Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBIS 1103 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAIL TUTOR E-MAIL SEMESTER

: : : : : : : :

SITI ESHAH BINTI SALLEH 650121035766001 650121-03-5766 013 3774177 sitieshahsalleh@oum.edu.my USTAZAH HAMIDAH BT USMAN hamidahjusman75@yahoo.com SEPTEMBER 2012 SABAH LEARNING CENTER

PUSAT PEMBELAJARAN :

0 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

ISI KANDUNGAN Pendahuluan 1. PENGENALAN : PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 1.1 Definisi Pendekatan 1.2 Jenis-Jenis Pendekatan 1.2.1 Pendekatan Bersepadu 1.2.2 Pendekatan Induktif 1.2.3 Pendekatan Deduktif 1.2.4 Pendekatan Elektik 1.2.5 Pendekatan Pemusatan Murid 1.2.6 Pendekatan Tematik 1.2.7 Qudwah Hasanah 2. BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEND. ISLAM 2.1 Definisi Sumber Pengajaran 2.2 Rasional Penggunaan Bahan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam 2.3 Kepentingan Bahan Sumber Pengajaran 2.4 Matlamat & Faedah-Faedah Penggunaan Sumber P&P 2.5 Kategori Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran 2.6 Proses Penyediaan & Penggunaan Sumber Pengajaran 2.7 Proses Pemilihan Sumber Pengajaran 2.8 Proses Menyedia & Menggunakan Bahan Sumber Pengajaran 2.9 Prinsip Pemilihan & Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran 2.10 Proses Penilaian Sumber Pengajaran & Pembelajaran 2.11 Perbandingan Bahan Mengikut Kategori Sumber Pengajaran 3. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 3.1 Definisi Isi Pelajaran 3.2 Cara Menyusun Isi Pelajaran 3.3 Kriteria-Kriteria Pemilihan Isi Pelajaran 3.4 Prinsip Perkembangan Isi Pelajaran Dalam Semua Bidang Pend. Islam RUMUSAN BIBILIOGRAFI LAMPIRAN

M/S 2 3

3 4 4 4 5 6 6 6 6 7 7 7

8 8 10 10 11 12 13 14 14 15 15 15 16 16 19 20 21

1 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Pendahuluan

Al-Hamdulillah, dengan izin dan bantuan Allah (s.w.t.) tugasan HBIS 1103 : Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat sokongan serta bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Tugasan ini adalah membincangkan tentang pendekatan, bahan pengajaran dan prinsip-prinsip yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Tugasan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bermula dengan Pengenalan : Pendekatan

Dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam, diikuti dengan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam seterusnya Prinsip-Prinsip Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan penyelia tugasan ini yang tidak jemu-jemu membimbing dan menunjuk ajar dengan penuh kesabaran serta segala dorongan dan motivasi yang diberikan sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Semoga mereka dikurniakan rahmat dan berkat serta memperoleh ganjaran daripada Allah (s.w.t) di dunia dan di akhirat. Akhir kata, kepada Allah ( s.w.t. ) dipohonkan keredaan dan keberkatan atas segala usaha yang kerdil ini, beriring harapan semoga tugasan ini dapat menyumbang dalam dunia ilmu yang tiada sempadan. Sesungguhnya Allah Maha Luas ilmu-Nya.

Disediakan oleh : SITI ESHAH BT SALLEH

650121035766001 (Fakulti Pendidikan & Bahasa)

2 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

1. PENGENALAN : PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Tugas utama seorang Guru Pendidikan Islam itu adalah untuk memudahkan pembelajaran murid. Guru harus dapat menyediakan suasana pembelajaran murid. Guru harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmoni serta menciptakan pengajaran yang berkesan. Guru hendaklah menentukan pendekatan, memilih bahan pengajaran dan menggunakan prinsip-prinsip untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sama ada di sekolah rendah mahu pun sekolah menengah. Dalam merancang persediaan mengajar, pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlulah mempunyai urutan yang baik bagi mencapai objektif pengajaran. Pendekatan tersebut mestilah mampu memeberi sepenuh pengaruh terhadap pemerhatian, meningkatkan intelek, ingatan, emosi, minat, kecenderungan serta dapat membantu guru dalam proses menyampaikan ilmu Pendidikan Islam.

1.1 Definisi Pendekatan Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan teknik. Edward Anthony (1963) mentakrifkan pendekatan sebagai satu andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam saya menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut : Memberi ilmu - kognitif Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif Membina kemahiran dan amalan - psikomotor Memupuk dan menanam penghayatan afektif Membentuk pandangan, sikap dan akhlak afektif Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid Menyepadukan faktor dan nilai Merentas kurikulum Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai Memotivasikan murid dalam pembelajaran

3 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

1.2 Jenis-Jenis Pendekatan Terdapat beberapa pendekatan yang sering saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam iaitu Pendekatan Bersepadu; Pendekatan Induktif;

Pendekatan Deduktif; Pendekatan Elektik; Pendekatan Pemusatan Murid; Pendekatan Tematik dan Qudwah Hasanah.

1.2.1 Pendekatan Bersepadu Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu sama lain. Di bawah rancangan KBSR konsep kesepaduan diamalkan mengggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik. Pelaksanaan konsep Bersepadu dalam P&P Pendidikan Islam melibatkan beberapa unsur daripada unsur-unsur seperti penerapan nilai, perkembangan potensi, BBMK, kepelbagaian aktiviti, kecintaan terhadap ilmu, kesinambungan di peringkat rendah, gabungjalin, perentasan, mengaitkan dengan masyarakat dan kurikulum dengan kokurikulum.

1.2.2 Pendekatan Induktif Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan bahagianbahagian kecil (khusus) sampai kepada perkara-perkara besar atau umum. Contohnya : Guru akan meminta murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip. Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan hukumnya. Proses Pengajaran dan pembelajaran melalui pendakatan ini adalah seperti berikut :
Contoh-contoh khusus Memerhati, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir

Membuat generalisasi

Rajah1.2.2 : Proses Pengajaran dan pembelajaran melalui pendakatan induktif.

4 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Ciri-ciri pendekatan induktif : i. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan ii. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan iii. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu kemahiran iv. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit v. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru vi. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan vii. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

1.2.3 Pendekatan Deduktif Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya muridmurid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.
Memperkenal teori/rumus, prinsip, hukum

Pilih teori/rumus prinsip, hukum atau peraturan yang telah diketahui

Gunakan contoh-contoh berkaitan

Murid mengukuhkan pemahaman tentang konsep

Rajah1.2.3 : Proses Pengajaran dan pembelajaran melalui pendakatan induktif. Ciri-ciri pendekatan deduktif adalah seperti berikut : i. Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi ii. Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu iii. Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks iv. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal

5 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

1.2.4 Pendekatan Elektik Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatanpendekatan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar yang mempunyai ragam belajar yang berbeza.

1.2.5 Pendekatan Pemusatan Murid Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran pembelajaran. Murid aktif menyertai aktiviti pembelajaran. Komunikasi berbentuk dua hala . Guru menyoal dan murid menjawab dan sebaliknya. Suasana kepimpinan bersifat demokratik. Dalam pendekatan ini, pencapaian objektif pembelajaran murid diutamakan.

1.2.6 Pendekatan Tematik Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui idea yang besar. Contoh tema-tema seperti solat, perkara perkara yang berkaitan dengan bersuci dan lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil dalamm setiap komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut.

1.2.7 Qudwah Hasanah Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.

6 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

2. BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Terdapat beberapa penerangan tentang bahan pengajaran & pembelajaran Pendidikan Islam seperti konsep, rasional, kepentingan, matlamat & faedah-faedah sumber pengajaran, kategori bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang ada hubungkait dengan mata pelajaran Pendidikan Islam.

2.1 Definisi Sumber Pengajaran


Sumber pengajaran menurut Ikhsan dan Norila (2006), ialah bahan-bahan yang perlu digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses P&P ke arah, mencapai objektif sesuatu P&P yang ditetapkan. Bahan-bahan pengajaran ini berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran atau pun nilai sebagaimana yang disampaikan kepada kumpulan ( murid-murid.) Manakala Jamaludin et al. (2000), pula mentakrifkanbahawa sumber pengajaran adalah merujuk kepada teknologi pendidikan. Teknologi pendidikan merupakan aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur. Ini adalah bertujuan menghasilkan kecekapan dalam proses pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

2.2 Rasional Penggunaan Bahan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam

Terdapat beberapa rasional penggunaan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam iaitu pertama penggunaan bahan dapat memotivasikan pelajar, Ini terbukti sekiranya guru menggunaan pelbagai alat bantu mengajar (ABM) maka ia dapat menaikkan minat untuk belajar di kalangan murid. Selain itu, ia juga mendorong penyertaan murid dalam proses pembelajaran Ia juga meningkatkan persepsi kawalan yang mana murid-murid suka dengan apa yang mereka lakukan. Contohnya menyaksikan paparan video, terlibat dengan aktiviti permainan sambil belajar iaitu menggunakan perisian-perisian pendidikan,dan juga mengecam gambar-gambar yang menarik. Rasional seterusnya adalah menghubungkait bahan yang ada dengan kehidupan. Saya sentiasa memilih bahan-bahan yang kontekstual dan relevan supaya saya dapat membantu murid-murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mendatangkan manfaat untuk kehidupan seharian mereka.

7 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Rasional seterusnya ialah menjadi alat sokongan dan perkongsian. Dengan wujudnya suasana fizikal dan suasana psikologikal yang kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka murid dapat meneruskan pembelajarannya. Tambahan pula,murid tidak berasa bosan ekoran variasi yang wujud dalam aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan pengajaran. Rasional seterusnya ialah penggunaan bahan dapat memartabatkan profesion iaitu kualiti profesion perguruan akan lebih meningkat ekoran penggunaan ABM di dalam kelas yang mampu mencapai keberkesanan penyampaian seseorang pendidik. Akhir sekali dapat mengurangkan kos iaitu menjimatkan masa ekoran daripada penggunaan bahan yang membolehkan sesuatu maklumat boleh digunakan berulangkali contohnya maklumat di tranperansi dan penggunaan komputer dalam proses pengiraan.

2.3 Kepentingan Bahan Sumber Pengajaran Kepentingan bahan sumber pengajaran kepada murid-murid antaranya ialah menambahkan peratus ingatan murid apabila mereka menyebut, melakukan dan melihat kepada bahan tersebut berbanding kepada murid yang hanya mendengar sahaja menunjukkan peratus ingatan mereka akan menurun. Ini telah dibuktikan oleh Jamaludin et al. (2000) dalam kajiannya terhadap pola hubungan aktiviti dengan ingatan. Dapatan kajian beliau menunujukkan bahawa sekiranya pelbagai deria digunakan serentak dalam sesuatu aktiviti, ia akan meningkatkan peratus ingatan murid.

2.4 Matlamat & Faedah-Faedah Penggunaan Sumber Pengajaran & Pembelajaran Terdapat dua matlamat Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran iaitu : i. Murid dapat menguasai konsep atau kemahiran tertentu yang diajar oleh guru ii. Menggalak dan memperkukuhkan pembelajaran yang dilalui oleh murid.

Manakala faedah-faedah penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran menurut Jamaludin et. al. (2000) ialah : i. Menjadikan pendidikan lebih produktif iaitu penggunaan sumber yang sesuai dalam pendidikan boleh mempercepatkan kadar P&P dan guru akan mempunyai masa yang lebih untuk menjalankan kerja-kerja perancangan dan penyelidikan. Beban kerja guru juga akan berkurangan dan kurikulum dapat diselesaikan mengikut perancangan. Penggunaan TV pendidikan contohnya, boleh menggantikan peranan guru untuk suatu jangka masa tertentu. Guru hanya dikehendaki bertindak sebagai fasilitator.

8 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

ii. Pengajaran bersifat individual iaitu menggunakan pelbagai sumber P&P yang sesuai dan berkesan akan memberi peluang kepada guru menggunakan lebih banyak teknik-teknik pengajaran. Contohnya, penggunaan media teknologi seperti slaid dan rakaman, filem jalur, televisyen, radio, overhed projektor dan komputer multi media boleh menyakinkan guru tertentu menggunakan banyak teknik pengajaran tersendiri. iii. Pengajaran berasaskan kajian saintifik iaitu Menggunakan pelbagai sumber P&P yang sesuai dan berkesan akan memberi peluang kepada guru menggunakan lebih banyak teknikteknik pengajaran. Contohnya, penggunaan media teknologi seperti slaid dan rakaman, filem jalur, televisyen, radio, overhed projektor dan komputer multi media boleh menyakinkan guru tertentu menggunakan banyak teknik pengajaran tersendiri. iv. Pengajaran yang bersemangat dan bertenaga iaitu Penggunaan sumber juga boleh merangsang persekitaran P&P. Contohnya dengan membawa peristiwa-peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang jauh kepada murid seperti yang terdapat dalam filem-filem. Ini dapat memudahkan murid faham dan mengetahui tentang sesuatu peristiwa atau fenomena yang berlaku sekaligus akan mewujudkan suasana P&P yang bersemangat dan bertenaga dari pihak guru dan murid. v. Pengajaran yang hampir kepada keadaan sebenar iaitu penggunaan sumber juga boleh membantu mendekatkan jurang antara dunia luar dengan alam persekitaran sekolah. Sebagai contoh, pelaksanaan kurikulum sekolah akan menjadi lebih dinamik menerusi televisyen, tayangan filem dan mediamedia lain. Maklumat-maklumat yang berbentuk ilmu pengetahuan dan perkara sebenar yang dipilih dari bukubuku teks boleh disampaikan kepada mu r i d secara kumpulan dan ini akan memudahkan murid berbincang bersama rakan dan memahaminya dengan panduan daripada guru mereka. vi. Pendidikan yang lebih seimbang iaitu keadaan persekitaran sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain tidak mungkin sama. Maka melalui media teknologi sebagai sumber P&P, pelajar dari sekolah yang kurang sempurna persekitarannya akan mendapat peluang untuk melihat, mengalami dan mempelajari bahan-bahan yang ada di kawasan yang lebih maju daripada tempatnya. Justeru itu pelajar boleh melihat dan mempelajari bahan tersebut menerusi siaran langsung atau rakaman.

9 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

2.5 Kategori Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran Terdapat dua kategori bahan sumber pengajaran dan pembelajaran iaitu : i. Bahan Cetak iaitu buku-buku, terbitan berkala dan gambar foto. Contoh buku adalah seperti mashaf-mashaf, kitab-kitab tafsir, buku-buku latihan, kamus, atlas, buku-buku fiksyen, ensiklopedia, autobiografi dan sebagainya. Manakala contoh untuk terbitan berkala ialah seperti akhbar harian, mingguan dan bulanan, majalah bulanan seperti majalah Al-Islam, tahunan, dwi tahunan atau terbitan khas, risalah, jurnal, nota-nota, skrip. Seterusnya contoh bagi gambar foto ialah gambar masjid, gambar kaabah, gambar solat lelaki dan wanita. ii. Bahan Bukan Cetak iaitu bahan perkakasan, bahan perisian dan bahan tiga dimensi. Bahan perkakasan terdiri daripada bahan-bahan bukan tayang seperti papan tulis, papan magnet, papan flannel, bingkai carta pusing, imej primer, imej printer, transparency maker dan mikro computer; bahan-bahan audio (pendengaran) seperti radio, radio kaset, pita kaset dan audio card reader; bahan-bahan visual seperti overhed projecter (OHP), projektor filem slaid, projektor filem jalur, episkop dan epivisor; bahan-bahan audio visual (pendengaran dan tayangan) seperti televisyen, projector slaid dengan suara, projektor jalur filem dengan kaset, computer, CD Holy Quran, CD solat dan lain-lain lagi. Bahan Perisian terdiri daripada lembaran lutsinar (transparensi) OHP, filem jalur, filem sisipan, filem 16mm atau 8mm, kaset pita audio, kaset pita video, carta, kad-kad untuk papan flannel, kad imbasan, diket dan cakera padat Al-Quran atau surah-surah lazim. Bahan tiga dimensi terdiri daripada realia (bahan sebenar) seperti benda maujud, bahan hidup, bahan semulajadi, glob, replica, model-model, bahan-bahan permainan seperti catur dan sahibba. Replika masjid, replica kaabah boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.

2.6 Proses Penyediaan & Penggunaan Sumber Pengajaran Proses penyediaan dan penghasilan sumber hendaklah menepati matlamat dan objektif sukatan pelajaran, dasar serta hala tuju pendidikan negara secara keseluruhannya. Proses tersebut dimulai dengan proses memilih bahan, diikuti proses mengolah bahan, kemudian proses membina atau menghasilkan bahan, diikuti proses mengguna bahan seterusnya proses menilai.

10 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

2.7 Proses Pemilihan Sumber Pengajaran

Proses pemilihan sumber pengajaran melibatkan tiga langkah utama iaitu persediaan, penyampaian dan kegiatan susulan.

Persediaan terbahagi kepada tiga jenis persediaan iaitu : i. Persediaan Guru iaitu guru perlu menyediakan rancangan pelajaran kemudian menetapkan bagaimana hendak perkenalkan tajuk pengajaran menggunakan sumber tersebut,apakah aktiviti yang akan guru dan murid jalankan, apakah soalan yang perlu ditanya semasa atau selepas penggunaan sesuatu sumber, seterusnya bagaimana hendak mengaitkan sumber itu dengan pengalaman sedia ada murid supaya tercapai objektif P&P. ii. Persediaan Persekitaran iaitu menyusun alat atau bahan yang diperlukan untuk menggunakan sumber, memastikan alat yang akan digunakan berfungsi dengan baik, dan memastikan keselamatan alat yang digunakan. iii. Persediaan Kelas iaitu bahan sumber diperkenalkan terlebih dahulu kepada murid, menyatakan sebab sumber itu digunakan, menerangkan isi kandungan yang akan dipelajari, menekankan isi utama yang perlu dipelajari daripada bahan tersebut, menerangkan arahan dengan jelas kepada murid, seterusnya memberitahu murid langkah susulan pada akhir pelajaran contohnya ujian, membuat rumusan dan lain-lain lagi.

Manakala penyampaian pula melibatkan beberapa langkah iaitu menyelia murid supaya bahan sumber dugunakan dengan betul dan selamat, meminta murid mencatat isi-isi penting atau peristiwa atau perubahan yang berlaku semasa penggunaan bahan tersebut, seterusnya memastikan murid dapat meberi perhatian kepada aktiviti yang dijalankan dan bersedia membantu murid.

Seterusnya kegiatan susulan pula meminta guru membuat perbincangan, meminta murid menjawab soalan-soalan tentang sumber tadi, meninjau semula pengalaman yang dilalui murid semasa penggunaan sumber tersebut, menilai hasil kerja murid, memberi maklum balas terhadap kebolehan dan prestasi murid, membuat penilaian ke atas sumber yang digunakan, mencatat komen atau ulasan pada fail atau buku panduan. Ini bertujuan supaya guru lain yang ingin menggunakan sumber tersebut dapat mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya.

11 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

2.8 Proses Menyedia & Menggunakan Bahan Sumber Pengajaran Setiap bahan memerlukan cara penyediaan dan penggunaannya secara teliti. Berikut adalah bahan sumber pengajaran diikuti cara penyediaannya.

i. Bahan Cetak yang terdiri daripada buku, majalah dan surat khabar : a. Buku-buku iaitu buku teks, buku kerja, buku rujukan boleh digunakan dalam proses P&P. b. Majalah seperti Majalah Anak Muslim, majalah Al-Islam boleh digunakan dalam proses P&P. Banyak isu terkini boleh didapati daripada majalah ilmiah tersebut. c. Surat Khabar juga boleh digunakan sama ada baru nahu pun yang lama. Keratan akhbar juga boleh dkompilasi mengikut tajuk atau isu yang dipelajari supaya menjadi buku skrap. Contohnya Berita Harian dan Utusan Malaysia.

ii. Grafik : Murid sebenarnya lebih memberi tumpuan kepada informasi melalui deria penglihatan mereka. Ini mampu memberi ketahanan daya ingatan. Murid lebih yakin untuk mempelajari sesuatu berbanding mendengar penerangan daripada guru sahaja. Sebagai contoh poster, carta, lakaran dan kartun, peta iii. Fotogarafi : Setiap bahan fotografi hendaklah jelas dan mudah dilihat oleh murid walaupun jarak mereka agak jauh. Antara cara persembahan fotografi ialah visual bersama audio, visual bersama pernyataan dan visual bersama penerangan. iv. Transparensi : Disediakan dalam bentuk warna untuk tujuan memberi penegasan atau menarik perhatian, disediakan lebih awal lagi, boleh digunakan berulang kali, ia lebih bersih berbanding demgan papan kapur dam penyampai atau guru boleh berada di hadapan murid ata penonton dan murid boleh terlibat sama menggunakan transperansi di hadapan rakan lain. v. Bahan Audio iaitu merancang atau menyediakan objektif, kumpulan sasaran, garis panduan isi kandungan dan bantuan alat lain. Kemudian bersedia untuk rakaman meliputi skrip, muzik, kesan bunyi, penyampai dan pelakon dan peralatan rakaman. Kemudian merakam mengikut panduan teori dan praktikal rakaman yang betul, seterusnya aktiviti susulan di iaitu penyediaan panduan pengguna dan lembaran kerja berkaitan. vi. Bahan Audio Visual iaitu dengan menggabungkan dua kemahiran terdiri daripada kemahiran mendengar dan kemahiran melihat. Pada awalnya kenal pasti matlamat dan objektif pembelajaran murid, kemudian tentukan bahan audio-visual mana yang sepatutnya gunakan, hendaklah tahu cara penggunaannya supaya semua fungsi bahan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya.

12 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

vi. Teknologi Maklumat sebagai sumber pengajaran terdiri daripada bahan computer, bahan multimedia dan internet : a. Bahan Komputer iaitu perisian yang boleh didapati di pasaran atau boleh dihasilkan sendiri contohnya perisisan tutorial, perisisan latih tubi interaktif, simulasi situasi sebenar, game berunsur pendidikan dan penyelesaian masalah secara proses. Isinya pula sesuai dengan objektif P&P dan kognitif murid, mudah digunakan, grafik menarik, suara dan muzik yang sesuai serta bersifat interaktif. b. Bahan Multimedia yang baik adalah bahan yang boleh memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber untuk merangsang pengajaran guru berorietasikan murid dan murid dapat mengamalkan pelajaran dengan lebih berkesan. c. Internet iaitu dengan menyediakan tugasan dan meminta murid membuat penyelidikan lanjutan dalam topik-topik tertentu dari sumber internet. Kemudian menggunakan lamanlaman web Islamiah seperti islam.gov.my, solat.net. Sterusnya menyediakan tugasan lanjutan iaitu meminta murid menggunakan perkhidmatan yang disediakan di laman web contohnya IKIM dan JAKIM. vii. Bahan Tiga Dimensi yang terdiri daripada realia, model dan diorama : a. Realia iaitu bahan yang mudah diperolehi dan selamat diolah contohnya tumbuhtumbuhan dan haiwan. Ia boleh di bawa ke kelas atau jika ia sukar dibawa ke kelas maka murid diminta untuk bergerak keluar kelas menuju bahan tersebut. b. Model iaitu bahan gentian mewakili bahan asal contohnya model sebuah kaabah. c. Diorama iaitu reka bentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan diletakkan dalam satu sususan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi. Contohnya diorama di muzium, diorama meja pasir, diorama bilik gerakan ataupun diorama di sawah padi.

2.9 Prinsip Pemilihan & Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran Terdapat beberapa garis panduan prinsip pemilihan dan penggunaan bahan sumber pengajaran iaitu : i. Bersesuaian dengan objektif P&P iaitu sesuai dengan tajuk dan kurikulum yang ditetapklan. ii. Bersifat praktikal untuk digunakan. Ini merujuk kepada kemudahan untuk dibawa, disimpan dan dikeluarkan semula apabila diperlukan. iii. Menarik perhatian murid kepada proses P&P. Bahan tersebut hendaklah tidak membosankan membuatkan murid hilang tumpuan kepada isi pelajaran.

13 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

iv. Bahan tersebut hendaklah mempunyai ciri keberkesanan kos contohnya tahan lama, lebih murah dan mudah digunakan. v. Bahan tersebut lebih baik jika maujud, konkrit serta kontekstual tambahan pula muridmurid sekolah rendah sentiasa berfikiran konkrit. vi. Bahan tersebut besifat interaktif. Ini disebabkab penyesuaian murid kepada persekitaran menjadi faktor kepada perkembangan kognitif murid. vii. Bahan tersebut hendaklah pelbagai bagi mengelakkan rasa bosan di kalangan murid Ia juga perlu selaras dengan tajuk-tajuk yang berbeza.

2.10 Proses Penilaian Sumber Pengajaran & Pembelajaran Keberkesanan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai dari aspekaspek berikut: i. Sesuai atau tidak bahan yang digunakan dengan objektif pelajaran dan adakah ia dapat membantu usaha guru dalam menyampaikan isi pelajaran dan adakah ia sesuai dengan tahap pemahaman dan perkembangan kognitif murid. ii. Melalui pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pengajaran, adakah bahan tersebut dapat menggalakkan proses P&P di antara guru dan murid. iii. Adakah bahan tersebut merupakan sumber P&P yang mampu menarik minat dan

perhatian murid dan adakah ia dapat menerapkan nilai murni melalui interaksi pelajar dengan sumber tersebut. iv. Adakah sumber P&P tersebut mudah digunakan, mudah dibawa dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan adakah ia mudah disimpan. v. Adakah sumber P&P yang digunakan berkualiti seperti tahan lasak, tidak mudah rosak, menepati sukatan dan piawai pendidikan di samping mesejnya penggunaannya dapat diterima dengan berkesan oleh murid.

2.11 Perbandingan Bahan Mengikut Kategori Sumber Pengajaran Sumber pengajaran berasaskan manusia bersifat fleksibel, interaktif, secara langsung dan mudah akses namun ia tidak terjamin kualiti dan sukar untuk mendapatkan pakar yang berwibawa. Manakala sumber pengajaran bahan bercetak pula bersifat murah, kekal, senang dirujuk, mudah alih, dan mudah akses. Walaubagaimanapun ia tebal, berat, tidak boleh disunting, dan tidak terkini.

14 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Seterusnya sumber audio-visual iaitu bersifat murah, menarik, pelbagai pancaindera perlu dilibatkan, mudah akses dan boleh diulang. Namun, ia tidak tahan lasak, tardapat yang mahal bahannya, susah untuk disunting dan tidak terkini.

Akhir sekali, bagi sumber pengajaran berkomputer ia bersifat amat fleksibel, menarik, mudah dikemaskini, pelbagai multimedia, jaringan tidak terbatas, canggih, terkini dan mesra pengguna. Namun, ia mahal, menimbulkan tekanan, perisian terbatas, bergantung kepada bekalan elektrik, risiko mudah rosak, terdedah dengan serangan virus dan orang yang menggunakannya perlu mahir mengoperasikan computer.

3. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAm Saya juga memberi penekanan kepada kefahaman dan perlaksanaan prisip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang pendidikan Islam demi menghasilkan pembelajaran yang berkesan kepada murid. Berikut adalah beberapa penerangan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip-prinsip pengajaran & pembelajaran pendidikan Islam iaitu : 3.1 Definisi Isi Pelajaran Isi pelajaran ialah kandungan pelajaran yang terdapat di dalam sukatan pelajaran dan dihuraikan di dalam huraian sukatan pelajaran. Kedua-dua dokumen penting ini hendaklah dirujuk oleh guru-guru dengan teliti kerana ia merupakan kurikulum pelajaran yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, seimbang dari segi fizikal, mental, spritual, emosi dan keperluan negara bagi membina generasi yang berilmu, beriman daan beramal.

3.2 Cara Menyusun Isi Pelajaran Isi Pelajaran hendaklah disusun bersesuaian dengan; Objektif pelajaran Sukatan pelajaran mengikut tajuk Peruntukan masa Urutan bagi mencapai objektif Minat dan kebolehan murid Kefahaman murid Aras yang dirancang

15 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

3.3 Kriteria-Kriteria Pemilihan Isi Pelajaran

Rajah 3.3 : Kriteria Pemilihan Isi Pelajaran

3.4 Prinsip Perkembangan Isi Pelajaran Dalam Semua Bidang Pendidikan Islam Guru perlu mematuhi prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam merancang pengajaran dan pembelajaran supaya mudah difahami oleh murid serta mencapai objektif yang dirancang. Prinsip-prinsip tersebut ialah mudah kepada susah, perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui, maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan dekat kepada jauh.

16 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

3.4.1 Mudah kepada susah Mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah.

Contoh 1: Bidang Asuhan Tilawah al-Quran : Menyebut potongan kalimah dengan makhraj yang betul kepada membaca ayat dengan fasih dan bertajwid. Contoh 2: Bidang Ulum Syaryyah: Ibadah Pengenalan konsep iaitu pengertian najis, kemudian kepada perkembangan isi yang merangkumi jenis-jenis najis dan cara menyuci najis.

3.4.2 Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui Memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baharu. Ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang murid berperanan sebagai asas yang membolehkan pengatahuan yang baharu bergantung kepadanya. Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baharu diterima oleh murid, guru perlu mempastikan pengetahuan lepas murid mempunyai kaitan rapat dengan pengetahuan yang baharu. Contoh 1: Bidang Ulum Syriyyah: Ibadah. Murid telah pun tahu apakah erti wudhu atau cara berwudhu (meniru perbuatan ibu bapa mereka), seterusnya guru memperkenalkan anggota wudhu yang wajib dan sunat serta sempadan setiap anggota wudhu tersebut dan cara mengambil wudhu yang betul.

3.4.3 Maujud kepada mujarrad Menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda yang maujud. Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti yang wujud di sekitar murid. Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Contoh: Bidang Ulum Syaryyah: Akidah. Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap

17 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya. Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan dengan berkesan dan baik.

3.4.4 Dari khusus kepada umum Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi. Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum. Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran. Contoh: Bidang Ulum Syariyyah: Ibadah. Guru mengajar tentang hadas kecil atau hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dulu tentang ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar sebelum membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah diterangkan. Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui perkembangan isi.

18 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan di sini bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam itu adalah ditentukan oleh cara sesuatu kandungan itu diolah, sejauh mana penglibatan pelajar dalam proses pengajaran serta teknik pengajaran yang digunakan. Pendekatan itu hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana ia difahami dan di mana ia disimpan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, guru boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungi ciri-ciri memberi ilmu (kognitif); menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah (afektif); membina kemahiran dan amalan (psikomotor); memupuk dan menanam penghayatan (afektif); membentuk pandangan, sikap dan akhlak (afektif); mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid; menyepadukan faktor dan nilai; dan merentas kurikulum. Setelah mengenal pasti pelbagai jenis bahan yang boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran para guru terutamanya guru Pendidikan Islam perlu peka, bersedia dan bijaksana dalam membuat keputusan untuk memilih bahan atau sumber pengajaran yang paling berkesan untuk diguna dan diaplikasikan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru Pendidikan Islam khususnya, perlu bersedia dan mahir menggunakan pelbagai jenis sumber, baik yang bercetak mahupun yang tidak bercetak seperti peralatan audio-visual, komputer, multi-media dan sebagainya untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha meningkatkan proses P&P, guru Pendidikan Islam juga perlu mempunyai kemahiran untuk mengoptimumkan penggunaan sumber seperti boleh menggunakan authorware untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio kaset, pita video, perisian multi-media dan bahan. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam yang berwibawa dan mempunyai keazaman yang tinggi, diharap para guru akan berjaya menjadi seorang guru yang dapat memanfaat dan menggunakan pelbagai sumber pengajaran yang ada dan terkini ke arah memartabat dan meninggikan mutu dan kualiti Pendidikan Islam di negara ini khususnya. Manakala pemahaman terhadap prinsip-prinsip isi pelajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan lebih tersusun. Dengan ini perkembangan isi pelajaran secara berperingkat-peringkat adalah perlu diambil kira dalam memahamkan sesuatu isi pelajaran supaya dapat dikekalkan dalam ingatan dan penghayatan murid secara berterusan.

19 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

BIBILIOGRAFI

Ahmad Mohd Saleh, (1997). Pendidikan Islam, falsafah, pedagogi dan metodologi, Shah Alam,Selangor:Fajar Bakti Sdn Bhd.

Haji Abdullah Ishak, (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hassan Langgulung, (1991). Asas-Asas Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Kamal Hassan (1988), Pendidikan Dan Pembangunan Suatu Perspektif Bersepadu, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise

Zawawi Hj. Ahmad. (1984). Pendidikan Islam Kaedah Dan Teknik Pengajaran. Petaling Jaya : International Book Service.

20 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

LAMPIRAN

Pendekatan Bersepadu

Pendekatan Induktif & Deduktif

21 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Pendekatan Pemusatan Murid

Bahan bantu mengajar

22 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Bahan bantu mengajar

Bahan Bantu Mengajar

23 | H B I S 1 1 0 3 : KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Anda mungkin juga menyukai