Anda di halaman 1dari 14

Takaful Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebahagian daripada siri Fiqh Islam (suatu disiplin kajian Islam) Bidang-bidang Ekonomi Kharaj Perbankan_Islam Riba Murabahah Takaful Sukuk Zakat Baitul Mal Jizyah Khums Nisab Sadaqah Wakaf Faraid Politik Perkahwinan Jenayat Adab

Ibadah Kebersihan Ketenteraan

Kotak ini: papar bincang sunting Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan. Isi kandungan 1 Aplikasi 2 Perbezaan takaful & insurans konvensiona o 2.1 Gharar o 2.2 Maisir/Judi o 2.3 Riba o 2.4 Penyelesaian 2.4.1 Takrif Tabarru'at o 2.5 Syarikat pengendali takaful:

Aplikasi Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.

Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini. [sunting]Perbezaan takaful & insurans konvensional Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolongmenolong, bermaksud: "Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan". Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional? Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaituinsurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba. [sunting]Gharar

Maksud al-Gharar ialah "ketidakpastian". Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah: "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain". Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah, "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui". Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat". Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti". Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan

alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan". Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya. Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ia berkait dengan: Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan. Tidak diketahui kadar bayarannya. Tidak diketahui bila masanya.

3.

Barang (Ma'kud Alaih/Subject Matter)

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah: 1. 2. 3. 4. Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad. Masa penyerahannya telah ditetapkan. Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya. Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.

5. Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara'. Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa 'barang' dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ia telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu. Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi "Keyakinan (Belief)". Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan

Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah: 1. 2. Penjual dan Pembeli Aqad (Ijab dan Qabul)

pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak. [sunting]Maisir/Judi Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana: 1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya. 2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku. 3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima. [sunting]Riba Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional. [sunting]Penyelesaian Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir. [sunting]Takrif Tabarru'at Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama. Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.

Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru'at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut. Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar. Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut. [sunting]Syarikat pengendali takaful: Berikut adalah senarai syarikat-syarikat pengendali takaful yang beroperasi di Malaysia pada hari ini: 1. 2. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad (www.hltmt.com.my) Syarikat Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com)

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Takaful Nasional Sdn. Bhd. (www.takafulnasional.com.my) Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (www.takaful-ikhlas.com.my) ETiQa Takaful (www.etiqa.com.my) Commerce Takaful Berhad (www.commerce-takaful.com.my) Prudential BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my) MAA Takaful Berhad (www.maatakaful.com.my) Great Eastern Takaful Sdn Bhd ([ http:www.lifeisgreat.com.my])

Pada Disember 2005, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kelulusan 4 lagi lesen pengendali takaful baru. Syarikat-syarikat baru ini dijangka akan mula beroperasi pada suku terakhir 2006.

Perlukah kita menyertai perlindungan kewangan Takaful? Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidak pastian yang mungkin berlaku ke atas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka pada masa akan datang. Selagi manusia terdedah terhadap ketidak pastian dan risiko selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan sebagai satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu sebelum seseorang itu bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidak pastian atau ujian-ujian dari Allah s.w.t. contohnya seperti kematian, hilang-upaya kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah s.w.t. yang diperkatakan oleh segelintir ahli masyarakat. Ini merupakan satu pandangan yang dangkal dari orangorang yang jahil tentang agama Islam. Dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata adalah seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badwi yang meninggalkan untanya tanpa diikat tali terlebih dahulu dan lalu berserah kepada Allah s.w.t. semata-mata, yang bermaksud: "Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t." (Riwayat: At-Turmuzi) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta. (Riwayat: Bukhari) Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu. (Riwayat: Bukhari dan Muslim)Al Baqarah: 208 "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya..." (Al Baqarah: 208)Al An'aam: 162 "...Katakanlah: Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,..." (Al An'aam: 162) APA ITU TAKAFUL?

Makna Takaful Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. Bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit". Tujuan Takaful Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiaruntuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta memperolehi manfaat dalam mengurangkan beban kewangan. Menjaga kebajikan social. Mewujudkan keharmonian social. Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, "The fortune many compensate the unfortunate few". Ciri - Ciri Takaful 1. Tiada unsur riba' 2. Tiada unsur gharar (ketidakpastian) 3. Tiada unsur maisir (judi) 4. Ada tabarru' (derma ikhlas) 5. Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan) 6. Akad yang dipersetujui.

Konsep Tabarru' Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'. Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jual beli seperti insurans. Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan. Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar. Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat. Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Ikhlas bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut. Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru') Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil. Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.

Konsep Al Mudharabah Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat. Mudharabah bermaksud perkongsian keuntungan Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang. Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat. Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat. Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga Mudharabah dibenarkan oleh agama Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan bergantung kepada keuntungan. Pembahagian secara mudharabah lebih adil. Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat. Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta. Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah

Pengenalan erti takaful 1.1-takaful atau kafalla dari segi pengertian bahasa ialah saling jamin menjamin,menjaga atau memelihara iaitu peserta yang mengambil perlindungan takaful berniat ikhlas akan saling jamin menjamin dikalangan mereka untuk saling bantu membantu ketika ditimpa musibah 1.2-takaful secara amnya mempunyai persamaan dgn insurans konvensional dimana kedua-duanya merupakan instrument untuk membantu golongan yg tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.akan tetapi takaful adalah merupakan insurans yang berteraskan islam dan diuruskan mengikut hukum-hukum dan syariah islam. 2)prinsip /konsep asas takaful Ada 3 konsep asas takaful 2.1-konsep pertama al qasamah iaitu kes qisas seperti pembunuhan yang tiada bukti yang nyata dimana dikehendaki seseorang yang dituduh dikehendaki bersumpah dengan nama allah sebanyak 50x atau 1x utk 50 orang. 2.2-konsep kedua-al aqilah iaitu ahli-ahli qabilah atau suku kaum atau kariah ahli-ahli masyarakat membantu ahli-ahli yang ditimpa musibah seperti kematian atau pembunuhan. 2.3-konsep ketiga-tabarru (konsep sebenar takaful)

iaitu ahli-ahli atau peserta membuat derma ikhlas pada satu tabung dengan niat utk saling bantu membantu sesama ahli yang didalam kesukaran atau kesusahan. 3) ciri-ciri takaful 3.1-adalah berkonsepkan seperti khairat kematian yang ada di mesjidmesjid dan kariah-kariah di kampong-kampong. 3.2-perbezaannya antara khairat kematian ialah takaful diurus secara profesional oleh pengurusan yang terlatih dan dikawal oleh majlis pengawasan syariah dan kerajaan. 3.3-takaful mendapat pengiktirafan dari jakim serta halal dimana semua simpanan dan pelaburan ditolak zakat. 3.4-takaful tidak mengandungi unsur-unsur gharar,riba dan judi. 4) asas akad perniagaan takaful 4.1-asas tabarru-(derma ikhlas bertujuan) -derma/sumbangan ikhlas bertujuan diujudkan supaya setiap peserta yang ingin menyertai takaful menderma/sumbangan sesuai dengan risiko yang dibawanya. - pengendali akan menetapkan kadar tertentu untuk memberikan keadilan kepada semua pihak. Cth: peserta yang berisiko tinggi kadarnya lebih tinggi dari peserta yang kurang berisiko.

4.2-al-wakalah -merujuk kepada penggunaan wakil dimana menurut syarak wakalah ialah perlantikan seseorang untuk mewakilkan atau menguruskan sesuatu perkara. -peserta akan membuat akad berdasarkan akad wakalah mengizinkan pengendali takaful melabur dan menjaga serta menguruskan dana. 4.3-mudharabah mudharabah (amanah berkongsi keuntungan) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan. 5)perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional 5.1-pada 15 jun 1972 jawatankuasa fatwa kebangsaan dlm persidangan yg ke 5 telah memutuskan iaitu insurans nyawa yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional adalah suatu muamalah yang fasiq(rosak dan tidak sah)yang bercanggah dengan prinsip-prinsip islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar(ketidakpastian),maisir (judi) dan riba 5.1.1 al gharar(ketidakpastian) -al gharar ialah ketidakpastian dalam transaksi muamalah dimana terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.

-hadith nabi saw,mengatakan dari ali r.a- rasullullah saw pernah melarang jualbeli orang yang terpaksa,jualbeli gharar dan penjualan buah sampai ianya dicapai.(hadith riwayat abu daud) -gharar terdapat dalam kontrak insurans kerana ianya berdasarkan konsep jual-beli .dimana dalam islam jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ianya mesti memenuhi rukun dan syarat-syarat jual beli iaitu:1)penjual dan pembeli 2)akad(ijab dan qabul) 3)barang(makud alaih) -adalah jelas didalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana makud alaih (barang) tidak jelas dan ianya berkait dengan:1)tidak diketahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan. 2)tidak diketahui kadar bayarannya. 3)tidak diketahui bila masanya. -menjadi persoalan ialah kewujudan ketidakpastian barang dalam kontrak insurans tersebut kerana syarat barang yang telah ditetapkan tidak dapat dipenuhi. -bagi islam syarat-syarat bagi setiap rukun adalah penting dan mesti dipenuhi.antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah :

1) barang tersebut mesti dapat diserahkan dalam majlis akad. 2) masa penyerahan telah ditetapkan. 3) barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya. 4) tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan. 5) bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang syarak. -kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan ,satu pihak(syarikat insurans )akan mendapat semua keuntungan(premium) sementara satu pihak lagi(peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.

Konsep asas takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta AL-QASAMAH Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas. menurut jumhur ulama' , apabila berlaku satu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang, dan jika tidak dapat lima puluh orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhannya, iaitu keterangan yang di berikan adalah lemah dan meragukan. AQILAH

DEFINISI TAKAFUL Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'kafala'yang bererti untuk memjamin, menjagaatau memelihara. oleh kerana 'Takaful' merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'Takafala' maka ianya juga bererti 'saling menjamin, menjaga atau memelihara'. Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika di perlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu. KONSEP ASAS TAKAFUL

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin. TABARRU' Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama. AL-WAKALAH Bermaksud wakil-mewakil, al-wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi

menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara. Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai egen kepada peserta, tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful. MUDHARABAH Mudharabah ( Amanah Berkongsi Keuntungan) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan. Perbezaan konventional n takaful *RIBA - peminjaman wang untuk tujuan mendapat keuntungan - penjanaan dana insurans melalui pelaburan dalam instrumen kewangan yang berurusniaga berasaskan faedah. *MAISIR - mendapat sesuatu dengan cara mudah tampa berusaha mengerjakannya - peserta menbayar pinjaman premiun yang kecil dengan mengharapkan pulangan yang besar *GHARAR

ketidakpastian di mana terdapat sesuatu yang ingin di sembunyi oleh sebelah pihak dan menimbulkan ketidakadilan kepada pihak yang lain.

PENGERTIAN TAKAFUL Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin' Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah CIRI - CIRI TAKAFUL Sistem Islam Sumbangan At-Tabarru'at Pelaburan halal Majlis Pengawasan Syariah Tiada unsur riba Tiada unsur maisir (Judi) Tiada unsur gharar (Tidak jelas) Al-mudharabah (Perkonsian untung)

Sistem Islam Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam

Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji) Sumbangan At-Tabarru'at Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan. Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Altabarru'at yang bersyarat. Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut Pelaburan Halal Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah Bentuk pelaburan;

Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan). Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah). Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil). Harta bangunan. Pembiayaan perumahan. Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

Ada Majlis Pengawasan Syariah Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan" Tiada Unsur Riba Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam. Tiada Unsur Maisir (Judi)

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana: Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat. Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan. Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat Contoh Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL Menegakkan sistem muamalah Islam Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful. Mendapat pulangan melalui perkongsian untung Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta (AP)) Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta (AKP)) Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat

Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas) Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah : "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain". Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu: Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan Tidak diketahui kadar bayarannya Tidak diketahui bila masanya

HUKUM SYARAK BAGI SKIM TAKAFUL BERBANDING INSURAN KONVENSIONAL Pendapat JAKIM (gambar) Pendapat Ulamak (gambar) KELEBIHAN INSURANS TAKAFUL

Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

Sistem Islam: Prinsip ta'awun iaitu tolong menolong Prinsip tadhiyar - korban kepentingan diri untuk orang lain Mengajak / mengatur menyertai Sumbangan dengan konsep Tabarru' (Derma bersyarat tolong menolong) Pahala / Kebajikan Ada peserta, niat murni, syarat, saksi Pelaburan - untung dikongsi Al-Mudharabah % dipersetujui RM tidak tentu dijanjikan Sumbangan ditabungkan kepunyaan peserta Syarikat Takaful hanya pengendali tabung / akaun peserta Untung milik bersama antara syarikat pengendali dan peserta Pelaburan saham yang HALAL sahaja Lembaga Pengarah - Majlis Pengawasan Syariah Prinsip Muamalah Islam, Tiada riba, gharar , maisir dan adil Jika berhenti selepas 1 tahun, peserta mempunyai nilai serahan Bonus diberi pada setiap tahun dan boleh dikeluarkan Boleh mengeluarkan duit tanpa faedah Zakat perniagaan dibayar Tabung jariah membantu kita semasa di alam kubur