Anda di halaman 1dari 3

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)

NAMA KURSUS TAJUK MODUL TAJUK SUB MODUL

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK MEMBUAT PENDAWAIAN SUIS SATU HALA Mendawai Satu Suis Satu Hala Mengawal Dua Mata Lampu Secara Selari
Membuat pendawaian satu suis satu hala mengawal satu mata lampu dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan dan bahan-bahan yang sesuai supaya pendawaian tersebut berfungsi dan mengikut piawaian ST, IEE dan MS IEC 60364.

OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)

KOD RUJUKAN NAMA NO. K/P

MUKA:

DRP:

TAJUK : Sambungan Dan Tamatan Kabel TUJUAN : Helaian penerangan ini menerangkan definisi sambungan kabel, jenis-jenis sambungan dan tamatan kabel yang dibenarkan bagi menentukan sambungan adalah selamat untuk membawa arus elektrik.

PENERANGAN : Definasi Sambungan dan tamatan kabel adalah satu kaedah yang dibenarkan untuk mendapat sambungan yang kukuh dan selamat untuk mengalirkan arus elektrik didalam litar. Jenis-jenis sambungan kabel Semua sambungan kabel/pengalir mestilah dibuat dengan sempurna dari segi elektrikal dan mekanikal. Sambungan pada kabel mestilah mudah untuk pemeriksaan kecuali jika tertanam bawah tanah. Dua kaedah asas membuat penyambungan pada kabel ialah :1. Sambungan mekanikal 2. Sambungan Pateri

KOD RUJUKAN

MUKA: 2

DRP:

1. Sambungan mekanikal. Dibuat dengan menggunakan terminal-terminal penyambung seperti penyambung tembikar dan penyambung yang mempunyai penebat plastik. Penyambungpenyambung ini mestilah boleh menyambung pengalir dengan kemas. Penyambungpenyambung ini ada terdapat di pasaran. 2. Sambungan pateri. Sambungan jenis ini dibuat pada pengalir dan di pintalkan, kemudian dipateri bahagian yang berpintal. Pateri yang digunakan pada pengalir tembaga adalah daripada pateri yang lembut (tinmas) iaitu aloi timah dan plumbum dalam nisbah yang sama. Suhu lebur nya ialah kira-kira 200 C. 2.1 Untuk kabel-kabel yang kecil guna besi pateri 1.2. Untuk kabel kabel yang besar Guna periuk logam dan senduk.

Jenis-jenis sambungan . Sambungan kabel ini terdiri dari jenis :1. Sambungan Kahwin 2. Sambungan Tee

KOD RUJUKAN

MUKA: 3

DRP: 3

SAMBUNGAN KAHWIN Sambungan jenis ini dibuat pada kabel berlembar. Sekiranya dibuat dengan sempurna, sambungan ini merupakan satu sambungan yang amat kuat. Tiap-tiap hujung kabel dibuang penebat dan lembar kabel diasingkan seperti gambarajah. Kemudian lembar-lembar pengalir itu dirapatkan secara berselang seli dan dililit dengan arah yang bertentangan .Apabila siap sambungan dipaterikan

SAMBUNGAN TEE. Sambungan tee ini adalah untuk sambungan pada kabel berlembar. Sambungan ini dibuat untuk menyambung satu kabel pada satu kabel lurus. Kabel lurus cuma dibuang penebat, manakala kabel yang hendak disambung dibuang penebat kirakira 75mm.Kabel yang hendak disambung diletakkan di tengah-tengah kabel lurus dengan 3 lembar pengalir diletakkan di tiap tiap sebelah kabel lurus itu. 1 lembar yang lebih dililit sebanyak 2/3 lilitan supaya lembar pengalir yang lain tidak terbuka. Kemudian sambungan ini dipaterikan

RUJUKAN : Haji Yahya Emat(2008). Teknologi Pemasangan Elektrik. Petaling Jya : Ibs Buku.