Anda di halaman 1dari 16

DERIA DAN SENI

TOPIK 3

TOPIK 3
PENGENALAN

DERIA DAN SENI

Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

OBJEKTIF
Pada akhir topik ini, anda akan dapat: 1. 2. 3. 4. 5. memahami perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar; menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar; menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran; menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria; dan memahami tentang penggabungjalinan pengguanaan kemahiran deria. aktiiviti berdasarkan kepada

38

OUM

TOPIK 3

DERIA DAN SENI

PETA MINDA

3.1

PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada disekeliling mereka. Untuk itu perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu. Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini kanak-kanak telah mula memperolehi kordinasi dan kawalan otot. Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui

OUM

39

DERIA DAN SENI

TOPIK 3

organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan kepekaan derianya. Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui explorasi dan ekperimentasi dengan menggunakan deria. Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi. SENTUHAN

Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum kanakkanak itu mula untuk berbahasa. Melalui sentuhan pelajar akan dapat untuk membuat pelbagai aktiviti contoh dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas, atau kanvas. Manakala didalam muzik pelajar akan cuba untuk mencipta satu corak irama yang berbeza.apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah disebabkan kerana pelajar terutamanya kanak-kanak suka membuat Improvisasi atau mengubah suaikan satu-satu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula

40

OUM

TOPIK 3

DERIA DAN SENI

mereka akan dapat mengetahui aras, atau ruang sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh. Perkembangan deria sentuh ini mula berkembangan ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanakkanak akan berasa selamat. Berdasarkan aktiviti di bawah. Cuba anda buatkan aktiviti tersebut berdasarkan deria sentuh melalui ekspresi melalui seni dengan masa yang berbeza.

3.1.2

Dengar

Mendergar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengan? Contoh dalam aktiviti ekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukiskan. Bagitulah juga dengan aktiviti muzik, mereka akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam bidang pergerakan pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

3.1.3

Lihat

Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata itu seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta ia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat oenafsiran dengan berdasarkan kepada pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.

OUM

41

DERIA DAN SENI

TOPIK 3

Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui cirri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihat juga pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.

3.1.4

Rasa

Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya apabila maklumat itu dirasakan penting individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan, terdapat rangsangan apabila mendengar muzik secara tanpa disedari kita akan melakukan pergerakan. Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini. Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

3.1.5

Hidu

Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara semulajadi sebaliknya guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini dalam pengajarannya ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut: Kebolehan Mental Pelajar Faktor ini penting untuk mempastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optima mengenai konsep yang diajar oleh guru Pendekatan Pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah; Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar. Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.

42

OUM

TOPIK 3

DERIA DAN SENI

Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan cirri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan dikiuti dengan contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

3.2

KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA

Hasil dari kepentingan kepekaan deria akan dapat membentuk satu persepsi dalam bentuk satu keseluruhan. Persepsi ini juga dinamakan sebagai pengamatan. Untuk itu panca indera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.

Rajah 3.3: Proses ringkas pengamatan dan penanggapan

3.2.1

Persekitaran

Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria pelajar. Jika pelajar yang ada dipersekitaran yang banyak mendapat dorongan danm galakkan maka ia akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak ia akan berlaku sebaliknya. Untuk itu menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan sebuah bilik khusus untuk pendidikan seni visual supaya dapat membantu persekitaran yang menarik ketika berada dialam persekolahan pelajar Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni visual. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa

OUM

43

DERIA DAN SENI

TOPIK 3

berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dlam Bilik Seni. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif adalah tanggfung jawab guru untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititik beratkan. Selain daripada itu guru juga dikehendaki mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanak-kanak. Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni visual haruslah penting kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya ialah: (a) Aspek Fizikal Cahaya Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai sama ada cahaya semula jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik darjah. Peredaran Udara Bilik darjah harus mempunyai pengedaran udara yang baik supaya dapat menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar. Stor Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerja murid sama ada dalam bilik stor atau almari. Panel dan Rak Pameran Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid. Perabot Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid Kemudahan Asas Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang ditempat yang sesuai dengan kebanyakan aktiviti pendidikan seni visual (b) Aspek Emosi Hiasan Dalaman Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalambilik darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar Ruang Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.

44

OUM

TOPIK 3

DERIA DAN SENI

Peragaan Hasil Kerja Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni. (c) Aspek Sosial Interaksi Murid Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi murid dengan murid dan murid dengan guru. Kemudahan Aktiviti Kumpulan Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: Unsur Seniz; (contoh) Menggambar/Melukis (contoh aktiviti menggambar) Warna (contoh aktiviti mewarna) Lukisan Alam Semula Jadi. (gambar alam semulajadi) Seni huruf dan sebagainya. (Gambar seni huruf) Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian sewajarnya: Keselamatan. Kebersihan Susunan perabot Pameran hasilkerja Kelengkapan bilik seni Pengagihan tugas Pengumpulan alat/bahan Jadual waktu penggunaan bilik seni Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual Contoh pelan bilik khas seni (illustrasi) yang disertakan merupakan cadangan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang sesuai.

OUM

45

DERIA DAN SENI

TOPIK 3

Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Jangkaan (rajah) Hubungan latar depan dan belakang Penumpuan

46

OUM

TOPIK 3

DERIA DAN SENI

Tempoh masa Tugasan jelas Pengalaman Susunan objek

3.2.3

Perkembangan Nilai Estetika

Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu: (a) merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi, (b) Persepsi Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses mengiterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia. Contohnya apabila anda terhidu minyak wangi otak anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya kepada seorang wanita atau bunga. Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar keotak melalui system saraf. Seperti contoh rajah dibawah iaitu apabila seorang individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan. Bunyi ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses. Faktor-faktor yang mempengaruhi Persepsi Jangkaan Hubungan latar depan dan belakang Penumpuan Tempoh masa Tugasan jelas Pengalaman dan Susunan objek (c) Imaginasi Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu didalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.

(d) Konsepsi pelajar Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai cirri-ciri yang khusus. Contohnya konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai cirri-ciri berikut;

OUM

47

DERIA DAN SENI

TOPIK 3

berkulit keras hidup di air atau didarat menetas telur Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

3.3

AKTIVITI

Untuk mempastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam Seni dalam Pendidikan aktiviti-aktiviti hendaklah selalu diadakan untuk mempastikan kefahaman tentang seni itu meningkat. Di bawah diberikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria. Untuk itu anda dikehendaki menyatakan aktiviti yang difikirkan sesuai pada yang telah ditetapkan melalui ekspresi seni pada deria yang ditetapkan.
Jadual 3.1: Contoh Aktiviti Kepekaaan Deria Sentuh

DERIA

EKSPRESI Melalui SENI

MASA SUBUH TENGAH HARI MALAM

Sentuh (Apa yang anda sentuh) Seni Visual (lukis gambar) Muzik (Cipta irama yang berbeza) Pergerakan (Aras: Tinggi, sederhana dan rendah) Gambar macam biasa terdapat banyak idea Corak Irama yang menyegarkan Pergerakan aras sederhana dan ruang yang dekat Gambar biasa, kurang macam idea Gambar biasa, banyak macam idea

Corak Irama yang segar

Corak irama yang lembut

Pergerakan aras tinggi dan ruang yang jauh atau luas

Pergerakan yang rendah ruang yang dekat.

48

OUM

TOPIK 3

DERIA DAN SENI

Huraian Aktiviti di atas: Pada ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis tetap sama tidak mengira waktu Cuma perbezaan yang ada adalah dari segi kreativiti.atau luahan perasaan ketika melukis. Di dapati melukis pada waktu subuh dan malam keadaannya sunyi dan ini memungkinkan idea akan banyak datang berbanding dengan waktu tengah hari keadaan adalah bising dan terdapat pelbagai aktiviti dan ini akan menyebabkan kekurangan memberi tumpuan. Di dalam muzik pula corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-bolehnya biarlah satu corak irama yang menyegarkan atau aktif, kerana pada waktu ini iaitu awal pagi pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya menjadi aktif untuk itu corak irama yang sesuai adalah seperti rentak March. Berbanding dengan waktu malam, pelajar mengantuk untuk tidur maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dan sebagainya dan lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayudayu atau lagu yang mempunyai mud yang lembut. Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukan adalh bercorak sederhana kerana ia baru bangun dari tidur. Berbanding dengan masa tengah hari pergarakan yang dilakukan adalah aras tinggi iaitu masa yang aktif.

Latihan 3.1
Berdasarkan jadual 3.2 dibawah cuba buatkan penerokaan berdasarkan deria yang telah ditetapkan.
MASA DERIA EKSPRESI Melalui SENI SUBUH TENGAH HARI MALAM

Mendengar (Apa yang anda dengar) Seni Visual (lukis gambar) Muzik (Cipta bunyi) Pergerakan (bergerak cepat dan lambat)

OUM

49

DERIA DAN SENI

TOPIK 3

3.3.1

Mengalami Melalui Deria

Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi pengalaman deria pelajar. Untuk itu aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan seberapa kerap yang boleh bagi mempastikan deria menjadibertambah matang.

3.3.2

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan bermaksud proses mengintergrasikan berbagai-bagai kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Penggunaan penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu pelajaran jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan. Disamping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya dalam aktiviti mewarna, mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat, menyentuh dan sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuhkan antara satu sama lain.

Rajah 3.2: Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran

Ciri-ciri Penggabungjalinan Berdasarkan rajah di atas, beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dan dinyatakan seperti berikut:

50

OUM

TOPIK 3

DERIA DAN SENI

(a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam kemahiran.

satu-satu

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan , membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain lain kemahiran asas. Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna, menyeronokkan, meningkatkan motivasi pelajar serla lebih berkesan. Disamping itu pelbagai kemahiran itu boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu: Kemahiran Fokus Iaitu sesuatu kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Sampingan Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan kemahiran focus di samping menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan menarik.

Rajah 3.3: Penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan muzik

(b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan dengan secara bersepadu serta menyeluruh. (i) Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah kemahiran-kemahiran seperti berikut: melibatkan

Kemahiran belajar untuk belajar Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi dikhalayak ramai dan

OUM

51

DERIA DAN SENI

TOPIK 3

sebaginya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian, idea yang kemungkinan akhirnya membawa kepada perubahan ke arah yang lebih positif. Pemikiran kritis juga membolehkan pelajar membuat analisis ke atas sesuatu persoalan seterusnya dapat mencari jalan untuk membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran kreatif dan mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi baru. Kemahiran pelbagai kecerdasan Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner menyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai antaranya ialah; Kecerdasan bahasa Kecerdasan logic matematik Kecerdasan muzik Kecerdasan ruang Kecerdasan kinestetik Kecerdasan interpersonal Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan naturalistic telah

Usaha memperkembangankan pelbagai kecerdasan yang ada pada pelajar jika berjaya dilaksanakan akan dapat melahirkan individu yang holistic, seimbang dan harmonis. Kemahiran generik Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam penggunaan teknologi, kebolehan membuat perancangan dan mengelolakan aktiviti, mampu melakukan kerja dalam kumpulan, berupaya untuk menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik, kebolehan memahami budaya, dan mempunyai literasi maklumat. Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi pekerja yang cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan disamping mengekalkan budaya dan etika yang baik. (ii) Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran Terdapat beberapa kelebihan dengan terlaksananya penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kebaikan tersebut ialah; Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lain

52

OUM

TOPIK 3

DERIA DAN SENI

Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran focus debagai yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan. Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

RUMUSAN
Sebagai rumusan deria dan seni lebih menumpukan tentang kepekaan deria terhadap perkembangannya. Di samping itu pengaruh persekitaran, pengalaman juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman Sesuatu deria dan perkembangannya terhadap nilainilai estetika. Berdasarkan aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dengan pergerakan ia secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa dan dengan mengadakan penggabungjalinan aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kefahaman terhadap bidang Seni Dalam Pendidikan.

UJIAN 1
1. 2. Nyatakan deria-deria manusia. Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

UJIAN 2
1. 2. 3. Apakah itu penggabungjalinan? Apakah kelebihan-kelebihan penggabung jalinan sesuatu matapelajaran yang diajar. Berdasarkan deria mata, bagaimanakah pengajaran dapat dijalankan terutama dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

RUJUKAN
Lowefeld, V. & Brittain W. L., (1986). Creative and mental growth, NY. Macmillan. Penny, S., Ford, R. Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd. Reiner, B. & Smith, R. A. (1992). The arts, education, and aesthetic knowing. Chicago: The University of Chicago Press. Schmeer, G. (1994). Movement improvisation in the word of a teacher and her student. Illinois: Human Kinetics. Shanahan, T., Robinson, B., & Schneider, M. (1995). Integrating curriculum. The Reading Teacher, 48 (8), 718-719

OUM

53

Anda mungkin juga menyukai