Anda di halaman 1dari 10

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 PENDAHULUAN Pembelajaran penulisan ialah satu aktiviti meluaskan kemahiran yang berkait rapat dengan menulis dan membentuk simbol grafik bahasa, membaca serta mengenal huruf. Pembelajaran penulisan dapat diperolehi semenjak dari peringkat pra sekolah dan meningkat hingga ke peringkat tinggi. Kemahiran menulis ialah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata pelajaran lain. Ini adalah kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran. Menulis dalam apa bentuk sekalipun dianggap mustahak kerana ia dapat membantu untuk meningatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Faedah menguasai kemahiran menulis kepada murid tidak terhad untuk jangka masa yang pendek sahaja, malah akan berlanjutan sepanjang usia kehidupan mereka. Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai melalui pengajaran. Besar Untuk mencapai kemahiran menulis yang sempurna, sebahagian besar tanggungjawab adalah terletak pada bahu guru. Kesedaran betapa pentingnya kemahiran menulis dan perkaedahan yang sesuai yang digunakan dalam mengajar penulisan adalah penting dan mempengaruhi pencapaian murid dalam kemahiran menulis. Menulis karangan merupakan sebahagian daripada aktiviti menulis. Kebolehan dan kemahiran menulis karangan biasanya merujuk kepada kebolehan pelajar memilih serta menyusun pengalamannya. Pengalaman yang tercipta daripada hasil fikiran, fakta, perasaan, khayalan, pandangan sama ada diperoleh melalui pengalaman sendiri atau daripada bacaan dan pendengaran mengikut kebolehan seseorang individu. Dalam baru sekolah rendah (KBSR), tiga kemahiran asas yang dipentingkan ialah

kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemahiran menulis adalah penting sebagai salah satu daripada kemahiran asas dalam proses pembelajaran. Tujuan utama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah untuk mengetahui tahap pencapaian murid murid Tahun Enam KBSR dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira

mengikut bahasa pengantar. Murid murid sekolah rendah seharusnya dapat menguasai kemahiran penulisan ini melalui program pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu yang meliputi kemahiran mendengar,bertutur, membaca, menulis serta dapat menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat. Dalam aspek penulisan, murid murid seharusnya boleh menghasilkan penulisan yang baik dan jelas dalam pelbagai bentuk penulisan seperti karangan biasa, bergambar, berangsangan, berpandu dan lain lain aktiviti bertulis. Untuk menentukan taraf pencapaian dan kemahiran penulisan Bahasa Melayu di kalangan murid murid seperti yang dicadangkan, satu proses ujian dan penilaian perlu diwujudkan sebagai bahagian yang melengkapi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengujian ke atas murid ini dilakukan sama ada secara formal atau tidak formal. Pengujian secara formal bermaksud ujian yang dijalankan di peringkat sekolah atau kebangsaan yang ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan manakala pengujian yang berterusan berbentuk latihan penulisan dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah.

1.2 KONSEP PENULISAN Dalam aspek penulisan, karangan merupakan satu jenis gerak kerja yang penting. Mengikut Kamus Dewan penulisan adalah satu perihal atau kegiatan hasil daripada menulis atau mengarang (halaman 1400, Kamus Dewan Edisi Baru 1989). Karangan pula ialah gubahan atau susunan menulis. Mengikut Pendita Zaba (1952) penulisan adalah hasil daripada kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata kata untuk dijadikan rangkai kata dan seterusnya untuk dijadikan ayat, cerita , laporan dan penerangan. Menurut Koh Boh Boon, mengarang adalah satu proses untuk melahirkan satu idea atau satu makalah panjang. Dari segi isinya, ia meliputi surat kiriman, minit mesyuarat, nota ringkas, cerita, laporan,iklan,syarahan dan lain lain lagi. Yang lebih mustahak, penulisan merujuk kepada kebolehan seseorang memiliki dan menyusun pengalaman yang berguna untuk ditulis. Pengalaman adalah hasil fikiran, fakta, perasaan, pandangan dan pendapat sama ada diperolehi melalui pengalaman sendiri atau daripada bacaan dan pendengaran mengikut kebolehan seseorang individu. Bidang penulisan termasuklah penulisan am, kreatif (karangan dan khayalan)dan fakta. Semua jenis penulisan terdiri daripada fakta fakta, pandangan pandangan, pendapat dan perasaan yang

telah disusun oleh pengarangnya untuk membentuk sat hasil karya. Penjelasan sesuatu tujuan dan ketepatan fakta fakta yang hendak diolah atau dicanai mengikut laras bahasa pengkaryanya akan menentukan keberkesanan sesuatu hasil penulisan.

1.3 KONSEO PENULISAN MENGIKUT SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

Konsep dalam Kamus Dewan (Edisi Baru 1989, halaman 651) yang bermaksud Pengertian mengenai sesuatu dan Penulisan mengikut Kamus Dewan (Edisi Baru 1989, halaman 1400) ialah kegiatan menulis atau mengarang. Konsep penulisan mengikut Sukatan Pelajaran (1983) ialah satu pengertian mengenai kegiatan manusia atau mengarang. Dalam Kurikulum Bahasa Melayu, penulisan merangkuni asas berbahasa dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penulisan meliputi aspek mekanis, penggunaan dan penaakulan. Memandangkan bahawa perhubungan di dalam dan di luar bilik darjah adalah melalui pertuturan dan penulisan, maka semua murid hendaklah menguasai kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis. Pada Tahap Satu, murid murid dipimpin untuk mendengar, menyebut, mengenal dan membentuk lambing huruf dan perkataan serta menggunakan kemahiran tersebut dalam penulisan. Pada Tahap Dua, penekanan diberikan kepada kemahiran belajar melalui pembacaan, perbincangan dan penulisan serta penggunaan bahasa untuk berfikir dan berkomunikasi. Penulisan ialah penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahamimaksudnya. Di peringkat sekolah rendah,gerak kerja penulisan dilaksanakan berdasarkan perkembangan fizikal dan mental kanak kanak itu. Gerak kerja yang dititik beratkan dalam peringkat ini ialah kemahiran kemahiran awal yang merangkumi kemahiran pra tulis, penulisan mekanis dan penulisan akal atau taakulan. Tiga peringkat kemahiran penulisan ini sejajar dengan matlamat dan objektif pembelajaran Ko-Kurikulum Sekolah Rendah sebagaimana yang terdapat dalan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.

Secara amnya, objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ialah supaya pelajar dapat melahirkan pendapat, perasaan, fakta dan lain laian melalui kemahiran bahasa tulisan. Untuk mencapai objektif tersebut, guru memikul tanggung jawab untuk mencari cara atau kaedah yang sesuai. Secara keseluruhannya, guru diminta oleh Sukatan Pelajaran tersebut supaya mendahulukan latihan mendengar, bertutur dan membaca sebelum seseorang pelajar diminta untuk menulis karangan. Karangan ialah penglahiran perasaan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah prkataan yang terhad dan masa yang ditetapkan oleh guru.Secara tidak langsung, kanak kanak diberikan kebebasan untuk melahirkan fikiran, pendapat komen, cadangan dan ulasan ketika menjawab karangan.Dari aspek yang lain pula, fikiran mereka dikawal oleh tajuk atau topic karangan yang telah disediakan oleh guru. Pada keseluruhannya, aspek penulisan mengikut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai penulisan karangan yang tepat di samping dapat memperkembangkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dan meluaskan ilmu pengetahuan murid.

1.4 PERNYATAAN MASALAH Sebelum penulis membuat kajian ini, penulis akan menyatakan beberapa masalah yang dilakukan oleh murid murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dalam penulisan karangan Bahasa Melayu berdasarkan pengalaman penulis bersama seorang guru Bahasa Melayu Tahun Enam sekolah tersebut dalam menanda kertas penulisan mereka. Kesilapan yang nyata dapat dilihat oleh penulis semasa menanda kertas penulisan murid murid tersebut ialah : Ketiadaan isi utama dalam sesuatu perenggan Tiada penghuraian tentang isi utama. Tidak mengetahui cara menghuraikan isi karangan yang diberikan. Ketiadaan isi sampingan yang berfungsi untuk menjelaskan huraian topik atau ayat yang mengikutinya. Isi karangan murid kurang bernas dan kenyataan mereka hanya sepintas lalu sahaja.

Isi karangan pelajar tiada urutan dari satu fakta ke satu fakta yang lain. Isi longgar dan tidak dikembangkan dengan lancer dan menarik. Isi tidak dapat menunjukkan kejelasan fikiran dan kurang menyakinkan. Murid tidak faham dengan tajuk karangan. Isi menyimpang dan tiada kaitan dengan tajuk. Maka terhasillah karangan yang terkeluar dari yajuk sebenar. Murid murid Tahun Enam ini juga kurang faham cara membentuk perenggan atau format dalam penulisan karangan. Mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakan penulisan karangan yang betul, isi isi penting yang mesti ditulis dan juga bagaimana hendak mengakhiri sesuatu penulisan karangan yang diberikan kepada mereka. Terdapat juga karangan yang ditulis oleh murid murid ini tiada kesimpulannya. Kesalahan dari segi ejaan dan tanda baca juga kerapkali dilakukan oleh murid murid ini.Kesalahan ejaan yang kerap dilakukan ialah pada penggunaan huruf berganda seperti nn,gg dank kk. Penulis juga mendapati terdapat segelintir murid murid Tahun Enam di sekolah ini yang masih tidak dapat memahami tajuk dan membuat perancangan terhadap isi isi dan aspek aspek yang berkaitan dengan teknik mengarang. Kemahiran asas penulisan juga tidak dikuasai iaitu dari segi struktur ayat yang dihasilkan. Ayat ayat yang dihasilkan dalan penulisan mereka tidak gramatis. Tidak dapat menentukan subjek dan prediket sesuatu ayat, ayat yang tergantung dan tidak difahami maksudnya, longgar, berbelit belit atau berjela jela panjangnya. Oleh yang demikian, penulis berpendapat bahawa kelemahan murid murid dalam menghasilkan sesuatu penulisan tergambar berdasarkan factor isi, bahasa dan tulisan. Kelemaham ini mungkin disebabkan oleh tatabahasa, gaya atau laras bahasa penulisan yang mempunyai peraturan yang terkawal.

1.5 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid murid Tahun Enam pastinya wujud pelbagai masalah khususnya dalam aktiviti penulisan karangan. Masalah ini akan menjadi

cabaran kepada guru guru dan pihak pentadbiran sekolah untuk mengatasinya. Maka, objektif utama kajian ini adalah seperti yang berikut : Mengenal pasti jenis jenis kesalahan yang dilakukan oleh murid murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dalam menulis karangan. Mengenal pasti masalah pembelajaran penulisan yang dihadapi oleh murid murid Tahun Enam dengan membuat analisa. Mengetahui setakat mana keberkesanan guru guru Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra mengajar karangan pada murid murid Tahun Enam di sekolah tersebut. Mengetahui sikap dan minat murid murid Tahun Enam di sekolah tersebut dalam aspek penulisan

Melalui kajian ini, penulis berharap agar dapatan dapatan yang diperolehi akan dapat membantu guru guru dalam mengatasi kelemahan pembelajaran penulisan karangan. Guru guru akan membuat pengajaran yang lebih menarik minat murid murid dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran yang aktif dan memuaskan. Dalam proses pembelajaran, kajian ini juga mungkan akan dapat menyediakan dan membentuk murid murid dalam proses : 1. Memperkukuhkan kemahiran berfikir dam menulis secara sistematik. 2. Melahirkan buah fikiran dalam bentuk tulisan. 3. Mengasah bakat kreatif dalam bidang prosa, puisi dan penulisan karangan. 4. Mengeluarkan pendapat, komen, pandangan, hujah dalam pelbagai tajuk karangan. 5. Menjalankan latihan lisan dan tulisan secara berkaitan. 6. Merasa seronok dan diransang untuk belajar. 7. Melatih membina ayat yang gramatis dan betul serta mematuhi hokum hokum tatabahasa dan tanda baca yang betul.

Apabila murid murid ini sudah dibentuk sedemikian rupa, sudah tentu mereka akan mendapat kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam aktiviti menulis karangan. Kemajuan ini akan meningkatkan lagi pencapaian prestasi dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu secara keseluruhannya. Pencapaian ini akan memudahkan mereka melepasi tangga peperiksaan formal dan berinteraksi secara lisan atau tulisan dengan orang lain dalam kehidupan sehariannya.

1.6 SOALAN KAJIAN 1. Sejauh manakah murid murid Tahun Enam dapat menguasai kemahiran menulis melalui dua tajuk penulisan yang disediakan untuk mereka ? 2. Apakah kualiti pencapaian murid murid ini berdasarkan hasil penulisan karangan mereka ? 3. Apakah faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian penulisan karangan murid murid Tahun Enam ini ? 4. Bagaimanakah sikap da minat murid murid Tahun Enam sekolah tersebut dalam aspek penulisan ?

kelemahan dan meningkatkan kemahiran serta pencaoaian murid murid Tahun Enam ini dalam penulisan karangan ?

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN Penulis berpendapat bahawa kajian ini penting kerana Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran yang diutamakan dalam proses pendidikan di Negara kita. Meskipun Bahasa Melayu sering dituturkan oleh murid murid sama ada di rumah atau pun di sekolah, namun rata rata daripada murid murid ini masih tidak dapat memindahkan idea mereka dalam bentuk penulisan dengan menggunakan bahasa yang sebenarnya. Kajian ini sedikit sebanyak akan dapat menggambarkan keadaan umum penggunaan bahasa tersebut di kalangan murid yang telah pun mengikuti pendidikan formal selama enam tahun di

peringkat sekolah . Dalam tempoh itu, mereka bukan sahaja telah didedahkan dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar malah mereka juga didedahkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang diwajibkan menurut Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada guru guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah agar mereka dcapat bersama memikirkan cara dan alternative yang terbaik untuk mempertingkatkan lagi pencapaian mutu penulisan murid murid. Kesalahan kesalahan bahasa yang menjadi kebiasaan dan kelaziman murid murid akan dapat dikurangkan dan diatasi bersama.

1.8 BATASAN KAJIAN Untuk tujuan ini, penulis menggunakan beberapa hasil kerja murid sebagai instrument kajian : Kajian adalah terhad kepada batasan kajian seperti berikut :1. Penulis menjalankan ujian penulisan kepada murid murid Tahun Enam di sekolah yang terlibat dalam kajian ini. 2. Aspek bahasa yang dikaji terhad kepada beberapa criteria iaitu :Penggunaan tatabahasa Penggunaan ejaan yang betul. Penggunaan struktur ayat,[perkataan dalam ayat iaitu dari segi ketepatannya.]

3. Penulis turut menggunakan boring soal selidik kepada murid sebagai bahan sokongan

1.9 DEFINISI ISTILAH Sebelum kajian ini diteruskan, terlebih dahulu perlulah kita memahami pengertian istilah yang digunakan dalam kajian ini. Definisi ini akan memudahkan kefahaman tentang isi isi yang akan dihuraikan dan dibincangkan.

1.9.1 Kualiti Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996 : halaman 714) kualiti bermaksud darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi dan bermutu.

1.9.2 Masalah Menulis Karangan Masalah menulis karangan bermaksud berlakunya kesalahan kesalahan, kekurangan kekurangan danwujudnya sesuatu yang bertentangan dengan peraturan yang sudah ditetapkan di dalam sesebuah karangan. Segala masalah ini akan menghasilkan sebuah karangan yang tidak bermutu dan rendah kualitinya. Masalah ini boleh ditinjau dan dihuraikan dari dua aspek iaitu dari segi kelemahan murid yang menghasilkan karangan dan kelemahan karangan yang dihasilkan. Dari segi kelemaham murid merangkumi pengetahuan, pengalaman, persekitaran dan emosi. Sementara dari aspek kelemahan karangan yang dihasilkan merangkumi tatabahasa, huraian isi atau idea, perenggan dan daya kreativiti.

1.9.3 Penulisan Karangan Menulis karangan ialah satu aktiviti untuk mencari, memikirkan dan mengumpul maklumat, pendapat, idea dan perasaan sama ada yang berbentuk abstrak, konkrit serta khayalan untuk disampaikan dalam bentuk tulisan. Maka, ia merupakan satu kerja untuk merealisasikan sesuatu yang ada dalam perbendaharaan fikiran ke dalam bentuk yang boleh dibaca, difahami dan dihayati oleh orang lain. Aktiviti ini memerlukan kemahiran menulis, kecerdasan, kecekapan penguasaan bahasa dan menulis karangan. Nik Safiah Karim (1979), penulisan merupakan hasil serta symbol pertuturan kerana suara tidak dapat disampaikan ke tempat yang jauh. Penulisan mengambil alih akan peranan pertuturan.Perkara ini tidak seharusnya menimbulkan tanggapan bahawa penulisan kurang penting kerana bahasa tulisan bukan sahaja dapat difahamkan tetapi member kesempatan untuk difikirkan semula, diserap dan dianalisa. Zaba (1932), karangan adalah hasil daripada kepandaian atau kemahiran matau menyusun katka kata unutk dijadikan rangkai kata (frasa) dan seterusnya untuk dijadikan ayat. Beliau

menyimpulkan bahawa ada sebuah karangan mengamdungi ayat ayat yang telah digubah atau disusun untuk dijadikan cerita, laporan, penerangan dan sebagainya. Awang Sarian (1988), menyatakan bahawa penulisan merupakan satu cara manusia berkomunikasi secara bukan lisan. Komunikasi melalui tulisan memerlukan kemahiran tertentu yang mungkin tidak diperlukan komunikasi lisan khususnya komunikasi lisan tidak formal di antara kemahiran yang perlu ada untuk komunikasi melalui tulisan termasuklah kemahiran mengungkapkan buah fikiran secara terancang, tersusun dandengan bahasa yang baik. Dalam dan konteks kajian ini, penulisan yang akan diambil kira ialah penulisan Tahun Enam dan kesesuaiannya mengikut kemahiran yang disenaraikan dalam sukatan Pelajaran KBSR.

1.9.4 Murid murid Tahun Enam Murid murid Tahun Enam bermaksud murid murid sekolah rendah yang menduduki persekolahan secara formal selama enam tahun di sekolah rendah.Dalam konteks kajian ini, murid murid sekolah ini telah menjalani proses pembelajaran mengikut program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sepenuhnya dalam tahun 1983.Dalam kurikulum baru ini, murid murid yang berada di Tahun Enam akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah (UPSR). Penilaian ini adalah untuk menentukan pencapaian murid murid setelah enam tahun berada di sekolah rendah sebelum melangkah ke peringkat menentah.

Anda mungkin juga menyukai