Anda di halaman 1dari 3

Gelatin dan MSG: Pastikan HALAL !

by EDITOR on Dec 20, 2009 8:11 am4 Comments

Oleh : Samhani Ismail samhanismail [at] yahoo.com Kita perlu sentiasa mengambil pendekatan behati-hati dengan setiap suap makanan yang akan masuk ke dalam perut. Ini disebabkan oleh sumber zat yang dibekalkan oleh setiap kunyahan itu akan dicerna oleh sistem penghadaman, diserap oleh saluran darah, seterusnya dikatabolisma untuk pertumbuhan badan kita. Daripada protein, karbohidrat, lemak, vitamin, ferum, kalsium dan pelbagai jenis zat lagi, seseorang itu akan tumbuh membesar dari sehari ke sehari sehingga usia merangkak ke fasa pematangan tanpa kita sedari perjalanannya. Kita perlu sentiasa ingat akan sabda baginda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud '' Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka nerakalah lebih layak untuknya.'' Ulamak adalah segolongan manusia yang amat berhati-hati terhadap makanan yang diambil. Mereka tidak akan mengambil makanan melainkan setelah mereka benar-benar memerlukannya, dan mereka makan sekadar untuk mengalas perut. Bahkan makanan itu benarbenar diyakini halal dan suci daripada segala bentuk keraguan. Telah dibuktikan bahawa daya ingatan dan kekuatan menaakul mereka begitu hebat.Setiap makanan yang diambil memberi kesan kepada fizikal, peribadi, mental dan fisiologi kita. Ia juga menyumbang kepada khusyu' atau tidak kita di dalam solat dan ibadah. Menurut peraturan asas hukum Syariah ( Kanun Undang-undang yang bersumber daripada hadith dan al-Quran ), adalah haram bagi orang Islam mengambil makanan dan minuman yang boleh membawa mudarat samada cepat atau lambat, seperti racun atau sesuatu yang membahayakan termasuk makan dan minum secara berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan. Umat Islam perlu menitikberatkan persoalan mengenai makanan dan minuman samada ia berkhasiat atau membahayakan kesihatan tubuh badan, mental dan fizikal. Ini sebab Islam menuntut umatnya agar sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan sebagaimana ditegaskan oleh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi di dalam bukunya 'The Lawful and The Prohibited in Islam' bahawa memakan makanan yang boleh memudaratkan diri adalah haram. Antara bahan yang diragui yang biasa digunakan di dalam produk makanan dan ubatan seharian adalahgelatin. Gelatin adalah sejenis protein tidak lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit dan bahagian-bahagian sendinya. Ia adalah bahan pemantap yang baik bagi industri pengeluar makanan seperti aiskrim, makanan pencuci mulut, agar-agar, sosej dan produk tenusu. Biasanya gelatin yang digunakan di dalam industri tersebut adalah gelatin daripada terbitan kolagen iaitu protein daripada kulit, tulang dan tisu-tisu penghubung haiwan. Gelatin dihasilkan melalui proses tindak-balas air atau hidrolisis ke atas kolagen. Kulit, urat dan tulang babi dan lembu biasanya menjadi bahan mentah utama dalam penghasilan gelatin. Gelatin mempunyai sifat yang luar biasa. Larutan yang mengandungi hanya 1 peratus gelatin akan menjadi gel yang agak pejal apabila disejukkan. Sifat-sifat inilah yang menyebabkan ia digunakan secara meluas di dalam industri makanan seperti aiskrim, dadih, jeli, gula-gula getah dan jem. Dalam industri kosmetik, ia merupakan bahan penting didalam krim pelindung matahari, krim kulit, losyen badan, krim pelembap, krim malam, produk dandanan
1

kuku dan krim cukur. Kosmetik yang mengandungi gelatin membolehkan kulit menyerap lembapan yang optimum yang penting untuk memelihara kelembapan dan keanjalan kulit. dan ubat-ubatan teknologi plastik, perekat dan fotografi.Dalam pengeluaran ubat-ubatan dan produk perubatan, gelatin digunakan dengan meluas. Ia digunakan dalam ubat; sebagai pengikat untuk menghasilkan ubat tablet, sebagai pembalut ubat, sebagai medium dalam supositori, digunakan dalam span untuk menghentikan pendarahan dan banyak lagi. Selain daripada gelatin, banyak lagi produk makanan yang terdapat di pasaran dihasilkan daripada sumber yang diragui kehalalannya. Di antaranya adalah produk daripada MonoSodium Glutamate (MSG) yang digunakan secara meluas oleh para suri rumah dan restoran-restoran. MSG adalah hablur putih yang bertindak mengubah rasa pada makanan. Bagi tujuan perdagangan, ia dihasilkan daripada kanji melalui proses penapaian canggih. Apa yang menimbulkan keraguan pada MSG adalah berkemungkinan proses penapaiannya menggunakan enzimBactosoytone iaitu sejenis zat makanan bagi pembiakan bakteria untuk dijadikan bahan utama di dalam proses penapaian. Ini sebab Bactosoytone terhasil daripada pemecahan protein kacang soya dengan menggunakan enzim daripada ekstrak pankreas babi.Produk-produk MSG memang dijual di pasaran terbuka dan amat digemari oleh pemilik-pemilik restoran dan kedai-kedai makanan. Boleh dikatakan bahawa setiap premis makanan menggunakan produk MSG di dalam masakan mereka supaya masakan menjadi lebih enak dan melariskan perniagaan . Malah mereka lebih gemar menggunakan MSG yang tidak berlabel lantaran harganya yang lebih murah berbanding MSG berjenama. MSG yang tidak berlabel ini kebanyakannya diimport dari Thailand. Di sini terdapat keraguan yang patut disedari oleh umat Islam. Adakah ia halal dimakan oleh umat Islam? Adakah anda yakin MSG yang dilabel tidak menggunakan katalis penting iaitu Bactosoytone, dan adakah anda sanggup menerima risiko mendapat banyak penyakit akibat pengambilan MSG atau produk-produk lain yang dijual secara komersial tanpa mengira aspek kesihatan dan kesuciannya. Firman Allah yang bermaksud '' Maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) kemudian Kami telah membelah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan bijibijian di bumi ini, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun yang lebat dan buah-buahan serta rumput-rumput untuk kesenanganmu dan untuk binatang ternakanmu.. [surah Abasa ; 24-32] Kesimpulannya, Allah telah mengurniakan pelbagai jenis makanan untuk hamba-hambaNya. Kita mempunyai pelbagai pilihan dalam hidup sebagaimana sebuah pepatah yang berbunyi, 'Life is all about choices' . Maka pilihlah yang terbaik untuk diri dan keluarga. Janganlah memandang remeh setiap suap makanan dan setiap titis minuman pun yang masuk ke mulut kita. Ambillah yang jelas nyata halal, semoga kita menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa kepada Yang Maha Pencipta dan hamba yang gerun kepada azab dan murkaNya.

Apakah MSG Halal? Iwan Gunawan - detikFood

Tanya

Dalam kaidah usul fiqh diperlukan sesuatu yang halal tapi juga baik untuk kesehatan, apakah MSG memenuhi syarat tersebut?

Jawaban: Dalam batas tertentu dan tidak berlebihan, MSG tidak akan merusak kesehatan. Oleh karena itu, Badan Pengawasan Obat dan Makanan (POM) memberikan izin edar bagi produk yang mengandung MSG dan MUI memberikan sertifikat halal bagi produsen MSG

Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.

ADUAN HALAL ON-LINE

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL) Aduan : harap Jakim dpt buat senarai pdoduk yg x halal. Tarikh Aduan : 16/05/2007 - 02:58:58 Jawapan : Sila rujuk direktori halal di www.halal.gov.my

Anda mungkin juga menyukai