Anda di halaman 1dari 5

HUKUM NUN MATI DAN TANWIN

A. Pengertian
Tanwin adalah Nun Mati yang ada pada akhir kalimat isim di daam melafazkannya atau menyuarakannya tapi bukan di dalam tulisannya.

B. Pembahagian Hukum Nun Mati dan Tanwin


Dalam hukum nun mati dan tanwin jika bertemu dengan huruf hijaiyah yang berjumlah dua puluh delapan terkecuali alif yakni: Akan menimbulkan empat hokum iaitu Izhar Halqi, Idgham, Iqlab dan Ikhfa Haqiqi. Alif itu tidak menerima harakat (mati) sedangkan hamzah menerima harakat.

C. Izhar Halqi
Bahasa: Jelas atau tampak Istilah: Melafazkan huruf Izhar dari makhrajnya dengan suara jelas atau terang tanpa dengung. Huruf Izhar Halqi ada enam: Dinamakan Halqi kerana keenam huruf tersebut tempat keluarnya daripada halkum. Kaedah Izhar Halqi:

Jika ada Nun Mati atau Tanwin yang bertemu dengan salah satu dari huruf halaq yang enam tersebut, maka harus dibaca dengan suara terang atau jelas, baik bertemunya itu dalam satu kalimat atau di lain kalimat. Contoh: i. Satu Kalimat: Nun Mati dan Tanwin dalam satu kalimat

D. Idgham
Bahasa: Memasukkan sesuatu kepada sesuatu Istilah: bertemunya huruf yang mati dengan huruf yang hidup, sehingga ketika dibaca akan serupa dengan huruf yang bertasydid. Memasukkan nun sukun atau tanwin ke dalam huruf-huruf idgham. Pembahagian Idgham. Idgham terbahagi kepada dua: Idgham Bighunnah (Idgham Maal Ghunnah, Idgham Naqish) Idgham Bilaghunnah (Idgham Kamil) Idgham Bighunnah: Nun Mati atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf Cara membacanya: Huruf pertama yang berupa nun mati dan tanwin dimasukkan ke huruf yang kedua dengan disertai dengung. Contoh: , ,

Kecuali apabila ada nun mati yang bertemu dengan huruf waw atau ya dalam satu kalimat, maka yang demikian itu harus dibaca dengan terang atau jelas. Kerana jika Diidghamkan takut menyerupai huruf Mudhoaf (huruf dua yang sama). Contoh: , , , Idgham Bilaghunnah Apabila ada nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu dari dua huruf iaitu dan . Cara bacaannya: Huruf pertama yang berupa nun mati atau bertanwin dimasukkan kesalah satu dari dua huruf dengan tidak disertai suara dengung. Contoh: , , ,

E. Iqlab
Bahasa: Memalingkan, membalik atau menukar. Istilah: Menjadikan huruf pada tempatnya huruf yang lain disertai dengan dengungan. Menukarkan nun mati dan tanwin kepada bunyi mim ringan serta dikekalkan dengungnya. Cara bacaannya: Huruf pertama yang berupa nun mati atau tanwin diganti atau ditukar menjadi suara mim kerana bertemu dengan huruf Contoh: , ,

F. Ikhfa Haqiqi

Bahasa: Menyembunyikan Istilah: Membunyikan nun mati tanwin antara bunyi izhar dan idgham tanpa tasydid serta kekal dengungnya. Huruf Ikhfa Haqiqi ada lima belas: Cara membacanya: Huruf pertama yang berupa nun mati atau tanwin dibaca dengan suara samar kerana bertemunya dengan salah satu huruf lima belas tersebut. Cara membaca Ikhfa Hakiki ada tiga bahagian: Aqrob ( )adalah yang lebih dekat dengan Izhar iaitu membacanya seperti Izhar tetapi disertai dengung sehingga menjadi samar. Hurufnya ialah ,, Contoh : ,

Abad ( )adalah yang lebih jauh dari izhar iaitu ketika membaca sangat nampak dengungnya atau samarnya sehingga suara nun mati atau tanwin menjadi hilang sama sekali. Adapun hurufnya ada dua iaitu dan Contohnya: .

Ausath ( )adalah pertengahan antara ikhfa aqrob dan ikhfa abad dalam hal kesamaran membacanya Hurufnya ialah Contoh: :

Sedangkan selain dari huurf Ikhfa Aqrob, Abad dan Ausath boleh dibaca dengan dua cara iaitu Aqrob dan Ausath. Contoh: .