Anda di halaman 1dari 6

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA PENGKAJI

Tajuk Kajian
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN DI
KALANGAN MURID-MURID TAHUN 5 MELALUI RANGSANGAN
BERGAMBAR DI SEKOLAH SJKC.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya dapati murid-murid tidak dapat mengarang dan menghadapi masalah


yang besar apabila hendak menulis karangan. Masalah ini dtimbulkan, ini
kerana saya dapati kaedah pengajaran saya kurang berkesan bagi
menguatkan kemahiran ini utamanya saya hanya menggunakan pendedahan
sehal dan berpusatkan guru.

Apabila saya meneliti masalah ini dengan mendalam, saya telah


mencadangkan beberapa cara yang dapat meningkatkan kemahiran menulis
karangan di kalangan murid-murid tahun 5.

Fokus Kajian

Kajian yang dilakukan dan dijalankan tertumpu dan terfokus kepada


membantu meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid kepada asas
menulis karangan terutama murid di tahap 2. Disamping itu juga kajian ini
juga secara tidak langsung menghikis anggapan dan pandangan murid-murid
di sekolah jenis kebangsaan cina yang mengatakan matapelajaran Bahasa
Melayu susah dan membosankan.

Pendekatan yang digunakan lebih kepada menumpukan aspek yang


menyeronokan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Objektif kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai


objektif berikut:
i. Objektif Umum

Membantu meningkatan kefahaman dan kemahiran murid dalam menulis


karangan dengan konsep yang tepat.

ii. Objiktif Khusus

- Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam mencari isi-isi dalam


karangan.
- Membantu murid-murid memperkembangkan isi.
- Membantu murid-murid dalam membina ayat tunggal dan ayat berlapis.
- Membina keyakinan diri pada murid-murid apabila menulis karangan.
- Mengubah persepsi mata pelajaran Bahasa Melayu daripada membosankan
kepada menyeronokan.
- Menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 6 orang murid yang terdiri daripada tahun 5 yang
didapati menghadapi masalah dalam menulis karangan.

Tindakan Yang Dicadangkan

i. Pemerhatian
ii. Meninjau dan mengumpul bahan-bahan yang dilihati dari latihan
kemahiran menulisyang telah dibuat di dalam kelas.
iii. Menemubual pelajar-pelajar untuk mencari punca pelajar masih tidak
menguasai kemahiran menulis.
iv. Ujian Pra / latihan daripada ganbar
- Baca ayat-ayat pendek
- Susun ayat

Aktiviti 1

Susun Ayat / perkataan semula


a) Abang kuih. makan = abang makan kuih.
b) Emak tanam bungan bungan. suka = emak suka tanam bunga.
c) Baca buku. murid- murid = murid-murid baca buku.

Aktiviti 2

Membaca ayat-ayat mudah

a) Kakak pergi ke sekolah.


b) Ali sedang minum air.
c) Adik bermain bola.

Aktiviti 3

Memperkembangkan ayat

a) Setiap hari kakak pergi ke sekolah.


b) Adik bermain bola di padang.
c) Saya suka membaca majalah.

Aktiviti 4

Gunakan kata perhubung

a) Setiap hari kakak pergi ke sekolah dengan menaiki bas.


b) Saya suka membaca majalah sambil minum air.
c) Adik bermain bola lalu menonton televisyen.

Aktiviti 5

Pandukan gambar dan buat ayat yang berkaitan dengan gambar

a) Ada seekor kuda sedang meragut rumput.


b) Kuda itu sedang meragut rumput di tengah padang.
c) Kuda itu berwarna putih dan sangat besar.

Aktiviti 6

Beri tajuk berdasarkan pada pengalaman murid-murid


a) Nama saya Ali.
b) Umur saya 11 tahun.
c) Saya suka makan buah-buahan.

Aktiviti 7

Gabungkan ayat-ayat menjadi perenggan

Nama saya Ali. Umur saya 11 tahun. Saya suka makan buah-buahan.
Tiap-tiap hari saya pergi ke sekolah. Sekolah saya sangat besar dan cantik.

Aktiviti 8

Buat karangan yang sama jenis

Nama bapa saya Ahmad. Umur bapa saya 40 tahun. Bapa saya suka
makan roti dan minum kopi. Tiap-tiap hari bapa saya pergi kerja di kelong.

Aktiviti 9

Kemahiran menulis karangan

Bantu murid-murid untuk menulis karangan berpandukan peta minda yang


dibina oleh murid-murid sendiri.

Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya


melaksanakan tinjauan awal.

Jadual Pelaksanaan Kajian


BIL AKTIVITI TARIKH
1 Menulis proposal kajian. 6 Mac 2007
2 Mengadakan taklimat bahan kajian. 8 Mac 2007
3 Menjalankan Ujian Pra. 20 Mac 2007
4 Temu bual mengenal pasti masalah yang timbul di 22 Mac 2007
kalangan murid.
5 Merancang Pelaksanaan Kajian. 24 Mac 2007
6 Ujian Pos. 28 Mac 2007
7 Analisis dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos. 29 Mac 2007
8 Refleksi kajian. 31 Mac 2007
9 Membuat draf laporan. 3 April 2007
10 Menulis laporan. 4 April 2007
11 Menjilid laporan. 10 April 2007

Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Jumlah Kos


1 Kertas pendua A4 ( 1 rim x RM 8.00 ) RM8.00
2 Stensel ( 1 kotak x RM13.00 ) RM13.00
3 Dakwat ( 1 x RM6.00 ) RM6.00
JUMLAH RM27.00