Anda di halaman 1dari 20

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

0
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
) ) 2 2 ? ? $ $ B B # # < < ) ) / / 6 6
S Se es su un ng gg gu uh hn ny ya a k ke et te er ra an ng ga an n- -k ke et te er ra an ng ga an n i in ni i m me en nj ja ad di i p pe er ri in ng ga at ta an n, , o ol le eh h i it tu u s se es si ia ap pa a y ya an ng g m ma ah hu uk ka an n
k ke eb ba ai ik ka an n h he en nd da ak kl la ah h d di ia a m me en ng ga am mb bi il l j ja al la an n y ya an ng g m me em mb ba aw wa a k ke ep pa ad da a T Tu uh ha an nn ny ya a [ [7 73 3: :1 19 9] ]. .



_|:| :=- _|, |- =- _|:| :=- _|, |- =- _.~ _| .- _,~ _.~ _| .- _,~ -~ _ -~ _
-~ _ _,: _- - .| ,- -|~ =- -~ _ _,: _- - .| ,- -|~ =-
.:,- =- .:,- =- _:|- _:|- -~ _ _|. .=- ~: -~ _ _|. .=- ~:
T
T
A
A
Z
Z
K
K
I
I
R
R
A
A
H
H
H
H
A
A
D
D
H
H
A
A
R
R
A
A
T
T

M
M
U
U
J
J
A
A
D
D
D
D
I
I
D
D
I
I
Y
Y
Y
Y
A
A
H
H

H HA AD DH HR RA AT T I IM MA AM M R RA AB BB BA AN NI I M MU UJ JA AD DD DI ID D A AL LF F T TS SA AN NI I
H HA AD DH HR RA AT T S SH HA AH H A AB BD DU UL LL LA AH H G GH HU UL LA AM M A AL LI I D DE EH HL LA AW WI I
H HA AD DH HR RA AT T K KH HW WA AJ JA AH H D DO OS ST T M MU UH HA AM MM MA AD D Q QA AN ND DA AH HA AR RI I
K Ka ar ra an ng ga an n S Su us su un na an n: :
H Ha ad dh hr ra at t M Ma au ul la aw wi i J Ja al la al lu ud dd di in n A Ah hm ma ad d A Ar r- -R Ro ow wi i A Al l- -A Am ma an ni i U Uf fi iy ya a A An nh hu u
T Te er rb bi it ta an n E Ed da ar ra an n: :
K Kh ha az za an na ah h N Na aq qs sh ha ab ba an nd di iy yy ya ah h
N Na aq qs sh ha ab ba an nd di i A Ak ka ad de em mi i Q Qu ur ra an n S Su un nn na ah h H Ha ad di it ts s
M Ma ar rk ka az zi i K Kh ha an nq qa ah h K Kh ha al li il li iy yy ya ah h N Na aq qs sh ha ab ba an nd di iy yy ya ah h M Mu uj ja ad dd di id di iy yy ya ah h
S Se el la ay ya an ng g S Se el la an ng go or r D Da ar ru ul l E Eh hs sa an n
1 14 43 34 4 H H / / 2 20 01 13 3 M M
Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar
)
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang
hari akhirat) dan sebagai

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah
1
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
t $=_ .? $G )=9
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang Yang lalaikan kebenaran
hari akhirat) dan sebagai benda Yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

Amani Ufiya Anhu
orang Yang lalaikan kebenaran
orang musafir.

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

2
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
HADHRAT KHWAJAH KHWAJAGAN PIR PIRAN
IMAM RABBANI MUJADDID ALF TSANI SYAIKH
AHMAD FARUQI SIRHINDI RAHMATULLAH ALAIH

adhrat Syaikh Ahmad Sirhindi Mujaddid Alf Tsani yakni seorang pembaharu
kebangkitan bagi Milenium kedua, telah dilahirkan pada tahun 971 H/1563 M di
Sirhind, Timur Punjab, India. Keturunan keluarganya berkait dengan Hadhrat
Amirul Mukminin 'Umar Al-Faruq Khalifah Kedua Islam pada peringkat ke-29 dalam silsilah
keturunan secara genealogi. Beliau mempelajari Falsafah, Logik Mantiq dan Sains Tradisional
dari bapanya Shaykh 'Abdul Ahad (w.1007 H/1598 M) dan 'Ulama lain masa termasuk
Mawlana Kamaluddin Kashmiri, Mawlana Muhammad Yaqub Kashmiri dan Qadhzi Bahlul
Badakhshi. Beliau mengambil alih penguasaan dalam disiplin dan sains ini apabila beliau
adalah hanya berumur tujuh belas tahun. Beliau tiba di ibu kota Akbarabad pada tahun 998
H/1589 M. Di sini dia telah bertemu dengan dua orang personaliti terkenal Mahkamah Diraja
Akbar iaitu Syeikh Abu Al-Fadhzl (w. 1010 H/1601 M) dan saudaranya Syeikh Abu Al-Faidhz
Faidhzi (w. 1004 H/1595 M). Beliau juga membantu Syaeikh Faidhzi dalam pengumpulan
Tafsir Sawati' Al-llham iaitu sebuah kitab tafsiran Al-Quran tanpa huruf yang bertitik. Dia
telah bersama-sama dengan mereka untuk memanafaatkan masa dengan baik tetapi apabila
mereka hanyut dan menyimpang dari norma-norma yang ditentukan Syari'at Perundangan
Islam, beliau berpisah dari mereka pada memikirkan risiko terkuburnya cita-cita beliau sendiri
untuk masa depan bagi maksud mengangkat kedaulatan dan kemuliaan Islam dalam bentuk
asli yang sebenar dan tidak bercela.

Syaikh Ahmad Sirhindi mempunyai kebenaran Ijazat untuk menyebarkan dan
mendapatkan pelbagai Nisbat dalam rantaian Silsilah Para Masyaikh terutamanya di dalam
Silsilah Chishtiyah diterima dari bapanya Syaikh Abdul Ahad (w. 1007 H/1598 M). Di dalam
Silsilah Naqshbandiyah, beliau telah menerimanya daripada Khwajah Muhammad Baqi Billah
(w. 1012 H/1603 M) dan di dalam Silsilah Qadiriyah beliau telah menerima daripada Shah
Kamal Kathayli, (w. 981 H/1573 M). Khwajah Baqi Billah mengakui dan menghargai
pencapaian keruhanian Shaykh Ahmad Sirhindi dan telah menunjukkan kehormatan dan
sanjungan ke atas beliau sebagai menepati pencirian seorang Shaykh atau ketua Silsilah itu.
Beliau telah memulakan misi reformasi sosial bagi manfaat rakyat jelata dan diperindahkan
lagi dalam menuruti kriteria Syari'at. Semasa pemerintahan Raja Akbar antara tahun 963
H/1556 M sehingga 1014 H/1605 M, untuk mencapai misi, beliau telah bertindak dengan
tegas walaupun menimbulkan kemarahan Mahkamah Diraja. Pemerintahan Maharaja Mughal
yang selebihnya adalah tempoh usaha berat Hadhrat Mujaddid dalam mencapai misinya yang
besar, tetapi kejayaan sebenar terurai sehingga selepas akhir pemerintahan Akbar dan ia
adalah pada zaman pemerintahan Maharaja Jahangir iaitu di sekitar tahun 1014 H/1605 M
hingga 1037 H/ 1628 M, bahawa usahanya telah membuahkan hasil. Beliau mempunyai
hubungan yang baik dengan menteri-menteri dan orang kenamaan lain Mahkamah Diraja.

H
Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

3
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Perhubungan akrab dengan para menteri kerajaan dan sebagai seorang tokoh diraja,
beliau telah diberikan peluang yang besar dan ianya bukan rahsia tetapi dalam pengetahuan
penuh raja, dalam usaha untuk menyebarkan misinya yang menarik sebilangan besar orang
awam dan mengekalkan hal ehwal kerajaan. Beliau telah dijadikan sasaran kemarahan
Maharaja Jahangir oleh mereka yang memegang permusuhan terhadap beliau di Mahkamah
Diraja. Oleh itu, Maharaja Jahangir telah memenjarakan Hadhrat Mujaddid di Gawalior Fort
untuk selama setahun iaitu dari tahun 1028-1029 H. Selepas itu Jahangir berasa malu dan
mengeluarkan Hadhrat Mujaddid serta menganugerahkan kepadanya beberapa hadiah yang
berharga. Seterusnya Maharaja Jahangir telah menawarkan beliau untuk berada dalam
pengurusan pentadbiran negara bersama-sama dengan menteri-menteri lain dan pegawai-
pegawai tinggi Negeri pada tahun 1618-24 H/ 1028-34 M . Beliau telah menerima tawaran ini
dengan syarat bahawa Shaykh Ahmad mahukan kemudahan dan peluang untuk menjalankan
misinya dengan tenang dan jujur dalam menyedarkan rakyat dengan ajaran Islam.

Beliau membawa suatu revolusi dan reformasi yang besar dalam sikap dan tingkah
laku rakyat, dan ianya dibentangkan di hadapan mereka dengan ajaran yang asli dan tidak
boleh dipertikaikan dalam Agama Ilahi Islam. Ini menyebabkan perubahan luar biasa dalam
kehidupan sosial dan peribadi mereka yang menurutinya. Dalam erti kata lain, beliau terbukti
menjadi "Mujaddid" iaitu pembangkit sebenar kebangkitan ini atau seorang yang berada di
barisan hadapan sebuah revolusi besar yang dibangkitkan semula, yang mana telah dapat
membuka jalan untuk kemajuan seterusnya dalam misi menuju Ilahi dengan penuh keamanan
dan ketenangan di bumi ini.

Beliau meneruskan usaha untuk penubuhan sebuah negara Islam di India, bukan
bersama operasi dengan orang bukan Islam seperti membawa kehadiran atau kemasukan
mereka kerana apa-apa dalam kebangkitan semula Islam semata-mata secara eksklusif
mungkin menggalakkan mereka di bawah pengaruh beberapa kuasa asing untuk mensabotaj
pergerakan. Beliau juga bertungkus lumus berusaha untuk penubuhan Muslim India. Beliau
menterjemahkan perkhidmatan yang tidak ternilai dalam bidang Syari'ah Undang-undang
Islam dan Tariqat yang merupakan suatu tafsiran kesufian pengamalan Al-Quran dan As-
Sunnah, politik, kerajaan, sosial serta pembaharuan ekonomi. Rakyat secara umumnya telah
hanyut jauh dari kehidupan Syari'at serta menganggap baik untuk melakukannya di antara
mereka dan telah menjadi mangsa kepada upacara dan ritual yang tidak sesuai dengan
Syari'at Islam. Melalui huraian ilmiah Hadhrat Mujaddid serta perbualan dan surat beliau
kepada beberapa tokoh negarawan, beliau telah mengubah pemikiran dan kaedah tingkah
laku rakyat di India dan membawa mereka berada berkeliling dalam norma Syari'at dan
dengan itu beliau telah menunjukkan kepada mereka garis panduan yang betul dan kaedah
pembebasan dari kegelapan pelanggaran perintah yang mereka telah jatuh. Jikalau tidak
kerana usaha pembebasan yang tepat pada masanya oleh Hadhrat Mujaddid yang agung,
mereka akan menjadi mangsa kejahatan dan bertanggungjawab kepada perhitungan yang
bersungguh-sungguh bukan sahaja di dunia ini tetapi juga selepas kematian nanti.

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

4
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Gambaran mengecewakan apabila seseorang hanyut dari jalan yang benar tidak hanya
tertumpu kepada orang biasa tetapi lelaki yang mendakwa untuk menjadi Sufi dan orang-
orang Salih juga menjadi mangsa keengganan dan buta terhadap amalan adat dan upacara
yang dipinjam daripada jiran-jiran bukan Islam dan dengan itu mencemarkan wajah
kesaksamaan Islam dan ajaran Ilahi yang telah diturunkan. Orang-orang itu telah
diselamatkan dari jalan amalan menipu dan dibawa balik ke landasan asli menuju kesalihan
dengan usaha yang berterusan lagi meyakinkan daripada Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid
Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi.

Mengenai laluan pemikiran dan kesedaran ideologi Para 'Ulama, keadaan tersebut
tidak semuanya memberangsangkan. Terdapat dua konsep berasaskan keluasan kefahaman
Wahdat Wujud yakni kesatuan dalam kewujudan dan Wahdat Shuhud yakni kesatuan dalam
penyaksian. Kedua-dua konsep tersebut telah bergaul antara satu sama lain dan begitu
membingungkan dalam cara dan corak yang mana telah membawa para pesertanya menjadi
tidak berhati-hati dalam menempuhi banyak lorong-lorong buta di mana hanya terdapat
kegelapan.

Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Sirhindi bukan sahaja membersihkan
kekeliruan mengenai hal keadaan ini tetapi juga yakin dengan kebenaran Para Penuntut yang
benar, bahawa pembebasan terletak pada pemahaman yang betul dan pematuhan kepada
ideologi pemahaman Wahdat Syuhud daripada pemahaman Wahdat Wujud yang bertindak
sebagai minuman yang memabukkan kepada pencari diri, manakala bekas Wahdat Shuhud
membuka sudut pandangan fikiran untuk menyaksikan dan mengkagumi warna dan
kecantikan yang bertaburan di seluruh alam semesta yang luas.

Konsep pemikiran Wahdat Syuhud yang diterjemahkan dan dikemukakan oleh
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani telah menarik dan mempengaruhi serta mendorong para penyair
besar untuk menyatukan asas-asas Falsafah Islam dan berkaitan dengan Ilmu Nafsiyah iaitu
pengetahuan tentang Psikologi Kejiwaan Diri dan telah membangkitkan sumbangan
pemikiran kepada hakikat yang lebih benar dan lebih kekal terjaga serta usaha yang
berterusan untuk kejayaan seruan Ilahi terhadap kemakmuran kemanusiaan secara
keseluruhannya.

Dalam bidang politik dan tadbir urus pentadbiran negara yang berdasarkan pada
kerakyatan dan bukannya berdasarkan pandangan jauh dan prestasi, wawasan Hadhrat
Mujaddid mempunyai suatu kesan negatif pada Maharaja Akbar yang beragama Hindu Islam
tampil dengan teori "Satu Negara Satu Agama", yang mana Hadhrat Mujaddid telah
menentang konsep tersebut lalu menyokong entiti pemisah Hindu dan Islam yang mahu
mewujudkan dua buah entiti negara dan bukannya satu sebagaimana yang dikemukakan oleh
Maharaja Akbar. Dalam masa yang singkat 'Teori Dua Negara" menjadi terkenal dan keadaan
ini telah membawa kepada pergerakan kebebasan di benua kecil Hindi dan kemunculan
muktamad Pakistan pada tahun 1366 H/1947 M sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat.
Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

5
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Dalam suatu erti kata bahawa Hadhrat Mujaddid telah memberi dorongan yang segar
dan diperbaharui kepada pemikiran untuk mewujudkan entiti kekal yang dapat disamakan
sebagai blok Islam dan blok Kufur atau Islam dan bukan Islam merangkap sempadan politik
di permukaan bumi. Teori pemikiran ini telah mendapat momentum dan pengembangan pada
personaliti yang hebat sesudah beliau seperti Hadhrat Shah Waliyullah Dehlawi (w. 1176
H/1762 M), Hadhrat Ahmad Ridhza Khan Bareilwi (w. 1340 H/1921 M), Dr. Muhammad
Iqbal (w. 1357 H/1938 M) dan Muhammad Ali Jinnah (w. 1367 H/1948 M).

Usaha-usaha Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Sirhindi telah membuahkan
hasil pada masa Maharaja Jahangir yang atas perintah Hadhrat Mujaddid, Maharaja telah
melantik sebuah suruhanjaya untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal negeri mengikut
Undang-undang Islam. Suruhanjaya ini terdiri daripada Para 'Ulama yang terpelajar pada
masa itu. Oleh itu, ini telah mengurangkan pengaruh dan campur tangan para pegawai yang
bukan Islam dalam masalah dalaman negeri terutama yang berkaitan dengan perundangan
Islam dan lain-lain undang-undang suci. Ini membantu pertumbuhan dan perkembangan
masyarakat Islam dan Islam sebagai agama yang berkembang maju, jauh dan luas sehinggalah
pada masa Maharaja Aurangzeb Alamgiri (w. 1068-1658 H/1118-1706 M), usaha oleh Hadhrat
Mujaddid dan putera-puteranya telah sampai ke kemuncak kejayaan mereka. Maharaja
Alamgir sendiri adalah pengikut Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum (w. 1079 H/1668 M)
yang merupakan putera lelaki Shaykh Ahmad Sirhindi dan juga telah menerima bimbingan
keruhanian dan hidayah dari Hadhrat Khwajah Saifuddin iaitu putera Khwajah Ma'sum.
Tidak dinafikan dinasti Mujaddid telah meninggalkan kesan yang kekal pada Empayar
Mughal dan pada proses pemikiran 'Ulama Intelek dan Agama Islam. Ia turut membawa
revolusi besar dalam pola keruhanian dan pemikiran terhadap penubuhan negara Islam.

Setelah kebangkitan dan misi pemulihan akhlak ini dicapai, beliau mengucapkan
selamat tinggal kepada Maharaja Jahangir (1033/1624) dan kembali ke Sirhind. Beliau
menjalani kehidupan beru'zlah dan berkhalwat seorang diri dalam mengingati Allah yang
mana telah memakan saki-baki kehidupan bertuah beliau serta sentiasa mendoakan
perpaduan dan pembangunan berterusan Ummat Islam yang mempunyai banyak lagi laluan
yang lebih kompleks lagi sukar di masa hadapan dan berhadapan dengan kesusahan untuk
perjuangan Islam dan kelangsungan hidup sendiri khasnyadi tanah yang penuh dengan
ketidaktentuan iaitu di benua kecil India.Beliau telah meninggalkan dunia yang fana ini pada
28 Safar 1034 H/1624 M. Beliau meneguhkan Silsilah Mujaddidiyyah menerusi dua orang
putera beliau yang cemerlang iaitu Hadhrat Khwajah Muhammad Sa'id (w. 1070 H/1660 M)
dan Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum yang merupakan suatu penghormatan bagi
mereka dan dengan kedudukan berada di bawah naungan pemerintah pada masa itu yang
dianggap sebagai penghormatan dan keistimewaan yang besar. Keajaiban karangan beliau,
Maktubat terkenal mengandungi tiga jilid dan merupakan suatu khazanah yang tidak ternilai
tentang kesedaran dan kebijaksanaan, yang mana terus menumpahkan limpahan cahaya Ilahi
daripada Hadhrat Khwajah Baqi Billah telah terus terpelihara. Cahaya ini telah sampai jauh
dan tersebar luas menerangi segenap sudut secara umum dan sudut khusus bagi
penyebarannya yang tersendiri.
Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

6
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Dan Perkembangan Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah

Hadhrat Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih telah mendapat kurniaan gelaran
sebagai Mujaddid Alf Tsani yang bererti 'Pembaharu Seribu Tahun Kedua' oleh Hadhrat
Maulana 'Abdul Hakim Sialkoti Rahmatullah 'Alaih yang meninggal dunia pada tahun 1657
Masihi bersamaan 1067 Hijrah. Pengaruh Hadhrat Mujaddid Syeikh Ahmad Sirhindi
Rahmatullah 'Alaih yang telah berkembang dalam kalangan Ummat Islam di seluruh Asia
Tengah oleh Para Khalifah dan keturunan beliau sehingga tersebar ke seluruh pelosok Timur
dan Barat adalah penyaksian dan bukti tentang ketinggian kedudukan martabat beliau
sebagai seorang Mujaddid Islam. Beliau telah berjaya mengislamkan ramai penduduk di India
dan telah melakukan pembaharuan dalam pemerkasaan amalan-amalan Agama dan 'Aqidah
berpuluh ribu Ummat Islam. Para Masyaikh dan Para 'Ulama yang datang sesudahnya juga
turut melaungkan fikrah dan aliran pandangan beliau.

Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah
'Alaih sebagai seorang Syeikh Murshid yang membimbing jalan keruhanian adalah Syeikh
Sufi Naqshbandiyah pertama yang telah memperkenalkan serta menyebarkan perjalanan
Suluk Tariqah Mujaddidiyah di Asia Tengah dan seterusnya telah diperkembangkan lagi
penyebarannya oleh putera beliau iaitu Hadhrat Qayyum Khwajah Muhammad Ma'sum
Rahmatullah 'Alaih. Hadhrat Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih telah menerangkan
dengan perkataannya tentang kelebihan dan tahap pencapaian martabat ketinggian ruhani
yang telah dicapai oleh Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum Rahmatullah 'Alaih semasa
hayat beliau.

Menurut keterangan dari Para Masyaikh Mujaddidiyah, sesudah kewafatan Hadhrat
Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih, hampir limapuluh ribu orang termasuk dua ribu
orang Khalifahnya telah berbai'ah dengan puteranya, Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum
Rahmatullah 'Alaih. Dari kalangan Para Khalifah Hadhrat Syeikh Ahmad Sirhindi
Rahmatullah 'Alaih, ada yang datang dari jauh seperti Mawarannahr atau dikenali sebagai
Transoxiana, Khurasan dan Badakhshan untuk memperbaharukan Bai'ah. Meskipun setelah
Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum Rahmatullah 'Alaih menggantikan ayahanda beliau
Hadhrat Syeikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah 'Alaih sebagai Murshid Tariqah Naqshbandiyah
Mujaddidiyah, beliau tetap menjadikan contoh tauladan dan pengamalan daripada
ayahandanya sebagai panduan dalam setiap urusan kehidupannya sehari-hari. Himpunan
surat-surat beliau dikenali sebagai Maktubat Ma'sumiyah telah diterbitkan dalam tiga jilid
yang mengandungi 652 surat sebagai mencontohi himpunan surat-surat ayahandanya yang
dikenali sebagai Maktubat Imam Rabbani. Para Masyaikh Tariqah Mujaddidiyah telah
menjadikan kemuliaan Syari'at Agama Islam seperti yang amalkan oleh Ummat Islam Ahlus
Sunnah Wal Jama'ah sebagai arah panduan dan telah menyibukkan diri mereka dengan segala
kegiatan Syari'at Islam dan sentiasa memperingatkan kepada para pengikut mereka agar
menjadikan Hadits-hadits Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai
sumber panduan disamping beramal dengan amalan Sunnah Baginda.

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

7
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
HADHRAT PIR PIRAN KHWAJAH KHWAJAGAN
PIR DASTAGIR SHAH 'ABDULLAH GHULAM 'ALI
DEHLAWI RAHMATULLAH 'ALAIH

isbat Batin beliau adalah daripada Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Syahid
Rahmatullah 'Alaih. Beliau dilahirkan pada tahun 1158 Hijrah di sebuah tempat
bernama Patiala dalam negeri Punjab, India. Nisbat keturunan beliau bertemu dengan
Hadhrat Sayyidina 'Ali Karramallahu Wajhah. Hadhrat Shah Abdullah atau terkenal dengan
nama Shah Ghulam 'Ali adalah seorang dari kalangan Syeikh Sufi yang agung pada abad ke-
13 Hijrah. Beliau adalah murid dan wakil dari Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Naqshbandi
Mujaddidi, seorang dari kalangan penyair pertama Urdu moden. Ayahandanya bernama
Hadhrat Shah 'Abdul Latif Rahmatullah 'Alaih merupakan seorang yang kuat berzikir dan
bermujahadah lagi Salih, telah berbai'ah dengan Hadhrat Khwajah Nasiruddin Qaddasallahu
Sirrahu dan hal keadaannya sering pergi ke dalam hutan untuk melakukan Zikir Jihri.

Ketika beliau dilahirkan pada tahun 1156 Hijrah, ayahnya Hadhrat Sayyid 'Abdul Latif
Batalwi Rahmatullah 'Alaih telah bermimpi bertemu dengan Hadhrat Sayyidina 'Ali
Karramallahu Wajhah datang menziarahinya dan memintanya untuk memberikan nama
kepada anaknya dengan nama Ali dengan berkata kepadanya bahawa putera lelaki yang
bakal dilahirkan nanti hendaklah diberikan nama Ali. Maka, setelah kelahirannya beliau
diberikan nama sebagai 'Ali oleh ayahnya namun setelah beliau mencapai usia baligh dan
kerana kasih serta hormatnya yang bersangatan, beliau telah menamakan dirinya sebagai
Ghulam 'Ali yang bererti hamba kepada Hadhrat Sayyidina 'Ali Karramallahu Wajhah sebagai
menghormatinya. Begitu juga dengan ibunya yang turut bermimpi bertemu dengan seorang
yang Salih ketika saat kelahirannya dan orang Salih tersebut telah berkata kepada ibunya
supaya menamakan puteranya dengan nama 'Abdul Qadir. Kemungkinan besar orang Salih
tersebut adalah Ruhaniah Hadhrat Ghauts A'zam Mahbub Subhani Syaikh 'Abdul Qadir Al-
Jailani Rahmatullah 'Alaih. Datuk beliau juga adalah seorang lelaki Salih yang mulia telah
dapat menghafal Al-Quran dalam masa sebulan, telah bermimpi bertemu dengan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam seraya memerintahkan agar
cucunya diberikan nama sebagai 'Abdullah. Nama beliau menjadi masyhur dan dia dikenali
sebagai Shah Ghulam Ali alias Abdullah. Dia mendapat pendidikan awal di desa orang
tuanya. Ayahanda beliau Hadhrat Shah 'Abdul Latif Rahmatullah 'Alaih telah sering pergi ke
Delhi kerana Syeikh Murshidnya menetap di sana. Syeikh Murshidnya Hadhrat Khwajah
Nasiruddin Qaddasallahu Sirrahu dikatakan pernah bersuhbah dengan Hadhrat Khidir
'Alaihissalam. Hadhrat Khwajah Nasiruddin Qaddasallahu Sirrahu telah menyuruh Hadhrat
Shah 'Abdul Latif Rahmatullah 'Alaih membawa puteranya Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam
'Ali Rahmatullah 'Alaih untuk datang mengambil Bai'ah. Walau bagaimanapun, beliau tidak
berpeluang untuk berbai'ah dan mengambil limpahan Faidhz dari Hadhrat Khwajah
Nasiruddin Qaddasallahu Sirrahu kerana ketika beliau tiba di Delhi, Hadhrat Khwajah
Nasiruddin Qaddasallahu Sirrahu sudahpun meninggal dunia.
N
Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

8
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Ayahandanya telah berkata kepadanya,
"Daku membawa dikau ke mari untuk berbai'ah dengan Murshidku sebagai menurut
arahannya tetapi tiada Taqdir tersebut bagimu. Sekarang, ke mana sahaja tempat yang dapat
mententeramkan hatimu, kamu pergilah untuk berbai'ah dengannya."
Pada tahun 1180 Hijrah, ketika berusia 21 tahun, beliau telah berpeluang hadir
berkhidmat kepada Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Rahmatullah 'Alaih dan telah memohon
untuk berbai'ah padanya. Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Rahmatullah 'Alaih telah berkata
kepadanya,
"Di mana tempat yang kamu dapat merasakan Zauq dan Shauq, maka kamu pergi
ambillah Bai'ah di sana kerana di sini hanya terdapat acar batu tanpa sebarang garam."

Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih berkata,
"Hamba akur di sini."

Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Rahmatullah 'Alaih telah membai'ahkan beliau dalam
Silsilah Tariqat Qadiriyyah dan telah mentalqinkan beliau dengan amalan Tariqat
Mujaddidiyyah. Beliau telah menghadiri majlis Iradat Halqah Zikir dan Muraqabat serta
berkhidmat dengan Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan Rahmatullah 'Alaih selama lima belas
tahun dan telah dikurniakan Ijazat Mutlaqah dengan perkhabaran baik Dhzimniyyat iaitu
martabat jaminan kesanggupan pengandungan dari Murshidnya.

Beliau telah berkata,
"Pada awal-awalnya daku teragak-agak bahawa jika daku berikhtiar memilih Syughul
amalan Tariqah Naqshbandiyah, mungkinkah ianya tidak akan membangkitkan kemarahan
Hadhrat Ghauts A'zam Rahmatullah 'Alaih? Pada malam itu daku telah melihat dalam mimpi
bahawa pada suatu kedudukan kelihatan Hadhrat Ghauts A'zam Rahmatullah 'Alaih dan di
hadapannya terdapat sebuah lagi kedudukan yang di sana kelihatan Hadhrat Khwajah Shah
Naqshband tiba menambahkan keserian. Hatiku telah berkeinginan untuk hadir berkhidmat
kepada Hadhrat Khwajah Shah Naqshband Rahmatullah 'Alaih. Hadhrat Ghauts A'zam
Rahmatullah 'Alaih lantas berkata,
"Maksud adalah Allah, pergilah kerana tiada sebarang kesempitan."

Setelah peristiwa itu, beliau telah memulakan penyebaran Tariqah Naqshbandiyah
sehingga kadar limpahan Faidhznya tersebar ke seluruh pelosok meskipun ketika masih hayat
beliau yang mana, mungkin tiada seorang Syeikh pun yang dapat menandingi
kewibawaannya pada masa itu. Para Khalifah beliau telah sampai ke seluruh pelosok
Hindustan, Kabul, Balkh, Bukhara, 'Arab, Rom dan banyak lagi di serata Asia dan
mengembangkan Tariqah Naqshbandiyah.

Hadhrat Maulana Ghulam Muhyiuddin Qusuri Rahmatullah 'Alaih dalam Malfuzatnya
telah berkata bahawa pada suatu hari dia telah hadir sesudah waktu 'Asar ketika mana
Hadhrat Shah 'Abdullah Sahib Rahmatullah 'Alaih telah berkata,
Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

9
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
"Alhamdulillah, limpahan Faidhz kami sudah sampai ke tempat yang jauh-jauh, di
Makkah Mukarramah ada Halqah kami yang sedang duduk, di Madinah Munawwarah ada
Halqah kami yang sedang duduk, di Baghdad Sharif, di Rom dan di Barat Halqah kami
sedang berjalan," dan sambil tersenyum beliau berkata,
"Bukhara adalah rumah bapa kami."

Sebahagian orang hadir kepada beliau menerusi perintah hukum daripada Hadhrat
Sayyidul Anbiya Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wa 'Ala Aalihi Wa
Ashabihi Wa Baraka Wasallam, sebahagian orang dengan perintah hukum daripada seseorang
Buzurgan Masyaikh dan sebahagian orang ada yang melihat beliau sendiri dalam mimpi.
Hadhrat Khwajah Maulana Khalid Baghdadi Rumi Rahmatullah 'Alaih telah menerima isyarat
tersebut daripada Ruhaniah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala
'Alaihi Wa 'Ala Aalihi Wa Ashabihi Wa Baraka Wasallam lalu telah berangkat dari Madinah
Munawwarah menuju ke Delhi dan selama hampir sembilan bulan beliau telah hadir
berkhidmat dan bersuhbat sehingga telah mendapat kurnia keizinan Ijazat dan Khilafat dalam
Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah lalu beliau kembali ke kampung halamannya di
Kurdistan yang terletak dalam jajahan takluk Rom, di mana beliau telah mendapat kadar
Qabuliyat penerimaan daripada masyarakat yang tiada batasan.

Sekali peristiwa beliau telah berkata,
"Sekarang daku sudah dhaif, tiada apa yang dapat daku buat. Dahulu, daku sering
berada di dalam Masjid Jami' di Shah Jahanabad dan sering minum air telaganya yang payau.
Setiap hari daku dapat membaca sepuluh juzuk Al-Quran Sharif dan sepuluh ribu Zikir Nafi
Itsbat sehingga Nisbat menjadi sebegitu kuat yang mana seluruh Masjid dipenuhi dengan
cahaya-cahaya Anwarat. Mana sahaja jalan atau lorong yang daku telah lalui juga telah turut
menimbulkan cahaya Nurani. Jika daku pergi ke sesebuah Mazar Maqam perkuburan
seseorang Buzurg, maka Nisbatnya akan menjadi lemah, maka sebagai munuruti jalan
Tawadhu' daku menganggapnya sebagai suatu kelemahan pada diriku."

Beliau telah berkata,
"Seseorang lelaki itu hendaklah membenarkan pada dua perkara dan mengenepikan
pada dua perkara iaitu membenarkan Ad-Din dan membenarkan Yaqin serta mengenepikan
pergerakan tangan dan mengenepikan pergerakan kaki."

Beliau telah berkata bahawa pada suatu ketika Hadhrat Mirza Mazhar Sahib
Rahmatullah 'Alaih telah diceritakan oleh seseorang berkenaan dirinya bahawa beliau berada
di Khanqah ini kerana mahu menuntut Zauq dan Shauq dan Kashaf dan Karamat.
Mendengarkan perkataan ini, Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Rahmatullah 'Alaih telah
berkata,
"Barangsiapa yang mahu menuntut tipu muslihat yang sedemikian, maka katakan
kepadanya bahawa hendaklah dia beredar dari Khanqah kami dan janganlah datang kepada
kami."

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

10
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Apabila perkhabaran tersebut sampai pada pengetahuan Hadhrat Shah 'Abdullah
Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih, maka beliau telah pergi menghadirkan dirinya ke sisi
Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Rahmatullah 'Alaih dan bertanya apakah benar Syeikhnya
bermaksud sedemikian? Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Rahmatullah 'Alaih lantas
menjawab,
"Ya."

Kemudian Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih pun bertanya,
"Maka, sekarang apakah perintah Tuan?"

Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Rahmatullah 'Alaih lalu berkata bahawa,
"Di sini batu dicicah tanpa garam. Jika dengan tanpa perisa ini kamu sanggup terima
maka tunggulah tetap di sini."

Lantas Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih berkata,
"Tuan, diriku sanggup menerima keadaan di sini."

Pada suatu ketika Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih pernah
memberikan kata-kata petunjuknya,
"Dalam Tariqah Naqshbandiyah ini tiada Mujahadah namun terdapat Wuquf Qalbi
iaitu khayalan kamu hendaklah dibawakan ke arah hati dan tumpuan hati hendaklah tertuju
ke arah Zat Ilahi dan Nigah Dashat iaitu bersungguh-sungguh memerhatikan lintasan-lintasan
Khatrah tentang perkara yang sudah berlaku dan yang akan berlaku. Ketika hal keadaan
sedemikian berlaku, maka hendaklah bertindak seperti berikut iaitu apabila berlaku Khatrah
lintasan hati bahawa, pada masa dahulu bagaimanakah sesuatu pekerjaan itu boleh berlaku,
maka pada waktu itu juga hendaklah dijauhkannya dari hati bahawa keseluruhan kisah
jangan datang ke dalam hati, ataupun datang khayalan di dalam hati bahawa ingin pergi ke
sesuatu tempat dan melakukan sesuatu pekerjaan dan ada terdapat faedah dalam pekerjaan
tersebut, maka ianya juga hendaklah dihindarkan, lebih-lebih lagi sesuatu lintasan Khatrah
yang bersifat Ghairullah iaitu sesuatu yang selain Allah datang melintasi hati, maka pada
waktu itu juga ianya hendaklah disingkirkan."

Beliau pernah berkata,
"Ahwal keadaan Qalb pada seseorang Salik adalah terzahir seperti hujan yang sangat
lebat dan apabila 'Uruj dari Latifah Qalb lalu bersiar pada Latifah Nafs maka penzahirannya
adalah seperti hujan nipis yang mempesonakan dan apabila persiaran dari Latifah Nafs
meningkat kepada kadar ketinggian yang semakin tinggi, maka dia mula tidak akan mengerti
tentang Nisbat yang diperolehinya. Keadaan Istihlak dan Idhzmihlal yakni perasaan binasa
diri dan berasa kelemahan upaya akan sering berlaku dan Nisbat akan menjadi seperti
embun."

Pada suatu ketika seorang telah bertanya kepadanya meminta serba sedikit huraian
nasihat, maka beliau telah memberikan suatu huraian berkenaan sepotong ayat Al-Quran
Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

11
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
yang mulia, "Qulillahu Tsumma Dzarhum". Sebagai Tafsirnya, beliau telah menukilkan
dalam tulisannya bahawa, Hendaklah menyerahkan urusan-urusan yang bersifat Juz-i iaitu
sebahagian dan Kulli yakni keseluruhan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan fikir untuk
mencari keperluan hidup dan lain-lainnya suatupun janganlah dilakukan, dan takluk
perhubungan sesuatu yang selain Allah hendaklah ditinggalkan, dan untuk keseluruhan
urusan hendaklah menyerahkan sepenuh pergantungan pada Allah."

Pencarian Tariqatnya dan Tariqat Pencariannya

Ayahnya adalah seorang pengikut Tariqat Silsilah Qadiriyah. Akan tetapi Murshid
ayahnya telah meninggal dunia sebelum sempat beliau berbai'at Tariqat Silsilah Qadiriyah.
Jadi Hadhrat Shah Ghulam Ali telah mengambil Bai'at Silsilah Qadiriyah Aliyah dan
Naqshbandiyah Mujaddidiyah melalui Hadhrat Mirza Mazhar yang merupakan seorang
Shaikh Sufiyah terbesar pada masa itu. Hadhrat Shah Waliullah Dehlawi telah mengatakan
bahawa dia telah melihat melalui tujuh benua, tetapi tidak dapat mencari seorang Shaikh
seperti Hadhrat Mirza Mazhar. Dia sangat dihormati oleh Hadhrat Mirza Mazhar. Pada saat
itu, Hadhrat Shah Waliullah adalah penyebar 'Ilmu Syari'at, sedangkan Hadhrat Mirza
Mazhar terkenal bagi para pencari 'Ilmu Tariqat.

Sehingga beliau berusia 22 tahun, beliau telah mendapat latihan dalam Silsilah berbeza
dari berbagai Para Shuyukh dan Masyaikh pada waktu itu. Akhirnya beliau telah sampai
kehadhrat Mirza Mazhar, lalu telah mengabdikan sepenuh masanya kepada Hadhrat Mirza.
Hadhrat Mirza telah membai'at Hadhrat Shah Ghulam 'Ali dalam Silsilah Tariqat Qadiriyah
tetapi melatihnya sesuai dengan cara Suluk Tariqat Naqshbandiyah. Hadhrat Shah Ghulam
'Ali menjadi kebingungan tentang hal keadaan ini dan berfikir apakah Hadhrat Ghauts A'zam
senang dengan ini atau tidak? Yakni, berada dalam Silsilah Qadiriyah dan dilatih sesuai
dengan jalan Naqshbandiyah.

Setelah itu, beliau telah melihat Hadhrat Ghauts A'zam dalam mimpi sedang duduk di
sebuah bilik, sedangkan Hadhrat Shah Naqshband sedang duduk di bilik lain. Dia melihat
dirinya cuba untuk pergi ke bilik Hadhrat Shah Naqshband, lalu Hadhrat Ghauts A'zam
berkata kepadanya,
"Pergilah kepada Shah Naqshband. Tujuannya adalah Allah. Jalan Tariqat apa pun
yang kamu pilih, kamu boleh mencapai HadhratNya".

Selepas mimpi itu, Hadhrat Shah Ghulam 'Ali lebih mengkhususkan masa untuk
Shaikh Murshidnya dengan cinta dan pandangan yang tinggi. Dia juga telah mempelajari ilmu
Hadits dari Shaikh Murshidnya yang juga merupakan seorang Shaikh Hadits pada masa itu.
Sir Syed, salah satu tokoh terkenal dalam sejarah Inggeris-India, itu sangat setia pada
Hadhrat Shah Ghulam 'Ali ketika usia awalnya. Ayahnya juga adalah seorang murid sejati
Hadhrat Shah Ghulam 'Ali. Sir Syed telah menulis dalam buku-bukunya tentang Hadhrat
Shah Ghulam 'Ali, Tariqat dan biografinya. Walaubagaimanapun kemudian, setelah jatuh
cinta dengan orang-orang Inggeris, Sir Syed menyimpang dari jalan Islam yang benar.
Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

12
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Penyebaran Tariqatnya dan Tariqat Penyebarannya

Hadhrat Shah Ghulam 'Ali menggunakan masa dirinya dengan mencurahkan
sebahagian besar dari masa sehariannya dalam mengajar Hadits, Tafsir dan Tasawwuf kepada
orang-orang yang datang untuk memadamkan rasa haus mereka tentang ilmu pengetahuan
dan permasaalahan hati. Sepanjang hari, beliau sibuk dalam memberikan ceramah dan
membuat Tawajjuh ke atas hati Para Murid untuk mensucikan mereka. Sepanjang malam
masanya digunakan untuk beribadat dan berdoa serta tidur hanya untuk beberapa minit.
Beribu-ribu orang baru datang setiap hari di Khanqah dari tempat yang jauh, seperti India,
Iran, Afghanistan, Turki, Timur Tengah, Bukhara dan Samaqand.

Tariqatnya tersebar ke seluruh dunia Islam seterusnya dalam masa hidupnya. Para
Khalifahnya telah pergi jauh untuk menyebarkan Faidhz dari Silsila Naqshbandiyah
Mujaddidyah ke Uzbekistan, Tajikistan, Hejaz dan Timur jauh. Khalifahnya yang bernama
Hadhrat Syaikh Khalid Rumi Al-Baghdadi yang menyelesaikan suluknya hanya dalam
sembilan bulan, telah kembali ke Turki, Syria dan Iraq. Dalam tempoh masa beberapa bulan,
beratus-ratus ribu orang datang menuju kepadanya dan masuk ke Silsilah Naqshbandiyah
Mujaddidiyah. Dia pernah menulis kepada Hadhrat Shaikh Murshidnya bahawa,
"Ketika daku datang ke Baghdad, lima ratus Sahib Tasnif yakni 'Ulama Pengarang telah
mengambil Bai'at denganku dan selalu hadir dalam majlisku. Daku tidak dapat menghitung
orang-orang biasa yang jumlah mereka agak banyak."

Beliau juga menulis kepada Shaikhnya bahawa di Turki, Syria, Iraq, Hijaz dan Tanah
Arab yang lain, di mana-manapun Tariqat Hadhrat Mujaddid telah merebak, ajaran dan
kemuliaannya dibacakan dalam setiap pertemuan di setiap Masjid, Khanqah dan Madrasah.
Di India, Para Khalifahnya bertebaran di seluruh pelosok menyebarkan pengetahuan
Ruhaniah dan keberkatan dari Silsilah Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Salah seorang Khalifahnya yang terbesar ialah Hadhrat Hafiz Shah Abu Sa'id dan
puteranya yang bernama Hadhrat Shah Ahmad Sa'id Mujaddidi adalah orang pertama untuk
menandatangani Jihad menentang Inggeris pada tahun 1857 tetapi sejarawan tidak
menyebutkan namanya, yang mana telah meninggalkan suatu kesalahan besar dalam sejarah
British India. Dia berada di dalam senarai orang yang paling dikehendaki oleh Inggeris.
Akhirnya dia telah berpindah ke Madinah Munawwarah dan meninggal dunia di sana serta
dimakamkan di samping makam suci Sayyidina 'Utsman Ibni 'Affan Radhiyallahu 'Anhu di
Jannatul Baqi.

Khalifah besarnya yang bernama Hadhrat Rauf Ahmad Mujaddidi telah menulis Tafsir
Al-Quran pertama dalam bahasa Urdu yang dikenali sebagai Tafsir Mujaddidi. Beliau juga
menulis Malfuzat Hadhrat Shah Ghulam 'Ali yang bernama "Durr Al-Ma'arif", yang
merupakan sumber utama pengetahuan tentang Shah Ghulam 'Ali dan Tariqatnya.

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

13
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Silsilahnya telah tersebar luas sehingga Hadhrat Shah Ghulam 'Ali sendiri telah
mengatakan,
"Faidhz kami mencapai jauh ke berbagai daerah, kami dapati Halqah Zikir kami
berlaku di Makkah Mukarramah, kami dapati Halqah Zikir kami terjadi di Madinah
Munawwarah, juga kami dapati Halqah Zikir kami diadakan di Baghdad, Rom dan Eropah."
Dan sambil tersenyum dia telah berkata, "Bukhara adalah rumah orang tua kami."

Bahkan menjadi seorang Shaikh besar dengan ratusan orang yang hadir sepanjang
masa untuk melayani Allah dan Khanqah, beliau begitu berendah hati bahawa beliau pernah
berkata,
"Ketika seekor anjing masuk ke rumahku, daku berdoa kepada Allah bahawa siapalah
daku untuk mendapatkan Tawassul Para RakanNya? Wahai Tuhan! Kasihanilah diriku demi
anjing ini yang merupakan ciptaanMu. Kerana setiap ciptaan Allah adalah yang paling indah
di alam dan Allah mengasihi semua ciptaanNya.

Dia telah berkata,
"Sekali Hadhrat Ismail Al-Madani datang melawatku atas perintah Nabi Sallallahu
'Alaihi Wasallam. Dia yang dulu tinggal di Madinah, dari negaranya Hijaz, dia telah
menempuh perjalanan ribuan batu. Dibawa bersamanya beberapa dari Tabarrukat Nabi
Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan dia memberikannya kepada daku sebagai hadiah. Daku
menempatkan Tabarrukat tersebut di Masjid Jami' Delhi."

Sesiapapun yang memberinya sumbangan, beliau pertama sekali akan membayar Zakat
dari sumbangan itu, menurut Mazhab Imam Abu Hanifah tanpa menunggu berlalunya tahun
kerana untuk memberikan Zakat adalah lebih baik daripada memberi sedekah sukarela. Dia
akan menggunakan apa yang tersisa untuk menyiapkan makanan dan gula-gula untuk orang
miskin dan untuk keperluan Khanqah dan untuk keperluan dirinya sendiri. Untuk limpahan
Faidhz yang besar dan penyebaran Silsilah yang sedemikian jauh dari tanah Hindi, tidak ada
Shaikh Silsilah lain yang menyebarkan sebegitu luas. Sebahagian besar Para Masyaikh
zamannya percaya bahawa beliau adalah Mujaddid abad ke-13 Hijrah. Hal ini telah
dibuktikan dan hari ini seluruh dunia Islam menganggap beliau sebagai Mujaddid abad ke-13
Hijrah.

Musyahadah Karamahnya dan Karamah Musyahadahnya

Dia memiliki Musyahadah yang besar di mana beliau telah bertemu dengan Para Nabi,
Para Sahabat dan orang-orang yang Salih. Banyak kali ia melihat Nabi yang berbicara padanya
seperti dalam kehidupan nyata. Dia sering mengatakan bahawa,

"Sayyidina Abu Bakar Radhiyallahu Anhu sangat mencintai daku, dia datang
kepadaku dan pada bila-bila masa daku dalam beberapa kesulitan, daku memanggilnya dan
beliau membantu saya dalam semua situasi.

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

14
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Dia juga mengatakan hal yang sama tentang Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu
Anhu dan mengatakan bahawa,
"Setiap kali daku menjadi sakit, daku mencari bantuan dari Hadhrat 'Ali Radhiyallahu
Anhu dan dengan itu daku mendapatkan sihat."

Khalifahnya, Hadhrat Rauf Ahmad Shah Mujaddidi telah mengutip pidato-pidato dan
ucapan dalam bukunya yang boleh dirujuk untuk belajar lebih lanjut tentang ajaran-
ajarannya. Ada juga berbagai Karamah Hadhrat Shah Ghulam 'Ali. Sekali peristiwa, salah
seorang pengikutnya yang bernama Hadhrat Shaikh Ahmad Yar sedang bepergian dengan
sebuah Kafilah. Kafilah itu berhenti di sebuah tempat untuk berehat dan dia tidur di sana. Dia
melihat Shaikhnya datang dan berkata kepadanya,
"Segera berangkat dari sini, perompak akan menyerang."

Dia terbangun tiba-tiba dan mengatakan kepada orang ramai tapi tidak ada yang
percaya dengan kenyataan mimpinya. Jadi dia ditinggalkan sendirian dan dalam masa yang
singkat semua Kafilah diserang dan dirompak.

Seorang pemuda Hindu yang tampan memasuki Khanqahnya. Orang-orang
melihatnya dan dengan kesedihan mereka berkata,
"Wah! Anak ini tampan namun tanpa keindahan Islam." Melihat Hadhat Shah
'Abdullah Ghulam 'Ali dengan kekuatan Ruhaniah yang ada padanya, pemuda itu pun telah
masuk Islam dengan membaca Kalimah Syahadah.

Dia meninggal dunia ini pada tarikh 22 Safar 1240 Hirah bersamaan 1825 Masihi,
sedang memiliki buku "Shama'il Tirmidzi" di dadanya. Beliau dimakamkan di samping
Shaikhnya, Hadhrat Mirza Mazhar Jan Janan di Khanqah Mazhariyah di Delhi. Beliau telah
menulis banyak kitab yang mana lima belas daripadanya telah pun dikenalpasti.

Tariqat Hidupnya dan Hidup Tariqatnya

Hadhrat Shah Ghulam Ali meninggalkan di belakangnya Para Khulafa yang banyak. Di
Turki dan dunia Arab, Hadhrat Shaikh Khalid Al-Baghdadi menyebar Tariqatnya yang tetap
hidup hingga ke saat ini dan Para Shuyukh cabang Naqshbandiyah Khalidiyah adalah
penyebar ilmu pengetahuan Ruhaniah di seluruh bahagian dunia Islam. Di India, beliau
meninggalkan banyak Para Khulafa, tetapi beliau telah menunjukkan penggantinya yang
bernama Hadhrat Shah Hadhrat Abu Sa'id. Seterusnya, puteranya yang bernama Hadhrat
Shah Ahmad Sa'id telah menggantikan tempatnya yang juga telah dianugerahkan Khilafat
dari Hadhrat Shah Ghulam Ali.

Cabang utama dari Tariqatnya masih aktif dan cabang yang paling hidup adalah dari
Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah sehingga ke hari ini. Hal ini masih mendapat
keberkatan dan limpahan karunia Para Shuyukh dari semua Tariqat, khususnya Hadhrat
Mujaddid Alf Tsani dan Hadhrat Shah Ghulam Ali Dehlawi Rahmatullah Alaihima.
Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

15
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Para Khalifah Hadhrat Shah Ghulam Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih

Hadhrat Shah Abdullah Ghulam Ali Dehlawi Qadiri Naqshbandi Mujaddidi
Rahmatullah 'Alaih (1156-1240 H) telah melahirkan ramai Para Khalifah Tariqah
Naqshbandiyah sebagai timbalannya bagi mengembangkan ajaran Agama Islam dan
pengamalan Tariqah Naqshbandiyah ke pelbagai pelosok bahagian dunia yang jauh dan yang
dekat, khasnya di benua Hindi. Jumlah mereka yang sebenarnya adalah tidak diketahui
sehingga kini namun himpunan nama-nama Para Khalifah beliau telah dilaporkan dalam
berbagai kenyataan riwayat dan biografi Para Masyaikh. Berikut adalah senarai beberapa
nama timbalan mulia Para Khulafa Hadhrat Shah Abdullah Ghulam Ali Dehlawi Rahmatullah
'Alaih:

1. Hadhrat Hafiz Abu Sa'id Faruqi Dehlawi (1196-1250 H, Delhi, India)
2. Hadhrat Shah Ahmad Sa'id Faruqi Dehlawi Madani (1217-1277 H, Madinah)
3. Hadhrat Shah Rauf Ahmad Faruqi Mujaddidi (Bhopal, India)
4. Hadhrat Maulana Khalid Al-Baghdadi Al-Kurdi (1242 H, Timur Tengah)
5. Hadhrat Maulana Ghulam Muhiyuddin Qusuri (1202-1270 H / 1787-1854 M, Qusoor, Punjab)
6. Hadhrat Mirza Abdul Ghafur Khorjawi (Khorja)
7. Hadhrat Shah Abdur Rahman Mujaddidi Jalandhari (1258 H di Sindh)
8. Hadhrat Maulana Bisharatullah Behraichi
9. Hadhrat Maulana Karamullah Muhaddith (Delhi, India)
10. Hadhrat Maulana Abdur Rahman Shahjahanpuri (Shahjahanpur, India)
11. Hadhrat Mir Talib Ali alias Maulana Abdul Ghaffar (9 Shawal 1283 H / 1867 M, Makkah)
12. Hadhrat Sayyid Isma'il Madani (Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia)
13. Hadhrat Mirza Rahimullah Beg, alias Muhammad Darwish Azimabadi
14. Hadhrat Akhund Sher Muhammad (meninggal di Multan ketika perjalanan Haji)
15. Hadhrat Shaikh Maulana Muhammad Jan (16 Safar 1267 H / 22 Disember 1850 M, Makkah)
16. Hadhrat Sayyid Ahmad Kurdi
17. Hadhrat Sayyid Abdullah Maghribi
18. Hadhrat Maulana Pir Muhammad (Kashmir)
19. Hadhrat Maulana Gul Muhammad (Ghazni, Afghanistan)
20. Hadhrat Maulana Jan Muhammad Herati (Qandahar, Afghanistan)
21. Hadhrat Maulana Muhammad Azhim (Haramain Sharifain, Saudi Arabia)
22. Hadhrat Maulana Nur Muhammad
23. Hadhrat Mirza Murad Beg (Khanqah Mazhariyyah, Delhi, India)
24. Hadhrat Muhammad Munawwar Akbarabadi
25. Hadhrat Muhammad Asghar (1255 H, Khanqah Mazhariyyah, Delhi, India)
26. Hadhrat Mir Naqsh Ali (Lucknow, India)
27. Hadhrat Ahmad Yar (Khanqah Mazhariyyah, Delhi, India)
28. Hadhrat Qamaruddin (Peshawar)
29. Hadhrat Muhammad Sher Khan (Afghanistan)
30. Hadhrat Shaykh Jalil-ur-Rahman (Khanqah Mazhariyyah, Delhi, India)

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

16
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
HADHRAT KHWAJAH KHWAJAGAN PIR PIRAN
HAJI DOST MUHAMMAD QANDAHARI
RAHMATULLAH 'ALAIH

adhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih (1801-1868 M)
adalah seorang Syeikh Tariqah Sufiyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah pada abad
yang ke-19 yang berasal dari Qandahar, Afghanistan. Beliau lahir pada tahun 1216
Hijrah bersamaan 1801 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1868 Masihi. Ayahanda
beliau bernama Hadhrat Khwajah Akhund Mulla 'Ali Rahmatullah 'Alaih dan keturunan
beliau memiliki takluk perhubungan dengan Yusuf Zai Darani iaitu sebuah kabilah berbangsa
Afghan. Beliau telah menerima pendidikan awalnya di Qandahar dengan memulakan
pengajian Al-Quran serta Tajwid dan menghafaznya. Seterusnya beliau mempelajari bahasa
'Arab, bahasa Farsi dan asas-asas Ilmu Agama dan kemudian telah menuju ke Kabul di mana
terdapat ramai Para 'Alim 'Ulama. Beliau telah menerima pendidikan lanjutan di sana dalam
bidang ilmu Fiqah, Hadits, Tafsir dan berbagai cabang Ilmu Shar'iyah Islam.

Beliau telah menerima Nisbat Batin dalam Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah
Mujaddidiyah daripada Hadhrat Khwajah Khwajagan Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi
Rahmatullah 'Alaih (1743-1824 M) menerusi Hadhrat Khwajah Hafiz Shah Abu Sa'id
Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih dan puteranya Hadhrat Khwajah Hafiz Shah Ahmad Sa'id
Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih (1802-1860 M) dan menerusinyalah beliau telah menerima
pendidikan Zahir dan Batin dalam Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Semenjak usia muda lagi beliau sudah mencintai Para Awliya dan memiliki pegangan
I'tiqad yang kuat terhadap mereka. Pernah suatu ketika beliau bersama rakan-rakan para
penuntut ilmu telah pergi menziarahi seorang yang Salih bernama Hadhrat Baba Wali
Rahmatullah 'Alaih. Ketika dalam perjalanan mereka telah bertemu dengan seorang Sufi
Darwish Majzub yang memberikan ucapan kata-kata dan isyarat kepada semua para penuntut
dan dia telah berkata kepada beliau,
"Wahai penuntut ilmu, kamu akan menjadi seorang Sahib Kamal dan Sahib Wilayat
dan akan menjadi seorang Wali Kamil kerana pada dahimu terdapat rahsia-rahsia Ma'rifat."

Kalimat perkataan Sufi Darwish Majzub itu telah sentiasa terngiang-ngiang dalam
ingatannya sehingga tabiat keadaan beliau menjadi tenggelam dalam kegelisahan dan
keresahan, lalu telah membuat keputusan meninggalkan pengajiannya di Kabul kemudian
berangkat menuju ke Tanah Hijaz dan telah menetap selama beberapa tahun di sana. Setelah
berpeluang melakukan ibadat Haji di Makkah Mukarramah beliau telah ke Madinah
Munawwarah untuk menziarahi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam di pusaranya. Beliau juga telah berkesempatan menuntut ilmu daripada
beberapa Masyaikh ketika berada di Madinah.

H
Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

17
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Pada suatu malam, telah timbul keinginan di dalam hatinya untuk menziarahi dan
bertemu dengan Hadhrat Khwajah Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Rahmatullah 'Alaih ketika
beliau sedang berada di dalam Masjid Nabawi di Madinah, namun beliau belum mendapat
kesempatan untuk berbai'ah dengannya. Limpahan Faidhz Hadhrat Khwajah Shah Ghulam
'Ali adalah begitu kuat hingga telah menyebabkan hal keadaan beliau menjadi keresahan dan
terganggu. Beliau telah memutuskan untuk meninggalkan Tanah Haramain dan kembali ke
benua Hindi dengan keghairahan yang kuat dan hal keadaannya berlaku selama berminggu-
minggu.

Dari Tanah Hijaz, beliau mula-mula tiba di Qandahar kemudian telah menuju ke
Ghazni dan seterusnya ke Kabul sehinggalah ketika beliau tiba di Peshawar, beliau telah
mendengar perkhabaran bahawa Hadhrat Khwajah Shah Ghulam 'Ali sudah meninggal dunia
sebelum sempat beliau berbai'ah dan menjadi muridnya. Berita tersebut telah menambahkan
keresahan di dalam hatinya lalu beliau telah kembali ke Qandahar. Kemudian beliau telah
menuju ke Baghdad untuk menziarahi Maqam Hadhrat Ghauts A'zam Mahbub Subhani
Syaikh 'Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah 'Alaih dan telah berada di sana selama beberapa
masa, kemudian telah diberikan Taufiq untuk berkhidmat kepada Hadhrat Syeikh 'Abdullah
Hirati Rahmatullah 'Alaih.

Hadhrat Syeikh 'Abdullah Hirati Rahmatullah 'Alaih menyedari tentang kaifiyat batin
yang ada di dalam hati Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah
'Alaih lalu telah mengarahkannya untuk menghadirkan diri berkhidmat kepada Hadhrat
Khwajah Shah Abu Sa'id Rahmatullah 'Alaih. Sebagai menuruti arahan petunjuk tersebut,
beliau telah menuju ke Delhi dan telah sempat bertemu dengan Hadhrat Khwajah Shah Abu
Sa'id Rahmatullah 'Alaih yang merupakan Khalifah Hadhrat Khwajah Shah Ghulam 'Ali
Rahmatullah 'Alaih sewaktu berada di Bombai sedang bersiap-siap untuk melakukan
perjalanan Safar menuju ke Tanah Hijaz bagi mengerjakan ibadat Haji. Beliau sempat
berbai'ah dengannya sebelum keberangkatannya ke Makkah.

Meskipun beliau pernah menziarahi dan telah bertemu dengan ramai Para Masyaikh
Tariqat, namun setelah hadir bertemu dengan Hadhrat Khwajah Shah Abu Sa'id Rahmatullah
'Alaih, beliau dapat merasakan limpahan Faidhznya lalu telah memohon berbai'ah
dengannya. Hadhrat Khwajah Shah Abu Sa'id Rahmatullah 'Alaih telah menyerahkan beliau
kepada puteranya yang juga Khalifahnya iaitu Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id
Rahmatullah 'Alaih supaya dia memberikan asuhan Tariqat kepada Hadhrat Khwajah Haji
Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih.

Hadhrat Khwajah Shah Abu Sa'id Rahmatullah 'Alaih telah berkata kepada beliau
memberikan pilihan,
"Untuk menghasilkan ketenteraman dalam hatimu hendaklah kamu berikhtiar memilih
untuk bersuhbat dengan puteraku Shah Ahmad Sa'id dan hasilkanlah limpahan Faidhz
daripadanya ataupun sehingga daku kembali dari Haji, kamu tunggulah di Bombai sini."

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

18
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Walaubagaimanapun, beliau telah membuat keputusan memilih menuju ke Delhi
untuk berkhidmat dan bersuhbat dengan Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah
'Alaih. Tatkala beliau tiba di Delhi dan memandang kepada Hadhrat Khwajah Shah Ahmad
Sa'id Rahmatullah 'Alaih segala kesakitan dan semua keresahannya telah menjadi semakin
terubat. Setelah selama setahun dua bulan lima hari berkhidmat dan bersuhbat dengan
Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih di Khanqah, beliau telah menerima
Sanad Ijazah dalam empat Tariqat yang masyhur iaitu Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah,
Qadiriyah, Chistiyah dan Suhrawardiyah serta menerima Khilafat dan menjadi Khalifah
kepada Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih.

Dari kata-kata Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih berkenaan
Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih,
"Faqir ini telah memberikan kepadanya Ijazat kebenaran dalam kesemua jalan Tariqat
supaya jalan Hidayat akan berjalan berterusan dan supaya dapat memberikan cahaya kepada
hati-hati Para Salikin. Dia adalah Naibku dan berada bersamanya adalah seolah-olah berada
bersamaku."

Sebelum Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih berangkat untuk
bersafar menuju ke Tanah Haramain bagi mengerjakan Haji, beliau telah menulis sebuah
huraian berkenaan Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih,
"Wahai Tuhan, Dikau jadikanlah Tuan Haji Sahib ini sebagai Hadi dan Mahdi agar
manusia sentiasa mendapat Hidayat daripadanya. Dalam umurnya kurniakanlah keberkatan
kepadanya dalam bimbingannya, nasihatnya dan kebaikannya menerusi keagungan Jah
Sayyidil Mursalin Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan Rahmat Allah adalah terlimpah ke atas
para hamba yang mengucapkan Amin. Wassalam."

Berbekalkan perintah dan doa daripada Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id
Rahmatullah 'Alaih, pada tahun 1251 Hijrah beliau telah kembali ke kampung halamannya di
Qandahar, Afghanistan dan menjalankan usaha Dakwah dan menyampaikan Tabligh di sana.
Setelah berlaku peristiwa pembunuhan Shah Shuja, seorang pemerintah Afghanistan yang
merupakan sekutu kuat British pada tahun 1842, beliau telah dipaksa keluar dari negara
Afghanistan.

Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'Alaih telah menasihatinya agar
menempatkan kedudukan dirinya di suatu tempat yang mana para penduduknya dapat
berbicara dengan bahasa Pashto dan Punjabi. Sebagai menurut panduan nasihat daripada
Syeikhnya, maka pada tahun 1266 Hijrah beliau telah berpindah di sebuah perkampungan
yang bernama Musa Zai Sharif berdekatan dengan daerah Dera Ismail Khan di Pakistan di
mana beliau telah memulakan pengembangan ajaran Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah
sehinggalah ke akhir hayat beliau serta dimakamkan di sana. Dengan bantuan Hadhrat Qadhi
'Abdul Ghaffar Rahmatullah 'Alaih dan beberapa Ahli Zikir yang lain, mereka telah sama-
sama membina sebuah Khanqah di Musa Zai Sharif.

Tazkirah Hadharat Mujaddidiyyah

19
1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ufiya Anhu
Ketika beliau memasuki usia 68 tahun, keadaan kesihatannya sering terganggu lalu
beliau telah melantik Hadhrat Khwajah Muhammad 'Utsman Damani Rahmatullah 'Alaih
sebagai Khalifahnya dan telah mengurniakannya dengan Ijazah kebenaran yang tiada terbatas
untuk mengajar Tariqah Silsilah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Ma'sumiyah Mazhariyah dan
Tariqah Silsilah Qadiriyah, Chistiyah, Suhrawardiyah, Kubrawiyah, Shattariyah, Madariyah,
Qalandariyah dan beberapa silsilah Tariqat yang lain. Beliau juga telah mempusakakan
kepada Hadhrat Khwajah Muhammad 'Utsman Damani Rahmatullah 'Alaih semua
perbendaharan Khanqahnya termasuk di Musa Zai Sharif, perpustakaan dan harta yang mana
keputusan tersebut telah diterima dengan rela hati oleh sekelian Para Khalifahnya.

Hadhrat Khwajah Muhammad 'Utsman Damani Rahmatullah 'Alaih telah berkata
bahawa Murshidnya Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih
pernah berkata,
"Apabila daku menghadapi sesuatu kesulitan, maka Hadhrat Khwajah Khidhr akan
hadir padaku untuk memberikan mesyuaratnya dan menenangkan diriku."

Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'Alaih meninggalkan
dunia ini pada 22 Syawal 1284 Hijrah bersamaan 17 Febuari 1868 Masihi dan telah
dikebumikan di perkarangan Khanqah Ahmadiyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah, Musa Zai
Sharif, Dera Ismail Khan, Pakistan yang sehingga kini masih menerima kunjungan para
penziarah dari kalangan orang Khawas dan 'Awam.

Antara ungkapan hikmahnya,
"Kamu mendengar perkataanku, dengarkan juga bahawa terdapat perkataan yang
selain dariku. Ianya bukan bermaksud untuk pendengaran telinga jasmani kerana kamu
hanya melihat daku dan kamu berfikir bahawa tiada amalan Tasawwuf yang berjauhan
dariku. Kamu berada di sini untuk belajar, bukannya untuk mengumpulkan maklumat
sejarah."