Anda di halaman 1dari 7

Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (GST)

Pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan telah diperkenalkan di Malaysia pada pembentangan bajet 2005 di Parlimen oleh Menteri Kewangan. Ia dicadang akan dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2007. Namun ianya telah ditarik balik pada tahun 2006 untuk memberi masa kepada para peniaga dan syarikat untuk membuat perubahan kepada proses perniagaan, sistem perkomputeran dan memberi latihan kepada kakitangan yang terlibat dalam pelaksanaan GST. Pada 24 November 2009 Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa GST akan dilaksanakan di Malaysia dan Rang Undang-undang GST akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Disember 2009. Pada 16 Disember 2009, Rang Undangundang GST telah dibaca untuk kali pertama oleh Menteri Kewangan Kedua dan bacaan kali kedua dan ketiga yang masing-masing dijangka akan dibentang pada bulan Mac dan April 2010 masih belum dibentang. Kadar GST yang dicadangkan di Malaysia adalah sebanyak 4%.

Definisi GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) dimana ianya merupakan cukai berperingkat (George William). GST juga boleh didefinisikan sebagai cukai penggunaan dan bukan perolehan (Dhirendra Kumar). Satu lagi definisi GST ialah cukai berkonsep negatif(Rabish Chandra).

Konsep Konsep asas GST adalah menyalurkan beban cukai kepada setiap peringkat pengagihan dan pengedaran atau rantaian bekalan yang mana pada bahagian tertentu ianya ditanggung sepenuhnya oleh pengguna. Sebagai contoh, sesuatu barang melalui empat peringkat untuk sampai kepada pengguna; iaitu pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna. GST akan dikenakan keatas setiap transaksi pengilang ke pemborong, pemborong ke peruncit, dan peruncit ke pengguna. Ini berbeza dengan konsep cukai jualan dimana cukai dikenakan semasa transaksi antara pengilang ke pemborong sahaja tetapi kosnya ditanggung oleh pengguna. GST juga membenarkan peniaga menuntut kembali GST yang dibayar keatas input perniagaan dengan menolak cukai input daripada cukai yang dipungut ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan.

Permasalahan Masalah utama yang dihadapi oleh golongan peniaga atau syarikat untuk melaksanakan GST adalah mereka perlu menganalisa transaksi perniagaan mereka untuk memastikan pelan tindakan GST yang teratur sekurang-kurangnya setahun sebelum GST dilaksanakan. Untuk organisasi yang lebih besar, mereka mungkin memerlukan masa yang lebih panjang bagi menjalankan kajian amalan yang praktikal dan mengkususkan sistem dan prosedur untuk melaksanakan GST. Bahagian pemasaran dan jualan sesebuah organisasi perlu menyemak semula harga jualan tanpa GST, bahagian perolehan dan belian perlu

membincangkan harga pembelian, dan bahagian guaman perlu menilai semula semua perjanjian atau kontrak perniagaan jangka panjang. Oleh yang demikian, semua pihak dalam sesebuah organisasi perlu memahami GST. Lebih banyak

pengurusan dan proses dokumentasi perlu dijalankan dalam pengenalan kepada GST secara tidak langsung menyebabkan kos pematuhan meningkat. Ada juga peniaga atau organisasi masih keliru sama ada mereka perlu mendaftarkan perniagaan dibawah GST. Sama ada mereka mereka membekalkan barangan atau servis bercukai dalam GST. Jika pada masa ini perniagaan mereka memperoleh pulangan tahunan sebanyak RM 500,000 yang mana ia merupakan nilai yang dicadangkan untuk mewajibkan pendaftaran GST tetapi ia masih belum diputuskan dalam perundangan. Pihak Kastam DiRaja Malaysia telah memaklumkan bahawa permohonan syarikat untuk GST mestilah dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum pelaksanaan GST dan pra pendaftaran dibuat 6 bulan sebelum pelaksanaan GST.

Statistik

Jadual 1: Kadar GST Mengikut Negara

Jadual 2: Sumber Hasil Negara

Jadual 3: Pecahan Hasil Sektor Petroleum

Jadual 4: Kesan GST Terhadap Pengguna

Rangka Kerja Konseptual

Memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang untuk membuat persediaan

Kurang maklumat tentang syarat-syarat untuk mendaftar dalam GST

Kebanyakan peniaga dan organisasi di Malaysia tidak bersedia melaksanakan GST

Tiada pengesahan waktu pelaksanaan GST

Kebanyakan peniaga dan organisasi di Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan GST dalam masa terdekat kerana beberapa faktor. Salah satu faktor utama adalah kerana untuk melaksanakan GST, mereka memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang untuk membuat persediaan. Ini telah dibincangkan sebelum ini dimana para peniaga dan organisasi perlu melatih pekerja-pekerja mereka dan membuat perubahan dalam sistem untuk disesuaikan dengan GST. Mereka juga tidak mendapat maklumat yang secukupnya tentang syarat-syarat yang memerlukan mereka mendaftar dalam GST. Berapakan nilai pulangan tahunan minima yang mewajibkan pendaftaran dalam GST masih belum diputuskan di peringkat perundangan. Mereka juga tidak mengetahui bilakan sebenarnya GST akan dilaksanakan di Malaysia. Walaupun GST telah diperkenalkan dalam Bajet 2005, namun tarikh sebenar pelaksanaan GST masih belum diputuskan

KURSUS ASAS PENGUASA KASTAM GRED 41 (18 SEPTEMBER 22 DISEMBER 2012)

CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

DISEDIAKAN OLEH: MOHAMED FAZRIN BIN MOHAMED AKHIR 840305-01-5281 KUMPULAN 6 PLATUN 2

PENYELARAS KURSUS: DR SHALIHEN BIN MOHD SALLEH