Anda di halaman 1dari 43

JBNK EQ 3311 D 1.

0 PENGENALAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Kerja kursus ini adalah tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran Kompetensi Kecerdasan Emosi ataupun KKE (EQ 3311D) untuk guru-guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) semester 3. Tugasan ini mengkehendaki kami untuk membincangkan satu kes sebenar dan perkaitannya dengan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE), iaitu berkaitan dengan mata pelajaran yang kami pelajari pada semesta ini. Kami dikehendaki mencari contoh-contoh kes melalui muat turun video, keratan akhbar, petikan gambar atau rencana daripada pelbagai sumber yang sahih. Kes yang dipilih hendaklah dipastikan kesahihannya iaitu, kes itu benar-benar berlaku dan telah dilaporkan dalam akhbar. Dewasa kini, berita tentang guru begitu banyak terpampang di dada-dada akhbar. Ada berita yang baik dan tidak kurang juga, berita yang kurang elok untuk didengar mahupun untuk dibaca. Contohnya Seperti guru mengambil dadah, guru membelasah murid, guru membuat gangguan, guru pecah amanah, guru menipu, guru dipukul oleh pelajar dan banyak lagi. Masalah-masalah yang terjadi ini mempunyai kaitan langsung dengan emosi. Dengan kata lain, ianya berkaitan secara langsung dengan kemerosotan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE). 1.1 Definisi Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE)

Menurut Mok Soon Sang (2010:10) dalam bukunya Kompetensi Kecerdasan Emosi, emosi berasal daripada perkataan Greek emovere yang membawa maksud untuk keluar. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa emosi merupakan sesuatu perasaan jiwa yang kuat yang ditonjolkan keluar untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Manakala menurut Kamus Advanced Learners English-Malay Dictionary (2001) dalam buku Mok Soon Sang menyatakan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap seperti kasih saying, benci, takut, gembira dan sebagainya. Menurut Daniel Goleman (1997) dalam buku yang sama, menyatakan bahawa emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Manakala, Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) pula didefinisikan oleh A.J.Micheal dalam bukunya Kompetensi Kecerdasan Emosi, sebagai kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan dengan orang lain dengan baik. Manakala, kecerdasan emosi menurut Young (1996) dalam buku A.J.Micheal pula dapat diertikan juga sebagai sejenis kecerdasan social yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manafaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Kecerdasan emosi amat penting. Hal ini dapat dilihat melalui pandangan Daniel Goleman (1995) dalam buku Mok Soon Sang (2010), iaitu Emotional Quotient (EQ) ataupun kecerdasan emosi merupakan prasyarat untuk keberkesanan Intelligence Quotient (IQ) ataupun kecerdasan intelektual. Maksudnya IQ tidak akan berfungsi dengan baik jika bahagian otak kita rosak akibat kecacatan emosi. Oleh itu, Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) amat penting kepada kehidupan seseorang individu, masyarakat dan juga kepada negara.

1.2 Kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE)

Antara kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) kepada individu ialah KKE membantu dalam perkembangan menyeluruh seseorang individu itu. Hal ini adalah kerana KKE meliputi segala keperluan seseorang individu seperti yang dijelaskan dalam perenggan sebelum ini. Contohnya jika seseorang individu itu mempunyai KKE yang kurang baik maka hidupnya akan tunggang lang. Hal ini kerana seseorang individu itu tidak akan mahir dalam menguruskan emosinya dan berkemungkinan akan menghidapi stres yang kronik yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit berbahaya seperti strok, gila, darah tinggi dan sebagainya. Selain itu juga KKE membantu individu dalam menguruskan perhubungannya dengan orang lain. Dengan ini salah faham dan pergaduhan akan dapat dielakkan. Seterusnya kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) kepada masyarakat. KKE dapat melahirkan sebuah masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sosial. Keseimbangan ini penting bagi menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah masyarakat dalam membentuk dan menjalin kesatuan fikiran yang

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

utuh. Jika kesatuan hati dan pemikirann sukar untuk terjalin, maka sudah tentulah sebuah masyarakat yang penyayang, adil, saling mengambil berat dan lain-lain akan menjadi khayalan. Jika masyarakat tidak mampu bersatu, bagaimana mungkin hasrat negara yang ingin mencapai tahap perpaduan yang jitu akan dapat mengintegerasikan hubungan di kalangan masyarakat. Masyarakat yang dapat mengawal emosinya akan dapat

menyuburkan semangat kejiranan serta mampu menguatkan ukhwah. Ringkasnya melalui kompetensi kecerdasan emosi, individu dan masyarakat yang cerdas intelektual tetapi tidak cergas emosi lebih banyak menunjukkan kegagalan daripada kejayaan. Kecerdasan emosi yang tinggi akan mampu meningkatkan motivasi kendiri agar berusaha, bersabar dan tekun. Manakala berbeza dengan kawalan emosi seseorang yang kurang kecerdasan akan mengalami kesukaran, gelisah, kelam kabut dan tidak tenteram dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya kegembiraan dan ketenangan sebenar adalah bergantung kepada hati yang sentiasa dapat mengawal kehendak naluri hati.

JBNK EQ 3311 D 2.0 PERBINCANGAN KES 2.1. Kes Akhbar yang Dipilih

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Tajuk berita yang dipilih ialah Pelajar Tendang Guru Disingkir, dan medium akhbar yang digunakan untuk tajuk kes ialah surat khabar KOSMOS

JBNK EQ 3311 D 2.2 Sinopsis Kes

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Merujuk kepada akhbar Kosmo pada 17 Oktober 2008, terdapat satu kes yang melibatkan guru. Artikel kes yang dikaji bertajuk Pelajar Tendang Guru Disingkir berlaku pada 16 Oktober 2008. Berdasarkan sumber video yang dipaparkan melalui Buletin Utama berkenaan kes yang sama, kes tersebut berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis, di Kangar, Perlis. Berita awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi apabila guru sivik, Azhana Ibrahim, 27 tahun, memanggil pelajar perempuan tingkatan dua ke depan kelas kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Pelajar tersebut bukan sahaja tidak menyiapkan kerja sekolah, malah menulis perkataan gila babi pada bahagian belakang kertas kerjanya. Kejadian menjadi semakin tegang apabila pelajar dan guru tersebut bertikam lidah. Guru yang tidak dapat mengawal emosi telah memukul pelajar tersebut dengan sebuah buku. Ekoran daripada itu, pelajar terbabit membalas tindakan gurunya dengan cara menolak dan menendang guru tersebut. Berdasarkan sumber dari Buletin Utama juga, pelajar terbabit keluar dari kelas dan memanggil rakan-rakannya daripada kelas lain untuk menyerang guru tersebut. Oleh sebab ketakutan dan ingin menyelamatkan diri, guru tersebut melarikan dirinya ke bilik guru. Setelah siasatan selesai, pelajar tingkatan dua yang pada awalnya digantung sekolah telah disingkirkan dari sekolahnya. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut diberi peluang untuk membuat rayuan memasuki sekolah lain.

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN Merujuk kepada carta Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) pada muka surat

sebelum ini, faktor-faktor berlakunya kes Pelajar Tendang Guru Disingkir adalah kerana emosi yang tidak dapat dikawal dengan baik. Kes ini telah dianalisis dan didapati bahawa kes ini mempunyai hubung kait dengan kedua-dua komponen utama KKE. Komponen Kompetensi Personal merangkumi dua komponen utama iaitu kesedaran emosi kendiri dan juga pengurusan emosi kendiri. kompetensi kesedaran emosi kendiri seseorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan ekspreksi individu berdasarkan subkomponen seperti kesedaran emosi kendiri, kesedaran ketepatan kendiri, keyakinan kendiri, penghormatan kendiri dan kesejahteraan kendiri. Namun dalam kes ini hanya dua subkomponen sahaja yang terlibat iaitu kesedaran kendiri dan juga pengurusan kendiri. Manakala Kompetensi pengurusan emosi kendiri seseorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan ekspreksi individu berdasarkan subkomponen seperti kawalan emosi, kebolehsuaian, keboleh-percayaan, ketekunan, inovasi, Optimis, daya usaha, motivasi kendiri dan berorentasikan pencapaian. Dalam Kompetensi pengurusan emosi pula hanya tiga subkomponen yang terlibat daripada sembilan subkomponen iaitu kawalan emosi, keboleh-percayaan dan optimis. Seterusnya komponen yang terlibat dalam kompetensi sosial. Seperti yang tercatat pada carta 1, kompetensi social merangkumi dua komponen iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Kompetensi kesedaran sosial seseorang individu boleh dikenal pasti daripada tingkah laku, prestasi, dan cirri peribadi individu berdasarkan kepada subkomponennya iaitu membangun individu, empati, kesedaran organisasi, berorientasikan organisasi dan melayani kepelbagaian. Namun hanya satu

subkomponen yang dapat dikenal pasti berkaitan sengan kes ini iaitu empati. Manakala Kompetensi kemahiran sosial seseorang individu pula boleh dikenal pasti daripada tingkah laku, prestasi, dan ciri peribadi individu berdasarkan kepada subkomponennya seperti kepimpinan, komunikasi, pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, membina perhubungan dan kerja berpasukan & kolaborasi. Dalam komponen kemahiran sosial banyak subkomponen yang terlibat dalam kes ini iaitu empat subkomponen daripada tujuh subkomponen iaitu kepimpinan, komunikasi pengurusan konflik dan membina perhubungan. Huraian yang selanjutnya akan dibincangkan secara mendalam lagi dalam bab yang seterusnya.

JBNK EQ 3311 D 2.4 Faktor-faktor Berlakunya Kes

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Setiap kejadian yang berlaku mesti ada penyebabnya. Begitulah juga dengan kes Pelajar Tendang Guru yang telah dikaji ini. Pergaduhan antara guru dan pelajar ini terjadi disebabkan oleh kurangnya penguasaan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam kehidupan seharian. Berikut merupakan kompenen-kompenen Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) yang berkaitan dengan kes yang dianalisis.

Kompetensi Personal: 1. Kesedaran kendiri 2. Pengurusan Kendiri

Kompetensi sosial: 1. Kesedaran Sosial 2. Kemahiran Sosial

Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE)

Carta 2: Komponen KKE yang terlibat

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

KOMPETENSI PERSONAL

KESEDARAN KENDIRI: 1. Kesedaran Emosi Kendiri

PENGURUSAN KENDIRI: 1. Kawalan Emosi Kendiri 2. Kebolehpercayaan 3. Optimis

2. Penghormatan
kendiri

Carta 3: Subkomponen Kompetensi Personal yang terlibat. 2.4.1 Kesedaran Emosi Kendiri Menurut Mok Soon Sang (2010) dalam bukunya Kompetensi Kecerdasan Emosi, kesedaran emosi kendiri merujuk kepada keupayaan mengenal pasti dan mengenali emosi serta kesannya. Kita mempunyai peluang yang amat terhad untuk mengawal emosi yang menguasai diri. Kemampuan kita juga agak terbatas untuk menentukan emosi yang akan menguasai kita. Emosi datang tanpa diundang kerana bila-bila masa sahaja emosi boleh muncul tanpa direncana. Emosi marah akan menjadi aktif dan bertindak dengan cepat sekali tanpa diduga apabila terdapat rangsangan emosi seperti apabila ego kita dicabar, keselamatan kita diancam ataupun keupayaan atau hak kita dirampas ataupun dinafikan. Jika emosi negatif ini tidak dibendung dengan segera maka ia akan membawa mudarat.

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN Berdasarkan petikan video guru ditendang pelajar sendiri pada minit ke 00:18 - 00:37 daripada video yang berdurasi 1:44 minit yang dikaji, kita dapat merumus bahawa guru tersebut tiada kesedaran emosi kerana tidak dapat mengawal emosinya yang sedang marah terhadap pelajarnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Tindakan dia memukul pelajarnya dengan buku adalah tidak rasional kerana akan menambah tekanan dan menaikkan

2.4.2

Penghormatan kendiri

Kehormatan kendiri ialah individu yang mempunyai ciri kompetensi emosi kendiri. Menurut Mook Soon Sang (2010:52) dalam bukunya kompetensi kecerdasan emosi. Penghormatan kendiri ialah individu yang sering mengunakan pemikiran reflektif untuk menambah baik prestrasi dan memiliki penghargaan kendiri. Menurut teori Herarki Moslow, kehormatan kendiri terletak pada tingkat paling atas dalam piramid Moslow dan perlu dipenuhi. Merujuk kepada kes yang dikaji,

penghormatan kendiri ini terdapat pada kedua-dua pihak iaitu guru wanita dan pelajar perempuan tersebut. Guru tersebut tidak diberikan

penghormatan terlebih dahulu oleh pelajarnya dengan pertama pelajar tersebut tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Kedua pada tugasan buku tersebut diletakkan perkataan gila babi dan ini menunjukkan kredibiliti guru tersebut pada kelas sebelumnnya sehingga tidak mendapat penghormatan pelajar.

Guru perempuan tersebut sepatutnya membuat refleksi diri untuk menambah baik kelemahan pada penyampaian dan pengajaran di kelas. Namun akibat gagal mengawal emosi guru tersebut telah menengking pelajar perempuan tersebut dan mengeluarkan perkataan yang tidak wajar seperti kurang ajar dengan perlakuan menunding jari dan nada tinggi. Seterusnya guru tersebut telah tidak menghormati pelajar tersebut dengan memukul pelajarnya dengan mengunakan buku pada bahagian sensitive iaitu punggung, bahu dan belakang pelajar perempuan terbabit.
10

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Hal ini boleh dilihat dengan jelas pada saat 00:24, 00:28, 00:31, 00:32, dan 00:53 rakaman video tersebut. Seseorang yang hilang penghormatan kendiri mungkin disebabkan perlakuannya sebelum ini.
2.4.3 Kawalan Emosi

Menurut Mok Song Sang (2010:58) Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) terbahagi kepada dua komponen utama iaitu Kompetensi Personal dan Kompetensi sosial. Kawalan emosi adalah salah satu subtopik yang berada di bawah topik Pengurusan Emosi Kendiri yang berada di bawah komponen

Kompetensi Personal. Kawalan emosi bermakna seseorang itu dapat mengurus emosi yang destruktif dan dapat mengurus perasaan dan emosi yang negatif dengan baik. Selain itu, guru ini juga memiliki sifat tenang dan positif semasa tertekan serta berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan. Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai kompetensi personal yang tinggi ialah guru yang memiliki sifat dan kualiti peribadi seperti kebolehan kawalan emosi yang baik. Seseorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi adalah guru yang dapat mengawal perasaan diri. Guru yang memiliki kecerdasan emosi yang baik juga tidak mudah meradang dalam sebarang situasi lebih-lebih lagi dalam situasi yang tegang seperti pertengkaran. Sesungguhnya emosi seperti marah amat berbahaya jika tidak dikawal dengan baik seperti sabda Rasulullah yang bermaksud "Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. (hadith riwayat At Tarmizi). Hadis ini menerangkan bahawa kawalan emosi itu amat penting, kerana apabila marah seseorang itu akan hilang pertimbangan akal. Hal ini adalah kerana apabila seseorang individu itu tidak dapat mengawal emosinya terutama emosi marah maka akan berlakulah kejadian-kejadian yang tidak diingini. Dalam kes yang dianalisis ini, menunjukkan bahawa kejadian ini terjadi akibat guru tersebut tidak mempunyai kemahiran mengawal emosi yang baik sehingga berlaku pergaduhan yang akhirnya menyebabkan beliau ditendang oleh pelajar beliau sendiri. Sebagai seorang guru, beliau sepatutnya dapat mengawal emosi beliau dan dapat mengawal keadaan daripada menjadi lebih teruk. Sebaliknya guru tersebut hilang pertimbangan dan bertengkar dengan

11

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN pelajarnya. Bukan itu sahaja, guru tersebut turut memukul kepala pelajar beliau dengan buku yang dipegangnya.

2.4.4

Keboleh-percayaan

Keboleh-percayaan

merupakan

ciri

individu

yang

memiliki

kompetensi pengurusan emosi kendiri. Menurut Mook Soon Sang (2010: 55) kebole-percayaan ialah mempunyai jujur dan amanah, menepati janji, dan bertindak mengikut peraturan. Emosi kendiri keboleh-percayaan ini sangat penting ada dalam diri setiap guru terutamanya dalam aspek bertindak mengikut peraturan. Merujuk kepada kes yang dimuat turun pada kali ini memperlihatkan guru wanita tersebut telah bertindak tidak mengilkut peraturan yang telah ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada saat 00:28, 00:32 dan 00:36 guru tersebut telah memukul bahagian sensitif pelajar perempuan iaitu punggung mengunakan buku. Guru wanita tersebut tanpa kebenaran pentadbiran sekolah dan mengikut prosedur telah mengambil keputusan dengan tidak mengikut peraturan yang telah digariskan.

Akibat daripada tindakan guru tersebut, pelajar terbabit bertindak dengan menendang guru tersebut dengan beraninya. Sesiapa sahaja jika diperlakukan sebegitu pasti akan berasa malu dan boleh jadi sehingga tahap berdendam. Dan hal ini inilah yang berlaku apabila pelajar tersebut memangil sekumpulan pelajar lain untuk menyerang guru tersebut. Hal ini mungkin tidak terjadi jika guru tadi membawa masalah pelajar ini kepada pihak sekolah atau berhubung dengan ibu bapa pelajar tersebut untuk mengetahui mengapa pelajar tersebut telah mula mengabaikan

pelajarannya. Tetapi oleh kerana guru ini telah bertindak dengan tidak mematuhi peraturan akibatnya dia yang harus bertanggungjawab.

12

JBNK EQ 3311 D 2.4.5 Optimis

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Menurut A. J. Michael (2006) dalam bukunya Kompetensi Kecerdasan Emosi, optimis di sini bermaksud seseorang individu itu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Menurut Mok Soon Sang (2010) dalam bukunya Kompetensi Kecerdasan Emosi pula, ciri-ciri individu yang optimistik perlu mempunyai konsep kendiri positif, mempunyai konsep penghargaan kendiri tinggi dan memandang halangan sebagai cabaran. Dalam konteks perguruan, guru yang optimis selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu (perkembangan, kemungkinan, dan lain-lain). Guru yang memiliki kompetensi ini selalu melihat sesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik. Sebagai contoh, seorang guru tidak akan bersangka buruk kepada pelajarnya jika berlaku sesuatu masalah malah akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan berusaha untuk

menyelesaikannya. Berdasarkan petikan video guru ditendang pelajar sendiri pada minit ke 00:18 - 00:37 daripada video yang berdurasi 1:44 minit yang dikaji, guru tersebut tidak mempunyai kompetensi optimisme kerana dia hanya menyalahkan pelajar tersebut ekoran kerja rumah yang diberi tidak disiapkan. Sebagai guru, dia sepatutnya bertanya kepada pelajar tersebut mengapa kerja yang diberi tidak disiapkan. Mungkin pelajar tersebut mempunyai masalah peribadi ataupun masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Berkaitan penulisan gila babi pada kertas kerja yang diberikan kepada pelajar itu, kemungkinan besar pelajar

13

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN tersebut ada ketidakpuasan hati terhadap gurunya. Guru yang optimis akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan cara berbincang secara baik.

KOMPETENSI SOSIAL Kesedaran Sosial: 1. Empati

Kemahiran sosial: 1. Kepimpinan Berinspirasi 2. Komunikasi 3. Pengurusan Konflik 4. Membina Perhubungan

Carta 4: Komponen KKE yang terlibat

2.4.6

Empati Sebagai seorang guru, kita mestilah mempunyai kecekapan dalam kompetensi empati seperti peka akan emosi orang lain, bersedia mendengar, prihatin dan memahami perasaan dan keperluan orang lain serta bersedia untuk membantu bagi yang memerlukan. Kemahiran ini amat penting dimiliki oleh seseorang individu terutama para guru yang akan menjadi pembimbing kepada para pelajar. Menurut Mok Song Sang (2010:63) empati ialah kebolehan membayang dan menghayati emosi atau perasaan orang lain. Ianya merupakan kemahiran asas manusia. Orang yang menguasai kemahiran empati dapat mewujudkankan suasana harmoni dalam interaksi sosial, iaitu menggambarkan apa yang 14

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN diperlukan dan keinginan oleh orang lain. Sikap empati merupakan cermin kepada sikap bertimbang rasa, dan mempertimbangkan kebajikan orang lain sebelum kebahagian dirinya. Guru yang mempunyai kompetensi empati ini merupakan guru yang berupaya membaca emosi orang lain, prihati dan memahami perasaan dan keperluan orang lain. Namun dapat dilihat melalui video yang telah dimuat turun dari internet tentang kes berkenaan bagaimana kejadian itu berlaku. Guru berkenaan tidak bertanya dengan cara yang baik tetapi memarahi pelajar tersebut di hadapan kelas dan memalukan pelajar berkenaan. Hal ini menunjukkan bahawa guru itu tidak mempunyai kemahiran empati. Kalau tidak masakan guru tersebut memalukan pelajar berkenaan di hadapan rakan-rakannya.

2.4.7

Kepimpinan Berinspirasi

Kemahiran

berinspirasi

merupakan

kemahiran

sosial

dalam

kompetensi kecerdasan emosi seseorang individu. Menurut Mok Soon Sang (2010: 71) dalam bukunya Kompetensi kcerdasan emosi

menyatakan bahawa kepimpinan berinspirasi boleh diertikan kemahiran memimpin dan memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam organisasinya yang memiliki ciri sifat seperti kemahiran bertutur, kebolehan menganalisis perasaan, kebolehan mengubah sikap yang kurang sesuai, kebolehan mendenga dan memerhati dengan jelas. Menurut A. J Michael (2006 : 43) dalam buku kompetensi Kecerdasan emosi untuk pelajar PISMP menyatakan bahawa kepimpinan berinspirasi ialah individu yang dapat membimbing dan memberi inspirasi kumpulan dan ahli-ahlinya yang memiliki sifat seperti membimbing orang lain dan kepimpinan melaui teladan. Maka dengan itu dapatlah dikatakan kepimpinan berinspirasi merupakan individu yang boleh memimpin dan menjadi inspirasi dan kemahiran sosial ini sangat penting terdapat dalam diri seseorang individu terutamanya bagi seorang yang bergelar guru. Menurut Ornstein dan Hunkins (1998) (2005:60) dipetik daripada buku Etika Perguruan

15

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

berpendapat bahawa apa jua kumpulan falsafah yang menjadi pegangan seseorang guru itu, mereka tetap mempengaruhi pembelajaran pelajar. Merujuk kepada kes yang dikaji melalui muat turun video pada saat ke 00:24, 00:28, dan 00:31 guru tersebut gagal menunjukkan kemahiran sosial kepimpinan berinspirasi kerana tidak mendengar penjelasan pelajar terlebih dahulu mengapa tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu guru tersebut juga tidak mempunyai kemahiran bertutur yang baik kerana menengking pelajarnya sambil menunjuk-nunjuk dengan mengeluarkan kata-kata berbaur kemarahan. Guru tersebut tidak mampu memberikan inspirasi kepada pelajarnya untuk menjadi contoh seorang yang boleh mengawal emosinya dan bertutur serta mendengar dengan efektif. Akibatnya boleh dilihat pelajar tersebut juga gagal mengawal perasaan akibat tindakan guru tersebut dan ini telah menimbulkan kejadian yang tidak diingini. Guru sepatutnya menujukkan contoh tauladan. Jangan menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus, tetapi ketam sendiri tersebut tidak berjalan lurus.
2.4.8 Komunikasi

Komunikasi adalah amat penting bagi seseorang guru. Menurut buku Pengantar Kaunseling Individu yang dikarang oleh Sapora Sipon dan Hapshah 16

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN Md Yusuf (2008:60), komunikasi bererti kebolehan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan meyakinkan. Seseorang yang menguasai kemahiran ini sepenuhnya akan bertolak ansur, menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan telus. Komunikasi ialah mendengar, memahami dan mengalu-alukan perkongsian maklumat. Kekurangan menguasai kemahiran komunikasi menjadi punca pelajar perempuan menendang guru tersebut. Komunikasi guru dengan pelajar yang tidak berkesan telah menimbulkan masalah. Kemahiran komunikasi terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan menguasai kedua-dua kemahiran ini guru dapat mengetahui cara berkomunikasi kepada pendengar yang berbeza, dari segi umur, mental dan emosi. Guru sebagai penutur perlu mengetahui serba sedikit tentang

pendengarnya, iaitu pelajar. Berdasarkan kilp video tersebut, kita dapat melihat guru berkenaan kurang memahami sikap pelajar tersebut. Pelajar perempuan tersebut ialah seorang pelajar yang tidak dapat mengawal emosi. Semasa berbual dengan pelajar begini sebagai guru kita perlu berhati-hati dengan katakata kita bagi mengawal situasi. Tetapi, berdasarkan klip video pada saat 00.31, guru wanita berkenaan mengeluarkan perkataan seperti kurang ajar dengan nada suara yang tinggi dan terus memukul punggung pelajar tersebut dengan menggunakan buku. Seseorang akan menjadi marah apabila dia merasakan dirinya dihina.

2.4.9

Pengurusan Konflik

17

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN Peranan seorang pendidik ialah pakar rujuk para pelajar. Oleh itu, seorang guru mestilah mempunyai kemahiran sosial yang baik di samping memiliki ciri-ciri seperti ambil berat kesejahteraan orang lain, mempunyai struktur sahsiah yang fleksibel, mempunyai kestabilan dan kawalan emosi dan banyak lagi. Hal ini secara langsung berkait rapat dengan kompetensi kemahiran sosial yang merupakan salah satu komponen utama Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE). Kompetensi kemahiran sosial dikenal pasti melalui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran. Oleh itu, seorang guru itu mestilah mempunyai kemahiran dalam menguruskan konflik. Konflik menurut Mok Soon Sang (2010; 68) dalam bukunya Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) merupakan salah satu rempah kehidupan yang mewarnai kehidupan dalam sesebuah organisasi. Konflik kerap berlaku dalam individu sendiri, antara individu, antara individu dengan kumpulan, dan kumpulan dengan kumpulan. Pada amnya, konflik boleh membawa kesan buruk dan juga dalam masa yang sama jika dapat ditangani dengan baik boleh membawa manafaat kepada organisasi. Hal ini kerana, konflik menggerakkan tindakan analisis dan penyelesaiannya

berlandaskan kepentingan organisasi. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pengurusan konflik adalah berkaitan dengan kemahiran berunding dan menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan organisasi. Dalam kes ini, guru tersebut tidak mempunyai kemahiran pengurusan konflik. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau tidak dapat mengawal keadaan semasa itu. Orang yang mempunyai kemahiran pengurusan konflik biasanya mempunyai ciri diplomasi, bersikap tolak ansur serta berupaya membaca situasi penyelesaian yang memuaskan. Berdasarkan fakta tadi, guru tersebut gagal dalam pengurusan konflik.

18

JBNK EQ 3311 D 2.4.10 Membina Perhubungan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Mengikut buku Kaunseling Indiviudu Edisi Ketiga yang dikarang oleh Sapora Sipon, Hapshah Md Yusof dan Ab Aziz Mohd Yatim (2006:48), membina perhubungan ialah perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa

selamat antara penutur dengan pendengar supaya sedia berbincang. Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu diambil kira iaitu, membina suasana alam sekeliling, suasana terapuitik, ruang untuk

berkomunikasi, penampilan diri, eksperesi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki dan nada suara. Berdasarkan klip video, guru wanita itu tidak dapat membina perhubungannya kerana bertanya tentang sebab menulis gila babi dengan muka merah dan nada suara yang tinggi. Hal inilah memutuskan hubungan antara guru dengan pelajar dan menjadikan situasi itu agar kritikal. Semasa kita bertanya kepada pelajar, sebab membuat kesalahan perlu mengawal emosi kita dan melakukan perkara-perkara yang diatas untuk membina perhubungan dengan pelajar. Melalui ini, kita dapat tahui masalah pelajar berkenaan dan boleh mengambil langkah mengatasi masalah tersebut. Guru wanita itu, boleh bertanya sebab pelajar itu bertulis gila babi dalam buku dengan sabar. Mungkin pelajar tersebut tidak suka dengan kaedah mengajar guru itu. Dengan mengetahui sebab ini, guru boleh membaiki kekurangan dia dalam pengajaran dan juga dapat membina perhubungan yang baik. Masalahnya, berdasarkan klip videonya, kita dapat tahui guru tersebut tidak melakukan perkara diatas semasa berbincang dengan pelajar perempuan 19

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN itu. Oleh itu, guru berkenaan perlu mempelajari kemahiran membalas. Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia. Dengan membalas katakata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Guru perlu membalas dengan ringkas dan tepat. Guru juga perlu menggelakkan membalas dengan kata-kata keras. Guru sebagai pendengar perlu mendengar dan memahami mesej yang disampaikan oleh pelajar, selepas itu baru boleh membalas kepada pelajar tersebut. Kalau, kita membalas sebelum mendengar idea atau mesej yang ingin disampaikan oleh pelajar, tentulah tertimbul masalah dalam perbincangan.

20

JBNK EQ 3311 D 3.0 CADANGAN MENGATASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Sesungguhnya Allah telah menciptakan adam dan hawa, siang dan malam dan banyak lagi. Dan tiap-tiap yang diciptakan itu mesti mempunyai teman. Begitulah juga dengan kes Pelajar tendang guru disingkir ini. Setiap masalah yang terjadi itu ada jalan untuk mengatasinya daripada berlaku untuk kali yang kedua. Berikut merupakan cadangan bagi mengatasi faktor yang menyebabkan kes ini berlaku untuk setiap pihak yang terlibat secara langsung. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jesteru itu, jika hendak menyelesaikan masalah biarlah secara berperingkat-peringkat mengikut hiraki iaitu daripada individu, kepada institusi pendidikan dan seterusnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Individu

Institusi Pendidikan

Cadangan Mengatasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jadual 3: Cadangan mengatasi untuk setiap pihak.

21

JBNK EQ 3311 D 3.3.1 Individu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

3.3.1.1 Mewujudkan Perhubungan Mesra

Hubungan mesra antara guru dengan pelajarnya sangat penting dalam proses menjana pengendalian emosi di kalangan pelajar. Dalam kes yang dikaji ini, hubungan yang sepatutnya wujud adalah seperti Ibu dan anak. Raut muka dan reaksi guru menjadi perkara utama menampakkan kemesraan seseorang guru kerana keadaan muka yang ceria di dapati lebih menggalakkan penglibatan pelajarnya dan berasa senang semasa berada disamping guru. Guru juga harus menunjukkan sikap mengambil berat dan perhatian kepada semua pelajarnya. Unsur jenaka dan bergurau yang diselitkan oleh guru semasa perbincangan menjadikan situasi lebih menyeronokkan. Hal ini dapat mengurangkan rasa ketegangan di kalangan pelajarnya. Unsur humor ini dilihat mampu mewujudkan suatu dinamik yang mempercepatkan lagi kemesraan antara guru dengan pelajarnya. Sebaliknya kebimbangan boleh menyebabkan seseorang pelajar tidak berani memberi respon atau menyatakan perasaan sama ada untuk meluahkan masalahnya atau menyatakan sesuatu idea. Hakikatnya Profesion perguruan itu mempunyai unsur yang tersirat jauh lebih dalam untuk dipandang daripada sudut pelbagai sudut pemikiran, hati dan perasaan.

3.3.1.2 Mengenali Emosi Sendiri

Cara untuk mengatasi masalah tiada kesedaran emosi kendiri adalah dengan mengenali emosi sendiri. Paling penting, kita menyedari apakah emosi kita pada waktu ini dan bagaimana emosi itu dapat membantu kita membuat keputusan yang tepat dan bijak. Guru yang terlibat dalam kes terbabit perlu berjumpa dengan kaunselor ataupun sesiapa sahaja yang difikirkannya boleh menjadi pendengar dan pembimbing untuk mengenali emosi sendiri. Sekiranya perlu, boleh juga berjumpa dengan pakar psikologi. Hal ini penting kerana dengan cara itu, 22

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN seseorang akan dapat mengenali emosi dan memotivasikan emosi negatif yang wujud dalam diri sendiri. Berdasarkan kes yang dikaji dalam petikan video guru ditendang pelajar sendiri pada minit ke 00:18 - 00:37 daripada video yang berdurasi 1:44 minit itu, sekiranya guru tersebut mempunyai kesedaran emosi kendiri, dia tidak akan memukul pelajar tersebut dengan buku sewenangwenangnya. Dia perlu mengawal emosinya dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang baik. Sekiranya masalah antara guru dan pelajar tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik, pasti kejadian guru ditendang pelajar tidak akan berlaku. 3.3.1.3 Belajar Untuk Menghadapi Dan Menerima Segala Kemungkinan

Bagi mengatasi masalah tidak optimis atau pesimis ini, seseorang individu perlu belajar untuk menghadapi dan menerima segala

kemungkinan. Hal ini boleh dilakukan melalui sikap-sikap positif yang dipupuk daripada program-program Seperti usrah bagi guru-guru yang beragama Islam dan kuliah moral bagi guru bukan Islam. Hadapilah situasi yang dapat kita kendalikan dan berupaya menerima situasi yang tidak dapat kita kendalikan. Berdasarkan kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis itu dalam petikan video guru ditendang pelajar sendiri pada minit ke 00:18 - 00:37 daripada video yang berdurasi 1:44 minit itu, guru terbabit perlu menghadapi dan mengendalikan pelajarnya yang bermasalah itu dengan efektif supaya dapat menyelesaikannya tanpa kekasaran. Selain itu, kita juga perlu melihat masalah sebagai akibat daripada keadaan yang boleh diurus, bukannya melihat dari satu kekurangan personal. Hal ini bermaksud guru terbabit perlu mendengar penjelasan pelajar tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut. Jangan hanya menyalahkan pelajar tersebut sematamata kerana mungkin guru itu yang menjadi punca pelajar tersebut memberontak lalu menulis perkataan gila babi di kertas kerja yang diberi. Tindakannya memukul pelajar dengan buku adalah titik tolak permulaan kejadian guru ditendang pelajar. Dalam usaha 23

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN menyelesaikan masalah itu, guru terbabit perlu tenang dan positif semasa menerima tekanan daripada pelajarnya. Oleh itu guru mestilah selalu menajamkan kemahiran

komunikasinyanya melalui aktiviti seperti mengikuti seminar kaunseling tentang bagaimana menjadi kaunselor yang baik dan berkesan. Hal ini kerana tanggungjawab setiap seorang guru adalah menjadi pakar rujuk dan mentor kepara para pelajarnya. Lantaran itu, guru hendaklah mahir dalam kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial.

3.3.1.4 Membudayakan KKE dalam Kehidupan

Dikatakan bahawa untuk menjadi insan yang seimbang dari semua aspek seseorang insan itu perlulah mempraktikkan semua ilmu yang dipelajarinya tidak kira ilmu sains ataupun ilmu agama dalam kehidupan. Hal ini kerana belajar tanpa praktis adalah umpama Seseorang individu, terutama golongan yang bergelar guru hendaklah sentiasa membudayakan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah karana belajar melalui teori sahaja tidak memadai untuk menguasai sesuatu kemahiran itu. Jesteru itu, para guru perlu sentiasa mengamalkan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam menghadapi semua jenis situasi. Seperti semasa melakukan dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. 3.3.1.5 Mempelajari cara menenangkan diri

Menenangkan diri amat penting kepada seseorang individu itu, terutama sekali kepada guru. Hal ini adalah kerana, dalam situasi-situasi yang kritikal seperti, situasi pertengkaran bersama murid mahupun dengan rakan sekerja, guru perlu sentiasa dalam keadaan yang tenang dan boleh mengawal emosinya daripada meledak keluar. Oleh itu, guru perlu mempelajari cara menenangkan diri yang efektif dan berkesan. Mengikut buku Kompetensi Kecerdasan Emosi yang dikarang oleh A.J 24

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN Michael (2006:31), mengatakan bahawa bila perasaan marah timbul, kita boleh gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan hari ini atau membilang sampai sepuluh. Selain itu, boleh menggelakkan diri melalui

meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir. Guru itu boleh juga menenangkan diri dengan menarik dan menahan nafas selama 5 minit. Seterusnya, boleh berimeginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri. Perkara-perkara ini boleh membantu guru berkenaan untuk menangkan diri dan mengawal emosi.

2.3.2 Institusi Pendidikan 2.3.2.1 Memperbanyakkan Program berkaitan pendekatan moral dan emosi Institusi merujuk organisasi seperti sekolah, penjara, gereja dan badanbadan perniagaan yang dikenali sebagai institusi sosial. Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti menjadi saluran penting dalam

menyampaikan pengajaran secara berkesan kepada masyarakat. Jika dilihat institusi pendidikan pada masa dahuku dan kini telah mengalami banyak anajakan paradigm. Jika dahulu pengajian ilmu lebih menekankan pendidikan Islam, kesusasteraan, ilmu falak, sejarah, akhlak, mantik dan matematik. Namun kini, seiring dengan arus globalisasi dan pemerolehan ilmu hanya dihujung jari, institusi pendidikan harus melihat cabang baru dunia pendidikan yang bukan hanya memerlukan pemerkasaan kurikulum pendidikan akan tetapi pemantapan individu guru itu sendiri. Pemantapan guru disini bukan hanya menekankan penguasaan ilmu, akan tetapi dalaman yang berkaitan emosi guru terbabit. Hal ini kerana, merujuk kepada kes yang dikaji Pelajar tending guru disingkir, ini hanya sebahagian kecil kes yang berjaya dirakamkan dan dilaporkan media massa. Bagaimana pula halnya dengan kes terpencil, pastinya kecerdasan emosi guru penting untuk kesejahteraan bersama. Istitusi pendidikan seperti sekolah misalnya Sekolah Menengah

Kebangsaan Perlis memainkan peranan penting mencari metode untuk mengatasi masalah kelunturan integriti dan akhlak dalam kalangan guru yang 25

JBNK EQ 3311 D terbabit.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN Program seminar, kem, dan bengkel,serta program kaunseling

misalnya boleh dijadikan inisiatif sebagai langkah pencegahan masalah keruntuhan akhlak guru. Program seminar tahunan misalnya boleh dilakukan di pengawal bulan januari atau februari untuk persediaan minda dan emosi sebelum memulakan tugasan mendidik. Proses menkoreksi diri perlu dilakukan secara berterusan, kerana sifat manusia itu sentiasa dalam kelalaian dan perlukan sentiasa nasihat dan teguran. Selain itu, badan sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis perlu mewujudkan program kauseling untuk para guru. Jika selama ini, kita melihat, mendengar dan mengetahui perkhidmatan guru kaunseling hanya diberikan kepada pelajar, namun apa kiranaya jika ia dikembangkan kepada para guru juga. Disamping itu, program bengkel pengurusan stress yang sedang berjalan kini perlu diperluaskan di semua sekolah kerana masalah guru stress bukan sahaja tidak diingini pihak sekolah dan keluarga murid bahkan masyarakat juga pasti bersetuju guru perlu bijak mengawal keadaan emosi mereka boleh diaplikasikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis. Jika selama ini kita mendengar hanya murid-murid yang mengikuti kem, mengapa tidak dimanipulasikan untuk membantu guru yang bermasalah. Contohnya boleh dilakukan, kem eksplorasi emosi, kem minda sihat, kem jangan marah nanti parah atau aktiviti yang meibatkan penglibatan anggota fizikal seperti mendaki bukit, berkayak, berenang atau mengamalkan program 8M.

2.3.2.2 Anugerah Pendidik Cemerlang Emosi Pengiktirafan terhadap diri setiap individu merupakan suatu keperluan dalam teori herarki keperluan Moslow. Murid berusaha kuat belajar agar memperoleh anugerah pelajar cemerlang, polis berkhidmat sebaik mungkin dan diiktiraf perkhidmatan cemerlang, dan begitu jugalah halnya dalam profesion perguruan. Jika merujuk kepada kes yang dikaji, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis boleh mewujudkan anugerah Pendidik Cemerlang Emosi. Hal ini boleh menjadi galakan atau insiatif agar guru tersebut boleh berusaha mengawal emosi semasa sesi pembelajaran dan pengajaran sedang dijalankan.

26

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN Dengan adanya anugerah seumpama ini, para guru akan sentiasa berwaspada dalam setiap tutur kata, tindakan, perbuatan dan dalam segala aspek. Bukanlah anugerah semata yang diharapkan tetapi rasa tanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan. Hanya insan yang terpilih sahaja yang mampu menjadi guru. Sedikit sebanyak dengan adanya anugerah ini, maka keruntuhan nilai integriti bukan sahaja guru di dalam kes pelajar tending guru disingkir, malahan boleh menular di setiap kalangan guru.

Pengiktirafan / penghormatan

Tempat tinggal dan pakaian Makan dan minuman

Carta piramid di atas menunjukkan hierarki Teori Moslow.

2.3.2.3 Program Khas Kerohanian (Usrahdan kuliah Moral) Program khas yang melibatkan aspek kerohanian iaitu Usrah dan kuliah moral. Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud keluarga., merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwah. Usrah adalah medium pendidikan atau pentarbiyyahan yang bertujuan melahirkan amilin ( para pekerja) dan bukannya sekadar golongan Mufakkirin (golongan yang berfikir). Pihak pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis, boleh menjalankan usrah dikalangan guru terutamanya guru yang mempunyai masalah emosi dan pemikiran. Usrah mampu mendidik jiwa ahlinya untuk diterapkan sifatsifat mahmudah dalam diri. 27

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN Aktiviti usrah telah mula mendapat perhatian oleh badan-badan dakwah di Malaysia, dan apalah kiranya jika pihak sekolah sendiri cuba

mengaplikasikannya. Bukan setakat guru yang gagal mengawal perasaan marah sahaja boleh diketengahkan, bahkan secara keseluruhan kerana Malaysia sendiri mempunyai profil kes barkaitan salah laku guru. Usrah mampu membentuk semangat persaudaraan dan kekitaan. Merujuk kepada kes, semangat persaudaraan dan kekitaan inilah yang semakin terhakis dalam diri guru dan murid tersebut. Rasullulah saw pernah bersabda mahfumnya: Tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri Oleh itu jelaslah disini, dalam diri guru terbabit perlulah menanamkan kecintaan kepada anak muridnya dengan cara memahami diri murid tersebut. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Program kuliah Moral pula, boleh dispesifikkan kepada guru yang bukan beragama Islam. Kuliah moral mampu menerapkan nilai-nilai murni yang seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Walaupun telah menjawat jawatan guru, namun isu keruntuhan akhlak masih berlaku. Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa pentingnya kuliah moral ini diadakan. Jika selama ini

program sebegini hanya disasarkan kepada murid, maka untuk mencapai keseimbangan hakiki diantara akhlak dan minda yang mampu mengawal emosi.

3.4 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

3.4.1.1 Mewajibkan Setiap Guru Menghadiri Program Pengurusan KKE

Dalam mengatasi sesuatu masalah itu, semua pihak yang terlibat perlulah bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikannya agar masalah itu dapat dibenteras dengan lebih efisien. Oleh itu dalam mengatasi masalah yang melibatkan para guru ini, KPM perlulah turut sama memainkan peranannya.

28

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN KPM boleh menyediakan satu surat pekeliling yang mewajibkan setiap guru menghadiri program pengurusan KKE dalam setiap satu bulan. Hal ini bukan sahaja dapat mengetahui sejauh mana tahap emosi seseorang guru itu tetapi juga dapat membantu mereka mengurangkan tekanan kerja yang dialami oleh para guru. Di samping itu juga, KMP boleh mengetahui perkembangan emosi para guru. Dan hal ini akan dapat membantu negara mengurangkan kes-kes jenayah yang berlaku disebabkan oleh para guru dan seterusnya dapat membersihkan imej profesion perguruan yang terlah lama tercemar oleh guru-guru yang tidak bertanggungjawab. 3.4.1.2 Menyediakan Satu Dasar Khas

Selain daripada itu, KPM perlulah menyediakan satu dasar khas yang menjadikan mata pelajaran Kecerdasan Emosi sebagai mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan di seluruh negara dan wajib dipelajari oleh semua rakyat Malaysia. Hal ini bukan saja membantu para guru membudayakan KKE dalam kehidupan tetapi juga membantu para pelajar dalam menguruskan emosi mereka dengan lebih efisien dan berkesan. Ia dikatakan umpama serampang dua mata.

29

JBNK EQ 3311 D 4.0 PENUTUP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Melalui tugasan ini kami, kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kejadian yang terjadi, apabila melihat kejadian tersebut melalui video yang dimuat turun daripada youtube dan menganalisi kes tersebut daripada pelbagai sudut. Melalui tugasan ini juga, kami mengetahui bahawa kejadian yang berlaku adalah berbeza daripada yang dilaporkan di dalam akhbar. Laporan akhbar hanya melaporkan sebahagian sahaja daripada kes yang sebenarnya. Laporan tersebut juga seperti menyebelahi guru yang menjadi mangsa dan menyalahkan pelajar yang terlibat. Namun setelah meneliti video kejadian berkenaan didapati bahawa guru berkenaan yang menjadi punca pertelingkahan berlaku apabila beliau memukul pelajar tersebut menggunakan buku yang dipegangnya. Guru berkenaan hilang pertimbangannya dan memukul pelajar tersebut apabila pelajar tersebut melawan cakapnya. Di sini dapat dilihat bahawa, guru tersebut tidak memiliki kecerdasan emosi yang baik. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa untuk menjadi seorang guru bukan mudah seperti yang disangka oleh kebanyakan orang. Ianya satu profesion yang memerlukan kesabaran yang tinggi di samping kekuatan mental dan fizikal yang utuh. Kesimpulannya, Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) amat penting untuk dipelajari dan dipraktikkan oleh semua manusia terutama seorang guru dalam kehidupan harian. Hal ini adalah kerana KKE merupakan kayu ukur seseorang individu. Unuk menjadi cemerlang bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi lebih penting ialah kecerdasan emosinya kerana EQ meninggalkan kesan lebih mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan individu terutama dari segi mengekalkan kesihatan dan hubungan sosial. Jester itu, keseimbangan antara IQ dan EQ amat perlu dalam memburu kejayaan dalam kerjaya. Selain itu spiritual quotient juga sangat penting iaitu hubungan dengan Pencipta kita. Hubungan batin dengan Allah dalam bentuk harapan, ketakutan, kerendahan hati, zikir dan sebagainya. IQ merupakan kecerdasan minda anugerah Allah. EQ adalah kemampuan emosi yang boleh ditambah dan dipertingkatkan.

30

JBNK EQ 3311 D 5.0 REFLEKSI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Nama: Moganasundari A/P Panneer selvam

No. Kad Pengenalan: 921010-14-6094


Ketika proses membuat tugasan ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali tentang kompetensi personal dan kompetensi sosial. Kami juga mula merasai kepentingan subjek kompetensi kecerdasan emosi ini terhadap diri saya sebagai bakal guru. Contohnya melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang kes pelajar ditendang guru tersikir yang berlaku pada tahun ini di Perlis. Selain itu, kami dapat tahui punca-punca berlaku kes ini dan langkah mengatasinya. Mula-mula memang kami sangat keliru dengan pemilihan tajuk ini. Selepas, berkolaborasi dengan pensyarah En.Mohd Sokkeri bin Hj Ismail, kami memahami tentang pemilihan tajuk dan akhirnya dapat memilih tajuk pelajar ditendang guru tersingkir. Semasa proses menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang kami hadapi seperti kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Hal ini kerana buku yang dibekalkan di perpustakaan IPG Kampus Darulaman tidak mencukupi. Tetapi, mengikut tugasan perlu menggunakan pelbagai sumber, iaitu sumber buku dan sumber bukan buku. Kami mengalami sukar untuk mendapatkan lebih daripada permuafakatan komuniti dan sekolah terhad. Selain itu, melalui proses membuat tugsan ini secara berkumpulan telah melatih dirisaya untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Hal ini kerana tanpa disiplin yang baik tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya. Saya juga tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan maklumat kerana tugasan kerja kursus ini adalah tugasan wajib untuk kami sebagai seorang pelajar. Saya juga perlu menguruskan masa sebaik mungkin agar tugasan ini dapat disiapkan tepat pada waktunya walaupun mempunyai pelbagai halangan dan rintangan. tiga buah buku rujukan kerana buku tentang

di Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman adalah

31

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami bagi menyiapkan ini terutama sekali kepada pensyarah kami yang telah banyak memberikan tunjuk ajar. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan yang banyak membantu memberi sumbangan idea dan moral sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Walaupun mengalami beberapa halangan tetapi kami dapat menyiapkan tugasan secara berkumpulan dengan berpuas hati. Sekali lagi kami inigin berterima kasih kepada semua pihak yang membantu kami menyiapkan tugasan saya. Sekian terima kasih.

32

JBNK EQ 3311 D Nama: MOHD SAIFUL NIZAM BIN AHMAD No. Kad Pengenalan: 901229-11-5331

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) pada masa yang telah ditetapkan bersama rakan-rakan sekumpulan yang lain. Secara tidak langsung, melalui tugasan ini saya mendapat lebih ilmu pengetahuan tentang Kompetensi Kecerdasan Emosi. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami bagaimana isu moral dan salah laku guru pada masa kini dapat dikaitkan dengan Kompetensi Kecerdasan Emosi. Melalui tugasan ini juga telah mendatangkan banyak kebaikan kepada saya kerana telah memberi saya pengajaran dan iktibar untuk saya memperbaiki akhlak dan moral saya ke arah yang lebih baik sebelum bergelar seorang guru. Hasil tugasan ini diharap dapat memberi manfaat untuk diri saya sendiri dan untuk semua pihak. Memang tidak dapat dinafikan, pengalaman sewaktu melakukan kajian dipenuhi dengan suka dan duka. Tidak semua yang dirancang oleh kumpulan kami berjalan dengan lancar kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan telah berlaku. Kumpulan kami mempunyai masalah dalam mencari sumber kes salah laku guru kerana mempunyai tajuk yang sama dengan kumpulan lain. Jadi, kami terpaksa mencari bahan yang lain supaya dapat meneruskan kerja kursus ini. Selain itu, kami juga sukar untuk mencari sumber asal berita yang memaparkan kes salah laku guru yang kami pilih. Tetapi, dengan berkat usaha kami, akhirnya dapat juga kami menemuinya. Saya mengambil kekangan itu sebagai satu iktibar dan berusaha untuk mengelakkan masalah yang sama berulang lagi. Dengan ini, sekaligus dapat membuka pemikiran dan idea saya supaya lebih kritis dan kreatif sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami, iaitu En. Mhd Shokkeri Bin Hj. Ismail yang banyak membantu dalam penyumbangan idea dan sokongan semasa proses menyiapkan tugasan ini. Saya juga amat berterima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu dalam penyumbangan idea dan sokongan semasa menyiapkan tugasan ini. Saya juga amat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekumpulan yang memahami dan turut memberi sokongan kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Akhirnya, dengan kerjasama semua pihak dan berdasarkan semua maklumat yang telah kami dapatkan daripada kajian dan sumber yang berkaitan, siaplah tugasan berkumpulan saya ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat semasa saya dan rakanrakan sekumpulan saya menyiapkan tugasan ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sekian, terima kasih. 33

JBNK EQ 3311 D Nama: NURUL NAJWA BT. SARI @ ASRI No. kad Pengenalan: 900628-12-6578 Bismillahirahmannirahim

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Syukur ke hadrat ilahi di atas limpah kurnia dan izin- NYA, akhirnya tugasan Kompetensi Kecerdasan Emosi ini telah berjaya disiapkan, alhamdulillah. Sesungguhnya pengalaman menyiapkan tugasan ini menyingkap telah menyingkap seribu satu pengalaman, pengetahuan, kisah, iktibar, dan ukhwah serta kesabaran. Sesungguhnya pengalaman menyiapkan tugasan ini telah membawa saya kepada perkara-perkara baru dalam kehidupan. Pertama tugasan ini telah membawa saya memasuki bilik penjilidan IPG Kampus Darulaman. Walaupun telah berada hampir selama tiga semester di IPG Kampus Darulaman, namun ini adalah buat pertama kalinya saya berpeluang menjejakkan kaki ke bilik penjilidan IPG Kampus Darulaman. Mendepani tanggungjawab sebagai sebuah wahana gedung ilmu, maka perasaan bangga dan bersyukur terhadap Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman semakin meningkat. Namun memori berjemaah untuk mendapatkan keratan artikel akhbar kes mengundang banyak kesabaran kerana waktu kuliah yang padat menyebabkan hanya dapat ke pusat sumber pada waktu rehat, dan pastilah kumpulan kami terpaksa menunguh sehingga waktu rehat selesai. Sesungguhnya pencarian kes masalah guru yang berkaitan kompetensi kecerdasan emosi amat sukar dicari, hal ini menunjukkan guru di Malaysia adalah guru yang mempunyai etika dan tinggi dan jika pun ada kes berkaitan guru, ianya jarang berlaku dan munkin kes-kes terpencil. Nasib seperti menyebelahi kumpulan kami apabila dapat mencari artikel dan muat turun videonya sekali hasil usaha ketua kumpulan kami, Rozana Raspin. Kedua, guru juga merupakan insan yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan begitu pentingnya memiliki kecerdasan emosi. Guru bukan sahaja berperanan memberikan ilmu tetapi juga meberikan keseronokkan dan kebahagian kepada anak muridnya. Hal ini pastilah akan meningkatkan kawalan emosi dan suasana harmoni antara murid dan guru. Menurut John Stuart Mill (2005 : 31) daripada buku Etika Perguruan beliau mengambil kira aspek kuantiti dan kualiti keseronokkan. Beliau mempertimbangkan kualiti dari segi keseronokkan intelektual yang sekali gus mengambil kira faktor pendidikan, keperihatinan terhadap orang lain dan perasaan moral daripada seseuatu tingkah laku (Sher,1997). Dalam konteks bidang keguruan, pendidik perlu menimbangkan aspek kuantiti dan juga kualiti kesejahteraan serta kegembiraan yang terhasil daripada sesuatu perlakuan. 34

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Hakikat kebenaran tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh para guru inilah baru saya merasakan kebenaran perumpamaan Guru itu umpama lilin yang membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain. Guru merupakan golongan yang akan mencorakkan masa depan negara. Menurut Imam Al-Ghazali jika ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, maka lihatlah pada pemudanya sekarang. Jika guru berjaya mencorakkan bangsa pada masa kini yang mementingkan kepentingan agama, bangsa dan negara maka saya yakin Malaysia kelak akan menjadi pusat pelahiran tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang. Dan sudah pastilah ini berlaku jika kita mempunyai pemuda pemudi yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Ketiga, dapat mengetahui perkara berkaitan kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi merupakan satu kemahiran yang melibatkan individu itu mengawal atau mengawasi diri sendiri dan juga individu lain dalam menghadapi sebarang permasalahan serta boleh membezakan sesuatu keadaan diri sendiri dan juga keadaan individu lain atau dengan kata lain, kemampuan seseorang individu itu mengendalikan emosi dan menahan diri dari melakukan sesuatu perkara yang negatif atau yang mendatangkan keburukan sama ada untuk diri sendiri juga orang lain. Kecerdasan emosi yang tinggi sangat penting bagi seorang guru, kerana guru merupakan individu yang akan menjadi contoh teladan bukan sahaja kepada pelajarnya tetapi juga kepada persepsi masyarakat. Menurut Futernick (1997) (2005:41) merujuk buku Etika Perguruan berpendapat bahawa guru perlu mempunyai tanggungjawab moral dan professional sebelum dapat dikategorikan sebagai guru yang baik. Jika dikaitkan dengan Islam, kecerdasan emosi atau kemampuan seseorang individu mengendalikan emosi dan menahan diri disebut sebagai sabar. Orang yang paling sabar adalah mereka yang paling tinggi dalam kecerdasan emosinya. Individu ini biasanya tabah dalam menghadapi kesulitan, tekun dalam membuat sesuatu perkara dan berlapang dada dalam menghadapi pelbagai cubaan. Kesulitan dan cubaan tidak mengganggu emosinya. Begitu besar peranan guru sebagai seorang mualim, mursyid, dan mudaris. Dalam Kitab Al-Quran juga ada menyatakan, Firman Allah swt ; Kecuali Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (surah Al-Asr : ayat ke 3) Keempat, kerjasama dalam kumpulan sangat penting dan kesabaraan perlu dalam menerima hakikat cara setiap individu melaksankan tugasan masing-masing. Bermula daripada 35

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

pencarian kes berkaitan masalah guru di negara Malaysia, kesabaran sahaja yang menjadi pendorong untuk meneruskan tugasan ini. Kesabaran yang tinggi dalam menerima hakikat perilaku manusia. Memujuk diri dengan mengatakan bahawa mungkin suatu masa dahulu, saya pernah melakukan ini kepada orang lain. Sesungguhnya sabar itu adalah sifat Mahmudah yakni sifat-sifat kebaikan. Jika disoroti sejarah perjuangan Rasullulah saw, baginda lebih tinggi tahap sabarnya dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah. Perkara saya alami ini tidak setanding apa yang dialami olah baginda, jadi bagaimana mungkin saya boleh mengeluh atau berkecil hati dengan mudah. Hal ini merupakan sebahagian daripada proses mentarbiyyah diri. Pengajaran yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah Masa itu adalah EMAS. Pengajaran penting juga ialah, pentingnya menjaga emosi dalam kehidupan seharian. Rasullullah saw pernah bersada mahfumnya Yang paling kuat diantara kalian, bukanlah dilihat pada fizikalnya tetapi sejauh mana dia dapat mengawal perasaan marahnya. Akhir kalam, segala yang baik itu sesungguhnya datang atas kehendak Allah swt, dan segala kekurangan itu datang daripada kelemahan saya sendiri atas Kehendak-NYA juga agar sentiasa bermuhasabah dalam menilai diri saya sendiri. Wallahualam.

36

JBNK EQ 3311 D Nama: ROZANA BINTI RASPIN No. Kad Pengenalan: 910714-12-5394

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan keizinanNYA saya dan ahli kumpulan saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengambil kesepatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah pembimbing, Encik Mhd Shokkeri atas tunjuk ajar dan bimbingan serta nasihat yang diberi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, saya ini berterima kasih kepada kedua-dua ibu dan bapa saya kerana memberikan semangat untuk menyiapkan tugasan ini jika Bukan kerana Mereka yang selalu menyuntik semangat rasanya saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang tekah ditetapkan. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang memberikan kerjasama yang padu sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Saya berasa sangat bersyukur kerana mendapat anda, Moganasundari, Nurul Najwa dan juga Mohd. Saiful sebagai ahli kumpulan saya. Akhir Sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas dan orang-orang yang secara tidak langsung terlibat dalam proses penyiapan tugasan ini, tanpa anda mungkin tugasa ini tidak akan sempurna. Hanya ALLAH sahajalah yang dapat membalas jasa anda semua. Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, kamu pasti akan diuji pada harta benda dan diri kamu. (Surah ali-Imran: Ayat 186).

Demi sesungguhnya, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta denda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan mereka serta rahmatNya.

37

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

(Surah al-Baqarah: Ayat 155-157).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkra tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahankesalahannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sesungguhnya tidak seorang pun yang terlepas daripada ujian ALLAN SWT. Tidak terkecali juga saya. Sepanjang proses penyiapan tugasan ini saya mengalami tekanan yang amat berat sekali. Inilah pertama kali saya merasa sangat teruji apabila tajuk-tajuk kes yang kami cari tidak diterima. Macam-macam tajuk telah kami cari dan semuanya ditolak. Sehinggakan pensyarah pembimbing En. Mhd Shokkeri sendiri memberikan kami tajuk kes yang perlu dianalisis. Namun ujian tuhan Sekali lagi menduga kesabaran kami apabila artikel sebenar tajuk berkenaan tidak dijumpai. Sudah bermacam-macam laman sesawang akhbar telah saya jelajahi namun nasib tidak menyebelahi kumpulan kami. Tetapi demi untuk lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran ini, saya mencuba pula mencari kes daripada video melalui youtube. Akhirnya ada dijumpai, namun hari yang disangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan datang melanda di tengah hari, artikel sebenar mengenai tajuk kes video tersebut tidak dapat dijumpai di Arkib Pusat Sumber IPDA. Seperti yang telah difirmankan oleh Allah yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa yang diusahakan". (al-Najm: 39) Akhirnya artikel berkenaan berjaya ditemui melalui laman sesawang Allhamdulillah. Dan dengan masa cukup yang terhad saya dan rakan-rakan sekumpulan berusaha dengan sedaya upaya untuk menganalisis bahan yang diperolehi. Dan akhirnya dengan izin-NYA kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sesungguhnya hidup tanpa cabaran umpama lauk tanpa garam, tawar dan tidak sedap untuk dijamah.

38

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Semasa menyipkan tugasan ini, saya berasa bahawa segala yang dipelajari mengenai mata pelajaran ini iaitu, Kompetensi Kecerdasan Emosi dapat dipraktikkan dengan sebaik yang mungkin. Maknya kumpulan kami bukan sahaja memperolehi ilmu pengetahuan dari segi teori semata-mata tetapi juga dari segi mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, saya turut dapat memperbaiki kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial saya di samping dapat

mengeratkan lagi hubungan sesama rakan-rakan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Melalui proses penyiapan tugasan ini juga, saya dapat mengetahui bahawa KKE ini amat penting dalam kehidupan semua umat individu terutama Sekali golongan yang bergelar guru. Hal ini kerana dalam semua jenis pekerjaan gurulah golongan yang paling banyak sekali menerima tekanan dalam kehidupan. Jika emosi guru tidak dapat diurus dengan baik maka banyaklah gejala-gejala yang kurang sihat terjadi. Oleh itu, dapat saya simpulkan di sini bahawa KKE amat penting dipelajari untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi intelek, gemilang dari segi emosi dan terbilang dari segi perlakuan. Akhir kata, setiap yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya yang tidak kita ketahui. Oleh itu, bersabarlah dalam menghadapi setiap liku-liku kehidupan.Sekian dan terima kasih.

39

JBNK EQ 3311 D 6.0 BIBLOGRAFI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

A.J.Micheal (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Foo Say Fooi (2005). Etika Perguruan. Selangor: Ampang Press Sdn Berhad Mohd. Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumin, Mahfuzah Omar (2006). Motivasi Diri: Menangani sifat Marah. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd. Mok Soon Sang (2010). Siri Generik Kompetensi Kecerdasan Emosi. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Sapora Sipon, Hapshah Md. Yusof (2008). Pengantar Kaunseling Individu Edisi Keempat. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Sapora Sipon, Hapshah Md. Yusof, Ab Aziz Mohd. Yatim (2006). Pengantar Kaunseling Individu Edisi Ketiga. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Dilayari pada 01/09/2011. Melalui laman web http://dict.rewaz.org/search/browse/optimis.re Himpunan Risalah. Dilayari pada 01/09/2011. Melalui laman web http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html

Jurnal Pendidikan. Dilayari pada 01/09/2011. Melalui laman web http://jurnalpendidikan.com/pedagogi/kompetensi-kecerdasan-emosi/kompetensikecerdasan-emosi.html Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dilayari pada 01/09/2011. Melalui laman web http://id.shvoong.com/social-sciences/psychology/1736267-kompetensikecerdasan-emosi/

40

JBNK EQ 3311 D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Noriah Mohd. Ishak, Shaharuddin Ahmad, Kadderi Mohd. Desa, Roslina Tan Abdullah. Kepintaran Emosi Sebagai Faktor Peramal Pencapaian Akademik Pelajar Ipta: Implikasi Terhadap Kebolehpasaran. Dilayari pada 01/09/2011. Melalui laman web http://journalarticle.ukm.my/2062/1/noriah-et-al-tiada-muka-surat.pdf

Nur Syuhada Bt Mohd.Din, NurAzlinda Bt Azhar. Kecerdasan Emosi. Dilayari pada 01/09/2011. Melalui laman web http://www.scribd.com/doc/36195250/Kemahiran-Kecerdasan-Emosi-KesedaranKendiri

41

JBNK EQ 3311 D 7.0 KANDUNGAN POWER POINT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

42

JBNK EQ 3311 D 8.0 LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

43