Anda di halaman 1dari 18

H B Q E 2103/AL-TAJWID

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 1. PENGENALAN : ILMU TAJWID 1.1 Definisi Ilmu Tajwid 1.2 Matlamat ilmu Tajwid 1.3 Kedudukan Ilmu Tajwid 1.4 Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid 1.5 Pembahagian Ilmu Tajwid 1.6 Kepentingan Ilmu Tajwid 2. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH 2.1 Definisi Talaqqi Musyafahah 2.2 Hukum Talaqqi Musyafahah 2.3 Kepentingan Bertalaqqi Musyafahah 2.4 Sejauh Mana Kaedah Talaqqi Musyafahah Dapat Menarik Minat Pelajar Mempelajari Al-Quran. 2.5 Tiga Jenis Kaedah Bertalaqqi () 3. LANGKAH/CARA KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR 3.1 Objektif Talaqqi Musyafahah 3.2 Langkah-langkah menjalankan Talaqqi Musyafahah dalam p&p al-Quran 3.3 Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah : 3.4 Contoh Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran (Kaedah Talaqqi Musyafahah digunakan oleh guru) 4. MASALAH PEMBELAJARAN KETIKA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH 6. RUMUSAN 17 16 15 15 14 15 13 14 2 3 4 5 6 7 8 9 9 10 11 11

BIBILIOGRAFI

18

H B Q E 2103/AL-TAJWID

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t tugasan HBQE2103 Al-TAJWID ini dapat diselesaikan dan boleh menjadi rujukan tambahan buat para pendidik yang dikasihi Allah s.w.t. sekalian.

Tugasan ini menghuraikan tentang Ilmu Tajwid dan kaedah Talaqqi Musyafahah dalam meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar. Tugasan ini terbahagi kepada lima isi penting yang terkandung dalam tugasan ini iaitu Pengenalan : Ilmu Tajwid; Kaedah Talaqqi Musyafahah; Langkah/Cara Kaedah Talaqqi Musyafahah Meningkatkan Penguasaan Bacaan Al-Quran Di Kalangan Pelajar; Masalah Pembelajaran Ketika Pengajaran & Pembelajaran Tilawah Al-Quran Menggunakan Kaedah Talaqqi Musyafahah; dan diikuti dengan Cadangan menangani masalah pembelajaran ketika tilawah al-Quran menggunakan kaedah talaqqi musyafahah. pengajaran & pembelajaran

Pengisian tugasan ini sangat bermanfaat kepada pelbagai golongan khususnya kepada tenaga pengajar Tilawah al-Quran di sekolah, maktab perguruan atau institusi pendidikan yang lain. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak penyelia tugasan dan juga kepada teman-teman seperjuangan di atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam menyiapkan tugasan Al-Tajwid ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati hasil usaha ini. Yang baik datang daripadaNya dan yang serba kekurangan adalah daripada diri ini.

Disediakan oleh : MOHD REDZUAN SAAID (670110035355001)

H B Q E 2103/AL-TAJWID

1. PENGENALAN : ILMU TAJWID

Imu tajwid merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut lafaz Al-Quran. Ia merupakan tonggak kepada rangkaian ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan Al-Quran. Ia menjadi ilmu asas dan kemahiran awal dalam proses pembelajaran Tilawah al-Quran untuk mencapai objektif ketartilan bacaan al-Quran. Salah satu tuntutan yang turut dianjurkan dalam bidang ilmu Tajwid adalah tuntutan untuk menguasai ilmu Waqaf & Ibtida. Ini bertujuan untuk memelihara makna ayat dan menjauhkannya daripada sebarang bentuk penyelewengan. Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. tentang keperluan membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memperelokkan dan menyempurnakan hak setiap huruf Al-Quran iaitu :

Oleh iti, untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbahasan ilmu Tajwid, beberapa penerangan tentang definisi, kedudukan, hukum mempelajari dan kepentingan ilmu Tajwid akan turut dipaparkan sebagai panduan dan ilmu pengetahuan kita terhadap ilmu Tajwid.

H B Q E 2103/AL-TAJWID

1.1 Definisi Ilmu Tajwid

Ilmu Tajwid dari sudut bahasa menurut al-Zabidi dalam kitabnya Taj al-Arus Min Jawahir al-Qamus, kalimah al-tajwid ( ) ialah masdar atau kata terbitan bagi kalimah jawwada ( ) yang bermaksud mencantikkan atau memperelokkan sesuatu. Sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab al-Hawasyi al-Zahariyyah Fi Halli Alfaz Al-Muqaddimah Al-Jazariah, ilmu Tajwid pada istilah ialah merujuk kepada penekanan dalam memberi hak-hak huruf daripada sifat-sifatnya yang sedia ada (lazim) dan sifat-sifatnya yang mendatang (Aridah) dan huruf-huruf ini dilafazkan secara sempurna tanpa berlebih-lebihan dan melampau-lampau. Maksud hak huruf menurut Al-Marsofi seperti yang diterangkan dalam kitabnya Hidayah al-Qari ila Tajweed Kalam al-Bari ialah sifat-sifat yang lazim seperti al-jahr, al-shiddah, al-qalqalah, al-istila dan itbaq. Manakala baginya mustahak huruf pula adalah sifat-sifat yang mendatang hanya dalam keadaan yang tertentu seperti al-tarqiq, al-tafhim, al-izhar, al-iqlab dan sebagainya. Manakala maksud ilmu Tajwid menurut kitab al-Wasit Fi Ilmi al-Tajwid yang dikarang oleh Dr Muhammad Khalid Mansur ialah satu ilmu berkaitan kaedah dan hokum yang mnerangkan cara menyebut kalimah-kalimah Quran menurut cara yang telah diturunkan kepada NabiMuahmmad s.a.w. Berikut adalah ringkasan Disiplin (Mabadi) Kemahiran Ilmu Tajwid.

H B Q E 2103/AL-TAJWID

1.2 Matlamat ilmu Tajwid

Sebagaimana yang diterangkan dalam kitab al-Muzakkirah Fi al-Tajwid (Tajwid Riwayah Hafs An Asim Tariq al-Syatibiyyah) karangan Muhammad Nabhan Hussayn Misri, matlamat/al-Ghoyah ilmu Tajwid ialah tertumpu kepada pemeliharaan lisan (lidah) daripada kesalahan membaca al-Quran bagi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Beliau juga membahagikan ilmu Tajwid kepada empat rukun iaitu :

H B Q E 2103/AL-TAJWID

1.3 Kedudukan Ilmu Tajwid

Ilmu tajwid terletak pada tahap satu ilmu dan kemahiran yang sangat mulia kedudukannya. Ini terbukti melalui peranan dan impak ilmu tajwid di mana ia berfungsi sebagai panduan kepada para pembaca dalam membaca al-Quran sebagaimana ia diturunkan. Dalam memelihara kedudukan ilmu Tajwid Ulama Qurra telah meletakkan satu indikator (kayu ukur) dalam mencapai nilai darjat al-Tartil sebagaimana dalam firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Muzammil ayat 4 iaitu :

Daripada ayat di atas terdapat beberapa pengertian untuk

kalimah Tartil telah

diungkapkan antaranya menurut Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. ia bermaksud memmperelokkan sebutan huruf dan mengenali wakaf. Manakala menurut Imam Ibnu Kathir,

H B Q E 2103/AL-TAJWID

Tartil ialah merujuk kepada kaedah pembacaan al-Quran secara perlahan sehingga para pembaca mampu memahami pengertian ayat al-Quran yang dibaca dan menghayatinya.

Menurut Ahmad Khalid Shukri et. al. seperti yang diterangkan dalam kitabnya alMunir Fi Ahkam al-Tajwid, terdapat beberapa tingkatan (maratib) Tilawah al-Quran yang memberi penekanan kepada aspek pemeliharaan ilmu Tajwid iaitu seperti berikut :

1.4 Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid

Sesungguhnya hukum mempelajari ilmu Tajwid itu terbahagi kepada dua keadaan iaitu Fadrdhu Kifayah dan Fardhu Ain.

Hukum Fardhu Kifayah ditujukan kepada tuntutan mempelajari ilmu Tajwid secara teori (Tajwid Ilmi). Sebagaimana al-Juraysi dalam kitab beliau Nihayah al-Qawl al-Mufid Fi Ilmi al-Tajwid telah menerangkan bahawa tuntutan mempelajari hukum dan kaedah ilmu Tajwid secara teori adalah Fardhu Kifayah.

H B Q E 2103/AL-TAJWID

Manakala hukum Fardhu Ain ditujukan kepada tuntutan mempelajari ilmu Tajwid secara amali. Sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari yang dikarang oleh al-Marsafi (2005) bahawa hokum syarak yang terdapat dalam ilmu tajwid adalah berkaitan dengan kewajipan secara fardhu Ain bagi setiap mukallaf untuk memelihara hukum kesucian al-Quran. Demikian seperti yang telah dinyatakan oleh al-Imam al-Hafiz bin Al-Jazari, Abu Abdullah Nasr al-Shirazi, al-Sayuti, al-Qastalani, Makki bin Abi Talib dan lain-lain lagi tentang kefardhuan secara Ain ke atas setiap individu Muslim Mukallaf. Seterusnya Imam al-Jazari turut menyebut dalam bayt syairnya al-Tayyibah :

Demikian menurut Imam al-Dani dalam kitab al-Tahdid Fi al-Itqan wa al-Tajwid menjelaskan bahawa suruhan Allah s.w.t tidak hanya datang secara kata kerja suruhan (filu Amr) bahkan ia dikuatkan dengan kata terbitan (masdar) sebagai mengagungkan bacaan Quran secara bertajwid dan menggalakkan manusia dalam mendapatkan ganjaran pahala.

1.5 Pembahagian Ilmu Tajwid

Ilmu Tajwid terbahagi kepada dua bahagian iaitu : a. Tajwid Ilmi : Mengetahui hukum yang terkandung dalam buku tajwid iaitu mendalami kaedah-kaedah dengan lebih terperinci berdasarkan tulisan-tulisan ilmuan tajwid. b. Tajwid Amali : Mempraktikkan hukum yang berkaitan dengan huruf-huruf serta boleh melafazkan kalimahnya.

H B Q E 2103/AL-TAJWID

1.6 Kepentingan Ilmu Tajwid

Menurut Imam al-Sayuti, selain daripada berbakti kepada Allah dengan memahami makna-makna dan hukum-hukumnya, umat Islam juga dikatakan berbakti sekiranya melakukan ibadah dengan membetulkan sebutan, bacaan, menyebut dengan tepat, makhraj dan sifat huruf-huruf yang diterima daripada para qura yang bersambung sanadnya dengan amat penting untuk dipelajari

Rasulullah s.a.w. Ini menunjukkan bahawa ilmu Tajwid

supaya ilmu tersebut dapat diturunkan dan disampaikan kepada generasi demi generasi.

2. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua.dan menjadi teknik khusus dalam pengajaran kemahiran al-Quran. Guru dapat memerhati dengan teliti sebutan murid dan dapat membetulkan kesalahan murid serta merta. Teknik ini lebih berkesan jika dapat dijalankan secara individu. Allah s.w.t. telah mensyariatkan kepada kita supaya membaca al-Quran dengan sifatnya yang tertentu. Baginda s.a.w. turut menekankan perkara tersebut sepertimana firman Allah s.w.t. : ) 601 :

Maksudnya : Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur. Merenung kembali peristiwa di gua Hira sewaktu al-Quran mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana diriwayatkan oleh al-Bukhari, malaikat Jibril a.s. turut mempraktikkan kaedah Talaqqi Musyafahah. Malaikat Jibril terlebih dahulu membaca dan didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w. kemudian Jibril meminta Nabi Muhammad s.a.w mengikut dan mengulang semula bacaan tersebut sebagaimana sama dengan bacaan Jibril. BBerikut adalah hadis yang menceritakan peristiwa tersebut :

: (. : )
9

H B Q E 2103/AL-TAJWID

Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata kepada Ubay : Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu Ubay berkata :

Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: Allah telah
memilih dan menamakan kamu disisiku Maka Ubay pun menangis.

2.1 Definisi Talaqqi Musyafahah Talaqqi berasal daripada masdar ilqa yang bermaksud melontar atau mencampakkan Talaqqi dari sudut bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala dari sudut istilah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka iaitu manhaj pembelajaran lafaz-lafaz al-Quran di mana seorang guru akan membacakan sepotong ayat kepada murid, lalu murid tersebut akan membacakan semula ayat tersebut dengan cara bacaan guru tadi (Abd al-Salam Muqbil al-Majidi, 2000).

Musyafahah dari sudut bahasa bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Manakala dari sudut istilah bermaksud murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya (mengikutnya). Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.

Daripada takrif di atas dapatlah difahami bahawa talaqqi musyafahah merupakan suatu proses pembelajaran al-Quran antara kedua-dua belah pihak iaitu antara guru dan murid. Ia juga memerlukan aktiviti mempelajari bacaan al-Quran dengan berguru secara lisan.

Demikianlah para sahabat r.a. turut mengambil bacaan dari Rasulullah s.a.w. dan sebagaimana Ibn Masud r.a. mengambil bacaan dari Rasulullah s.a.w. sebanyak 60 surah sebagaimana hadis berikut :

: : (. )

10

H B Q E 2103/AL-TAJWID

Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat orang iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab

2.2 Hukum Talaqqi Musyafahah

Berdasrkan kaedah asal, setiap sesuatu perkara itu hukumnya adalah harus. Namun jika dilihat dari sudut bertalaqqi al-Quran pula sebahagian ulama menyatakan hukumnya adalah wajib. Wajib yang dimaksudkan di sini ialah tidak boleh tidak, mestilah kita menggunakan kaedah talaqqi musyafahah sebagai manhaj yang utama dalam pembelajaran al-Quran. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil yang telah dibincangkan sebelum ini sama ada dari al-Quran mahu pun hadis-hadis.

2.3 Kepentingan Bertalaqqi Musyafahah Berdasarkan kajian Keperluan Beratalaqqin dan Bermusyafahah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ilmu Al-Quran : Satu Tuntutan yang dijalankan oleh Izuli Dzulkifli dan Abdul Rahman Abdul Ghani, kaedah Talaqqi Musyafahah mempunyai beberapa kepentingan tertentu iaitu :

a. Memperbaiki kelemahan sebutan. Melalui talaqqi musyafahah sebutan ayat-ayat al-Quran boleh diperbaiki. Ianya tidak dapat dicapai jika hanya sekadar mendengar dari rakaman. Sebaliknya ia mestilah melalui pembacaan secara bersemuka dengan guru. Samalah seperti Rasulullah s.a.w. yang telah memperdengarkan bacaan baginda kepada Jibril a.s. sekali setiap tahun pada bulan Ramadhan sehinggalah pada tahun kewafatan baginda baginda sempat memperdengarkan kepada Jibril sebanyak dua kali.

b. Menjadi kaedah utama yang amat sesuai dipraktikkan. Bertalaqqi menjadi satu amalan tradisi yang tidak dapat direnggangkan daripada pembelajaran al-Quran. Mempelajari ilmu Tajwid melalui buku-buku tajwid tidak mampu membantu pengajian al-Quran secara total. Kaedah ini telah terbukti dapat melahirkan pembaca al-Quran yang baik bacaannnya kerana semenjak zaman baginda s.a.w. lagi ia telah diamalkan sehinggalah ke hari ini dan sampai bila-bila kela

11

H B Q E 2103/AL-TAJWID

c. Mengukur kemampuan diri. Melalui talaqqi musyafahah individu itu nudah mengukur serta menguji sejauh mana penguasaan ilmu tajwid ataupun bacaan al-Quran yang telah kita pelajari. Dengan itu, individu itu dapat mengenalpasti sama ada dia memerlukan bimbingan lanjutan atau sekiranya sudah sampai ke tahap yang sangat baik maka dia pula boleh mengajarkan ilmu tersebut kepada individu lain.

d. Persaingan yang sihat antara individu. Pelajar yang mengikut halaqah pengajian al-Quran selalunya dihadiri oleh beberapa jumlah pelajar. Setiap pelajar akan sentiasa bersaing untuk menguasai bacaan dan hukum tajwid yang dipelajari daripada guru. Pastinya pelajar yang lemah bermotivasi untuk berusaha mencapai bacaan yang memuaskan sebagaimana sahabatnya yang lain.

e. Menguasai Waqaf dan Ibtida. Talaqqi musyafahah menyumbang kepada pengetahuan Waqaf dan Ibtida . Dengan mengetahui Waqaf dan Ibtida para pembaca al-Quran dapat memelihara makna ayatayat al-Quran yang dibaca. Pembaca yang sudah mahir tentang waqaf dan ibtida dapat menyatakan tempat yang boleh berhenti dan untuk memulakan bacaan pada sesebuah ayat.

f. Memelihara Sunnah Rasulullah s.a.w. Sepertimana yang kita maklum bahawa setiap apa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dari segi perbuatan, percakapan dan pengakuan baginda adalah sunnah iaitu sangat dituntut untuk melakukannya. Sebagai seorang muslim sudah pasti menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara sunnah lebih-lebih lagi dalam memelihara al-Quran daripada kesalahan, ralat atau terpesong bukan sahaja dari sudut isi kandungannya tetapi juga dari sudut sebutan huruf-huruf al-Quran tersebut. Sifat dan makhraj setiap huruf hendaklah sentiasa tepat dan betul. Demikianlah kepentingan talaqqi Musyafahah yang menyumbang kepada peranan memelihara sunnah Rasulullah s.a.w.

12

H B Q E 2103/AL-TAJWID

g. Menjadi teknik pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran yang terbaik. Melalui talaqqi musyafahah, guru yang mengajar akan mendapat pengalaman seperti mengetahui selok-belok dalam pengajian al-Quran dan mengetahui apa kaedah yang terbaik untuk dipraktikkan dalam pengajaran al-Quran sesi seterusnya.

2.4 Sejauh Mana Kaedah Talaqqi Musyafahah Dapat Menarik Minat Pelajar Mempelajari Al-Quran.

Kaedah talaqqi musyafahah telah terbukti mampu menarik minat pelajar dalam mempelajari al-Quran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang terbaik telah digunakan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Sehingga sekarang kaedah ini masih relevan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Berdasarkan kajian Meningkatkan Penguasaan Bacaan al-Quran di kalangan pelajar Tingkatan 1 dan 2 Sekolah Menengah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur Dengan Menggunakan Kaedah Talaqqi Musyafahah Terdapat beberapa implikasi daripada kajian tersebut iaitu melalaui kaedah talaqqi musyafahah, pihak guru berjaya memberi kefahaman kepada pelajar dan berjaya membantu pelajar-pelajar yang lemah. Pelajar-pelajar yang terlibat tersebut mula menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki kelemahan mereka. Kesannya amat ketara apabila setiap kali teknik talaqqi musyafahah ini dijalankan maka respond an tidak balas pelajar-pelajar tersebut sangat memberansangkan. Sudah tentu ini satu perkembangan yang amat baik. Justeru, di sini kejayaan yang paling bererti bagi pihak guru yang mengajar pelajar Tingkatan 1 & 2 di Sekolah Menengah Methodist tersebut ialah berjaya menarik minat pelajar dalam mempelajari al-Quran dan seterusnya dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran membaca al-Quran.

Para pelajar yang mempelajari al-Quran dengan gurunya secara talaqqi musyafahah akan dapat memerhati contoh bacaan daripada guru kemudian diikuti olehnya. Situasi sedemikian amat selesa untuk pelajar meneruskan pembelajaran mereka. Pastinya ini dapat menaikkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran. Pelajar juga seronok dapat menyebut huruf mengikut makhraj serta bacaan guru yang betul. Guru pula sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan pelajar dan membantu memulihkan bacaan pelajar. Sudah tentu minat mempelajari al-Quran semakin meningkat dalam diri pelajar.

13

H B Q E 2103/AL-TAJWID

2.5 Tiga Jenis Kaedah Bertalaqqi ()

Berikut adalah tiga kaedah utama dalam bertalaqqi musyafahah : a. Al-Sima wa al-Ard ( ,) di mana pelajar mendengar bacaan yang di baca oleh guru, kemudian murid tersebut membaca kembali bacaan yang diajarkan kepada guru tersebut. Keadah ini adalah kaedah terbaik dalam bertalaqqi al-Quran, kerana individu pelajar akan berada dihadapan guru, mendengar bacaan guru, melihat pergerakan bibir guru dan mengulang kembali bacaan guru tadi.

b. Al-ard, di mana pelajar memperdengarkan bacaannya kepada guru, guru hanya mendengar bacaan pelajar tersebut dan memperbaiki kesalahan bacaan tersebut sama ada kesalahan kecil atau besar. c. Al-Sima, di mana pelajar akan mendengar bacaan yang dibaca oleh guru. Kaedah ini sesuai telah dilakukan oleh salah seorang imam Qurra iaitu al-Kisaie ( .)Beliau melakukan kaedah ini kerana terlalu ramai bilangan pelajarnya. Kaedah ini biasa dilakukan pada zaman dahulu kerana mereka ketika itu amat fasih bacaannya berbeza dengan situasi masa kini. Oleh itu, kaedah ini tidak digalakkan penggunaannya masa kini.

3. LANGKAH/CARA KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR

Kaedah Talaqqi Musyafahah mampu meningkatkan penguasaan bacaan alQuran di kalangan pelajar dengan mengikuti langkah-langkah tertentu. Oleh itu, guru perlu menyediakan langkah-langkah secara sistematik semasa menjalankan kaedah talaqqi musyafahah dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

3.1 Objektif Talaqqi Musyafahah a. Menyebut bunyi huruf Hijaiyyah yang berbaris dengan tepat b. Membezakan panjang pendek sebutan huruf. c. Membaca dengan betul dan fasih. d. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

14

H B Q E 2103/AL-TAJWID

3.2 Langkah-langkah menjalankan Talaqqi Musyafahah dalam p&p al-Quran :

a. Murid-murid dikehendaki mendengar pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. b. Murid secara beramai-ramai membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh guru sehingga guru berpuas hati. c. Guru memperdengarkan bacaan kepada murid kemudian murid mengikuti bacaan guru secara individu. d. Guru membaca dan kemudian seorang murid mengikuti bacaan guru. e. Guru boleh menggunakan pita rakaman untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat alQuran atau sebutan-sebutan huruf kepada pelajar f. Carta ayat-ayat al-Quran atau huruf-huruf al-Quran yang diajarkan boleh ditulis pada kad manila, papan gulung dan sebagainya.

3.3 Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah : a. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat. b. Memerhatikan pergerakan mulut guru secara berdepan. c. Pelajar menyebut cara sebutan guru. d. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada pelajar.

3.4 Contoh Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran bermula daripada awal waktu p&p hingga Akhir waktu. (Kaedah Talaqqi Musyafahah digunakan oleh guru)

a. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada daripada pelajar. b. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca. c. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/bacaan guru). d. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman e. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang. f. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk pada papan tulis. g. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid mengikutinya). h. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran membaca.

15

H B Q E 2103/AL-TAJWID

i. Mempelajari sebutan huruf dengan makhraj yang betul atau mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat. j. Guru menerangkan cara bacaan bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan. k. Bagi murid pemulihan, guru mempamerkan carta ayat al-Quran yang dipelajari, kemudian guru membacanya, kemudian meminta pelajar

mengikutinnya.

4. MASALAH PEMBELAJARAN KETIKA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Terdapat beberapa masalah pembelajaran ketika pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran menggunakan kaedah Talaqqi Musyafahah iaitu bilangan murid yang terlalu ramai sedangkan masa p&p yang diperuntukkan adalah terhad. Kengkangan ini tidak memungkinkan guru melakukan kaedah Talaqqi Musyafahah sepenuhnya seterusnya

melambatkan proses pemulihan ke atas pelajar.

Seterusnya masalah kawalan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran sering berlaku. Ramai pelajar mula membuat bising, hilang tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran al-Quran. Mereka mula mersa bosan kemudian melakukan kerja-kerja lain. Ini disebabkan kaedah Talaqqi Musyafahah terlalu bersifat pembelajaran lebih berpusatkan

guru. Ini menyebabkan murid selalu menjadi pasif kerana tumpuan daripada guru kepada pelajarnya adalah tidak menyeluruh.

Seterusnya apabila guru membaca dengan bacaan yang salah, para pelajar akan menurutinya walaupun bacaan itu salah. Kaedah Talaqqi Musyafahah ini sebenarnya memerlukan tenaga pengajar yang benar-benar arif tentang pengajian al-Quran.

16

H B Q E 2103/AL-TAJWID

6. RUMUSAN

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan di sini bahawa untuk menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan cemerlang perlaksanaan kaedah secara Talaqqi Musyafahah adalah amat dianjurkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Para pendidik juga perlu memainkan peranan untuk mewujudkan pengajaran al-Quran yang berkesan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian di samping kaedah Talaqqi musyafahah tersebut. Semua usaha ini mampu menyumbang kepada pembacaan yang

terpelihara hukum-hukum Tajwidnya. Di samping itu, penguasaan terhadap Waqaf dan Ibtidak juga turut akan meningkat di kalangan pelajar atau para pembaca al-Quran. Secara tidak langsung makna al-Quran juga sentiasa terpelihara. Seterusnya penguasaan pelajar dan para pembaca al-Quran sekalian terhadap sebutan pada setiap huruf juga amat penting lebihlebih lagi dalam memelihara sifat-sifat huruf dan makhrajnya.

17

H B Q E 2103/AL-TAJWID

BIBILIOGRAFI

Abd al-Salam Muqbil al-Majidi, (2000). Talaqqi al-Nabi s.a.w Alfaz al-Quranu al-Karim, Bayrut : Muassasah al-Risalah.

Al-Bukhari, Muhammad Bin Ismail Abu Abdullah, (1987). Sahihu al-Bukkhari, Tahqiq Mustafa al-Bugha, Bayrut : Dar Ibn Kathir

Ahmad Mohd Salleh, (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedadogi dan Metodologi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ghazali Darusalam, (2001). Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Subhi Salleh (1987). Kajian Al-Quran, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

18

Anda mungkin juga menyukai