FILUM Definisi: Kelompok bahasa induk yang lama waktunya (5000 tahun ke atas). Kelompok: a. Bahasa melayu kuno b. Bahasa melayu klasik c. Bahasa melayu moden Filum Bahasa Austris :
FILUM AUSTRIS
RUMPUN AUSTROASIA RUMPUN AUSTRONESIA RUMPUN CINATIBET
2
Filum austris merupakan salah satu bahasa induk di dunia. Filum ini menguasai hampir separuh benua Asia dan terdiri daripada tiga rumpun, iaitu: a. Bahasa Austroasia yang terdiri daripada bahasa Khasi (di Annam), Nicobar Mon atau Peguan, Khmer, dan Munda. b. Bahasa Cina-Tibet yang terdiri daripasa bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam, Annam dan lain-lain. c. Bahasa Austronesia yang terdiri daripada bahasa di Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia. RUMPUN Definisi: kelompok bahasa yang berusia antara 2,500-5,000 tahun. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia yang tergolong dalam filum Austris. KELUARGA Definisi: sekumpulan bahasa yang usianya kurang daripada 2500 tahun. Bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Bahasa Nusantara di bawah golongan Bahasa Sumatera. Bahasa yang memperlihatkan penyimpangan yang agak sedikit disebut sebagai bahasa yang sekeluarga iaitu bahasa yang tergolong dalam satu keluarga yang sama. Bahasa Melayu merupakan subkeluarga bagi keluarga Indonesia atau Sumatera. Bahasa Melayu mempunyai keluarga bahasa yang terbesar,terdiri daripada 200-3000 bahasa. Keluarga Nusantara kemudiannya menurunkan Bahasa Sumatera, dan 15 bahasa lain, antaranya Filipina, Jawa, Kalimantan, Sulawesi Selatan dan Ambon Timur.
3
MIKRONESIA Keluarga Mikronesia pula meliputi bahasa-bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. POLINESIA Keluarga bahasa Polinesia merangkumi bahasa-bahasa Hawaii, Tonga, Maori dan Kepulauan Easter.
KESIMPULAN
Daripada rajah salasilah bahasa, Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara. Bahasa Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu antara 200-300 bahasa. Bahasa Melayu merupakan satu daripada bahasa tersebut dan termasuk dalam subkeluarga Indonesia Pusat. Dalam subkeluarga Indonesia Pusat itu, Bahasa Melayu termasuk dalam golongan bahasa Sumatera, bersama-sama dengan bahasa Batak, Aceh, Minagkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Daripada segi perkembangan Bahasa Melayu, para pengkaji biasanya membahagikan perkembangannya kepada empat peringkat perkembangan iaitu bahasa Melayu purba, Bahasa Melayu kuno, Bahasa Melayu klasik dan Bahasa Melayu moden. Mereka menganggap bahawa Bahasa Melayu moden yang digunakan pada masa ini merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu klasik. Bhasa Melayu klasik pula berasal daripada Bahasa Melayu kuno manakala Bahasa Melayu kuno berasal daripada Bahasa Melayu purba. Walaubagaimanapun, anggapan itu disanggah oleh Asmah Haji Omar. Menurut beliau, Bahasa Melayu moden berasal daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu klasik berasal daripada bahasa Melayu induk, bukan bahasa Melayu kuno.