Anda di halaman 1dari 18

Topik

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menyatakan konsep strategi dalam pengajaran; Menerangkan tentang konsep pendekatan dalam pengajaran; Menjelaskan tentang konsep kaedah dalam pengajaran; Menghuraikan tentang konsep teknik dalam pengajaran; Mengenal pasti inspirasi pembelajaran; dan perkembangan isi pelajaran dan

Membincangkan aspek-aspek yang diberi penekanan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

X PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Islam. Penjelasan tentang prinsip perkembangan isi pelajaran dan pembelajaran dari mudah kepada sukar, dari dekat kepada jauh, dari yang diketahui kepada yang

X TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

belum diketahui, dari maujud kepada mujarrad dan dari khusus kepada umum. Di samping itu, perbincangan mengenai aspek-aspek yang diberi penekanan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam juga menjadi fokus dalam bahagian ini. Jadual 1.1 menyatakan perbezaan antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik.
Jadual 1.1: Perbezaan antara Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Konsep dalam Pengajaran Strategi x x x Pendekatan x x x x Kaedah x x x x Teknik x x x x Perbezaan Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Lebih mengambil kira objektif jangka panjang. Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya. Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan. Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu. Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan. Mendokong sesuatu teori. Siri tindakan guru yang sistematik. Lebih bercorak jangka pendek. Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih. Mendokong pendekatan dipilih. Merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan. Pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah. Digunakan dalam langkah pengajaran. Perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih.

TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

1.1

KONSEP STRATEGI DALAM PENGAJARAN

Menurut Kementerian Pelajaran (1983), strategi pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponenkomponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran serta kesenian dan rekreasi. Strategi diambil dari perkataan Inggeris strategy. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar memberi makna kepandaian merancang dan mengarahkan gerakan perang; pelan; polisi. Di dalam konteks pendidikan, bolehlah kita takrifkan sebagai:

Kebijaksanaan guru merancang, memilih dan melaksanakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang akan digunakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.

Berdasarkan takrifan di atas, bolehlah kita fahami bahawa strategi pengajaran ialah kepandaian guru membuat perancangan dan pelaksanaannya terhadap semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, aktiviti, bahan dan masa yang digunakan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cuba jaya. Ia merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperolehi hasil pembelajaran maksimum. Aspek-aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objektif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya peribadi pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah. Rajah 1.1 menyatakan antara contoh strategi-strategi pengajaran.

X TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Rajah 1.1: Contoh-contoh strategi pengajaran

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah pendekatan yang dilaksanakan ini merupakan strategi pengajaran. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting jika kita mengajar pelajarpelajar yang mempunyai kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan pelajar-pelajar yang lemah, sederhana serta yang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai pelbagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting adalah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada kaedah yang terbaik. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedahkaedah lain. Dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, aktiviti, bahan dan masa yang digunakan, prinsip-prinsip berikut perlulah kita ikuti, Rujuk Jadual 1.2.

TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Jadual 1.2: Prinsip-prinsip dalam Merancang Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip-prinsip Dari mudah kepada susah Penerangan Mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. Menjelaskan sesuatu yang mujarad dengan berfokus kepada benda yang maujud. Memanipulasi pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru. Memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi. Memberi beberapa generalisasi. contoh untuk dibuat

Dari maujud kepada mujarad Dari perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui Dari dekat kepada jauh

Dari spesifik kepada umum

Antara strategi yang kita rancang perlulah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bersifat fleksibel kebolehan. Berpusatkan murid. Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah. Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan. Penekanan kepada strategi yang menjadikan pengajaran bermakna, kreatif dan inovatif. mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras

AKTIVITI 1.1
Untuk menjadi guru yang baik, kita hendaklah sentiasa menggunakan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik? Bincangkan.

X TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

1.2

KONSEP PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN

Pendekatan dalam Bahasa Inggeris ialah approach bermakna mendekati atau menghampiri. Dalam pendidikan ianya merujuk kepada cara bagaimana pengajaran dilaksanakan. Ia juga merujuk kepada cara guru menghampiri isi pelajaran supaya objektif jangka panjang dapat dicapai. Ia adalah satu rangka yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan teknik. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu atau lebih isi pelajaran dan kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi lebih perhatian. Oleh itu, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan kebiasaannya mencerminkan satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Misalnya dalam teori pembelajaran yang diasaskan oleh Gestalt, beliau menyatakan bahawa kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen tersebut sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini bermakna sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji pula bahagian-bahagiannya (Ahmad Mohd Salleh, 2004). Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan itu diolah, sejauh mana penglibatan pelajar dalam proses pengajaran serta teknik pengajaran yang digunakan. Pendekatan itu hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana ia difahami dan di mana ia disimpan? Sebagai contoh, ketika mengajar satu-satu pelajaran, guru hendaklah membina satu pendekatan supaya senang diterima oleh murid di mana pendekatan itu ialah pendekatan tentang isi pelajaran. Dari sini murid-murid akan senang memahami sesuatu isi pelajaran. Menurut Edward Anthony (1963), pendekatan merupakan satu andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik (dalam Ahmad Mohd Salleh, 2004).

TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Oleh itu, pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. Misalnya, daripada konkrit kepada abstrak, daripada mudah kepada kompleks, daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagian tertentu, daripada umum kepada spesifik, daripada spesifik kepada umum, daripada dekat kepada jauh, daripada majhul kepada maklum dan sebagainya. Apabila kita menggunakan cara-cara melaksanakan model, prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran maka ia boleh dijadikan suatu pendekatan dalam pelajaran berkenaan. Sebagai kesimpulan pendekatan dalam bidang pendidikan adalah merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan di dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, guru boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungi ciri-ciri berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Memberi ilmu kognitif;

Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah afektif; Membina kemahiran dan amalan psikomotor; afektif; Memupuk dan menanam penghayatan afektif; Membentuk pandangan, sikap dan akhlak

Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid; Menyepadukan faktor dan nilai; Merentas kurikulum; Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai; dan Memotivasikan murid dalam pembelajaran.

Rajah 1.2 menyatakan beberapa contoh pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

X TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Rajah 1.2: Pendekatan dalam P&P Pendidikan Islam

1.3

KONSEP KAEDAH DALAM PENGAJARAN

Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik. Ia lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau sokratik dan lain-lain lagi. Guru perlu merancang dengan baik apakah kaedah yang hendak digunakan bagi satu-satu pengajaran. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kaedah? Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi melaksanakan sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur, kemas dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan ada kesinambungan yang perlu diikuti bagi mencapai sesuatu objektif spesifik sesuatu pelajaran.

TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Mengikut Mohd. Athiyah al-Ibrasyi dalam buku Ruh Attarbiah Wattalim:

Kaedah sebagai jalan yang kita ikuti untuk memudahkan kefahaman kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah perancangan yang disusun sebelum memasuki kelas dan dilaksanakan dalam kelas.

Antara kaedah-kaedah yang sering pembelajaran Pendidikan Islam ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) Talaqqi Musyafahah; Halaqah/Kumpulan; Tasmik; Iqrak; Soal Jawab; Tunjukcara/demontrasi; Simulasi; Syarahan/kuliah; Projek; Bermain; Bercerita; dan Perbincangan.

digunakan

dalam

pengajaran

dan

Guru perlulah membuat pemilihan kaedah yang sesuai supaya pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan dan menyeronokkan. Justeru itu kaedah yang digunakan perlulah: (a) (b) (c) (d) (e) Sesuai dengan murid; Guru benar-benar faham kaedah yang akan digunakan; Pastikan kaedah itu membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran; Dapat merangsangkan murid berfikir dan interaktif; dan Memandu murid untuk mencapai kejayaan.

10

X TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah yang baik dan menarik perlu digunakan oleh guru, supaya dapat: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Membina nilai dan sikap yang baik dalam diri murid-murid. Membina sikap sayang terhadap kerja dan sentiasa berusaha melakukan dengan cekap, jujur dan sempurna. Mengubah kebiasaan pembelajaran. Memberi peluang murid praktik pengetahuan yang dipelajari dalam bilik darjah. Melatih murid-murid menggunakan teknik memperolehi pengetahuan melalui usaha sendiri. Mengembangkan lisan/tulisan. kebolehan berfikir dan belajar sendiri dan

menyampaikan

melalui

Meluaskan minat dan kreativiti murid.

AKTIVITI 1.2
Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan kaedah yang baik dan menarik dalam pengajaran? Bincangkan.

1.4

KONSEP TEKNIK DALAM PENGAJARAN

Teknik ialah kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar benar-benar berlaku di dalam bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat, strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Teknik merujuk kepada bagaimana guru menyampaikan kaedah. Ia merupakan unit-unit kecil yang merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru dalam sesuatu pengajaran. Teknik juga ialah cara kita sebagai guru menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam kaedah bercerita, guru

TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

11

boleh mempelbagaikan tekniknya untuk menjadikan cerita itu menarik, bermakna dan menyeronokkan. Kita boleh menyuruh murid mengambil bahagian dalam bercerita. Kita juga boleh menggunakan teknik menyoal semasa bercerita untuk menguji kefahaman mereka. Kita juga perlu tahu, jika kaedah digunakan boleh berubah peranannya kepada teknik. Contohnya kaedah bercerita kalau kita gunakan di peringkat pengajaran, adalah bertujuan untuk menarik perhatian murid, selepas bercerita baru guru menyampaikan isi pelajaran sebenar maka cerita itu menjadi teknik. Amnya, teknik boleh disimpulkan sebagai kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan aspek bagaimana guru menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menjalankan langkah-langkah pengajaran yang sewajarnya. Jenis-jenis teknik yang biasa digunakan dalam pengajaran Pendidikan Islam: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Bersoal jawab; Menghafal; Latihtubi; Bersyarah; Bercerita; Tunjukcara; dan Simulasi.

12

X TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

1.5

BERINSPIRASI PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berikut adalah faktor-faktor yang berinspirasikan perkembangan isi pelajaran dan pembelajaran. (a) Isi Pelajaran Isi pelajaran ialah kandungan isi pelajaran yang telah pun ada di dalam sukatan pelajaran, kemudian dihuraikan dalam huraian sukatan pelajaran. Guru-guru hendaklah merujuk dengan teliti terhadap keduadua dokumen penting ini, kerana ia adalah merupakan kurikulum pelajaran yang telah pun digubal oleh Kementerian Pelajaran. Ia berteraskan falsafah pendidikan negara yang seimbang dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi dan keperluan negara di dalam membina generasi akan datang yang berilmu, beriman dan beramal. Selain daripada kurikulum dan huraian kurikulum, isi kandungan pelajaran juga diperjelaskan lagi oleh buku panduan guru dengan tujuan guru dapat menyampaikan pelajaran bertepatan dengan kehendak kurikulum, penghadaman isi pelajaran diteruskan dengan lebih mantap lagi melalui buku teks, seterusnya buku kerja. Guru adalah dipertanggungjawabkan melaksanakan amanah ini. (b) Menyusun Isi Pelajaran Isi pelajaran hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai dalam sesuatu pengajaran. Isi yang tidak sesuai dengan objektif menyebabkan objektif pelajaran yang telah ditentukan tidak dapat dicapai dengan baik sekaligus menggagalkan pembelajaran. Isi pelajaran hendaklah sesuai dengan sukatan pelajaran yang berasaskan kepada tajuk pelajaran yang sebenar. Oleh itu guru hendaklah memastikan isi pengajarannya bersesuaian dengan tajuk. Isi pelajaran hendaklah disesuaikan dengan peruntukan masa yang sebenarnya. Isi pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru terpaksa menyampaikan pengajarannya dengan cepat. Ini menyebabkan murid tidak dapat mengikuti pengajaran dengan baik dan menjejaskan kefahaman mereka. Begitu juga sekiranya isi pengajaran terlalu sedikit menyebabkan guru dapat menghabiskan pengajarannya lebih awal dari masa yang ditetapkan. Ini memberi ruang kepada murid-murid melakukan aktiviti mengikut kehendak dan selera masing-masing. Kedua-dua keadaan ini akan menyebabkan proses pembelajaran tidak berhasil sepenuhnya. Ini merugikan guru dan juga murid.

TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

13

Pemeringkatan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan bagi mencapai objektif pembelajaran dengan kadar yang maksimum. Oleh itu, guru hendaklah memeringkatkan isi pelajaran mengikut urutan objektif yang ditentukan dalam setiap pengajarannya. Untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dengan berkesan, isi pelajaran hendaklah dipilih berdasarkan minat dan kebolehan murid. Dengan perkataan lain, isi pelajaran yang disampaikan hendaklah mudah difahami, iaitu arasnya tidak terlalu tinggi atau terlalu sukar. Walau bagaimanapun, murid akan merasa bosan sekiranya isi pelajaran terlalu mudah dan tidak menarik atau mencabar. Harus di ambil perhatian bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran hanya boleh di laksanakan dengan berkesan apabila isi pelajaran diperingkatkan mengikut satu susunan yang sesuai. Dengan adanya isi pelajaran yang terancang murid dapat mengikuti pelajaran mereka langkah demi langkah sehingga mencapai objektif pelajaran dengan sepenuhnya. (c) Kriteria dalam Pemilihan Isi Pelajaran Berikut adalah antara kriteria dalam pemilihan isi pelajaran: (i) (ii) Dipilih berdasarkan objektif yang ditentukan. Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.

(iii) Sesuai dengan tahap pencapaian murid. (iv) Bersifat mencabar. (v) Mengandungi unsur bersepadu.

(vi) Hendaklah memberi peluang kepada murid melibatkan diri. (vii) Memberi kesempatan murid menggunakan pengalaman mereka. (viii) Mengambil kira semua kemahiran yang berkaitan. (ix) (x) Daripada bahan yang pelbagai. Berdasarkan fakta yang sahih dan mempunyai rujukan.

Di dalam merancang pengajaran, guru hendaklah mematuhi prinsipprinsip perkembangan isi pelajaran supaya ia mudah di fahami oleh murid, prinsip-prinsip tersebut ialah: (i) (ii) Dari mudah kepada sukar/dari dekat kepada jauh; Dari yang diketahui kepada yang belum diketahui; dan

(iii) Dari maujud kepada mujarrad.

14

X TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

(d)

Prinsip dari Mudah Kepada Susah Isi atau kandungan yang akan disampaikan kepada murid-murid perlu ditingkatkan supaya yang mudah didedahkan kepada pelajarpelajar sebelum yang susah diperkenalkan. Sebagai contoh guru yang mengajar tulisan jawi hendaklah terlebih dahulu memperkenalkan huruf hijaiah itu dari satu huruf kepada satu huruf, kemudian baharulah kepada satu suku kata kemudian dua suku kata dan seterusnya. Pemeringkatan seperti ini bertujuan supaya murid dapat mengikutinya secara beransur-ansur dan murid yang lemah akan dapat dikesan dan dibantu pembelajarannya. Guru hendaklah sentiasa mengamalkan prinsip ini dalam semua pengajarannya supaya isi yang disampaikan berkesan dan mencapai objektifnya. Prinsip dari Dekat kepada Jauh Di dalam penyampaian isi pelajaran, prinsip yang juga tidak kurang pentingnya ialah prinsip perkembangan isi pelajaran dari dekat kepada jauh. Sebahagian pelajar di dalam bilik darjah memang sudah mempunyai pengetahuan yang sedia ada dan ada yang melebihi dari rakan-rakan mereka yang lain. Contohnya dalam bidang Ulum Syariah ada pelajar yang telah pun mengalami amalan pengetahuan itu sendiri seperti solat lima waktu sehari semalam. Ini mungkin kerana ada pelajar yang telah mempelajarinya daripada ibu bapa mereka, tetapi tidak dinafikan juga ada pelajar yang tak pernah sembahyang. Penyampaian tajuk solat hendaklah dilakukan dari yang dekat kepada jauh seperti bermula dari memperkenalkan waktu solat fardu dan rakaatnya, niat dan cara mendirikan solat. Berdasarkan prinsip ini guru dapat menyusun langkah dan aktiviti yang sesuai serta kaedah dan teknik yang berkesan untuk memudahkan mencapai objektif pelajaran. Di dalam bilik darjah, semasa pengajaran menggunakan prinsip ini guru dapat mengesan kemampuan murid untuk memahami pelajaran ini dengan membuat penilaian lisan yang berterusan seperti soal jawab di samping penglibatan murid secara maksimum terutama dalam amali solat. Prinsip ini hendaklah diamalkan dalam pengajaran Ulum Syariah yang lain juga.

(e)

(f)

Kebaikan Mengaplikasikan Dua Prinsip di Atas Berikut adalah antara kebaikan mengaplikasikan dua prinsip di atas: (i) (ii) Menjamin pencapaian objektif. Tidak membosankan pelajar.

(iii) Mengawal disiplin pelajar.

TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

15

(iv) Situasi pembelajaran yang unggul dapat diwujudkan. (v) (g) Menimbulkan perasaan berjaya di kalangan pelajar.

Prinsip dari yang Diketahui Kepada yang Belum Diketahui Di dalam merancang isi pelajaran penyampaiannya juga hendaklah dirancang dengan mengamalkan prinsip dari yang diketahui kepada yang belum diketahui. Guru mengaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama murid. Contohnya dalam pelajaran Ulum Syariah bagi mata pelajaran fekah, murid telah pun tahu mengenai apakah erti wuduk atau mengambil air sembahyang. Sebahagian murid telah pun mengalami cara-cara mengambil wuduk dengan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Prinsip ini memberi penekanan kepada amalan yang teratur di mana bermula dari pengalaman yang ada pada murid dan ianya dikembangkan kepada yang belum diketahui seperti guru memperkenalkan anggota wuduk yang wajib dan sunat, sempadan setiap anggota wuduk tersebut dan cara mengambil wuduk yang betul. Pengajaran berdasarkan prinsip ini akan berjaya mencapai objektifnya apabila guru menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dan penglibatan pelajar di dalam amali wuduk tersebut. Benda wujud (maujud) kepada abstrak (mujarad) Prinsip dari maujud kepada mujarad ialah dari sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang, dilihat dan dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti-bukti yang wujud di sekitar murid. Di dalam perancangan pengajaran, isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan kepada pengetahuan sedia ada murid, umpamanya dalam pelajaran tauhid, guru mengajar tentang Allah s.w.t. itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah mereka tahu bahawa setiap benda yang ada pada mereka ada pembuatnya, mereka tahu kerusi yang mereka duduk ada tukangnya, meja yang mereka gunakan ada pembuatnya, kereta yang mereka naiki ada kilang pengeluar dan pembuatnya malah baju yang mereka pakai ada tukang jahitnya, semuanya itu tidak terjadi dengan sendiri, begitu juga dengan alam ini seperti langit, bumi, sungai, lautan dan semua yang mereka nampak, pegang dan rasa penciptanya ialah Allah s.w.t. Alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Jika kita kagum dengan rekaan kereta yang canggih, rekaan alat-alat teknologi yang hebat tentulah pembuat dan perekanya hebat, tetapi Allah lebih hebat lagi kerana Allah telah mencipta manusia dan alam ini dijadikan untuk kediaman manusia. Maka, dengan menjalankan prinsip dari yang wujud kepada mujarad atau abstrak maka pengajaran dapat

(h)

16

X TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

berjalan dengan berkesan dan objektif dapat dicapai seperti yang dirancangkan (i) Prinsip dari Khusus Kepada Umum Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah disusun dari sesuatu yang khusus kepada sesuatu yang umum. Di dalam pengajaran guru, pendekatan induktif dengan prinsip khusus kepada umum adalah berbeza, kerana prinsip ini lebih menekankan kepada perkembangan isi pelajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam prinsip ini guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran tersebut. Sekiranya guru itu mengajar tentang hadas kecil dan hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dahulu ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar tersebut sebelum membuat satu pengertian yang umum tentang ciri-ciri yang telah diterangkan. Guru perlu terlebih dahulu memberikan ciri-ciri hadas kecil ialah seperti kencing, najis binatang, buang air besar, darah dan sebagainya, kemudian baru guru memberi penjelasan. Prinsip ini akan lebih merangsang murid untuk mengetahui perkembangan isi tersebut sehingga guru memastikan bahawa segala kaedah dan strategi pengajaran yang dijalankan bertepatan dan akhirnya objektif yang ditetapkan tercapai.

1.6

ASPEK-ASPEK YANG DIBERI PENEKANAN DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah (KSSR) digubal berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam dengan memberi tumpuan untuk melahirkan insan yang seimbang, berilmu, beramal, beriman dan berakhlak mulia, berketrampilan dan beramal soleh sebagai khalifah Allah yang bertaqwa berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Untuk memastikan matlamat di atas tercapai, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah memberikan penekanan dalam aspek-aspek berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Menentukan aspek asas fardhu ain dikuasai semula oleh murid. Penggabungjalinan bidang-bidang dalam Pendidikan Islam. Penyepaduan dan perentasan dengan pelajaran-pelajaran lain yang sesuai. Penerapan nilai-nilai murni. Menggunakan bahasa yang betul.

TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

17

(f) (g) (h) (i) (j) (k) (l)

Mengembangkan semua potensi menyeluruh dan bersepadu.

murid

(JERI)

secara

terbimbing,

Menghubungkaitkan apa yang dipelajari di bilik darjah dengan di luar (masyarakat). Menghubungkaitkan aspek kurikulum dengan ko kurikulum. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Memupuk semangat kecintaan terhadap ilmu dan sekolah. Menggunakan alat bantu mengajar serta membuat rujukan yang sesuai dengan apa yang hendak diajar. Menilai secara berterusan dan menjalankan tindak susulan secara terancang.

AKTIVITI 1.3
Jelaskan maksud: Menghubungkaitkan apa yang dipelajari di bilik darjah dengan di luar (masyarakat).

Topik ini membincangkan konsep-konsep dan contoh-contoh strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Topik ini juga membincangkan perkembangan isi pelajaran dan pembelajaran serta aspek-aspek yang perlu diberi penekanan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam KSSR. Guru hendaklah sentiasa mempraktikkan dalam pengajarannya prinsipprinsip perkembangan isi pelajaran, prinsip dari mudah kepada sukar, dari dekat kepada jauh, dari yang diketahui kepada yang belum diketahui, dari maujud kepada mujarad dan dari khusus kepada umum.

18

X TOPIK 1 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah Maujud Mujarad Pendekatan

Qudwah Hasanah Strategi Teknik

Anda mungkin juga menyukai