Anda di halaman 1dari 7

PEMBELAJARAN MATEMATIK MURID MASALAH PEMBELAJARAN Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman

Pengenalan Pembelajaran Matematik kepada murid masalah pembelajaran adalah berbeza berbanding pembelajaran matematik kepada murid normal. Murid masalah

pembelajaran sukar menerima pembelajaran matematik ekoran daripada penerimaan kognitif mereka yang terhad. Murid masalah pembelajaran iaitu diskalkulia yang mana masalah yang berkaitan dengan kesukaran membezakan nombor-nombor dan cenderung menulis nombor secara terbalik atau mengubah bentuk nombor kepada bentuk yang mereka senang untuk tulis serta keliru dengan operasi matematik. Mereka mempunyai masalah untuk memproses maklumat atau kelajuan pemprosesan ayang agak perlahan menyebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan atau memahami sesuatu kemahiran baru dengan cepat. Mereka memerlukan masa yang mencukupi dan teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan untuk memproses sesuatu konsep matematik yang baru dipelajari. Punca utama mereka tidak boleh membuat pengamatan secara menyeluruh nombor bagi sesuatu situasi pula, nombor dan sering yang

mencampuradukkan

tersebut.

Tambahan

kanak-kanak

menghadapi masalah dalam menyusun maklumat akan mengalami masalah mengingat sesuatu fakta dan formula bagi menyelesaikan pengiraan matematik. Waima tidak semua kanak-kanak masalah pembelajaran tidak dapat menguasai tahap asas matematik ianya bergantung kepada usaha guru-guru dan kekuatan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran matematik dalam kelas. Peranan guru dalam menggunakan pendekatan yang sesuai semasa P&P matematik dapat membantu murid memahami pembelajaran matematik. Guru harus peka dengan

keadaan murid dan fleksibel dalam memodifikasikan pembelajaran agar dapat memberi kefahaman kepada murid walaupun untuk jangka masa pendek ketika dalam kelas. Menurut Brooks (1993) lima amalan yang sering dilakukan guru dalam pengajaran Matematik ialah : i. Guru mengendalikan kelas matematik dan mengharapkan murid menyalin nota yang disampaikan tanpa ada reaksi dari murid.
1

ii.

Guru bergantung pada buku teks semata-mata tanpa merujuk kepada mana-mana sumber sebagai rujukan tambahan.

iii. iv.

Kurang atau tidak menjalan P&P secara koperatif. Semasa P&P pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai pengetahuan matematik yang mantap dan tetap.

Namun masalah yang sangat ketara yang mengganggu pencapaian kanakkanak dalam sesuatu mata pelajaran ialah masalah dalaman yang dialami oleh seseorang individu tersebut. Secara fizikalnya kita melihat mereka seperti kanak-kanak normal tetapi sebenarnya mereka menghadapi masalah yang tidak jelas dengan pandangan mata kasar. Dari kajian lepas dalam bidang awal pendidikan matematik kanak-kanak, jelas menunjukkan bahawa pengalaman lepas dalam pengetahuan informal memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana kanakkanak belajar di sekolah. Dalam memperbaiki keberkesanan pendidikan matematik pada peringkat awal, guru-guru perlu membina "jambatan" antara pengetahuan yang dibawa oleh kanak-kanak dengan yang diajar dalam bilik darjah. Cara pengajaran samada tradisional atau cara pengajaran konstruktif ianya dapat memperbaiki kemahiran dengan latihan yang banyak, menunjukkan kebarangkalian yang tinggi mempunyai pandangan konsep pengajaran "transmisi ilmu" dari seorang guru kepada muridnya. Pelajar-pelajar kita perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsepkonsep matematik asas yang akan membolehkan mereka memahami matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin masa depan negara, kita perlu mengkaji semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar kanakkanak bermasalah pembelajaran tentang asas pemikiran tentang matematik dari peringkat awal persekolahan.

Kurikulum Matematik Pendidikan Khas Dokumen Standard KSSR yang dipraktikkan mulai tahun 2011 menggariskan Kurikulum Matematik Pendidikan dirangkumkan dalam KSSR Pendidikan Khas mengikut Asas 3M Masalah Pembelajaran Komponen Matematik yang disekalikan dengan Komponen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dalam KSSR Pendidikan Khas Matematik sukatan Kurikulum yang diajar ialah Pranombor, Nombor, Operasi (tambah, tolak,darab dan bahagi), Wang, Masa dan Waktu serta Ukuran
2

dan Sukatan.

Murid pendidikan khas masalah pembelajaran didedahkan dengan

kurikulum matematik asas pada peringkat pranombor. Aktiviti dalam pranombor menikut sukatan LINUS adalah klasifikasi mengikut ciri fizikal, membanding kuantiti, padanan satu dengan satu dan keabadian kuantiti. Manakala aktiviti dalam tajuk nombor pula ialah nombor ordinal (mengikut urutan) dan nombor cardinal (nombor biasa) kemudian apabila murid pendidikan khas mahir dalam dua tajuk terdahulu ini barulah mereka diajar ke tajuk operasi matematik, dan matematik sosial (wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan) yang penting dalam kehidupan mereka terutama dalam memupuk modifikasi kebergantungan mereka kepada berdikari dalam kehidupan.

Pengajaran Matematik Sosial Apabila murid pendidikan khas sudah memahami asas dalam matematik, mereka akan diberi penekanan kepada matematik sosial yang saling berkait rapat dalam kehidupan mereka. Bagi menyokong penyataan dalam soalan penulisan akademik ini, keperluan matematik sosial sangat penting kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan mereka dan mampu memiliki cara untuk berdikari melalui pengetahuan dalam matematik sosial. Matematik sosial adalah matematik yang akan digunakan oleh murid-murid pendidikan khas dalam kehidupan harian mereka samada semasa atau apabila mereka keluar dari alam persekolahan kelak untuk meneruskan masa depan mereka. Matematik sosial yang terdiri daripada yang pertama iaitu Masa dan Waktu. Masa dan waktu adalah tajuk yang memberi penekanan kepada murid pendidikan tentang mempelajari cara merujuk kepada masa samada dengan menggunakan jam dinding, jam loceng, jam analog. Kemudian waktu pula mendedahkan mereka keadaan dalam hari tersebut samada pagi, tengahari, petang dan malam. Mereka akan dapat memodifikasi pengurusan masa mereka dengan aktiviti yang bersesuaian dilakukan atau wajib dilakukan mengikut masa dan waktu. Sebagai contoh, waktu solat dalam sehari, mereka akan merujuk kepada jam jika waktu solat Zohor pada jam 1.15 petang maka mereka merujuk jam bahawa waktu untuk menunaikan solat adalah jam 1.15 petang. Begitu juga dengan aktiviti-akviti lain seperti bangun pagi, sarapan, bermain di padang, makan malam dan tidur. Segalanya akan terurus sekiranya mereka berdisiplin
3

dalam pengurusan masa. Penekanan kepada disiplin pengurusan masa perlu ditekan oleh guru dengan memberi penegaskan kepada mereka agar datang ke sekolah tepat pada masanya setiap pagi dan berdisiplin dari segi masa iaitu tidak lewat bangun sehingga lewat datang ke sekolah. Beralih kepada matematik sosial yang kedua iaitu Wang pula, mereka sudah mempunyai pengalaman sediada dengan mengenali wang, dan mungkin ada yang tahu nilai wang. Tetapi rata-rata murid bermasalah pembelajaran tidak memahami nilai wang. Apa yang mereka faham ialah wang digunakan untuk membeli makanan, pakaian , alat tulis dan sebagainya. Mereka yang memahami nilai wang tidak akan meninggalkan kaunter kedai sekiranya belum mendapat baki dari lebihan wang. Sebagai contoh, seorang murid pendidikan khas bernama Hakimi membeli di koperasi sebuah buku berharga RM2. Dia menghulurkan wang kertas RM5 kemudian dia menunggu untuk mendapatkan baki dari wang RM5 itu kepada wang RM3. Ini menunjukkan Hakimi bertindak menolak RM5 kepada harga buku RM2 tanpa disedarinya. Ini menunjukkan Hakimi Berjaya menguasai nilai wang dan operasi tolak. Jika dia tidak menguasai operasi tolak dan nilai wang tersebut dia akan terus meninggalkan kaunter tanpa mengambil baki. Dalam hal ini, murid bermasalah pembelajaran akan sentiasa rugi jika bakinya tidak dipulangkan oleh pekedai yang mungkin tidak perasan atau sengaja untuk menipu. Matematik sosial yang ketiga pula berkait Ukuran dan Sukatan. Tajuk ini membantu murid bermasalah pembelajaran untuk kerja-kerja dalam ukuran seperti jarak, jisim, mengukur dan sebagainya. Mereka akan berdikari terutama dalam kerjakerja untuk mengukat bahan dalam kerja-kerja di rumah mahupun di luar rumah. Jika diruma mereka akan gunakan untuk tujuan memasak atau membuat air. Dengan sukatan bahan masakan yang betul mereka menunjukkan bahawa kehidupan mereka akan lebih terurus dengan pengetahuan dalam ukuran dan sukatan. Murid-murid juga diajar dengan ukuran relatif iaitu jengkal, siku, hasta, tapak dan langkah dan ukuran metrik seperti millimeter, sentimeter, meter, dan kilometer. Pembelajaran Matematik sosial akan lebih memberi kesan kepada murid apabila diajar, dibimbing dan dilatih dengan pendekatan dan teknik pengajaran yang berketepatan dengan murid lantaran disulami dengan modifikasi yang berjaya memberi perubahan kepada murid pendidikan khas masalah pembelajaran dalam p&p matematik.
4

Pendekatan Pengajaran Matematik Kepada Murid Masalah Pembelajaran Dalam proses untuk membantu murid bermasalah pembelajaran menguasai mata pelajaran Matematik dengan memikirkan pendekatan yang sesuai sebagai nilai tambah dengan mempraktikkan pendekatan yang difikirkan sesuai. Pendekatan

konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Disamping itu konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Saunders (1992) juga menjelaskan bahawa konsruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang adaptasikan olehnya. Sebagai contoh matematik sosial, murid mungkin pernah melaluinya cuma tidak memahami samada itu merupakan matematikyang wujud dalam aktiviti harian mereka. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Menurut http://www.my-rummy.com dalam matematik kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunapakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang akan dipelajari pada masa yang akan datang. Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa: i. ii. pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid. guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. iii. guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang

menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.. iv. guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. v. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.

Pendekatan konstruktivisme dinyatakan oleh Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

Pengajaran matematik yang berkesan bagi Murid Bermasalah Pembelajaran Pengajaran matematik memerlukan pendekatan atau strategi yang menarik yang menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi merancang dan memastikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu adalah menarik dan berkesan, maka seorang guru harus memberi perhatian pada perkara-perkara berikut: 1. Meletakkan objektif pembelajaran secara eksplisit dan boleh dicapai berdasarkan tahap kebolehan murid. 2. Mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid atau kemahiran prasyarat yang diperlukan sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran bagi sesuatu topik. 3. Memilih dan merancang aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan. 4. Memilih alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan serta dapat menarik minat. 5. Mempertimbangkan dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.

Cadangan untuk meningkatkan kemahiran matematik di kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran. Antara cadangan dalam meningkatkan matematik di kalangan murid bermasalah pembelajaran ialah dengan mempelbagai set induksi untuk meransang murid untuk fokus terhadap P&P matematik yang dirancang. Kedua dengan melibatkan dengan pengalaman sedia ada murid. Mereka akan teruja jika pengetahuan sedia ada mereka menjadi topic perbincangan, hal ini aku menarik minat mereka dan teruja sepanjang proses p&p berlansung. Ketiga ialah dengan penggunaan BBM yang menarik agar mereka teruja untuk mendalami, mengamati apa yang dipelajari.

Kesimpulan Secara generalisasinya, murid pendidikan khas masalah pembelajaran agak lemah dari segi tahap kognitif mereka untuk mempelajari dan menguasai matematik dengan lebih berkesan. Penguasaan matematik mereka adalah pelbagai dan memerlukan masa serta teknik pengajaran yang sesuai sebagai nilai sokongan kepada untuk lebih memahami. Modifikasi juga dianggap penting bagi memenuhi keperluan kekurangan murid pendidikan khas yang pada masa sama dapat membantu mereka merubah apa yang biasa mereka biasakan agar peningkatan dari negatif kepada positif dapat tercipta. Begitu juga dengan tahap penguasaan mereka dalam matematik, jika pendekatan yang sesuai diamalikan nescaya ianya membantu murid dalam pembelajaran matematik kursusnya matematik sosial yang merupakan penjana kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat sebagai insan yang mampu berdikari.