Anda di halaman 1dari 21

SUMBANG MAHRAM : Pengertian sumbang mahram atau Inses ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang

ada pertalian darah / nasab (keturunan) dengan mangsa. Sumbang mahram ini juga dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam dan agama.

Sebagai contoh hubungan jenis antara remaja dengan ibu bapa mereka, adik-beradik, ibu bapa saudara, datuk dan sebagainya. Dari perspektif Agama Islam golongan tidak bertanggungjawab yang melakukan inses ini dilaknati Allah dan tidak diberkati di dunia dan akhirat. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut tentang punca- punca dan kaedah menangani tingkah laku sumbang mahram. Perbincangan di dalam kertas kerja ini diharap dapat membuka mata masyarakat tentang impak besar yang akan terjadi sekiranya kejadian inses atau sumbang mahram ini dipandang ringan.

PENGENALAN: Sumbang mahram telah dikenal pasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial Hubungan sumbang muhram diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yang secara biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat), atau bahkan merbahaya (membawa maut). Fenomena ini juga umum dalam dunia haiwan dan tumbuhan sebagai pembiakbakaan dalam. Ini boleh terjadi akibat pengumpulan homozigot atau gen-gen pembawa 'sifat lemah' daripada kedua-dua induk pada satu individu (anak). Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 23 : Maksudnya : Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu , dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anakanak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu ) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka ), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua-beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), Kecuali yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah

adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani. Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan- kebudayaan yang berbeza mempunyai tanggapan tanggapan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan dengan "kegiatan seks" serta "ahli keluarga yang rapat". Sesetengah kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran, sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan serta pengambilan anak angkat. Ada juga kebudayaan yang melarang sebarang hubungan seks antara mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang sama, manakala ada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumah tangga yang berkait. Sumbang mahram antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam kebanyakan bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat persetujuan, walaupun sekali lagi apa yang dimaksud dengan istilah "rapat" berbeza-beza. Bagaimanapun, oleh sebab sumbang mahram merupakan suatu perbuatan perseorangan yang dilakukan secara sulit, undang-undang sumbang mahram merupakan sebuah undang-undang yang sukar dikuatkuasakan. Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan jenayah sumbang mahram, dengan sebilangan negara seperti Australia menganggap sumbang mahram sebagai satu kesalahan berat yang boleh didakwa, manakala negara-negara lain menganggapnya sebagai suatu jenayah kecil dengan hukuman yang jauh lebih ringan. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi terhadap gejala sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Sumbang muhrim, juga dikenali sebagai sumbang mahram atau inses, ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Perbuatan ini merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanakkanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram. Menurut perspektif Malaysia pula, kejadian sumbang mahram adalah satu jenayah yang boleh dihukum. Mangsa sumbang mahram harus memaklumkan kepada orang dewasa yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Namun, jika mangsa tidak mendapat sokongan, maka bantuan perlu diperoleh daripada pihak lain seperti berjumpa dengan doktor, polis, pekerja sosial, kaunselor dan rumah atau tempat perlindungan sementara jika perlu. Mengikut statistik Polis Bukit Aman, negeri Johor dan Selangor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi di Negara ini sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun 2001 iaitu masing-

masing sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 2,158 kes yang dilaporkan kepada polis. Sabah pula mencatatkan jumlah kedua tertinggi sepanjang tempoh tersebut iaitu sebanyak 258 kes diikuti Perak 197 kes, Kedah 195, Pahang 164 dan Sarawak 136. Negeri Terengganu pula mancatatkan sebanyak 109 kes, Kelantan 107, Negeri Sembilan 102, Melaka 101, Kuala Lumpur 96, Pulau Pinang 59 dan Perlis sebanyak 18 kes. Dapatan statistik yang diperolehi adalah hasil kes sumbang mahram yang telah dilaporkan, namun terdapat juga mangsa yang tidak melaporkan kes seumpama itu kerana ia membabitkan kaum keluarga yang menjadi penjenayah. Besar kemungkinan juga mangsa akan dibunuh kerana penceroboh atau penjenayah takut ditangkap kerana ada saksi. Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan kesan-negatif ini adalah:1. Hilang kepercayaan pada orang lain, 2. Takutkan hubungan intim, 3. Murung 4. Rasa ingin bunuh diri, 5. Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri, 6. Keyakinan diri yang rendah, rasa bersalah dan marah, 7. Rasa terasing dari masyarakat / keluarga, 8. Penyalahgunaan dadah, 9. Masalah pemakanan 10. Masalah personaliti dan sebagainya. Pengalaman yang buruk atau traumatic yang tanpa rawatan sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress Traumatic Disorder (PSTD) dan menjejaskan kesihatan mental survivor. Ramai mangsa sumbang mahram tidak melaporkan perbuatan ini atau tidak memberitahu ibu keranakhuatir ayah/saudara mereka mendapat kesusahan, contohnya dipenjarakan. Kadangkalaterdapat juga ibu-ibu yang tidak menyokong anak mereka jika pesalah adalah orang yang menyara keluarga. Kesan negatif yang serius biasanya terjadi jika mangsa tidak meminta bantuan, tidak mendapatkan sokongan dan kaunseling dan dianiaya dalam jangka masa yang lama. Namun bagi yang melaporkan pula, mereka didesak oleh faktorfaktor iaitu kehamilan atau bimbang akan hamil, mereka rasa perbuatan itu salah dan dilarang agama, mereka bimbang perbuatan itu diulang, perbuatan itu dilihat orang dan akhir sekali mungkin mereka ingin melindungi adik perempuan mereka. Bagi yang membuat keputusan untuk melaporkan, majoriti akan melaporkan kepada emak dan jika mereka tidak lagi percaya kepada emak, mereka pergi ke luar keluarga seperti kepada guru, jiran, ketua kampung dan kawan. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kes, kejadian ini tidak dilaporkan serta merta.

Satu lagi penemuan data yang menunjukkan perangkaan pada tahun 2000 di mana 258 kes penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan. Ini bermakna purata 21 kes sebulan dan banyak lagi kejadian yang tidak dilaporkan. Apa yang menakutkan daripada laporan itu ialah kebanyakan jenayah terhadap kanak-kanak dilakukan oleh insan terhampir dengan mereka seperti bapa, bapa tiri, abang, datuk atau bapa saudara. Perangkaan polis menunjukkan sepanjang empat tahun lalu (1996-1999), 71.2 peratus mangsa sumbang mahram adalah Melayu. Daripada 1,369 kes yang dilaporkan, 974 adalah orang Melayu. Lebih 66 peratus kes itu dilaporkan berlaku terhadap gadis bawah umur 16 tahun. Mengikut laporan itu lagi, bapa adalah penjenayah sumbang mahram paling tinggi iaitu 380 kes, bapa saudara (231) dan saudara lelaki (87). Perangkaan itu walaupun membimbangkan namun tidak mencerminkan keadaan sebenar kes sumbang mahram di negara ini. Hakikatnya jenayah itu lebih buruk daripada dilaporkan. Mengikut kajian sosial, hanya satu dari sekurang-kurangnya tiga kes yang dilaporkan. Adakah kejadian ini sesuatu keadaan bermusim atau sebenarnya gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat yang berterusan sepanjang zaman. Cuma kini ia berlaku dalam kadar begitu menggerunkan. Sumbang mahram ialah perhubungan jenis antara seorang lelaki dan perempuan yang dilarang bernikah oleh adat dan agama. Berkaitan dengan bilangan kes-kes seumpama ini, bilangan sebenar memang tidak diketahui kerana ia dilakukan secara rahsia. Jadi, kalaupun ada kes-kes yang dilaporkan, bilangan sebenar kes ini adalah lebih besar dari itu. Memandangkan kepada bilangan kes yang banyak dan kesannya kepada mangsa maka masalah sosial ini perlu dibanteras segera. Pengertian sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan mangsa. Sebagai contoh ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya. Dari reaksi-reaksi didapati bahawa ramai yang merasakan undang-undang yang sedia ada penjara minima 6 tahun dan maksima 20 tahun serta sebatan sehingga 24 kali masih belum memadai. Sementara itu kita masih terbaca kes-kes sumbang mahram yang baru di sana-sini. Ini menunjukkan bahawa undang-undang yang ada masih belum cukup untuk deter atau menakutkan orang-orang ini dari melakukan perbuatan tersebut. Mungkin dengan hukuman yang lebih berat, perbuatan ini dapat dicegah. Walau bagaimanapun undang-undang sahaja tidak memadai. Berkaitan dengan masalah sumbang mahram (inses) ini, satu kajian telah dilakukan oleh Dr. Abdul Hadi Zakaria pada tahun 1996 dan laporannya telah diterbitkan pada Januari 1998 dengan tajuk Haruan Makan Anak: Inses di Semenanjung Malaysia.

Kajian ini menunjukkan bahawa:* Dari tahun 1992 1994, didapati bahawa 30% dari kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan inses.

* Penceroboh utama jenayah ini ialah bapa kandung (48.8%) dan diikuti oleh bapa tiri (24.4%).

* Lelaki-lelaki lain yang juga sering menjadi penceroboh ialah bapa saudara, abang ipar dan datuk.

Kebanyakan kes sumbang mahram ini berlaku di rumah kediaman mangsa.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa kes-kes ini melibatkan mangsa yang muda. Pada kali pertama inses berlaku, kebanyakan gadis terlibat berada di peringkat awal remaja. 54.9% dari mereka berumur di antara sebelas dan lima belas tahun.

* Dari segi umur pesalah pula, pesalah termuda ialah 18 tahun manakala yang tertua ialah 65 tahun. Majoriti pesalah berada dalam kategori umur 34 hingga 49 tahun dan diiikuti oleh kumpulan umur 50 hingga 65 tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada lelaki dewasa yang terlalu muda atau terlalu tua untuk melakukan inses.

* Kajian ini juga menunjukkan bahawa perbuatan ini sering diulangi. Kebanyakkan kes melibatkan ulangan sebanyak 2 4 kali. Hakikat bahawa mangsa tinggal serumah dengan penceroboh memudahkan perbuatan ini diulang.

* Kajian ini juga menunjukkan bahawa inses lebih banyak berlaku di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

* Sehubungan dengan itu kajian ini juga menunjukkan majoriti kes berlaku di kawasan luar bandar. Ini bertentangan dengan pandangan am bahawa kampung dan komuniti tradisional adalah kawasan selamat kerana didiami oleh orang-orang yang konvensional, yang berpegang kuat kepada ajaran agama dan yang dikatakan tidak cenderung ke arah perbuatan jahat.

* Dari segi etnik, bilangan kes yang paling tinggi adalah di kalangan orang Melayu (89%) diikuti dengan India dan Cina. Namun ini tidak semestinya menunjukkan etnik Melayu paling ramai melakukan kesalahan ini kerana ada kemungkinan etnik lain tidak melaporkannya manakala orang Melayu melaporkan kejadian ini kerana sumbang mahram dilihat sebagai satu perbuatan yang amat bertentangan dengan Islam dan berdosa besar.

* Akhir sekali, dalam percubaan pengkaji untuk menjelaskan punca-punca kejadian sumbang mahram ini, beliau telah melihat apakah kecacatan hubungan perkahwinan antara pesalah dan isterinya menyumbang kepada masalah ini seperti yang ditemui di Barat.

* Namun, penemuan kajian ini bercanggah dengan di Barat dan didapati bahawa dari segi hubungan perkelaminan pesalah, majoriti pesalah mengakui bahawa hubungan perkelaminan mereka tidak ada kena mengena dengan kesalahannya itu. Sama ada nafsunya dipenuhi oleh isteri atau tidak, ia tetap akan melakukan inses.

Faktor-faktor Sumbang Mahram: Tahap iman yang lemah Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa tersebut. Kegagalan Isteri memenuhi Keperluan Suami Kegagalan isteri memuaskan keperluan suami menjadi punca berlakunya sumbang mahram. Inimendorong suami menggunakan anak untuk tujuan tersebut. Rata-rata isteri menurut beliau tahu perlakuan sumbangmahram adalah salah tetapi atas sebab malu atau takut kehilangan suami menyebabkan mereka rela suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mereka mencari kepuasan di luar agar kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui umum. Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan boleh menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada sumbang mahram.

Cadangan Menangani Sumbang Mahram: Pertama, mangsa perlu melaporkan kejadian ini. Ini kerana jika ia tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui dan tindakan tidak dapat diambil ke atas penceroboh dan ia mungkin mengulangi perbuatan itu. Namun, ramai mangsa tidak melaporkan kerana: 1. diancam oleh penceroboh; 2. rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol dan; 3. mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa mereka harus melaporkan kejadian itu. Bagi yang melaporkan pula, mereka didesak oleh faktor-faktor berikut: 4. kehamilan atau bimbang akan hamil; 5. mereka rasa perbuatan itu salah dan dilarang agama; 6. mereka bimbang perbuatan itu diulang; 7. perbuatan itu dilihat orang; dan, 8. mereka ingin melindungi adik perempuan mereka. Bagi yang membuat keputusan untuk melaporkan, majoriti akan melaporkan kepada emak dan jika mereka tidak lagi percaya kepada emak, mereka pergi ke luar keluarga seperti kepada guru, jiran, ketua kampung dan kawan. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, kejadian ini tidak dilaporkan serta-merta. Kedua adalah berkaitan dengan hukuman. Pengkaji telah mengkaji hukuman-hukuman yang diberikan kepada pesalah dan beliau melihat aspek-aspek seperti darjah paksaan yang digunakan oleh pesalah pada kali pertama inses dilakukan, ulangan perbuatan dan pengakuan pesalah di mahkamah yang dijangkakan dapat memberatkan hukuman. * Namun apa yang beliau dapati ialah faktor-faktor tadi tidak memainkan peranan dalam memberatkan hukuman. Didapati bahawa mahkamah banyak bergantung kepada faktor-faktor perundangan untuk menentukan keberatan hukuman. Ini mungkin kerana mahkamah terikat oleh undang-undang untuk melihat inses yang melibatkan rogol sebagai kes rogol biasa. Walau bagaimanapun, menurut beliau, melihat inses seperti ini kurang tepat.

* Rogol muhrim adalah satu jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi teladan yang baik kepada gadis yang dinodai melalui inses. Oleh yang demikian, hukuman yang lebih berat perlu diberikan.

Ketiga, cadangan beliau yang seterusnya adalah berkaitan dengan pengawalan dan pencegahan sumbang mahram. Antaranya: 1. Mengurangkan kecenderungan seseorang dengan memberi kesedaran bahawa sumbang mahram dilarang agama dan ia juga merupakan penganiayaan terhadap orang yang dibawah tanggungjawab kita 2. Buat orang takut mendekatinya dengan peruntukan hukuman yang lebih berat dan kesedaran pentingnya kejadian ini dilapor; 3. Menggalakkan mangsa melapor dengan mempercayai laporan (bukan diketawakan), tidak dipersalahkan dan dilindungi dari penceroboh; 4. Memberi pendidikan kesedaran kepada semua, terutama kanak-kanak yang merupakan bakal mangsa; 5. Mewujudkan undang-undang yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang mengetahui satu kes inses telah atau sedang berlaku, wajib melaporkannya, (iv) mewujudkan orang berkesan dalam rumah bagi mengelak kejadian ini, dan; 6. Oleh kerana kejadian ini juga boleh berlaku di luar rumah, ahli masyarakat perlu membuka mata untuk mengelak kejadian seumpama ini.

PUNCA-PUNCA SUMBANG MAHRAM a.Kegagalan Isteri Memenuhi Keperluan Suami Kegagalan para isteri memuaskan keperluan suami menjadi punca berlakunya sumbang mahram. Hubungan kelamin pasangan suami isteri tidak dapat ipenuhi akibat tuntutan kerja seperti suami bekerja pada waktu siang manakala isteri bekerja pada waktu malam. Ini mendorong suami menggunakan anak untuk tujuan memuaskan nafsu. Rata-rata isteri menurut beliau tahu perlakuan sumbang mahram adalah salah tetapi atas sebab malu atau takut kehilangan suami menyebabkan mereka rela suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mereka mencari kepuasan di luar agar kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui umum. b.Tahap Iman yang Lemah dan Bahan Lucah Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram melibatkan kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras, maka kejadian inses atau sumbang mahram boleh berlaku dimanamana saja. Kelemahan pegangan agama ini juga, seorang ayah tergamak merogol anak kandung yang sepatutnya dibelanya. Kerana itu juga abang sanggup merosakkan' adik perempuannya. Keadaan iman yang lemah ini akan merosakkan akal fikiran mereka jika mereka sering menonton filem-filem porno disulami dengan video klip yang mudah dimuat turun melalui telefon bimbit. Kejadian-kejadian seumpama ini akan merangsang individu terbabit dan sebagai jalan mudah mereka akan memaksa mangsa yang terdekat untuk memuaskan nafsu yang sedang bergelora. Dewasa ini, bahan lucah amat mudah diperoleh dimana-mana sahaja dan mereka yang lemah iman ini apabila sering menonton bahan-bahanporno ini akan mendorong untuk melakukan inses. Rasulullah telah menceritakan kepada sahabat bahawa umat Islam pada akhir zaman terlalu ramai tetapi ibarat buih di lautan yang tidak tahu berbuat apa-apa dan lemah sekali. Imannya tipis ibarat kulit bawang akibat dari penyakit al-wahan iaitu cinta kepada dunia dan takut kepada mati. Tanpa iman manusia hidup dalam keadaan jiwanya lemah dan kosong. Manusia yang lemah iman tidak akan takut dan kenal lagi kepada Allah yang menciptanya. Manusia tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Manusia yang lemah tidak merasa takut dan gementar akan hari pembalasan dan azab Allah yang sangat pedih seksanya di neraka. Akibat iman yang lemah manusia tidak dapat membezakan di antara kebaikan dan keburukan dan di antara kebenaran dan kebatilan.

b. Batas Pergaulan Dua saudara yang duduk berdua-duaan di tempat sunyi dan tidak menghiraukan larangan agama boleh membawa kepada berlakunya sumbang mahram. Malah program atau pesta yang menaikkan nafsu menerusi pergaulan lelaki dan wanita dengan pakaian yang menjolok mata juga dapat mendorong perlakuan sumbang mahram. Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan menyebabkan nafsu semakin sukar dikawal apabila kemiskinan mencengkam keluarga itu yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di rumah yang sempit tanpa ada bilik yang sesuai khususnya bagi anak gadis yang sedang membesar. c. Tidak Mengamalkan Kehidupan yang Dianjurkan Islam Kurangnya pendidikan agama menyebabkan sesetengah keluarga langsung tidak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan oleh islam dimana mereka lebih bermegah dengan cara hidup kebaratan yang dianggap lebih maju. Dalam islam contohnya, tidak menggalakkan anak lelaki dan anak perempuan dewasa tidur di dalam satu bilik yang sama. Namun jika nilai-nilai keislaman ini tidak diamalkan maka ia menjadi pendorong kepada berlakunya kejadian inses ini.

Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktuwaktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur. Batas pergaulan diantara bapa dan anak perempuan juga perlu ditekankan di mana sesetengah keluarga moden yang menganggap ciuman dan pelukan anak perempuan dewasa kepada bapanya adalah sesuatu yang biasa. Namun jika tidak ada batasan yang berlandaskan keislaman maka akan mudahlah kejadian ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya. d.Keruntuhan Institusi Keluarga / Perkahwinan Faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti penceraian turut mendorong berlakunya kes inses ini. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanakkanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Bagi kes inses yang melibatkan adik beradik pula, keluarga yang bercerai berai akan menyumbang kepada faktor ini. Ini kerana si ibu akan keluar rumah untuk menyara keluarga memandangkan orang yang sepatutnya menyara keluarga telah tiada. Oleh yang

demikian si ibu akan mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga. Akibat kesibukan di luar rumah bagi mencari rezeki dan keadaan diburukkan lagi apabila batas pergaulan tidak dijaga serta cara berpakaian yang menjolok mata, ada kemungkinan kejadian inses berlaku memandangkan mereka bebas melakukan apa saja tanpa dipantau oleh orang yang lebih dewasa. e. Pakaian yang tidak menutup aurat (mengghairahkan) semasa berada di rumah Orang dulu-dulu menganggap pakaian sebagai alat menutup dan menjaga tubuh di bahagian luar. Sedangkan bagi peradaban dan dunia moden, tujuan demikian ditambah dengan satu tujuan lain yang dikenali sebagai apa yang disebut berhias, antara satu sama lain, masyarakat berbeza sesuai dengan faktor yang meliputi sesuatu masyarakat kedua-dua tujuan ini memang disyariatkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam ayat 26 surah Al-A'raaf : Wahai anak-anak Adam Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup "aurat kamu, dan pakaian perhiasan: dan pakaian yang berupa taqwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-nya kepada hamba-hambaNya supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). Pakaian yang menghairahkan ketika berada diluar ataupun didalam rumah boleh menarik pandangan kaum lelaki untuk mengamati pemakai pakaian yang mengancam itu. Jelas tidak akan mampu untuk mengendalikan dirinya ketika melihat pandangan seperti itu.

KAEDAH MENANGANI TINGKAH LAKU SUMBANG MAHRAM: a.Melaporkan Kejadian Sumbang Mahram Mangsa perlu melaporkan kejadian inses atau sumbang mahram ini. Ini kerana jika ia tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui, tindakan tidak dapat diambil ke atas penceroboh dan ia mungkin mengulangi perbuatan itu. Namun, ramai mangsa tidak melaporkan kerana diancam oleh penceroboh, rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol dan mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa pula mereka harus melaporkan kejadian itu. Tingkah laku sumbang mahram ini juga dapat ditangani jika adanya pengawalan dan pencegahan dibuat secara berterusan. Antaranya mengurangkan kecenderungan seseorang dengan memberi kesedaran bahawa sumbang mahram dilarang agama dan ia juga merupakan penganiayaan terhadap orang yang dibawah tanggungjawab kita. Pencegahan juga harus dibuat dengan memberi kesedaran pentingnya kejadian ini dilapor seterusnya peruntukan hukuman yang lebih berat agar penceroboh akan menyedari akibat dan kesan perbuatan mereka tersebut. Seterusnya mereka akan lebih takut untuk mendekatinya serta mengulangi perbuatan tersebut. Pencegahan juga dapat dilaksanakan dengan menggalakkan mangsa melapor dengan mempercayai laporan (bukan ditertawakan), tidak dipersalahkan dan dilindungi dari penceroboh. Pengawalan dapat dibuat dengan cara memberi pendidikan kesedaran kepada semua, terutama kanak-kanak yang merupakan bakal mangsa. Di Malaysia, terdapat agensi dan kumpulan Ngo's yang boleh memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa. Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Manakala untuk penempatan dan perlindungan, terdapat Pusat Perlindungan Wanita di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), JKM dan dibawah persendirian atau pertubuhan. Di bawah Majlis Agama Islam Selangor sebuah Pusat Perlindungan Wanita telah diwujudkan iaitu Baitul Ehsan, lokasinya di Sabak Bernam Selangor. Permohonan untuk memasuki pusat berkenaan boleh dipohon secara sukarela atau atas perintah Mahkamah. Selain itu, di Jabatan Agama Islam Selangor terdapat satu unit khusus yang dikenali sebagai Unit Khidmat Nasihat dan rundingcara keluarga yang boleh boleh di akses secara hadir sendiri ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan berurusan di unit Rundingcara Keluarga, melalui talian telefon, surat atau memfailkan aduan dan boleh juga melalui e-mail: ict@jais.gov.my atau melayari laman webnya: http://www.jais.gov.my. Mangsa yang perlu pengukuhan emosi dan bantuan peringkat awalan boleh berhubung untuk diberi panduan dan bimbingan sebelum mengorak langkah ke arah tindakan susulan yang menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang yang terpakai dalam negeri Selangor.

Pihak persendirian dan Ngo's juga boleh dirujuk antaranya seperti Pertubuhan Darul Islah Selangor (PERKID), International Muslim Women's Union (IMWU), Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKAWANIS), Unit Mubalighat JAIS, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS), Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Sahabat Hospital TAR, Pertubuhan Mawwaddah cawangan Selangor dan sebagainya. b. Peranan Media Peranan media dan juga kempen dari pihak yang bertanggungjawab adalah penting. Media harus memainkan peranan agar mangsa akan mengetahui cara-cara yang terbaik atau tempat-tempat yang sepatutnya mangsa mendapat pembelaan. Perlu didedahkan bahawa kejadian tersebut bukan kesalahan mangsa dan mereka harus bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian tersebut. Mangsa harus tahu bahawa ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku, mangsa masih boleh mendapatkan pertolongan. Adalah penting bagi mangsa sumbang mahram mendapat sokongan dan perlindungan. c. Hukuman Kaedah yang seterusnya adalah berkaitan dengan hukuman. Hukuman yang lebih berat perlu diberikan agar jenayah seksual dapat dibendung sewajarnya. Kajian yang telah dibuat oleh Dr Abdul hadi Zakaria (1998), mengatakan hukuman-hukumanyang diberikan kepada pesalah dan beliau melihat aspek-aspek seperti darjah paksaan yang digunakan oleh pesalah kali pertama inses dilakukan, ulangan perbuatan dan pengakuan pesalah di mahkamah yang dijangkakan dapat memberatkan hukuman. Namun apa yang beliau dapati ialah faktor-faktor tadi tidak memainkan peranan dalam memberatkan hukuman. Didapati bahawa mahkamah banyak bergantung kepada faktor-faktor perundangan untuk menentukan keberatan hukuman. Ini mungkin kerana mahkamah terikat oleh undang-undang untuk melihat inses yang melibatkan rogol sebagai kes rogol biasa. Walaubagaimanapun, menurut beliau, melihat inses seperti ini kurang tepat. Rogol muhrim adalah satu jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi teladan yang baik kepada gadis yang dinodai melalui inses. Oleh yang demikian adalah wajar hukuman yang berat perlu diberikan agar kejadian inses ini dapat ditangani. Kaedah seterusnya dengan mewujudkan undang-undang atau mengkaji semula undangundang yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang mengetahui satu kes inses atau sumbang mahram ini wajib melaporkannya sama ada ianya telah berlaku atau sedang berlaku.

Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk kesalahan. Sumbang Mahram. Ia termasuk dalam kanun keseksaan Seksyen 375 and 376 iaitu kesalahan merogol. * Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isterinya dan tanpa kebenaran wanita tersebut, manakala "statutory rape" ialah hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut.

d.Pengawalan dan Sekatan Bahan-bahan Bacaan Sekat bahan-bahan dan tontonan yang tidak berfaedah. Bahan bacaan dan tontonan dari media cetak dan elektronik perlu dikawal. Beri kepada anak-anak buku, majalah atau suratkhabar yang tidak merangsang kepada berlakunya sumbang mahram. Elakkan dari bahan-bahan lucah dan gambar yang mengghairahkan dan tidak menutup aurat. Media elektronik seperti komputer, televisyen dan radio hendaklah dikawal supaya anak-anak tidak melihat, menonton dan mendengar rancangan dan bahan yang tidak elok dan lucah. e.Batasi Pergaulan Pergaulan ahli keluarga mesti dibatasi. Sesetengah orang mengambil ringan hal ini hanya kerana hubungan adalah anata anak-anak dengan ayah atau dengan ibu dan di antara adik beradik. Namun begitu, pergaulan dengan anak-anak juga ada batas syariat. Anak perempuan hanya boleh dimanjakan sehingga umur tujuh tahun. Ini supaya anak itu ada perasaan malu untuk bergaul bebas. Sifat malu itu penting untuk menghalang dia dari terjerumus ke lembah dosa. Dikhuatiri pergaulan dan gurau senda yang tiada had akan menyebabkan mereka hilang rasa malu dan merangsang untuk melakukan lebih dari hubungan adik beradik. Mesra jangan sampai anak gadis dan ayah berpeluk dan berciuman sehingga menaikkan nafsu. f. Peranan Masyarakat Ahli masyarakat merupakan salah satu faktor terpenting dalan menangani tingkah lakusumbang mahram ini. Hubungan jiran yang rapuh menyebabkan kes sumbang mahram sukar dibendung. Masyarakat sewajarnya prihatin dengan keadaan jiranjiran dan seandainya mereka dapat mengesan perbuatan yang menjurus kepada sumbang mahram, sepatutnya perkara itu, dihalang atau dinasihat dan jika tidak berkesan dilaporkan kepada pihak berkuasa.Hubungan antara masyarakat perlu kembali dirapatkan seperti dahulu iaitu jiran dianggap seperti keluarga sendiri. Apabila hubungan jiran rapat seperti keluarga sendiri, amalan menegur kesalahan anak jiran seperti anak sendiri tidak akan disalah anggap atau menimbulkan kemarahan jiran sekaligus dapat mengurangkan jenayah. Oleh kerana kejadian ini juga boleh berlaku di luar rumah, maka ahli masyarakat perlu membuka mata untuk mengelak kejadian seumpama ini dari terus berlaku dengan mewajibkan mereka untuk melaporkan kes-kes tersebut.

g. Galakkan Perkahwinan Ibu, ayah atau datuk nenek yang kematian pasangan eloklah dicarikan pasangan lain untuk mengelakkan mereka dari melepaskan nafsu syahwat kepada ahli keluarga sendiri. Rasulullah SAW memang menggalakkan perkahwinan untuk menyelesaikan sebahagian dari urusan agama. Perkahwinan dapat mengelakkan daripada berlakunya jenayah seksual ini. h. Jaga Aurat di Kalangan Ahli Keluarga dan Menitikberatkan Didikan Agama Ibu bapa disarankan agar mengajar ahli keluarga agar menjaga batasbatas aurat di dalam rumah di kalangan ahli keluarga yang berlainan jantina. Walaupun ahli keluarga bolehmembuka aurat(kecuali antara pusat dan lutut) dikalangan ahli keluarga yang berlainan jantina, namun ada batas-batas kesopanan dan tatasusila yang perlu diikut. Pakaian tidak boleh didedahkan bahagian-bahagian yang menaikkan nafsu syahwat dan tidak boleh nipis, ketat dan seksi. Walaupun di rumah, tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja. Oleh itu aurat ini perlu dijaga sama ada ahli keluarga itu lelaki atau perempuan.Ahliahli keluarga juga perlu didedahkan tentang beratnya berbuat dosa besar dan melanggar hukum Tuhan jika perzinaan dilakukan dikalangan ahli keluarga. Anakanak yang terdidik dengan didikan agama yang sempurna akan dapat menutup jalan-jalan ke arah gejala sosial yang kian teruk ini, kerana mereka mempunyai ilmu agama yang cukup untuk membimbing mereka ke jalan yang benar mengikut landasan agama. i. Susun Infrastruktur Rumah Mengikut Syariat Dari sudut infrastruktur rumah dalam sesebuah keluarga pula, dalam menangani masalah inses ini dapat dibuat dengan menyediakan bilik untuk anak gadis dan diasingkan bilik anak lelaki terutama apabila mereka telah akil baligh. Syariat amat menggalakkan pengasingan bilik tidur untuk ibu ayah, anakanak lelaki dan anak-anak perempuan. Ini untuk mengelakkan dari pergaulan yang tanpa batas antara ahli keluarga itu. Sekurang-kurangnya sebuah rumah itu mesti mempunyai tiga buah bilik atau lebih untuk menyusun ahli keluarga mengikut syariat sebenar.

j. Kukuhkan Taraf Ekonomi Keluarga Kemiskinan tegar adalah salah satu punca gejala sosial ini. Oleh itu, ketua keluarga hendaklah mencari sumber pencarian tetap sama ada makan gaji atau bekerja sendiri.Kebanyakkan keskessumbang mahram yang berlaku adalah disebabkan ibu keluar mencari nafkah, sedang para suaminya tidak bekerja dan tinggal di rumah menjaga anak-anak perempuan. Harapkan pagar,pagar makan padi. Maka haruan makan anak sewaktu ketiadaan ibu di rumah.

Hukuman : Minima lima tahun penjara dan maksima dua puluh tahun termasuk sebatan.

Undang-Undang Terkini berkaitan sumbang Mahram Sumbang mahram termasuk dalam Kanun Keseksaan 'Ein Azmi | Aug 9, 01 1:42pm Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2001 dengan memasukkan sumbang mahram sebagai satu kesalahan memandangkan gejala ini semakin berleluasa di kalangan masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yatim berkata sumbang mahram perlu dimasukkan ke dalam kanun keseksaan sebagai satu kesalahan berasingan seperti kesalahankesalahan lain seperti rogol dan kesalahan di luar tabi'i. Beliau menyebut Fasal 6 bertujuan memasukkan seksyen baru 376A dan 376B ke dalam Kanun Keseksaan. "Sekyen baru 376A mentakrifkan kesalahan sumbang mahram, manakala subseksyen baru 376B(1) memperuntukkan hukuman bagi kesalahan ini iaitu penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta boleh dikenakan sebatan," katanya. Bagaimanapun, peruntukan subsekyen 376B(2) mencadangkan kanak-kanak lelaki berumur kurang 13 tahun atau kanak-kanak perempuan bawah umur 16 tahun akan mendapat pembelaan khusus. "Di bawah sekyen itu hubungan jenis dengan perempuan bawah umur 16 tahun akan digolongkan kepada jenayah rogol walaupun perempuan itu memberi keizinan," Seksyen 113 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan anggapan tidak boleh dipatahkan bahawa kanak-kanak lelaki bawah umur 13 tahun dianggap tidak berupaya melakukan rogol. Sementara Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] yang telah diluluskan sebelum ini telah dikuatkuasakan bagi menggantikan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106) yang telah dimansuhkan. Hukuman sebat Beliau berkata akta tersebut bertujuan melindungi wanita dan gadis daripada kejadian penganiayaan seksual dari pelbagai aspek.

Dr Rais menjelaskan kesalahan yang diperuntukkan dalam seksyen tersebut adalah sama dalam seksyen 16 Akta Perlindungan Wanita dan Gadis tetapi akan merangkumi pelacuran dan perbuatan lucah antara lelaki dan perempuan. "Hukuman sebat telah dicadangkan supaya menjadi mandatori," ujar beliau terhadap kesalahan itu. Beliau menyebut peruntukan Fasal 3 memasukkan seksyen baru 372A melarang mana-mana orang daripada hidup atas pelacuran seseorang, manakala seksyen baru 372B melarang kegiatan mencari pelanggan untuk tujuan pelacuran tidak kira kegiatan itu di tempat awam atau persendirian. Bagi kesalahan di bawah sekyen 372A, hukuman telah bertambah kepada penjara mandatori, jelas Dr Rais .

Seksyen di bawah Kanun Keseksaan Keseksaan Jenis hukuman, Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum Hukuman Lain 354 : Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan. Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu. 375 : Rogol Seseorang lelaki adalah dikata melakukan rogol jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut: a.bertentangan dengan kemahuan perempuan itu b.dengan tiada kerelaan perempuan itu

c.dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut. d.Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau yang kepadanya ia kan memberi kerelaan e.Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan f.Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam belas tahun 376 : Seksaan bagi rogol Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat. 376A : Sumbang mahram Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang lain. 376B : Hukuman bagi sumbang mahram (1) Barangsiapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebatan. (2) Ianya hendaklah menjadi pembelaan kepada tuduhan terhadap seseorang di bawah seksyen ini sekiranya dibuktikan :(a)Bahawa lelaki atau perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang lelaki atau perempuan itu mengadakan persetubuhan itu adalah seseorang yang hubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki atau perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu; atau

(b)Bahawa perbuatan persetubuhan telah dilakukan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan itu. 377A : Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i. Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. 377B : Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i. Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabi'i hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat. 377C : Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i tanpa kerelaan, dsb. Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

KESIMPULAN Peningkatan kes sumbang mahram serupakan satu jenayah yang serius yang perlu ditangani dengan segera. Hampir semua budaya tidak bertoleransi dengan jenayah seksual sumbang mahram ini, kecuali beberapa budaya lama yang mengecualikannya untuk kepentingankepentingantertentu, seperti politik atau kemurnian kaum. Semua agama besar dunia juga melarang hubungan sumbang mahram. Di dalam agama Islam (fiqh), misalnya, terdapat konsep muhrim yang mengatur hubungan sosial di antara individuindividu yang masih ahli keluarga. Seseorang itu tidak sepatutnya menjalin hubungan percintaan atau perkawinan dengan ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung, saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu. Masalah sumbang mahram ini, disamping mengenakan hukuman kepada penceroboh, penekanan betapa pentingnya pencegahan danpengawalan harus diambil kira. Bagi menjamin kesejahteraan komuniti dalam sesebuah negara, tindakan-tindakan yang sewajarnya harus dibuat secara berterusan agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, bertatasusila serta bertamadun.