Anda di halaman 1dari 4

1.

Akta 447 berkuatkuasa pada ______________ dan dinamakan Akta bekalan Elektrik 1990? a. 1hb Januari 1990 b. 1hb April 1990 c. 1hb September 1990 d. 30hb September 1990. Seorang Penjaga Elektrik Voltan Rendah, Seorang Pendawai Tanpa had dan dua orang Pendawai fasa tunggal sedang berkhidmat disebuah syarikat kontraktor elektrik yang berdaftar. Berapakah jumlah fees yang perlu dibayar oleh orang-orang kompetan diatas untuk mendaftarkan diri dengan ST. a. RM 80 b. RM 110 c. RM 120 d. RM 150 Sesebuah pemasangan selain daripada pepasangan domestik hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompetan sekurang-kurangnya setiap _______ atau pada bila-bila masa jika diarahkan oleh Pengarah. a. 3 tahun. b. 5 tahun. c. 10 tahun. d. 15 tahun. Seorang Pengarah boleh membatalkan perakuan pendaftaran pepasangan elektrik jika; i. Pepasangan itu tidak lagi dikehendaki atau digunakan lagi. ii. Pepasangan itu tidak selamat lagi digunakan iii. Pepasangan itu tidak dikawal selia oleh orang kompetan. iv. Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan digunakan bagi tujuan lain. a. i dan ii b. I , ii dan iii c. I , ii dan iv. d. semua jawaban di atas. _______________ hendaklah menyenggara tanda isyarat itu dlam keadaan berkesan pada setiap masa dan memastikan sesuatu standard keselamatan yang mencukupi untuk mengelekan bahaya. a. Pemegang Lesen. B. Kontraktor Ekektrik berdaftar. c. Penjaga jentera yang menjaga. D. Pemunya pihak pengurusan. Amir adalah seorang pendawai sekatan fasa tiga dan telah bekerja tetap dengan Syarikat Wong Elektrik Sdn Bhd yang berdaftar dengan JBE. Beliau diberi kuasa menguji sesuatu pepasangan. Selain dari beliau terdapat 2 orang lagi pekerja tetap Pendawai Sekatan Fasa Tiga dan 5 orang pendawai fasa tunggal , seorang Penjaga Jentera Voltan Rendah dan 10 orang Apperanties. Apakah katogori kelas kontraktor ini dan fee sekatan fasa tiga. a. Kelas A dan RM 25/= b. Kelas A dan RM 30/= c. Kelas B dan RM 75/= d. Kelas A dan RM 90/= Untuk mengeluarkan lesen di bawah Akta 447 , Orang yang bertanggung jawab ialah; i. Ketua Pengarah ii. Timbalan Ketua Pengarah. iii. Pengarah dan Pegawai lain yang dilantik. iv. Timbalan dan Penolong Pengarah sahaja. a. I sahaja. B. I dan ii c. I , ii dan iii d. Semua diatas. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, akses kepada mana-mana bahagian papan suis hanya boleh dilakukan oleh; a. Jurutera Elektrik. B. Juruelektrik. c. Pengurusan Pepasangan. D. Orang kompetan. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 , Pemegang lesen mestilah menyatakan perkara-perkara berikut kecuali a. Kawasan bekalan. b. Voltan yang diistiharkan dan variasi yang dibenarkan. c. Caj minima yang kena dibayar oleh pengguna. d. Apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 , apabila sesaorang itu melakukan kesalahan mengambil tenaga dengan curang , maka jika tersabit kesalahanya ianya akan di denda. a. RM 100,000.00 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. b. RM 150,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya. c. RM 130,000.00 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. d. RM 100,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 , Tiada seorang pun tanpa kebenaran Sah daripada ____________ mengikut mana yang berkenaan , boleh mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran dengan apa-apa pepasangan elektrik atau sebahagian daripadanya mengikut cara yang berkemungkinan menganggu mana-mana pepasangan elektrik atau menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang atau harta. a. Pihak Pengurusan Pepasangan. b. Penjaga Jentera atau Jurutera Elektrik Residen Pepasangan. c. Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas. d. Pihak Berkuasa Bekalan atau Pemegang Lesen. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, dalam hal kecacatan yang hampir berlaku pada pepasangan atau bahagianya , Pengarah boleh mengambil tindakan berikut; a. Mengkompaun Pengurusan Pepasangan atau Pemegang Lesen kerana tidak membaiki atau menyenggara pepasangan tersebut. b. Menggantungkan serta merta pengendalian dan penggunaan pepasangan itu atau bahagianya sehingga kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan. c. Mengarahkan kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan dengan serta merta. d. Memotong bekalan ke pepasangan tersebut. Dalam mana-mana kerja atau perkhidmatan yang melibatkan pengurusan atau penjagaan atau kedekatan dengan kelengkapan hidup yang tidak ditebat dengan sempurna . bolehkah pihak pengurusan atau pihak berkuasa bekalan mengambil pekerja yang berumur 15 tahun. a. Boleh jika pekerja itu mempunyai penetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. b. Boleh jika pekerja itu memegang perakuan kekompetanan sebagai Penjaga Jentera. c. Boleh dalam keadaan tertentu. d. Tidak boleh. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 pihak yang bertanggung jawab untuk melapurkan kejadian kemalangan yang serius ialah kecuali; a. Pemunya. b. Pihak berkuasa bekalan atau Pemegang Lesen. c. Pengurusan. d. Juruelektrik.

11.

12.

13.

14.

15 Peraturan Elektrik 1994 mula berkuatkuasa pada a. 1hb Jan 1994. b. 30hb Jan 1994. c. 1hb Sept 1994. d. 30hb Sept 1994. 16. Peraturan-peraturan elektrik 1994 tertakluk kepada _______________ Akta Bekalan Elektrik 1990 a. Seksyen 23 b. Seksyen 25 c. Seksyen 53 d. Seksyen 54 17. Kawasan Bekalan merupakan _______________. a. Kawasan dimana tenaga dibekalkan. b. Kawasan dimana Pengendalian Radas-radas elektrik pada masukan uatama.

c. d.

Kawasan dimana Pemegang lesen @ Pehak berkuasa bekalan membekalkan tenaga. Kawasan dimana Pemegang lesen @ Pehak berkuasa bekalan dibenarkan untuk menjana kuasa / membekalkan tenaga.

18. Penyengaraan Papan suis dan setan tatah perlindungan merupakan tanggong jawab ___________. a. Orang kompetan. b. Penjaga Jentera. c. Pendawai. d. Jurutera Perkhidmatan elektrik. 19 Apakah perkara-perkara yang perlu bagi sesebuah bilik papan suis mengikut kepada peraturan JBE &G kecuali. a. Tikar getah keselamatan b. Gambarajah satu garisan. c. Carta pertolongan cemas. d. Peti keselamatan 19. Mengikut kepada peraturan JBE&G yang manakah diantara berikut tidak boleh dilakukan pada bilik papan suis. a. Dialih udara. b. Bebas dari habuk dan kotoran. c. penstoran. d. Bebas dari lembapan. 20. Notis standard yang mempamerkan perkataan _________________ hendaklah diletakan diluar tempat yang mengandungi kelengkapan elektrik jika gangguan tanpa kebenaran pada kelengkapan itu adalah dijangkakan dan jika gangguan sedemikian adalah merbahaya. a. Awas. b. Bahaya. c. Dilarang Masuk. d. Berhenti. 21. Notis standard yang mempamerkan perkataan ____________________ hendaklah diletakan ditempat yang mudah dilihat berdekatan dengan Papan suis. a. Awas. b. Bahaya. c. Dilarang Masuk. d. Berhenti. 22. Notis standard yang mempamerkan perkataan ____________________ hendaklah diletakan ditempat yang mudah dilihat berdekatan dengan bahagian dimana sengaraan sedang dijalankan pada Papan suis. a. Awas. b. Bahaya. c. Dilarang Masuk. d. Berhenti. 23 Perkara-perkara berikut adalah kelengkapan seperti yang ditakkrif di dalam akta kecuali a. Meter-meter elektrik. b. Bahan-bahan pendawaian. c. Peranti perlindungan. d. Alat-alat ketukangan seperti plier,screw driwer dan sebagainya. 24 Mana-mana geganti atau peranti pelindungan sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa , diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap ______________ atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Pengarah. a. 1 tahun. b. 2 tahun. c. 3 tahun d. 5 tahun. 25 Bingkai logam perlu dibumikan dalam kerja-kerja elektrik _________________. a. Supaya arus bocor tidak mudah mengalir ke tangan pengendali alat. b. Supaya arus bocor dapat dihadkan seberapa kecil.

c. d. 26

Arus bocor ke bumi dikecilkan dan dihadkan kenilai tidak melebihi 30mA. Supaya sebarang arus bocor dapat dialirkan ke bumi.

Jika mana-mana orang mengkehendaki pembekalan elektrik di dawah seksyen 24(1), dia hendaklah memberi satu notis kepada pemegang lesen yang menyatakan kecuali, a. Hari bila bekalan itu dikehendaki @dimulakan. b. Kuasa maksima yang diperlukan pada bila-bila masa. c. Tempoh minima yang selamanya dikehendaki diberikan. d. Apa-apa cagaran yang dikehendaki. 27. Suatu perakuan hendaklah diperakukan oleh seorang pendawai apabila pendawaian elektrik di dalam suatu pepasangan yang di bawah penyeliaan langsungnya , Namakan perakuan itu; a. Perakuan penyeliaan. b. Perakuan penyiapan. c. Perakuan penyeliaan dan penyiapan. d. Perakuan ujian. 28. Tiada sesaorang pun boleh memasang apa-apa pendawaian atau penyambungan elektrik pada pendawaian yang ada pada mana-mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan __________________. a. Lisan daripada pemunya. b. Bertulis daripada pemunya. c. Lisan daripada pihak berkuasa bekalan. d. Bertulis daripada pihak berkuasa bekalan. 29. Apabila siap pendawaian sesuatu pepasangan yang dikendalikan pada voltan rendah yang menerima bekalan tiga fasa , Pepasangan itu hendaklah diuji oleh seorang yang kompetan . Namakan orang kompetan itu. a. Pendawai sekatan fasa tunggal yang diberikuasa menguji mana-mana pepasangan. b. Pendawai yang mempunyai sekatan fasa tiga. c. Pendawai fasa tiga yang diberikuasa menguji mana-mana pepasangan. d. Penjaga jentera elektrik sekatan AO. 30. Tiada pepasangan yang boleh menerima bekalan tenaga daripada atau diberikan bekalan tenaga oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan sehingga perakuan ________________ dikemukakan oleh pemunya atau pengurusan pepasangan itu kepada Pemegang lesen atau Pihak berkuasa bekalan. a. Perakuan penyeliaan dan perakuan ujian. b. Perakuan penyeliaan dan perakuan penyiapan. c. Perakuan penyiapan dan perakuan ujian. e. Perakuan penyeliaan , perakuan penyiapan dan perakuan ujian.