Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN AMALI ( SEPT 2012 ) HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

KUMPULAN SEKAWAN

NAMA AHLI 1. WAN NOOR AMAN BIN WAN YUSOFF ( 780903-02-5787 ) 2. ABDUL HARIF BIN IBRAHIM ( 770402-02-5755) 3. TAN KOK WEI ( 840510-03-5783 ) 4. MUGILAN A/L KRISHNAN ( 820626-02-5721 ) 5.

NAMA TUTOR : EN. ZULKIFLI BIN AHMAD

GERAKAN KREATIF PEMBURU DAN SEMUT

1. POKOK berdiri sambil depa tangan, serta goyangkan tangan dan badan seolah-olah seperti ditiup angin, tumbang berguling akibat ditebang oleh pemburu. 2. BURUNG - gaya terbang dan berlari - lari sambil berpusing-pusing . Kemudian duduk bawah pokok. Pokok pula pegang daun lindungi burung.

3. PEMBURU- Berjalan, meniti bangku, merangkak sambil gaya mengintai sana - sini melihat burung dan bersedia dengan gaya hendak tembak burung. 4. SEMUT - merangkak ke arah pemburu, aksi seperti menggigit kaki pemburu, aksi berenang.

Pemburu gaya sakit kaki kena digigit semut , tembakan tersasar burung terbang dan pemburu tolak semut. Semut bergolek jatuh dalam sungai dan pergerakan seperti berenang, Burung melihat peristiwa itu dan mencapai daun yang dihulurkan pokok, baling pada semut, Semut panjat daun dan baring mengiring dan releks Burung terbang duduk bawah pokok.

Pemburu aksi marah gaya tebang pokok, burung terbang lari, pokok jatuh berguling.

SINOPSIS KISAH PEMBURU DAN SEMUT

Slot 1 Seekor semut berjalan-jalan mencari makanan dengan senang hati dan riang, pada masa yang sama burung juga terbang mencari makanan pada sebatang pokok dalam hutan. Setelah kenyang burung berteduh pada dahan pokok. Tanpa disedari pergerakan burung telah diperhatikan oleh seorang pemburu yang berada di seberang sungai. Pemburu itu terus meniti sebuah jambatan untuk menyeberangi sungai tersebut. Kemudian pemburu itu merangkak perlahan-lahan menghampiri sebatang pokok. Slot 2 Pemburu telah bersedia untuk menembak burung. Burung tidak menyedari bahawa dirinya akan menjadi mangsa tembakan. Perbuatan pemburu juga diperhatikan oleh semut. Semut dengan pantasnya meluru ke arah pemburu dan menggigit kakinya. Pommmmm.. tembakan pemburu tersasar, terkejut dengan bunyi itu burung terbang lari. Adoii. pemburu menjerit kesakitan lalu menepis semut jatuh ke dalam sungai. Slot 3 Semut bersusah payah berenang tenggelam timbul untuk menyelamatkan diri. Dia tahu nyawanya dalam bahaya. Bagi membalas jasa semut, burung telah mengambil sehelai daun dan membaling pada semut. Semut memanjat daun dan terselamat daripada mati lemas. Slot 4

Geram kerana tidak dapat menembak burung dan sakit kerana gigitan semut, pemburu melepaskan marahnya dengan menebang pokok. Pokok pun jatuh berguling, semut dan burung bertempiaran menyelamatkan diri

Slot 5 Setelah keadaan reda, semut dan burung berjumpa semula. Semut mengucapkan terima kasih kepada burung kerana menyelamatkannya. Begitu juga dengan burung. Mereka menjadi kawan baik. Pengajaran daripada cerita ini ialah setiap perbuatan baik akan dibalas baik. Selain itu kita janganlah merosakkan alam sekitar dengan menebang pokok-pokok sesuka hati ibarat pepatah marahkan nyamuk kelambu dibakar. Sekian.