Anda di halaman 1dari 16

Pendahuluan Sebelum memahami mengapa arkeologi islam penting sebagai disiplin ilmu kita perlu terlebih dahulu memahami

apakah itu arkeologi.Ramai sarjana yang memberi maksud mengenai arkeologi seperti Grahame Clark,Stuart Piggot dan James Deetz. Grahame Clarke menyatakan arkeologi dalam tulisannya Archeology and Society merujuk kepada Arkeologi merupakan satu pegajian yang sistematik tentang benda-benda kuno sebagai suatu alat untuk membina semula masa lampau .Beliau menambah lagi ,walaupun pengajian arkeologi bergantung kepada arifak ,mengklasifikasikannya dan menjelaskan perkembangan gayanya ,arkeologi juga perlu memberikan gambaran lebih luas tentang bentuk,tekstur,dan artistiknya.Sehingga ahli arkeologi itu dapat membezakan pelbagai tinggalan budaya yang terpisah,menentukan tahap perkembangan sejarahnya ,atau mengenalpasti pelbagai tradisi yang berbeza-beza1. Namun begitu James Deetz pula memberi pendapat berbeza mengenai definisi arkeologi. Menurut beliau, Arkeologi sebagai disiplin yang memusatkan perhatiannya terhadap item-item tertentu dari ahli antropologi, beliau menganggap arkeologi tidak boleh didefinisikan kecuali dalam hubungannya dengan antropologi iaitu arkeologi sebagai suatu disiplin yang mana antropologi menjadi bidangnya. Perkara ini diterima oleh kebanyakan universiti-universiti di Amerika Syarikat yang mana arkeologi dianggap disiplin kecil antropologi iaitu kajian berkaitan manusia dari pelbagai aspek seperti fizikal, budaya, sosial, linguistik dan sejarah2.Walau apa pun definisi yang diberikan oleh sarjana ,namun tidak dapat menafikan bahawa arkeologi islam amat penting kepada bidang pengajian sejarah Oleh tu, dapat dirumuskan bahawa arkeologi merupakan antara satu kaedah atau sumber yang dapat menyumbang kepada kewujudan fakta sejarah yang dapat

menceritakan peradaban mahupun peristiwa akan sesuatu kejadian dahulu. Kaedah gali cari dapat membantu manusia untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas terhadap sesuatu
1 2

Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,Jakarta,Kepustakaan Popular Gramedia,2010,hlm 1 Shakila Yaacob , Arkeologi Prasejarah (edisi pertama). Dewan Bahasa dan Pustaka , 1990 , hlm 5

tafsiran misalnya berkenaan penempatan kota3.Dari sini kita dapat merumuskan bahawa arkeologi islam sebagai disiplin ilmu amat penting dalam bidang pengajian sejarah. Menambahkan pengamatan dan pengetahuan mengenai sejarah Melalui arkeologi islam kita dapat menambah pengetahuan dan pengamatan kita terhadap sejarah islam yang pernah berlangsung di Malaysia dan Nusantara.Mungkin kita dapat memperoleh maklumat mengenai sejarah kerajaan islam di Nusantara melalui sumber bertulis seperti dokumen,mahupun pensejarahan awal alam melayu seperti Sejarah Melayu yang ditulis Tun Sri Lanang atau Hikayat Raja Pasai dan sumber bertulis lain,namun melalui jumpaan data arkeologi ia dapat menambahkan lagi pengamatan dan pengetahuan kita serta dapat memperjelaskan lagi pengetahuan kita terhadap kerajaan awal islam serta masyarakatnya sama ada dari aspek politik,ekonomi,dan sosial .Sejarah Melayu menceritakan kepesatan perdagangan dan kemajuan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan-sultan Melaka dan mungkin kita dapat membayangkan kepesatan aktiviti perdagangan yang berlangsung di pelabuhan Melaka.Melalui jumpaan arkeologi seperti mata wang zaman kesultanan Melaka maka menambah lagi pengetahuan kita mengenai kepesatan perdagangan di Melaka.Melalui jumpaan mata wang yang mengunakan gelaran berunsurkan islam misalnya dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kedudukan islam dalam Kesultanan Melayu Melaka yang dianggap sebagai agama rasmi kerajaan. Sebagai kajian terhadap bentuk mata wang syiling berunsur Melayu-Islam,Kesultanan Melaka hanya melibatkan empat orang Sultan sahaja iaitu Sultan Muzaffar Shah (1445-1459),Sultan Mansur Shah (1459-1477),Sultan Ahmad Shah (1510) dan Sultan Mahmud Shah (14881511).Dari segi pengertian secara khusus,syiling merupakan mata wang yang diperbuat daripada logam dan dapat dibahagikan kepada dua iaitu pertama dihasilkan untuk tujuan jual
3

Mohd Supian Sabtu, Sejarah Masih Releven: Arkeologi sebagai Sumber Sejarah.Karisma Publication Sdn.Bhd,2001,hal 362.

beli dalam urusan perdagangan atau pertukaran dan kedua,sebagai memperingati sesuatu peristiwa.4 Mata Wang Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada bentuk yang seragam iaitu berbentuk bulat, tulisan terdapat pada bahagian hadapan dan belakang syiling yang menggunakan tulisan Jawi5, bahasa yang digunakan adalah bercampur antara Bahasa Melayu dan Bahasa Arab6, wang syiling dibuat daripada timah yang merupakan bahan utama digunakan untuk membuat wang syiling7. Syiling yang dikeluarkan Sultan Muzafar Syah menunjukan nama baginda iaitu Sultan Muzafar Shah telah ditulis dibahagian hadapan wang syiling ini dan ditulis dalam lingkungan dua baris sahaja.8 Pada bahagian belakang, telah ditulis gelaran baginda iaitu Nasir-Al- Dunia Waidin yang mempunyai lingkungan dalam tiga baris sahaja.9Bukti-bukti dari jumpaan syiling Melaka dapat menambahkan pengetahuan dan pengamatan kita terhadap kesultanan Melayu-Islam Melaka.Pengunaan nama sultan yang memerintah serta gelaran pemerintah pada mata wang menunjukan satu perlambangan simbol kekuasaan kerajaan yang memerintah pada ketika itu.Penemuan arkeologi dilihat menambah pengetahuan dan pengamatan terhadap sejarah. Membuktikan wujudnya interaksi dan hubungan diantara dua masyarakat yang berbeza Melalui persamaan dalam aspek numismatik ,seni bina mahupun batu nisan dapat kita memberi gambaran dan maklumat kepada kita bahawa wujud interaksi diantara dua masyarakat atau kerajaan di wilayah yang berbeza.Dalam sumber bertulis awal seperti Sulalatus Salatin menceritakan mengenai hubungan yang wujud diantara kesultanan Melayu

4 Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu abad-15 hingga ke-19M.Kajian dari Perspektif Numismatik dan Arkeologi,Mohd Supian Sabtu,hlm 38 5 Bank Negara Malaysia, Our Currency Legacy, Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia, 1988, hlm. 4. 6 Mohd Supian bin Sabtu, Pengukuhan Melaka Oleh Parameswara: Kesan, Perkembangan dan Kronologi Numismatik, dalam Prof. Emeritus Dato Mohd Yusoff Hashim (Penyelenggara), Parameswara Pengasas Empayar Melaka, hlm. 53. 7 Hussain bin Mahmud, Sejarah Mata Wang, Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu Berhad, 1967 hlm. 27. 8 Ibid. 9 Ibid.

Melaka dengan kerajaan awal lain di Nusantara dan luar Nusantara.Melalui penemuan data arkeologi kita dapat membuktikan bahawa hubungan tersebut benar-benar wujud dan berlangsung pada era tersebut.Interaksi mungkin dalam bentuk perkahwinan mahupun perdagangan yang menyebabkan persamaan dalam jumpaan arkeologi di kawasan yang berbeza.Penemuan batu nisan Acheh dibeberapa kawasan di Malaysia seperti Melaka,Johor dan Negeri Sembilan yang berasal dari Acheh membuktikan wujudnya hubungan diantara kedua kawasan10.Tom Pires menyatakan raja Melaka iaitu Parameswara memeluk islam apabila mengahwini puteri Raja Pasai ,hal ini dapat disokong melalui jumpaan data arkeologi .Tipologi batu-batu nisan Sultan Melaka memiliki persamaan dengan batu nisan yang ada di Samudera-Pasai .Interaksi turut dapat dilihat melalui persamaan dalam syiling emas antara kerajaan Pasai dan Kerajaan Melaka.Syiling yang dikeluarkan Kesultanan Pasai yang dikeluarkan oleh Sultan Muhammad Malik al-Zahir (memerintah antara tahun 1297-1326) dan baginda menggunakan gelaran al-Sultan al-adil11 manakala Syiling yang dikeluarkan Sultan Muzafar Syah menunjukan nama baginda iaitu Sultan Muzafar Shah telah ditulis dibahagian hadapan wang syiling ini dan ditulis dalam lingkungan dua baris sahaja.12 Pada bahagian belakang, telah ditulis gelaran baginda iaitu Nasir-Al- Dunia Waidin yang mempunyai lingkungan dalam tiga baris sahaja13. Interaksi turut dapat dilihat melalui struktur binaan dan sebagainya,contoh yang jelas ialah persamaan struktur binaan masjid Tua Kampung Laut di Kelantan dengan binaan masjid Agung Demak.Kebanyakan masjid tua menunjukan persamaan seperti masjid Tua Kampung Laut di Kelantan,Masjid Ampangan di Negeri Sembilan ,Masjid Air Baloi dan Kampung Merlong di Johor serta beberapa masjid tua lain di Malaysia menunjukan

10 11

Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 6 Ibid, Mohd Supian Sabtu, Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu abad-15 hingga ke-19M.Kajian dari Perspektif Numismatik dan Arkeologi, hlm 39 12 Ibid. 13 Ibid

persamaan dengan masjid Agung Demak dan Masjid Agung Banten dan masjid Agung Cirebon melalui binaan struktur atap yang bertingkat samada dua,tiga,empat atau lebih14.Hal ini membuktikan melalui data arkeologi kita dapat membuktikan wujudnya interaksi diantara dua masyarakat atau kerajaan yang berbeza. Memahami sistem sosial dan adat sesebuah masyarakat Melalui kaedah arkeologi dan data arkeologi kita turut dapat memahami budaya dan adat sesebuah kawasan.Pemahaman mengenai mobilasi sosial terutamanya yang berbentuk Horizontal dapat dicungkil melalui data-data arkeologi.Contohnya penemuan

binaan kota-kota kerajaan Islam di demak ,Kudus ,dan Cirebon dapat dianalisa adanya mobilisasi sosial tukang-tukang dari satu tempat ke tempat lain melalui persamaan bentuk binaan15.Hal lain ialah pemakaman Islam yang ditempatkan diatas bukit seperti makam Sunan Gunung Jati,Sunan Muria, Sunan Giri,makam Sultan-sultan Yongyakarta dan Solo di Imogiri dan makam Sunan Sendang di Sendangsuwur .Kesemua makam tersebut menunjukan makam yang ditempatkan ditempat yang paling tinggi merupakan makam yang paling suci ,jika kawasan berbentuk dataran rata pula ,kuburan orang-orang yang dianggap suci ditempatkan dibahagian belakang iaitu kawasan ketiga .Demikian juga batu nisan dan

kijingnya yang berbentuk berundak menunjukan kedudukan status sosialnya yang tinggi16.Hal ini menunjukan bagaimana kepentingan arkeologi islam dalam memahami aspek budaya sesebuah masyarakat.

14 15

Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 6 Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 5 16 Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 5

Mewujudkan penemuan maklumat baru Melalui penemuan data arkeologi turut dapat membawa kepada pembaharuan dalam sejarah dan memperbaiki fakta sejarah sedia ada terutamanya yang diperolehi melalui sumber bertulis.Menurut Sejarah Brunai perkahwinan Awang Alak Betatar dengan salah seorang Puteri Sultan Melaka membawa kepada pengislaman Awang Alak Betatar.Tradisi lain menyatakan pengislamannya hasil perkahwinan beliau dengan puteri Sultan Johor(H.R Hughes-Hallet,M.C.S,1940,25) .Jika dinilai kepada dua sumber ini bermakna proses pengislaman di Brunai berlaku agak lewat.Melalui jumpaan data arkeologi batu nisan Putri Sultan Abdul Majid Bin Sultan Muhammad Syah bertanggal 440 hijrah atau 1048 masihi iaitu tarikh yang lebih awal dari pemerintahan Awang Alak Betatar pada awal abad ke-15.Hal ini memberi maklumat bahawa islam datang ke Brunai lebih awal iaitu pada abad ke-11 dan penyebaran islam dikatakan dilakukan pedagang arab dan Parsi17. Hal ini memperlihatkan kepada kita kepentingan arkeologi islam sebagai satu disiplin ilmu yang membantu daam penemuan data dan maklumat baru sejarah. Maklumat baru turut diperoleh mengenai kedatangan islam di Nusantara,ramai melihat kerajaan Melayu Samudera-Pasai terawal menerima islam ,namun melalui jumpaan batu nisan syeikh Muhammad yang tidak diketahui tarikh kematiannya tetapi melalui kajian arkeologi keatas batu nisan tersebut di Barus mendapati ia bertarikh 602 Hijrah lebih awal dari batu nisan Sultan Malik As Salih yang dikatakan yang terawal memeluk islam di Alam Melayu18. Mempelbagaikan cabang ilmu Kepentingan arkeologi islam turut dilihat dalam menyumbang kepada perkembangan pelbagai cabang disiplin ilmu.Melalui arkeologi islam pelbagai maklumat dapat diperoleh bagi tujuan kajian ilmu numismatik,environmental archaeology(arkeologi
17 18

Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 25 Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 14

alam sekitar),antropologi iaitu berkenaan sistem sosial dan kebudayaan masyarakat serta pelbagai ilmu lain lagi.Kajian mengenai lingusitik turut dapat dilakukan melalui data arkeologi seperti mengkaji perkembangan sistem bahasa dan tulisan di Malaysia dan Nusantara.Sebagai contoh penemuan batu bersurat Minye Tujuh di Acheh 1380 masihi yang terdapat tulisan india dan arab ,samskrit dan jawa kuno, dari sini kita dapat melihat perkembangan bahasa di Nusantara yang bermula dari Sanskrit,jawa kuno dan seterusnya bahasa Melayu Klasik yang dipengaruhi bahasa Arab yang menunjukan proses perkembangan bahasa di Nusantara .Melalui arkeologi turut memperluaskan ilmu kajian Numismatik .Pengenalan sistem mata wang dalam kerajaan Islam telah menukarkan corak urusan jual beli sistem barter kepada sistem mata wang19 yang menampakkan keistimewaan yang tersendiri serta dapat mengatasi masalah yang timbul daripada sistem barter ini seperti kadar tukaran barang sukar untuk ditentukan, barang sukar disukat dan barang sukar untuk dibawa.Penggunaan mata wang dalam pemerintahan Islam Melayu pernah berlaku semasa pemerintahan Kerajaan Samudera Pasai pada tahun 1297 sehingga 1326. Wang emas yang dinamakan dirham yang mempunyai berat 0.60 gram dan mutu 1/8 telah digunakan sebagai alat pembayaran. Pada muka wang ini tertera nama Muhammad Malik al-Zahir20.Kesultanan Melayu Melaka di era pemerintahan Sultan Mahmud Syah(1488-1511) Ini dapat dilihat melalui ukiran nama yang terdapat pada wang syiling yang dikeluarkan oleh baginda. Pada wang syiling 1 pitis yang berukuran 21 mm sehingga 22 mm dan beratnya 3.0 gm, pada bahagian hadapan wang syiling ini mempunyai ukiran nama baginda iaitu Al-Sultan Mahmud Shah dan bahagian belakang wang syiling ini mempunyai ukiran gelaran baginda iaitu AlAdil.21Selain itu cabang ilmu lain ialah kajian ilmu perundangan mengenai sistem perundangan syariah melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu yang terkandung
19 20

Hussain bin Mahmud (1967). Sejarah Mata Wang. Penerbit Utusan Melayu, hal 2. Ismail Hussein (1995). Tamadun Melayu Jilid Tiga: Nilai Mata Wang Raja-raja di Dunia Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 1337 21 Mohd. Supian Sabtu, Bentuk Mata Wang Kesultanan Di Tanah Melayu Abad Ke -15 Hingga ke-19 M : Kajian Dari Perspektif Numismatik Dan Arkeologi, hlm. 50.

maklumat mengenai undang-undang islam yang diamalkan di Mandulika ,ada perkataan mengenai Allah dan Rasul,disamping bukti campuran undang-undang islam dan undangundang adat,membabitkan 9-10 berkaitan hukum muamalat(hutang-piutang,kesalahan enggan membayar denda),berkaitan hukum keatas penzina ,namun sebahagian daripada hukuman ini kurang lengkap dari segi penerangan kerana ada serpihan batu yang hilang22. Melalui kajian arkeologi pengkajian numismatik dapat diperluaskan dan dapat memahami sejarah kesultanan Islam. Menghayati Keindahan kerajaan islam awal Keindahan kerajaan awal islam dapat dilihat melalui aspek numismatik,seni bina dan dekoratif dalam struktur binaan awal kerajaan islam seperti masjid. Syiling emas di negeri Kelantan menggunakan gelaran Al Julus Kelantan Shah pada bahagian permukaan dan bahagian belakang masih mengekalkan gelaran al-Mutawakkil Ali Allah yang mempunyai ukuran diameter sekitar 10.55mm dengan berat 0.6 gram.Daripada kajian William Shaw dan Mohd Kasim Haji Ali,kita mengetahui bahawa di belakang mata wang emas Kelantan -Patani yang tertera jenis kijang dan matahari terdapat ungkapan Malik al-adil yang menunjukan kedudukan islam sebagai agama rasmi kerajaan islam di Kelantan.23Melalui seni bina kita dapat membuat tafsiran dan menghuraikan tujuan setiap ukiran dibuat.Melalui batu nisan Acheh yang ditemui mengandungi pesanan tersirat sufisme.Pesanan itu mengenai pandangan hidup sufi seperti kematian dan perjalanan mistik jiwa menuju singahsana Tuhan untuk berkomunikasi denganNya.Antara batu nisan yang memiliki pesanan sufisme seperti batu nisan Marhum Berdarah Puteh di Pagoh-Muar,Batu Nisan Sultan Allaudin Riayat Syah ,batu nisah Raja Fatimah dan Raja Jamil ,makam Nibong dan banyak lagi.Masjid tua di Indonesia

22

Rahimin Affendi Abd Rahim,Batu Bersurat Terengganu:Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam, Jurnal Fiqh, No. 7 (2010) 107-148,hlm 124
23 Tamadun Malayu Jilid Tiga,Ismail Hussein,Abdul Aziz Derahman,Abdul Rahman Al-Ahmad,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur,1995 hlm 1346

dan Malaysia seperti Masjid Agung Demak dan Masjid Tua Kampung Laut menunjukan dekoratif kaligrafi ayat-ayat Al Quran pada dinding masjid yang dikatakan bertujuan memujuk masyarakat memeluk islam24.Kewujudan masjid turut menunjukan masyarakat awal yang memeluk islam di Nusantara telah memiliki institusi untuk melakukan ibadat dan tujuan pengajian keagamaan kerana masjid selain dari dijadikan tempat beribadat turut dijadikan tempat pengajian agama. Melalui arkeologi islam dapat melihat sistem ekonomi dan kepandaian masyarakat Melalui jumpaan data arkeologi juga dapat membantu dalam memahami sistem ekonomi masyarakat islam awal di Malaysia dan Nusantara.Kewujudan mata wang kesultanan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan Pasai membuktikan kepesatan ekonomi masyarakat yang terlibat dalam aktiviti jual beli dan

perdagangan.Penemuan seramik dari kajian arkeologi di ibu kota Banten,Goa dan Acheh memperlihatkan bukti hubungan perdagangan dengan kerajaan Siam,Tiangkok,Eropah Timur dan Jepun25.Kewujudan mata wang (Numismatik) turut memperlihatkan kemahiran masyarakat melayu dari segi pertukangan sehingga berjaya menghasilkan pelbagai bentuk mata wang.Mata wang yang dijumpai melalui kaedah arkeologi memperlihatkan kemahiran penempaan masyarakat awal dalam kerajaan Melayu di Nusantara .Melalui bentuk mata wang dalam kesultanan Melayu Melaka ,Kesultanan Kelantan ,Terengganu dan Perlis kita dapat melihat kemahiran masyarakat Melayu yang tinggi hingga berjaya menghasilkan mata wang dalam pelbagai bentuk.Hal ini contohnya dapat dilihat pada penghasilan mata wang kesultanan Melayu Terengganu yang berbentuk seperti saluran bunga dan mempunyai enam kelompak dengan perkataan Malik Al Adil pada bahagian permukaan .Kepandaian masyarakat Melayu turut dapat dilihat dalam penghasilan mata wang di Kelantan iaitu

24 25

Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 34 Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 6

Kupang Kijang dan Dinar Matahari

keduannya tertulis perkataan jawi.Kupang Kijang

mempunyai gambar kijang di permukaannya ,dan dinar matahari terdapat ukiran bunga atau bintang manakala dibelakang kedua syiling ini terdapat nama gelaran Sutlan iaitu Malik Al Adil. Bagi duit pitis Kelantan yang dihasilkan dari acuan yang berbentuk pokok duit dan apabila hendak digunakan syiling tersebut akan dipatahkan dari dahannya yang peringkat awal duit pitis ini diperbuat dari timah sebelum ditukar kepada peauter26. Menyokong bukti sumber bertulis berbentuk menuskrip atau pensejarahan Sumber arkeologi juga disiplin ilmu yang penting dalam menyokong data sejarah bertulis yang berbentuk menuskrip dan pensejarahan Melayu awal.Apabila kita melihat dalam pelbagai catatan fakta sejarah dijelaskan maklumat berkaitan kedatangan dan pertapakan masyarakat Arab sama ada melalui perdagangan, aktiviti mubaligh dalam pendakwahan, perkahwinan dan seumpamanya dalam Kesultanan Sulu dan Brunei yang mempunyai status de-facto ke atas Borneo Utara. Malah Kesultanan Sulu dikatakan telah diasaskan oleh golongan Syarif yang berasal dari Tanah Arab. Cesar Adib Majul umpamanya menjelaskan pada tahun 982 M,sebuah kapal dagang Arab dari Mai (Mindoro), Sulu telah menuju ke Canton di Negeri China (Cesar Adib Majul, 1973: 39). Ini menunjukkan masyarakat Arab telah pun sampai dan bertapak di Kepulauan Sulu (sebagai kawasan persinggahan) sehingga penerimaan agama Islam oleh masyarakat tempatan pada abad ke 13 atau 14 Masihi. Syed Naquib al-Attas dalam bukunya Preliminary Statement On A General Teory of The Islamization Of The Malay Indonesian Archipalego menyatakan bahawa bukti pertapakan ini berdasarkan penemuan batu nisan orang Islam di Bud Dato,Jolo yang bertarikh 1310 M.27 . Kemasukan agama Islam diceritakan dalalm Sulalatus Salatin yang

26 27

W.Shaw dan Mohammad Kasim hj Ali,Coins of North Malaya,Kuala Lumpur,Mezium Negara,1971,hlm Mohammad Syaukhi Muhammad Radzi,MASYARAKAT ARAB(KETURUNAN SYED )DI TAWAU ,SABAH:TINJAUAN TERHADAP SEJARAH PERTAPAKAN DAN SUMBANGAN DARI ASPEK SOSIAL, Borneo Research Journal, Volume 1, December 2007,Hlm 190

membincangkan keajaiban yang menyelubungi kedatangan Islam dalam dua konteks iaitu pertama pengislaman Pasai dan keduanya pengislaman Melaka.28Namun melalui penemuan data arkeologi ia dapat menyokong kebenaran sumber dalam pensejarahan Sulalatus Salatin.Ternyata sumber arkeologi amat penting apabila penemuan batu nisan Sultan Malik As Salih yang meninggal 696 hijrah ,data arkeologi ini dianggap batu nisan tertua mencantumkan nama sultan di wilayah ini
29

.Hikayat Patani misalnya menyatakan mengenai

pengislaman Raja dan pembesar-pembesar Patani oleh ulama Pasai iaitu Syeikh Said hal ini di sokong oleh data arkeologi batu nisan Raja Pasai dan Patani yang menunjukan persamaan bentuk dan jenisnya.Dalam Sejarah Kelantan pula diceritakan mengenai ketibaan seorang Syeikh Arab dari Patani yang menyebarka agama islam ke Kelantan dan kenyataan ini di sokong oleh penemuan kepingan syiling bertarikh 577 hijrah atau 1181 masihi di Kelantan menguatkan lagi pengislaman di peringkat awal di negeri ini30. Sebagai pengukur masa secara relatif Berdasarkan kajian data arkeologi terutamanya ciri-ciri perkembangan bentuk binaan atau sebagainya boleh menjadi pengukur masa yang amat penting berdasarkan cirri yang khusus pada sesuatu binaan.Apabila kita melihat kepada batu nisan Acheh misalnya ,perubahan bentuk pada batu nisan Acheh boleh diguna sebagai pengukur kepada zaman atau masa kerana bentuk yang khusus pada perubahan batu nisan Acheh tersebut.Peringkat awal batu nisan Acheh ditandai dengan bentuk meganlithik,,unsur hindu iaitu lingga atau menhir yang dikenali nisan Plakpling yang menyerupai menera dari bangunan suci masyarakat hinddu.Contohnya Kompleks makam Ratu Nahrisah di Kabupaten Acheh Utara31.Mengikut pembahagian yang dilakukan oleh Othman dan Perret membahagi nisan kuno kepada

28

Abdul Rahman Hj Ismail dan Haron Daud (editor),Sulalatu-Us-Salatin (Sejarah Melayu),Cerakinan Sejarah,Budaya dan Bahasa,hlm. 41. 29 Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 13 30 Mohd Zamberi A.Malek,UMAT ISLAM PATANI ,SEJARAH dan POLITIK,SHAH ALAM,HIZBI,1993,hlm 23 31 Repelita Wahyu Oetomo,Perkembangan Bentuk Batu Nisan Acheh ,Sebagai Wujud Kreativitas Masyarakat Acheh Pada Masa Lalu,Jurnal Balai Arkeologi Medan,BAS NO.23/2009,Hlm 83

beberapa bahagian dasar,badan bahagian bawah,badan bahagian atas, ,bahu,kepala dan puncak .Kesimpulannya nisan-nisan yang dijumpai di Johor terbahagi kepada 99 bentuk pipih, 7 bentuk tiang.Batu nisan yang dijumpai di Kelurahan Peuniti yang menempatkan makam golongan raja dan ulama yang berasal dari Bugis memperlihatkan perbezaan dari segi pola hias.Walau bentuk yang hamper sama dari batu nisan sebelumnya yang ketara perbezaannya ialah hiasan sehingga nisan tersebut kelihatan bersisik
32

.yang berlebihan di

badan dan sayap,kepala diukir hingga keluar dari bidang hias Perkembangan batu nisan Acheh dapat dilihat pada perkembangan bentuk batu nisan Acheh yang boleh digunakan untuk menetukan zaman berdasarkan bentuknya sama ada 1400 masihi,1500 masihi,1600 masihi atau 1700-1800 masihi.

32

Repelita Wahyu Oetomo,Perkembangan Bentuk Batu Nisan Acheh ,Sebagai Wujud Kreativitas Masyarakat Acheh Pada Masa Lalu,Jurnal Balai Arkeologi Medan,BAS NO.23/2009,Hlm 84-86

Kesimpulannya Kesimpulannya arkeologi islam sebagai disiplin ilmu memiliki peranan yang amat penting dalam pelbagai bidang terutamanya sejarah dalam memahami sistem

politik,ekonomi,sosial masyarakat islam awal di Nusantara.Kewujudan bidang pengajian arkeologi islam telah memudahkan pemahaman dan penghayatan terhadap kewujudan unsur islam dalam masyarakat awal di Malaysia dan Nusantara.Melalui arkeologi islam kajian mengenai numismatik,budaya,seni bina mahupun mobiliti sosial masyarakat dapat dikenalpasti dengan lebih jelas dan tidak dapat dinafikan bahawa arkeologi islam dapat membantu membuktikan kesahihan sumber bertulis.Melihat kepada kepentingan arkeologi islam sebagai satu disiplin ilmu maka usaha untuk memperluaskan dan meningkatkan pengunaan kaedah arkeologi perlu dipertingkatkan sebagai kaedah penting dalam mendapatkan maklumat mengenai kerajaan islam awal di Malaysia dan Nusantara. Bibliografi
1.Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,Jakarta,Kepustakaan Popular Gramedia,2010 2.Shakila Yaacob , Arkeologi Prasejarah (edisi pertama). Dewan Bahasa dan Pustaka , 1990 3.Mohd Supian Sabtu, Sejarah Masih Releven: Arkeologi sebagai Sumber Sejarah.Karisma Publication Sdn.Bhd,2001 4.Abdul Rahman Hj Ismail dan Haron Daud (editor),Sulalatu-Us-Salatin (Sejarah Melayu),Cerakinan Sejarah,Budaya dan Bahasa, Pulau Pinang:Penerbit Universiti Sains Malaysia,2008 5.Hussain bin Mahmud, Sejarah Mata Wang, Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu Berhad, 1967 6.Ismail Hussein,Abdul Aziz Derahman,Abdul Rahman Al-Ahmad ,Tamadun Malayu Jilid Tiga, ,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur,1995

7.Ismail Hussein, Tamadun Melayu Jilid Tiga: Nilai Mata Wang Raja-raja di Dunia Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka,1995 8.Mohammad Syaukhi Muhammad Radzi,MASYARAKAT ARAB(KETURUNAN SYED )DI TAWAU ,SABAH:TINJAUAN TERHADAP SEJARAH PERTAPAKAN DAN SUMBANGAN DARI ASPEK SOSIAL, Borneo
Research Journal, Volume 1, December 2007

9.Mohd Zamberi A.Malek,UMAT ISLAM PATANI ,SEJARAH dan POLITIK,SHAH ALAM,HIZBI,1993 10. Rahimin Affendi Abd Rahim,Batu Bersurat Terengganu:Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam, Jurnal Fiqh, No. 7 (2010) 107-148

11. Repelita Wahyu Oetomo,Perkembangan Bentuk Batu Nisan Acheh ,Sebagai Wujud Kreativitas Masyarakat Acheh Pada Masa Lalu,Jurnal Balai Arkeologi Medan,BAS NO.23/2009,Hlm

Masjid Kampung Laut

Masjid Agung Demak

Batu Nisan Aheh di Pasai

Batu Nisan dijumpai di Johor

Mata wang Pasai

Mata Wang Melaka

Anda mungkin juga menyukai