Anda di halaman 1dari 15

Pudding De Coco

Puding kelapa susu

yani@myresipi.com

Created on : 20-08-2007

Bahan-bahan ( 18cm )

150ml santan kotak/tin 120ml susu pekat manis 300ml susu segar 25g gula 2 biji telur beberapa titik esen vanila Karamel 2 sudu besar gula 1 sudu besar air Cara-cara

1. Sediakan karamel Panaskan air dengan gula sehingga warna perang. Tuangkan ke dalam acuan. Ketepikan. 2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kacau sekejap tapi jangan bagi berbuih.( tak perlu pukul) 3. Kemudian masukkan santan, susu pekat, susu segar , gula dan esen vanila ke dalam no.2 tadi. Kacau sehingga semuanya sebati.

4.

Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang ada karamel tadi. 5. Letakkan loyang tadi ke dalam oven plate. Masukkan air suam ke dalam oven plate tersebut. Bakar dengan suhu 200 degree selama 40-45 minit. Boleh juga dikukus selama 40 minit atau sehingga masak.

6.

Pastikan puding betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

Milk jelly

Fresh milk yg dah nak expired boleh guna utk buat jelly... yg lambat lagi nak expired pun ok ;)

yani@myresipi.com

Created on : 22-06-2007

Bahan-bahan ( 5 orang )

500ml fresh milk 5 sb air 10g gelatin jem secukupnya daun pudina(optional) Cara-cara

1. Campurkan gelatin dan air. 2. Masukkan fresh milk ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan. Bila dah panas, masukkan gelatin tadi. Kacau sehingga gelatin larut . 3. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan. 4. Bila nak makan, letak jem dan hias dengan daun pudina. Puding Kastad

Simple custard pudding

erna@myresipi.com

Created on : 10-04-2006

Bahan-bahan ( 20 cm )

1 cawan tepung kastad 1 cawan gula 1 cawan jagung dalam tin 5 cawan santan sedikit garam Cara-cara Blend jagung. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat Masukkan ke dalam loyang Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk Aiskrim simple..

1. 2. 3. 4.

resepi ni terjumpa kat mana ntah...tp mmg mudah sangat nak dibuat..sekali buat, nak buat selalu!!! Anak2 pun suka....

afizaz93@myresipi.com

Created on : 06-09-2007

Bahan-bahan ( boleh menjamu seisi keluarga.. )


2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke) 2 cawan coffemate 1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis) Cara-cara

1. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he Puding Cendol

tuntung15@myresipi.com

Resepi favourite sebab mudah. Kalau di kawasan rumah Kak Ogy bila ada kenduri dan ada Puding Cendol, jiran2 dah tau nih mesti Kak Ogy buat.

Created on : 10-09-2007

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

Bagi Lapisan Bawah 500ml air 180gm gula pasir 300ml santan pekat 10gm agar - agar powder 500gm cendol sedikit garam Bagi Lapisan Atas 500ml air 200gm gula merah 300ml santan pekat 10gm agar - agar powder 1 biji kuning telur sedikit garam Cara-cara Bagi Lapisan Bawah Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong. Bagi Lapisan Atas Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

9.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan. 10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan. Puding karamel

Puding gula hangus. 1st. time buat nih..

Alia@myresipi.com

Created on : 05-06-2006

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

400cc(400ml) susu segar/susu cair 5 sudu besar gula halus 3 biji telur- pada suhu bilik 2 biji telur kuning-pada suhu bilik 2-3 titik esen vanila [ KARaMEL ] 5 sudu besar gula 2 sudu besar air Cara-cara

1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan. 2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih. 3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. 4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi. 5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit 6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree. 7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka. 8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais Puding Jagung

Lain sedikit daripada resipi sebelum ini.

F&N@myresipi.com

Created on : 04-07-2006

Bahan-bahan ( sefamily )

1 cawan tepung kastad 1 cawan jagung manis 3/4 cawan gula 3 cawan air 1 1/2 cawan susu cair Cara-cara

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air. 2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati. 3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. Puding roti

enak dimakan ketika sejuk. sesuai untuk hidangan petang

hanis@myresipi.com

Created on : 04-07-2006

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


4 keping roti, disapu mentega 450ml susu segar 3 biji telur 25g gula 1 sudu besar tepung kastard Cara-cara Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih). Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan. Ais Krim Kacang Merah

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tengah panas? Tengah geram?....Releks laaa!!..Jom kita makan ais krim kacang merah....

Mat Gebu@myresipi.com

Created on : 21-08-2007

Bahan-bahan ( 7 - 8 orang )

270 g coffemate (creamer tepung) 500 ml susu segar 100 g gula halus (gula kastor) 1 tin kacang merah dalam tin Cara-cara

1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku). 2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu. 3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman. Tiramisu

satu lagi versi buat tiramisu... simple...

umi_e@myresipi.com

Created on : 25-01-2007

Bahan-bahan ( 6-8 orang )


2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir 250g cream cheese 250g whipping cream 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis) satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula) serbok kok/cokolat utk hiasan Cara-cara

1.

satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang

2.

Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar

3.

Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. (gambar di atas cuma 2 lapisan je tau tu...)

4.

Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka. 5. *** Tiramisu saya nampak creamnya agak tebal di atas kerana saya kehabisan biskut so saya buat 2 lapisan saja dan letak semua cream di atas lapisan yang kedua tadi... Tiramisu simple

Modified dari kek oren buat hari tu...

umi_e@myresipi.com

Created on : 22-12-2006

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )


1 biji sponge kek atau apa2 kek 250ml whipping cream 200ml cream cheese 1/2 cawan gula halus 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) 1 sudu makan serbuk nescafe serbuk koko untuk hiasan Cara-cara

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi

2.

Satukan gula, cheese dan cream

3.

Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu

4.

Potong kek pada 3 bahagian

5.

Susun 1 bahagian dalam bekas

6.

Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek

7.

Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek

8.

Susun lagi bahagian yang selebihnya

9.

Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...

10.

Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya... Kek biskut segera

Resepi yang tidak perlu dibakar atau dikukus. Pencuci mulut yang mudah disiapkan dan jadi kesukaan kanak-kanak.

umi_e@myresipi.com

Created on : 22-11-2006

Bahan-bahan ( untuk 4 orang makan )


1 Bungkus biskut manis (apa2 jenis biskut yang disukai) 1 cawan susu segar 1 sudu makan serbuk coklat ( Milo pun boleh) 125gm coklat masak satu sudu teh margerin manik2 untuk hiasan fresh cream segera untuk hiasan (optional) Cara-cara

1. Panaskan susu segera ( tak perlu sampai mendidih) 2. Masukkan serbuk cokolat dan bancuh sampai rata

3.

Celupkan biskut manis tadi

4.

Susun dalam pinggan (ikut suka cara menyusun)

5.

Panaskan coklat cair bersama margerin ( Saya panaskan dlm microwave selama 1 min dan kacau sampai rata dan cair

6.

Tuangkan coklat yang telah cair ke atas susunan biskut

7.

Ratakan sehingga menutupi semua biskut

8.

Taburkan dengan manik2

9.

Kemudian hiaskan dengan fresh cream (Jika suka)

10.

Potonglah kek biskut yang telah siap 11. Boleh dibuat sebagai pencuci mulut atau minuman petang Puding Pelangi

Resipi dr internet yg diubahsuai sukatannye, penyediaan xsmpai 20min!

alma@myresipi.com

Created on : 05-01-2007

Bahan-bahan ( 5-6 orang )


10g serbuk agar2 (blh guna agar2 tali jugak) 650ml air 180gm gula pasir (saya kurangkn kuantiti gula - blh smpai 160g utk yg versi kurang manis lagi) 60gm mentega 1 biji telur tin susu cair 1 sudu makan tepung custard 1 sudu makan serbuk koko 1/2 sudu teh vanilla pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh) Cara-cara

1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan 2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis 3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api. 4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah. 5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan). 6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis. 7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....sori ler, puding yg buat ari tu xmcm pelangi sgt baru je msk dlm fridge, anak I stir sket ngan jarinye - xsabor nk mkn :(

Dadih

mudah disediakan dan ditambah perisa mengikut citarasa

minami133@myresipi.com

Created on : 15-01-2007

Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )


1 liter air 1 liter susu segar 1 cawan gula 11 g serbuk agar2(2 sudu besar) secubit garam perisa (jagung,strawberi,milo dll) Cara-cara

1. masak air dgn gula sampai gula hancur. 2. masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati. 3. tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

4.

dadih jagung dan bandung Fruit jelly

boleh guna oren, limau atau grapefruit

yani@myresipi.com

Created on : 25-01-2007

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji limau- large size 4g serbuk agar-agar 500ml air + jus limau 50g gula secubit garam Cara-cara

1.

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan. 2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya. 3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

4.

Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

5.

Grapefruit jelly

6.

Kalau guna oren buatlah 4 biji. Mungkin susah sikit nak keluarkan isi oren berbanding dengan limau. Rubies Delight

Pencuci mulut khas dari Thailand

Mat Gebu@myresipi.com

Created on : 30-01-2007

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 biji sengkuang (kurang lebih 300 g) 1 cawan tepung ubi 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air 200 g gula pasir* 500 ml air* 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan 250 ml santan pekat + secubit garam Ais hancur secukupnya Cara-cara

1.

Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.

2.

Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan

3.

Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.

4.

Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan santan. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut. Puding Belang

junjs11@myresipi.com

resepi dalam simpanan...x ingat dr mana...

Created on : 25-03-2007

Bahan-bahan ( 1 acuan sederhana )


10gm serbuk agar2 200gm gula 2 1/2 cawan air 1 tin susu cair 3 sudu besar butter 3 sudu besar tepung jagung 2 biji telur 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco) sedikit pewarna kuning Cara-cara

1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur. 2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi. 3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua. 4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko. 5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis. 6. Sejukkan dan hidangkan.