Anda di halaman 1dari 4

Apa Itu 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa
maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi
5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas,
manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik.
Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan
kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal,
menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu
daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah
proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak
diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang
mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan
peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton)

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan
diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan.
Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat
demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan
barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk
menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses
mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso)

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran
yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh
mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang
digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat
di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun.
Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja
tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu)

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah
disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap
asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu
tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai
sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan
sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke)


Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan
kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh
semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat
dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang
mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar
menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-
menasihati.

5S Tingkat Produktiviti Organisasi

"Mulai tahun ini, Unit Pembangunan Sumber Manusia (Jabatan Ketua Menteri) akan
memperkenalkan 5S – Seiri, Seiton, Seison, Seiketsu dan Shitsuke. 5S melibatkan
program penyertaan menyeluruh sesebuah organisasi dan adalah kaedah paling
efektif untuk memotivasikan seseorang, serta meningkatkan produktiviti dalam
sesebuah persekitaran kerja. Ia sungguh mudah dan murah untuk dilaksanakan.
Keberkesanannya juga berpanjangan. YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain,
Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan Ucapan Perdana 2004

5S Penyelesaian Bijak

Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada


awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat
kerja selesa dan kemas.

Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu,


terutama dalam sektor perindustrian, telah
Dokumen yang disusun kemas membawa kepada penggunaannya secara meluas di
memudahkan pencarian seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu
apabila dikehendaki mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah
dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-
syarikat multi-nasional.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja


bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan
etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja
yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-
menolong yang tinggi.
Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya
peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada


organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu
disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi yang
mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi
(6 sesi).

Objektif Utama Program 5S

チ Membina budaya Kaizen di tempat kerja

チ Membina kerjasama melalui penyertaan semua

チ Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

チ Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

チ Pendekatan Kaizen

チ Pendekatan Inovasi

Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang


berorientasikan manusia dan proses, pendekatan
Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan
dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi Kakitangan diberi kebebasan
berterusan. Bagi menjayakan Program 5S menunjukkan kreativiti masing-
bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan masing
itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada
semua peringkat kakitangan. Antaranya :

チ Mengamalkan budaya kerja 5S

チ Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

チ Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

チ Meluangkan masa untuk 5S

チ Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

チ Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan

Pelaksanaan
Pertama -Mengamalkan Seiri
(Sisih)
Menyisih dan membuang
barang yang tidak perlu di
tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton


(Susun)

Menyusun dan menyimpan


barang dengan kemas supaya
mudah untuk diambil dan
disimpan semula selepas
digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses
oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang
paling kerap digunakan
diletakkan di tempat yang
mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau
barang diberi label.
Gunakan warna label bagi
mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso


(Sapu)

Bentuk tugas pencucian dan


mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman


Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan


Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S

Keenam -Persijilan 5S

Pertandingan antara organisasi 5S


Anugerah amalan 5S
Organisasi model