertanian) dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka (perusahaan), maka patutkah mereka tidak bersyukur?. (Yasin 34-35)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perbezaan muamalat mengikut syariat dan bukan syariat. Contohnya:

Ekonomi konvensional:
1. Mementingkan keuntungan sematamata tanpa had. 2. Tiada nilai akhirat (tidak mengambil kira hukum-hakam)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ekonomi Islam: 1. Tertakluk kepada peraturan dibenarkan oleh syariat 2. Mempunyai nilai `al-falah kejayaan di dunia dan akhirat yang iaitu

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Asas-asas dalam muamalat: 1. Rububiyyah (Ketuhanan) Sedar bahawa Allah s.w.t sebagai Penguasa alam yang menentukan segala peraturan untuk kehidupan makhluk. Segala rezeki, aktiviti ekonomi dan kekayaan milik manusia disusun oleh Allah kerana Dia adalah pemilik sebenar.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Tazkiyah (Penyucian)

Bertujuan menyucikan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah dengan mengikut syariat dalam kegiatan ekonomi.
Membersihkan harta dengan zakat dan sedekah.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Manusia Sebagai Khalifah

Manusia memegang tanggungjawab dan amanah yang besar untuk dilaksanakan sebagai khalifah di muka bumi
Sebagai khalifah, hendaklah memakmurkan bumi dengan : (a) Bersikap adil (b) Tidak melakukan kerosakan
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Persaudaraan dan pengorbanan Dalam urusan muamalat, persaudaraan suatu elemen penting dan menjadi sebahagian daripada tauhid (iman)

Rasa kasih sayang, menghormati saudara dan berkorban untuknya adalah dituntut. Sesama saudara tidak boleh berlaku tindas menindas, memeras, bakhil dan lain-lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Al-Falah (Kejayaan) Maksudnya kejayaan di dunia dan di akhirat menjadi matlamat bagi aktiviti muamalat.

Kebendaan bukan matlamat, tetapi hanya sebagai wasilah. Nafsu rakus dalam pencarian harta perlu dikawal.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Munakahat

Munakahat menurut istilah Ahli Fiqh adalah meliputi : `segala persoalan pernikahan, talak dan rujuk, serta yang bersangkutan dengannya

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud nikah:
Dari segi bahasa: bercampur. `berkumpul dan

Dari segi istilah syarak: `Ijab dan qabul (akad) yang membolehkan pergaulan antara suami isteri, yang diucapkan dengan lafaz yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh syariat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah berkaitan nikah:

maka nikahilah olehmu wanita yang disenangi pada pandanganmu; dua, tiga atau empat, tetapi apabila kamu khuatir bahawa kamu tidak boleh berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja (an-Nisa : 3).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kedudukan Nikah Dalam Islam


Nikah adalah sunnah nabi. Sesiapa yang membenci perkahwinan bererti dia membenci sunnah nabi, dan tidak termasuk dalam kategori umatnya.
Sabda Rasulullah s.a.w:

Anas r.a. telah berkata, Nabi s.a.w bersabda: Maka sesiapa yang membenci sunnahku, maka ia tidak termasuk dalam kalangan umatku (Riwayat Bukhari dan Muslim).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hukum Nikah Wajib :

Cukup syarat, mampu, mempunyai keinginan dan bimbang berlaku perbuatan zina.
Sunat:

Cukup syarat, mampu, ada keinginan dan hendak mendapat zuriat .


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Makruh: Tiada keinginan, tidak mampu, mempunyai penyakit yang menjejaskan hubungan perkahwinan.

Haram: tidak jahat/buruk.

mampu,

berniat

Harus: cukup syarat, mampu, boleh menjauhi perbuatan zina.


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dasar pernikahan yang dituntut oleh syarak : Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w., baginda bersabda: Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya, dan pilihlah perempuan yang taat kepada agama, nanti kamu akan beruntung (Riwayat Bukhari dan Muslim)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Beberapa perkara yang dengan urusan pernikahan:

berkaitan

1. Melamar atau meminang 2. Kufu / kafaah (setanding atau sepadan) 3. Mahar (mas kahwin)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. 5. 6. 7. 8. 9.

Wali Wanita yang haram dikahwini Walimatul urus Talak Idah Rujuk

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perceraian boleh berlaku melalui : 1. Talak (lafaz talak) 2. Khuluk (tebus talak) 3. Fasakh (atas sebab kecacatan) 4. Ila (sumpah tidak bersama isteri) 5. Li`an (menuduh isteri berzina) 6. Zihar (menyerupakan isteri dengan ibu) 7. Kematian
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Talak/perceraian adalah halal yang dimurkai Allah

perbuatan

Ibnu Umar r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak (Riwayat Abu Daud dan Hakim)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Talak yang boleh dirujuk (talak raj`ie):


1. Talak satu dan dua 2. Talak secara `zihar (setelah membayar denda atau kifarat, boleh bersama isteri semula)

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Talak yang tidak boleh dirujuk (talak bain) 1. Talak dengan cara li`an (haram selama-lamanya). 2. Talak tiga kali. 3. Talak secara khuluk. 4. Talak secara fasakh (atas sebab `aib syar`ie).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jinayat Jinayat adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud jenayah-jenayah.


Menurut istilah fekah: Perbuatan jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk menceroboh keselamatan dan kehormatan jiwa dan tubuh badan orang lain dengan sengaja, dan melakukan kesalahan yang berkaitan dengan harta benda.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenayah atau kejahatan menurut Islam dibahagikan kepada tiga bahagian:


1. Jenayah qisas dan diyat . 2. Jenayah hudud . 3. Hukuman takzir.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenayah qisas ialah kejahatan yang berupa: 1. Pembunuhan secara sengaja. 2. Menghilangkan dengan sengaja salah satu anggota badan orang lain.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenayah qisas ialah kejahatan yang berupa: 1. Pembunuhan secara sengaja. 2. Menghilangkan dengan sengaja salah satu anggota badan orang lain. 3. Melukakan orang lain secara sengaja Hukuman: dibalas dengan kesalahan yang sama, iaitu nyawa dibayar dengan nyawa, anggota dibayar dengan anggota dan lain-lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Diyat ialah denda yang dikenakan bagi menggantikan hukuman qisas, atas sebab tertentu, seperti hukuman qisas dimaafkan. Jenayah hudud ialah hukuman yang dikenakan terhadap orang yang merosakkan harta benda orang lain, keturunan, agama, keamanan dan akal fikiran.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenayah hudud meliputi 7 jenis kesalahan: 1. Zina. 2. Menuduh orang berzina (qazaf). 3. Minum arak. 4. Mencuri. 5. Murtad. 6. Menyamun (hirabah). 7. Memberontak (bughah). Hukuman: ditentukan oleh nas alQuran.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenayah takzir ialah :

- Jenayah yang hukumannya tidak dikenakan hukuman Qisas atau Hudud, tetapi diserahkan kepada pemerintah atau kerajaan untuk menentukan hukuman yang sesuai berdasarkan kepentingan semasa.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

RUMUSAN
Ruang lingkup syariat ialah mengatur tata cara hidup dalam pelbagai bidang kehidupan. Syariah melibatkan bidang-bidang utama seperti ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Ibadah mempunyai pengertian dan skop yang luas.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Muamalat : Berkaitan dengan persoalan pengurusan harta dan ekonomi. Munakahat : Membahaskan persoalan yang berkaitan dengan nikah kahwin Jinayat : Menjelaskan hukuman bagi sesuatu kesalahan, sama ada qisas, hudud dan takzir

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

AKHLAK Akhlak adalah perkataan yang berasal dari bahasa arab yang bermaksud adab atau pun perlakuan manusia yang baik. Berasal dari bentuk jamak (plural). Bentuk mufrad (singular) adalah Khuluk. Perlakuan yang tetap sifatnya dalam diri seseorang tanpa perlu didahului oleh pemikiran.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dapat memelihara manusia dari melakukan perkara yang salah. Bukannya undang-undang semata-mata.
Apabila manusia tidak mampu mengawal dirinya sendiri barulah undangundang mengambil tempat dan dan ia menjadi pengajaran kepada orang lain. Akhlak dapat dipupuk menerusi didikan yang berterusan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Islam Mengutamakan Akhlak

Al Quran telah menceritakan kepada kita akhlak Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya engkau akhlak yang mulia. mempunyai

(Al Qalam: 4) Rasullullah saw diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. SabdaNya: aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhlak Rasulullah saw adalah berdasarkan Al Quran. Aisyah r.a telah berkata apabila ditanya tentangnya: Sesungguhnya akhlak Rasulullah saw adalah Al Quran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah saw, belum pernah saya diherdik atau ditegur perbuatan saya : mengapa engkau berbuat ini? atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu? (Bukhari dan Muslim).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Akhlak merupakan kayu ukur kesempurnaan iman. Sabda Rasulullah saw: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya (Riwayat Tirmizi). Sabda lain: Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya. (Bukhari dan Muslim).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ciri-ciri Akhlak Islam


1. Tetap dan tidak berubah Tidak mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh sifat amanah, sejak dahulu hingga sekarang, amanah adalah sifat yang baik. 2. Berlandaskan fitrah manusia Manusia secara fitrahnya cenderung untuk melakukan perkara baik dan benci kepada perkara buruk.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Merupakan Kesan daripada ibadah Lahir daripada mematuhi ajaran Islam dan meninggalkan larangannya. Ibadah yang dilakukan dengan sempurna akan menegah diri daripada berakhlak buruk. 4. Sumber kekuatan Asas keagungan umat. Benarlah katakata seorang penyair arab: Kekalnya sesuatu umat itu dengan kekalnya akhlak mereka. Apabila akhlak mereka runtuh dan lenyap, lenyaplah umat tersebut.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Syumul Meliputi akhlak : Akhlak dengan Allah dan rasul Akhlak sesama manusia Akhlak dengan alam Akhlak dengan pekerjaan Akhlak dengan binatang
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perbezaan Antara Akhlak Dan Etika Akhlak Etika Berdasarkan Al Quran Pandangan manusia dan Sunnah. atau selain dua sumber tersebut.

Matlamat akhlak Islam untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Bertujuan memenuhi kehendak manusia. lebih berorientasikan keuntungan


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mempunyai daya atau nilai kudus dan suci yang memberikan nilai tinggi dan penghormatan kepada akhlak itu sendiri. Tetap dan tidak berubah. Semenjak zaman Rasulullah saw definisi sesuatu akhlak tidak berubah

Tiada nilai kudus dan suci. Ia adalah pandangan manusia semata-mata. Semua orang boleh menyanggah dan menerimanya. Tindakan yang dianggap baik tidak dianggap baik pada masa yang lain. Berdasarkan rasional semasa.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Memberi kesan yang mendalam kepada pengamalnya, sama ada dari sudut rohani dan jasmani

Tidak mampu meninggalkan kesan. Ini kerana kebaikan sesuatu perkara berdasarkan kepada keadaan dan rasional.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kaedah Pembentukan Akhlak 1. Mengawal sesuatu sifat ke arah yang sederhana. 2. Memandu sifat-sifat manusia ke jalan yang disuruh oleh Islam.

3. Menggantikan sifat yang buruk dengan sifat yang baik.


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Faktor-faktor Pembentukan Akhlak 1. Pandangan manusia terhadap Penciptanya: Apakah hubungan manusia dengan Tuhannya? Apakah mereka akan dipertanggungjawabkan di hadapanNya? Apakah matlamat kewujudan mereka? Maka, tasawwur manusia yang jelas tentang Tuhannya dan matlamat kejadiannya akan membina neraca yang sebenar mengenai akhlak yang mesti mereka amalkan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Beriman kepada Allah S.W.T dan pembalasan akhirat:


Perkara ini berkait rapat dengan keimanan terhadap hari akhirat. Adakah seseorang menghayati dan menggambarkan diri mereka apabila berhadapan dengan seksa Allah SWT. 3. Persekitaran:

Seperti keluarga, masyarakat, geografi dan sebagainya.


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Teman dan sahabat: Maksud hadis : Perumpamaan seseorang yang mengambil kawan yang baik, adalah seperti seorang yang berkawan dengan penjual minyak wangi. Dia akan terkena bauan minyak wangi itu. Manakala seorang yang mengambil kawan yang jahat seperti orang yang berkawan dengan tukang besi. Bajunya akan koyak atau terkena bauan yang busuk.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Keturunan (Wirathah): Sifat genetik yang diwarisi dari gengerasi ke generasi yang lain mampu membentuk peribadi seseorang.
6. Adat: Adat yang baik di dalam sesebuah masyarakat akan membantu seseorang itu terikat dengan perkara tersebut. Islam tidak melarang adat resam sesuatu bangsa selagi mana ia tidak bertentangan dengan agama.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

7. Undang-undang dan peraturan:


Undang-undang merupakan jalan terakhir atau sokongan untuk membentuk akhlak manusia. Di dalam Islam terdapat dua cara untuk mendidik manusia : Pertama : menggalakkan (targhib). Kedua : menakutkan (tarhib). Kedua-dua cara ini saling melengkapi di antara satu sama lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

8. Ilmu: Ilmu yang dimaksudkan adalah : (a) ilmu agama secara umumnya dan (b) ilmu akhlak secara khususnya. Ini kerana ilmu mengenalkan manusia perkara baik dan sebaliknya serta balasan-balasan yang akan diperolehi jika melakukannya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

9. Budaya:

Budaya yang dimaksudkan ialah :


Nilai-nilai baik yang sudah menjadi budaya di dalam masyarakat. Untuk menjadikan nilai-nilai baik menjadi budaya memerlukan kepada proses pembudayaan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM (MPW 1143)

BAB 3: ISLAM SEBAGAI TAMADUN DAN PERADABAN


MOHD SAFUAN BIN AHMAD SUBHI PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OBJECTIVES

Memahamkan sumbangan Islam kepada tamadun dan peradaban dunia. Memahamkan maksud dan keistimewaan pendangan semesta Islam (world view), epistemologi dan aksiologi Islam serta kesannya dalam kehidupan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES

Meyakini dan menghargai sumbangan Islam terhadap tamadun dunia, seterusnya terhadap kemajuan manusia.
Menghayati ilmu dan kemahiran yang diperolehi dengan mencintainya dan mengamalkannya dalam masyarakat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Islam Sebagai Peradaban dan Tamadun. Definisi tamadun. Pengenalan tamadun Islam. Pandangan semesta Islam (world view). Epistemologi dan aksiologi Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Tamadun Istilah tamadun memberi pengertian yang sama dengan istilah Civilization dalam bahasa Inggeris yang bermaksud : `kepentingan budaya dan kemajuan kebendaan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tamadun sering disinonimkan dengan peradaban yang membawa maksud keadaan serta tingkat kemajuan dalam kehidupan dari segi aspek rohani dan jasmani bagi sesebuah masyarakat dan bangsa.
Dari sudut bahasa, perkataan tamadun berasal dari bahasa arab Madana yang bermasuk : `pembukaan bandar dan perlakuan sopan dan halus.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pengenalan Tamadun Islam Sarjana-sarjana Islam mentakrifkan Tamadun Islam seperti berikut: Syed Nuqib : Keadaan kehidupan manusia yang mencapai taraf kehalusan tata susila dan kebudayaan yang luhur bagi sesebuah masyarakat. Al Shirazi: berkisar tentang kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tengku Iskandar: Keadaan masyarakat yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sumber-sumber Tamadun Islam 1. 2. 3. Al Quran. As Sunnah / Hadith Warisan tamadun yang lain: Antara tamadun lain yang memberi sumbangan kepada tamadun Islam ialah tamadun Greek, tamadun India, tamadun Parsi dan tamadun Cina. Banyak buku-buku yang diterjemah daripada tamadun Greek ke bahasa Arab seperti Megale Syntaxiz, Tetrabiblos dan lain-lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Penyerapan tamadun India dapat dilihat dalam karya-karya Al Biruni. Cendiakawan India juga pernah datang ke majlis-majlis ilmu di Baghdad. Penterjemahan teks matematik dan astronomi seperti Brahmasputasiddhanta dan Brahmagupta. Manakala daripada tamadun Parsi, apabila kota ilmu iaitu Jundishapur jatuh ke tangan orang Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Apabila bangsa Monggol memeluk Islam dan mereka melakukan penaklukan, ilmu-ilmu daripada tamadun Cina turut dibawa. Daripada tamadun Cina juga ialah pemindahan teknologi pembuatan kertas.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pandangan Semesta Islam (World View)


Definisi Pandangan Semesta ialah satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan, terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh suatu sistem nilai yang tertentu. Kesimpulannya: Pandangan Semesta boleh dimaksudkan sebagai pandangan terhadap alam semesta dan tujuan kehidupan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Menurut Lucien Goldman, unsur utama yang membezakan antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta yang mendasarinya. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa suasana merupakan unsur terpenting yang membentuk Pandangan Semesta sesebuah masyarakat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pandangan Semesta Islam ialah dunia adalah tempat persediaan menuju akhirat. Manusia yang hidup di atas dunia ini mestilah beribadat kepada Allah dalam erti kata yang luas dan syumul. Untuk memahami Pandangan Semesta Islam, Konsep Huquq mestilah difahami terlebih dahulu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Konsep Huquq (Hak-hak)

Islam mempunyai konsep huquq atau haknya yang tersendiri. Melalui konsep tersebut, terjalin hubungan antara manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan dengan alam secara teratur dan adil.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hak-hak tersebut dibahagikan kepada: 1. Hak-hak Manusia (Huququl Ibad) yang wajib dipenuhi terhadap Allah. 2. Hak-hak Allah SWT (Huququllah) iaitu perkara-perkara yang Allah berikan kepada manusia dan alam.

3. Hak-hak Alam (Huququl Alam) yang mesti oleh manusia.


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hak-hak Manusia (Huququl Ibad) Yang Wajib Dipenuhi Terhadap Allah 1. Mengenal Pencipta: Allah SWT telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik kejadian.

Manusia telah diberikan akal untuk berfikir. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, bersilih ganti siang dan malam, menjadi tanda-tanda orang-orang yang berakal.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Manusia perlu mengiktiraf Allah sebagai Tuhan dan Penguasa bersama-sama dengan undang-undang dan peraturannya sekali.

Melalui pengiktirafan tersebut, timbulnya suatu perasaan bahawa manusia sentiasa berada di dalam genggaman Allah SWT.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Mengetahui dan mengamalkan peraturan serta perundangan yang digariskan. Allah SWT menurunkan peraturan dan perundangan kepada RasulNya iaitu Muhammad SAW yang disebut sebagai wahyu. Menjadi tanggungjawab manusia untuk mencari, mempelajari dan mengamalkan peraturan tersebut.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pengetahuan tersebut mestilah dalam bentuk sedar dan ikhlas, bukan sekadar ikut-ikutan. 3. Memilih kebaikan: Allah SWT telah memberikan akal kepada manusia yang dipandu oleh wahyu. Manusia mestilah memilih kebaikan berdasarkan apa yang telah dianugerahkan kepada mereka.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam masa yang sama, pemilihan sesuatu perkara di atas dunia ini bukan sekadar di antara yang baik dan yang buruk, bahkan di antara yang baik dan paling baik.
4. Melaksanakan ibadah: Manusia diciptakan oleh Allah SWT untuk memikul suatu tanggungjawab yang sangat besar iaitu beribadah kepada Allah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Mengamalkan kebebasan terpimpin: Islam mengiktiraf kebebasan manusia. Islam mengamalkan kebebasan beragama, bersuara, memiliki harta dan lainlain. Walaubagaimana pun kebebasan ini mempunyai batasan dan dipimpin supaya manusia tidak melampaui batas.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hak-hak Allah SWT (Huququllah) (Perkara-perkara yang Allah berikan kepada manusia dan alam)
1. Mencipta manusia: Allah SWT berhak dan berkuasa mencipta manusia tanpa terikat dengan paksaan, arahan atau kehendak sesiapa. Allah SWT tidak mengharapkan sesuatu daripada penciptaan manusia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Menetapkan undang:

peraturan

dan

undang-

Allah SWT mencipta alam ini lengkap dengan peraturan dan perundangan. Peraturan dan perundangan ini dapat dilihat dalam Sunnatullah dan wahyu. Sunnatullah ialah peraturan dan perjalanan alam yang ditetapkan oleh Allah. Wahyu ialah perundangan yang diturunkan kepada nabi untuk diikuti oleh manusia
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perkara-perkara yang diberikan oleh Allah kepada Alam:


1. Mencipta alam: Allah SWT berhak dan berkuasa mencipta manusia tanpa terikat dengan paksaan, arahan atau kehendak sesiapa Allah SWT tidak mengharapkan sesuatu daripada penciptaan manusia. Penciptaan alam membuktikan kekuasaan Allah SWT.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Mengatur perjalanan alam: Alam semesta dicipta oleh Allah SWT bersama-sama dengan sistem perjalanannya yang dinamakan sebagai sunnatullah. Sunnatullah ini berlaku dengan kehendak Allah tanpa campurtangan yang lain. Sunnatullah berbeza dengan law of nature. Sunatullah memperlihatkan kekuasaan Allah. Manakala law of nature melihat alam dari mekanikal atau sebab dan musabbab.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hak-hak Alam (Huququl Alam) yang mesti dipenuhi oleh manusia


1. Alam sebagai tanda kebesaran Allah: Justeru, tugas manusia memanfaatkan alam untuk mengenal Allah. 2. Alam diciptakan untuk kepentingan manusia: Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah SWT telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sekali pun manusia mampu menguasai makhluk lain dengan kelebihan yang ada pada dirinya, namun itu tidak menjadi matlamat kepada mereka. Bahkan ia adalah ujian. ..dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di muka bumi dan meninggikan sebahagian dari kamu ke atas sebahagian yang lain dengan beberapa darjat kerana Dia mahu menguji kamu dengan apa-apa yang dikurnikanNya kepada kamu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Alam mesti dipelihara dan dipulihara:

Manusia wajib memelihara alam daripada kerosakan dan memulihkannya apabila ia rosak akibat perbuatan segelintir manusia.
Telah berlaku kerosakan di muka bumi dan di laut hasil daripada tangan-tangan manusia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Epistemologi Berasal daripada perkataan Yunani iaitu episteme yang bermaksud : ilmu pengetahuan dan logos yang bermaksud teori

Tajuk Epistemologi membicarakan tentang definisi ilmu, konsep-konsep yang berhubung dengannya, sumber dan kriteria ilmu, bentuk-bentuk ilmu dan tahap kepastiannya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Manakala Epistemologi Islam membicarakan tentang ilmu dan konsep yang berkaitan dengannya menurut pandangan atau kaedah Islam.

Dengan mempelajari tajuk Epistemologi, ia akan memperlihatkan perbezaan antara budaya Barat dan budaya Islam dari segi ilmu pengetahuan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Ilmu Dari sudut bahasa ia berasal dari perkataan bahara Arab yang bermaksud tahu. Dari sudut istilah Epistemologi, Syed Naquib al-Attas mentakrifkan sebagai: `Ketibaan, iaitu kemunculan sesuatu makna ke dalam jiwa seseorang hasil daripada maklumat yang benar
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dengan perkataan lain, segala gerak langkah dan budi pekerti seseorang dipengaruhi oleh ilmu yang terkandung dalam hati sanubarinya.

Ilmu tidak setaraf dengan maklumat atau pengetahuan, sebagai contoh, yang diperoleh daripada membaca, kerana beberapa faktor
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

1. Tidak semua pembacaan seperti akhbar dan majalah ringan untuk mendapatkan ilmu tetapi sekadar untuk mengetahuinya sahaja. 2. Sebahagian bacaan tersebut tidak memberi pengajaran sekaligus tidak membentuk peribadi tetapi hanya memberi maklumat. 3. Ilmu hanya diperoleh daripada sesuatu bahan jika ia mencetuskan gerak hati yang mempengaruhi tindakan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seseorang yang berilmu bukan sahaja mengetahui kebenaran, malah mempunyai : keyakinan serta kesedaran terhadap tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara; apatah lagi terhadap Allah Maha Pencipta.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam Islam, menuntut ilmu adalah suatu yang difardukan ke atas setiap muslim. Kerana itu terdapat banyak nasnas yang memuliakan ilmu dan orang yang berilmu. Antaranya: ..Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. (az-Zumar 9) ..Allah mengangkat darjat orang beriman daripada kamu dan orang berilmu... (al-Mujadalah 11)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pengkelasan Ilmu
Menurut Imam an-Nawawi dalam Kitab al-Majmuk, Ilmu Syariat yang terbahagi kepada dua. Pertama: Fardhu Ain. Contohnya rukun Iman, rukun Islam, ilmu tauhid, ibadah. Kedua: Fardhu Kifayah. Contohnya, perubatan, ekonomi, pendidikan, ketenteraan, pertanian.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Manakala Ilmu Bukan Syariat terbahagi kepada dua: Pertama: ilmu yang haram. Contohnya sihir, tilik nasib, teori-teori sesat. Kedua: ilmu yang harus. Contohnya sastera, seni bina, seni jahitan, fotografi.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ibnu Khaldun dalam kitabnya alMuqaddimah membahagikan ilmu kepada dua: Pertama: ilmu-ilmu yang diperoleh secara pancaindera dan akal. Kedua: ilmu-ilmu agama yang bersumberkan wahyu Ilahi yang tidak memberi ruang kepada akal.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sumber Ilmu 1.Wahyu Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

2.Ilham (intuisi)
Ilmu yang dihasilkan daripada gerak hati. Ia berlaku pada Rasul dan manusia yang lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Naluri
Melalui warisan atau genetik seperti anak penyu terus tahu berenang selepas menetas, walaupun tidak diajar. Contoh lain : Manusia secara semulajadi telah dikurniakan ilmu bahawa lapar memerlukan makanan dan dahaga me-merlukan minuman.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Kepintaran akal: Manusia dikurniakan kelebihan akal berbanding makhluk lain. Tahap pemikiran individu pula dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran, seperti alam sekitar, budaya, pendedahan dan lainlain. 5.Pancaindera Melalui pengalaman, pengamatan, pembacaan, penglihatan dan perananperanan lain yang dimainkan oleh pancaindera.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hierarki Ilmu Dan Ilmuan Dikategorikan kepada beberapa bahagian, berdasarkan tahap ketakwaan serta kemampuan mereka dalam menerima dan mengamalkan ilmu seperti berikut:

1. Para rasul dan nabi Mereka insan terpilih oleh Allah untuk menyampaikan risalah wahyu, memiliki keperibadian tinggi, berakhlak mulia, mempuyai mukjizat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Awliya` Merupakan golongan istimewa kerana mempunyai ketakwaan yang tinggi dengan sentiasa beramal soleh dan mendekatkan diri dengan Allah. 3. Hukama` Golongan cendiakawan yang menunjukkan ketinggian ilmu, berbanding ilmu oleh orang ramai.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Awam

Merupakan golongan majoriti dalam masyarakat manusia. Mereka bertanggungjawab mencari dan memahami ilmu daripada golongan yang mengetahui. ..Maka bertanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahuinya (an-Nahl16:43).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Aksiologi Dari sudut bahasa, ia berasal daripada perkataan Greek iaitu axios yang bermaksud nilai. Manakala logos pula bermaksud ilmu atau teori. Aksiologi adalah tajuk yang membincangkan tentang nilai. Adakah ia berfaedah atau tidak? Baik atau tidak kepada manusia?.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tajuk atau ilmu Aksiologi kebiasaannya terbahagi kepada dua: Estetika : nilai seni dan keindahan. Etika: nilai manusia. moral dalam kelakuan

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Walaupun di dalam Islam pada asalnya tidak mempunyai istilah Aksilogi, tetapi nas-nas Islam sejak dari mula lagi sudah membicarakan soal nilai.

Apabila disebut Aksiologi Islam, secara langsung akan tergambar kepada kita bahawa ia adalah kaedah Islam dalam menilai perkara-perkara atau nilai-nilai yang baik atau buruk.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sumber Nilai Islam Sumber pertama nilai-nilai Islam ialah sumber Islam itu sendiri iaitu Al Quran dan As Sunnah. Sumber kedua ialah Uruf. Ia adalah kebiasaan yang dilakukan oleh manusia samada perbuatan atau perkataan. Uruf terbahagi kepada dua. Pertama: Uruf Sahih iaitu adat yang tidak bercanggah dengan Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Contoh: perbuatan anak mencium tangan ibu bapa semasa bersalaman. Kedua:

Uruf Fasid iaitu adat yang bercanggah dengan Islam


Contoh: mengamalkan riba dalam aspek jual beli.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Heirarki Nilai
Tahap-tahap nilai di dalam Islam boleh dibahagikan berdasarkan tahap-tahap Hukum Taklifi: 1. Harus (mubah) Harus melakukan perkara tersebut. Jika melakukannya, tidak diberikan sebarang pahala. Jika meninggalkannya tidak mendapat sebarang dosa.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Sunat (Mandub) Jika melakukannya diberi pahala. Sekiranya ditinggalkan tidak dibalas sebarang balasan.

3. Wajib
Mesti dilakukan. Sekiranya dilakukan, akan mendapat pahala. Sekiranya meninggalkannya dikenakan dosa.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Makruh Merupakan sesuatu yang dibenci. Sekiranya dilakukan, tidak dikenakan dosa. Sekiranya ditinggalkan akan diberi pahala.

5.

Haram Sesuatu yang dilarang oleh Allah. Sekiranya melakukannya dikenakan dosa. Sekiranya meninggalkannya diberi pahala.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pelaksanaan Nilai Dalam Kehidupan Al Quran dan As Sunnah sangat banyak menceritakan tentang nilai kepada manusia. Ini menunjukkan kepada manusia bahawa penetapan nilai-nilai yang baik adalah berdasarkan kepada wahyu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Islam tidak menerima penetapan nilai berdasarkan majoriti dan kesesuaian masa dan tempat. Setiap tindakan dan kelakuan manusia tidak dapat lari daripada nilai dan sangat jelas sekali nilai amat berperanan dalam menentukan perjalanan bagi kehidupan manusia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

BAB 4: KESENIAN DAN MANIFESTASI BUDAYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

MOHD SAFUAN BIN AHMAD MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM SUBHI PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM

OBJECTIVES LEARNING Mengenal pasti, menghuraikan dan menyemai konsep, prinsip dan bidangbidang seni dan budaya dalam Islam.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES Memahami konsep, prinsip dan bidangbidang seni dan budaya dalam Islam. Melakukan aktiviti kesenian dan kebudayaan mengikut roh dan kehendak Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesenian Dan Manifestasi Budaya Menurut Perspektif Islam Definisi Kesenian dan Kebudayaan. Pandangan Semesta Tauhidi sebagai penentu konsep seni dan budaya Islam. Prinsip dan Kesenian dan Kebudayaan Islam. Bidang-bidang Kesenian Menurut Perspektif Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Kesenian dan Kebudayaan Maksud seni ialah perkara atau sesuatu yang indah dan halus, enak didengar dan suatu karya yang diciptakan dengan bakat. Manakala maksud budaya pula ialah secara amnya cara hidup manusia atau tingkah laku yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pandangan Semesta Tauhidi Penentu Konsep Seni Dan Budaya Islam Islam mempunyai Pandangan Semesta yang tersendiri terhadap alam dan kehidupan. Ia berdasarkan kepada kepada agama Islam secara keseluruhannya atau keimanan dan tauhid kepada Allah SWT.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pandangan Semesta Islam juga boleh dinamakan sebagai Pandangan Semesta Tauhidi kerana ia berdasarkan kepada keimanan dan mentauhidkan Allah SWT.
Pandangan Semesta Islam atau Pandangan Semesta Tauhidi ini menjadi asas di dalam konsep kesenian dan kebudayaan Islam. Islam membenarkan umatnya berimaginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka. Namun ia perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid yang bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan berdakwah kepada orang lain.
Kesenian Islam hendaklah menampilkan agama Islam yang sebenar. Tiada pemisahan antara seni dan agama sebagaimana yang difahami oleh orang Barat yang memisahkan urusan dunia daripada agama.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab Seniman dan Seni Islam Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina, seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas dan mudah difahami oleh masyarakat supaya mereka mengambil manfaat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hasil atau karya seni mestilah boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang soleh.

Ahli seni mempunyai tanggungjawap sosial yang sangat besar.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip Kesenian Islam

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah SWT.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspekaspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. 3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undangundang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. 5. Kesenian Islam adalah menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Fungsi Kesenian Islam 1. Berdakwah memperkenalkan agama Islam sebagai satu-satunya agama yang benar di dunia ini.

Dengan karya-karya seni dan budaya, mereka mengetahui Islam adalah agama yang mesti mereka anuti supaya selamat di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Meningkatkan nilai-nilai yang baik dan murni Meningkatkan lagi dan menyebar luas nilai-nilai baik yang telah sedia ada supaya ia menguasai arus perdana. 3. Beribadat kepada Allah SWT Dengan aktiviti seni dan budaya, individu yang terlibat dan masyarakat yang menerimanya akan bertambah keimanan mereka sekaligus ia menjadi ibadat kepada Allah SWT.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bidang-bidang Seni Islam


Drama Pentomen Filem dll.

Melalui pendengaran

Muzik Deklamasi puisi Seni suara (nasyid, bacaan Quran dll) Pidato

Melalui pendengaran & penglihatan


Karya sastera (novel dll.) Quran (mutu bahasa)

BIDANG SENI

Melalui penglihatan
Seni lukis Seni hiasan Seni bina /ukir Seni fesyen Seni taman

Melalui pembacaan

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SENI SASTERA
Seni sastera dalam Islam ialah: Hasil karya seni daripada umat Islam sebagai manifestasi daripada penghayatannya dengan ajaran agama Karya seni tersebut dilahirkan dalam bentuk bahasa, sama ada : (a) bahasa tulisan, atau (b) ucapan
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seni sastera meliputi syair, puisi, prosa, pidato, risalah, qasidah telah wujud sejak sebelum kedatangan Islam. Ini bersesuaian dengan kepandaian orang-orang Arab yang sangat tinggi nilai bahasanya Kedatangan Islam telah mengubah bentuk kesusasteraan Arab tersebut. Seni sastera yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh `uslub al-Quran. Tema puisi mengalami perubahan, seperti bertemakan jihad, memuji Rasulullah s.a.w dan kebesaran Islam sebagai medium dakwah
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seni sastera dalam al-Quran :


Ketika Islam muncul di kalangan masyarakat bangsa Arab di Kota Mekah, seni sastera sedang berada di puncak keagungannya. Ketika itu penyair Arab amat dihormati dan disanjung tinggi. Namun demikian, al-Quran sebagai wahyu Allah, menandingi dan memperkecilkan syair ciptaan penyair-penyair di seluruh tanah Arab ketika itu
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Keindahan seni sastera dalam al-Quran dilihat pada mutu bahasanya dari segi:
(a) Ketepatan maknanya membawa kepada pemelukan Islam oleh ramai musyrikin Mekah, apabila mendengar bacaan alQuran

(b) Gaya bahasanya belum pernah dikenal sama sekali dalam kesusasteraan Arab sebelum-nya. Bahasanya adalah sesuatu yang baharu dan unik. Inilah antara ciri khas al-Quran sebagai wahyu Allah dan mukjizat agung bagi Raulullah s.a.w.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Walaupun al-Quran tidak boleh dianggap sebagai karya sastera (kerana ia Kalam Allah), namun: al-Quran tetap dijadikan sebagai panduan dan rujukan paling utama dalam bahasa dan kesusasteraan Arab

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang mencabar penyair-penyair Arab supaya menghasilkan mutu seni sastera yang boleh menandingi al-Quran, namun mereka tidak mampu melakukannya. (a) Surah al-Baqarah, ayat (b) Surah Hud, ayat 11 (c) Surah al-Isra , ayat 88
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SENI SUARA
Seni suara diakui dan diberi nilai tertentu dan diharuskan dalam Islam. Lagu dan irama adalah satu cabang daripada manifestasi seni yang indah yang dinikmati oleh telinga Lagu dalam Islam pada pokoknya berasaskan kepada bacaan al-Quran Selain al-Quran, keindahan lagu-lagu tersebut dihayati seperti dalam azan, qasidah, nasyid, marhaban dll.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Terdapat gesaan supaya orang Islam membaca al-Quran dengan bacaan yang baik Maksud Firman Allah : Bacalah al-Quran dengan bacaan yang baik (al-Muzzammil : 4) Maksud hadis : Perindahkanlah al-Quran dengan suaramu. Sesungguhnya suara yang merdu itu menambahkan keindahan al-Quran
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Menurut Umar bin Qubais: Nyanyian dan suara berirama, baik yang terbit daripada mulut manusia atau hanya rentak irama daripada alat bunyi-bunyian tidak haram dibunyikan atau didengar, selagi ia tidak menyebabkan akibat yang tidak baik dari segi : (a) gerak geri, dan (b) lirik/kata-kata yang membangkitkan nafsu atau mendorong kepada maksiat, termasuk melalaikan daripada mengingati Allah
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SENI KHAT
Seni khat adalah satu cabang seni dalam Islam. Penulisnya dipanggil `khattat(. ) Khat dikategorikan sebagai kaligrafi (iaitu seni tulisan yang indah), seperti tulisan cina dan latin

Menurut Syeikh Syamsuddin al-Akfani, khat didefinisikan sebagai `suatu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, letaknya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun, atau apaapa yang ditulis atas garis-garis, dan bagaimana cara menulisnya
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Terdapat pelbagai jenis khat yang digunakan dalam tulisan atau ukiran. Antaranya: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Khat kufi Khat nasakh Khat thuluth Khat diwaan Khat riq`ah Khat farsi
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seni khat pada awalnya dihasilkan untuk mencatat ayat-ayat al-Quran. Ketika wahyu diterima oleh Rasulullah s.a.w, ayat-ayat alQuran dicatatkan oleh pada Sahabat/ penulis wahyu pada daun-daun kayu, tulang, kulit binatang dll. Seni khat tertua dan telah sedia ada sejak sebelum Islam ialah khat kufi (sempena nama Kufah) yang dicipta di bandar Kufah, Iraq
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Khat kufi digunakan sebagai tulisan al-Quran dan tulisan rasmi pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa` ar-Rasyidin Penulisan al-Quran kemudiannya menggu-nakan khat nasakh sejak kurun ke 10, menggantikan khat kufi Di negara kita, artifak seni khat tertua membuktikan kedatangan Islam ke Tanah Melayu, terdapat pada Batu Bersurat Tereng-ganu bertarikh 702H/1303M, iaitu 671 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Keindahan seni khat juga diaplikasikan pada bangunan-bangunan bagi mengindahkan lagi seni bina Islam. Antara bangunan tersohor dihiasi dengan seni khat ialah Masjid Jamek Isfahahan, Iran. Selain bangunan, seni khat juga dipamerkan bagi menghiasi seramik, mata wang, ukiran kayu, ukiran logam dll
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SENI BINA
Seni khat didefinisikan sebagai `satu kemahiran bidang seni mendirikan bangunan dan bahan binaannya terdiri daripada pelbagai bahan seperti kayu, batu, marmar dsb Ibnu Khaldun menyatakan bahawa seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama; secara tidak langsung merupakan lambang dan ukuran pencapaian dari sesuatu tamadun
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Masjid merupakan asas kepada perkembangan seni Islam dengan terbinanya masjid pertama dalam Islam, iaitu Masjid Quba. Namun ia bukanlah satu hasil seni bina yang sempurna, kerana tiangnya hanya diperbuat daripada batang pokok kurma Menurut Alfred Frazer, seni bina Islam merupakan gambaran dari satu agama (bukan golongan tertentu), sistem ekonomi, politik. Bangunan utamanya ialah masjid
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara masjid-masjid yang dibina dengan sempurna dalam sejarah seni bina Islam:
(a) `Dorm of the Rock di Jerusalem, Palestin yang dibina pada zaman Khalifah b. Malik bin Marwan (b) Masjid al-Aqsa di Jerusalem, Palestin. Dari masjid ini Rasulullah s.a.w dimikrajkan oleh Allah (c) Masjid Mihrab Lutfallah, Isfahan, Iran (d) Masjid Besar Damascus, Syria
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ciri-ciri seni bina Islam


(a) Pembahagian ruang pemisah antara lelaki dan perempuan (b) Mengutamakan kemasukan cahaya matahari ke dalam rumah yang maksimum. Secara tidak langsung, pengaliran udaranya amat baik dan semula jadi, memberi keselesaan ketika beribadah dan menjamin kesempurnaannya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(c) Relung tajam ke atas atau `pointed arch dapat dilihat di masjid-masjid, terutama bahagian kubah atau menara. Ia berkonsepkan penyembahan kepada Allah S.W.T dan mengarah ke langit

(b) Hiasan yang indah di dalam dan luar banguna dengan corak-corak yang sering digunakan, iaitu arabes, seni khat dan mozek yang berwarna-warni, cerah dan harmoni
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

SENI UKIR Seni ukir adalah satu cabang seni dan digalakkan dalam Islam. Ukiran tersebut terdapat pada barang-barang perhiasan, ukiran di bangunan (seperti masjid) dll Antara bentuk ukiran yang dibenarkan ialah seperti ukiran bunga, awan larat dan ayat-ayat al-Quran.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seni ukir berbentuk patung tidak termasuk dalam skop seni dalam Islam, kerana ukirnya bercanggah dengan akidah Islam dan diharamkan SENI LUKIS Subjek yang dilukis tidak menggambarkan drama atau potret yang beremosi, sebaliknya menggambarkan unsur-unsur yang berkaitan dengan keesaan Allah
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Lukisan tumbuh-tumbuhan alam semula jadi, satu elemen yang bermotif mewujudkan suatu keadaan tenang dan tenteram

Motif tumbuhan digunakan dalam mencapai kejayaan yang tinggi dalam seni tembikar, batu jubin, ukiran (batu pada bangunan), tenunan kain, permaidani dll
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesimpulan
1. Seni adalah sesuatu yang indah untuk kesenangan dan ketenangan kepada manusia 2. Pelaksanaan seni dalam Islam tertakluk kepada batas dan prinsip yang dibolehkan oleh syariat 3. Pelbagi bidang seni yang dihasilkan adalah menjadi satu ciri / lambang kepada ketamadunan Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM (MPW 1143)

BAB 5:

INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OBJECTIVES Menerang dan memahamkan kepentingan institusi-institusi kemasyarakatan seperti institusi keluarga, pendidikan dan pemerintahan dijalankan mengikut konsep dan ajaran Islam.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES

Meyakini dan menanam keinginan dalam diri masing-masing untuk melihat institusi-institusi kemasyarakatan seperti kekeluargaan, pendidikan, ekonomi dan pemerintahan dijalankan mengikut konsep dan ajaran Islam sepenuhnya.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM

PENDIDIKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

KELUARGA DAN MASYARAKAT Definisi Jenis-jenis Keluarga Fungsi Keluarga Tanggungjawab Ahli Keluarga

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Keluarga Menurut masyarakat Barat, keluarga merupakan suatu ikatan antara lelaki dan perempuan yang mempunyai cita-cita dan matlamat hidup yang sama. Ia boleh berlaku dengan sekadar wujudnya kerelaan bersama (mutualconsent) dalam melakukan hubungan jantina dan matlamat hidup bersama, tidak kira sekadar untuk berseronok atau melahirkan zuriat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Menurut Islam pula, perkahwinan adalah satu-satunya cara yang diterima dalam membina sebuah keluarga berdasarkan wahyu (al-Quran dan sunnah). Institusi kekeluargaan yang terbentuk bukan atas dasar perkahwinan atau perkahwinan yang tidak sah seperti sumbang mahram (hubungan jantina antara mahram) dan lain-lain adalah haram.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Jenis-jenis Keluarga
Menurut ahli sosiologi, jenis-jenis keluarga boleh dibahagikan kepada dua: Pertama: Keluarga nuklear iaitu daripada suami, isteri dan anak-anak terdiri

Kedua: Keluarga luas iaitu keluarga yang meliputi keluarga nuklear dan angota-anggota yang lain seperti datuk, nenek, cucu, ibu saudara, bapa saudara, anak saudara, sepupu dan sebagainya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Fungsi Keluarga 1. Memelihara tamadun Islam:

Keluarga berfungsi sebagai institusi yang dapat memelihara kesinambungan generasi manusia yang bertanggungjawab membina dan mengekalkan tamadun.
Tanpa keluarga, mustahil kesinambungan suatu generasi manusia itu dapat diteruskan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Memelihara akhlak dan kesopanan: Pembentukan keluarga yang diasaskan melalui perkahwinan memelihara nafsu syahwat daripada kerosakan akhlak. 3. Tempat perlindungan: Rumahtangga merupakan tempat perlindungan untuk setiap individu sepanjang hidupnya. Anggota keluarga saling mengambil berat di antara satu sama lain dengan membantu menyelesaikan masalah dan menjaga kebajikan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Berkasih sayang: Melalui institusi keluarga, suami memberikan kasih sayang terhadap isteri dan sebaliknya yang menghasilkan ketenangan jiwa. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteriisteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu kasih sayang... (ar-Rum 30:21)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Persaudaraan dan perpaduan:


Institusi keluarga bertanggungjawab meluaskan hubungan kekeluargaan apabila berlaku perkahwinan antara anggota keluarga yang berlainan. Islam menggalakkan perkahwinan itu berlaku dari keluarga yang jauh dan tiada hubungan darah. Justeru, persaudaraan dapat ditingkat-kan, dan seterusnya perpaduan ma-syarakat dan umat Islam khususnya dan manusia umumnya dapat dikuatkan
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5.

Membentuk murni:

sikap dan

nilai-nilai

Melalui institusi keluarga, sikap dan nilai baik seperti pengorbanan, berdedikasi, bertanggungjawab dan lainlain dapat dipupuk melalui peranan yang dimainkan oleh masing-masing.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab Ahli Keluarga


Tanggungjawab suami terhadap isteri

1. Memberi nakfah kepada isteri:


Nafkah meliputi makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, perubatan. Dan para ayah wajib memberi nafkah kepada para ibu dan memberi mereka pakaian dengan baik. (al-Baqarah 233)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Hidup/bergaul dengan isteri secara yang makruf: Maksud hidup dengan makruf ialah melayan isteri dalam kehidupan seharian dengan baik.
Di antara perkara baik tersebut ialah lemah lembut, mengasihani, berkasih sayang, memaafkan, menghormati, memberi pujian dan sebagainya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mengamalkan pergaulan hidup secara yang makruf dengan isteri mestilah dilakukan dengan jujur, sama ada di hadapan atau di belakang isteri.

Dan bergaullah dengan mereka (isteriisteri kamu itu) dengan cara yang baik... (an-Nisa 19).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Menjaga rahsia suami isteri:


Suami wajib menjaga rahsia hubungan suami isteri. Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Bahawasanya manusia yang paling buruk kedudukannya pada hari kiamat ialah lelaki yang menggauli isterinya, dan wanita yang menggauli suaminya, kemudian menyebarkan rahsianya kepada orang lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Suami juga wajib menjaga rahsia-rahsia lain dan aib isteri. Namun begitu, dibolehkan untuk menceritakan keadaan tersebut jika untuk kebaikan seperti untuk menyelesaikan masalah dan lain-lain dengan beberapa syarat antaranya menceritakan dengan benar, dengan kadar yang diperlukan sahaja, menceritakan kepada orang yang layak dan syarat-syarat yang lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Menjaga kepemimpinan sebagai ketua keluarga Menurut Islam, suami adalah ketua keluarga kerana dia memberi nafkah dan mempunyai kekuatan tubuh badan. Sebagai ketua dan pemimpin keluarga, suami mestilah bertanggungjawab dan mempunyai kewibawaan dalam kepimpinannya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Lelaki itu sebagai pemimpin kaum wanita dengan kelebihan yang Allah berikan, sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan kerana lelaki itu memberikan belanja daripada hartanya kepada wanita.
(an-Nisa 4: 34).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab isteri kepada suami

1. Menjaga kehormatan diri: Isteri wajib memelihara kehormatan diri ketika suami ada atau tidak. Dilarang sama sekali membenarkan orang bukan mahram masuk ke rumah ketika suami tiada. Suatu perkara yang perlu diberi perhatian. Kebiasaannya maruah suami lebih terjejas kerana karenah dan perlakuan isteri, tetapi tidak sebaliknya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat: Mentaati suami merupakan kewajipan tetapi terbatas di dalam perkaraperkara makruf sahaja iaitu perkaraperkara yang bertepatan dengan agama.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Berkomunikasi dengan baik dan hormat:


Komunikasi dengan baik adalah asas kejayaan sesebuah rumahtangga. Isteri mestilah menunjukkan kemesraan kepada suami dan keluarganya. Isteri juga perlu memahami perasaan pasangannya dalam apa-apa perbincangan yang mungkin boleh membangkitkan kemarahan suami.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Komunikasi yang baik juga memerlukan isteri membantu suami dalam menyelesaikan apa-apa konflik dengan baik. Jika sebaliknya, masalah kecil menjadi besar dan yang mudah akan menjadi sukar.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Menjaga rumah dan harta suami Maksud hadis: Isteri itu adalah penjaga rumah suaminya, maka dia bertanggungjawab ke atas segala apa yang ada di bawah jagaannya (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan at-Tarmizi).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab Bersama

1. Berbincang dalam pelbagai perkara terutama yang memerlukan keputusan bersama.


2. Mewujudkan persefahaman, maafan dan bertolak ansur. ber-

3. Mendidik anak-anak yang soleh dan solehah.


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Nasihat menasihati demi kerukunan rumah tangga.

mencapai

5. Hormat menghormati dan memelihara hubungan baik antara kedua-dua keluarga masing-masing. 6. Tolong menolong dan bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang urusan berkaitan dengan keluarga.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab anak kepada ibu bapa

Islam menggunakan istilah ihsan terhadap ibu bapa yang bermaksud berbuat baik.
Antara sifat ihsan ialah mentaati ibu bapa, mengasihi kedua-dua mereka, tidak meninggikan suara, mendoakan mereka.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah yang bermaksud:

`..dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `ah!, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)` (al-Isra` 17: 23)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

`Dan hendaklah engkau merendah menghina diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku ! Curahkanlah rahmat kepada mereka berdua, sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka, memelihara dan mendidikku semasa kecil` (al-Isra` 17: 24)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Usia tua ibu bapa merupakan masa yang sering diabaikan oleh anak-anak disebabkan beberapa faktor samada faktor sikap dan keadaan. Anak-anak mestilah berusaha semampu mungkin untuk memberikan kasih sayang yang terbaik kepada mereka sepanjang jangka masa hidup mereka.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Apabila mereka telah meninggal dunia kita mesti mendoakan supaya diampunkan dosa-dosa mereka, selamat daripada azab kubur dan dimasukkan ke dalam syurga. Anak-anak juga sangat disarankan oleh Islam supaya berbuat baik kepada rakan-rakan yang baik dengan ibu bapa mereka ketika hidup.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

INSTITUSI PENDIDIKAN

Definisi
Huraian istilah-istilah penting

Pendidikan berkesan
Peranan pendidikan

Tanggungjawab menjayakan pendidikan


MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Pendidikan

Dalam bahasa Arab, pendidikan disebut `at-tarbiyyah. Terdapat beberapa istilah yang boleh dikaitkan dengannya, iaitu: (a) at-Takdib:
memperadabkan atau menjadikan seseorang itu beradab dan berakhlak mulia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(b) at-Taklim: bermaksud : `mengajar sesuatu ilmu pengetahuan (c) al-Wa`z wal-Irsyad: bermaksud : `memberi kesedaran dan petunjuk seperti dijelaskan dalam alQuran
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud Firman Allah :

Serulah kepada jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang lbaik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. (al-Nahl 16: 125)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dari segi istilah, pendidikan dalam Islam didefinisikan sebagai : suatu proses secara formal atau tidak formal bagi memupuk seluruh potensi (kebolehan dan keupayaan) semula jadi manusia dari segi intelektual (aqliyyah), fizikal (jasmaniyyah), akhlak (akhlaqiah) dan rohani (ruhaniyyah) secara sepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh sebagai khalifah Allah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Huraian Ungkapan Penting


Proses:

Berlaku melalui pembelajaran dan penghayatan secara berperingkat-perinkat. Ia sama sekali tidak berlaku secara jalan pintas atau pendidikan segera (instant education) seperti melalui TV, radio.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Secara formal atau tidak formal:

Formal : menjelaskan `sesuatu pendidikan diperoleh melalui institusi pendidikan yang khusus seperti sekolah, maktab dan universiti yang mempunyai guru, murid, kurikulum, peralatan, sistem penilaian dan sebagainya.
Tidak formal: ialah pendidikan yang diperoleh secara tidak langsung, seperti melalui ikutan (qudwah), nasihat, hukuman, insiden/musibah dsb.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Memupuk seluruh potensi semula jadi manusia: Pendidikan berlaku secara `gradual atau beransur-ansur. Justeru, langkah pemupukan dan penyemaian perlu untuk menjana dan menambahbaikkan kebolehan dan keupayaan seseorang yang sedia wujud.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Secara sepadu dan seimbang:

Pendidikan seharusnya merangkumi semua aspek akal, akhlak, rohani dan jasmani secara sekaligus dan seimbang tanpa memberi penekanan yang berlebihan kepada mana-mana aspek lain. Jika berlaku ketidakseimbangan akan menghasilkan seseorang yang tinggi ilmunya, tetapi kosong rohaninya atau buruk akhlaknya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ke arah pembentukan insan soleh:

Pembentukan insan soleh yang bermaksud `manusia yang baik adalah matlamat pendidikan dalam Islam. Terdapat istilah lain yang digunakan dalam pendidikan Islam iaitu `insan kamil yang bermaksud: `manusia yang sempurna dari segi kemanusiaan dan keimanan
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sebagai Khalifah Allah:

Pendidikan seharusnya memberikan pelbagai ilmu dan kemahiran yang mampu menjadikan seseorang itu sebagai khalifah (pentadbir) yang boleh memakmurkan alam ini sebagai melaksanakan amanah Allah.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Berdasarkan definisi tersebut, pendidikan dalam Islam dapat dirumuskan seperti berikut : 1. Proses pendidikan adalah melibatkan aktiviti-aktiviti memupuk dan memperkembangkan empat elemen iaitu akal (intelektual), fizikal (jasmani), akhlak (tingkah laku) dan rohani (spiritual).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Pendidikan adalah berbeza dengan pengajaran. Pengajaran lebih bersifat `proses menyampaikan ilmu berdasarkan sesuatu kurikulum yang ditetapkan. Pendidikan pula tidak hanya menyampaikan ilmu, tetapi lebih merupakan satu proses untuk memberi kefahaman, memupuk kesedaran, membentuk tingkah laku serta memberi kemahiran untuk kehidupan masa depan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pendidikan Berkesan Ukuran terhadap keberkesanan pendidikan boleh dinilai dari segi impak dan hasil terhadap individu dari sudut berikut: 1. Kekuatan daya intelek: Pendidikan mampu melahirkan insan yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi untuk menghasilkan pelbagai program dan aktiviti bagi kepentingan ummah
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Kekuatan rohani: Mempunyai akidah yang teguh dari sudut keimanan kepada Allah, kepercayaan kepada perkara-perkara `samiyyat dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan akidah.

3. Penyemaian nilai-nilai akhlak:


Pendidikan membentuk dan merangsang sifat-sifat peribadi dan akhlak yang baik (mahmudah) seperti berani, sabar, ikhlas.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Perubahan tingkah laku

Wujud kesedaran dan sedia berubah menjauhi tingkah laku yang negatif seperti gejala sosial, pencabulan hakhak terhadap Allah, sesama manusia dan hak terhadap alam.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Peranan Pendidikan 1. Pendidikan Islam membentuk dan memperkembangkan diri dan potensi seseorang muslim untuk beriman, berilmu dan beramal soleh.

2. Mencorakkan pembangunan sumber manusia (modal insan) dalam pelbagai bidang kemahiran dan kepakaran untuk mencapai matlamat pembangunan negara.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Pendidikan merangsang perubahan tingkah laku sosial yang disusuli dengan pelbagai tindakan untuk kemajuan masyarakat dan negara.

4. Membentuk jati diri seorang muslim yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama di mana sahaja mereka berada dan di dalam apa jua situasi.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Berperanan sebagai `penyeru kepada kebenaran dan `pencegah terhadap kemungkaran. 6. Berperanan mewujudkan kesepaduan dalam kehidupan antara menunaikan tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat, berbeza dengan pendidikan sekular/ Barat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab menjayakan agenda pendidikan


Individu

Memelihara haknya untuk mendapat peluang pendidikan di semua peringkat (rendah, menengah dan pengajian tinggi).
Menggunakan segala peluang pendidikan sehingga mencapai satu tahap kecemerlangan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Keluarga

Bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak, bermula di peringkat awal kanak-kanak lagi. Merancang segala keperluan dan kemudahan serta bimbingan secukupnya untuk persekolahan dan pendidikan anak-anak.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Masyarakat

Masyarakat memikul tanggungjawab sosial untuk memberi sokongan dan bantuan menjayakan pendidikan.

Sebagai anggota masyarakat, hendaklah membantu mana-mana anggotanya yang menghadapi kesulitan yang boleh menghalang pembelajaran seperti masalah kewangan dan lain-lain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Cendiakawan / para ilmuan

Bertanggungjawab menyebar luas segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dalam pelbagai bidang dan peringkat pendidikan. Bersedia secara sukarela menyumbangkan tenaga dan kepakaran menjayakan pelbagai program khidmat masyarakat tertentu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kerajaan / pemerintah Mewujudkan sistem pendidikan yang baik untuk rakyat.

Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan di semua peringkat. Mewujudkan keseragaman di antara pendidikan dan pekerjaan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN Konsep Pemerintahan dan Pentadbiran Institusi Syura dan Hisbah Tanggungjawab Kerajaan Tanggungjawab Rakyat
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Konsep Pemerintahan Islam Secara am, skop pemerintahan dan pentadbiran tidak terhad hanya kepada pemerintahan dan pentadbiran negara, tetapi juga melibatkan institusi-institusi yang lebih kecil, seperti keluarga dan masyarakat. Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w: Setiap daripada kamu adalah penjaga (pemerintah/pentadbir), dan setiap daripada kamu bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaannya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pemerintahan atau pentadbiran melibatkan dua pihak: 1. Golongan yang memerintah Pemerintah, pentadbir atau pemimpin 2. Golongan yang diperintah (rakyat). Kedua-dua pihak mempunyai hubungan secara timbal balik bagi menjamin pemerintahan yang baik dan mencapai situasi `menang-menang, di mana pemerintah berjaya melaksanakan pentadbiran dan rakyat mendapat manfaatnya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pemerintahan Islam yang pertama ialah pemerintahan pada zaman Kerajaan Islam Madinah yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w yang ditadbir menurut `Sahifah Madinah (Perlembagaan Madinah). Kurun terbaik pemerintahan Islam ialah pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w dan diikuti oleh zaman pemerintah-an Khulafa arRasyidin, berdasarkan hadis : Sebaik-baik kamu adalah pada kurun aku, kemudian kurun yang selepasnya, kemudian kurun selepasnya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud :


Sebaik-baik kamu adalah pada kurun aku, kemudian kurun yang selepasnya, kemudian kurun selepasnya. Dalam konteks pemerintahan, yang terbaik ialah : zaman

(a) Zaman Rasulullah s.a.w (b) Zaman Khulafa ar-Rasyidin (Sahabat) dan seterusnya
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sesuatu pemerintahan dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara penting seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tujuan / matlamat. Prinsip-prinsip pemerintahan. Tanggungjawab pemerintah. Tanggungjawab rakyat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tujuan / matlamat Menurut al-Quran, fungsi atau sebab pemerintahan atau negara ditegakkan adalah seperti berikut : 1. Menyebarkan agama Islam: Pembentukan negara Islam adalah untuk menyebarkan agama Islam seluas mungkin ke seluruh alam sesuai dengan Islam sebagai agama untuk semua umat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kenyataan ini dijelaskan melalui Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar. (al-Haj 22: 41).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Melaksanakan hukum syarak: Semua persoalan yang berkaitan dengan keluarga, ekonomi, perundangan, hubungan antarabangsa dan sebagainya akan dapat dilaksanakan jika wujud pemerintahan Islam. Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dalam urusan agama, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (al-Jathiah 145: 18).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Melaksanakan keadilan Islam melaksanakan keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam. Undangundang Jenayah Islam telah terbukti mampu membendung jenayah dan serta mengawal keamanan. Sesungguhnya Kami telah mengutus para Rasul Kami dengan membawa buktibukti yang nyata, dan Kami telah turunkan bersama mereka al-Kitab dan mizan (neraca) supaya dapat melaksanakan keadilan (al-Hadid 57: 25)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Melaksanakan `amar makruf dan mencegah yang `mungkar Islam menyeru kepada kebaikan yang menjangkau kebaikan yang dibawa oleh undang-undang seperti dalam pendidikan, komuniti dan pembudayaan nilai-nilai baik di dalam masyarakat. Manakala pencegahan terhadap sebahagian besar kemungkaran adalah langkah yang amat berat untuk dilaksanakan. Ia tidak mungkin dapat dilaksanakan secara individu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali Imran 3: 104)
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Membina tamadun Islam Pemerintahan menjadi asas kepada sesebuah tamadun dan hanya pemerintahan yang kuat dapat mencipta tamadun. Kerajaan-kerajaan Islam dalam sejarah ketamadunannya telah membuktikan perkara ini. Malah, sehingga hari ini, dunia mendapat manfaat daripada tamadun dan peradaban Islam terdahulu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip-prinsip pemerintahan
1. Prinsip keadilan Keadilan menjadi teras dalam pelaksanaan pemerintahan, meliputi segala bentuk undang-undang dan peraturan dilaksanakan. Hukuman-hukuman yang dijalankan adalah untuk menegakkan keadilan, selain untuk mendidik pesalah serta memberi pengajaran dan kesedaran
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Undang-undang tersebut dikaitkan juga dengan pengampunan Allah SWT pada hari akhirat. Ini akan mendatangkan perasaan insaf dan sesal di dalam diri pesalah.
Hukuman yang dilaksanakan itu juga akan dilihat oleh masyarakat. Secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan gerun kepada orang lain untuk tidak melakukan kesalahan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Prinsip kesamarataan Semua orang adalah sama sahaja pada pandangan Islam tanpa mengira kedudukan bangsa dan warna kulit. Contoh :

Rasulullah s.a.w melantik Zaid bin Harithah sebagai naib Baginda, sedangkan Zaid adalah seorang bekas hamba Baginda.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip ini terus diamalkan pada zaman pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.


Contoh : Khalifah Umar al-Khattab tidak membezakan hukuman terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan. Beliau pernah mengambil tindakan ke atas Muawiyah bin Abu Sufian, Amr bin al-As dan Abu Hurairah sedangkan mereka adalah gabenor dan pegawai.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Prinsip kebebasan Kebebasan meliputi hak mendapatkan tempat dalam pemerintahan, kebebasan bersuara/memberi pendapat (syura) Contoh : Rasulullah s.a.w mendapatkan pandangan para Sahabat tentang strategi mempertahankan kota Madinah semasa Perang Uhud. Nabi menerima pandangan untuk bertahan di luar kota Madinah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kebebasan memegang jawatan dalam pentadbiran Negara juga diamalkan. Baginda mengagihkan jawatan kepada para sahabat.

Contoh :
Rasulullah s.a.w melantik Sa`d bin Ubadah dan Sa`d bin Muaz sebagai `naib.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip kebebasan ini terus diamalkan pada zaman pemerintahan Khulafa arRasyidin Contoh :

Khalifah Umar al-Khattab r.a. memberi kebebasan kepada penduduk Syria mengekalkan sistem cukai pada zaman kerajaan Byzantium yang dikenakan ke atas penduduk bukan Islam di Syria.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Prinsip ketelusan Rasulullah s.a.w dan para Sahabat mengambil sikap terbuka dan telus dalam pemerintahan, iaitu pentadbiran dan pengurusan. Ini bertujuan untuk megelak daripada rasa tidak senang hati dan tanggapan salah rakyat. Rasulullah mengagihkan tugas kepada para Sahabat mengikut kelayakan dan keupayaan mereka untuk menjalankan pentadbiran negara.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Konsep Syura

Syura bermaksud : `meminta pendapat dan bersefahaman dalam perundingan. Dalam konteks pentadbiran, syura difahami sebagai `meminjam pendapat orang lain tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan bersama.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip `syura dalam pemerintahan dan pentadbiran Islam adalah berdasarkan Al Quran dan Sirah Rasulullah SAW: Dan urusan mereka dilakukan secara syura di antara mereka. (asy-Syura : 38). Dan bermesyuaratlah dengan mereka tentang sesuatu perkara. (Ali Imran : 159). Sirah Rasulullah membuktikan bahawa baginda mendapatkan pandangan para Sahabat dalam perkara-perkara tertentu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Prinsip `syura dalam pemerintahan dan pentadbiran Islam adalah berdasarkan Al Quran dan Sirah Rasulullah SAW: Dan urusan mereka dilakukan secara syura di antara mereka. (asy-Syura: 38) Dan bermesyuaratlah dengan mereka tentang sesuatu perkara. (Ali Imran : 159). Sirah Rasulullah membuktikan bahawa baginda mendapatkan pandangan para Sahabat dalam perkara-perkara tertentu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Syura sangat penting, kerana `keputusan berdasarkan kepada pandangan ramai dianggap lebih menghampiri kebenaran, berbanding keputusan yang dibuat mengikut pandangan individu. Ia diamalkan sejak pada zaman Rasulullah s.a.w dan diteruskan dalam pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin. Pada zaman Khalifah Abu Bakar, syura dijalankan secara terbuka, tanpa mempunyai badan tertentu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pada zaman Khalifah Umar, beliau menubuhkan `Majlis Syura yang mempunyai ahli-ahli yang dilantik dari kalangan enam orang Sahabat iaitu: a. Uthman bin Affan b. Ali bin Abi Talib c. Talhah bin Ubaidullah d. Zubair bin Awwam e. Abdul Rahman bin Auf f. Saad bin Abi Waqqas
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Konsep Hisbah Hisbah ialah satu `institusi pengawasan. Individu yang bertanggungjawab dengan tugas pengawasan tersebut dinamakan `al-muhtasib (pengawas/penguatkuasa).

Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda mengarahkan `pengawas/penguatkuasa yang disebut `sahibus suq (penyelia pasar) untuk menjalankan tugas pengawasan perniagaan di pasar.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Baginda melantik Sa`id bin al-As bin Umaiyah mengawas kegiatan perdagangan di Mekah dan Umar bin alKhattab mengawas kegiatan perdagangan di Madinah. Pada zaman Khulafa ar-Rasyidin, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman dan Khalifah Ali bin Abu Talib sendiri membuat pengawasan di pasarpasar.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tugas pengawasan ini diteruskan pada zaman pemerintahan Kerajaan bani Umaiyah seperti Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.

Begitu juga pada zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiah, seperti Khalifah Abu Jaafar al-Mansur yang melantik beberapa orang petugas.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab Kerajaan

1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Allah, kerana ia merupakan amanah daripadaNya, dan mandat daripada umat Islam
2. Memelihara kesuciaan agama dengan melaksanakan syariah Islamiah sepenuhnya dan menyebarkan dakwah

3. Menjamin kebebasan beragama di kalangan warganegara yang terdiri daripada pelbagai agama.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Menjamin keselamatan nyawa seperti yang dinyatakan di dalam Surah al-Isra, ayat 33 5. Memelihara hak milik individu yang sah daripada pencerobohan, peras ugut dan lain-lain seperti dalam Surah al-Baqarah, ayat 188 6. Memastikan setiap rakyat terpelihara kehormatan dan kehidupan peribadi daripada gangguan dan ancaman orang lain seperti dalam Surah an-Nur ayat 27.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

7. Melaksanakan keadilan di setiap peringkat pemerintahan dan pentadbiran negara 8. Menjaga kebajikan semua rakyat amnya dan golongan yang lemah kerana cacat, tua, uzur, sakit, miskin dan lain-lain khususnya seperti dalam Surah azZariyat, ayat 19.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tanggungjawab Rakyat

Berkewajipan untuk bekerjasama, membantu dan memastikan pemerintahan negara Islam itu dapat berjalan dengan lancar dan mantap dari semasa ke semasa Mematuhi perundangan yang diwujudkan dan menjauhkan diri daripada melakukan sebarang kerosakan dalam negara seperti dalam Surah al-A`araf ayat 85.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Memberikan ketaatan dan kesetiaan kepada pemerintah, selagi pemerintah tidak menyuruh melakukan perkaraperkara yang melanggar akidah, syariat dan akhlak seperti dalam Surah an-Nisa, ayat 59. 4. Melaksanakan jihad untuk membantu pihak pemerintah dalam memelihara agama, kemerdekaan, kebebasan, kehormatan dan kesejahteraan seperti dijelaskan dalam Surah al-Baqarah, ayat 218.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

BAB 6:

PRINSIP-PRINSIP ISLAM DALAM MENANGANI CABARAN SEMASA

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

OBJECTIVES LEARNING

Menerang dan menghuraikan kaedah dan prinsip Islam dalam menangani cabaran dan isu dunia moden seperti gejala sosial, perkembangan sains dan globalisasi.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES
Mengetahui dan memahami kaedah dan prinsip Islam dalam menangani cabaran dan isu dunia moden, seterusnya mengambil pendirian sejajar dengan prinsip-prinsip tersebut.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bab Keenam Prinsip-prinsip Islam Dalam Menangani Cabaran Semasa

Gejala Sosial dan Keruntuhan Akhlak.


Isu-isu Ekonomi.

Pembangunan dan Alam Semulajadi.


Etika atau Akhlak Islam Dalam Kemajuan Sains dan Teknologi. Globalisasi.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Gejala Sosial dan Keruntuhan Akhlak Maksud keruntuhan akhlak.

Faktor keruntuhan akhlak.


Pihak-Pihak Yang Berperanan Dalam Menyelesaikan Gejala Sosial

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud Keruntuhan Akhlak Keruntuhan akhlak membawa maksud perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan dan kerosakan budi pekerti, kelakuan, tingkah laku dan tabiat yang baik.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Faktor Keruntuhan Akhlak 1. Sifat ingin tahu dan mencuba: Remaja selalu dikaitkan dengan sifat ingin mencuba atau mempunyai sifat impresif dan mudah terpedaya dengan keindahan zahir daripada memikirkan nilai negatif di sebalik sesuatu perkara. Justeru, lumrah remaja yang mahu melakukan perkara-perkara sebegini tanpa bimbingan akan merosakkan mereka.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Pengaruh kawan:
Rakan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap remaja. Dalam sesetengah keadaan, ia menjadi faktor paling utama di dalam pembentukan perilaku. Hadis Nabi telah menerangkan perkara dengan sangat jelas.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Kepincangan keluarga: Ketiadaan keharmonian di dalam sesebuah rumahtangga menyebabkan mereka mencari ketenangan di luar rumah yang kebiasaannya mudah terjebak dengan aktiviti negatif. Sebahagian daripada mereka memang sengaja mahu melepaskan tekanan dengan perkara-perkara salah. Sebahagian yang lain pula melakukan perkara tersebut kerana memberontak di atas perkara yang mereka tidak berpuas hati.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Pengaruh Budaya Asing: Pengaruh asing yang dibawa oleh media massa sangat mengesankan minda remaja. Mereka didorong oleh perasaan bahawa aspek-aspek tersebut menunjukkan kemajuan bangsa Barat sedangkan sebahagian besar daripada budaya-budaya tersebut disebarluaskan oleh syarikat-syarikat gergasi untuk mengaut keuntungan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Budaya-budaya seperti memakai pakai yang ketat dan seumpamanya adalah salah dari sudut agama dan kesihatan. Malah di Barat sekarang ini, wujud badan-badan bukan kerajaan yang berkempen menentang model-model pakaian yang terlalu kurus yang mana mereka ini menjadi ikutan masyarakat dalam fesyen pakaian.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Pendidikan tidak seimbang:


Pendidikan moden yang diamalkan kebanyakkannya tidak seimbang. Ia hanya mementingkan kecemerlangan akademik. Terlalu sedikit aspek akhlak yang dimasukkan kedalam kurikulum. Aspek amali pendidikan agama juga tidak ditekankan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Kurang penghayatan agama: Agama Islam merupakan benteng daripada gejala sosial tetapi rata-rata dalam kehidupan moden hari ini skop agama difahami secara salah dan dianggap terbatas kepada amalan ibadat-ibadat tertentu.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Kurang penghayatan agama: Agama Islam merupakan benteng daripada gejala sosial tetapi rata-rata dalam kehidupan moden hari ini skop agama difahami secara salah dan dianggap terbatas kepada amalan ibadat-ibadat tertentu.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pihak-Pihak Yang Berperanan Dalam Menyelesaikan Gejala Sosial Individu 1. Mengawal interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram: Interaksi antara lelaki dan perempuan berbeza mengikut usia dan suasana. Islam telah menetapkan cara berinteraksi yang betul. Perbuatan berdua-duaan adalah haram kerana ia boleh membawa kepada penzinaan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perhubungan sesama mahram juga juga mempunyai batasan dan adab. Bilik tidur lelaki dan perempuan mesti diasingkan. Batasan aurat juga wujud di antara mereka.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Menjaga penampilan:
Lelaki dan perempuan diperintahkan untuk menutup aurat. Aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat lelaki pula ialah di antara pusat dan lutut. Pakaian yang ketat dan nipis juga diharamkan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Mengawal penglihatan:
Di dalam ayat Al Quran dan hadis yang sangat banyak, ia memerintahkan manusia untuk memelihara penglihatan. Ini kerana, kebiasaannya apabila melihat sesuatu yang tidak baik akan mendorong seseorang itu untuk melakukannya, samada cepat atau lambat, sedikit atau banyak.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Perintah menundukkan pandangan terlebih dahulu dikenakan terhadap lelaki. Ini kerana mereka adalah gender yang mudah untuk melakukan perbuatan haram tersebut. Manakala perintah menutup aurat dikenakan terhadap perempuan kerana mereka adalah gender yang menarik perhatian.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Mengawal hawa nafsu: Manusia terdiri daripada dua komponen iaitu akal dan nafsu. Nafsu perlu dikawal dengan unsur-unsur rohani. Perlu diingat, mengawal nafsu memerlukan mujahadah. Maksudnya, memerlukan usaha bersungguh-sungguh dan kadang kala ia amat memenatkan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Mengarah hala tuju persahabatan: Persahabatan adalah aset penting dalam pembangunan modal insan. Islam mengarahkan individu supaya memilih kawan dan jiran yang baik. Islam juga memerintahkan kita membantu sahabatnya sama dizalimi atau menzalimi.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Tangani budaya asing dengan bijak:


Islam tidak melarang umatnya mencontohi budaya asing baik tetapi melarang mengambil perkara yang merosakka 7. Tingkatkan penghayatan agama:

Penghayatan agama mesti dilakukan secara berterusan. Dalam Islam terdapat konsep dari buaian ke liang lahad. Ia adalah kiasan terhadap pendidikan yang berpanjangan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ibu Bapa
1. Membina dan mengekalkan keharmonian rumahtangga: Di antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah mencari pasangan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh agama. Suami sebagai ketua keluarga perlu membina keperibadian yang baik untuk mengemudi keluarga.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Islam dengan tegas telah menyatakan bahawa ibu bapa bertanggungjawab terhadap dosa dan maksiat yang dilakukan oleh anak mereka jika mereka membiarkan begitu sahaja atau mengambil tindakan sambil lewa.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Memberi pendidikan asas agama: Pendidikan asas agama perlu diberikan kepada anak-anak secara langsung dan tidak langsung. Pendidikan ini mesti berlaku secara teori (maklumat) dan amali (tindakan).

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3.Mengetahui dan mempraktikkan hubungan baik dengan anak-anak:


Hubungan ibu bapa dan anak-anak perlu diasaskan dengan panduan Islam yang membahagikannya kepada empat tahap:

(a) Tahap kanak-kanak yang perlu dimanjakan sebelum usia tujuh tahun.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(b) Perlu disayangi dan dihukum dengan hukuman yang sesuai dan tidak memudaratkan iaitu daripada usia tujuh tahun hingga mereka baligh iaitu sekitar sembilan tahun bagi anak perempuan dan lima belas tahun bagi anak lelaki beserta pendidikan formal dan tidak formal.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(c) Tahap remaja atau dewasa hingga sebelum berkahwin. Perlu berkawan, memberi bimbingan, nasihat dan menghukum mereka sebagai jalan terakhir.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(d) Tahap dewasa apabila anak-anak sudah berkahwin dan berpisah daripada keluarga. Ia sudah melepasi tahap memberi hukuman. Diasaskan pada konsep persahabatan di samping mengekalkan ciri keibubapaan yang perlu dihormati dan sebagai pemberi nasihat dan pandangan yang penting.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Memahami semasa:

keperluan

dan

tuntutan

Ini kerana perbezaan generasi dan zaman menjadi penghalang kepada pemahaman yang baik seterusnya mewujudkan benteng di antara perhubungan dua pihak.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5. Mengawasi dan memantau tingkah laku anak-anak:


Pengawasan dan pemantauan sangat perlu kerana tindakan manusia perlu dikawal dengan nasihat dan undang-undang. Namun begitu, ia perlu bijak dilakukan tanpa menggugat kebebasan perasaan dan akal mereka sehingga tercetusnya konflik.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

ISU-ISU EKONOMI
Konsep Ekonomi Islam Beberapa Ayat Al Quran Mengenai Penjanaan Ekonomi. Prinsip-prinsip Ekonomi Islam.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Konsep Ekonomi Islam Islam menggalakkan individu mencari rezeki dan memiliki harta di dunia. Firman Allah yang bermaksud : Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagian untuk akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada dunia (al-Qasas 28:77).
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ekonomi Islam mengoptimumkan manfaat sosial dan tidak bersifat individualistik yang mana semua lapisan masyarakat merasai kekayaan negara berdasarkan keupayaan masing-masing tanpa ada unsur penindasan dan penganiayaan.
Pengurusan ekonomi mestilah mencapai sasaran yang tepat tanpa sebarang pembaziran
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ekonomi Islam tidak boleh dikuasai oleh kehendak yang tiada batasan.
Skop ekonomi mengikut keperluan semasa untuk menjaga kepentingan umat Islam. Contohnya kewujudan sistem insuran `takaful terjadi untuk membantu umat Islam yang ditimpa kemalangan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pada dasarnya, skop ekonomi Islam adalah sama dengan sistem ekonomi konvensional, tetapi diurus menurut peraturan syariat

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Beberapa ayat al-Quran tentang usaha terhadap penjanaan ekonomi:

1. Perusahaan perkapalan
..dan (pada) kapal-kapal yang belayar di lautan dengan membawa barangan yang bermanfaat kepada manusia. (alBaqarah 2: 164).

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Perusahaan logam besi dan kami telah mencipta besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang dahsyat serta pelbagai faedah lain bagi manusia... (al-Hadid 57: 25).

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Pertanian ..Dia juga telah menurunkan hujan daripada langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya. Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternakan kamu... (Taha 20: 53-54).

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar (tanamannya) dan yang tidak menjalar, dan pohon-pohon tamar, dan tanaman yang berlainan (bentuk dan rasanya), buah zaitun dan delima, yang sama (warnanya dan daunnya) dan tidak sama (rasanya).... (al-Anaam 6 : 141).

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM


1.Kemaslahatan atau kemanfaatan kepada masyarakat: Produk samada barangan atau perkhidmatan yang tidak memberikan kebaikan di sisi Islam tidak boleh diniagakan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2.Tiada unsur penipuan (Ghash): Semua kegiatan ekonomi yang mempunyai unsur penipuan dan kesamaran kepada pengguna adalah ditegah.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Kepenggunaan: Islam mementingkan pengguna yang bijak supaya kegiatan ekonomi memberi manfaat kepada semua pihak. Sebagai contoh, pengguna boleh memboikot peniaga-peniaga yang menaikkan barang sesuka hati mereka. Pengguna juga mesti melaporkan kepada pihak berkuasa jika hak-hak mereka dicabuli.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Keseimbangan:
Perlu wujud pelbagai sektor secara seimbang untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara. 5. Kemahiran dan teknologi: Perhatian perlu diberikan dalam penyediaan tenaga kerja mahir dan penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

7. Produk yang boleh dicapai:


Barangan yang tidak dapat dimiliki seperti burung di udara dan tanah yang belum dimiliki sepenuhnya tidak boleh diniagakan.

8. Akhlak:
Pihak yang menjalankan aktiviti ekonomi mestilah mempunyai kesedaran akhlak. Tindak-tanduk dan perilaku mereka wajib berasaskan kepada akhlak Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

9. Memelihara kedaulatan dan keselamatan negara: Negara tidak boleh dipercaturkan sematamata kerana kepentingan ekonomi. Beberapa sektor yang dianggap sebagai kepentingan strategik mestilah dipegang atau dikawal sebahagiannya oleh negara seperti tenaga dan makanan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pembangunan dan Alam Semulajadi


Maksud Pembangunan Di Dalam Islam.

Hubungan Pembangunan Dengan Alam Semulajadi.


Ciri-ciri Pembangunan Di Dalam Islam.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Maksud Pembangunan Di Dalam Islam Membuat perubahan dan peningkatan taraf hidup, pengabdian kepada tuhan, perilaku dan daya intelek. Pembangunan di dalam Islam menggabungkan aspek fizikal dan spiritual.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Hubungan Pembangunan Dengan Alam Semulajadi Pembangunan sering dikaitkan dengan hubungan negatif dengan penjagaan alam semulajadi. Apabila pembangunan atau modenisasi dilakukan alam akan terancam kerana ekosistem diusik. Ini kerana pembangunan yang dilakukan adalah pembangunan tidak terkawal.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pembangunan adalah keperluan kepada manusia untuk kesejahteraan dan kemakmuran. Justeru ia perlu dilakukan dengan terkawal dan mengikut peraturan supaya mendatangkan manfaat dan menjauhkan kemudaratan

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Ciri-ciri Pembangunan Di Dalam Islam


1.Pembangunan madani atau fizikal perlu berteraskan keutamaan atau prioriti yang digariskan oleh Maqasid As Syariah iaitu Ad Dhururiyyat, Al Hajiyyat dan At Tahsiniyyat.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Kesaksamaan dalam pengagihan nikmat pembangunan. Kemudahan daripada pembangunan tidak boleh dimonopoli penggunaannya atau ia dilakukan untuk golongan tertentu sahaja.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bercirikan mesra sumber alam iaitu mencakupi aspek-aspek berikut: (a) Penggunaan sumber dengan terancang dan optimum. (b) Produk sampingan daripada lebihan sumber yang telah digunakan. (c) Mengelakkan penghasilan produk yang berlebihan dan membazir. (d) Mewujudkan sistem kitaran yang efektif supaya bahan buangan boleh digunakan semula. 3.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4. Bercirikan `mesra alam iaitu mencakupi aspek-aspek berikut:


(a) Tidak menjejaskan ekosistem dengan mengambil langkah seperti tanam semula, konsep pembangunan dalam taman dan sebagainya. (b) Memilih lokasi pembangunan yang sesuai seperti jauh dari sumber air, hutan simpanan dan perumahan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(c) Melupuskan buangan sisa toksik secara terancang dan mesra alam.
(d) Mengutamakan penggunaan bahanbahan semula jadi dan mengurangkan bahan-bahan kimia.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5.Pembangunan fizikal yang menggabungkan aspek spiritual yang tersirat. Contohnya, kemudahankemudahan sukan mestilah memudahkan wanita-wanita Islam bersukan seperti gelanggang sukan yang tertutup dan tempat khas untuk wanita. Contoh lain ialah seni bina Islam untuk memperlihatkan syiar Islam.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

6. Keseimbangan di antara pembangunan madani dan insani. Sebagai contoh, peruntukan untuk sukan mestilah seimbang dengan pendidikan. Maksud keseimbangan bukan persamaan tetapi berdasarkan kepada keutamaan berasaskan Maqasid As Syariah.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Etika atau Akhlak Islam Dalam Kemajuan Sains dan Teknologi


Pandangan Islam Terhadap Kemajuan Sains dan Teknologi. Al Quran dan Sains.

Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pandangan Islam Terhadap Kemajuan Sains dan Teknologi


Islam tidak memusuhi kemajuan sains dan teknologi sebagaimana agama Kristian pada zaman pertengahan yang mana ahliahli sains dibunuh jika penemuanpenemuan baru mereka dianggap bercanggah dengan agama.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Setiap perkara yang memberi manfaat dan kebaikan kepada manusia menurut pandangan Islam sangat dialu-alukan. Malah, sebuah hadis telah menyatakan; Kebijaksanaan adalah barang orang mukmin yang hilang. Di mana sahaja ditemui, dia lebih berhak mendapatkannya.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Al Quran dan Sains Al Quran dan nas-nas agama yang lain sama sekali tidak akan bercanggah dengan fakta sains atau penemuan baru manusia.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Pada hari ini, ulama yang mempunyai pengetahuan sains atau pakar sains yang beragama Islam seperti Abdul Majid Az Zandani dan Harun Yahya telah membuktikan bahawa Al Quran telah memberitahu dengan tepat fakta-fakta sains seperti pembentukan janin, pemisahan di antara laut-laut yang berbeza struktur kulit manusia dan lainlain.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Antara individu yang memeluk Islam selepas mengetahui kebenaran Islam melalui sains ialah Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Suatu perkara yang mesti diingat ialah nas-nas agama tidak akan bercanggah dengan maklumat sains yang telah terbukti sebagai fakta yang betul. Jika wujud percanggahan, terdapat beberapa kemungkinan antaranya maklumat tersebut bukannya fakta yang betul dan beberapa kemungkinan yang lain.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi


1. Keimanan kepada Allah SWT:

Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam. Seorang ahli sains perlu mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon bantuan daripadaNya.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mereka perlu sedar Allah sentiasa melihat segala pemikiran dan perlakuan manusia. Allah merupakan Pencipta dan Pemilik alam yang menjadi bahan kajian dan penggunaan sains dan teknologi.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2. Kepatuhan kepada Syariah dan etika kerja: Seseorang ahli sains perlu mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap peraturanperaturan dan ketentuan Allah dengan mengambil kira persoalan halal dan haram dalam kerjayanya.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Matlamat yang murni dalam pembangunan dan penggunaan teknologi seharusnya seiring dengan kaedah yang tidak melanggar batas-batas ajaran Islam. Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadikan asas penting kepada etika kerjaya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan kerana sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan: Dalam penggunaan sains dan teknologi, aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan suatu yang tidak boleh diabaikan. Para saintis adalah khalifah Allah di bumi.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Mereka bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian. Mereka perlu menghindari diri dari mengekskploitasi sewenangwenangnya segala isi kandungan alam semata-mata untuk kepentingan sanis, material dan kekayaan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tindak tanduknya pula dibaluti dengan nilai-nilai etika dan moral yang suci murni berdasarkan prinsip melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi yang mungkar. Dengan itu persoalan krisis etika dalam pelbagai amalan sains dapat dihindarkan dan sains menjadi ilmu yang mampu memberi manfaat yang menyeluruh.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia, Muhamad Abu Zakaria al-Razi, bapa Kimia Arab, dikatakan telah diperintahkan oleh khalifah untuk membuat racun arsenik, namun beliau telah menolaknya kerana arsenik boleh membunuh kehidupan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Globalisasi Definisi globalisasi.

Sejarah ringkas globalisasi.


Baik dan buruk globalisasi.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Definisi Globalisasi Proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau seluruh dunia.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Sejarah Ringkas Globalisasi Tiada catatan jelas yang menyatakan permualaan agenda globalisasi. Walau bagaimana pun proses globalisasi boleh diambil kira dengan beberapa peristiwa yang berlaku seperti gerakan kapitalisme Eropah bermula pada abad 16, perluasan perniagaan dan pelaburan dunia pada abad ke 19 yang tergendala akibat perang dunia pertama.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Penubuhan organisasi dunia yang mengawal peraturan perdagangan dunia seperti World Trade Organization (WTO), International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia dan lain-lain.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Baik Dan Buruk Globalisasi Kesan Positif:

1.Mencipta daya saing pada negara-negara Islam. Dunia Islam boleh melihat dan belajar contoh-contoh perniagaan maju daripada negara-negara lain. Perpindahan teknologi dan tenaga kerja mahir juga akan berlaku.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2.Memberi peluang kepada pemasaran global. Pasaran produk akan menjadi sangat luas tanpa sempadan. Sesiapa pun di seluruh dunia boleh membeli produk dan boleh produk dihantar kepada mereka, terutamanya dengan kecanggihan komunikasi dan sistem pengangkutan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3. Penyatuan negara-negara Islam. Dengan pergerakan bebas di peringkat antarabangsa, sesiapa pun boleh membentuk perikatan, blok ekonomi dan sebagainya untuk menjaga kepentingan bersama. Justeru, negara-negara Islam boleh bekerjasama sesama mereka untuk kebaikan semua pihak.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesan negatif: 1. Menghadapi lambakan produk negara maju kerana produk tempatan tidak kompetitif dan mahal. 2. Jurang dagangan yang sangat tinggi akan berlaku seperti negara membangun lebih banyak mengimport daripada negara maju berbanding negara membangun yang mengeksport barangan ke negara maju.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

BAB: 7

PENYELESAIAN SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

OBJECTIVES LEARNING

Memahamkan pelajar tentang fahaman yang salah dan bertentangan dengan islam seterusnya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan fahamanfahaman yang salah tentang islam.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

LEARNING OUTCOMES
Mengetahui dan memahami tentang gambaran-gambaran yang salah yang cuba dikaitkan dengan islam seterusnya dapat memperbetulkan fahaman yang salah pelajar bukan islam terhadap agama islam.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bab Ketujuh
Penyelesaian Salah Faham Terhadap Islam

Faktor penyebab kepada salah faham terhadap islam Bentuk salah faham tradisional Bentuk salah faham semasa Tindakan untuk mengatasi salah faham
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Faktor penyebab kepada salah faham terhadap islam

- Faktor Dalaman

- Faktor Luaran

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

FAKTOR DALAMAN 1)Persempadanan wilayah islam yang semakin luas

- Mesej untuk kefahaman tentang islam secara menyeluruh tidak dapat disampaikan sedangkan ramai yang memeluk agama islam.
- Sebahagian mereka mengekalkan atau masih mengamalkan adat resam yang bertentangan dengan islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2.Perselisihan faham dan Perpecahan Umat Islam - Berlakunya perpecahan antara umat islam telah menyuburkan salah faham terhadap islam. - Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w umat islam menghadapi fitnah yang besar, iaitu perselisihan faham dan perpecahan. - Peperangan jamal dan siffin menyebabkan kelahiran fahaman Syiah yang dianggap terkeluar daripada pegangan ahli sunnah dan jamaah, iaitu pegangan dominan islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3)Elemen subversif dalam negara atau kerajaan islam. - Terdiri daripada golongan munafik, sebahagian orang yang baru memeluk agama islam dan bukan islam yang tediri daripada yahudi, kristian dan majusi.

- Golongan ini mengambil kesempatan daripada kelemahan perpaduan umat islam pada ketika itu untuk mencetuskan keadaan huru hara politik dan pemikiran.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- Ekoran itu tercetus perdebatan agama antara islam dengan bukan islam seperti yang dilihat pada zaman Abbasi. Malah sebelum itu, iaitu pada zaman pemerintah khalifah Khalifah Abu Bakar, wujud beberapa individu mendakwa menjadi nabi untuk mencetuskan huruhara dan mengelak daripada pembayaran zakat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4)Kurang Islam

ilmu

pengetahuan

agama

- Kurangnya ilmu pengetahuan agama Islam telah menyebabkan atau menyemai salah faham tentang islam sedang dalam masa yang sama wujud pengaruh kebudayaan bukan islam menuasai arus perdana.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5)Perkembangan ajaran sesat atau ajaran yang menyeleweng dari agama - Perkara ini telah menyebabkan salah faham berlaku terhadap islam dan ia menyuburkan elemen-elemen syirik seperti mandi bulan safar untuk menghindarkan bala, kepercayaan kepada keramat kubur para wali, percaya kepada bomoh, tangkal azimat dan sebagainya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Faktor Luaran 1)Serangan pemikiran oleh orientalis barat.

- Selain orientalis barat zionis juga turut terlibat didalam serangan pemikiran terhadap umat Islam.
- Serangan pemikiran oleh orientalis barat yang prejudis cukup berkesan untuk mencetuskan salah faham terhadap agama islam ini disebabkan oleh:
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(a) Orientalis barat yang prejudis terhadap Timur begitu ramai pada era sebelum penjajahan Barat keatas dunia islam lagi. Pada asasnya, maklumat yang dikembangkan oleh mereka bersifat tangan kedua, bukan interaksi sebenar mereka dengan kebudayaan islam yang dikaji.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(b) Sumber penulisan orientalis barat yang prejudis masih wujud pada ketika ini dan ia masih digunakan oleh orientalis semasa dan juga pengkaji islam. Sungguhpun wujud penulisan tentang islam oleh orientalis barat tentang islam yang sederhana tetapi bilangannya adalah sedikit.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(c) Orientalis barat mempelopori kajian sosiologi dan kebudayaan umat islam ketika mana cendekiawan islam masih ketinggalan aspek ini. - Pada era penjajahan Perancis dan British ke atas Mesir dan dunia Arab keseluruhannya, orientalis barat mengambil kesempatan untuk menerokai kajian mereka tentang aspek sosiologi dan kebudayaan umat islam. - Ia lebih dilihat daripada perspektif barat daripada perspektif timur atau islam. Gambaran salah tentang islam dan umatnya menguasai penulisan mereka.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2) Pengaruh kebudayaan asing - Islam muncul di tengah-tengah tiga kebudayaan iaitu parsi di timur dan kebudayaan atau agama kristian dan yahudi. - Kebudayaan parsi lebih mempengaruhi aspek kesenian dan hiburan, manakala kebudayaan atau agama kristian dan yahudi lebih mempengaruhi aspek-aspek agama.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- Antaranya sebahagian penganut kristian dan yahudi yang dikenali sebagai ahli kitab kerana mereka juga menerima kitab samawi telah memeluk agama islam. - Dalam pada masa yang sama mereka juga membawa elemen-elemen Israiliat dalam pentafsiran al-Quran. Sebahagian elemen itu diakui benar oleh cendiakawan islam, manakala sebahagian lagi diragui kebenarannya atau ditolak.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3)Penjajahan barat dan dasar pecah dan perintah - Perkara ini telah memberi kesan tidak langsung kepada percambahan ajaran ajaran sesat. Dasar pecah perintah menyebabkan dunia islam tidak bersatu dan tidak wujud kesefahaman dalam menangani permasalahan umat islam termasuk ajaran sesat.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4)Penjajahan dan modenisme barat - Perkara ini telah diperkenalkan oleh penjajah barat terhadap dunia Islam khususnya dalam arena pendidikan menyebabkan skop pendidikan islam diletakkan dalam konteks tradisional.

- Seterusnya ia menyebabkan Islam dipandang secara perspektif tradisional bukan sebagai agama yang dinamik dan maju.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bentuk Salah Faham Tradisional - Agama Islam yang dimanipulasi - Al-quran dan Hadis yang dimanipulasi

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Agama Islam yang dimanipulasi 1) Dogmatisme dan ideologi Sebahagian orientalis barat khusus pada awal era moden dan sebelumnya melihat agama sebagai satu dogmatisme yang menekankan aspek ritual semata-mata.

Sebahagian mereka menganggap satu ideologi sedangkan islam merupakan satu al-din atau agama yang lengkap, mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia serta universal.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2)Agama kristian

adaptasi

daripada

agama

- Sebahagian orientalis barat menganggap agama islam bukan agama samawi tetapi menganggapnya sebagai adaptasi daripada agama kristian.

- Mereka mendakwa Nabi Muhammad s.a.w mempelajari selok belok agama agama kristian dan seterusnya mencipta agama tersendiri yang bersifat ketimuran.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

-Tidak hairan sebahagian mereka melabelkan agama islam sebagai satu ideologi, iaitu muhammadisme atau ideologi yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3) Agama yang kolot - Akibat kekaburan yang menyelubungi agama islam, sebahagian umat islam dan bukan islam beranggapan Islam sebagai agama kolot atau tidak mendukung kemajuan.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Al-quran dan hadis yang dimanipulasi


1) Al-quran keraguan sebagai wahyu dalam

- (a)Nabi Muhammad s.a.w ummi, tidak boleh membaca dan menulis atau secara mutlak tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Oleh itu mereka meragui keupayaan Nabi yang ummi itu untuk menerima wahyu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- Sifat ummi dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya menjadi ketentuan Allah s.w.t supaya baginda tidak difitnah sebagai mencipta al-Quran.
- (b)Al-Quran tidak dibukukan dalam satu mashaf atau buku yang lengkap pada era penurunannya. Hakikatnya, sungguhpun ia tidak dibukukan tetapi ia dicatat pada pelepah tamar dan batu.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- manakala nabi Muhammad s.a.w sentiasa menyusun kedudukan ayat Al-Quran mengikut perintah Allah s.w.t melalui perantaraan malaikat Jibril. - Semasa rasulullah wafat, kedudukan susunan al-Quran sudah lengkap dan para sahabat sentiasa memperbaharui bacaan atau hafalan mereka terhadap ayat dan surah al-Quran di depan Nabi Muhammad s.a.w serta ditegur kesalahan mereka.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- (c)Al-Quran dikatakan mengandungi cerita-cerita dongeng, penglipur lara, dan sebagainya. Ini merupakan pandangan yang salah. Banyak fakta saintifik dalam al-Quran hanya dapat dibuktikan kebenarannya secara saintifik pada hari ini oleh saintis barat. - Sungguhpun terdapat banyak cerita dalam alQuran, cerita-cerita tersebut adalah benar dan mempunyai bukti akeologi seperti cerita tentang Firaun. Bukti akeologinya jasad Firaun telah ditemui dan diletakkan dalam muzium.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2) Salah faham tentang kedudukan hadis dan meragui kesahihannya. - Mereka menolak kewujudan hadis sebagai salah satu sumber perundangan, syariat, akidah, dan akhlak dengan alasan ia tidak dibukukan pada era Nabi Muhammad s.a.w masih wujud. - Memang ia tidak dibukukan pada era baginda dengan perintah baginda sendiri kerana dikhuatiri bahawa ia akan bercampur aduk dengan al-Quran dan menimbulkan keraguan tentang al-Quran dan Islam secara keseluruhannya. namun keseluruhan hadis dirakamkan melalui hafalan para sahabat yang mantap dan turun temurun sebelum ia dibukukan pada era berikutnya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3) Rasulullah s.a.w yang dimanipulasi


(a) Sebagai penggemar poligami. Rasulullah s.a.w Selalu digambarkan oleh orientalis barat suku mengamalkan poligami yang luar biasa. Hakikatnya, poligami tersebut dibenarkan oleh Allah s.w.t untuk tujuan penyebaran dan perpaduan umat islam yang terdiri pelbagai kabilah atau etnik. - Oleh itu, para isteri baginda terdiri daripada pelbagai kabilah dan etnik dan realitinya sebahagian isteri baginda ialah balu yang kematian suami semasa peperangan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(b) Sebagai gila seks. Dalam sebahagian tulisan orientalis barat yang prejudis juga terdapat kecenderungan mereka untuk menggambarkan bahawa Rasulullah s.a.w gila seks. - Hakikatnya, baginda merupakan individu yang stabil, banyak menumpukan pada urusan negara dan agama dan ketika berada dirumah baginga menjadi suami yang bertanggungjawab.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

4) Kedudukan wanita yang dimanipulasi (a)Sebagai hamba seks. Wanita dalam kajian sosiolgi dan kebudayaan barat digambarkan sebagai hamba seks atau digunakan untuk memuaskan hawa nafsu golongan lelaki. - Antara alasan yang digunakan ialah mereka dipaksa menutup aurat dan tidak boleh bergaul bebas serta tidak dibenarkan menjalankan aktiviti kehidupan harian demi untuk memenuhi tuntutan seks suami atau tuannya sematamata.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(b) Wanita didera dan dianiaya. Wanita islam digambarkan dalam sebahagian tulisan tradisional dan semasa barat berada dalm kedudukan teraniaya dan didera. - Penderaan dan penganiayaan terhadap golongan wanita bukan merupakan ciri atau sifat agama islam. Malahan, islam diturunkan salah satunya memerdekakan wanita daripada perhambaan seks. Penderaan golongan wanita berlaku dalam kebudayaan dan tamadun sebelum islam lagi.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

5)Masyarakat dan dimanipulasi.

negara

Islam

yang

a)Sebagai tidak bertamadun. Masyarakat islam digambarkan sebagai barbarian atau ganas dan tidak bertamadun. Alasan yang digunakan ialah bangsa arab ialah bangsa nomad dan tidak bertamadun seperti bangsa-bangsa lain disekeliling mereka. Permukaan bumi arab yang kontang juga tidak membantu pembangunan tamadun.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- Memang benar bangsa arab bangsa nomad dan keadaan permukaan bumi yang kontang tetapi ia tidak bermakna bahawa suatu tamadun tidak mampu diwujudkan di bumi yang gersang.
- Bangsa arab tidak bergantung sepenuhnya terhadap tamadun ilmu greek. Sungguhpun mereka menterjemahkan sumber greek tersebut ke dalam bahasa arab, dalam pada masa yang sama mereka mengkaji dan menganalisa serta melakukan pembetulan , mereka menghasilkan ilmu yang baru selaras dengan tuntutan alQuran dan hadis.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

b)Suka kepada peperangan. Memang bangsa arab atau Islam pada ketika itu suka kepada peperangan tetapi dalam konteks untuk membela keadilan dan menjaga keamanan.

- Perlu difahami bahawa sudah wujud peperangan sebelum kedatangan Islam lagi umpamanya antara dua kuasa besar Parsi dengan Rom, oleh itu peperangan tidak wujud antara negara Habshah yang ketika mempunyai agama rasminya, iaitu kristian dengan umat Islam kerana Habshah tidak mengancam umat Islam.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Bentuk salah faham semasa - Dalam bentuk pengistilahan - Dalam bentuk pandangan, tanggapan atau persepsi umum.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam bentuk pengistilahan: 1) Fundamentalisme. - Menggambarkan bahawa agama Islam satu agama yang taksub dan tidak secucuk dengan era moden semasa kerana tiada unsur toleransi pada fundamentalisme. Menggambarkan umat Islam sebagai masyarakat yang tertutup dan tidak menerima sebarang elemen daripada peradaban lain. Hakikatnya dalam interaksi dengan peradaban barat, masyarakat boleh menerima sebahagian elemen positif umat islam untuk dikembangkan dalam masyarakat barat.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2) Ekstrimisme - Menggambarkan bahawa wujud golongan ekstrimis atau melampau seperti golongan wahabi dalam masyarakat Islam yang boleh mengancam kesejahteraan hubungan antara manusia daripada pelbagai latar belakang agama. - Ia dipercayai digunakan apabila wujud sikap anti-Barat dikalangan sebahagian umat Islam yang tidak senang hati terhadap kehadiran dan campur tangan politik barat dalam urusan negara Islam terutama, timur tengah.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

3) Terrorisme - Mula digunakan apabila wujud elemen ganas dalam Islam yang bersifat individu dan menggunakan kekuatan senjata seperti bom untuk membunuh manusia. - Ia mungkin mula digunakan pada insiden pertama yang melibatkan pengebom Arab Palestin yang berani mati dalam menentang penjajahan Israel terhadap Palestin.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam bentuk pandangan, tanggapan, atau persepsi umum. 1) Aspek kerohanian dalam islam tidak relevan untuk mengejar kemajuan. - Pandangan popular yang tenggelam dalam arus kemajuan memandang bahawa aspek kerohanian dalam islam tidak relevan untuk mengejar arus kemajuan. - Memang benar untuk mengejar dunia semasa, ilmu agama tidak diperlukan tetapi untuk menjadi manusia yang stabil dan lengkap untuk berurusan dengan dunia semasa aspek agama amat diperlukan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

- Satu hakikat perlu diterima bahawa kemajuan semasa banyak disumbangkan oleh ilmuwanilmuwan islam dahulu kala yang mempunyai kerohanian yang tinggi.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

2) Keterbatasan kuasa atau utiliti rujukan dan sumber Islam. - Sebahagian intelektual islam tidak yakin dengan keupayaan sumber ilmu islam sebagai rujukan dalam kegiatan akademik mereka. Ini disebabkan bahawa: (a) Mereka terikat dengan kemajuan barat, korea dan jepun selain Islam. (b) Penulisan yang bertaraf magnum opus oleh ilmuwan islam kurang atau tiada langsung dalam sesuatu disiplin. (c) Kebanyakan magnum opus oleh cendiakawan Islam terdahulu sama ada berada dalam bahasa arab yang susah difahami oleh cendiakawan islam yang tidak berbahasa arab, sudah hilang atau berada di dalam milik barat. Barat dipercayai telah menerokai sepenuhnya magnum opus tersebut.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(d) Umat islam dikaitkan dengan sifat negetif. Sesetengah orang bukan Islam mengaitkan sifat-sifat buruk seperti tidak bermoral, malas dan sebagainya dengan orang atau masyarakat Islam. Ia merupakan gambaran yang salah kerana: (1) Hanya minoriti orang islam bersikap negetif. (2) Ajaran Islam tidak menganjurkan sifat negetif. Jika dihayati sepenuhnya, umat islam akan mendahului masa seperti yang dilakukan oleh cendiakawan Islam terdahulu.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Tindakan untuk mengatasi salah faham

Dalam konteks individu Dalam konteks masyrakat dan negara

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam konteks individu: (1) Meningkatkan jati diri (a) Menjejaki jejak langkah role model Islam seperti imam al-Syafie dan al-Ghazali. (b) Meningkatkan ketakwaan dan kecekalan rohani kerana ia merupakan sumber kekuatan umat Islam. (c) Mencontohi individu atau bangsa yang berjaya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(2) Mempunyai aura, karisma atau kewibawaan. - aura, karisma dan kewibawaan merupakan anugerah semenjak lahir tetapi ia juga boleh diusaha dan dibangunkan dengan kecekalan, kegigihan dan kesabaran. (3) Melengkapkan diri dengan ilmu semasa. - Ilmu pengetahuan semasa merupakan keperluan setiap individu dan setiap individu Islam diperintah untuk menimba ilmu pengetahuan.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(4)Menguasai semua kepakaran sains, teknologi dan ICT. - Disamping ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam sains, teknologi dan ICT diperlukan oleh setiap individu.

(5)Menghayati isi kandungan al-Quran dan hadis. - Menghayati isi kandungan al-Quran dan hadis juga dapat mempercepatkan proses untuk meningkatkan jati diri kerana al-Quran dan hadis bgi umat islam adalah segalanya termasuk aspek motivasi yang diperlukan untuk ini.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Dalam konteks masyarakat dan negara: (1) Meningkatkan keupayaan ekonomi. - Dunia islam perlu membina keupayaan ekonomi tanpa bergantung kepada bantuan dan pertolongan barat kerana ia boleh mengheret dunia islam kepada pelbagai syarat dan peraturan yang boleh menjerat diri sendiri.
(2) Mewujud dan memperkukuhkan kemajuan sains, teknologi dan ICT. - Negara islam tidak boleh mengabaikan pembangunan sains, teknologi dan ICT untuk bersaing di peringkat global dan seterusnya dapat menghakis imej kemundurannya.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(3) Membentuk masyarakat dinamik dan proaktif. - Tanpa berpeluk tubuh atau berpuas hati dengan mentaliti subsidi kerajaan. (4) Meningkatkan kerjasama sesama negara Islam. - Dalam pelbagai urusan seperti perdgangan, kebudayaan, sukan dan pendidikan adalah penting untuk memberikan gambaran positifnya kepada kepada dunia.
MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

(5) Menjalinkan hubungan antarabangsa dengan baik dan berkesan. - Hubungan dunia Islam dengan antarabangsa perlu diberikan perhatian. Dunia islam perlu menerajui hubungan tersebut bukan sahaja bersikap terbuka tetapi juga perlu responsif, proaktif dan berwibawa.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM

Kesimpulan Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya salah faham tentang Islam. Antara faktor terbesar ialah pengenalan modenisme oleh penjajah barat ke dunia islam, propaganda sebahagian besar media massa barat tentang Islam dan faktor orientalisme yang menyelewengkan fakta tentang islam dalam pelbagai disiplin.

MPW 1143- PENGAJIAN ISLAM