Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

SOALAN 7:BINCANGKAN MENGENAI DASAR LUAR INDONESIA SEMASA ERA DEMOKRASI TERPIMPIN (1957-1965)
SEMESTER 1: 2012/2013

NAMA NO METRIK NAMA PENSYARAH


PENGENALAN

: AHMAD ZAKUAN BIN GHAZALI : AEA100008 : EN. HASANUDDIN BIN DAUD

Dasar luar merupakan alat yang amat penting kepada sesebuah negara oleh kerana ia mempengaruhi tingkah laku negara tersebut serta suasana perkembangan politik antarabangsa ,wilayah atau serantau .Menurut Couplin,dasar luar ialah iaitu satu set tindakan negara yang di arahkan sebagai reaksi ke atas satu fenomena yang berlaku di persekitaran luar sempadan negara1.Demokrasi Terpimpin pada era 1957-1965 ketika Indonesia berada dibawah pemerintahan Soekarno. Beliau di lahirkan pada 6 Jun 1901 di Surabaya ,Indonesia dan

Soekarno ini adalah merupakan Presiden Indonesia yang pertama di mana beliau memulakan pemerintahannya pada tahun 1945-1966 setelah Indonesia memperoleh kemerdekaan daripada Belanda2 . Semasa kecil, Soekarno mempunyai hubungan yang rapat dengan pembantu rumah keluarganya iaitu Sarinah berbanding dengan kedua dua ibu-bapanya. semenjak kecil, Sarinah banyak mengajar Soekarno untuk mencintai orang-orang yang sederhana3 dan disebabkan itulah,
1

Sobri Sudin. Analisis Dasar Luar Negara Dunia ke-3. Malaysia: Penerbit Universiti Utara, Sintok. 2001. m/s 3.
2

Ledge J.D. Sukarno:A Political Biography .Archipelago Press.Singapore.(2003) Third edition .


3

Ibid . hlm 4

semasa menjadi Presiden, Soekrano tidak meminggirkan orang-orang yang sederhana.Individu lain yang banyak mempengaruhi perjalanan politik Soekarno ialah Haji Oemar Said Tjokroaminoto iaitu merupakan Ketua Parti Serikat Islam. Soekarno pernah tinggal di rumah Haji Oemar Said Tjokroaminoto4. Pada 4 Jun 1927, Soekarno telah menubuhkan Parti Nasionalis Indonesia untuk membebaskan Indonesia daripada cengkaman penjajah Belanda dan untuk memerdekakan Indonesia5. Tindakan Soekarno tidak disenangi oleh pihak Belanda dan Soekarno ditangkap serta dipenjarakan oleh Pemerintah Hindia Belanda dan dimasukkan dipenjara di Sukamiskin di Bandung pada. selepas dibebaskan pada tahun 1931, Soekarno memimpin Partindo dan pada tahun 1933, Belanda menangkap kembali Soekarno dan beliau dibuang negeri ke Pilau Flores dan kemudiannya ke Bangkahulu selama empat tahun6. Selepas hidup dalam buangan, Soekarno kembali menerajui parti politik yang berteraskan semangat nasionalisme. Semasa Jepun berjaya menakluki Indonesia daripada Belanda pada tahun 1942, Soekarno dikatakan bekerjasama dengan pihak Jepun disebabkan Jepun memberi kesempatan untuk menggunakan radio, akhbarakhbar untuk mendampingi rakyat.selain itu, Soekano dikatakan bekerjasama dengan Jepun kerana Jepun menjanjikan kemerdekaan buat Indonesia. Selepas Jepun kalah, Indonesia akhirnya memperoleh kemerdekaan pada 17 Ogos 1945. Soekarno ini dilihat memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan bagi Indonesia daripada penjajahan kuasa Belanda sehinggalah Indonesia memperoleh kemerdekaanya pada tahun 1945 . Soekarno ini adalah seorang pemimpin yang mempunyai pendiriannya yang tersendiri di mana beliau ini adalah

Ibid George McTurnan Kahin. Nationalism and revolution in Indonesia. SEAP Publication, 2003. hlm 54 Ibid

5
6

seorang pemimpin yang anti kepada imperialisme dan juga kuasa Barat .Dasar luar Indonesia di bawah pimpinan Soekarno ini adalah bersifat radikal dan anti Barat.

Demokrasi terpimpin adalah demokrasi murni yang berdasarkan suatu ideologi yang memimpin dengan menentukan tujuan serta cara mencapainya. Demokrasi terpimpin Indonesia adalah kerakyatan yang dipimpin oleh ideologi Negara iaitu Pancasila dan memerlukan persepakatan di antara semua golongan Progresif . Pancasila lahir pada 1 Jun 1945, ditetapkan pada 18 Agustus 1945 bersama-sama dengan UUD 1945. Bunyi dan ucapan Pancasila yang benar berdasarkan Inpres nombor 12, tahun 1968 adalah gabungan prinsip Ketuhanan Yang Maha Esa. Dua, Kemanusiaan yang adil dan beradab. Tiga, Persatuan Indonesia. Empat, Kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam permusyawaratan/perwakilan. Dan kelima, Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia..7

KONFRONTASI INDONESIA TERHADAP MALAYSIA Cadangan untuk membentuk satu federasi yang meliputi Malaysia, Singapura serta daerah di Kalimantan Utara iaitu daerah-daerah yang terdiri daripada bekas tanah jajahan pihak Inggeris telah dikemukakan Tengku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia Pada bulan Mei 19618. Peringkat awal pengumuman gagasan Malaysia , Indonesia turut menyokong usul yang dikemukakan apabila pada bulan November 1961, Menlu Subandrio menyatakan bahawa
7

Sekretaris Nasional, Kristalisasi 107 Istilah Politik dalam Penjernihan, Kursus Kader Politik, Jakarta: Sekretaris Nasional, 1961.
8

Ledge .J.D: Sukarno.A Political Biography (2003) Stamford Press Pte Ltd.Singapore. hlm 415

Indonesia tidak mempunyai sebarang tuntutan terhadap wilayah-wilayah di Kalimantan Utara, sementara itu, Brunei memutuskan tidak campur tangan dalam persetujuan tetapi Sabah dan Sarawak bersedia memasuki federasi baru itu. Sementara Filipina pada masa itu menuntut sebahagian daripada wilayah Kalimantan Utara sebagai daerahnya. Pada tahun 1962, satu persetujuan dihasilkan di mana Singapura serta wilayah-wilayah Inggeris di Kalimantan akan diberikan kemerdekaan semasa Federasi Malaysia dibentuk pada bulan Ogos 1963. Pada bulan Disember 1962 terdapat satu peristiwa yang berlaku iaitu pemberontakan di Brunei di bawah pimpinan A. M. Azahari iaitu ketua parti terbesar di wilayah itu iaitu Parti Rakyat. Tujuan pemberontakan tersebut adalah untuk membentuk negara merdeka Kalimantan Utara, yang mana ia meliputi ketiga-tiga wilayah bekas jajahan Inggeris itu9.

Walaubagaimanapun, pemberontakan yang diketuai oleh A. M. Azahari itu berjaya dipatahkan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan tentera daripada British dan tanah Melayu. Pada 8 Januari 1963, perubahan besar dalam dasar luar Indonesia berlaku kesan

daripada peristiwa di Brunei itu, keraguan mula timbul yang datangnya daripada Indonesia adakah wajar cadangan yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman berkenaan dengan gagasan Malaysia. Soekarno menolak gagasan Malaysia dan seterusnya Subandrio

mengumumkan konfrontasi terhadap federasi Malaysia10. Konfrontasi yang dimaksudkan oleh Subandrio bukanlah termasuk perang terhadap Malaysia tetapi konfrontasi yang berbentuk

tekanan diplomasi dan ekonomi serta penggunaan militari dalam tahap yang rendah dan terbatas11.Terdapat beberapa sebab mengapa Indonesia menolak federasi Malaysia. Antaranya ialah:
9

Ibid. hlm 416 Ibid. hlm. 417 Ibid

10 11

Melalui ucapan Subandrio pada bulan November 1961, Indonesia menganggap mereka sebagai negara yang besar di rantau itu sepatutnya terlebih dahulu dimaklumkan mengenai daerah-daerah yang ingin dimasukkan dalam federasi Malaysia kerana bersempadan dengan Indonesia.12

Pembentukan federasi Malaysia dibimbangi oleh Indonesia kerana Indonesia bakal dikepung dengan kekuatan-kekuatan neo-kolonialisme. Beliau melihat bahawa Indonesia sebagai NEFOS (New Emerging Forces) akan dikelilingi musuh-musuh OLDEFOS (Old Emerging Forces) dimana disebelah utara terdapat bekas-bekas jajahan Inggeris iaitu Malaysia sehingga ke Kalimantan Utara dan di Selatan terdapat Australia dan Selandia Baru.13

Indonesia menolak sekerasnya federasi Malaysia ini juga disebabkan Soekarno bersimpati dengan kaum pemberontakan di Indonesia pada tahun 1958. menurutnya, terdapat perbezaan antara Indonesia dan Malaysia dimana Malaysia telah mendapatkan kemerdekaannya dengan cara yang mudah serta tidak berjuang untuk mendapatkannya dan menganggap kemerdekaan Malaysia sesuatu yang murah jika dibandingkan dengan kemerdekaan Indonesia yang telah diperjuangkan secara bermati-matian. Indonesia juga mengatakan bahawa Malaya yang mendapat kemerdekaan tanpa melalui revolusi akan hadir sebagai negara konservatif aristocrat jika dibandingkan dengan nasionalisme radikal Indonesia.14

12

Ibid Ibid Ibid 418

13 14

Indonesia beranggapan bahawa kemerdekaan Malaysia adalah titik tolak kuasa barat untuk meneruskan lagi pengaruh dan kekuasaan barat di dalam bidang ekonomi, politik serta militari.

Rancangan Indonesia ingin menubuhkan Indonesia Raya yang merangkumi orang-orang daripada rumpun Melayu membawa kepada tindakan Soekarno menentang Malaysia . federasi

Tindakan British yang menyokong puak pemisah serta menggunakan Malaysia sebagai kubu British serta beranggapan dengan penubuhan Malaysia akan memperkuatkan lagi semangat serta memberi galakan kepada kaum pemisah dan tindakan ini tidak disukai Sukarno.

Serangan pertama Indonesia keatas Malaysia dimulakan pada bulan Februari .Pada bulan Januari 1963 Nasution yang menyetujui tindakan Soekarno-Subandrio telah menghantar tenteranya menyeberangi Sarawak dan bertempur dengan pasukan keamanan Inggeris pada bulan April sebagai satu tindakan penentangan terhadap federasi Malaysia. Kesan tindakan Indonesia, satu sidang ECAFE telah diadakan di Manila untuk mendengar pendapat daripada wakil-wakil negara-negara di Asia Tenggara terhadap ancaman yang datangnya daripada Indonesia terhadap rantau tersebut 15. Akibat daripada ketegangan tersebut cadangan supaya diadakan rundingan mengenai masalah ini dan satu pertemuan antara wakil-wakil Menteri Luar Negeri Filipina, Indonesia dan Malaya pada awal April berjaya diadakan di Manila hasil daripada Presiden Filipina iaitu Macapagal.Tindakan Soekarno yang mengatakan bahawa federasi Malaysia adalah ciptaan neo15

Ibid 419

kolonialisme menyebabkan konfrontasi terhadap Malaysia semakin meningkat serta merumitkan lagi masalah yang timbul. Walaupun begitu, hubungan Soekarno dan Tunku Abdul Rahman semakin pulih pada akhir bulan Mei dan membawa kepada rundingan yang diadakan di mana satu persetujuan dicapai yang mana ia bertujuan untuk mengetahui adakah penduduk wilayah Kalimantan bersetuju untuk masuk ke dalam Malaysia. Selain itu, Presiden Macapagal mendapat persetujuan daripada Indonesia dan Malaya untuk menubuhkan MAPHILINDO (Malaysia, Filipina, Indonesia) yang ditubuhkan berdasarkan kepada cara hidup yang bersejarah dan warisan bersama dari rumpun Melayu16.Namun hubungan baik diantara dua Negara mula goyah apabila Tunku Abdul Rahman tidak bersedia untuk dalam mengadakan pemilihan umum di Kalimantan Utara. Soekarno seterusnya telah meluahkan perasannya dengan menyebut Ganyang Malaysia dalam pidatonya di Istana pada 1017. Pada pertemuan antara Macapagal, Soekarno dan Tunku Abdul Rahman diadakan kembali dan kelihatan kemungkinan besar pembentukan Malaysia dicapai. wakil petugas dari PBB telah membuat tinjauan mengenai kesediaan wilayah-wilayah yang berkaitan untuk memasuki Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun,kesan permintaan Soekarno untuk menghantar seramai sepuluh orang peninjau tidak dapat dituruti oleh pihak Inggeris yang mana hanya dapat menyediakan empat visa dirasakan Soekarno sebagai tindakan yang tidak jujur18. Sementara itu, pada 29 Ogos Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa Malaysia akan didirikan pada 16 September iaitu sebelum misi PBB selesai dengan tinjauannya. Tindakan Tunku Abdul Rahman ini dilihat sebagai perlanggaran persetujuan
16

J. A. C. Mackie .Konfrontasi: the Indonesia-Malaysia dispute, 1963-1966.Australian Institute of International Affairs. Published by Published for the Australian Institute of International Affairs [by] Oxford University Press, 1974. hlm 57

17

Ibid. hlm. 65

18

Ledge .J.D: Sukarno.A Political Biography (2003) Stamford Press Pte Ltd.Singapore. hlm. 422

Manila. Soekarno masih meneruskan konfrontasinya terhadap federasi Malaysia malah serangan terhadap kediaman diplomatik pihak Inggeris serta tindakan membakar kereta, perusahaan

Inggeris di Jawa dan Sumatera disita. Selain itu, kedutaan besar Malaya dan Inggeris juga turut diserang walaupun pihak U Thant dari PBB berpuas hati dengan kesediaan penduduk

Kalimantan Utara yang bersedia masuk ke dalam federasi Malaysia. Tindakan konfrontasi yang berlaku telah mencemarkan kredibiliti Indonesia di kalangan Negara Asia-Afrika, tambahan pula, PBB di kedua-dua benua itu tidak bersetuju dengan tindakan Indonesia. Pada persidangan Non-Blok di Kairo Pada tahun 1964, Indonesia telah mendapat kritikan secara langsung19. Dalam persidangan Asia-Afrika yang kedua yang diadakan di Aljazair timbul kemungkinan besar bahawa Malaysia akan diterima masuk ke dalam PBB dan keadaan ini mendapat tentangan daripada Indonesia. Kemasukan Malaysia di dalam Dewan Keamanan PBB sebagai anggota tidak tetap Pada 7 Januari 1965 membawa kepada tindakan Soekarno keluar dari PBB yang sebelum itu mengancam untuk menarik balik keanggotannya daripada PBB sebelum Malaysia diterima menjadi anggota Dewan Keamanan PBB20. Selang benerapa hari, Soekarno mengusulkan kepada PBB untuk meneliti kembali pendapat penduduk Kalimantan Utara serta Indonesia bersedia menerima sebarang keputusan tetapi keadaan ini adalah mustahil. Pada ulang tahun ke sepuluh Persidangan Asia-Afrika pada bulan April di Jakarata terlihat satu tentangan secara halus ahli Asia-Afrika keatas tindakan Indonesia apabila persidangan tersebut hanya dihadiri oleh tiga puluh enam negara dari enam puluh yang diundang. Sementara itu, Peking dan Hanoi terus hadir. Hal ini menyebabkan Soekarno tidak berpuas hati
19

Ibid hlm. 424 Ibid

20

dan melancarkan tekanan terhadap milik dan program-progran daripada Amerika Syarikat. Selain itu, terdapat serangan terhadap diplomat-diplomat Belanda dan Inggeris. Dalam keadaan tersebut, Soekarno mengaturkan pertemuan Conefo (Conference of the New Emerging Forces) yang bertujuan untuk mengimbangi PBB21. Kesan Konfrontasi terhadap gagasan Malaysia menyebabkan Indonesia dikritik oleh negara-negara lain termasuk barat atas tindakannya berkonfrontasi dengan Malaysia. Selain itu, Parti Komunis Indonesia (PKI) banyak mempengaruhi tindakan Soekarno dalam konfrontasi yang dijalankan untuk kepentingan PKI sendiri dalam politik luar negeri yang radikal22.

KONFLIK IRIAN BARAT Dasar luar Indonesia ini juga turut dipengaruhi oleh faktor luaran Indonesia itu sendiri . Konflik ataupun ketegangan Irian Barat ini bermula setelah keengganan Belanda melepaskan wilayah Irian Barat kepada Republik Indonesia disebabkan oleh kepentingan Irian Barat itu dari segi kepentingan ekonomi telah menyebabkan Indonesia memutuskan hubungan bilateralnya dengan Belanda pada 13 Februari 1956. Dalam usaha mnedapatkan semula kawasan Irian Barat ,Soekarno telah mengadakan satu kempen yang besar sehingga kemuncaknya pada akhir 1957 dimana kempen tersebut juga dipengaruhi oleh pelbagai variasi politik yang terdiri daripada pelbagai matlamat dan tujuan .Selain itu, Soekarno juga melihat Irian Barat ini sebagai satu simbol pencapaian nasionalis Indonesia ,tambahan lagi keadaan ini jelas memperlihatkan prestij

21

Ibid hlm. 424-423 Ibid hlm. 429

22

peribadinya23 .Keadaan tersebut turut disokong oleh Parti Komunis Indonesia(PKI) dengan mengharapkan ia akan mempercepatkan lagi anti-imperialisme dalam polisi luar Indonesia . Di sebalik itu, keadaan ekonomi Indonesia yang agak tidak stabil pada ketika itu, turut mempengaruhi kekuatan ketenteraan Indonesia . Dalam usaha Indonesia untuk mendapatkan Irian Barat daripada Belanda ,pelbagai kelengkapan tentera diperlukan Indonesia dalam memastikan bekalan senjata api yang mencukupi dalam menjayakan usaha tersebut. Republik Indonesia telah menghantar wakilnya ke Amerika Syarikat dalam usaha membeli senjata daripada Amerika Syarikat namun usaha yang dilakukan oleh Indonesia ini adalah sama sekali gagal apabila usaha tersebut telah di tolak oleh Amerika Syarikat . Tindakan Amerika Syarikat menolak hasrat Indonesia untuk mendapatkan bekalan senjata tersebut telah menyebabkan Indonesia mendekati Soviet dan Soviet telah memberikan respon yang baik dengan menjanjikan bantuan senjata ,latihan ketenteraan dan kapal selam kepada Indonesia 24.Pihak Soviet ini juga turut menyokong kemasukan Irian Barat sebagai sebuah wilayah di bawah Republik Indonesia .Bantuan dan sokongan yang diberikan oleh Soviet ini adalah satu bantuan yang dilihat amat sesuai dengan situasi genting Indonesia pada ketika itu ,jadi disebabkan itu Indonesia ini lebih cenderung ke arah sosialis dan anti Barat .

ANTI- BARAT

23

Michael Leifer.Indonesias Foreign Policy .The Royal Institute of International Affairs.London.(1983)pg 69.

24

www.emayzine.com/Indonesia-Sukarno-Foreign Policy .eg.

Dasar luar Indonesia turut dilihat anti-barat. Walaupun Indonesia telah merdeka ,keinginan untuk menghapuskan kuasa penjajahan dan imperialis barat begitu membara di Indonesia. Tindakan Amerika Syarikat pada ketika itu yang menyatakan komitmennya untuk memberikan pinjaman kepada Indonesia yang sedang dilanda krisis ekonomi pada 1952,namun disebalik komitmen yang dinyatakan oleh Amerika Syarikat ini ,ia turut mengesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengenakan sekatan embargo ke atas barangan barangan mentah Indonesia yang di eksport ke China . Sebagai negara anggota kepada PBB pada masa itu, Indonesia secara tidak langsung terpaksa memenuhi tuntutan tersebut .Soekarno ini juga tidak percaya kepada bantuan asing yang dinyatakan oleh Amerika Syarikat mahupun sekutu Barat yang lain kerana beliau beranggapan bahawa bantuan yang di hulurkan adalah bersyarat dan penerimaan bantuan yang dihulurkan oleh pihak asing ini akan mengikat Indonesia untuk mengikut telunjuk mereka sekaligus melibatkan campurtangan di dalam polisi luar Indonesia25 . Oleh yang demikian,tidak hairanlah apabila Soekarno dilihat tidak berminat dengan bantuan Barat dan sekutunya dengan menganggap bantuan tersebut sebagai satu bentuk neokolonialisme dan impimperialism malah Soekarno turut menggunakan slogan dalam menolak bantuan Barat ini iaitu Go To Hell With Your Aids26. Dalam ucapan beliau, Sukarno secara jelas mengkritik pemimpin-pemimpin Barat kecuali Jeneral de Gaulle, Perdana Menteri Perancis ketika itu. Beliau memuji pemimpin Perancis itu dan juga Hitler (Jerman) serta Mussolini (Itali). Sukarno juga telah menutup ucapan beliau dengan perkataan vivere pericoloso iaitu satu perkataan yang dipinjam daripada Mussolini dalam merumuskan polisi beliau yang kembali kepada rakyat. Selain daripada itu, Sukarno
25

Weinstein.Indonesian Foreign Policy and The Dilema of Dependence.Cornell University Press.London (1976).
26

www.Indonesiaforum.uninelb.edu.au.

secara lantang mengkritik bantuan-bantuan Barat dan menyatakan Indonesia tidak akan jatuh tanpa bantuan-bantuan tersebut; Go to hell with your tales of Indonesian economic destruction. Indonesia will never collapse.
27

Dalam ucapan tersebut juga Sukarno seolah-olah

mengisytiharkan dirinya memihak kepada pihak komunis; I am a friend of the Communists because the Communists are revolutionary people. 28

Kesan sikap dasar anti-barat ini ,beberapa firma British di Indonesia telah dibakar selain daripada pencerobohan ke atas bangunan Kedutaan British di Jakarta yang telah berlaku pada 18 September 196329. cuba untuk tidak melancarkan tindakan balas yang mampu memburukkan lagi keadaan dan memberikan kesan kepada hubungan Anglo-Indonesia. Dalam perbincangan di House of Commons, R.A. Butler menyatakan; Our future relations with Indonesia depend on whether that Government is willing to adopt a more peaceful and realistic policy. Her Majestys Government must meanwhile combine firmness in upholding Malaysian independence with patience in the face of provocation. We
27

DEFE 11/786, Sukarnos Independence Day address, no. 499 guidance, 19 Ogos 1964. Kemarahan Sukarno terhadap Barat yang dilihat sebagai memihak kepada Malaysia memuncak apabila beliau menolak bantuan ekonomi daripada AS. Dalam satu majlis yang dihadiri oleh wakil-wakil diplomatik asing dan para pegawai tinggi kerajaan, beliau berkata You can go to hell with your aid. Beliau menujukan ucapan tersebut kepada Duta AS di Indonesia, DO 169/518, telegram dari Jakarta ke Pejabat Luar, no. 27 Saving, 3 April 1964.
28

Ibid. Pegawai Kedutaan British di Indonesia juga menggolongkan Sukarno sebagai megalomania iaitu mempunyai karakter yang mirip dengan Hitler dan Mussolini yang merasakan diri mereka sebagai orang yang hebat dan terkenal. Perkataan tersebut membawa makna individu yang berangan-angan atau khayal dengan dirinya dan merasakan mereka hebat dan berkuasa
29

Pada 18 Januari 1964, pegawai-pegawai kesatuan tempatan telah merampas P & T Lands yang merupakan kumpulan terbesar estet British di Subang, Jawa Barat. Mereka juga telah turut menguasai kilang British American Tobacco Company di Ceribon, Jawa Barat dan juga pejabat dan kilang-kilang Unilever di Jakarta. Pada 20 Januari, Jawatan Kuasa Tindakan Bersama Indonesia mengumumkan bahawa mereka telah mengambilalih pejabat Shell di Jakarta. Walau bagaimanapun British telah berjaya mengambilalih semula syarikat-syarikat mereka pada 22 Januari hasil rundingan antara pihak

shall not give way to threats, but we shall also avoid any move that might increase tension. Subject to our overriding agreement with Malaysia we shall do all we can to restore the normal Anglo-Indonesian relation30. Selanjutnya Indonesia semakin menunjukkan provokasi terhadap kuasa-kuasa Barat khususnya British dan AS. Selain daripada tindakan membakar ladang-ladang dan kawasan perusahaan milik firma-firma British, mereka juga melancarkan propaganda anti-AS. Pada Disember 1964, Ikatan Pelajar Pengajian Tinggi Indonesia (IPPI), iaitu sebuah kesatuan pelajar sekolah menengah dan sekolah menengah tinggi yang dipengaruhi oleh komunis telah mengoyak filem tentang Presiden Kennedy yang sedang ditayangkan. Sementara itu dalam tempoh yang sama juga SERBAUD, iaitu sebuah kesatuan sekerja bagi pekerja-pekerja perdagangan Tentera Udara Indonesia telah memutuskan untuk memboikot kapal udara yang disewa untuk digunakan oleh Kedutaan AS di Jakarta31. Indonesia juga telah mengadakan kempen menentang pengkalanpengkalan tentera Barat di rantau ini. Akhbar Bintang Timor menuduh bahawa pengkalan tentera asing (Barat) merupakan alat utama bagi imperialisme antarabangsa di bawah pimpinan AS. Manakala Warta Bhakti mendakwa Indonesia dikelilingi oleh pengkalan-pengkalan asing; If we talk about foreign military bases it is inevitable that we concentrate on the US imperialists because they have the most. Indonesia is not only surrounded by foreign military bases such as are established in Malaya but also by bases which roam about the Indonesian Ocean these are the Seventh Fleet32 .Layanan terhadap pihak Barat menjadi semakin buruk menjelang tahun

1965. Ia dapat dijelaskan melalui insiden yang dilaporkan oleh Konsul British di Medan;
30

DO 169/518, ucapan R.A. Butler, Setiausaha Luar British di House of Commons, 15 November 1964.
31

Surat daripada Kedutaan British di Jakarta, 24 Disember 1964, (1011/64), DH 1015/2, FO 371/180310, NA., London.
32

Ibid

The American Consul, who was invited to meet Ministers at the airport, came in for a little rough treatment on his way home, when stones were thrown at his car, smashing the rear window and the bodywork was kicked and knocked about. The Norwegian Honorary Consul also suffered similar treatment. It is thought perhaps his flag was mistaken for ours. I received no invitation to be present33. Merapatkan Hubungan dengan China Dalam masa yang sama China menjadi lebih berpengaruh di Indonesia berbanding dengan Russia.Indonesia dilihat mula meraptakan diri kepada China dalam dasar luar mereka pada era demokrasi terpimpin. Penerimaan Indonesia terhadap China dinyatakan secara jelas oleh Timbalan Perdana Menteri Ketiga Indonesia, iaitu Chaerul Saleh. Beliau antara lain menyatakan; In the course of time Peoples Republic of China will turn out to be greater than the Soviet Union. In its position as an Asian country, Peoples Republic of China will have more rights than the Soviet Union to influence the Asian and Pacific area34 Soal pengaruh komunis bukan lagi menjadi satu perkara yang rahsia dalam kerajaan Indonesia di peringkat antarabangsa. Malah pada bulan Disember 1964, Sartono, iaitu Naib Pengerusi Majlis Penasihat Tertinggi Indonesia secara jelas menyeru rakyat Indonesia agar berfikiran aliran kiri dan tidak mengamalkan ideologi aliran kanan malah tidak berada di tengah-tengah antara kedua-dua aliran. Dalam masa yang sama beliau menegaskan tentang kemungkinan Indonesia mampu untuk memiliki atau mencipta bom nuklear mereka sendiri yang mampu menjadikan Indonesia muncul sebagai satu kuasa NEFO (New Emerging Forces) bagi menjadi pengimbang baru dalam politik dunia. Berikutan dengan keupayaan tersebut juga, Indonesia akan mampu untuk menguasai
33

FO 371/180312, surat daripada S.J.G. Cambridge kepada D. Tonkin, no. 1462, DH 1015/44, 3 Mac 1965.
34

DO 169/518, telegram dari Jakarta ke Pejabat Luar, no. 27, Saving, 3 April 1964.

bidang yang selama ini dikuasai oleh kuasa-kuasa besar.35Namun dengan meletakkan mereka lebih hampir dengan China berbanding dengan Russia, Indonesia sebenarnya telah menjadikan negara mereka sebagai medan persaingan bagi pengaruh kedua-dua kuasa komunis itu. Keduadua kuasa tersebut juga masing-masing cuba melebarkan pengaruh mereka di negara itu.36 Dalam pada itu,apabila kita lihat pada awal tahun 1965, hubungan Indonesia dan China dilihat semakin erat. Kedua-dua buah negara mula bertukar-tukar delegasi persahabatan. Di samping itu juga Indonesia dan China telah mengadakan Perjanjian Kerjasama IndonesiaChina serta perkhidmatan penerbangan komersial antara Jakarta dan Canton. Hubungan baik antara kedua-dua buah negara tersebut semakin terserlah dengan pengumuman lawatan Subandrio ke Peking37. Jakarta juga dikatakan mengharapkan bantuan China bagi membiayai beberapa projek yang berkait dengan CONEFO (Conference of the New Emerging Forces) termasuk membina bangunan CONEFO di Jakarta.38 Walaupun pengaruh China begitu besar dalam politik Indonesia melalui dominasi mereka dalam PKI, namun di kalangan pemimpin Indonesia mengakui bahawa mereka tidak boleh menerima komunis39. Manakala di pihak tentera pula cuba untuk tidak menunjukkan

kebimbangan terhadap hubungan Indonesia-China. Mereka mengakui bahawa corak dalam hubungan dengan kuasa besar yang diamalkan oleh Indonesia pada masa itu lebih berupa
35

FO 371/180310, surat daripada Kedutaan British, (1011/64), DH 1015/2, 24 Disember 1964


36

Prospect for and strategic implications of a communist takeover in Indonesia, Special National Intelligence Estimate (SNIE), SNIE 55-65. Secret. 1 September 1965, NARA, Washington.
37

FO 371/180310, surat daripada S.J.G. Cambridge kepada D. Tonkin di Jabatan Asia Tenggara, (1011/65), DH 1015/29, 20 Januari 1965.
38

FO 371/180311, surat daripada S.J.G. Cambridge kepada D. Tonkin di Jabatan Asia Tenggara, no. 2251, DH 1015/34, 12 Mac 1965.
39

FO 371/181490, telegram dari Jakarta ke Pejabat Luar, no. 275, 4 Februari 1965.

persoalan yang berkait dengan taktik dan strategi dan bukan merupakan prinsip dalam hubungan luar mereka. Perkara ini dinyatakan oleh Mejar Jeneral Adjie iaitu Komandan bagi KODAM IV (Divisi Siliwangi) dalam pertemuan beliau dengan Atach Tentera bagi Kedutaan British, iaitu Kolonel Darlington di Bandung.40

KESIMPULAN Dasar luar Indonesia di era demokrasi terpimpin dari tahun 1957-1965 memperlihtakan satu dasar yang agresif san radikal.Apabila dikaji faktor pembentukan dasar luar Indonesia pada era ini dapat kita lihat peranan indiosikratik iaitu identiti pemimpin selain faktor luaran dan dalaman Indonesia .Sepanjang era pemerintahan Soekarno ( 1945-1965) dasar luar negara Indonesia adalah lebih kepada isu high politicyang bersifat anti imperialisme dan kolonialisme serta konfrantasi .Selain itu,kebangkitan Parti Komunis Indonesia(PKI) dan gerakan kiri pada era Soekarno turut mempengaruhi polisi luarnya. Soekarno ini juga sering membuat keputusan berdasarkan karismanya dimana ia bertindak sebagai wakil kepada rakyatnya di forum-forum international yang tidak lepas daripada dinamika politik Indonesia itu sendiri,bahkan beliau juga turut di nobatkan sebagai Presiden Seumur Hidup. Namun di sebalik itu,ketidakstabilan di Indonesia yang di sebabkan oleh ideologi dan politik juga turut membuatkan Soekarno mengambil inisiatif dengan melakukan pendekatan yang lebih radikal dalam pengubalan dasar luar Indonesia itu.

BIBLIOGRAFI

40

FO 371/180315, visit to Major General I. Adjie, 6 Jun 1965.

1. Sobri Sudin. Analisis Dasar Luar Negara Dunia ke-3. Malaysia: Penerbit Universiti

Utara, Sintok. 2001


2. J.D.Ledge: Sukarno.A Political Biography .Archipelago Press.Singapore.(2003) Third

edition .
3. Prof.Madya Dr. Mokhtar Muhammad(2005)Perhubungan Antarabangsa :Cabaran dan

Harapan .Anzagain Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.


4. Michael Leifer.Indonesias Foreign Policy .The Royal Institute of International

Affairs.London.(1983)
5. Weinstein.Indonesian Foreign Policy and The Dilema of Dependence.Cornell University

Press.London (1976).
6. Daniel S.Lev ,The Transition to Guided Democracy : Indonesian Politics,1957

-1959.Cornell Modern Indonesian Project(1966).


7. www.emayzine.com/Indonesia-Sukarno-Foreign Policy .eg. 8. www.Indonesiaforum.uninelb.edu.au. 9. George McTurnan Kahin. Nationalism and revolution in Indonesia. SEAP Publication, 2003. 10.J. A. C. Mackie .Konfrontasi: the Indonesia-Malaysia dispute, 1963-

1966.Australian Institute of International Affairs. Published by Published for the Australian Institute of International Affairs [by] Oxford University Press, 1974. 11. Ledge .J.D: Sukarno.A Political Biography (2003) Stamford Press Pte

Ltd.Singapore.
12.Prof.Madya Dr. Mokhtar Muhammad(2005)Perhubungan Antarabangsa

:Cabaran dan Harapan .Anzagain Sdn. Bhd.Kuala Lumpur

13. portalfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf/Kerjasama%20dan

%20Konflik%20dalam%20Hubungan%20. retrieved on April 13th 2009


14.Soekarno, Cindy Heller Adams. Sukarno: An Autobiography. Published by Bobbs-Merrill, University of Michigan. 1965 15.Rohani Abdul Ghani,SITUASI DALAMAN INDONESIA MENJELANG KUDETA,30 SEPTEMBER 1965,Jebat 34(2007),29-48

Anda mungkin juga menyukai