Anda di halaman 1dari 3

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)

NAMA KURSUS TAJUK MODUL TAJUK SUB MODUL

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK MEMBUAT PENDAWAIAN SUIS SATU HALA Melukis Pelan Susun Atur
Membuat pendawaian ringkas dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan dan bahan yang sesuai supaya pendawaian tersebut mengikut piawaian ST, IEE dan MS IEC 60364

OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)

KOD RUJUKAN NAMA NO. K/P

MUKA: 1

DRP:

TAJUK : Pelan Susun Atur TUJUAN : Helaian penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada peserta-peserta mengenai senarai peralatan untuk melukis plan susun atur serta teknik-teknik untuk melukis plan susun atur pada dinding pendawaian ataupun Wiring Bay menggunakan peralatan yang telah disenaraikan. PENERANGAN : Untuk mencapai tahap kekompetenan kita mesti tahu menggunakan peralatan yang betul untuk membuat teknik-teknik melakar garisan di atas papan pendawaian.Menggunakan pita pengukur untuk melakar garisan-garisan rujukan pendawaian dengan cara yang betul adalah satu kemestian dan boleh melakukan teknik-teknik melakar garisan-garisan rujukan pendawaian dengan cara yang betul adalah satu kemahiran.Maka kita mesti memahirkan diri dalam dua perkara di atas. Senarai peralatan/bahan Di bawah ini disenaraikan peralatan serta bahan untuk kerja-kerja atau aktiviti melakar garisan-garisan rujukan atau melukis pelan susun atur pada dinding pendawaian ( wiring bay ). Bahan/peralatan Pita pengukur Kapur warna Tetimbang air (Spirit level ) Pembaris panjang Papan pendawaian Kuantiti 1 unit 1 batang 1 unit 1unit 1 unit

KOD RUJUKAN

MUKA: 2

DRP:

Di bawah adalah gambar menunjukkan peralatan/bahan untuk melukis pelan susun atur pada dinding pendawaian.

gambar

gambar

Pita pengukur

Kapur warna

Tetimbang air (Spirit level )

gambar

gambar

Pembaris panjang

Papan pendawaian (wiring bay )

Pensil tukang

Pengenalan wiring bay Wiring bay adalah satu tempat untuk peserta-peserta membuat latihan pendawaian.Ianya diperbuat daripada kayu(papan) ataupun playwood.Ukurannya adalah standard iaitu 5 kaki lebar kiri,5 kaki lebar kiri, 5 kaki lebar tengah,5 kaki lebar aras bay dan 6 kaki tinggi.(5x5x5x5x6)
5 kaki

Aras bay Aras bay

Sisi bay

Tengah Tengah bay bay

Sisi bay

6 kaki

Wiring bay

Gambarajah penuh posisi wiring bay

KOD RUJUKAN Teknik-teknik melukis pelan susun atur

MUKA:

DRP:

Untuk melakar garisan-garisan rujukan pendawaian dengan betul kita mesti mengetahui maksud garisan yang di buat pada dinding pendawaian.Contohnya seperti gambarajah di bawah.

1 Garisan rujukan Tanda permulaan 7 Tanda akhir Spirit level 5 Y Spirit level Garisan rujukan 4 Garisan panduan

Papan pendawaian
X 6

Garisan mendatar

Y 3

Langkah-langkah kerja yang perlu dilakukan ialah seperti berikut : 1. Tandakan titik permulaan 1 berhampiran dengan hujung papan pendawaian. 2. Ukur hingga poin no.2,tandakan. 3. Ukur hingga poin no.3,tandakan. 4. Ukur hingga poin no.4,tandakan. 5. Ukur hingga poin no.1,tandakan. 6. Ukur hingga poin no.5 dan 6,tandakan garis tengah x. 7. Ukur hingga poin no.7 dan 8 tandakan garis tengah Y. 8. Buat garisan petak mengikut ukuran iaitu 10 mm jarak antara satu petak. 9. Garisan-garisan pelan susun atur yang lengkap akan kita perolehi setelah langkahlangkah kerja di atas kita ikuti.

RUJUKAN : MOHAMED NAZI BIN MUSTAFA & ABD.GHANI BIN IHWAN ( 2003 ) . Kurikulum bersepadu Sekolah Menengah,modul pembelajaran vokasional PENDAWAIAN DOMESTIK Tingkatan 4. Edusystem Sdn.Bhd. No.2,Tingkat 2,Jalan 2/12, Bandar Baru Selayang, 68100 Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-61379220, Fax : 03-61388092. e-mail : sanusi_edu@hotmail.com.

Anda mungkin juga menyukai