Anda di halaman 1dari 36

76

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 76. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Program Rakan Muda yang diilhamkan oleh kerajaan dapat membantu melahirkan remaja yang berkualiti. Sebagai contohnya, gaya hidup Rakan Rekreasi menyediakan pelbagai aktiviti yang mencabar. Aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung, merentasi hutan atau berkayak akan dapat membentuk dan memupuk sifat berani, cekal hati serta yakin kepada diri sendiri. Semua aktiviti tersebut berteraskan disiplin diri yang tinggi. Selain itu, melalui program Rakan Cipta, para remaja berpeluang menonjolkan kebolehan mereka cipta pelbagai alat atau penemuan baru dengan berdasarkan kreativiti masing-masing. Hal ini tentu sekali berguna kepada diri sendiri, bangsa dan negara pada suatu masa kelak. Melalui program Rakan Muda, para remaja dapat juga memupuk semangat kerjasama, seperti pahat dengan penukul, dan bersatu padu bagai aur dengan tebing. Nilai-niali murni ini penting demi menjamin tercapainya hasrat utama kerajaan, iaitu membina perpaduan bagsa yang erat. Jelaslah di sini bahawa program Rakan Muda banyak membawa kebaikan kepada para remaja. Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan agar menyokong program ini sepenuhnya demi kebaikan bersama.

76

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti berusaha untuk memantapkan keperibadian, rohani, dan jasmani bagi menjadi insan berkualiti. Kita juga mesti menyertai aktiviti lasak bagi menyuntik ketahanan mental dan fizikal bagi membentuk waja diri yang mantap dan berwawasan. Semangat yakin diri dan tabah menghadapi rintangan merupakan agenda utama dan menjadi prinsip hidup kita. Justeru, amalan hidup sihat serta mempunyai disiplin diri yang mantap adalah sebagai pencetus kecemerlangan diri kita. Bakat terpendam dan kebolehan sedia ada pada kita juga boleh dikembangkan melalui pelbagai aktiviti yang berfaedah. Oleh sebab itu, kita mesti memberi sokongan terhadap program yang telah direncanakan yang bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

76

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

77

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 77. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sudah hampir empat tahun ibu bekerja di sebuah kilang pakaian di bandar Teluk Intan. Ibu terpaksa bekerja untuk menyara hidup kami berdua. Aku amat menghargai pengorbanan ibu. Jauh di sudut hatiku, aku bertekad untuk membalas segala pengorbanan dan curahan kasih sayang ibu kepadaku. Hampir setiap bulan aku dihadiahi ibu sepasang pakaian yang baharu. Hal ini demikian kerana ibu membeli pakaian tersebut dengan potongan harga yang istimewa di tempat kerjanya. Pengorbanan ibu amat besar dan tidak ternilai olehku. Subuh-subuh lagi ibu sudah bangun tidur dan memasak juadah bagi sarapan pagi dan makan tengah hari untukku. Setiap pagi aku dan ibu menikmati sarapan bersama-sama. Ibu juga menyediakan bekal untuk aku bawa ke sekolah. Emak, Sham ke sekolah ya. Doakan Sham agar berjaya dalam pelajaran ya mak, barulah tangan ibu kulepaskan dan aku mencapai basikalku. Aku mengayuh basikalku bagi mencari sinar-sinar gemilang yang amat kuidam-idamkan.

77

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti menghormati jasa dan pengorbanan ibu kita. Kita juga mestilah berterima kasih kerana ibu sanggup menyara kita di samping memberi belaian kasih sayang. Justeru, kita mestilah menghargai segala asuhan dan didikan ibu yang sungguh sempurna kepada kita. Pengorbanan ibu tunggal amat besar kepada keluarganya, kita seharusanya menghargai pengorbanan beliau itu. Kita mesti menghargai jasa ibu yang menyediakan makanan dan minuman untuk kita setiap hari. Oleh sebab itu, kita mesti berusaha untuk membalas jasa ibu dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dengan cemerlang. Kesimpulannya, kita mestilah berusaha untuk mengembirakan hatinya, kita juga perlu berusaha untuk menjadi seorang anak yang berjaya dalam kehidupan dan berhemah tinggi.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

77

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

78

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 78. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Normah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya, perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba, Normah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid membuang sampah melalui tingkap bas. Normah telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan olehnya kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan yang tidak diingini. Dia juga sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya. Budak itu menerima teguran Normah dengan hati yang terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut. Normah tersenyum mendengar pengakuan budak tersebut.

78

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya mencontohi sikap Normah bijak mengurus masa. Kita juga seharusnya peka dan menghargai masa. Justeru, kita juga seharusnya mudah mesra dan sedia memberi kerjasama dan bantuan jika diperlukan. Oleh itu, kita juga disarankan agar senantiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa, berpekerti mulia dan menghormati orang lain. Selain itu, kita mestilah menunjukkan sikap yang baik dan boleh dicontohi oleh rakan-rakan kita yang lain. Kita juga perlu tegas dan berdisiplin. Oleh sebab itu, kita perlu berani menegur kesalahan orang lain dengan cara yang sopan dan berhemah. Lantaran itu, kita juga perlu memberi nasihat dan tunjuk ajar atas kesalahan yang dilakukan oleh sahabat kita.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

78

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

79

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 79. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Zainal mengayuh basikalnya dengan cermat. Kegopohan boleh menyebabkan kuih seri muka dan air oren yang dibawanya terjatuh. Setelah sampai di sawah, Zainal berhati-hati meniti batas-batas bendang yang kecil dan berlubang-lubang itu. Kenapa lambat sangat? Lihat di sana tu, mereka telah pun siap menuai padi kita, kata Pak Musa agak separuh merungut dan rasa terkilan. Zainal meminta maaf kepada bapanya. Di tepi batas kelihatan deretan guni yang berisi padi yang baru dituai. Zainal tersenyum melihat deretan padi yang banyak itu. Syukurlah, tahun ini padi kita menjadi. Tahun ini kita memperoleh 90 guni padi. Tahun lepas kita hanya mendapat kurang satu pertiga daripada hasil tahun ini, jelas Pak Musa kepada anak tunggalnya dengan nada yang agak ceria. Tampaknya, rezeki kita lebih sedikit tahun ini, sampuk Zainal. Begitulah nampaknya Zainal. Oh, ya! Tolong belikan ayah dua bungkus nasi berlaukkan ikan keli masak pedas dan dua bungkus milo ais di Warung Wak Sarif. Nasi bungkus dan milo ais tersebut ayah nak sedekahkan kepada kedua-dua pemandu jentera penuai itu. Nah, ambil duit sepuluh ringgit ini! Hantar cepat nasi bungkus dan milo ais tu nanti, pinta Pak Musa kepada Zainal dengan nada yang riang.

79

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti berhati-hati semasa melakukan sesuatu kerja. Justeru, masa itu emas, kita mesti menepati masa kerana masa itu amat berharga, masa penentu kejayaan. Oleh itu, kita mesti sanggup mengakui akan kesalahan kita dan cepat-cepat meminta maaf. Namun demikian, kita perlu bersyukur atas rezeki yang dikurniakan kepada kita. Kita hendaklah melakukan kerja yang disuruh oleh ibu bapa kita dengan segera dan dengan senang hati. Lebih-lebih lagi, suka bersedekah adalah satu daripada amalan yang mulia dan disanjung tinggi. Di samping itu, kita akan berasa gembira jika sesuatu kerja yang telah kita lakukan membuahkan hasil dan mencapai matlamatnya.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

79

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

80

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 80. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sampah sarap bertaburan di merata-rata tempat. Sampah sarap ini bukan sahaja dibuang di tangga, malah di beranda beberapa buah rumah pangsa di situ. Selain itu terdapat segelintir penduduk di tingkat atas turut membuang sampah melalui tingkap tanpa memperdulikan orang yang lalu-lalang di kawasan rumah pangsa tersebut. Perbuatan ini dikhuatiri akan memberi imej yang kurang baik kepada rakyat di negara ini. Bagaimana pula tanggapan pelancong asing apabila melihat keadaan dan situasi yang kotor dan tidak terurus itu. Sudah tentulah pelbagai tanggapan negatif akan dilemparkan kepada penghuni rumah pangsa tersebut. Tambahan pula, keadaan yang kotor itu menyebabkan nyamuk, lipas, tikus, dan lalat membiak serta menimbulkan bau yang sungguh busuk. Hal ini sekali gus mengganggu keselesaan para penduduk di kawasan ini. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan tegas kepada penduduk yang tidak menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal mereka.

80

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti menjaga kebersihan kawasan kediaman dan persekitaran rumah kita. Oleh itu, kita seharusnya membuang sampah sarap di tempat yang disediakan. Tambahan pula, kita disarankan untuk menjaga kebersihan tempat tinggal kita, kebersihan mengambarkan keperibadian kita. Di samping itu, kita sepatutnya tidak membiarkan tempat tinggal kita dicemari oleh sampah sarap kerana kekotoran ini boleh menimbulkan bau yang busuk. Lebih-lebih lagi, kita sepatutnya menjaga imej baik tempat tinggal kita dengan mengutamakan kebersihan tempat tinggal kita. Kawasan yang kotor dan berbau busuk boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat, lipas, dan tikus. Oleh sebab itu, kita juga sepatutnya menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal kita kerana kebersihan menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

80

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

81

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 81. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa Sirajuddin berusia lapan tahun, dia mempunyai masalah lambat dan tidak sukar menguasai kemahiran membaca. Dia tidak dapat membaca dengan lancar seperti rakan-rakan sekelasnya yang lain. Kadang kala dia ditertawakan oleh rakan-rakan sekelasnya. Namun begitu, Sirajuddin tidak pernah berputus asa. Dia berazam untuk belajar membaca sehingga lancar. Setiap hari, dia akan membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang terdapat di rumahnya. Ibu dan bapanya juga sering membelikannya buku-buku cerita dan majalah kanak-kanak. Mereka sentiasa memberikan sokongan yang padu kepadanya. Lama-kelamaan, pembacaannya semakin lancar, akhirnya Sirajuddin berjaya menguasai kemahiran membaca dengan baik. Sejak hari itu, rakan-rakannya tidak lagi mentertawakannya. Dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberinya kekuatan dan semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya. Kini, Sirajuddin telah bergelar mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dia berazam untuk menjadi seorang jurutera yang terkenal.

81

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita sepatutnya peka dengan asam garam kehidupan seharian kita, bukan semua yang kita impikan boleh dicapai dengan mudah. Oleh sebab itu, kita tidak seharusnya berputus asa sekiranya belum mencapai sesuatu yang dihajati. Namun demikian, kita juga perlulah berusaha secara berterusan untuk mencapai kejayaan. Lebih-lebih lagi, kita mesti mempunyai keazaman serta berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan. Justeru, kita mestilah menghargai sokongan Ibu bapa yang memberi dorongan kepada kita untuk berjaya. Dalam pada itu, kita seharusnya tidak mempersenda dan memperkecil kebolehan orang lain, sebaliknya kita perlu memberikan bantuan untuk memajukan dirinya. Kesimpulannya, kita juga harus bersyukur atas kurniaan Tuhan kepada kita sehingga kita berjaya pada tahap yang paling gemilang.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

81

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

82

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 82. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Seramai 36 orang anggota Persatuan Bahasa Melayu SK Sungai Jejawi dan empat orang guru pengiring telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Orang Tua-tua Seri Kenangan Bakti. Aktiviti lawatan ini diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2006 pada tahun ini. Ketua rombongan, Muhammad Lokhman bin Sulaiman menegaskan aktiviti ini adalah untuk memupuk nilai menghargai warga emas dalam diri para peserta program. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sebagai menjalin ikatan kasih sayang antara golongan muda dengan warga emas di sini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi beramah mesra, makan tengah hari bersama-sama, dan mengemas sekitar tempat kediaman penghuni rumah tersebut. Di akhir lawatan, para peserta turut menghadiahkan biskut dalam tin, buah-buahan, dan sedikit wang saku kepada warga emas tersebut. Semua hadiah yang diberi adalah sumbangan anggota Persatuan Bahasa Melayu serta derma ikhlas daripada PIBG SK Sungai Jejawi.

82

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita patut mencontohi sikap prihatin murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi terhadap warga emas. Sikap mereka yang berhemah tinggi apabila mereka sanggup mendampingi warga emas yang tiada pertalian saudara dengan mereka. Oleh sebab itu, sikap ramah mesra murid-murid tersebut semasa mengunjungi warga emas dapat menghiburkan hati mereka. lebih-lebih lagi, mereka mengamalkan sikap baik hati ketika mereka membantu warga emas membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal insan yang kurang bernasib baik itu. Di samping itu, mereka juga bersikap pemurah apabila sudi menghulurkan hadiah dan cenderamata kepada warga emas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Tambahan pula, sikap sayang-menyayangi antara satu sama lain perlu dipupuk bagi merapatkan talian persahabatan serta persaudaraan sesama insan.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

82

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

83

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 83. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua. Dengan tidak semenamena, lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya telah bertaburan di atas jalan raya. Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang bertaburan di atas jalan raya itu. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja. Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah anaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya masuk ke dalam rumah. Dia menghidangi saya segelas minuman sejuk dan beberapa keping biskut. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya terhadapnya. Sejurus selepas itu, saya pun minta diri untuk pulang.

83

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita patut mengamalkan sikap ringan tulang dan mudah untuk menghulurkan bantuan. Kita sepatutnya mengamalkan perilaku yang baik, tutur bicara yang bersopan serta peribadi yang berhemah sebagai hiasan diri kita. Namun begitu, segala pertolongan dan bantuan yang kita hulurkan mestilah dengan ikhlas. Tambahan pula, keikhlasan menolong seseorang merupakan satu daripada amalan mulia lagi terpuji. Justeru, menolong orang dalam kesusahan merupakan satu amalan yang perlu dicontohi dan diteladani. Lebih-lebih lagi, ilmu pengetahuan yang tinggi, gaya hidup yang beradab dan tutur kata yang manis perlu disemai dalam hati setiap insan. Lantaran itu, kita mestilah mengucapkan terima kasih atas pertolongan atau pemberian orang kepada kita.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

83

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

84

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 84. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Internet membolehkan pengguna di seluruh pelosok dunia berhubung dengan mudah. Bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di seberang laut, kemudahan Internet menyenangkan mereka untuk berhubung dengan keluarga. Ibu bapa pula dapat mengetahui tentang pelajaran anak mereka dengan lebih kerap. Tambahan pula, bayaran perkhidmatan Internet lebih murah berbanding dengan perkhidmatan telefon. Selain itu, kita berpeluang berkenalan dan bertukartukar fikiran dengan seluruh masyarakat dunia melalui ruangan berborak di Internet. Oleh itu, nyatalah Internet mempunyai kebaikan kepada kehidupan manusia. Manusia perlu bijak memilih bahan-bahan yang disiarkan di dalam laman web di Internet demi kebaikan bersama. Kita juga harus menerima hakikat bahawa kemajuan Internet turut menyumbang kepada perkembangan intelek manusia. Kebaikan internet juga ditentukan oleh para pengguna sendiri. Pengguna yang bijak tidak akan tersesat semasa melakukakan perayauan di internet. Semasa meneroka dan merayau di dunia tanpa sempadan ini, seseorang perlu mempunyai disiplin diri yang mantap dan sikap yang berhemah supaya tidak terbabas ke laman web yang tidak beretika yang boleh merosakkan ahlak para remaja.

84

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti bijak menggunakan internet kerana internet merupakan alat perhubungan yang mudah, cepat, dan murah. Tambahan pula, melalui internet kita boleh berhubung pada bila-bila masa walaupun di mana-mana sahaja kita berada. Internet juga menawarkan bayaran yang jauh lebih murah serta perkhidmatannya mesra pengguna. Selain itu, internet juga mampu mendekatkan yang jauh dengan menyediakan perkhidmatan ruangan berborak yang boleh dilayari sepanjang masa. Dalam pada itu, pelbagai bahan akademik juga boleh dicapai dengan pantas dan cepat melalui jaringan internet. Internet juga boleh diibaratkan sebagai sebuah gedung ilmu yang memberi perkhidmatan sepanjang masa, sepanjang zaman. Oleh sebab itu, kita sebagai pengguna yang bakal menentukan baik dan buruknya internet, tepuk dada tanya selera. Kita mesti melayari laman web yang bermaanfaat.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

84

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

85

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 85. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Surat khabar merupakan salah satu sumber media cetak dan bahan bacaan yang sangat digemari. Surat khabar amat berguna sebagai media penyebar maklumat tambahan dan ilmu pengetahuan. Surat khabar memuatkan pelbagi jenis berita terkini yang berlaku di dalam negara dan yang berlaku di luar negara. Selain itu, surat khabar juga dapat dijadikan sumber hiburan kepada para pembaca. Hal ini demikian kerana surat khabar memuatkan ruangan komik, cerpen, berita hiburan, ruangan sukan, dan lain-lain lagi. Di dada akhbar juga dimuatkan pelbagai jenis, seperti iklan jawatan kosong, iklan barangan tertentu, iklan kenderaan terpakai dan ratusan jenis iklan terkandung di dada akhbar. Pastinya pembaca akan mendapat hiburan, maklumat, dan ilmu pengetahuan dengan hanya mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang kecil. Bukan itu sahaja, surat khabar juga mudah dibawa ke manamana. Sesuai dibaca ketika berehat atau bersantai di anjung rumah setelah pulang dari bekerja. Surat khabar juga boleh dijadikan alas atau lapik tempat duduk semasa bersantai di tepi pantai.

85

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya membaca surat untuk mengetahui pelbagai berita dan peristiwa. Oleh sebab itu, surat khabar juga mudah untuk dibawa dan boleh dibaca di mana-mana sahaja. Surat khabar juga memuatkan pelbagai artikel untuk tatapan umum. Tambahan pula, surat khabar ada menyediakan berbagai-bagai ruangan mengikut kesesuaian dan cita rasa seseorang. Selain itu, di dada-dada akhbar juga termuat berita dalam dan berita luar negara. Dalam pada itu, ruangan iklan, hiburan, sukan, perniagaan, dan politik juga termuat di dada-dada surat khabar untuk tatapan para pembaca. Harga surat khabar berpatutan dan boleh dibeli oleh semua lapisan masyarakat. Justeru, kita juga boleh membaca surat khabar sewaktu bersantai di tepi pantai atau sewaktu berehat pada waktu petang.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

85

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

86

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 86. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia ini. Ibu juga sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah itu, ibu akan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan bahawa kita dalam keadaan sihat, riang, dan gembira serta selamat sepanjang masa. Sejak kecil, ibu memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat pendidikan yang sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup menderita. Barangkali, tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat mengecap nikmat kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak mungkin dapat kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu, kita mestilah menghormati ibu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaannya.

86

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mestilah menghargai pengorbanan ibu yang terlalu tinggi nilainya dalam kepada kita. Dalam pada itu, ibu juga memiliki sifat penyayang dan pengasih semasa menjaga dan mengasuh kita. Tambahan pula, ibu sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjaga dan mengasuh kita sejak dari lahir lagi. Oleh sebab itu, ibu juga sanggup mengadai nyawa semasa melahirkan kita. Pengorbanan ibulah yang telah mengasuh kita, memberi ilmu pengetahuan, dan menyuntik budi pekerti mulia. Oleh sebab itu, pengorbanan ibu terlalu agung, tidak mampu dibalas oleh anak-anak sekalipun dengan harta yang bertimbun. Lantaran itu, jagalah hati ibu supaya ceria dan gembira selalu di samping kita.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

86

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

87

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 87. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Nurul dan rakan-rakannya pergi ke kantin untuk membeli makanan dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk membeli makanan. Ketika Nurul dan rakan-rakannya sedang makan, Nurul ternampak seorang murid lelaki menangis teresak-esak. Nurul terus berhenti makan. Nurul menghampiri murid tersebut untuk mendapatkan kepastian. Nurul menyatakan hasratnya untuk membantu budak itu. Budak tersebut memberitahu Nurul bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, budak itu tidak mempunyai wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu. Perasaan sedih itulah yang menyebabkan budak itu mengalirkan air mata. Kebetulan pada ketika itu, Nurul masih mempunyai wang belanja, Nurul meminta seorang rakannya untuk membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Nurul memujuk budak itu supaya bersabar dan tidak menangis lagi. Budak itu mengucapkan terima kasih kepada Nurul kerana sudi membelikannya sebungkus nasi lemak.

87

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti dan perlu bersikap prihatin dengan suasana di persekitaran kita. Lantaran itu, kita seharusnya peka dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain. Oleh sebab itu, kita mestilah sedia menawarkan atau menghulurkan bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Kita juga patut bersikap murah hati, contohnya membelikan sebungkus nasi lemak bagi menggantikan nasi lemak seorang murid yang terjatuh di atas lantai. Mungkin, keikhlasan kita membantu budak itu merupakan satu contoh budi pekerti yang mulia dan terpuji. Dalam pada itu, kita juga mesti menghargai budi baik orang kepada kita. Selain itu, kita sewajarnya menyatakan atau mengucapkan terima kasih atas pertolongan dan bantuan yang telah dihulurkan kepada kita.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

87

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

88

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 88. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Tanggungjawab menuntut ilmu pengetahuan perlu ketekunan, kesungguhan, kesabaran, ketabahan, dan pengorbanan. Setiap orang murid perlu memberi perhatian semasa guru-guru mengajar. Dengan itu, kita akan mudah memahami dan mengingati pelajaran yang diajar. Semua latihan yang diberi oleh guru perlulah diselesaikan dengan segera. Jangan suka melewat-lewatkan kerja atau menangguhkan kerja sekolah yang diberi oleh para guru. Selesaikan amanah tersebut dengan segera. Proses menyelesaikan latihan ini merupakan satu ulang kaji yang berkesan. Kita juga perlu membuat latihan tambahan bagi mengukuhkan kefahaman kita terhadap sesuatu pelajaran. Sekiranya menghadapi sebarang masalah, rujuklah guru atau rakan-rakan yang lebih mahir daripada kita. Di samping itu, kita perlu mendisiplinkan diri dengan belajar mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Kita mesti bijak merancang masa dan mengurus masa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Kejayaan banyak bergantung kepada usaha dan kecekalan seseorang. Usaha tangga kejayaan.

88

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti tekun belajar. Justeru, kita juga sepatutnya belajar bersungguh-sungguh serta memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar. Tambahan pula, kita mesti rajin, kita perlu membuat latihan tambahan sebagai proses belajar yang berkesan. Oleh itu, kita mesti berdisiplin, kita sepatutnya menyiapkan semua latihan di rumah. Kita juga mesti mempunyai kesedaran, kita sepatutnya sedar akan kelemahan diri kita dan berusaha memperbaikinya. Selain itu, kita mesti prihatin, kita sepatutnya bertanya pada guru dan kawan-kawan, jika menghadapi masalah. Jadi, kita mesti bijak merancang masa, menentukan aktiviti mengikut keutamaan. Di samping itu, kita mesti rasional, kita sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan menerima hakikat bahawa kejayaan tidak akan datang menggolek.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

88

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

89

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 89. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Tidur dan riadah yang secukupnya sangat penting untuk kesihatan kita. Semasa tidur, tubuh kita mendapat rehat bagi menghilangkan keletihan dan ketegangan persaaan. Sekiranya tidak cukup tidur, keletihan dan ketegangan akan bertambah. Keadaan ini akan menyebabkan sistem imunisasi badan kita menjadi lemah. Lantaran itu, kita berasa tidak bermaya, letih serta mudah dijangkiti penyakit. Kemampuan kita untuk melakukan sesuatu kerja juga terbatas. Melakukan kerja dalam keadaan mengantuk boleh mengakibatkan kemalangan. Mengantuk semasa memandu kenderaan boleh mengundang padah atau bahaya. Bukan itu sahaja, perbuatan tersebut juga boleh membahayakan orang lain. Walau bagaimanapun, keperluan tidur manusia tidak sama antara satu sama lain. Ada yang berasa segar dan selesa walaupun tidur selama enam jam sahaja. Ada pula yang perlukan tujuh jam tidur dalam sehari. Namun demikian, bagi murid-murid sekolah rendah, mereka perlu tidur lebih kurang lapan jam sehari.

89

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita perlu tidur dan rehat yang secukupnya. Oleh itu, kita mesti bijak mengurus masa, jika kita kurang tidur, kesihatan kita akan terganggu. Kita mesti berdisiplin, kita sepatutnya merancang masa kerja, riadah, dan tidur yang seimbang. Dalam pada itu, kita mesti mempunyai kesedaran, badan yang letih dan mata yang mengantuk boleh mengundang kemalangan kepada kita. Justeru, kita perlu bijak mengatur masa kerja, riadah, dan tidur yang seimbang bagi tujuan kesihatan rohani dan jasmani kita. Tambahan pula, kita mesti cergas dan cerdas, badan yang cergas dan otak yang cerdas adalah kunci kejayaan diri seseorang. Di samping itu, kita mesti menjaga kesihatan mental dan fizikal, kesihatan fizikal akan mempengaruhi kesihatan fikiran, kedua-duanya perlu dijaga dengan baik.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

89

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

90

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 90. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada petang itu, Syahmi dalam perjalanan pulang dari aktiviti kokurikulum. Tiba-tiba dia ternampak seekor kucing. Badan kucing itu basah kuyup dan penuh dengan lumpur. Syahmi menghampiri kucing itu, dia berasa amat kasihan melihat keadaan kucing yang kesejukan itu. Dia membawa kucing itu balik ke rumahnya. Sampai di rumahnya, Syahmi mencuci dan memandikan kucing itu. Bulu kucing itu dlapnya sehingga kering. Syahmi memberi kucing itu minum air susu yang dibancuhnya sendiri. Selepas itu, Syahmi memberi kucing itu makan nasi yang dicampur dengan sedikit ikan goreng. Setelah selesai makan nasi, barulah kucing itu nampak cergas dan bermaya. Syahmi berhasrat untuk membela kucing itu. Ayah dan emak Syahmi juga bersetuju dengan keputusan anaknya itu. Mereka bercadang untuk membelikan sebuah sangkar sebagai tempat tidur kucing itu pada waktu malam. Syahmi sangat sayang akan kucing itu.

90

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita perlu mempunyai sikap belas kasihan terhadap binatang. Oleh itu, kita mesti menolong serta menyelamatkan binatang yang dalam kesusahan. Kita seharusnya prihatin melihat bintang yang cedera, contohnya seekor kucing yang kesejukkan. Lantaran itu, kita sepatutnya memberi rawatan, makanan, dan minuman kepada binatang tersebut. Justeru, jika kita hendak memelihara binatang, kucing contohnya, peliharalah binatang itu dengan baik dan sempurna. Dalam pada itu, kita seharusnya berterima kasih kepada keluarga yang memberi sokongan moral, merestui hasrat dan tindakan yang kita ambil untuk memelihara kucing. Tambahan pula, kita seharusnya berasa bangga apabila ibu bapa kita sanggup mengeluarkan wang untuk membeli sangkar tempat tinggal kucing peliharaan kita.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

90

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

91

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 91. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri kelas bimbingan, saya dan kawan-kawan saya terperangkat dalam hujan lebat. Kami singgah di sebuah rumah untuk tumpang berteduh. Tuan rumah itu sungguh baik hati. Dia mempelawa kami masuk ke rumahnya. Dia berbual-bual mesra dengan kami. Dia memuji sikap kami yang tidak meneruskan perjalanan pulang ke rumah kerana hujan yang amat lebat dan diikuti dengan guruh yang sabungmenyabung. Keadaan sebegini boleh menyebabkan kemalangan, katanya lagi. Pak Abu dengan murah hati menjamu kami minum petang dan hidangan pisang goreng. Setelah hujan reda, kami minta diri daripada Pak Abu. Kami juga mengucapkan terima kasih atas budi baik Pak Abu. Pak Abu melayan kami dengan begitu mesra walaupun kami bersua dengannya lebih kurang empat puluh lima minit sahaja. Kami dapat rasakan kemesraan yang ditujukkkan oleh Pak Abu seolah-olah beliau mengenali kami sudah begitu lama. Inilah agaknya... yang dikatakan orang hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

91

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita perlu bersikap tabah dan bijak menghadapi sebarang dugaan, contohnya ketika kita terperangkap dalam hujan lebat. Oleh sebab itu, kita juga mesti pintar membuat keputusan seperti mencari tempat berteduh untuk kebaikan diri sendiri. Kita juga mesti menghargai pertolongan orang yang sanggup mempelawa kita masuk ke rumahnya untuk berteduh. Dalam pada itu, segala budi baik orang itu perlu kita kenang dan hargai. Justeru, kita juga mesti bersyukur atas pertolongan orang kepada kita ketika kita dalam kesusahan. Kita juga sepatutnya menunjukkan kemesraan semasa berbual atau bergaul dengan orang yang lebih tua daripada kita. Tambahan pula, kita mestilah bersopan santun dan berbudi bahasa ketika menjadi tetamu di mana-mana sahaja.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

91

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

92

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 92. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Norhan banyak mempelajari tentang masyarakat di negeri Terengganu. Masyarakatnya peramah dan suka tolong-menolong. Mereka juga sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang membuatkan hati Norhan tertambat di daerah kecil Marang. Rakanrakannya pula banyak membantunya dalam pelajaran dan bidang keagamaan. Begitu juga dengan cikgu-cikgunya yang baik hati dan pemurah. Jasa cikgu dan rakan-rakan akan tetap terpahat di hati Norhan. Norhan dan keluarganya akan berpindah ke negeri Johor pada bulan hadapan. Dia berkemungkinan tidak akan berjumpa dengan teman-temannya di Marang ini lagi. Namun demikian, dia berharap hubungan mereka akan tetap terjalin. Dia juga mengharapkan semoga teman-teman yang sekelas dengannya tidak akan melupakannya walaupun dia berada jauh di mata. Norhan berjanji akan menulis surat setibanya di Pontian nanti. Norhan sungguh menghargai persahabatan yang telah mereka jalin selama hampir enam tahun. Dia menganggap kawakawanya adalah sebahagian daripada resepi istimewa kehidupannya.

92

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita perlu mengamalkan sikap sebagai seorang murid yang baik budi pekerti dan tingkah laku. Justeru, kita seharusnya memilih kawan-kawan yang baik budi bahasanya. Oleh itu, kita juga seharusnya berasa gembira kerana mempunyai jiran tetangga yang baik hati. Lantaran itu, kebaikan kawan-kawan, jiran-jiran serta guru-guru membuatkan hati kita amat berat untuk berpisah dengan mereka. Di samping itu, kita juga patut mempunyai perasaan sayang menyayangi antara satu sama lain. Kita sepatutnya patuh dan taat akan keputusan yang diambil oleh keluarga kita. Selain itu, kita juga hendaklah meneruskan tali persahabatan dengan kawan-kawa kita walaupun kita telah berada jauh daripada mereka. Kesimpulannya, rakan-rakan yang baik umpama mutiara yang berharga.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

92

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

93

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 93. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa pulang daripada menjalani latihan sukan, Hasnul terjumpa sebuah telefon bimbit di tepi jalan. Telefon bimbit itu masih baik dan masih boleh berfungsi. Dia membawa telefon bimbit itu pulang ke rumahnya. Setelah sampai di rumahnya, dia menceritakan tentang telefon bimbit yang dijumpainya kepada ayahnya. Setelah melihat telefon bimbit tersebut, ayah Hasnul mencadangkan agar telefon bimbit tersebut diserahkan kepada pihak polis. Mereka menghantar telefon bimbit tersebut ke balai polis yang berhampiran. Pihak polis yang menerima telefon bimbit itu mengucapkan terima kasih atas kejujuran Hasnul. Pegawai polis itu meminta maklumat Hasnul bagi memudahkan urusan komunikasi. Keesokan harinya, Hasnul dipanggil oleh Guru Besar. Seorang lelaki ingin berjumpa dengannya. Lelaki itu adalah pemilik telefon bimbit yang dijumpai Hasnul. Lelaki itu memberi hadiah dan mengucapkan terima kasih atas kejujuran Hasnul. Guru Besar juga sangat berbangga dengan sikap jujur Hasnul. Sikap jujur Hasnul itu telah mengharumkan nama sekolahnya.

93

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti berlaku jujur dan sedia memulangkan barang yang kita jumpai. Justeru, kita mesti bersikap amanah, kita perlu menjaga harta benda orang lain dan mengembalikannya dalam keadaan yang sempurna. Oleh itu, kita mesti bersikap adil, kita sepatutnya meminta pendapat orang lain jika sukar untuk membuat sebarang keputusan. Tambahan pula, kita juga mesti berhemah tinggi, tingkah laku kita yang berhemah akan menjadi contoh dan teladan. Kita mesti bersikap baik hati, kita melakukan sesuatu bukan mengharapkan apa-apa balasan. Dalam pada itu, kita juga perlu melahirkan rasa kasih sayang, menyatakan terima kasih atas budi baik orang kepada kita. Lebih-lebih lagi, kita mesti bersikap prihatin dan menghargai sumbangan serta pengorbanan orang kepada kita.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

93

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

94

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 94. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada minggu lalu, saya dan keluarga saya berkunjung ke pameran buku dan peralatan komputer di sebuah pasar raya terkenal di ibu kota. Kami pergi ke sana kerana ada tujuan yang tertentu. Ayah bercadang untuk membeli sebuah komputer riba jika harga yang tertawarkan berpatutan. Saya pula bercadang untuk membeli buku-buku rujukan UPSR. Fokus utama saya ke pameran tersebut adalah untuk mencari buku-buku format baharu UPSR Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Emak membantu saya memilih buku-buku yang sesuai. Saya sudah mendapat beberapa buah buku yang sesuai dan isinya menepati format baharu UPSR Tahun 2006 ini. Tiba-tiba, suara ayah memanggil kami. Ayah mengajak saya dan emak saya ke sebuah gerai yang menjual peralatan komputer. Ayah meminta pandangan dan pendapat kami tentang sebuah komputer riba yang ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. Emak dan saya juga tertarik pada bentuk dan saiz komputer riba tersebut. Setelah mendengar pandangan dan pendapat kami, akhirnya ayah bersetuju untuk membeli sebuah komputer riba yang berjenama Toshiba. Sebelum pulang, ayah mengajak kami makan tengah hari di gerai nasi kandar.

94

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti mempunyai tujuan yang nyata semasa berkunjung kesesuatu tempat. Oleh itu, kita mesti bijak menentukan harga patut barangan yang dijual sebelum kita membelinya. Tambahan pula, membeli buku-buku pelajaran adalah satu keputusan yang bijak. Di samping itu, berkunjung ke pameran buku dan komputer adalah satu aktiviti yang baik dan berfaedah. Lebih-lebih lagi, membeli sebuah komputer riba merupakan satu langkah pintar yang boleh mendatangkan banyak manfaat. Kita sepatutnya meminta pandangan dan idea orang lain sebelum membuat apa-apa keputusan merupakan satu tindakan yang bijak. Dalam pada itu, belanja makan tengah hari kepada keluarga merupakan satu daripada sedekah yang sangat mulia.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

94

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

95

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 95. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Rizal seorang anak petani. Bapanya mengusahakan beberapa hekter kebun kelapa sawit. Jika ada masa lapangan Rizal selalu membantu ayahnya di kebun. Dia sudah biasa berbakti kepada tanah. Dia gembira membantu ayahnya di kebun kelapa sawit tersebut. Setiap kali selepas buah kelapa sawit dijual, ayahnya pasti memberi Rizal sedikit wang sagu hati. Rizal menyimpan kesemua pemberian ayahnya itu ke dalam tabungnya. Bukan sahaja rajin berkerja di kebun, Rizal juga rajin belajar. Di sekolahnya dia sering dijadikan murid contoh sebagai ikutan kepada kawan-kawannya. Dia sering memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Hasil tabungan Rizal sudah mencecah dua ribu ringgit. Rizal mengambil keputusan untuk membeli sebuah komputer menggunakan duit tabungannya itu. Dia bercita-cita untuk meneroka ilmu yang lebih mendalam melalui perayauan di internet.

95

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita patut mencontohi sikap rajin dan mudah menghulurkan bantuan. Di samping itu, sikap ringan tulang melambangkan budi perkerti mulia seseorang insan. Lebih-lebih lagi, sikap pemurah, memberi sagu hati kepada seseorang merupakan amalan yang mulia. Oleh sebab itu, sikap suka berjimat cermat perlu diamalkan demi masa hadapan yang lebih terjamin. Tambahan pula, cemerlang dalam pelajaran merupakan sasaran yang mesti dicapai oleh setiap orang murid. Selain itu, suka mengejar kemajuan agar tidak ketinggalan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang amat mencabar kemampuan seseorang adalah visi dan misi kita. Dalam pada itu, kita juga seharusnya menjadi insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

95

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

96

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 96. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Zakaria seorang pelajar yang sangat rajin dan kuat semangat. Ayahnya telah meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat penyakit asma. Setiap pagi Zakaria ke sekolah bersama-sama adiknya. Pada sebelah petangnya pula, dia bekerja sambilan sebagai pembantu di sebuah kedai makan. Zakaria akan mengulang kaji pelajarannya pada waktu malam. Semua duit gaji yang diterima oleh Zakaria akan diberi kepada ibunya untuk perbelanjaan keluarga mereka. Zakaria terpaksa melakukan kerja-kerja sambilan ini adalah untuk membantu ibunya kerana pendapatan ibunya sebagai pekerja kilang elektronik itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka. Walaupun Zakaria bekerja sambilan tetapi dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Dia juga telah membuktikan kecemerlangannya dalam pelajaran. Dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya.

96

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap keluarga. Justeru, kita juga perlu bantu-membantu antara satu sama lain. Oleh itu, kita perlu rajin berusaha dan kuat semangat untuk berjaya dalam hidup walaupun serba kekurangan. Selain itu, kita juga perlu memahami perasaan orang lain. Tambahan pula, kita perlu bersikap baik hati dan ringan tulang kerana amalan tolong-menolong adalah satu amalan yang baik. Di samping itu, kita mesti tahu menghargai budi baik orang dan tidak lupa pula untuk membalas jasa-jasa tersebut. Kesimpulannya, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

96

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

97

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 97. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Siti Liyana baru sahaja pulang dari sekolah. Pada minggu ini, dia terpaksa melakukan kerjakerja rumah kerana emaknya sedang mengikuti kursus di Pulau Langkawi. Dia menjaga adikadiknya dengan baik. Sebagai anak yang sulung, dia sentiasa mendengar nasihat dan teguran daripada kedua-dua ibu bapanya. Dia melayan adik-adiknya dengan layanan yang baik dan penuh kasih sayang. Dia memikul tanggungjawab tersebut dengan penuh kerelaan. Setiap pagi sebelum bersiap ke sekolah, dia akan memastikan bilik tidurnya kemas dan bersih. Dia amat mementingkan kebersihan diri dan kebersihan tempat tinggalnya. Pakaian sekolahnya nampak bersih dan kemas. Uniform sekolah adik-beradiknya juga kelihatan bersih dan kemas. Dialah yang membasuh dan menggosok pakaian tersebut. Pada waktu petang pula, Siti Liyana dan adik-adiknya menyiram pokok-pokok bunga dan membersihkan persekitaran rumah mereka. Dia menyapu sampah sarap dan mengumpulkannya di dalam plastik. Dia amat sangat gembira jika kawasan tempat tinggal mereka kelihatan bersih dan cantik.

97

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita hendaklah ikhlas melakukan kerja rumah bagi meringankan bebanan ibu kita. Justeru, kita mesti melayan adik-adik kita dengan layanan yang baik, mesra, dan penuh kasih sayang. Oleh sebab itu, kita hendaklah mengemas bilik tidur kita sebelum pergi ke sekolah. Di samping itu, kita mesti mementingkan kebersihan diri, tempart tinggal, dan persekitaran kita. Tambahan pula, pakaian sekolah dan pakaian sekolah adik-adik kita mesti sentiasa bersih dan kemas. Dalam pada itu, kita seharusnya menjaga bunga-bunga di halaman rumah kita supaya kelihatan cantik dan menarik. Oleh itu, kita mesti menyiram pokok-pokok bunga tersebut supaya tidak layu. Lantaran itu, kita berasa gembira melihat persekitaran rumah yang bersih dan cantik.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

97

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

98

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 98. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Bersenam atau latihan jasmani memberi banyak faedah kepada kita, terutamanya kepada murid-murid sekolah. Setelah letih belajar sepanjang hari, bersenam boleh membantu murid-murid menghilangkan ketegangan dan membebaskan diri daripada perasaan bimbang. Murid-murid yang jarang bersenam akan mudah mendapat selesema, batuk, dan lenguh-lenguh badan. Semasa belajar, murid-murid amat banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi. Ini boleh menyebabkan perjalanan darah menjadi kurang lancar. Akibatnya, badan menjadi letih di samping tidak berupaya untuk berfikir dan mengingati apa yang dipelajari. Kita haruslah menanamkan satu kesedaran di dalam diri tentang kepentingan bersenam. Murid-murid yang selalu bersenam didapati lebih cergas, cerdas, dan kebiasaannya dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Mereka juga dapat menyesuaikan diri di kalangan rakanrakan sebaya. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan supaya mengamalkan senaman setiap hari.

98

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mestilah bersenam kerana aktiviti ini sunggguh baik untuk kesihatan mental dan fizikal seseorang. Oleh sebab itu, melakukan aktiviti senaman dengan cara yang betul dapat menghilangkan ketegangan dan tekanan yang kita alami. Lagipun, besenam dapat menghilangkan perasaan bimbang terhadap sesuatu. Tambahan pula, bersenam juga dapat mengelakkan diri daripada penyakit selesema, batuk, dan lenguh-lenguh badan. Dalam pada itu, jika kita melakukan senaman, badan kita akan lebih cergas dan minda kita juga lebih cerdas. Kecergasan rohani dan jasmani dapat melahirkan individu yang berfikiran sihat serta bertindak dengan cara yang lebih matang. Kesimpulannya, jika badan kita cergas dan minda kita cerdas segala permasalahan dapat ditangani dengan baik.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

98

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

99

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 99. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat membangun. Walaupun rakyatnya berbilang kaum, tetapi mereka hidup bersatu-padu dan dalam suasana yang aman serta harmoni. Hal ini demikian kerana sikap rakyatnya yang bertoleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap dan budaya inilah juga yang membawa Malaysia di ambang kemajuan dalam masa yang agak singkat. Malaysia Boleh bukan satu khayalan tetapi merupakan satu kenyataan. Para pelancong asing juga menjadikan negara Malaysia sebagai satu daripada destinasi pilihan untuk mereka bercuti dan berehat. Integrasi antara semua lapisan masyarakat di Malaysia telah berjaya menyemai sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Amalan bersopan santun dan berbudi bahasa rakyat Malaysia inilah yang menjadi satu daripada tarikan pelancong asing untuk datang ke rantau ini. Oleh sebab itulah, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang disegani dan dihormati oleh masyarakat dunia.

99

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan boleh hidup dalam suasana harmoni, aman dan damai. Justeru, budaya saling menghormati yang diamalkan oleh penduduk Malaysia juga telah mengharumkan nama Malaysia. Oleh sebab itu, kita seharusnya mengekalkan amalan budaya bersopan santun serta berbudi bahasa. Lagipun, slogan Malaysia Boleh bukan satu igauan semata-mata, perkara ini telah dijelmakan dan dibuktikan melalui kejayaan demi kejayaan rakyat Malaysia mencipta nama di pesada dunia. Lantaran itu, para pelancong asing telah mengiktiraf kejayaan intergrasi antara kaum di negara kita. Tambahan pula, rakyat Malaysia yang bersopan santun sungguh disenangi oleh para pelancong yang berkunjung ke negara kita. Dalam pada itu, para pelancong terpaut pada keperibadian unggul dan cara hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Selain itu, rakyat Malaysia juga hidup dalam suasana aman dan damai.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

99

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

100

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 100. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Isu kemerosotan disiplin pelajar-pelajar pada hari ini sedang hangat diperkatakan. Malah perkara ini membimbangkan semua pihak kerana keadaan ini telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. Antaranya seperti merokok, penyalahgunaan dadah, kegiatan samseng di sekolah, mencuri, peras ugut dan sebagainya. Dalam soal ini, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan? Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar adalah berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Antaranya ialah sikap pelajar-pelajar itu sendiri. Mereka seolah-olah terlalu terikut-ikut dengan budaya kuning para remaja dari barat yang inginkan kebebasan. Sekali gus, sikap ini boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan-peraturan sekolah yang mereka anggap terlalu mengongkong kehidupan mereka. Di samping itu, ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan penting dalam menangani masalah kemerosotan disiplin pelajar-pelajar. Terdapat sesetengah ibu bapa yang menganggap kasih sayang anak-anak dapat dibeli dengan wang ringgit. Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai model dan ketua keluarga. Malahan, mereka tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Keadaan inilah menyebabkan anak-anak mereka menjadi liar dan bergaul dengan golongan yang tidak berdisiplin.

100

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mestilah menangani masalah kemerosotan disiplin para pelajar dengan cara yang bijak. Tambahan pula, masalah ini jika tidak dibendung akan menjadi lebih parah apabila gejala sosial mula bertapak di sanubari para pelajar. Di samping itu, kita mesti peka kerana pelbagai masalah sosial boleh berlaku dan perkara ini sungguh mengaibkan serta boleh menjatuhkan imej, maruah, dan harga diri seseorang pelajar. Justeru, sebelum gejala sosial ini menular, ibu bapa seharusnya bertindak dan berperanan lebih aktif dalam memastikan anak-anak mereka berada di landasan yang betul. Oleh itu, kita (ibu bapa) hendaklah memberi perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak kerana perkara tersebut akan menjadi benting kepada keruntuhan moral muda mudi sekarang ini. Selain itu, kita mestilah meluangkan masa untuk bermesra dengan anak-anak bagi membentuk keluarga bahagia.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

100

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

101

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 101. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Zainal bin Othman murid Tahun Enam Merah, Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak, ibarat permata yang berharga kepada sekolah dan guru-gurunya. Hal ini kerana dia bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut memiliki pelbagai bakat yang terpendam. Zainal aktif berpersatuan dan sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Dia mula mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan sejak tahun satu lagi. Antara kejayaan yang dicapainya, menjadi johan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Hilir Perak dan Peringkat Negeri. Dia juga menjadi johan dalam Pertandingan Catur peringkat daerah. Zainal juga dipilih menjadi ketua kumpulan Choral Speaking yang berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan peringkat negeri Perak. Bukan itu sahaja, Zainal juga berbakat dalam bidang seni. Dia mahir dalam tarian tradisional Melayu dan bermain piano. Bakatnya terserlah semasa dia membuat persembahan sempena Hari Anugerah Cemerlang di sekolahnya tahun lalu. Sikapnya yang peramah dan periang disenangi seluruh warga sekolah. Walaupun sibuk, dia juga masih mempunyai masa untuk melakukan dua lagi aktiviti kegemarannya, bermain badminton dan berbasikal. Zainal bercita-cita ingin menjadi seorang juruterbang yang berjaya.

101

CADANGAN JAWAPAN

Beberapa pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya

mencontohi keperibadian Zainal Othman yang mempunyai potensi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum akademik. Oleh itu, kita mestilah berusaha untuk mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Dalam pada itu, kita berasa bangga dan gembira apabila berjaya mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat negeri. Tambahan pula, kejayaan yang dicapai oleh murid-murid sekolah menjadi kebanggaan para guru. Selain itu, kita akan dihormati oleh rakan-rakan kerana sikap kita yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Oleh sebab itu, kita juga harus melibatkan diri dalam bidang sukan. Lebih-lebih lagi, kita mesti ada citacita dan perancangan masa depan.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

101

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

102

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 102. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Membuat sesuatu kerja dengan lambat tetapi hasilnya amat memuaskan adalah lebih baik daripada membuat sesuatu kerja dengan cepat tetapi hasilnya tidak elok. Biasanya, jika kita ingin mendapatkan hasil kerja dengan cepat, kita akan melakukannya dengan tergopoh-gapah. Bekerja secara tergesa-gesa akan menyebabkan banyak berlaku kesilapan. Kita tepaksa mengulangi kerja itu semula. Lantaran itu, masa yang kita ambil tentulah lebih lama lagi. Andaikan, kita sedang menjalani latih tubi mata pelajaran Matematik, jika pelaksanaannya secara tergopoh-gapah berkemungkinan kita melakukan kesilapan dan menyebabkan pilihan jawapan kita salah. Begitu juga semasa kita menulis karangan, kita hendaklah berhati-hati, ambil sedikit masa untuk menyemak hasil cetusan idea kita agar sifar kesalahan daripada aspek ejaan, tanda baca, dan gramatis bahasanya. Selain itu, ketika kita menyeberangi jalan raya umpamanya, kita perlu melihat ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula sebelum melintas. Andainya kita tidak berbuat demikian, berkemungkinan kita akan ditimpa kemalangan. Keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya kita berhati-hati. Begitulah juga dengan kemalangan yang sering berlaku. Para pemandu memandu kenderaan dengan laju untuk cepat sampai ke destinasi mereka tanpa menghiraukan keselamatan orang lain. Biar Lambat Asalkan Selamat.

102

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya melakukan kerja dengan cermat walaupun terpaksa mengambil masa lebih sedikit. Namun, ada kalanya kita perlu penelitian dan ketekunan semasa membuat kerja. Oleh sebab itu, kerja yang dilakukan dengan tekun dan teliti memerlukan kesabaran. Di samping itu, kelewatan menyiapkan sesuatu kerja itu bukan sengaja dilambat-lambatkan tetapi inginkan hasil yang berkualiti. Lantaran itu, bukan semua kerja perlu pantas, ada yang perlukan perhatian dan penelitian, kelalaian kita melakukan kerja kadang-kadang boleh mendatangkan padah dan mudarat. Tambahan pula, jika kerja itu perlu kepada penelitian, ambilah sedikit masa untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dan terjamin pula kualitinya. Biar lambat asalkan selamat.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

102

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

103

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 103. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Gotong-royong merupakan satu daripada amalan yang baik dan memberi pelbagai faedah kepada masyarakat. Sikap bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal contohnya, kita akan dapat mengatasi masalah pembiakan nyamuk Aedes dan pencemaran alam sekitar. Begitulah juga apabila kita bekerjasama menjaga dan membersihkan persekitaran taman permaianan. Cara ini akan mengurangkan kos untuk membaiki semula alat-alat permainan tersebut. Justeru, kos dan upah pembinaan semula tidak perlu lagi dikeluarkan dan peruntukan tersebut boleh digunakan untuk tujuan yang lain pula. Sesuatu kerja yang dilakukan secara bergotong-royong juga dapat dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan. Amalan gotong-royong juga dapat menjalin semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat. Amalan ini juga dapat merealisasikan semangat muhibah antara kaum. Melalui aktiviti seumpama ini jaga dapat mengeratkan lagi perpaduan dan memupuk kemesraan antara kaum.

103

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya melakukan kerja gotong-royong kerana aktiviti murni ini boleh memupuk perpaduan di kalangan masyarakat setempat. Selain itu, aktiviti ini seharusnya kita praktikkan dan jalankan bagi membina suasana yang harmoni di kalangan jiran tetangga. Oleh itu, orang ramai sepatutnya sanggup meluangkan masa untuk menjayakan aktiviti kemasyarakatan ini. Lagipun, aktiviti gotong-royong ini mampu menangani masalah sosial di kalangan masyarakat. Tambahan pula, aktiviti gotong-royong juga dapat meringankan bebanan sesuatu kerja. Di samping itu, ketika melaksanakan program gotongroyong ini, orang ramai dapat beramah mesra, saling mengenali antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi, aktiviti ini juga mampu menjelmakan semangat muhibah, toleransi, dan perpaduan antara kaum di negara kita.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

103

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

104

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 104. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Bas bertolak meninggalkan kawasan sekolah. Sepanjang perjalanan kami menyanyi dengan iringan petikan gitar oleh Cikgu Sazali. Kira-kira satu jam perjalanan, kami sampai di tapak perkhemahan. Kami diarahkan mengangkut segala peralatan seperti khemah, peralatan memasak, dan bekalan makanan. Selepas itu, setiap kumpulan diminta memasang khemah dengan bantuan beberapa orang guru. Cikgu Ng Mei Kwan, Cikgu Faezah, dan beberapa orang murid perempuan sibuk memasak. Masakan yang mereka masak itu adalah untuk hidangan makan tengah hari. Setelah juadah siap dimasak, kami pun makan tengah hari. Walaupun hanya berlaukkan sardin dan telur goreng, kami makan dengan begitu berselera. Selepas makan kami berehat. Selepas itu, kami dibawa meredah hutan. Perjalanan agak sukar dan mencabar. Pegawai Jabatan Hutan Pengkalan Hulu yang mengetuai kami turut menerangkan tentang beberapa jenis pokok hutan dan kegunaannya. Tiba-tiba... kami terdengar jeritan yang sangat kuat. Rupa-rupanya beberapa orang budak perempuan terserempak dengan seekor biawak bukit.

104

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya berasa riang kerana berpeluang mengikuti program kokurikulum di luar kawasan sekolah. Oleh sebab itu, kita mestilah menjalankan aktiviti dan kerja-kerja yang telah ditentukan dengan penuh rasa tanggungjawab. Kita seharusnya berkerjasama mendirikan khemah. Di samping itu, kita mestilah patuh pada peraturan dan jadual yang telah ditentukan. Lantaran itu, kita mesti melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Justeru, kita sepatutnya berterima kasih kepada rakan-rakan yang menyediakan makanan dan minuman semasa perkhemahan tersebut. Dalam pada itu, pengalaman dan kesulitan yang telah kita dilalui sebenarnya telah mendewasakan kita.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

104

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

105

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]

105. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

KUALA KUBU BHARU, 23 Februari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, secara rasminya melancarkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menegaskan, kerajaan memberi nilai tinggi kepada generasi muda dan mengiktiraf peranan mereka sebagai bakal pemimpin masa depan. Perdana Menteri berkata, golongan muda yang mewakili 60 peratus rakyat negara ini akan berperanan di barisan hadapan membawa negara ke mercu kejayaan. Lebih-lebih lagi, apabila Malaysia mencapai status negara maju 15 tahun akan datang. PLKN, katanya adalah usaha terbaru kerajaan untuk melahirkan generasi muda Malaysia yang baik, berdisiplin, berpekerti mulia, bercita-cita tinggi, malah berkeupayaan untuk berjaya dalam segala bidang yang diceburi. Kita berharap, mereka yang menjalani Program Latihan Khidmat Negara ini akan menjadi anak muda yang lebih bertanggungjawab, jujur, amanah, berdisiplin, dan berpekerti mulia, katanya ketika melancarkan program itu di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, semalam. Harapan Perdana Menteri ini juga menjadi satu daripada agenda kerajaan bagi menyediakan tenaga muda yang berkemahiran tinggi, berketrampilan, berilmu, dan berpekerti mulia.

105

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya menyokong Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah direncanakan kerana program ini bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh, dan memperkasa mental serta fizikal generasi muda. Oleh sebab itu, kita perlukan generasi muda yang berilmu kerana mereka bakal dan akan mewarisi pemerintahan negara. Di samping itu, kita perlukan generasi muda yang bersedia berada di barisan hadapan bagi menjayakan hasrat Malaysia sebagai negara maju pada Tahun 2020 nanti. Tambahan pula, pihak kerajaan telah berusaha menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana kepada generasi muda untuk melatih dan membimbing mereka ke arah pembentukkan disiplin yang baik, bertanggungjawab dan berpekerti mulia. Lebih-lebih lagi, jika nilai murni ini dapat kita semai dan praktikkan, nescaya negara kita dapat melahirkan para pemimpin yang berkaliber, berilmu pengetahuan, dan berhemah tinggi.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

105

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

106

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 106. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Wahai kawan dengarlah pesanan, Agar hidup selamat selalu; Ke mana pergi menjadi teladan, Di sanjung orang setiap waktu. Ke mana pergi menjadi teladan, Disanjung orang setiap waktu; Berbudi bahasa menjadi sanjungan, Jadikan hiasan buat dirimu. Berbudi bahasa menjadi sanjungan, Jadikan hiasan buat dirimu; Penuhkan dada dengan bekalan, Carilah ilmu dari gurumu.

106

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya mendengar akan pesanan orang tua-tua kepada anak cucunya supaya menjaga adat, tutur kata, dan tingkah laku ketika berada di perantauan. Oleh itu, segala perilaku yang baik, tutur bicara yang bersopan serta peribadi yang berhemah haruslah kita jadikan hiasan diri. Justeru, segala tindak tanduk dan perlakuan yang baik haruslah dijadikan teladan dan pegangan hidup. Di samping itu, keperibadian mulia yang dipertontonkan merupakan satu teladan yang amat tinggi nilainya kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi, masyarakat menilai seseorang individu melalui tingkah lakunya, budi bahasanya, dan pergaulannya. Lagipun, ilmu pengetahuan yang tinggi dan gaya hidup yang beradab serta tutur kata yang manis akan menjadi ikutan. Tambahan pula, orang yang berilmu dan beramal dengan ilmu yang baik sungguh disenangi oleh segenap lapisan masyarakat.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

106

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

107

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 107. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Negeri Melaka tempat Cik Nyonya, Cik Nyonya berasal keluarga berada; Kecemerlangan akademik banyak gunanya, Meletak bangsaku tinggi di pesada. Manis tersenyum tiada terkata, Tarikan Si Dara dahulu kala; Motivasi diri mula diwarta, Kecemerlangan minda turut terbela. Nasib murid tidak dilupakan, Majlis disambut penuh gemilang; Hari anugerah perlu diadakan, Penghargaan buat murid cemerlang.

107

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya menguasai kecemerlangan. Oleh sebab itu, ilmu pengetahuan adalah lambang ketamadunan dan ketinggian mertabat sesuatu bangsa. Tambahan pula, kesedaran dan motivasi diri perlu diserapkan kepada seluruh anggota masyarakat agar mereka mempunyai wawasan dan hala tuju yang jelas lagi nyata. Di samping itu, motivasi juga dapat menyedarkan anggota masyarakat akan pentingnya ilmu pengetahuan dalam dunia yang serba canggih ini. Selain itu, penghargaan diberi kepada pendukung ilmu akademik di peringkat sekolah semasa Hari Anugerah Cemerlang. Lebih-lebih lagi, hari Anugerah Cemerlang ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan budaya saing yang sihat di kalangan murid-murid. Yang bijak dihargai, yang lemah dibimbing dan diasuh.

20

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

107

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

108

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 108. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Palpa rumbia dibuat sagu, Sagu diadun dijadikan lepat; Hati sedih bertambah sayu, Banjir kilat longkang tersumbat. Panjat kelapa menggunakan sigai, Sigai dicipta oleh Pak Nayan; Sisa toksik berlimpahan di sungai, Pembangunan menggugat rezeki nelayan. Gula melaka si nira tebu, Lopes enak menambat selera; Ozon menipis menebal jerebu, Mencemaran udara, musnah belantara. Bunga mawar berwarna-warni, Mawar merah jadi pilihan; Inikah budi masyarakat madani, Pentingkan laba musnahkan keindahan. Putat, pegaga dibuat ulam, Tumbuh subur di tepi jemuran; Marilah teman mencintai alam, Menjaga kebersihan elakkan pencemaran.

108

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Justeru, kita mesti menjaga sistem perparitan supaya tidak berlaku banjir kilat akibat longkang yang tersumbat. Oleh itu, kita juga mesti memelihara sungai daripada dicemari oleh sisa toksik, pencemaran ini boleh menyekat rezeki para nelayan. Di samping itu, kita juga semestinya menjaga udara daripada sebarang pencemaran, udara yang tercemar boleh mengundang jerebu yang tebal. Tambahan pula, sikap segelintir manusia yang mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan kemusnahan alam sekitar perlu diawasi. Selain itu, kita jangan sesekali mencemari alam sekitar. Dengan itu, kita semestinya menjaga kebersihan alam sekitar dan cuba mengelakkan sebarang pencemaran. Kebersihan asas kesihatan.

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

108

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

109

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 109. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ibu Jasamu berpanjangan Membimbing, mendidik Penuh belaian kasih abadi Dari kecil hinggalah dewasa Menjadi manusia Ibu Kau tetap menyayangi Walau aku nakal Kau tetap mengasihi Walau sudah berjauhan Ibu Kini aku telah berjaya Baktimu akan aku balas Sebelum ibu menutup mata.

109

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya menghargai jasa dan pengorbanan ibu sangat tinggi dan mulia kepada kita. Oleh itu, segala jasa dan pengorbanan ibu kepada kita mestilah setulus hati. Tambahan pula, ibu telah mencurahkan segala kasih dan sayangnya kepada kita sepenuh hati. Selain itu, ibu membelai kita sejak kecil, mengasuh dan memberi pendidikan sehingga kita menjadi seorang insan yang berjaya. Lebih-lebih lagi, ibu banyak berperanan mendorong kita menjadi manusia yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Lantaran itu, sebagai seorang anak, kita mesti rasa terhutang budi atas jasa dan pengorbanan ibu kepada kita. Dalam pada itu, kita juga sepatutnya mencurahkan kasih sayang kita kepada ibu kita. Kita sepatutnya menjaganya dan memberi perhatian terhadap kesihatan serta perasaannya di kala ibu kita berada pada usia emas.

20 109

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

110

Membuat ulasan menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 110. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Anak-anaku Ayunlah langkahmu segera Mendaki gunung cita-cita Biar lelah, biar merana Biar luka, biar cedera Biar seribu ranjau menimpa Namun jangan sekali-kali mengaku kalah Jika engkau terjatuh Ayuh, segera bangkit semula! Ayunkah langkah perkasamu semula Kerana perjalananmu masih jauh Anak-anaku Perjalanan ini memang pahit Telanlah agar menjadi penawar Kelak nanti ... Pasti kau akan merasa manisnya.

110

CADANGAN JAWAPAN

Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti tabah menghadapi sebarang dugaan dan rintangan. Justeru, ketabahan mengharungi dugaan merupakan langkah pertama untuk menuju kejayaan. Kita juga mestilah tekal dan kuat semangat untuk mengejar kejayaan walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan dan kegagalan. Di samping itu, bagi memperoleh kejayaan, kita perlu berusaha dengan gigih, tabah menghadapi segala dugaan, dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula, di sebalik kepahitan ada manisnya, kita perlu berusaha sehingga cita-cita kita tercapai. Lagipun, jika cita-cita kita tercapai, kita akan berasa puas dan gembira. Oleh sebab itu, kejayaan merupakan impian setiap insan.

20
KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

110

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C

111

Membuat ulasan menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 111. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Teman Kaulah rakan sejati Engkau adalah pendorong Semangat dan ketabahan buatku Kuharungi onak ranjau kehidupan Kukenali keperitan dan kepayahan Pabila aku rebah kecundang Engkau rela bersama-samaku Pabila aku ketawa girang Engkau turut berkongsi gembira Teman ... Susah senang kehidupan ini Bersama-sama kita harungi Ke bukit dan ke lembah nan jurang Kita tempuhi penuh ketabahan Tapi teman Aku mengerti, aku pasrah Kita sama-sama ada hala tujuan Punyai matlamat yang terbentang Kita sama-sama ada wawasan.

111

CADANGAN JAWAPAN

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya mempunyai beberapa orang kawan. Oleh sebab itu, kita seharusnyanya bijak memilih kawan kerana kawan boleh menyebabkan kita berjaya dan sebaliknya. Lagipun, kawan yang sanggup berkongsi apaapa sahaja tidak mengira yang suka atau yang duka, itulah kawan sejati. Lantaran itu, kawan sejati sanggup berkongsi suka dan duka dan sedia menegur kesalahan kita. Di samping itu, kawan sejati juga sanggup berkongsi masalah dan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian. Tambahan pula, kawan sejati boleh diibaratkan cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga. Kawan sejati, jika kita menempuhi kepayahan, sama-sama dilalui dengan penuh ketabahan dan kecekalan. Lebih-lebih lagi, jika beroleh kejayaan, sama-sama dikongsi nikmat kegembiraannya. Itulah erti sebuah persahabatan sejati.

KOMPAS 111 PENULISAN LESTARI UPSR

111

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C