Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai games, group provokasi/gossip dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka. 2. Obses/ketagihan. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web. 3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang. 4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial.