Anda di halaman 1dari 22

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 1

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

OBJEKTIF AM

Un itt

Memahami jenis-jenis keluli aloi dan besi tuang dari segi sifat, struktur dan fasa.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat : Menyatakan tujuan keluli dialoikan Menyenaraikan jenis-jenis keluli aloi. Menerangkan kegunaan besi tuang. Menyenaraikan jenis-jenis besi tuangan dan kegunaan. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi besi tuang.

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 2

INPUT
PENGENALAN Unit ini akan membincangkan berkenaan jenis-jenis keluli aloi yang dapat dihasilakn apabila beberapa elemen aloi dimasukkan ke dalam keluli karbon dan kesan terhadap sifat keluli seperti sifat mekanikal, sifat kebolehaliran, sifat elektrik, sifat haba dan sebagainya. Unit ini juga menyentuh berkenaan besi tuangan dari segi jenis dan sifat besi tuangan. 5.1 KELULI ALOI Tahukah anda keluli aloi merupakan keluli yang mengandungi lebih daripada 1.0% elemen-elemen lain selain daripada karbon dan besi . Tujuan utama ialah untuk mempertingkatkan mutu dan sifat-sifat keluli supaya ianya mudah diubahsuai dengan diberi rawatan haba dengan lebih sempurna. Penambahan elemen-elemen pancalogam (aloi) ini seperti kromium, mangenese, molydebnum, nikel, plumbum, kobalt, phosphoros, silikon, sulfur, kuprum, aluminium, tungsten dan vanadium boleh menghasilkan sifat-sifat seperti berikut:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Menambahkan kekuatan tegangan. Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan. Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah suhu maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam proses pengerasan. Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan. Mengekalkan kekerasan keluli sewaktu ianya merah (red hardness). Meninggalkan rintangan terhadap kakisan. Membolehkan pembajaan dilakukan pada suhu yang lebih tinggi di samping mengekalkan sifat kekuatan dan kemuluran.

ADAKAH ANDA TAHU JENIS-JENIS KELULI ALOI ?? FIKIRKAN

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 3

5.2

PENGKELASAN KELULI ALOI Pengkelasan keluli aloi boleh dilakukan dengan mengikut penggunaan dan membentuk kumpulan yang yang lebih kecil berdasarkan unsur-unsur mengaloian yang utama.

5.2.1

Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels) Mempunyai struktur yang menyerupai keluli karbon setelah ianya menjalani rawatan haba. Mengandungi 3-4% aloi dan satu atau lebih elemen aloi yang ditambahkan untuk memperbaiki kekuatan, keliatan dan kebolehan dikeraskan. Penggunaannya sama seperti keluli karbon yang mempunyai kandungan karbon yang sama.

5.2.2

Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels) Struktur yang diberikan adalah berlainan dari keluli karbon. Keluli ini terbahagi kepada 5 jenis iaitu i) ii) iii) iv) v) Keluli Perintang Haba Keluli Alat dan Acuan Keluli Pembinaan Keluli Tahan Karat Keluli Magnet

5.2.2.1 Keluli Perintang Haba Keluli ini mempunyai kekerasan yang sangat tinggi dan digunakan untuk kerja-kerja memotong pada suhu yang tinggi. Dalam proses memotong, tatal bersentuh dengan alat pemotong dan mengakibatkan kehausan dan haba. Bahan alat pemotong sukar menghaus di suhu tinggi dan liat untuk menahan beban hentakan. Kandungan keluli halaju tinggi ialah 14% W(Tungsten) -22% W, 4% Cr dan kekerasannya dikekalkan hingga suhu 660C . Lain-lain unsur adalah Mn, W, Cr, V dan Mo.Mempunyai kandungan tungsten, chromium yang tinggi. Bahan ini membentuk karbida yang keras dan stabil dan boleh meninggikan suhu kritikal. Kandungannya adalah 18% tungsten + 4% Chromium + 1% Vanadium + 0.88% Karbon.

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 4

5.2.2.2

Keluli Alat dan Acuan (Tool Steels)

Keluli ini digunakan untuk memotong, mericih, membentuk, menggolek dan menempa dimana setiap satunya memerlukan kekerasan, kekuatan, rintangan haus dan haba. Keluli alat biasanya mengandungi 0.6 - 1.5% C. Unsur-unsur pancalogm dicampurkan dengan tujuan: i. Menambahkan kekuatan dan rintangan dari kehausan dengan terbentuknya karbaid. Karbaid ini lebih keras dari Fe3C (cementite). Mengekalkan kekerasan keluli di suhu-suhu tinggi. Unsurunsur pembentukan karbaid yang stabil ialah Cr, W, Mo dan V. 5.2.2.3 Keluli Pembinaan (struktur)

ii.

Kandungan elemen - Nikel, Mn, Cr, Mo. Ianya bersifat liat dan kuat serta digunakan pada peralatan mesin yang bertegasan tinggi. Satu jadual pemilihan diberikan di dalam Jadual 5.1 berserta sifatsifat dan penggunaanya.
Jadual 5.1 Beberapa jenis keluli acuan dan perkakas serta bentuk rawatan haba dan penggunaan umun.

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 5

5.2.2.4

Keluli Tahan Karat (Stainless Steel)

Elemen pancalogam utama ialah kromium. Ianya wujud dalam kadar yang tertentu bagi membolehkan keluli mempunyai sifat tahan kakisan. Bagi rintangan kakisan lengkap kandungan Cr mesti lebih dari 11%. Sifat menahan kakisan adalah disebabkan satu lapisan nipis Cr oksida atau Nikel Oksida yang melindungi keluli dari media-media kakisan. Jadual 5.2 menunjukkan jenis-jenis keluli perintang karat dan kandungan elemen aloinya.

Jadual 5.2 Beberapa Jenis Keluli Tahan Karat Dan Penggunaan Umun.

5.2.2.5

Keluli Magnet

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 6

Keluli ini dibentuk dalam dua keadan samada bermegnet keras yang digunakan untuk menghasilkan megnet kekel atau bermegnet lembut yang digunakan untuk menghasilkan megnet sementara. Untuk kandungan bahan bagi menghasilkan megnet kekal sperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.3 di bawah.
Jadual 5.3. Beberapa jenis keluli magnet.

SEKARANG ANDA SUDAH FAHAM ?? MARI IKUTI AKTIVIT BERIKUT

AKTIVITI 5A

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 7

5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan keluli aloi ? 5.2 Namakan EMPAT (4) jenis keluli aloi yang diketahui ? i) ii) iii) iv) .. ... .

5.3 Terangkan secara ringkas tujuan keluli dialoikan bagi menghasilkan sesuatu peralatan dalam kejuruteraan?. 5.4 Huraikan satu jenis keluli aloi dari segi sifat, kegunaan dan unsur elemen yang terdapat dalam keluli tersebut.

BUKAN SENANG NAK SENANG

MAKLUM BALAS 5A

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 8

5.1 Keluli aloi merupakan keluli yang mengandungi lebih daripada 1.0% elemenelemen lain selain daripada karbon dan besi . 5.2 i. ii. iii. iv. v. vi. 5.3 i. ii. iii. iv. v. vi. vii. 5.4 Elemen pancalogam utama bagi Keluli Tahan Karat (Stainless Steel) ialah kromium. Ianya wujud dalam kadar yang tertentu bagi membolehkan keluli mempunyai sifat tahan kakisan. Bagi rintangan kakisan lengkap kandungan Cr mesti lebih dari 11%. Sifat menahan kakisan adalah disebabkan satu lapisan nipis Cr oksida atau Nikel Oksida yang melindungi keluli dari media-media kakisan. Jadual Menambahkan kekuatan tegangan. Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan. Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah suhu maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam proses pengerasan. Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan. Mengekalkan kekerasan keluli sewaktu ianya merah (red hardness). Meninggalkan rintangan terhadap kakisan. Membolehkan pembajaan dilakukan pada suhu yang lebih tinggi di samping mengekalkan sifat kekuatan dan kemuluran. Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels) Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels) Keluli Perintang Haba (High Speed Tool Steel) Keluli Alat dan Acuan (Tool Steels) Keluli Pembinaan (struktur) Keluli Tahan Karat (Stainless Steel)

INPUT

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 9

5.3

BESI TUANG (CAST IRONS) Tahukah anda besi tuang merupakan grid besi jongkong terpilih, yang dileburkan semula dan dituang dalam acuan pasir. Kandungan karbon besi tuang secara umumnya adalah di antara 2 hingga 4 peratus. Walaubagaimanapun gred nomal besi tuang tidak begitu kuat dan agak rapuh, namun besi tuang digunakan dengan meluas sebagai bahan kejuruteraan kerana murah, mudah dilebur dan dituang, keboleh mesinan yang sangat baik dan dengan muatan rendaman yang tinggi. Untuk memahami struktur bagi besi tuang kita terlebih dahulu perlu memahami gambarajah keseimbangan fasa besi-karbon ( Gambarajah 4.3 ) dalam unit 4. 4.1 Rajah Keseimbangan Besi-Karbon

Berdasarkan gambarajah fasa besi-karbon (Gambarajah 4.3), fasa yang sepatutnya hadir pada suhu biasa dalam besi tuang ialah ferrit (), simentit (Fe3C) dan pearlit ( + Fe3C). Walaubagaimanapun kebanyakan dalam besi tuangan mempunyai struktur grafit. Sebenarnya rajah ini lebih menunjukkan sistem besi-karbaid, tetapi hubungan fasa yang wujud dapat dijelaskan melalui peratus kandungan karbon. Rajah ini dibahagikan kepada beberapa bidang fasa. Setiap satunya diisi samada oleh bahan satu fasa atau bahan campuran dua fasa. 5.3.2 Sifat Besi Tuang

Besi tuang dihasilkan dari besi jongkong yang telah dicairkan semula di relau kupola dan dicampurkan dengan besi sekerap atau keluli. Mempunyai takat lebur di antara 1150C -1250C dan jongkong lebur ini lebih cair dan menghasilkan tuangan yang baik. Besi tuang mempunyai rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan yang baik. Harganya murah dan senang di mesin. Terdapat 5 elemen asas yang penting dalam besi tung dan merupakan elemen yang berupaya mempengaruhi sesuatu sifat besi tuang di antaranya silikon, mangenese, sulphur, phosphorus dan karbon. Kandungan karbon lebih banyak jika dibandingkan dengan keluli. Kebiasaan dalam besi tuang mengandungi i. Karbon (c ) = 2.8 - 3.6%

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 10

ii. Silikon (Si) iii. Mangenese (Mn) iv. Sulphur (S)

= 1.0 - 3.0% = 0.4 - 1.0% = 0.1 - 0.35%

Kandungan karbon di dalam besi tuang boleh terbentuk di dalam 2 keadaan. i. Dalam bentuk Cemetite (Fe3C) ii. Dalam bentuk Graphit (Fe + C ) Iaitu karbon bebas yang terhasil apabila cementite diuraikan. 5.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan karbon di dalam besi tuang. i. ii. iii. 5.4.1 Kadar penyejukan Kadar penyejukan Kandungan unsur / elemen di dalamnya. Rawatan haba.

Kadar penyejukan yang tinggi akan menjadi cementit stabil, dan akan menghasilkan besi tuang putih yang keras. Tetapi sekiranya kadar penyejukan rendah atau perlahan, ia menolong pembentukkan graphite, oleh itu menghasilkan besi tuang kelabu. Kadar penyejukan bergantung kepada ketebalan dan jenis acuan yang digunakan. Contoh: Sekiranya tuangan mempunyai acuan dengan ketebalan yang berbeza, bahagian yang nipis akan menghasikan besi tuang putih dan keras manakala bahagian yang tebal akan lebih menghasikan besi tuang kelabu. Kadar penyejukan adalah lebih perlahan pada acuan pasir berbanding dengan acuan logam.

5.4.2

Kandungan Unsur/Elemen

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 11

Karbon

menurunkan takat lebur (rujuk rajah keseimbangan besi/karbon) dan menambahkan kandungan graphit di dalam besi tuang. membantu pembentukan graphit, lebih menghasilkan besi tuang kelabu. menstabilkan sulphide cementit, menghasilkan manganese

Silikon Sulphur Manganese Phosphorus

Berpadu dengan sulphur dan menghasilkan manganese sulphide menurunkan takat lebur keluli dan menambahkan kecairan keluli tersebut.

5.4.3

Kesan Rawatan Haba

Besi tuang putih apabila dipanaskan dengan lama akan menyebabkan pembentukan grafit. Fenomena ini digunakan untuk membentuk besi tuang boleh tempa ( rujuk Rajah 5.4 ). Grafit adalah kurang tumpat berbanding dengan simentit. Sekiranya sementit berurai kepada ferrit dan grafit semasa operasi, perubahan ini disertai dengan pengurangan dalam ketumpatan besi dan seterusnya bertambah dalam segi ukuran. Fenomenaini dinamakan pertumbuhan besi tuang dan besi untuk operasi suhu tinggi yang mesti dalam keadaan grafit sepenuhnya sebelum digubnakan. 5 %C 4 3 2 1
putih Ferrit kelabu Ferrit + Pealite + Pearlite grafit kelabu berbintik

% Si 1
Rajah 5.4.

Kesan kandungan silicon dan karbon pada struktur besi tuang dengan menggunakan acuan pasir

5.5 Jenis-Jenis Besi Tuang

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 12

Besi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya, bentuk grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Struktur logam, komposisi dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan sifat-sifat kejuruteraan. Terdapat 4 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana ditunjukkan dalam Carta 5.5 di bawah. i. ii. iii. iv. Besi Tuang Putih Besi Tuang Kelabu Besi Tuang Boleh Tempa Besi Tuang Bernod

Besi Tuang Aloi Besi Tuang

Kelabu

Putih

Bernod
Carta 5.5. Jenis-jenis Besi Tuang

Boleh Tempa

5.5.1

Besi Tuang Kelabu (Gray Cast Irons) Semasa penyejukkan sesuatu besi tuangan hypoeutektoid dari Rajah Keseimbangan Besi-Karbon, kecuali dengan penyejukkan cepat, grafit akan mendak dari sementite yang tidak stabil yang disebabkan oleh kesan bendasing terkandung di dalamnya. Kelupas grafit yang besar/kasar akan terbentuk semasa proses pemejalan sedangkan kelupas grafit yang halus akan terbentuk dari luluhan simentit dan mendakan dari austenite selepas pemejalan. Fe3C 3Fe + C (grafit)

Maka pada suhu bilik, besi tuangan ferritik dan pearlitik yang masingmasing mengandungi karbon bebas (grafit) dinamakan sebagai Besi Tuangan Kelabu sebab permukaan pecahan kelihatan berwarna kelabu (grafit).

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 13

Kandungan karbon di dalam besi tuang ini adalah karbon bebas atau graphit, oleh itu besi tuang adalah lembut, mudah di mesin dan permukaan yang patah akan menjadi berwarna kelabu. Pembentukan graphit disebabkan oleh luluhan cementite. Kandungan karbonnya antara 2.1 4.0% . Besi tuang ini bersifat rapuh dan kekuatan tegangan agak kurang tetapi mempunyai sifat pelinciran yang sangat baik. Antara kegunaan umum besi tuang kelabu seperti untuk membuat Kotak gear, tapak mesin, head stock dan bearing bracket. Gambarajah 5.6 menunjukkan struktur mikro bagi besi tuang kelabu.

Gambarajah 5.6. Struktur mikro bagi besi tuang kelabu x 250 ( Techinician Structure and Properties of Metal 2)

5.5.2

Besi Tuang Putih (White Cast Irons) Proses pembentukan besi tuang putih sama sahaja dengan pembentukan besi tuang kelabu cuma perbezaan dari segi proses pendinginan yang dilakukan di mana penyejukkan cepat (kuence). Hasil pendinginan pantas itu struktur austenite dan simentite akan menjadi besi tuang Pearlitik. Jenis besi tuang ini dinamakan Besi Tuang Putih, ini disebabkan permukaan pecahannya berwarna terang seperti perak,oleh itu ia dipanggil besi tuang putih seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 5.7. Disebabkan karbonnya membentuk cementit (karbon bergabung dengan besi), maka sifat besi tuang ini adalah keras, rapuh , sukar untuk di mesin dan mempunyai sifat tahan kehausan yang baik.

Di antara kegunaan umun besi tuang putih untuk die penarikan, bebola penghancur, bahagian tuangan dalam pengeluaran besi boleh tempa.

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 14

Gambarajah 5.7. Struktur mikro bagi Besi Tuang Putih x 250 ( Techinician Structure and Properties of Metal 2)

5.5.3

Besi Tuang Boleh Tempa (Malleable Cast Irons) Jenis besi tuang ini dihasilkan daripada besi tuangan putih dengan memanaskan besi tuang putih pada suhu 900 C selama 50 jam dan diikuti dengan pendinginan perlahan-lahan pada suhu bilik kemudian dilakukan rawatan haba ke atas besi tersebut bagi mendapat sifat yang dikehendaki seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.8. Berbagai cara rawatan haba boleh dilakukan bergantung pada kandungan dan struktur akhir yang dikehendaki. Besi tuang boleh tempa mempunyai sifat kemuluran, kekuatan dan keliatan yang lebih baik berbanding besi tuang lain. Di antara kegunaan umun besi tuang boleh tempa ialah untuk membuat beberapa komponen kenderaan bermotor dan traktor
Jadual 5.8. Proses rawatan besi tuangan boleh tempa

Proses Black Heart

dipanaskan 850-950 oC, selama 50-170 jam. Simentite Fe3C berubah menjadi pecahan kecil grafite + karbon halus (grafite). dipanaskan sehingga 1000 oC, selama 70 - 100 jam. Besi chaw out karbon oksida. Struktur di luar dan Struktur pearlite di tengah. Sama seperti proses Black Heart tetapi diulangi dengan penyejukkan untuk melindungi gamma kepada + grafite.

Proses White Heart

Proses Pearlitik

Hasil daripada proses rawatan dan bentuk struktur serta kandungan bahan

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 15

menyebabkan besi tuangan boleh tempa boleh dikelaskan kepada dua kelompok utama. 6.3.1 Besi tuang boleh tempa putih

Besi tuang putih dibungkus didalam satu bekas dengan bijih besi. Ia dipanaskan perlahan-lahan ke suhu antara 950 -1000C dan dibiarkan selama 45 hari sebelum disejukkan perlahan-lahan. Karbon akan bertukar menjadi bentuk nodular/sfera seperti Gambarajah 5.9 di bawah.

Gambarajah 5.9. Struktur mikro bagi Besi Tuang Tempa Putih x 50 ( Techinician Structure and Properties of Metal 2)

6.3.2

Besi tuang boleh tempa hitam Proses sama dengan besi tuang boleh tempa putih, tetapi pasir atau slag digunakan untuk mengantikan bijih besi. Karbon berbentuk rossetes.seperti Gambarajah 5.10 di bawah

Gambarajah 5.10. Struktur mikro bagi Besi Tuang Tempa Putih x 50 ( Techinician Structure and Properties of Metal 2)

5.5.4

Besi Tuang Bernod (Nodular Cast Irons)

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA

J3022/ 5/ 16

Ini juga dikenali juga sebagai Nodular Iron, Ductile Iron, High Duty Iron, besi grafit sferoidal dan besi sferulitik. Apabila sedikit unsur-unsur magnesium atau Cerium di campur dalam besi tuangan kelabu biasa, kelupas grafit berbentuk spheroids (bebola) akan bertabur semula dalam matriks logam itu. Karbon bebola ini tidak mewujudkan keronggang (void) seperti apa yang dilakukan oleh kelupas grafit dan juga tidak menjadi titik punca ketumpuan ketegasan (stress concentration) yang menyebabkan retak-retak. Maka kejadian pembulatan spheroid menambah kekuatan dan mengecilkan kegagalan kelesuan (fatigue failure), ini boeh dilihat dalam Gambarajah 5.11. Dari segi sifat besi tuangan bernod lebih kuat dan lebih liat berbanding besi tuang kelabu. Manakala kegunaan umun banyak dalan industri automotif seperti untuk membuat piston, kepala selinder, kotak suis, aci engkol.

Gambarajah Struktur mikro bagi Besi Tuang Nodular x 250 ( Techinician Structur and Properties of Metal 2)

5.11.

7.6

Kebaikan Besi Tuang Besi Tuangan pada asasnya serupa dengan Besi Jongkong dari segi struktur dan komposisi. Logam ini banyak digunakan dalam industri sebab terdapat kebaikannya seperti; i. ii. iii. iv. v. harganya murah dan senang di mesin takat lebur yang lebih rendah (1140 - 1200 oC) jika dibandingkan keluli. kecairan dan kebolehan membentuk dalam penuangan. rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan. penghasilan besi tuangan dengan rawatan tambahan / rencaman pada berbagai komposisi. MARI KITA LIHAT AKTIVITI BERKAITAN dengan
Yes ! I got it

AKTIVITI 5B

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 17

5.5 Nyatakan EMPAT (4) jenis besi tuang yang diketahui? 5.6 Senaraikan TIGA (3) faktor yang mempengaruhi struktur dan sifat besi tuangan. 5.7 Terangkan secara ringkas DUA (2) faktor yang mempengaruhi pembentukan besi karbon dalam besi tuang

Semak jawapan kamu tu !!. Jangan asyik nak tiru aje.

Kalau silap kamu kena ulangkaji lagi tau.

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 18

MAKLUM BALAS 5B
. 5.5 i. ii. iii. iv. 5.6 i. ii. iii. 5.7 Kadar penyejukan Kadar penyejukan yang tinggi akan menjadi cementit stabil, dan akan menghasilkan besi tuang putih yang keras. Tetapi sekiranya kadar penyejukan rendah atau perlahan, ia menolong pembentukkan graphite, oleh itu menghasilkan besi tuang kelabu. Kadar penyejukan bergantung kepada ketebalan dan jenis acuan yang digunakan. Kesan Rawatan Haba Besi tuanga putih apabila dipanaskan dengan lama akan menyebabkan pembentukan grafit. Fenomena ini digunakan untuk membentuk besi tuang boleh tempa ( rujuk Rajah 5.4 ). Grafit adalah kurang tumpat berbanding dengan simentit. Sekiranya sementit berurai kepada ferrit dan grafit semasa operasi, perubahan ini disertai dengan pengurangan dalam ketumpatan besi dan seterusnya bertambah dalam segi ukuran. Fenomenaini dinamakan pertumbuhan besi tuang dan besi untuk operasi suhu tinggi yang mesti dalam keadaan grafit sepenuhnya sebelum digubnakan. Kadar penyejukan Kandungan unsur / elemen di dalamnya. Rawatan haba. Besi Tuang Putih Besi Tuang Kelabu Besi Tuang Boleh Tempa Besi Tuang Bernod

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 19

PENILAIAN KENDIRI PENILAIAN KENDIRI


1) Berikan EMPAT (4) sifat-sifat besi tuang. 2) Senaraikan TIGA (3) unsur-unsur yang biasa digunakan dalam keluli aloi 3) Senaraikan TIGA (3) tujuan utama bahan-bahan aloi dimasukkan ke dalam keluli aloi. 4) Apakah yang dimaksudkan dengan keluli aloi dan nyatakan EMPAT (4) jenis Keluli Aloi yang biasa digunakan untuk menghasilkan sesuatu barangan. 5) Terangkan secara ringkas mengenai Besi Tuang Kelabu dari segi pembentukannya, sifat-sifat umum dan contoh kegunaannya dalam bidang kejuruteraan. Lakarkan juga gambarajah struktur mikro bagi besi tuang kelabu tersebut. 6) Terangkan secara ringkas DUA (2) faktor yang mempengaruhi struktur Besi Tuang semasa penyejukannya.

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 20

MAKLUM BALAS MAKLUM BALAS

1. i. ii. iii. iv. Mempunyai takat lebur di antara 1150C -1250C Besi tuang mempunyai rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan yang baik. Harganya murah dan senang di mesin. Kandungan karbon lebih banyak (melebihi 2%C) jika dibandingkan dengan keluli

2. i. iii. iv. v. Kromium ii. Molibdenum Nikel Fosforus Tungsten

3. i. ii. iii. iv. Menambahkan kekuatan tegangan. Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan. Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah suhu maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam proses pengerasan. Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 21

4. Keluli aloi merupakan keluli yang mengandungi lebih daripada 1.0% elemenelemen lain selain daripada karbon dan besi. Keluli ini terbahagi kepada 5 jenis iaitu i. ii. iii. iv. v. 5. Besi Tuang Kelabu (Gray Cast Irons) Semasa penyejukkan sesuatu besi tuangan hypoeutektoid dari Rajah Keseimbangan Besi-Karbon, kecuali dengan penyejukkan cepat, grafit akan mendak dari sementite yang tidak stabil yang disebabkan oleh kesan bendasing terkandung di dalamnya. Kelupas grafit yang besar/kasar akan terbentuk semasa proses pemejalan sedangkan kelupas grafit yang halus akan terbentuk dari luluhan simentit dan mendakan dari austenite selepas pemejalan. Fe3C 3Fe + C (grafit) Keluli Perintang Haba Keluli Alat dan Acuan Keluli Pembinaan Keluli Tahan Karat Keluli Magnet

Maka pada suhu bilik, besi tuangan ferritik dan pearlitik yang masing-masing mengandungi karbon bebas (grafit) dinamakan sebagai Besi Tuangan Kelabu sebab permukaan pecahan kelihatan berwarna kelabu (grafit). Kandungan karbon di dalam besi tuang ini adalah karbon bebas atau graphit, oleh itu besi tuang adalah lembut, mudah di mesin dan permukaan yang patah akan menjadi berwarna kelabu. Pembentukan graphit disebabkan oleh luluhan cementite. Kandungan karbonnya antara 2.1 4.0%C.Besi tuang ini bersifat rapuh dan kekuatan tegangan agak kurang tetapi mempunyai sifat pelinciran yang sangat baik. Antara kegunaan umum besi tuang kelabu seperti untuk membuat Kotak gear, tapak mesin, head stock dan bearing bracket. Gambarajah di bawah menunjukkan struktur mikro bagi besi tuang kelabu.

KELULI ALOI DAN BESI TUANG

J3022/ 5/ 22

6. a) Kadar penyejukan Kadar penyejukan yang tinggi akan menjadi cementit stabil, dan akan menghasilkan besi tuang putih yang keras. Tetapi sekiranya kadar penyejukan rendah atau perlahan, ia menolong pembentukkan graphite, oleh itu menghasilkan besi tuang kelabu. Kadar penyejukan bergantung kepada ketebalan dan jenis acuan yang digunakan. b) Kesan Rawatan Haba Besi tuanga putih apabila dipanaskan dengan lama akan menyebabkan pembentukan grafit. Fenomena ini digunakan untuk membentuk besi tuang boleh tempa ( rujuk Rajah 5.4 ). Grafit adalah kurang tumpat berbanding dengan simentit. Sekiranya sementit berurai kepada ferrit dan grafit semasa operasi, perubahan ini disertai dengan pengurangan dalam ketumpatan besi dan seterusnya bertambah dalam segi ukuran. Fenomenaini dinamakan pertumbuhan besi tuang dan besi untuk operasi suhu tinggi yang mesti dalam keadaan grafit sepenuhnya sebelum digubnakan.

Anda mungkin juga menyukai