Anda di halaman 1dari 7

SOALAN (iii). Menjelaskan satu contoh model pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan semua konsep.

CONTOH MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(RPH)


TARIKH: MASA: TINGKATAN: BILANGAN PELAJAR: MATA PELAJARAN: TAJUK: GENRE: OBJEKTIF: 16 JULAI 2012 9.00-10.20 pagi (80 minit) Tiga Al Khindi 21 orang Bahasa Melayu Sajak-Keusangan Budaya Puisi Moden Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan nilai dan pengajaran dalam sajak 2. Menyenaraikan empat langkah menggalakkan rakyat Malaysia memakai pakaian tradisional berpandukan rangkap sajak. 3. Menyenaraikan enam kata adjektif dan membina ayat HASIL PEMBELAJARAN: FOKUS UTAMA: 10.4 .Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran. Aras 2(ii) Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam teks FOKUS SAMPINGAN: 7.1. Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. Aras 1(ii) Memilih isi penting yang relevan dengan topik yang diberi. SISTEM BAHASA: Tatabahasa: Kata Adjektif(ayu,segar,merdu,sayu,gagah dan lesu) Sebutan dan intonasi PENGISIAN KURIKULUM: 1

Nilai: Mencintai budaya, semangat bermasyarakat Ilmu: Sejarah

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH: Kemahiran berfikir(kemahiran mengkonsepsi idea) Membuat inferens(kemahiran membuat rujukan) Menghubungkaitkan(pengalaman sedia ada) Menyenaraikan enam kata kata adjektif dan membina ayat KEMAHIRAN BAHASA: Kemahiran Mendengar dan bertutur Kemahiran menulis PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid pernah membaca dan mempelajari sajak serta mengenali pakaian tradisional. BAHAN BANTU MENGAJAR: Laptop,LCD, power point, kertas mahjong,Lembaran Pengurusan Grafik(LPG)

ISI PELAJARAN

Bersoal jawab dengan murid untuk menguji kesediaan belajar murid. Soalan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SET INDUKSI(5 Minit) 1.Guru menayangkan video tentang pakaian beragam yang digayakan oleh model . 2. Guru meminta respons daripada murid tentang gambar tersebut dengan pengalaman mereka.

CATATAN BBM -LCD,Laptop (power point) -Gambar KB: Menghubungkait, inferens BCB: Menonton dengan aktif

a. Apakah yang kamu saksikan pada 3. Guru mengaitkan gambar tersebut gambar? dengan kehidupan murid dan isi pelajaran b. Nyatakan jenis hari ini. pakaian yang dipakai oleh mereka? c. Namakan pakaianpakaian tersebut?

Guru memberi petikan sajak Keusangan Budaya melalui power point

LANGKAH 1(15 minit) 1. Murid dikehendaki mengelik pautan yang disediakan. 2. Murid diminta mendekamasikan sjak Keusangan Budaya secara individu dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya yang betul 3. Murid lain dikehendaki mendengar dengan teliti sajak sambil memahaminya.

BBM -Petikan sajak BCB; -Membaca dengan intonansi yang betul. -mendengar dengan aktif

Lengkapkan jadual Kumpulan 1 Kelihatan sang dara bersimpuh ayu (rangkap 1 baris 2) Kumpulan 2 Bersalut songket tenunan Melayu (rangkap 1 baris 3) Kumpulan 3 Berbaju melayu warisan bangsa (rangkap 1 baris 2) Kumpulan 4 Memaku nobat di sisi (rangkap 5 baris 2) Perbincangan Kumpulan Langkah-langkah menggalakkan rakyat Malaysia Memakai pakaian tradisional a. Mengadakan kempen b. Memakai pakaian tradisional pada musim perayaan c. Galakan daripada ibu bapa d. Menganjurkan pertandingan

LANGKAH 2(25 minit) 1. Murid dibahagi kepada 4 kumpulan pelbagai kebolehan. 1. Murid diminta menjayakan aktiviti Dekon untuk penghayatan karya. 2. Murid diedarkan LPG nilai dan pengajaran dan membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan 3. Guru membuat ulasan terhadap perbentangan murid.

BBM: Lampiran 1 Sajak Keusangan Budaya Lampiran 2 Penjelasan aktiviti Dekon Lampiran 3 LPG:Nilai dan pengajaran KB:menghubung kait dan menjana minda BCB:Memproses Maklumat dan melaporkan maklumat KP:verbal linguistic, interpersonal dan intrapersonal

LANGKAH 3(30 minit) 1. Dalam kumpulan yang sama, murid diminta meneliti sajak Keusangan Budaya 2. Murid dipaparkan rangkap keempat sajak Keusangan Budaya dan meminta murid memberikan fokus kepada masalah yang dinyatakan; songket dan batik muram disisihkan. 3. Murid-murid diedarkan borang LPG tentang langkah-langkah menggalakkan rakyat Malaysia memakai pakaian tradisional dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. 4. Murid berbincang dalam kumpulan 3

BBM: Lampiran 4(a) LPG:langkah-langkah menggalakkan rakyat Malaysia memakai pakaian tradisional KB: menganalisis

KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,.

dan melengkapkan LPG yang diberikan. 5. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil dapatan dan menyatakan pandangan berdasarkan sumber atau pengalaman masingmasing. 6. Guru memberi ulasan dan pujian terhadap percambahan fikiran oleh kumpulan murid. LANGKAH 4(15 minit) (Aktiviti Pengayaan) 1. Guru menyediakan teka silangkata dan pembayangnya serta meminta murid menyenaraikan enam kata adjektif. 2. Murid diminta menulis ayat daripada kata adjektif dalam buku latihan 3. Murid membaca ayat-ayat yang telah dibina berdasarkan kata adjektif yang telah dikenal pasti. 4. Guru membuat ulasan tentang terhadap apa yang telah dibaca oleh murid. PENUTUP(5 minit) Kognitif -menyoal 1. Guru meminta beberapa orang murid menyebut secara lisan apakah yang telah mereka pelajari. 2. Guru merumuskan pelajaran pada hari ini dan menerapkan nilai seperti mencintai budaya dan semangat bermasyarakat. 3. Murid diminta melayari laman web http://citrawarnauum.blogspot.c om/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakaian dan kaum etnik di Malaysia. 4. Murid diminta menulis karangan bertajuk Langkah-langkah menggalakkan Rakyat Malaysia memakai pakaian tradisional sebagai kerja rumah. 4 BBM: Lampiran 5 Lembaran kerja kata adjektif

KB: Perbentangan kumpulan

Kata adjektif a. b. c. d. e. f. Ayu Segar Merdu Lesu Gamat muram

KB: -menulis -membaca

NILAI - mencintai budaya - semangat bermasyarakat

Sosial -Memberi pujian Penilaian dan peneguhan

SOALAN (iii). Konsep Bersepadu penggabungjalinan dan penyerapan,

pengayaan,pembinaan dan pengurusan sumber pengajaran dapat diaplikasikan dalam model pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebelum memulakan P N P guru menayangkan slaid(powerpoint) ketika set induksi. Ia adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar bagi memulakan pengajaran. Penyerapan Kemahiran Berfikir iaitu menghubungkait dan membuat inferens diserapkan iaitu murid akan dapat mengaitkan apa yang telah mereka tahu dan lihat melalui pengalaman sedia ada murid dan kehidupan mereka. Melalui set induksi juga kemahiran bernilai tambah iaitu BCB ialah ketika mereka menonton video dan ini menarik minat murid itu untuk meneruskan pembelajaran. Pada langkah 1, Murid menggunakan Kemahiran ICT ketika mengelik pautan yang disediakan. Kemahiran Belajar Cara Belajar dapat dilihat ketika murid membaca sajak dengan intonasi serta gaya yang betul dan terdapat gabungjalin antara kemahiran bahasa dengan sistem bahasa iaitu membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Di samping itu murid lain dapat mendengar dan kemahiran mendengar dapat diterapkan. Pada langkah 2, murid diminta untuk menjayakan teknik pengajaran KOMSAS iaitu Dekon(akronim deklamasi dan lakonan) dan ia diterapkan dalam penghayatan sastera. Manakala kemahiran berfikir diterapkan seperti

menghubungkait dan menjana minda ketika aktiviti kumpulan dilakukan. Begitu juga dengan BCB seperti murid dapat memproses maklumat dan melaporkan maklumat melalui jadual yang dibekalkan. Selain itu kecerdasan pelbagai seperti verbal linguistik, interpersonal dan intrapersonal dapat dilihat ketika aktiviti perbincangan dan pembentangan. Terdapat juga penyerapan nilai seperti menghargai warisan budaya yang terdapat pada rangkap 1 baris 2 sajak tersebut. Penyerapan ilmu pula ialah mata pelajaran sejarah iaitu tentang warisan dan alat-alat serta pakaian tradisional. Melalui langkah 3, murid diminta meneliti sajak dan kemahiran berfikir ialah menganalis, menjana idea, menghubungkaitkan dan membuat inferens kepada
5

perbincangan kumpulan. Murid diminta membincangkan masalah yang dinyatakan dan langkah-langkah menggalakkan rakyat Malaysia memakai pakaian tradisional. BCB pula ialah bagaimana mereka mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat untuk mendapat jawapan bagi latihan yang diberi. Seterusnya Kecergasan Pelbagai pula ialah intrapersonal dan interpersonal. Penyerapan nilai ketika langkah pengajaran dan pembelajaran ini ialah bekerjasama dan menghargai antara satu sama lain iaitu ketika menyiapkan tugasan. Selain itu penerapan nilai iaitu nilai kejasama bagi masyarakat Malaysia. Ketika perbentangan kumpulan kemahiran Belajar terdapat di situ. Begitu juga dengan pembelajaran

konstruktivisme, ia adalah melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid. Sementara dalam langkah 4 pula, aktiviti pengayaan diberi kepada murid iaitu melalui teka silangkata. Tujuannya ialah supaya memudahkan murid mencari perkataan melalui pembayang yang diberi dan membina ayat daripada kata adjektif. Sistem bahasa ialah morfologi(golongan kata) iaitu kata adjektif. Terdapat gabungjalin aktiviti iaitu membaca, membina dan menulis ayat. Bagi penutup pula, kemahiran bahasa yang digunakan ialah kemahiran lisan iaitu bersoal jawab dan menjelaskan rumusan yang telah dibuat. Penyerapan nilai di sini ialah mencintai budaya dan semangat bermasyarakat yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Selain itu penerapan nilai seperti kerjasama dalam kumpulan,, kerajinan,hormat menghormati juga diterapkan secara tidak langsung. Begitu juga dengan peneguhan positif di sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan. Peneguhan ini amat penting bagi membangkitkan minat dan keinginan belajar bagi murid terutama murid yang lemah. Kemahiran teknologi maklumat terdapat pada langkah penutup iaitu murid boleh menggunakan komputer untuk tujuan mencari maklumat daripada internet seperti mencari maklumat berkaitan dengan pakaian tradisional dan kaum etnik di Malaysia. Guru juga boleh menggalakkan murid mencari maklumat tentang pelajaran akan datang melalui internet bagi memudahkan P N P berjalan. Kesimpulannya dalam melalui kesusasteraan Melayu, pelaksanaan strategi bersepadu penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan dapat diaplikasikan dalam pengajaran KOMSAS. Ini penting bagi seorang guru supaya dapat menguasai semua aspek tersebut dengan baik.