Anda di halaman 1dari 12

JMS 4171 JM/6742/03

Bandingkan Dan Bezakan Pensejarahan Cina Dengan Pensejarahan Islam. Setiap tamadun mempunyai cara yang tersendiri bagaimana ia berlaku dan setiap yang berlaku itu ditulis sejarahnya. Maka dengan itu terdapat juga perbezaan yang nyata antara pensejarahan Cina dan pensejarahan Islam. Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang paling awal di dunia selepas tamadun Mesopotamia, Mesir Purba dan Indus. Tamadun Cina bermula di Lembah Sungai Kuning sekitar tahun 2000 SM dan berkembang maju pada tahun 1500 SM setelah kawasan itu diduduki sekumpulan orang Monggolia yang telah melalui zaman Neolitik dan Zaman Gangsa.1 Pengertian dalam sejarah Islam pula berkaitan dengan perkataan yang disebut Al Tarikh yang membawa maksud dalam bahasa Arab ialah bulan (al-Shahar). Difahamkan bahawa orang San menghitung bulanan mereka dengan menggunakan kiraan bulan dan tidak matahari. Ini menerangkan bahawa mereka mengira tarikh berlandaskan malam hari. Hal yang sama masih menjadi ikutan kalendar Islam (Taqwim Hijri) pada masa kini.2 Manakala tarikh yang diertikan dalam istilah penulisan sejarah ialah catatan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dan juga catatan berita bersandarkan masa. Bagi sejarah Islam pula catatan -catatan sejarah yang berhubung dengan umat Islam dan kerajaan Islam bermula dari kelahiran Islam sehingga masa kini. Perbezaan yang jelas lagi nyata antara pensejarahan Islam dengan pensejarahan lain terutamanya pensejarahan China ialah tentang sumber. Dalam pensejarahan Islam terdapat sumber mutlak yakni Al-Quran. Al-Quran adalah wahyu Allah s.w.t. kepada
1

1.

Arbaiyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka: 2002. hlm 197. Hj Ahmad Jelani, Pensejarahan Barat Dan Timur, Modul 1-2, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 2004. hlm 3 (Modul 2- Pensejarahan China)

Rasulullah s.a.w. untuk disampaikan kepada manusia dan sebagai wahyu ia mutlak dan wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam. Persoalan kemungkinan tidak wujud.3 Kebesaran dan kuasaan Allah s.w.t.merupakan pengajaran utama dalam pensejarahan Islam yang mana setiap peristiwa yang berlaku bukan daripada tindak-tanduk manusia semata-mata tetapi masih ada peranan tuhan di situ. Dalam erti kata yang lain, sejarah tidak lain adalah perjalanan alam seluruhnya termasuk manusia yang dikawal dan ditentukan oleh Allah S.W.T. Menurut Ibn Khaldum dalam Muqaddimahnya, ada mengatakan bahawa sejarah terbahagi kepada 2 iaitu zahir dan batin. Pada zahirnya sejarah tidak lebih daripada cerita-cerita tentang jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Batinnya pula adalah satu tinjauan dan penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata tentang kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa dan sebab-musababnya. AlQuran itu sendiri dijadikan sumber untuk dikaji. Walau bagaimanapun Abdul Hamid Siddiqui berpendapat sejarah adalah universal di mana ia tidak terikat pada masa mahupun ruang. Selain Al-Quran, hadith juga adalah sumber dalam pensejarahan Islam. Hadith merupakan nukilan daripada Rusulullah s.a.w. sama ada dari percakapan, perbuatan atau pengakuan baginda. Tidak ada tokok tambah dalam penulisan yang dilakukan oleh penulis ataupun perawinya. Penulisan al-Quran dan hadith sangat

dipentingkan dalam Islam kerana dengan cara penulisan sahaja ayat-ayat al-Quran dan hadith tidak dapat dipalsukan dan dilupakan.. Sejak dari peringkat awal lagi sumber bertulis lebih diutamakan daripada sumber lisan kerana kebolehpercayaan sumber lisan boleh diragui kerana terdapat unsur-unsur tokok tambah. Selain daripada itu kesahihan

Hj Ahmad Jelani, JMS417,Pensejarahan Barat Dan Timur (Modul 1-2), Pulau Pinang : Pusat Pengajian Jarak Jauh, USM, 2004. hlm 2 (Pensejarahan Islam)

sesebuah hadith itu bergantung kepada perawinya.

Perawi-perawi tidak boleh

mempunyai sifat-sifat lemah seperti pelupa, suka berbohong, suka bergurau dan sifat-sifat tercela. Dalam pensejarahan China pula, Su Ching atau Shang Shu (Kitab Sejarah ) adalah sumber klasik utama yang ditulis oleh para sejarawan yang dilantik oleh raja-raja. Bahan-bahan yang terkandung di dalam kitab sejarah ini mengandungi segala keterangan sejarah yang lengkap tentang kerajaan Chou di samping mengandungi banyak unsurunsur sastera, moral dan nasihat sebagai panduan kepada pemerintah dalam menjalankan pemerintahan politik.4 Terdapat dua naskah tentang Shu Ching. Naskah pertama berasal daripada tradisi Kung Fu-tze ( Confusius). Naskah lain yang menjadi rujukan ialah T and Shih, Pan Keng, Kao Tsung Yung Jih, His Pok And Li dan Wei Tzu. Walau

bagaimanapun masih terdapat kekurangannya. Contohnya dua naskah tentang Shu Ching tidak sama dari segi kandungannya dan berbeza pula dari segi tempat berlakunya peristiwa itu. Begitu juga dengan karya yang ditulis oleh Kung Fu-tze iaitu Chun Chiu yang mencatatkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di Wilayah Lu. Catatan ini benar-benar mencatatkan peristiwa penting yang berlaku di wilayah itu tetapi karyanya terlalu ringkas dan kurang penjelasan untuk difahami walaupun terdapat unsur-unsur moral di situ. Sumber-sumber primer yang lain pada zaman Chou termasuklah karya-karya Kung Fu-tze dan pengikut-pengikutnya yang cuba menulis tentang teori-teori yang

sistematik dan berusaha membuat keseluruhan rangkaian yang berbeza daripada apa yang

Watson, B., Ssu-ma Chien Grand Historian Of China,New York: Columbia University Press, 1958. Hlm 72. (Rujuk juga - Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002. hlm 200.

telah dilakukan oleh sejarawan zaman klasik bagi menghasilkan karya yang benar-benar bersistematik. Antara karya-karya lain ialah Li Chi, Yi lid an Chou Li.5 Pembakaran karya-karya pada tahun 213 SM oleh Shih Huang-ti semasa pemerintahan kerajaan Chin bukan sahaja menghapuskan rekod karya-karya tetapi pengikut Kung Fu-tze turut menderita kerana disiksa kerana merea telah mengutuk corak pemerintahan Chin dalam karya mereka. Maka berlakulah penambahan cerita di dalam karya-karya yang dihasilkan selepas itu menyebabkan sehingga kini sejarawan masih lagi mencari sumber- sumber pertama bagi kerajaan atau dinasti Chin. Perbezaan yang kedua ialah tentang ciri-ciri yang terdapat dalam kedua-dua pensejarahan itu sendiri. Ciri-ciri pensejarahan China terbahagi kepada tiga iaitu bersifat rasmi, tidak rasmi dan umum. Walau bagaimanapun penulisan sejarah yang terdapat di China sebahagian besar bersifat rasmi iaitu mengisahkan tentang sejarah wangsa-wangsa yang masa ia merupakan penulisan yang diarahkan oleh pemerintah atau yang disahkan oleh pemerintah. Ia mengandungi kisah-kisah jatuh bangunnya sesebuah dinasti. Penulisan ini dilakukan oleh Syih yang bererti sejarah atau ahli sejarah istana terutamanya menceritakan tindakan-tindakan sesuatu destinasi baru yang mana ia merupakan penulisan yang diarahkan oeh pemerintah atau yang disahkan oleh pemerintah. Ia mengisahkan tentang jatuh bangunnya sesebuah dinasti. Penulisan ini dilakukan oleh Syih (yang bererti sejarah atau ahli sejarah) istana terutamanya menceritakan tindakan-tindakan sesuatu dinasti baru yang merampas kuasa daripada dinasti sebelumnya. Akibat kawalan yang ketat terhadap dokumen-dokumen yang

berbentuk rasmi yang hanya dijadikan rujukan kepada maharaja-maharaja yang


5

Cheng Te Kun, Archaeilogy In China : Chou China, Jilid 3. Cambridge, 1962. hlm xxi. Dirujuk pada: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002. Hlm 202.

memegang tampuk pemerintahan kerajaan menyebabkan sedikit sahaja sejarah China zaman klasik yang dapat diketahui oleh sejarawan moden. Perkara-perkara yang dicatat oleh Syih ialah tentang keagamaan dan peristiadatan, hal-hal politik dan pentadbiran termasuk rundingan-rundingan, hal-hal perutusan dan pergerakan tentera. Para Syih bertugas menyimpan dan mentafsir surat-surat dan kitabkitab lama. Jabatan Sejarah telah wujud di China sejak pemerintahan Dinasti Tang (618 906 M ). Di awal penemuan bahan-bahan tulisan sejarah China ditulis pada tulang, kepingan buluh, batu, kulit kura-kura, kain sutera dan bahan-bahan logam. Apabila kertas dicipta pada tahun 105M, penulis sejarah semakin pesat. Pada umumnya pensejarahan China merupakan pensejarahan penzamanan iaitu menumpukan kepada satu-satu zaman atau dinasti pemerintahan atau dikenali sebagai Tuan-tai shih (Sejarah Dinasti Tunggal). Sekiranya seseorang individu itu menulis tanpa pengetahuan kerajaan ia dianggap telah melaukan kesalahan. Contohnya ialah sejarah awal Han yang ditulis oleh seorang sejarawan yang tidak dilantik oleh kerajaan menyebabkan beliau telah dihukum penjara dan Han-shu (buku Han) ditulis semula. Ada juga sejarah kerajaan ditulis secara tidak rasmi tetapi diterima sebagai sah oleh pemerintah kemudiannya seperti ; Hou Han-shu San-kou-chih Nan-shih Pai Shih Sejarah Dinasti Han Kemudian Sejarah Tiga Kerajaan Sejarah Dinasti Selatan Sejarah Dinasti Utara
6

Hj. Ahmad Jelani Halimi, Pensejarahan Barat Dan Timur, PPPJJ, USM 2004, hm 6 (Pensejarahan China)

Penulisan dan penyusunan sejarah rasmi biasanya berpandukan kepada Chi Chu-chu (Catatan Geraklaku dan Istiadat) maharaja dan Shih Lu (Catatan sebanar). Catatan ini biasanya tidak boleh dibaca oleh sesiapa juga termasuk maharaja sendiri demi menjaga keluhuran pencatatnya. Maharaja hanya boleh membaca catatan tentang maharaja yang terdahulu. Terdapat 5 bahagian utama yang ditulis dalam sejarah Dinasti iaitu : i Kisah maharaja-maharaja

ii Kisah keluarga bangsawan iii Daftar kronologi iv Huraian tentang moral dan hal-hal lain seperti kegiatan ekonomi, politik, ketenteraan dan pendidikan. v Biografi Catatan tidak rasmi pula biasanya ditulis oleh pegawai-pegawai sarjana Mandarin dan pegawai-pegawai sarjana kampong untuk kegunaan sendiri atau kumpulannya sahaja. Catatan ini meliputi catatan harian, pengalaman, salasilah keluarga, carta-carta dan sebagainya. Sejarah umum merupakan sejarah yang tidak hanya tertumpu di kalangan dinasti tertentu sahaja tetapi tercatat juga kisah-kisah yang terdapat di luar dinasti tertentu. Misalnya catatan yang dibuat oleh Ssu-mu Tan dan anaknya Ssu-mu Chien Ssu-mu Chien tidaak menyiapkan karyanya mengikut perintah maharaja tetapi lebih kepada kehendaknya sendiri. Dengan itu ia tidak perlu mengikut motif penulisan sejarah

bangsanya pada ketika itu iaitu penulisan yang memerlukan sejarah bersifat mendidik dengan tujuan untuk memberikan kepada raja dan negarawan-negarawan akan contoh kelakuan yang baik dan sebaliknya. 7
7

Walaupun demikian, Shih Chi, diterima juga

Ibid hlm 10 (Pensejarahan China)

sebagai sejarah rasmi oleh pemerintah . Sejarah-sejarah umum lain yang dihasilkan adalah seperti Shih-tung (memahami Sejarah) yang ditulis oleh Liu Chic-chi (661 721 M) Dalam kitab ini, beliau membentangkan tentang kaedah-kaedah penulisan dan juga memaparkan faktor-faktor yang menyusahkan dan melemahkan pemikiran Sejarah rasmi namun begiti Shih-tung masih mengikut kaedah babab (Pentarikhan). Tung-tien (Institusi Umum) ditulis oleh Tu Yu (735 -812). Di dalam kitab ini Tu Yu telah memasukkan pelbagai bidang selain daripada sejarah seperti geografi, undangundang dan ekonomi. Terdapat kaedah baru yang digunakan oleh Tu Yu dalam kitab Tung-tien iaitu membincangkan topik-topik tertentu tanpa mengira pentarikhan dan ianya mirip dengan kaedah pensejarahan moden. Antara kitab-kitab lain yang bersifat sejarah umum ialah Wen-hsien-tung-kao (Kajian Umum Tentang Tingalan-Tinggalan Penulisan) 1250 1325 M oleh Ma Tuan-lin, Tzu-chih-pen-mo (Pengisahan Perkara Dari Awal Hingga Akhir). Jika catatan dalam pensejarahan China lebih kepada dinasti-dinasti, catatan sejarah Islam lebih berperanan dalam aspek keagamaan. Sebagai contoh sesuatu hukum itu mungkin sukar untuk ditentukan jika tidak dirujuk kepada nas-nas al-Quran ataupun hadis-hadis rasulullah s.a.w.. Dengan merujuk kepada sejarah, tujuan ayat-ayat tertentu dapat difahami dan dapat diketahui sebab-sebab ayat-ayat itu diturunkan, dimana dan bila. Begitu juga dengan hadis-hadis di mana ianya mestilah terlebih dahulu dikenali dan dipastikan taraf hadis tersebut sama ada layak dijadikan asas landasan bagi sesuatu hukum atau tidak. Untuk mengetahui taraf hadis tersebut pula maka perawi atau

penceritanya harus dikenali, bagaimana latar belakang dan sifat-sifatnya.

Kedatangan Rasulullah s.a.w. adalah bertujuan untuk menyeru umat manusia kepada Islam dan diturunkan kepadanya al-Quran sebagai kitab panduan hidup bagi orang Isam yang mesti dipegang dan diikuti oleh mereka. Oleh itu dari sudut Islam, sejarah lebih bertujuan memberi panduan atau contoh dan teladan di dalam kehidupan manusia serta memberi kesedaran dan keinsafan di dalam diri setiap umat Islam di muka bumi ini. Dalam kitab al-Quran terdapat ayat-ayat yang menceritakan tentang Qisas, alakhbar, darihal al-awwalin dan sebagainya. Al-Quran juga mengarahkan supaya diberi perhatian da dipelajari tentang orang-orang terdahulu, supaya dapat dijadikan ibrah atau teladan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku : Firman Allah :8

(Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka itu terdapat contoh dan teladan bagi mereka yang mempunyai fikiran dan hati) Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman :9

(Kami menceritakan kepada engkau (Muhammmad) sebaik-baik cerita melalui alQuran yang diturunkan kepada engkau itu). Lihat sahaja ayat-ayat suci al-Quran sering menggambarkan kesan-kesan baik yang diterima oleh mereka yang bertaqwa dan kesan buruk yang diterima oleh mereka yang mungkar. Contohnya kisah Nabi Noh, Nabi Lut dan beberapa nabi yang lain. Al-Quran sering mengemukakan nilai-nilai bimbingan, nasihat, teguran, peringatan, hujah-hujah
8 9

Surah Yusuf ,111 Surah Yusuf, 3

logik dan hikmah dalam kisah-kisah sejarah yang dipaparkannya.

Oleh kerana itu

seseorang yang mengkaji sejarah Islam atau sejarah al-Quran seharusnya mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang dipaparkan di dalamnya. 10 Berbanding dalam penulisan sejarah penulisan China yang kebanyakannya mencatatkan tentang salasilah keluarga kerana mengekalkan nama baik keluarga dan ibu bapa telah menjadi pendorong utama sejarawan Cina menulis. Maharaja dan golongan bangsawan turut memerintahkan supaya sejarah mengenai diri dan kegiatan mereka ditulis. Satu ungkapan yang baik tentang perkara ini dinyatakan oeh Liu Chih-chi dalam karyanya Shih-tung, Sekiranya saya tidak menyatakan perasaan saya dan sebaliknya menyimpannya di dalam hati, saya khuatir yang setelah saya mati saya tidak dikenali orang.11 Dalam pensejarahan China, penulisan sejarah rasmi hanya boleh dilakukan oleh pihak pemerintah sahaja dan kebiasaannya tokoh pengasas sesebuah dinasti diberi gambaran yang baik-baik sahaja dan pemerintah dinasti yang terakhir merupakan pemerintah yang paling kejam dan digambarkan sehitam-hitamnya. Ini menyebabkan berlaku kebiasan iaitu dinasti yang memerintah merupakan yang terbaik dan dinasti terdahulu kejam dan patut dihapuskan. Pensejarahan China diubah suai supaya ia menjadi tauladan supaya manusia berbuat baik dan sebaik mungkin cuba menyembunyikan sifat-sifat buruk supaya kejahatan terbatas. Oleh kerana kebanyakan sejarah China telah diolah untuk kepentingan sesetengah pihak, didapati nilai-nilai yang dimuatkan di dalam karya itu adalah nilai-nilai yang mereka pegang.

10

11

Hj. Ahmad Jelani Halimi, JMS 417 Pensejarahan Barat dan Timu Modul 1-2,pulau Pinang: PPPJJ USM, 2004 Ibid Nota tambaha. hlm 22

Persamaan dengan sejarah Islam, Penulisan dalam sejarah China turut dijadikan bahan pengajaran dan contoh teladan terutama kepada golongan bangsawan dan maharaja sebagai panduan untuk mereka memerintah. Kesimpulan yanag dapat dibuat ialah terdapat perbezaan yang ketara antara

pensejarahan Islam dan pensejarahan China terutama sekali berkaitan dengan sumber iaitu al-Quran merupakan sumber mutlak bagi orang Islam dan panduan hidup sedangkan sumber dalam pensejarahan China lebih kepada penulisan yang ditulis oleh para sejarawan yang dilantik oleh maharaja dan kebiasaannya terdapat kebiasan dalam penulisan mereka berbanding dengan sumber mutlak dalam pensejarahan Islam di mana setiap yang terkandung di dalam al-Quran setiap umat Islam wajib mempercayainya. Namun begitu tujuan dan matlamat hampir sama iaitu ianya memberi pengajaran dan tauladan kepada generasi seterusnya.

BIBLIOGRAFI

10

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002. Abdul Rahman Hj Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur,Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors , 2000 Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional, Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan,Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia , 1983. Hj. Ahmad Jelani Halimi, JMS 417 Pensejarahan Barat dan Timur (Modul 1-2), Pulau Pinang, PPPJJ Universiti Sains Malaysia, 2004. Mohd Yusof Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988. Suntharalingam R., Pensejarahan Barat, Petaling Jaya : Fajar Bakti, 1987. Wan Yahya Wan Ahmad, Pensejarahan Awal Islam Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1992

11

12