Anda di halaman 1dari 1

NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF PISMP SAINS SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010

INOVASI PEDAGOGI

NAMA NAMA INOVASI

: NUR HAZWANI BINTI ABDUL LATIF : OH!! MY PLANET

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI

Inovasi pedagogi yang saya telah hasilkan pada praktikum fasa 2 kali ini ialah, Oh!! My planet. Saya mendapati bahawa murid-murid mengalami sedikit masalah untuk mengingati nama-nama planet . Oleh itu, disamping mereka sebuah formula untuk memudahkan mereka mengingat, saya telah mereka sebuah model galaksi yang dilengkapi dengan planet yang boleh beredar pada orbitnya untuk mengelilingi matahari .Model ini direka dengan planet yang boleh digerakkan untuk memudahkan murid melihat bagaimana pergerakan yang terdapat di dalam galaksi dan komponen-komponen di dalamnya seperti asteroid, meteor dan komet

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI

Setelah menjalankan proses pnp dengan menggunakan model ini, saya mendapati bahawa murid lebih mudah untuk mengingati nama-nama planet kerana mereka telah melihat gambar planet yang berwarna ada pada orbitnya. Hal ini adalah kerana, warna dapat mempengaruhi tahap ingatan murid dan ia adalah selari untuk memudahkan murid mengingat nama planet berdasarkan warna dan cirri unik yang ada pada setiap planet. Saya berharap agar hasil inovasi ini dapat membantu murid memahami sistem solar dan guru akan mudah untuk melaksanakan pnp dalam bilik darjah .

Anda mungkin juga menyukai